Ni'mat terasa bila ditarik...
Setiap kurniaan yang di beri haruslah disyukuri… Segala nilainya akan terasa bila ia sudah tiada lagi di sisi…
Sunday, April 14, 2013
ingat duka dalam suka...
assalamu'alaikum...
selawat dan salam buat nabi Junjungan Muhammad serta ahli keluarga dan para sahabat serta pengikut baginda sehingga hari kebangkitan..
sekadar renungan untuk kita baca dan fikirkan bersama..
ada kalanya kita gembira.. ada masanya kita seronok.. ada kalanya kita ketawa.. dan ada masanya kita gelak dan senyum..
harus diingat pernah tak kita terfikir di sebalik tiap kegembiraan,keseronokan,senyuman dan gelak tawa riang kita ada terselit duka,lara,kecewa dan kesedihan yang bakal menemui kita..
dari itu janganlah dan usahlah kita terlalu leka dan tenang di dalam kegembiraan dan keseronokan itu.. kerana itu semua hanyalah permainan jiwa yang tidak kekal adanya tapi mampu memberi masalah dan penyakit pada hati dan diri seseorang..
syukran jaziilan...

Monday, August 6, 2012
Layakkah aku...??
Salamun'alaikum..
Ramadhan kareem buat semua umat Islam...
Ramadhan yang datang kini, belum pasti akan berulang lagi kedatangannya di lain kali...
Layakkah kita untuk meraikan kedatangan Syawal bulan kemenangan bagi mereka
yang betul-betul bermujahadah di bulan Ramadhan...
Layakkah Kita...???
selamat meneruskan puasa yang berbaki hanya beberapa hari...
syukran jaziilan...
Monday, July 16, 2012
Lagi bingkisan dari si 'buta'...
assalamu'alaikum...
semoga segala yang baik disisi Allah diberikan pada
kita semua semasa di dunia dan di akhirat sana...
sedikit bingkisan mengenai si 'buta'..dan kali ini
berkaitan dengan keinginan si 'buta' yang mahukan
itu dan ini,ke sana dan ke mari seperti insan yang celik.
si 'buta' tidak mampu untuk ke sana ke mari,untuk capai itu
dan ini semudah yang dilakukan oleh si celik...
ada kalanya si 'buta' terpaksa menebalkan muka dan menipiskan
telinga untuk meminta dan memohon dari si celik...
apabila permintaan dipenuhi, hati si 'buta' akan berasa
seronok sekali dan bersyukur kerana apa yang di ingini
dapat dipenuhi dengan bantuan si celik...
dan apabila permohonan dan permintaan si 'buta' tidak
diendahkan dan tidak dilayan ataupun tidak dapat dipenuhi
oleh si celik, maka si 'buta' tidak akan menimbulkan lagi
permintaannya buat kali yang kedua,lantas hati si 'buta'
berbisik : " mungkin si celik tidak ada masa..mungkin si celik
tengah banyak kerja..tak apelah,lagi pun aku ni tak nampak,
selalu susahkan orang lain yang celik..janganlah ngade2 nak itu
nak ini,nak ke sana ke mari..ikut ajela si celik kata ape..."
begitulah sedikit bingkisan dari si 'buta'...
maaf atas segala salah dan silap..
aku bersyukur atas segala apa yang telah ditentukan untuk aku
oleh robbul jalil yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
aku juga manusia biasa yang ada keinginan dan kemahuan..
cuma keinginan dan kemahuan itu terbatas disebabkan
penglihatan yang terbatas..
terima kasih pada semua si celik yang sudi membantu dan menolong
si 'buta' ini sementara si 'buta' ini masih bernafas dan menumpang
di sudut dunia fana' ini...
syukran jaziilan...
Monday, April 9, 2012
Luahan...doakan...
salamun'alaikum...
Semoga anda semua terus berada dan kekal berada
didalam keni'matan yang dipinjamkan...

Isi hati,keinginan hati seorang 'buta' atau
cacat penglihatan hanya empunya diri dan
'PEMILIK' mata sahaja yang tahu dan faham...
Berbunyi isi hati si 'buta':"cukup duit nnt,nk beli
kereta itu..kereta ini..", "nak berjalan ke sana..
ke sini..." tiba2,teringat...mata aku...
Hmmm..terpaksalah lupakan saje keinginan tadi,
kenala kuburkan saja semua kemahuan tadi...
Ada masa aku ok dan tipulah kalau aku kata aku
tak pernah sedih dengan kehilangan mata yang
sangat aku perlukan..
Bila sedih,bila teringat terdetikla nak tulis
nak luahkn sedikit di ruangan ini..
Bukan nk tagih simpati,bukan nk pinta kasihan..
cuma nk luah dan kongsi bagi sesiapa yang sudi..
Jauh sekali nak salahkan Taqdir Tuhan Yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang..
Aku bersyukur sangat diberi peluang merasai
keadaan hidup dengan mata yang begini..
Lantaran itu,aku dapat rasa betapa bernilainya
harga sesuatu ni'mat pinjaman dan kurniaan Allah..
Setakat ni je dulu luahan kali ini..
Syukran Jaziilan...

Tuesday, March 20, 2012
Masalah itu peng'islah'...
Sunday, July 24, 2011
Thursday, July 15, 2010
Ingatan buat hati...
Assalamu'alaikum...
Segala puji dan puja milik yang Maha Esa..
Selawat dan salam buat Rasul yang sangat Mulia..
Insan,
semakin hari semakin bertambah kurniaanNya..
semakin hari semakin bertambah ni'matNya..
semakin hari semakin bertambah pemberianNya..
semakin hari semakin bertambah anugerahNya..
Insan,
adakah kita semakin hari semakin baik??
adakah kita semakin hari semakin sedar??
adakah kita semakin hari semakin mulia??
adakah kita semakin hari semakin berpahala??
Insan,
berjalanlah seiring dengan panduan dariNya..
berpenglihatanlah seiring dengan penglihatanNya..
bernafaslah seiring dengan denyutan nadi yang memujiNya..
berfikirlah seiring dengan fikiran yang mengingatiNya..
Insan,
ingatlah segalanya akan berakhir nanti..
ingatlah segalanya akan terhenti nanti..
ingatlah segalanya akan ditarik semula nanti..
segalanya akan kembali padaNya nanti..
Insan,
tegurlah diri sendiri pada setiap masa dan ketika..
tegurlah insan lain yang sedang melakukan dosa..
tegurlah diri ini yang senantiasa lupa dan alpa..
tegurlah sesama kita moga IMAN semakin menyala..
DARINYA KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA AKAN DIKEMBALIKAN NANTI..
SEGALA NI'MAT SYURGA TELAH DIKHABARI..
SEGALA AZAB NERAKA TELAH DIDEDAHI..
AKAL FIKIRAN TELAH DIBERI..
BURUK DAN BAIK TELAH DIKETAHUI..
GUNAKAN IMAN UNTUK MENGHIASI..
PERLAKUAN DIRI DAN JUGA PERIBADI..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Allahu Ta'ala wa Rasuluhu A'lam..

Subscribe to:
Posts (Atom)