Assalamualaikum.
Dulu bila tengok ORANG BELAJAR DEKAT OBERSI, DUDUK DEKAT OBERSI, rasa macam best je. Terasa macam nak jugak pergi obersi. Kalau tak belajar pun, at least dapat tinggal dekat negara orang. Merantau. Tapi bila diri sendiri sekarang ni DAH JADI SEORANG PERANTAUAN ... hehehehe ... mampu sengih-sengih je lah! Aci takkkkk???
Bila ada kawan-kawan yang tau, aku dah berhijrah dan tinggal dekat Saudi ni ha, selalunya, reaksi yang aku dapat ialah :
- " Wahhhh! Bestnyaaa! Dekat dengan Makkah. Dekat dengan Madinah! ". Takpun ...
- " Eh, seronok ke duduk Saudi? Bukan ke Saudi tu negara dia mundur. Peraturan pun ketat. " =_=
Pada aku, duduk dekat negara orang ni ADA PRO DAN KONTRA. Biasalah kan. Setiap perkara apa sekalipun, mesti ada buruk dan baiknya. Macam duduk kat Saudi ni, aku boleh senaraikan 5 MASALAH UTAMA YANG AKU KENA HADAPI pada peringkat awal iaitu :
1. Komunikasi
Kat sini memang SUSAH GILA NAK JUMPA orang Arab yang pandai speaking speakang. Majoriti memang cakap Arab je memanjang. Biasanya kalau kau jumpa orang Arab yang pandai speaking speakang ni, tak kisahlah laki ke perempuan kan, mesti orang Arab tu EDUCATED DAN PERNAH BELAJAR KAT OBERSI. Takpun, dia belajar dari tempat kerja. Itu je lah.
Masalah komunikasi ni, nak tak nak, aku memang takde pilihan lah. Kenalah cari inisiatif sendiri by belajar sendiri bahasa Arab. Nak pergi kelas, memang tak mampu lah kan sebab mahal sangat!
Nak kata aku ni dah teror tu cakap Arab tu, memang JAUHHHHHH LAGI PERJALANAN AKU. Setakat basic tu, bolehlah sikit-sikit. Laki aku semestinya lah lagi teror cakap Arab dari aku sekarang ni!
Aku ada je beli buku, refer kat website hanya semata sebab nak belajar bahasa Arab ni. Tapiiii .. kan kalau kita nak fasih sesuatu bahasa, kita KENA PRAKTIK SETIAP HARI. Dah tu, aku yang duduk rumah ni, nak praktik macam mana pulokkkk? 0_o
Laki aku selalu je suruh aku pergi turun bawah. Gaul dengan isteri Tuan Rumah dengan anak-anak perempuan juga pembantu rumah dorang. Manalah tahu kan, dari situ boleh fasih tapiiiii ... MASALAH BIN PROBLEM nya ... AKU KAN SEORANG YANG PEMALU! Kahkahkah.
Segan dowhhhh tetiba nak bertandang rumah orang! Lainlah kalau aku memang dah pandai cakap Arab. Ni kalau dah macam itik cakap ngan ayam, dah kejadah pulak kan aku nak dok menepek dekat rumah bawah? T____T
2. Peraturan/Undang-Undang Awam Etika Pemakaian Bagi Muslimah
Hidup kat Malaysia, kalau nak keluar, boleh main suka hati je nak pakai baju seksi macam mana pun. Tapi kat sini, kalau perempuan, MEMANG WAJIB KELUAR KENA SARUNG ABAYA. Itu peraturan yang dah ditetapkan. Kau takkan boleh keluar pakai BAJU IKUT SUKA KAU. Serius.
Masa tak kenal abaya dulu, aku dah pikir memacam dah. Like : " Tak panas ke dorang ni pakai jubah hitam macam tu? Dahlah panas kot? Ni pakai hitam lagi. Lagilah panas! "
Itu dululah ... sekarang? Hehehe.
Aku sendiri dah MAKIN SUKA DAN SELESA dengan pemakaian abaya bila setiap kali keluar rumah. Sopan dah memang sopan lah kan. Paling ajaib mestilah TAK PANAS pun sebenarnya pakai abaya ni. Patutlah depa ni macam takde hal je pun kan pakai abaya hitam dengan cuaca panas padang pasir ni.
Well, sebenarnya, untuk pengetahuan korang, kat sini TAKDELAH PANAS MANA PUN. Pada aku lah, Malaysia tu JAUHHHHHHH LEBIH PANASSS dari sini. Sungguhhhhhhh! Aku tak tipu. Kalau tipu, dosa kan? 0_o
3. Adat Resam
Kat sini, baik kat rumah atau kedai makan atau kompleks membeli-belah sekalipun, TEMPAT LELAKI DAN TEMPAT PEREMPUAN DI ASINGKAN. Contoh macam kat rumah. Kalau ikut style Arab, dorang split ruang tamu untuk laki lain, untuk perempuan lain. Tak campur. Tapi rumah aku kat sini, kami belasah je ikut style Malaysia! Takde maknanya nak asing-asing. Hehehe.
Kalau pegi kedai makan pun macam tu jugak. Ada ruang single dengan family. Single tu memang khas untuk lelaki bujang atau lelaki yang datang dengan lelaki sahaja. Yang perempuan semua kena duduk dekat ruang family.
Macam aku pernah cerita dekat post sebelum ni yang pasal kompleks membeli belah tu. Biasanya, HUJUNG MINGGU, LELAKI BUJANG MEMANG DILARANG MASUK sama sekali dalam kompleks membeli belah. Ada sesetengah kompleks membeli belah kat sini, Pak Guard tu, dari tempat nak masuk parking dah check dulu, kereta yang nak masuk parking tu sama ada family atau geng-geng lelaki semata.
Kalau Pak Guard tengok semua lelaki je dalam kereta tu, memang KAU KENA BALIK RUMAH JE LAH! Kau tak payah nak cakap banyak. Tak dilayannya derrr. Kuikuikui.
Lagi satu, MAJLIS KAHWIN ATAU BERSANDING. Kalau macam kita kan, pengantin lelaki dan perempuan sanding sesama kan? Tapi kat sini, pengantin lelaki kalau bersanding, depan tetamu lelaki je. Begitu jugak lah dengan pengantin perempuan. Asing-asing jugak. Cuma yang seronoknya, lepas bersanding, siap ADA JOGET-JOGET.
Masa majlis kahwin ni lah, boleh tengok perempuan Arab pakai baju seksi meksi sambil joget gelek-gelek padang pasir tu ha. Hehehe.
Aku setakat ni memang BELUM PERNAH PERGI lagi majlis kahwin orang Arab. Jemputan dah penah dapat cuma tu lah, AKU TAK BERANI SORANG-SORANG dekat tempat perempuan. Huhuhu.
4. Bahan Masakan Baik Kering Atau Basah & Barang Harian
Hahhhhhh! Dah duduk negara orang, janganlah kau sangka barang yang ada kat negara kau, ada jugak jual kat negara yang kau merantau tu. Tidak sama sekali eh?
Kalau bahan masakan kering tu, dah siap-siap bawak dari Malaysia setiap kali balik Raya macam rempah kari, asam keping, ikan masin, ikan bilis, cili kering dan sebagainya. Last balik Malaysia haritu, kami punyalah tamak beli sotong kering sampai sekilo ke dua kilo, sudahnya tak tahan lama pun sebab sotong tu dah berkulattttttttttttttt! Huahuahuahua.
Biasalahkan. Dah kata ORANG TAMAK SELALU UNTUNG! Kahkahkah.
Kalau bahan basah pulak, daging atau ayam memang takde masalah. Makanan laut pun ok lagi. Senang nak dapat cuma ikan je lah. Ikan kat sini banyak tapiiiii ikan yang biasa kita makan tu, tak banyak pilihan kat sini.
Yang ada pun cuma ikan kembong, ikan selar kuning yang besar tu. Ikan bawal kekadang ada, kekadang takde. Ikan tuna pun sama. Ikan tuna tu aku anggap ikan tongkoi ja sebab lebih kurang je rupa. Rasa pun lebih kurang jugak. Hehehe.
Pernah jugak beli ikan besar yang entah apa nama tapi bau hanyir ikan tuuuuu ... Ya Allah memang tak tahan! Dah basuh, dah sental dengan lemon beberapa biji pun, still sama. Bila dah masak, bau hanyir ikan tu buat selera makan jadi terbantut.Wuuuuu~ =_=
Kalau barang harian lak, macam sekarang ni, dah masuk tiga kali dah aku dok bertukar syampu. Dulu dah elok dapat pakai Tresemme berbulan. Jap lagi, syampu tu dah tak jual. Aku pun pelik. Nak taknak terpaksa pakai Pantene tapiii padan muka aku lah kan sebab pakai Pantene buat RAMBUT AKU JADI MUDAH PUTUS. Sudahnya, sekarang ni aku tukar ke Loreal pulak. Haih.
Mintak-mintak lah rambut aku ni ngam dengan Loreal ni. Jenuh dah ni nak ASYIK TUKAR SYAMPU je. Kang rosak rabak pulak rambut aku. Dahlah rambut aku dah makin panjang sekarang ni. Paham jelah, rambut kalau panjang ni lagi memerlukan penjagaan rapi. Lagi-lagi kalau yang berhijab.
Kalau barang harian lain macam bedak ke, deodoran ke, ok lagi sebab brand yang biasa pakai, memang ada kat sini. Itu no problemo cuma HARGA SANGAT MAHAL tapi terpaksa jugak beli. TAK BOLEH NAK BANYAK SONGEH!
5. Keluar Masuk Negara
Kita kalau kat Malaysia, contohnya nak pergi Singapore ke, Indonesia ke, Thailand ke, cuma pakai pasport je kan? Kat sini, setiap kali kalau kau nak keluar dari Saudi Arabia, kau kena ada EXIT PERMIT!
Exit permit ni memang penting. Kalau ada pasport tapi takde exit permit, jangan haraplah kau dapat nak naik kapal terbang sebab exit permit ni dari kau check in dah kena check ada ke tak. Lepas tu, kalau balik, let say kertas Exit Permit kau tu hilang, memang habislah! Silap-silap kau KENA BALIK NEGARA ASAL kau sebelum kau boleh masuk Saudi semula!
Memang ketat gila peraturan yang satu ni. Dulu kes pergi Doha tu, laki aku TERKANDAS SEBAB EXIT PERMIT ni lah. Dia tak dapat Exit Permit. Lambat. Orang buat kerja tu lembab. Siap mintak duit kopi lagi kalau nak cepat siapkan! Huhuhu.
Pada aku, masalah-masalah macam ni semua ADA JALAN PENYELESAIANNYA. Yang penting, kena rajin buat research sendiri ataupun tanya orang. Duduk dekat negara orang, memang kita tak boleh nak BODOH SOMBONG. Kena rajin bertanya. Kena terima segala adat, peraturan atau apa sekalipun dekat negara yang kita nak berhijrah tu.
Apapun, aku SUKA TINGGAL DEKAT SINI. Kehidupan aku LEBIH TENANG. Walau JAUH DARI KELUARGA, walau tak dapat makan makanan Malaysia YANG SEDAP GILA, aku sukakan KEHIDUPAN kat NEGERI PADANG PASIR ni.
Pada yang hidup merantau macam aku, semoga kita TERUS TABAH dan BERSUKA RIA juga TERUS MENGUTIP PENGALAMAN di negara orang. Lagipun, bukan semua orang dapat peluang macam ni. Ye dok? Hehehe.
Sekian. Masalamah.