Semalam sejak ada Ammar, buat pertama kalinya suami balik lambat dari kerja. Sebelum ni, maksud sebelum ni tu refer pada tahun-tahun sebelum ni, selalu bila suami balik lambat ni, dok melangok la sorang-sorang kat rumah.
Time takde Ammar dulu, bila kena tinggal camni, bila da boring sangat, selalu dok kacau-kacau Mok ngan Skulky tapi semalam takdelah kacau dorang dah tapi dok mengulit anak sendiri.
Ada jugak dulu masa kena tinggal, orang cakap " Ada anak seronok kena tinggal. Sebab ada kawan. ". But still, seronok je pun kena tinggal even masa tu Mok dengan Skulky sebab dorang pun kategori anak-anak jugak.
Remember, for me, the cats are not my pet but they are my family okayyyyy????
Tapi semalam even ada Ammar pun, boring jugak bila suami balik lambat. Kerja nak tengok jam je setiap masa. Kalau tak tengok jam, sekejap-sekejap nak bukak Apss 'Find Your Iphone' which the apps bukan je boleh find ur iphone. Segala keturunan ahli keluarga Apple boleh carik.
Eh? Kantoilah pulak dok pi cite kat sini. Hahahaha. Bukan spot check ye. Saje nak check. I trust my husband anyway. Dengan siapa je pun kalau dia skandal kat sini. Eh, konfident je kan aku ni. Kahkahkah.
Anyway, Assalamualaikum semuaaaaaaaaaa! Lama gila tak update blog. Memang dasar malas pung. Takde alasan lain lagi. Malas sebab seronok dok mengadap anak. Hihi. Poyo je ayat. Sebenarnya lebih pada malas.
Boleh je sebenarnya bukak laptop atau kalau malas lagi, bukak je Apps Blogger kat phone tapi dah kalau malas kan, apapun takkan jalan. Kikiki. Takyah lah nak bagi seribu alasan.
Alaaaa lagipun taktau nak update cerita apa kat korang. Takkan asik nak update cite pasal anak je. Kang boring lak korang. Huhu. Nak update benda biasa-biasa rasa macam tak perlu kot sebab entah, rasa macam merepek. Kang orang cakap saiko lak. Hihihi.
Oh ya, Ammar dah 5 bulan 2 minggu dah. Sekejap je rasa. Tau-tau budak ni dah boleh makan solid food dah. Nak bagi anak makan solid food pun, debor dia lain maciam. Apesal entah. Over tak? Kahkahkah.
Ikutkan sebenarnya nak je bagi masa Ammar dah officially 5 bulan haritu tapi biasalah, nak jadi isteri mithali ni, kenalah mintak pendapat suami gak. Kahhhhhh! Unfortunately bila mintak pendapat suami, dia lak tak setuju sebab last time jumpa Paed Ammar, Paed Ammar da pesan kat kiteorang bg Ammar makan masa umur Ammar betul-betul dah genap 6 bulan. Ok fineeeeeee. Ikut mung la laki!
Ye je aku ni ikut mung laki, padahal dalam hati ni, meronta-ronta nak bagi Ammar makan dah. Hahahaha. Siap semangat dah belikan Ammar set makan Tommee Tippee haritu. Huahuahua. Takpelah Ammar. Harini Papa promise nak bawak kita pegi beli buah untuk buat puree bagi Ammar makan. Kita tengok Papa tunaikan janji ke tak? Heh.
Ok Ammar dah bangun. InshaAllah kalau daku rajin dan panjang umur, kita jumpa lagi di lain entri. Kekekeke.
Nah, Mummy Ammar belanja korang gambar terbaru Ammar sekeping .....