Fuh! Fuh! Fuh! Bismillah.
Alhamdulillah as for today, harini hari ke 10 saya berpantang! Mean my baby dah 10 hari jugak.
Unexpected that yang saya ni delivery awal iaitu masa baby 37 weeks & 6 days. Baby sangat pandai okay. Elok Nenek dengan Atok sampai Jeddah malam 7 Disember, tengah malam tu baby dah meronta-ronta nak keluar on 8 Disember!
Kisahnya ....
7 Disember 2013 - Sabtu
Pepagi lagi dah bangun sebab sibuk nak tau Mak Abah ok tak kat airport and so on as their flight to Jeddah around 3pm waktu Malaysia, 10am waktu Saudi. Alhamdulillah, urusan check in, luggage semua dipermudahkan. My brother & his wife sent them to KLIA.
Ikut schedule flight, dorang akan sampai Jeddah around 7.20pm. Kami berdua memang lambat sampai airport. Bajet cam taknak tunggu lama kat airport sebab urusan kat imigresen ni kekadang memang menyakitkan hati sebab sikap pegawai imigresen dorang ni yang kadang buat keja sambil lewa.
Tapi bila sampai airport tu kan, masuk je kat arrival hall, kami dok pi check kat screen tv besar nak tengok dorang dah sampai ke tak. Check punya check, tengok punya tengok, takde pun no flight dorang dalam screen! Dah sudah.
As usual, Azman a bit worried and panic. Apahal pulak kan takde dalam screen. Tapi disebabkan nak sedapkan hati dia, I just keep saying : " Dorang lupa nak letak kot? " and kami just dok depan pintu arrival tu je.
After few minutes takde jugak no flight dalam screen, Azman start pusing kat arrival hall tu sebab kata dia, takut my parents dah sampai and dah keluar dari imigresen. So, disebabkan mak buyung tak larat nak jalan and diri lama dah, I just sat somewhere nearby. Ke hulur ke hilir la si Azman mencari pak mak mertua dia. Hihihi.
He did asked this one staff, but staff tu cakap, tunggu je. So, we just waited patiently.
Until few minutes after, tetiba nampak Mak dengan Abah keluar dari pintu arrival hall tu. Rupanya dorang dah lama sampai. Berkurun dah kot. Huhuhu.
Dari airport tu, memang kami terus balik rumah. Takde nak pegi makan luar ke apa sebab saya dah masak siap-siap kat rumah.
Sampai rumah, biasalah, aktiviti membongkar dan memunggah segala barang yang dikirim pun bermula dengan jayanya bagaikan tiada hari esok untuk dipunggah. Tapi memang benarlah. Segala apa yang berlaku ada hikmahnya sebab elok pukul 12 tengah malam memasing nak masuk tidur, saya dah start sakit perut memulas-mulas.
Memula tu ingat sakit perut biasa. I was thinking, saya banyak sangat makan pedas kot. Serius malam tu je, dekat 10 kali saya keluar masuk keluar masuk toilet pi buang air besar. Memang buang pun. Memula tu takde lah nak rasa pelik asik berulang pegi toilet, tapi saya start jadi pelik bila sakit perut tu come together dengan rasa sakit senggugut.
Terus teringat pesanan kawan sorang ni : " La ... kalau nak beranak tu, rasa dia macam period pain tau. ". Masa ni tak gelabah lagi.
Saya jadi paling gelabah bila mucus plug start keluar lendir bercampur dengan darah. Bukan sekali tapi dua kaliiiiiii!
8 Disember 2013 - Ahad
Start sakit pukul 12 tengah malam. Bila mucus plug dah keluar campur darah tu, saya rilek lagi sebab teringat pesanan kawan lagi sorang : " Ilah, kalau bebetul sakit baru pegi hospital. Kalau sakit mild je, takpe. Tahan dulu. Pegi awal-awal nanti, asik kena seluk je. "
Ok. Fine.
Duduklah saya atas katil dalam bilik sambil menahan sakit perut campur senggugut dan segala macam rasa sakit lagi lah. Tengok suami sedap berdengkur. Memula tu, saya ingat nak kejut. Nak bagitau. Tapi tengok suami muka penat tengah sedap tidur, ok, takpelah. Let him sleep first.
Dekat 2 jam jugak kot saya dok menahan sakit sorang diri atas katil. Memula tu konon siap baring lagi nak try tidur tapi tak boleh sebab perut memulas-mulas macam hape. Bila lendir mucus plug campur darah tu dah keluar kali kedua, baru saya kejut suami.
" B, I rasa I nak bersalin kot. Perut I sakit sangatlah. Pastu dah keluar darah ni. " ... sambil tangan sua bagi dia tengok pantiliner yang penuh dengan lendir tu.
Dengan muka blur ... " Right now ke? Okay. We go now. "
Tapi takdelah terus pegi sebab beg baby pun tak abis prepare lagi. =_=
Jadinya, pepagi buta tu, sambil tahan sakit sambil packing barang baby mana yang tak masukkan lagi. Lepas dah siap kemas, baru kejut Mak saya. Mak pulak memula taknak ikut. Nak duduk rumah but at the end, I tagged her along. In case apa-apa kan.
So, ke hospital la kami pepagi buta tu.
Alhamdulillah jarak rumah ke hospital takdelah jauh mana. Sekangkang kera je. Naik kereta, 5 minit dah sampai.
Sampai hospital rasa dalam pukul 3 pagi something. Azman just dropped me off kat emergency. Terus buat registration and so on. Settle bust registration, saya terus je tunjuk nurse yang bertugas pagi tu pantiliner yang dah penuh dengan mucus plug.
Then, one of them, terus bawak saya naik ke labour room kat tingkat 2. Nurse tu bawak guna wheelchair but I don't think it is really helpful sebab saya rasa masa tu ... " Apesal lembap sangat wheel chair ni? Haku jalan kaki lagi laju kot? ". Huhuhuhu.
Masuk je dalam labour room tu, nurse terus pasang CTG mesin tu nak tengok jantung baby ok ke tak. Masa baru pasang CTG tu, mild contraction dah rasa sikit. Sampai kejung kejang badan tahan sakit.
After few minutes, datanglah this one gynae. Tanya saya, apa saya rasa and so on dan bermulalah episod seluk menyeluk.
Alhamdulillah, doctor yang on call that day tu, Doktor Abeer memang sangat soft spoken. Risau juga sebab ramai yang cakap, doktor kat Saudi ni jenis kasar. But being treated by her, sangatlah tak rasa langsung sakit masa kena seluk tu. Tau-tau je, dia dah keluarkan tangan and said : " It is just 2cm only. Just wait and see how. "
Jadinya, melangoklah lagi saya terbaring sambil tengok mesin CTG kat sebelah. Macam-macam pikir masa tu. I keep asking myself : " Nak bersalin ke apa aku ni? ".
Husband and my mother accompany me along the way. Dorang memang boleh stay kat situ. Then, after around 15 minutes after kena seluk tu, saya dah start rasa jarak contraction sangatlah dekat dari masa ke semasa. Masa tu memang dah rasa sakit sangat. Sakit sangat tu tahap sampai saya gigit bantal pun tak mampu nak kurangkan sakit.
Saya siap pegang tiang katil pun tak jalan jugak. Ada gak sekali sekala tu, saya cakap kat suami : " B, sakitnyaaaaa. I tak tahan. Sakit sangat. ". Even dekat Mak pun, saya cakap benda yang sama.
Yang Mak dengan suami pulak keep asking me : " Sakit sangat ke? ".
The husband lagilah. Dia siap tanya : " Sakit sangat tu sakit macam mana? " and I replied : " Sakit yang tak boleh nak explain B. I rasa I hidup 28 tahun, inilah rasa sakit yang paling sakit sekali. ". Gituuuuu. T___T
Bila dah sakit teruk macam tu la, I realize kenapa orang cakap sakit nak bersalin tu adalah sakit yang paling sakit selepas sakit rasa nak mati. Huhuhuhu. Memang serius sakit-like-no-one-would-understand melainkan dia pernah bersalin.
Mak dengan suami siap keluar masuk taknak duduk dalam bilik tu sebab kesian tengok muka saya yang dah tak boleh nak handle tu especially Mak saya lah sebab dia tunduk je tengok lantai. =____=
After almost 30 - 45 minutes struggle dengan contraction yang rasanya macam ada orang nak patahkan tulang kat bontot, I told myself : " Nak induce, nak induce, nak induceeeeeeeeeee! ". Then, the doctor suddenly datang untuk selukan kali kedua.
Saya dah bajet, lepas seluk kali kedua ni, kalau baru 4cm ke 5cm ke, wa memang nak induce. Taknak banyak cerita.
Tapi tapi tapiiiii ... apakan daya. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menetukannya. Dan dan selukan kedua tu, terus doctor tengok muka saya : " You can deliver now! Right now! 10cm already. How amazing! MashaAllah! ".
Terus assistant dia semua kelam kabut prepare segala barang. I was panic that time like " Aik? Takkan la nak bersalin dah kot? Tadi bukan baru 2cm ke? ".
Dalam panic dan kesakitan yang amat sangat tu, one of the nurse tolong saya tukar baju sebab masa tu saya still pakai abaya lagi. Tak larat sangat masa tu nak angkat badan sekalipun sebab sakit kat tulang bontot sangatlah sakit yang maksima! Menggigil-gigil badan masa nurse angkat nak sarung baju hospital. Nurse yang lain kelam kabut prepare segala tools, yang sorang kelam kabut drip air and so on.
Dan time tu jugaklah, doctor told my husband : " You have to prepare all the paperwork. ". Husband pun jadi kelam kabut. Dia cam blur gila. Kahkahkah.
Yang saya ni, hanya mampu tengok nurse suruh kangkangkan kaki. Time tu rasa macam dan dan tu jugak nak push sebab tak mampu dah nak tanggung kesakitan yang amat sangat. Tapi dalam pada sakit tu, still lagi sempat cakap kat doktor : " I want my husband right now. ".
Suara pun macam nak taknak je keluar. Doktor pulak cool je cakap : " It is okay. He will join later. ".
By the time barang semua dah ready and doctor itself dah sarung semua glove and so on, yang saya nampak, dia dok depan celahan kangkang and said : " Get ready Nor, you can start push now but make sure you push when you feel the pain. ".
Masa first push tu, memang sungguh-sungguh saya push like very hard. Terus masa tu teringat segala petua yang saya baca masa bersalin. Paling saya ingat, masa push, jangan angkat bontot. Yang kedua, masa push, please jangan menjerit sebab nanti hilang tenaga. Then, ketiga, saya teringat, Mak Mertua ada pesan, masa push, tangan pegang keting betis ke apabenda entah.
Ok. I am ready.
First push, Alhamdulillah. Placenta keluar dengan jayanya.
Then, second push tu, sebab penat bagi sepenuh tenaga untuk first push, I told them : " Wait, give me a minute to get the energy back. ". Semua yang dalam labour room tu, dok senyum je. Nurse kat sebelah kiri : " You are very strong. Very good. "
Then, bila dah ready nak second push, memang saya tarik nafas dalam-dalam and push sekuat hati. Alhamdulillah the baby halfway dah.
Then, suddenly, I heard calling for prayer ( azan ) for Fajr. Doktor pulak told me : " It's Fajr azan now. Push Nor. You can do it. "
Masa dengar azan yang baru berkumandang tu lah, I've got the energy yang datang dari mana entah to push very hard until the baby Alhamdulillah selamat keluar dari rahim saya.
I was crying so hard inside. Cant explain it. First rasa nak nangis sebab baby keluar masa azan Subuh, second rasa macam caya tak caya je dah menempuh dan merasa kesakitan bersalin and finally, jadi Mami. Alhamdulillah syukur.
Baby was fine. Nampak gebu gebas padahal berat masa keluar tu just 2.80 kilos only. Hehehehe.
Tapi lepas baby keluar tu, terus saya rasa kebulur yang melampau okayyyyyyyy! Serius masa tu rasa nak pi bangun, makan something sebab perut lapar nak mampus macam tak makan sebulan. Memang kronik lapar sebab dua kali doktor tanya : " Are you okay? ". Dua kali tu jugak, saya jawab : " Im okay but hungry. I want to eat. ". Nak tergelak doktor tu dengar. Hahahahaha.
By the time baby keluar, Mak dengan suami sibuk amik pic baby. Sepanjang dalam labour room tu, dorang ada dalam bilik tu jugak. Few metres je dari doktor. Just tengok dari jauh je mampu sebab suami cakap, masa dia masuk labour room balik lepas dah settle kan all the paperwork, tengok-tengok, saya tengah push and darah dah bersembur keluar dari bawah.
Apapun, syukur Alhamdulillah because they both are with me from the early stage of my contraction sampailah saya selamat bersalin.
Anyway, pada yang first timer macam saya, janganlah takut nak bersalin. Sakit masa bersalin ni memang sangat azab nak mampos tahap nak sepak terajang orang pun belum tentu dapat kurangkan sakit tapi once baby dah keluar, terus rasa sakit tu hilang. Serius tak tipu.
Lagi satu, kalau boleh bersalin normal, go for normal. Bersalin normal ni, sakit time bersalin tu je. Melainkan takde pilihan atau nasihat doktor, barulah go for ceaser. Pastu kalau bersalin normal, selagi boleh tahan sakit tu, tahan ler. Jangan amik induce or epidural. Kalau dah tak tahan sangat, then amik ler. Takde masalah. Pilihan kat tangan masing-masing. Terpulang. Okay?
Muka Papa sangat budak ni.
B, we have a son now! Alhamdulillah. Tengok muka suami happy is like dapat emas segunung. Lol. :p
Alhamdulillah hari kedua, both Mommy and son boleh check out. Sebelum check out, kena cop mohor tapak kaki untuk rekod hospital.
" Papa boleh tak bawak-bawak berenti amik pic saya? I want to sleep laaaaaa! ". :p
Mini Azman. Azman's junior.
Alhamdulillah genap 7 hari, as sunnah, kami cukur rambut and tahnik. Thanks to Uncle Razif & Auntie Ina for your helped!
After cukur. Lain sangat muka budak ni.
Alhamdulillah, officially his name is Ammar Azhad Bin Mohd Azman.
Baru je dapat birth certificate semalam. Mujur pak arab tak banyak tanya or maybe we are so lucky kot? Sebab kat sini, boleh letak nama satu perkataan je sebenarnya. Nak letak nama panjang-panjang, kena fight for it.
Dari sebelum Ammar lahir, saya dah merengek kat suami yang saya nak juga nama Ammar Azhad. Tak kira apa jadi sekalipun. Tapi lelama tu redha je lah kot kalau tak lepas ke, letak je lah Ammar je pun. Janji maknanya seindah bahasa.
Till then.
Mummy's Ammar. Eceh. Kemain Mummy dah sekarang ni. Kahkahkah. :p