July 31, 2012

Entri Pakej 4 Dalam 1

Assalamualaikum.

Saya namakan Entri Pakej 4 Dalam 1 sebab malas nak buat entri banyak-banyak! Hahahaha. Jujur tak saya? :p

Ok. Benda pertama nak cerita tentang pertemuan saya dengan Kak Putri. ;D

Saya dan Kak Puteri bergambo di food court Safa Tower berdekatan Restoran Felda D'Saji.

Siapa yang mungkin familiar dengan Kak Putri ni? Hehehehe. Kalau awak semua pernah shopping online beli barangan Najjah, mesti kenal Kak Putri ni sebab dia salah seorang dealer untuk Najjah Muslimah Boutique tu.

Saya kenal Kak Putri dari FB je. Kenal pun semestinya sebab dulu saya ada borong tak hengat inner dan syria dari Najjah. Yang kesudahannya, sampai sekarang, inner atau syria tu saya 'simpan' dalam luggage. Muahahahaha. Inilah orang kata, orang tamak selalu rugi. :p

Tak kisahlah kan. Sebab kalau tak borong, takdelah kenal dengan Kak Putri yang cantik ni. Serius dia cantik! Mash'Allah tabarakallah. Patutlah Abang Ed terpikat zaman dolu-dolu. Hihihihi.

Bila dah berurusan dengan Kak Putri, sampai ke sekarang, the friendship still on. She is like my sister now. Suka dia lebih lagi bila dia pun bela kucing juga nama Toffiey. Toffiey handsome dan kacak tapi apakan daya, mahu dikahwinkan dengan baby girl saya, Gomok sudah terlambat memandangkan saya sudah memastikan yang Gomok adalah anak dara ( baca : memandulkan ) 'sampai bila-bila' ! Kihkihkih.

Kak Putri ni bila dia tahu saya duduk dekat dengan Makkah & Madinah, dia jadi suka sangat. Selalu sangat dia cakap dia teringin nak datang sini satu hari nanti dan Alhamdulillah, impian dia tercapai dan dimakbulkan oleh Tuhan kita yang sangat baik sekali pada setiap hambaNya.

Kak Putri dan Abang Ed jadi tetamuNya selama 2 minggu. Alhamdulillah. ;)

Dan bila Kak Putri dah sampai Makkah, saya sangatlah teruja nak berjumpa dengan dia sebab selama ni kami 'bercakap' ( baca : berkomunikasi ) melalui FB dan Twitter sahaja.

Hari nak jumpa tu, hajat di hati, pagi Subuh tu, saya berangan nak buat Umrah tapi apakan daya, 'bendera Jepun' ( baca : period ) masih tak reti malu mahu berkibar. Tapi itu tak jadi halangan sebab kata dah dekat kan, tak semestinya pergi Makkah untuk beribadat, boleh juga untuk mengeratkan silaturahim sesama manusia.

Maka, pagi tu, bersiap-siaplah ke Makkah. Kononnya saya ni berjanji nak jumpa pukul 9 pagi tapi lupa pulak sebab hari nak jumpa tu, esoknya kat negara Saudi ni, semua umat Islam dah mula puasa. Kalau dah start puasa ni, almaklum, jalan nak ke Makkah tu akan jadi sesak yang melampau!

Terus dari nak jumpa pukul 9 pagi tu jadi ke pukul 11 pagi. =_=

Nasib Kak Putri baik hati takde marah-marah. Hahaha. Dahlah comel, dia datang pakai burqa sebab dia datang dulu dan Abang Ed menyusul kemudian. ;)

Alhamdulillah, Kak Putri sangatlah friendly. Terasa macam dah kenal lama sebab sepatutnya sebelum Zohor, kami dah pulang ke Jeddah tapi terus sangkut sampai ke pukul 3 petang. Sempat juga belanja dorang merasa Ikan Bakar dari Felda. Sungguh-sungguh dorang makan.Saya terharu okay? :p

Saya syak kan, sampai sekarang, Kak Putri mesti mabuk kepayang dengan Ikan Bakar tu. Betul tak Kak Putri? ( If you read this .... hihihi. )

Benda kedua pula rasanya tak terlambat lagi nak ucap " Ramadhan Kareem " buat korang yang baik hati dan comel belaka ni. ;)




Nampaknya, setakat ni, saya mendahului Ramadhan dari korang yang kat Malaysia. Hikhikhik. Sebabnya, kat sini, hari Jumaat ( 20 Julai ) yang penuh barakah kami dah start sambut Ramadhan yang sangatlah ohsem tu! 

Setakat ni, macam mana Ramadhan korang semua? Dah digunakan sebaik mungkin tak? Pergi terawih tak? Baca Quran tak? Solat malam tak? Dah bersedekah tak? Harap-harap korang dah manfaatkan dan juga terus merebut pahala berganda di bulan penuh barakah ini. InshaAllah doa-doa, moga semua ibadah kita diterima olehNya. Amin. ;)

Seterusnya, benda ketiga yang saya nak cerita adalah Alhamdulillah, saya dapat buat Umrah di bulan Ramadhan! Syukur sangat dapat selesaikan dengan baik walaupun bermacam dugaan yang kami dapat during Umrah.


Saya rasa kan, tahun ni, ramai gila umat Islam datang bulan Ramadhan. Tahun lepas pun tak penuh macam tahun ni. Serius penuhhhh gila dah macam musim Hajj pulak. Dahlah ada kejadian pengsan tak sedarkan diri! Wakakakaka.

Eh, bukan saya lah tapi kawan baik saya. Hihihi. Dia tak sedarkan diri masa kami tengah tawaf nak masuk pusingan kedua. Nasib baiklah saya ni gagah perkasa tambah pula badan dia ringan macam kertas! Kihkihkih.

Syukur sebab semua selamat. Syukur juga sebab team 'PBSM' MasjdilHaram memang tangkas dan cekap handle kes orang pitam kat MasjidilHaram. Syabas beteiiiiii!

Kami bertolak dari Jeddah pukul 6 petang. Sampai kat Al Rosaifa Parking, kami buka puasa, top up perut sekadar perlu dan baru amik teksi ke MasjidilHaram.

Bulan Ramadhan ni, kereta dari luar memang tak boleh masuk sampai ke dalam. Kereta semua kena tinggal kat tempat parking kereta yang polis dah sediakan. Free je kalau parking situ. Tak perlu risau nak kena bayar ke apa. 

Dari tempat parking tu, pilihlah sama ada nak naik bas atau teksi. Kami pilih naik teksi memandangkan, saya kan special case. Pulak masa tu, semput still ada. ;)

Alhamdulillah, kami selesai Umrah dalam pukul 1 ke 2 pagi gitu. Suka sangat sebab saya ada baca, kalau buat Umrah masa bulan Ramadhan pahala sama macam Hajj. Baik kan Tuhan kita? ;')

Dannnnnnnn .... jeng jeng jeng ....

Selesai Umrah, hati debor-debor sebab nak jumpa lagi sorang kawan yang saya kenal dari Twitter! 

Tengok, Twitter ohsem tau sebab kat Twitter saya jumpa ramai sangat manusia yang ohsem dan inshaAllah yang baik dan semestinya ... ehem ... jujur dalam persahabatan sesama manusia. ;)


   Saya dan Nadia yang kecik, comel, baik hati dan juga sukakan kucing macam saya! ;)

Nadia buat saya terharu sebab dia tak tidur langsung semata nak tunggu masa saya selesai Umrah. Sobs. Sayang Nadia lebih tau macam ni. ;)

Sebab dia buat saya terharu, terus belanja dia sahur makan Ikan Bakar dan juga lauk pauk lain di restoran Felda D'Saji. Harap Nadia kenyang. Hihihihi.

Walau pertama kali jumpa, Nadia macam Kak Putri. Sangat friendly. Walau jumpa dalam keadaan masa yang sangat terhad, tapi ada je benda nak gosip. Kihkihkih. 

Misi saya dan Nadia untuk berjumpa, berjaya akhirnya! Syukur sebab dengan izinNya, kami bertemu di tempat yang penuh barakah. Saya sukaaaaaa! 

Yang penting, gambar saya bersama Nadia berjaya buat ada sorang makhluk ( baca : CikDara ) jeles sebab kami berdua dapat berlaga pipi dulu. Yeayyyyerssss! Hihihi.

Dan benda terakhir sekali yang saya nak cerita ialah ....

Saya sekarang busy memenuhi undangan berbuka puasa tak kiralah buka puasa bersama suami tersayang atau buka puasa di rumah kawan-kawan yang baik hati atau buka puasa di restoran di sekitar Jeddah! ( Phuiiii ... cakap macam retis ... kahkahkah. ) =_=

Rasanya masuk harini dah 3 hari kot dapur kat rumah tak berasap langsung. Asap periuk nasi je keluar. Asap dapur langsung tak keluar.

Mana taknya, awal ritu, pergi buka rumah Ina. Kemudian, diri pula tak berapa sihat. Demam, batuk, semput semua buat tak larat nak masak, maka suami saya kan suami yang paling murah hati sebab selalu belanja bini dia makan, maka maghilah berbuka di luar. ;)

Restoran pertama kami iftar di Jeddah tahun ni adalah di AppleBee's!

Syok gila wa cakap sama lu sebab walau menu tak meriah macam kat Malaysia tapi harga yang dorang offer sangatlah berbaloi-baloi! ;)

Iftar buffet kat AppleBee's ada main dish & buffet. Pakej Iftar Buffet untuk dewasa dalam 95 riyal sorang. Untuk bebudak dalam 29 riyal. 

Menu main dish tu ada 10 jenis menu. Boleh pilih satu je. Yang buffet pulak sangat unlimited. Pergilah nak top up makanan banyak kali mana pun, takde siapa marah. 

Alhamdulillah, sangat-sangat kenyang sampaikan main dish memang saya makan separuh je. Selebihnya mintak staff bungkus bawak balik. Tak larat aih nak habiskan sebab dah dok bedal makan hidangan buffet dorang macam chicken wings, sup dengan roti, samosa, popia, quasedillas, nanchos, salad dan dessert.

Hidangan buffet paling laku semestinya chicken wingssssssss! Saya sendiri tamak makan sampai 5 ketul. Pastu konon tak cukup suruh suami amik lagi tapi kesudahannya? Bungkus juga dalam tisu sebab perut dah sengkak! Hahahaha.

InshaAllah harini pergi TGI Friday pulak. ;)

Apapun, untuk perihal iftar ni, semalam pun perut sengkak juga berbuka kat rumah Kak Rahima. Macam-macam menu ada. Siap lupa diri tengah semput sebab pergi belasah makan kuih seri muka sampai 3 biji. Sudahnya, balik rumah termengah-mengah penangan pulut kuih tu. Wakakakakaka. :p

Apa nak buat? Kuih tu kuih kegemaran. Hihihi. I just can't take my eyes from that kuih. :p

Sekian cerita 4 dalam 1 saya. Panjang kan? Jenuhlah korang nak habiskan. Kahkahkah. Inilah penangan bila dah lama tak update. 

Selamat menambah amal ibadah di bulan Ramadhan koranggggggggggg! Jangan setakat puasa je tau, solat semua kena jaga, perilaku pun kena jaga, semua-semualah kena jaga. Barulah inshaAllah puasa kita sempurna dan diterima olehNya.

Salam sayang buat semua.

Sekian. Ma'asalamah!

Entri Panaskan Badan - 'Batu' Yang Kononnya Menghubungkan Manusia dan Tuhan

Assalamualaikum.

Hai korangggggggggg! Heeeeeeeeeeee. Lama eh dok menunggu entri baru dari saya? Ni apekehal pulak saya-saya ni? Muahahahahaha.

Takpelah kan guna 'saya'? Saje nak cari mood balik. Maka dari 'aku' jadilah 'saya'. Nampak lebih sopan santun dan ayu sikit. Wakakakakaka. :p

Ok. Disebabkan dah lama dah takde entri baru, maka entri ni dianggap pemanas suam kuku dulu kat blog ni. Sebabnya ....

Kebetulan segala persoalan dah bertemu jawapan .... ;)

Baiklah.

Dekat entri yang ini : Ziarah Madinah Al-Munawarrah bersama Mak & Abah , saya ada cerita masa saya bawak MakAbah melawat Masjid Qiblatain di Madinah, Makcik sebelah saya bila setiap kali sujud, dia letak batu yang ada ukiran kalimah Allah SWT.

Saya kan kepoh orangnya. Makanya, hati tertanya-tanya : " Ni apekehal pulak sujud letak dahi atas batu pulak niiii???? Aigooooo ... " ..... =_=

Memang tak khusyuk dah solat masa tu sebab mata dok pandang-pandang batu tu. Sampai ke harini tertanya-tanya apa tujuan Makcik tu dengan kawan-kawan dia solat sujud letak batu sebagai pengalas dahi?

Alkisahnya .....


Kebetulan terjumpa artikel ni dekat FB. Iye. Saya faham ada maklumat tak sahih tapi ini dikira sahih sebab disahkan sendiri oleh beberapa warga Arab Saudi yang jauh lebih tahu perihal-perihal songsang begini.

Rupa-rupanya, solat guna batu ni pegangan Wahabi dan juga sesetengah Syiah. AllahuRabbi. T_T

Pada merekalah, batu ni dikira penghubung mereka dengan Tuhan. Konon macam bila letak batu ni, terus bercakap dengan Tuhan lebih direct. Padahal, ikutkan time sujud tu memang satu keadaan di mana jarak kita dengan Allah SWT sangatlah dekat. Orang kata, tahap dekat tu macam dekat tang urat saraf kita je.

Apa yang ada dalam gambar tu, sebijik apa yang saya nampak kat Masjid yang Makcik tu guna. 

Takut betul bila zaman sekarang ni, manusia semakin merepek dan mengarut. Jauhkanlah sementelah pulak saya rasa, golongan Syiah makin berleluasa dah kat Malaysia kalau siapa peka mereka ni pegangan dia macam mana.

Jadi, berhati-hatilah. 

Dekat Indonesia, golongan Syiah ni, semakin berani sebab dorang dah berani 'promosi' Syiah atas bilboard tepi jalanraya, tak mustahil Malaysia pun boleh jadi macam tu.

Tentanglah Syiah. Syiah ke, Wahabi ke. Tak kisahlah. Selagi apa yang dorang buat tu sangat salah dan sangat bertentangan dengan Quran dan Sunnah.

Oh ya, selain perihal batu ni, saya juga baru dapat tahu, kalau time bulan Ramadhan ni, kalau yang selalu selamba makan depan public kat MasjidilHaram tu, rupanya, itu golongan Syiah yang tegar! Nauzubillahminzalik. T_T

Kita yang masih naif dan kekurangan ilmu agama ni, selalulah panjatkan doa agar Allah SWT sentiasa kekalkan kita dengan agamaNya yang berlandaskan Quran dan Sunnah.

Simpang malaikat 44. =_=

Sekian. Ma'asalamah!

July 3, 2012

Warming Up Dulu!

Assalamualaikum.

Sekadar perkongsian dan peringatan bersama!



Renung-renungkan dan selamat beramal!

Semoga kita sentiasa dalam redhaNya. InshaAllah. Amin Ya Rabb.

Sekian. Ma'asalamah!

July 2, 2012

InshaAllah Nanti Korang Mesti Sampai Sini Juga!

Assalamualaikum.

Setiap kali kalau aku upload gambar ke Makkah ke, ke Madinah ke, memang ramai kawan-kawan mesti akan cakap benda yang sama iaitu : " Bestnyaaaa! Doakan aku sampai sana jugaaaaa! "

Setiap kali kalau baca komen kengkawan macam tu, sentap aku tauuuuuuu! T_T

Bukan sentap apa, sentap sebab rasa kalau aku ni mampu, nak je aku bawak korang ramai-ramai datang sini. Itu kalau aku kaya banyak duit. InshaAllah aku bawak. Aku tolong top up duit korang yang tak cukup untuk datang sini. Itu kalau aku kaya tauuuuu ....

Masalah bin problemnyaaaaaa ...

Sekarang ni, aku memang tak mampulah. Takkan mampu sebab diri sendiri pun dibela atas ihsan sifat tanggungjawab seorang suami pada seorang isteri. Hihihihi.

Pulak tadi tengah scroll pesbuk aku, terjumpa pulak gambar ni ......


Tengok gambar ni pun dah sayu .... baca orang-orang yang komen kat gambar ni ... lagilahhhhhhhhhhh aku sayuuuuu! Hukhukhuk. Sedih sangat. Macam-macam komen ada tapi majoritinya memang berharap sangat dapat datang sini sebelum ajal menjemput mereka. T_T

Jujurnya, dulu aku pernah set kepala otak aku macam ni : " Aku takleh g Makkah selagi aku tak suci dari dosa, tak taubat, tak insaf, yada yada yada ...... "

Especially bila orang selalu sangat cakap : " Kalau rasa ilmu tak cukup lagi nak buat Umrah ke, Hajj ke, takyah ler nak buat. "

Dorang cakap gitu sebab kekdahnya, kalau buat tak betul, kot tetiba ada yang salah dan sebenarnya masa tu masih dalam Ihram dan kita rasa kita dah settle ihram, memanjanglah kita kena tanggung ihram kita tu selagi kita tak bayar dam. Paham tak?

Cakap gitu macam serius rasa nak takutkan orang-orang yang sememangnya dah dijemput untuk menjadi tetamuNya. Betul tak?

Sebabnya pada aku, kalau orang tu misalannya kalau tak cukup ilmu sekalipun, dorang datang sini kan sebab kira Allah SWT dah jemput, dah tu, apanya yang nak ditakutkan? Kalau memang niat kita betul nak datang sini, inshaAllah semua akan selesai dengan baik. Yang penting, kita sentiasa beringat dan berjaga pasal ihram kita.

Lagi pulak, orang luar kalau nak datang sini biasanya semua datang dengan travel agency. Siap ada ustaz yang akan ikut sekali sebab nak guide jemaah-jemaah Umrah/Hajj ni. Pada aku kat situ, dah takde apa dah. Kan?

So, pada pendapat aku, kalau korang rasa nak datang sini, datang je. Tak kisahlah kalau korang rasa diri korang tu macam tak layak sangat je atau rasa macam dah buat dosa berbakul-bakul. Takpe. Datang je sini. InshaAllah mana tahu, sampai sini, kita jumpa jalan yang sebetulnya. Kan?

Aku dulu bila datang duduk sini, first time buat Umrah masa baru-baru sampai sini, tengok Kaabah pertama kali dalam hidup, memang bikin hati menangis. Rasa sedih dan rasa macam aku ni tak layak je nak jejak kat RumahNya. Pikir pulak sebab aku ni, almaklum, dosa aku memang berbakul-bakul. Rasa macam orang lain lebih layak dari aku. Serius.

Tapi at last, secara positifnya, aku tahu ada hikmah yang terbaik Allah SWT nak bagi.

Sebab in positive way, memang patut Allah SWT bagi aku duduk dekat sini sebab DIA nak suruh aku tobat bebanyak, ingat dosa, ingat mati,  beringat sikit nak perbaiki amal ibadah dan segala-segalanya yang baik untukNya.

Tapi memang betul pun.

Bila dah datang sini, barulah aku rasa cam hidup aku betul sikit. Hati kepala otak semua dah set yang betul sikit. Pastu kalau by the time hati rasa cam nak buat dosa tu walaupun kira dosa kecik, time tu nanti mesti cam rasa " Eh, buatlah. Ko dekat dengan Mekkah ni. ". Haaa ... gituuuuu! Hihihihi.

Tapi kadang, kawal macam mana pun, dah kata namanya manusia. Kadang-kadang goyah juga. Hihihihi. Sifat manusia kan. Kejap tobat, kejap kang terbuat balik, kang tobat lagi, kang buat lagi, kang tobat entah sampai berapa kali nak tobat pun taktau. Huhuhuhu.

Jujurnya, bila dah lama duduk sini, aku rasa best walaupun memula tu rasa cam semua benda tak boleh buat sebab kat sini, perempuan tak boleh drive, keluar wajib kena pakai abaya, takde panggung wayang, nak keluar sendiri suka hati pun susah. Memang stress memula tapi lelama tu, ok sendiri dah.

Tapi naik lemak sikitlah sebab bila sini tak boleh drive, balik Malaysia aku adalah pemalas bebenor nak drive ganti laki aku bila dia ngantuk. Aku sanggup suruh dia berhenti tidur memana dulu untuk dia tidur kejap, janji aku tak kena drive. Padahal ..... dulu, sehari tak keluar bawak keta, bontot kaki aku panas je nak tekan minyak kete tu ha.

Sekarang apa jadi?

Sekarang asal masuk keta, aku ngantuk, aku pening, aku tidur. 3 perkara tu lah aku buat. Pulak kat sini, hujung minggu je aku naik kereta. Selebihnya aku duduk rumah. Aku kalau takde benda nak buat, takde tujuan nak keluar, memang aku taknak keluar. Duduk rumah je, main game and buat kerja lain sampai laki aku pun rimas tengok aku duduk rumah manjang! Hahahaha.

Anyway, buat pengetahuan korang, walau Mekah tu tak jauh mana dari rumah aku, adalah jarak dia sama macam dari Shah Alam ke KL, aku takdelah setiap minggu ke Mekah. Kalau ada rezeki, aku pergi sana. Kalau memang tak dijemputNya, kadang sampai sebulan jugak tak jejak.

Aku ada je kawan duduk Mekah. Dia lagi syok. Setiap hari kot bawak anak dia pegi breakfast dekat bangunan depan MasjidilHaram tu. Hah! Itu lagi syokkkkk! ;)

Tapi aku still bersyukurlah sebab Allah SWT permudahkan perjalanan aku ke RumahNya. Kadang kalau rasa macam leka sangat dengan masa, leka dengan hal dunia, mesti pikir cakap pada diri : " Eloklah tu lama tak pergi. Tuhan dah bagi duduk dekat, nak pergi kejap pun susah. Bukan jauh. Cuba kau tengok orang lain? Nak datang sini sampai kena bergolok gadai macam-macam nak bayar tiket flight semua. Kau? Zaaaasssss ... sejam dah tentu inshaAllah boleh sampai. ". Huhuhu. =_=''

Buat masa ni, selalunya aku akan pastikan yang dalam sebulan tu, mesti buat Umrah. Tak kisahlah buat Umrah ke, datang solat Jumaat ke, atau saje datang nak buat Tawaf Sunat ke, pun tak kisah. Janji setiap bulan pergi tengok Kaabah. Itu wajib.

Sebab aku tau, sebab aku sedar, bukan semua orang dapat peluang macam ni. Tambah lagi, aku tau, rezeki aku dengan laki aku kat sini taktau sampai bila. Buat tetiba, ada benda jadi ke, kena balik Malaysia, dah rasa rugi bila sendiri jarang luangkan masa kat Makkah atau Madinah.

So, sementara ada masa, ada peluang macam sekarang ni lah aku kena pandai bahagikan masa bila ke Makkah, bila ke Madinah.

Tapi kalau korang tanya antara Makkah dengan Madinah, mana yang paling aku kerap pergi .... pastinya Makkah sebab Jeddah dengan Makkah dalam sejam je. Kurang dari sejam pun dah boleh sampai. 

Nak ke Madinah pulak dekat 4jam. Macam dari JB ke KL. Last time aku pergi Madinah bulan Mac baru-baru ni. Kira dalam 4 bulan lepas. InshaAllah raya ni, lepas stay semalam kat Makkah, kalau ada rezeki dapat hotel kat Madinah, kiteorang nak ke Madinah pulak masuk raya kedua. Itu perancangannya.

Kalau nak comparekan Makkah dengan Madinah, Madinah lebih teratur pembangunannya. Kat Makkah ni, kerajaan Saudi baru nak restructure balik pelan Makkah. Sebab tu sekarang ni, kalau korang datang sini, Makkah memang sana sini ada construction. Maybe lagi 10 tahun, memang berbeza kot keadaan Makkah.

Silap haribulan, lagi 10 tahun akan datang, tempat Saei dah ada aircond kot? Huhuhu. Tempat tawaf masa tu pun maybe dah ada yang baru. InshaAllah nanti makin selesa kawasan Makkah ni. 

Pada korang yang belum sampai sini dan teringin benar nak datang sini, doalah banyak-banyak mohon Allah SWT jemput korang datang sini. Rasa suasana sini. Rasa sendiri perasaan bila tengok Kaabah tu macam mana. Rasa sendiri juga perasaan bila berada kat Raudhah berdoa berdekatan dengan makam Nabi tu macam mana. Semua tu nanti akan buat korang rasa akan nak datang sini lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

Korang pergilah melancong negara mana sekalipun. London, Paris, New York, Australia, seceruk mana pun korang pergi melancong, korang akan rasa, datang ke Tanah Haram ni lah yang paling terkesan kat hati. ;') 

Aku doakan moga impian suci murni korang nak datang sini dimakbulkanNya. InshaAllah, kalau bukan sekarang, maybe akan datang. Siapa tahu kan?

Jadi, usaha dan doa seiring sejalan okay? Allah SWT sentiasa dengar doa kita. 

Sekian. Ma'asalamah!

July 1, 2012

Gaduh Suami Isteri.

Assalamualaikum.

Adat berumahtangga, kalau tak gaduh lakibini, orang cakap, tak best namanya! 

Masuk 4 tahun kahwin hujung tahun ni .... hehehe ... aku rasa antara aku dengan laki aku, akulah kot suka carik pasal. Kadang memang saje cari pasal. Especially bila dah lama sangat tak gaduh. Haaa ... time tu ... nanti bila laki aku buat slack sikit ... mulalah aku saje cari perisa nak bagi gaduh lagi teruk. Hahaha.

Macam minggu lepas .... minggu lepas kot ... kalau tak silaplah ...

3 hari aku istihar perang dengan laki aku. 2 hari aku mogok tak masak, tak makan. Aku depends dengan minum air zamzam je. Sepanjang 2 hari mogok, boleh kira dengan jari berapa kali aku masuk dapur. 

Bukan setakat mogok tak masak dengan tak makan je, tapi aku mogok tak bangun buatkan dia air dengan teman breakfast lagi. Mogok dengan time dia bangun siap pergi kerja tu, aku dok membuta sedap mimpi entah ke mana. Tau-tau, aku bangun, confirm dia memang dah takde. Huahuahua.

Selalunya kalau gaduh macam mana pun, marah macam mana pun, makan aku jaga tapi yang haritu punya gaduh, saje aku nak bagi advance sikit siap mogok taknak masak, taknak makan semua.  Kurus kejap aku 2 hari. 2 hari je kurus, pastu gemok gedempol balik. Kihkihkih.

Sepanjang 2 hari mogok tu, hari pertama memang paling sadislah pada aku sebab time tu dia puasa. Aku selamba tak masak apa untuk dia buka. Aku cuma berkurung duduk dalam bilik layan novel. ( Jangan ikut perangai aku. )

Laki aku balik kerja, terus dia kelam kabut tukar baju, masak untuk diri sendiri. Buka puasa pun masa tu dia tak settle masak lagi. Tengah ketung ketang kerjakan dapur aku. Entah apa dia masak masa tu pun, aku  memang tak amik tau.

Tidur malam, even gaduh pun, still satu katil. Itu mestilahkan. Sebab aku kan al penakut. Merajuk mulut muncung macam mana pun, sakit hati macam mana pun, tetap kena tidur satu katil sebab aku ni memang jenis penakut suka terbayang bukan-bukan depan mata. Kahkahkah.

Tapi even tidur satu katil pun, sorang pandang kiri, sorang pandang kanan. Aku kalau bab tidur, aku memang juara. Susah hati macam mana pun, aku tetap boleh tidur lena mimpi sampai berdengkur-dengkur. Itu wajib. Takde masalah.

Tapi kalau laki aku lain ...

Dia kalau time gaduh dengan aku, masalah besar pada dia sebab dalam rumah, aku memang jenis mulut bising. Bising satu hal, pastu aku ni kuat menjerit dalam rumah. Siapa kenal aku, taulah suara aku ni tahap  nyaring dia boleh sampai mana kalau orang dengar.

Aku pulak, stok kalau laki aku gurau lebih ke ... cara nak selamatkan diri, aku mesti mula jerit kuat-kuat. Hahaha. Saje bagi jiran dengar. Hari-hari mesti kena marah dengan laki aku sebab aku kalau tak jerit kat dia, aku jerit kat anak jantan aku sorang tu, Skulky. Aku kan Mak Tiri. So, dalam sehari kalau tak bertempik kat anak jantan sekor tu, memang tak sah!

Jadinya, bila dah gaduh, memang aku diammmmmmmmmmm dari siang sampai malam. Kalau laki aku tanya apa-apa ke, biasanya kalau boleh diam, aku diam. Kalau dia tanya, selagi aku boleh buat bodoh, aku buat bodoh. Kadang je aku jawab tapi itupun sepatah je aku jawab dengan mulut mencebik-cebik. Hihihi.

Bila aku dah diam, mestilah rumah aku pun sunyi dari tempikan kan? Suasana sunyi tu lah yang boleh buat laki aku bosan nak mati sebab bila gaduh, aku jadi senyap, taknak bercakap. Pulak tu berkurung duduk dalam bilik dari siang sampai waktu tidur. Laki aku pulak, biasanya kalau gaduh, dia akan duduk depan tengok tv sorang-sorang. Itupun muka dia akan monyok je sebab kawan tengok tv sesama takde. Kawan tengok tv tu merajuk. Kahkahkah.

Kadang laki aku kalau dia dah boring macam tu, biasanya mesti dia masuk bilik jenguk aku. Agak-agak kalau dia tengok aku merajuk biasa-biasa, mesti nanti dia akan pujuk cakap : 

" Ayang, jomlah duduk luar. Biebie boringlah tengok tv sorang-sorang. Takde kawanlah. Takyah merajuk. Sudah-sudahlah tu. "

Aku kalau dia dah start cakap gitu, memang boleh buat aku gelak. Tapi yang gaduh paling baru sampai 3 hari tu, aku buat bodoh je sebab masa tu, aku dah naik syok layan novel. Aku memang tak amik port terus dengan apa yang dia cakap sebab matlamat aku masa tu, nak habiskan baca novel. Kebetulan pulak, novel best. Hahaha.

Settle mogok hari pertama, bersambung hari kedua keesokkannya pulak ....

Nasib baik sebelum gaduh lama tu, aku dah siap-siap gosokkan baju kerja dia sampai hari Rabu. Kalau takkkkkk .. mahu lagi haru laki aku bangun pagi kelam kabut kena gosok baju sendiri. Kahkahkah.

Masuk hari kedua, mogok tak masak dan tak makan tetap berjalan seperti biasa.

Still benda yang sama laki aku buat. Balik kerja, masak, tengok tv sorang-sorang. Hari kedua tu, laki aku buat Mee Goreng kot kalau aku tak silap. 

Yang kesiannya tu, aku taktau apa pesen Mee Goreng yang dia buat tu sebab masa tu, stok lada kering yang dah siap blend tu, semuanya dah habis. Memang takde apa dalam fridge. Entah apa rasa Mee Goreng dia buat tu tapi itupun, dia gigih juga makan habiskan sampai esok tengaharinya. Mungkin agaknya perut dah lapar sangat kot? Hahahahahahaha.

Aku konon nak sambung mogok tak masak dan tak makan sampai hari ketiga tapi masuk hari ketiga tu, serius tak sampai hati sebab nampak jelas ketara laki aku dah macam tak terurus. Kahkahkah. Makan pun tak teratur. Kahkahkah. Dengan muka sedih dia lagi sebab dah 2 hari tak dapat makan masakan isteri ...

Maka hari ketiga tu, dengan rendah diri, petangnya aku masak juga untuk laki aku. Dah nama laki kan? Sakit hati macam mana pun, tetap rasa sayang. Hihihi. 

Terus bila laki aku balik kerja petangnya tu, bila tengok aku masak, makan malamnya tu, laki aku belasah makan nasi sampai berpinggan-pinggan. Kuantiti dia makan nasi malam tu adalah dalam 2 pot kot? Gila kebulur laki aku masa tu. Muahahahahahaha.

Sempat lagi masa tengah makan tu aku perli laki aku ...

" Amacam? Best tak gaduh macam tu? 2 hari I tak masak? Best tak? Sekarang apa rasa? Kebulur eh? "

Hahahahahaha. Terus dua-dua gelak kat situ jugak.

Ikutkan sebenarnya takdelah marah mana pun. Macam aku cakap tadi, saje takde pasal nak cari pasal. Pulak lama tak gaduh. ( Padahal sehari sebelum tu gaduh jugak. Hahahahahaha. )

Gaduh paling latest tu lah aku rasa memang gaduh penuh mogok. Sebab first time gaduh, aku mogok bagai. Padahal sebelum tu, prinsip aku, kalau gaduh macam mana pun, masak tetap masak, makan tetap makan. Tapi ritu, masak pun tak, makan pun tak! :p

Gaduh ni pada aku, sekali sekala perlu. Setiap hari gedik manja bagai dengan pasangan pun tak best jugak. Tak mencabar rasanya. Gaduh perlu. Merajuk pun perlu. Tapi sikit-sikit je dahlah. Jangan nak kronik sangat sampai nak bercerai-berai, itu adalah tak digalakkan.

Tapi kalau gaduh, memang masa tu hati kena kuat. Jangan cepat pikir bukan-bukan. Jangan ikut rasa. Ikut rasa tu maksud aku, jangan gaduh, at the end, tetiba mintak cerai pulak. Dijauhkanlah macam tu. =_='

Lagi satu, kalau gaduh laki bini, macam aku cakap, gaduh macam mana pun, makan pakai laki tetap kena jaga. Tidur pun tetap kena sama satu katil. Kau jangan nak mengada tidur tempat lain sebab bila kita buat tidur asing-asing macam tu lah boleh jadinya kes baru kahwin dah bercerai-berai.

Kot ye kau rasa taknak tidur sebelah laki kau, kau tidur tempat lain dulu, nanti bila laki kau dah lena tidur, kau bangun tidur sebelah dia. Jangan tidur asing sampai ke pagi pulak. Takut nanti jadi lain naya je.

Aku setakat ni, kalau gaduh, sehari dua je. Takdelah sampai seminggu ke apa. Tapi biasalahkan, kalau gaduh, hati pun tak rasa apa, kepala pun pikir sendiri je. Pernah juga kadang bila gaduh je, rasa nak cabut balik Malaysia! Kahkahkah. 

Nasib baik undang-undang kat sini, setiap kali kau nak keluar dari negara Saudi, kau memang kena ada exit visa. Exit visa tu pulak, kau kena apply seminggu sebelum tarikh tiket kau nak keluar.

Dah kalau gaduh sakit hati, nak cabut balik pun, bilanya nak apply? Memang taklah kan. Lagi-lagi kat sini, bila kau dah kahwin, kau nak keluar, kena pastikan mahram kau ada sama-sama. Niceeeeeee! Memang bagus. Ye dok?

Lainlah kalau kat Malaysia. 

Kalau gaduh, sekurangnya tahulah jugak nak tuju mana. Kot nak lari ke luar negara mana-mana pun, ikut suka kau nak keluar. Janji kau ada pasport, kau ada tiket. 

Tapi kat sini, pasport dengan tiket jadi tempat nombor dua dan tiga yang paling penting. Yang tempat pertama dan paling penting adalah exit visa. Kau takde exit visa, jangan mimpi kau nak keluar dari sini. Sorry!

So, ada hikmahlah juga Allah SWT 'campakkan' kiteorang ke sini. Hahahahaha. Kalau tak, mungkin aku ni setiap kali gaduh dah hilang entah ke mana sebab aku ni jenis kalau gaduh, mesti rasa nak keluar pegi memana. Hihihihi.

Tapi last gaduh haritu kan, aku mogok sampai hari Selasa ke hari Rabu entah. Hari Khamis, elok je aku dengan laki aku tu sedap syok gi dating sampai ke Makkah. Best tak? Best tak? Best tak?



Best kan gaduh macam ni? Gaduh-gaduh, last-last mesti dating kat sini. Tawaf sesama, solat sesama, makan sesama. Terus lupa yang hari sebelum-sebelum tu ada gaduh masam muka. Hahahahaha.

Yang dah kahwin, ingat tau ...

Kalau gaduh merajuk macam mana pun, makan pakai suami jaga dan tolong jaga tempat tidur sama-sama. Maksud aku jaga tempat tidur tu, jangan tidur asing-asing. Itu penting. Sebab bila kita tidur asing-asing, boleh jadi, nanti tinggal asing-asing, lepas tu nanti, mulalah nak bawak diri masing-masing. No good macam tu.

Kena paham. Bila dah kahwin, lagi-lagi kalau yang jenis tak bercinta lama macam aku ni, sampai sekarang aku rasa macam still dalam proses nak kenal rentak masing-masing. Yang penting, hubungan dengan Allah SWT kita jaga sebaiknya. InshaAllah, let say bila gaduh dengan suami, nanti Allah SWT tolong lembutkan hati kita. ;')

Ok?

Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT sentiasa. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...