July 26, 2011

Wordless Wednesday ( 9 ) - Cuba Teka Mana Satu Tuan Blog?

Assalamualaikum.

Wordless Wednesday : On Wednesday, all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ' wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.




Sekian. Masalamah.

Isu Minuman Barbican Akhirnya Selesai


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya, isu halal atau haram minuman Barbican ni sudah selesai bila Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia sendiri mengesahkan bahawa minuman malta yang didatangkan dari negara Arab ini adalah halal diminum oleh umat Islam di Malaysia.




Masa isu ni timbul dulu, ada orang tu, panik dan terus tanya aku betul ke tak minuman Barbican ni haram diminum? Aku masa tu rasa pelik jugak lah sebab macam manalah boleh cakap haram pulak kan sebab pada aku minuman Barbican ni sama je dengan Sparkling Juice tu. Tiada beza.

Jadinya, macam mana Sparkling Juice tu boleh selamba je dijual dan minuman Barbican ni pulak, kenapa bila dah 6 tahun dipasarkan dekat Malaysia, boleh pulak timbul isu haram? Adakah kemungkinan ada orang nak sabotaj dengan pengeluar Barbican ni memandangkan dekat Malaysia, makin banyak persaingan minuman yang lebih kurang sama? =_='

Masa kecoh-kecoh pasal minuman Barbican ni, aku sampai cakap, baiklah haramkan minuman Istak tu dari Barbican sebab masa Istak pertama kali di pamerkan, terang-terangan pihak pengeluar Istak keluarkan kenyataan yang minuman Istak itu adalah beer tapi tidak mengandungi alkohol.

Dan kemudian, bila ada sekali tu, lepak dekat Shah Alam dan kawan-kawan aku order Istak, semua terkejut sebab bau Istak memang lebih kurang sama dengan bau minuman beralkohol iaitu arak! Haaaa ... macam mana tu? Lagi meragukan bila dekat Sabah, minuman Istak ni menggantikan minuman Tuak. Hmmmm.

Apapun, sekarang kau orang memang dah tak perlu risau lah pasal Barbican ni. Minuman ni memang halal pun sebab minuman ni adalah minuman malta perisa pelbagai jenis buah-buahan.

Pergilah minum dan menikmati keenakan minuman Barbican ni. Errrr ... walaupun sini banyak minuman malta lain dan juga Barbican, aku memang tak minum minuman bergas macam tu. Tak tertelan aku. Sekali sekala je aku memanjakan tekak dengan Mountain Dew. Lagi-lagi bila sekarang kat sini tengah peak of summer!

Sekian. Masalamah!

Perihal Drama Tahajjud Cinta

Assalamualaikum.

Masa nak keluar drama Tahajjud Cinta ni, memang promosi besar-besaran diadakan oleh pihak produser dan penerbitnya. Bila tengok poster dengan gambar berniqab si pelakon Fazura dengan Fauziah Ghous tu, aku syak cerita ni mesti lebih kurang macam Nur Kasih juga iaitu bercirikan drama Islamik yang pastinya mengangkat tinggi akan martabat Agama Islam.

Bila kali pertama layan episod 1, aku ok je lagi. Bila masuk episod kedua dan juga episod ketiga, aku jadi paham sendiri kenapa sesudah tayangan perdana drama Tahajjud Cinta ni wujudnya laman Facebook "KAMI BANTAH TAYANGAN PERDANA DRAMA TAHAJJUD CINTA"!




Ok. Janganlah cakap : " Alaaaa ... itu cuma drama. Amik perkara yang baik dan buang perkara yang tak baik. ". Dah tu kalau ada scene dan juga dialog yang tak masuk akal dan seperti macam mempersendakan hukum agama Islam, macam mana pulak tu?

Aku bagi contoh scene yang tak masuk akal dalam drama ni. Scene tu kalau tak silap aku, ada dalam episod 2 di mana bila Seri dengan boyfriend dia tu merendek dekat atas bukit dekat Jordan tu dan tetiba pulak, si boyfriend boleh main suka selak Niqab si Seri!

Kau dah kenapa hoiiiiiiii? Kata belajar dekat Mesir dan amik bidang Undang-undang Syariah kan? Kata kau pakai kopiah, solat tak tinggal semua tapi takkan kau tak tahu cara-cara nak menghormati seorang wanita? Apasal pulak sebab konon cinta dan sayang, kau main suka nak selak Niqab girlfriend kau? Adoiiiiiiiii!

Aku tengok scene tu, aku pulak nak menjerit! Bukan nak tapi dah menjerit punnnn! Siap tweet lagi. Dahlah aku tengok sorang-sorang kat rumah drama tu, jadinya aku jerit seorang diri depan laptop : " Hoiiii, kau kenapa main suka selak niqab orang hoiiii???? Kenapa??? KENAPA??? "

Dan kenapa nak kena ada scene macam tu dalam drama yang kata berciri Islamik? Kau bayangkan kalau orang bukan Islam tengok? Kan ke dah macam menunjukkan dan buat dorang fikir yang orang Islam ni, walaupun agama tinggi, tapi tak reti nak menghormati hak seorang wanita. Kan?

Lepas tu, scene lain, dah kata drama Islamik kan, apahal pulak boleh ada budaya couple-couple ni? Siap merendek, pergi bercuti sama-sama, siap panggil sayang-sayang antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram? Pun adoiiiiii jugakkkkkk!

Yang dialog pulak, paling tak boleh blah bila masa Seri dah balik kampung dan keluar dengan adik dia, balik rumah, bila Mak dia tanya takpe ke tak pakai niqab, boleh pulak si Seri mengeluarkan dialog : " Takpe Mak. Seri pakai sebab itu budaya dekat sana.".

Eh, mana pulak si tukang skrip ni dapat info yang pemakaian Niqab itu adalah cuma sekadar budaya dekat Mesir ni hoiiiiiiiiiiiiiiiiiii???? Adoiiiii!!!!

Memang boleh sakit jantung lama-lama kalau tengok drama yang penuh dengan scene dan dialog yang tak dikaji dengan betul berdasarkan hukum  Islam yang sebenarnya.

Makin lagi sakit jantung bila tengok, ada setengah pelakon wanita yang memang menutup aurat tapi boleh pulak buat adegan bersentuhan kulit dengan kulit dengan pelakon lelaki yang memang bukan mahramnya!

Ingat ye, walaupun itu adalah adegan suami isteri, adegan isteri mengetip kuku suami, dari segi hukum memang salah ye sebab telah terjadi sentuhan kulit dengan kulit yang memang tidak ada ikatan yang sah di dalam kehidupan realiti.

Sebab itulah, ada setengah pelakon lelaki atau perempuan yang dulu mengecapi dunia glamor ni, bila dah berubah, terus berhenti dari dunia lakonan. Sebabnya benda remeh macam tu lah. Walaupun nampak remeh tapi tetap salah.

Lagipun, dunia seni ni memang penuh maksiat semata. Aku harap, pelakon-pelakon atau senang cerita, artis yang dah berubah ni, bolehlah bagi nasihat dekat mereka-mereka yang masih tergapai ni. Golongan artis ni memang kena bimbing betul-betul. Kalau tak, itu terjadinya ada kes artis sekejap pakai tudung, lepas tu bukak balik.

Hati kena istiqamah pada Allah SWT. InshaAllah segalanya perkara akan dipermudahkan olehNya. Aku harap sangat, andai kata ada yang nak buat drama Islamik ni, peka sikit dengan jalan cerita, scene drama dan jugak dialog drama.

Sekian. Masalamah!

Jangan Terlalu Cepat Menjatuhkan Dosa Pada Seseorang ...


Assalamualaikum.
Dekat Malaysia sekarang ni aku pasti tengah panas dengan kes Mohd Ashraff yang mohon pada mahkamah nak tukar nama dia dari nama lelaki kepada nama perempuan.

Nampaknya, kes macam ni, memang akan dan sentiasa mengundang kontroversi. Biasalah. Orang Malaysia ni, kalau bab nak cakap : " Wei, kau tak ingat dosa ke? ", memang laju je kan?

Tapi, pernah tak orang yang main suka menjatuhkan dosa ke atas seseorang ni mengkaji dulu kes macam ni??? Pernah tak? Pernah tak?




Sedih sebenarnya, bila baca dan tengok maki hamun orang dekat manusia yang memang dilahirkan khunsa sejak dari kecil ni. Ke orang yang memaki hamun tu taktau apa itu khunsa?

Macam kes Mohd Ashraff ni, apa yang aku tahu, memang sejak dilahirkan lagi, Mak Ayah dia dah cakap dekat doktor supaya lakukan ujian DNA sebab Mak Ayah dia syak yang anak yang dilahirkan itu adalah perempuan dan merasa pelik  bila doktor pula mengatakan anaknya lelaki.

Keadaan makin runsing bila anak itu besar, perwatakannya lebih kepada perempuan. Baik dari cara jalan dan juga dari segi pertumbuhan hormon di badan. Sehinggalah bila anak itu besar sendiri, secara rahsia, anak itu menjalankan ujian di Hospital Pantai dan pakar mendapati bahawa badannya & DNAnya lebih kepada perempuan dan tanpa pengetahuan Mak Ayah dia pulak, anak itu pergi ke Thailand untuk melakukan pembedahan penukaran jantina.

Jadi, di mana kesilapan dia? Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan?

Kita yang orang luar ni dan tak tahu cerita yang lagi sebetul-betulnya, elok menjadi pemerhati. Kalau memang betul dia khunsa dan korang menuduh dan melemparkan kata nista, kan free-free dah dapat dosa. Tak sedar ke semua tu?

Dan kalau iya pun, memang dia bersalah, jadi apa salahnya cakap dengan cara yang baik bukan?

Ni, aku tengok, siap salahkan Mak Ayah dia. Siap cakap, Mak Ayah dia ni tak ingat dosa ke? Eh, kau yang menuduh cakap macam-macam, kau ingat kau tak dosa? Dosanya lagi besar tahu? Dan jangan lupa, dosa sesama manusia ni tak terampun selagi kau tak memohon keampunan dari manusia itu sendiri. 

Kita tak tahu apa yang dah dilalui oleh Mak Ayah si Ashraff ni. Janganlah sewenang-wenangnya menuduh Mak Ayah dia tak ajar dan tahu erti dosa. Kalau Mak Ayah dia ni tak tahu dosa, kenapa Mak Ayah dia sendiri pernah halau si Ashraff ni keluar dari rumah? Kalau Mak Ayah dia ni tak tahu dosa, kenapa sampai Mak Ayah dia sendiri pernah sampai taknak mengaku si Ashraff itu anak dia? 

Dan kau yang menuduh dan memaki hamun, aku nak tanya, kau tahu tak dosa memaki hamun orang tanpa kau tahu cerita yang sebenarnya? Lagilahhhhhh dosa besar tahuuuuuuuu??? T_____T

Pada aku, kes Mohd Ashraff ni bukan macam kes pondan yang memang niat sebenar nak tukar jantina tu tapi ini adalah kes khunsa. 

Ingat, orang yang dilahirkan khunsa, mempunyai hak untuk memilih jantina.

Dan kau orang jangan lupa ya, arwah Yasmin Ahmad juga lebih kurang macam Mohd Ashraff ni. Masa muda, arwah adalah seorang lelaki dan sempat menjadi penyanyi. Bila dah meningkat dewasa, dia akhirnya memilih untuk menjadi seorang perempuan dan menukar namanya kepada Yasmin Ahmad dan juga, Alhamdulillah, dia bertemu jodoh dan berkahwin.

Jadinya, sebagai manusia yang beragama Islam dan Allah SWT itu yang menciptakan kita, janganlah kau jadi manusia yang main suka ringan mulut nak memaki hamun orang dan terlalu cepat menjatuhkan dosa pada seseorang.

Kot-kot kalau harini kau maki orang tu, esok umur kau tak panjangggggg? Haaaa ... jawablah kau dengan Mungkar dan Nangkir dengan apa yang kau dah buat tu. Nak menangis mintak tolong masa tu, memang boo layanlah jawabnya.

Kes macam ni seharusnya kita jadikan pengajaran dan amik iktibar dan bukaanya memuntahkan kekejian.

Sekian. Masalamah.

July 24, 2011

Dari Jepun Ke Malaysia Ke Arab Saudi ...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sebab akhirnya kamera Hello Kitty Mini Instax 25 tu aku dah dapatttttttttttttttttt! Jauh perjalanan kamera ni. Merasa dah melancong sampai dua negara berbeza tanpa memerlukan pasport dan juga duit. Hehehe.


Apapunnnnnnnnnnnnnnnnnnn ...

Semestinya, terima kasih paling tak terhingga pada si tukang beli yang berada di Jepun sanaaaa! Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayatttttt! Nanti aku dengan Man datang Jepun, bawak kiteorang jalan pusing satu Jepun ok? Jangan lupa ajak kiteorang hiking dekat Gunung Fuji sekali. Hehehe.

Dan juga, tak lupaaaaaa ... terima kasih pada Emak sebab bersusah payah pergi bank semata nak bank in duit kamera dekat Kajang.

Seterusnya, terima kasih pada girlfriend Kajang sebab tolong pass kan kamera pada Affy dekat Damansara dan dari Affy, Affy pass pula kamera pada En Abdullah yang kebetulan nak datang Jeddah atas urusan kerjaaaaaaaa !!!!

Haaaaa ... kau ingat senang ke nak dapat kamera ni? Dari satu tangan ke tangan okay kamera niiii. 

Dan yang pasti, gambar pertama yang aku amik pakai polaroid mestilahhhhhhhhhhhh ...

.
.
.
.
.
.
.
.




Iya. Si Mok si jantung hati kami berdua.

Tak sabar nak amik gambar-gambar yang lain pulakkkkkkkkkk! InshaAllah lepas ni nak tambahkan lagi koleksi kamera-kamera old school macam ni. Mungkin lepas ni, kalau ada rezeki nak beli kamera Lomo pulak. 

Sekian. Masalamah.

Lunch Date Dekat UNO Chicago Grill & Bar


Assalamualaikum.

Selalunya, setiap hari Rabu memang aku tak masak sebab biasanya, hari Rabu ni lah laki aku makan luar dengan kawan-kawan office dia. Tapi harini, tetiba bila dekat pukul 11 lebih tu, dia call, tanya aku buat apa semua. Soalan last yang dia tanya : " Ayang tak masak eh? ".

Haruslah aku jawab tak sebab memang aku tahu dia tak balik.

Terus dia cakap :

Biebie : " Biebie laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!. "
Aku : " Laaaa .. kalau lapar, pergilah keluar makan. "
Biebie : " Takde kawan. Bebudak semua tak datang. "
Aku : " Rijal mana?."
Biebie : " Rijal tak keluar makan rasanya. Diet. "
Aku : " Errr .. pepandailah cari makannnnn!!!." Hahaha. Gila kejam jawapan aku.

Aku dah gelak-gelak je sebab suara dia macam kecewa je sebab tak dapat makan. Laki aku ni sekarang musim dia makan dengan menggila. Badan pun dah naikkkkkkkkk. Baju pun dah ketatttttttt.

Last-last, aku cakap ...

Aku : " Nak makan luar ke? I tak pernah lagi lunch kat luar dengan you. "
Biebie : " Boleh gakkkkk!." Kalau bab makan, dia memang laju je menjawab! =_='
Aku : " Ok. Makan luarlah macam tu. Nanti amik I kat rumah. "
Biebie : " Ok. Nanti siap-siap. Jangan lambatttt!. "

Elehhhhhhhhhhhhhhh .. laki aku ni yeyek je pesan jangan lambat tapiiii bila aku dah siap semua, dia tak sampai-sampai jugak! =_='

Kat sini, setengah restoran ada buat promotion untuk lunch. Selalunya dorang offer burgerlah. Set lunch tu dapat air dengan burger kalau tak silap aku. Satu set lunch tu dalam 35 riyal. Kira murah lah dari harga asal. Orang sini memang suka makan burger. Memanjang je dengan burger. Tengah malam pun keluar cari burger. Sebab tu orang Arab ni badan besar-besar. ( Lap peluh. =_=' )

So, harini, kiteorang lunch dekat UNO Chicago Grill & Bar je. Sebab restoran ni paling dekat dengan rumah aku. Malas nak pergi jauh-jauh. Kang kesian pulak laki aku sampai office lambat.

Tapi, kiteorang sangat tak bertuah sebab UNO takde buat promotion set lunch tu. Huhuhu. Nak tak nak, order je lah makan biasa dan aku harini mood nak makan burger. Jadinya harini aku order burger. Laki aku pulak piza.

Laki aku tu mimpi apa entah order piza sebab laki aku ni suka burger tapi agaknya dia pun dah blur taktau nak makan, terus mulut keluar pergi order piza dekat waiter. Selain burger dengan piza, aku seperti biasa, mesti nak dessert. Heeeeeee.

Meh tengok makanan meh ...







Alhamdulillah. Kenyang. Bukan kenyang tapi sampai rasa senak perut dan nak muntah je rasa sebab seksa nak habiskan burger saiz besar muka aku. Huhuhu. Apapun, syukur dengan rezeki harini.

Ni dah makan luar, memang yang pertama kali dan terakhir lah sebab entah ek. Rasa macam tak kena pulak makan makanan macam tu untuk makan tengahari. Tak bestttttttt! Aku masak lagi bestttttt! Hahahaha.

Sekian. Masalamah.

Dari Jeddah :
  • Harini tu adalah hari Rabu lepas. Blogspot aku mereng. Aku upload gambar asyik tak keluar je. Last-last, bila dah 4 hari tapi masih sama tak boleh upload gambar, aku upload gambar original without watermark! Lantakkkkkkk! =_=

July 20, 2011

" Doktor, Cuba Muka Manis Senyum Sikit Boleh? "


Assalamualaikum.

Aku ni memang bukan jenis orang yang takut hospital, doktor, jarum dan sebagainya. Aku suka je pergi hospital tapi kalau pergi hospital dan berdepan dengan seorang doktor yang memang sumpah kedekut nak senyum dengan pesakit dia, memang boleh buat kita yang sakit ni jadi makin sakit!

Macam baru-baru ni, aku pergi hospital. Berdepanlah dengan sorang doktor ni. Kat sini, kalau kau perempuan, memang kau akan dapat doktor perempuan dan jugalah sebaliknya. Takdelah kalau kau perempuan, kau berangan doktor yang rawat kau tu adalah doktor handsome macam Dr Sheikh Muzaphar tu. Menangislah macam mana pun, takkan dapat selagi kau perempuan! Hehehe.

Cerita pasal doktor yang tak reti nak senyum ni. Dah dekat 3 kali aku jumpa dengan dia pun, macam tu jugak muka dia. Muka ketattttttttttttttt je memanjang. Nak kata pesakit dia ramai, takdelah jugak. Pesakit yang masuk bilik dia pun setiap setengah jam. Setiap kali pesakit keluar dari bilik dia, memang dia akan rehat dalam 15 minit macam tu sebelum dia panggil pesakit dia yang seterusnya.

Jadi apa masalahnya? 

Takkan takde pesakit pun kau nak stress kan? Etika kedoktoran kau mana? Aku tengok, dengan semua pesakit kau, kau masam muka. Sampai pesakit kau nak jumpa kau pun macam ralat je sebab tengok muka kau ketat tanpa sebab.

Lainlahkan kalau kau pakai niqab ke apa. Yelah jugak kalau kau nak buat muka ketat sebab memang setiap pesakit kau takkan nampak raut wajah kau. Tapiiii, ini elok je memang pesakit akan tengok muka kau.

Jadi, apa salahnya kau senyum kan? Mahal sangat ke senyuman kau tu? Kau tahu tak, kalau muka kau senyum, sedikit sebanyak dah boleh mengurangkan rasa sakit sikit dekat setiap pesakit kau? Ke memang kau taktau?

Pada akulah, aku lagi prefer doktor yang memang jenis muka garang dan serius dari doktor yang muka ketat dan kau sebagai pesakit rasa macam nak pergi dekat doktor kau tu dan tarik pipi dia, biar dia senyum manis sikit. =_='

Ingat ye, muka garang dan serius dengan muka ketat adalah berbeza ye.




Sejuknya hati kalau semua doktor dekat semua hospital di dunia senyum manis macam doktor ni. Kan? Barulah pesakit semua cepat sembuh. Ye tak? 

Lagipun kan, dalam agama Islam itu sendiri menyatakan bahawa senyum itu adalah satu sedekah. Nampak tak? Sedekah tak semestinya kau hulur duit atau barang. Tapi kalau kau bagi senyuman ikhlas dekat orang pun kau boleh dapat pahala senang-senang je. Takkan itupun taknak kot?

Tak kisahlah kau kerja doktor ke, kerja pegawai bank dekat kaunter tu ke, pelayan restoran ke, cashier ke, apa ke, janji kalau kerja kau tu melibatkan pihak yang bergelar pesakit, pelanggan kau, tolonglah ringan mulut senyum dekat dorang. Ok?

InshaAllah kalau kau ikhlas sedekah senyum, kerja kau akan dipermudahkan.

Ataupun ... mungkin agaknya aku kena bukak lagu M. Daud Kilau yang ada lirik pasal senyum tu :

" Senyumlah .. senyumlah .. wahai cik molek ... senyumlah .. senyumlah .. wahai cik molek.. ". Hehehe.

Sekian. Masalamah.

Dari Jeddah :
  • Nampaknya, aku pulak akan stress sebab aku akan berdepan lagi dengan doktor muka ketat tak reti nak senyum tu hari Khamis akan datang ni! Arghhhhhhhh! Tolonggggggggggggggg!

Wordless Wednesday ( 8 ) - Genap Dua Tahun Pemergiannya ...


 Assalamualaikum.
Wordless Wednesday : On Wednesday, all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself say so much that it doesn't need any description.



Seorang anak yang sangatttttt baik.
Seorang abang yang sangatttttt baik.
Seorang adik yang sangatttttt baik.

Dia pergi atas 'kerakusan' orang lain di jalanraya.
Semoga rohnya sentiasa dirahmati olehNya.
InshaAllah.

Al-Fatihah...


Sekian. Masalamah.

July 19, 2011

Wordless Wednesday ( 7 ) - Si Demok


Assalamualaikum.
Wordless Wednesday : On Wednesday, all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.



Sekian. Masalamah.

Perginya Menghadap Illahi ...


Assalamualaikum.

Tengah malam tadi, dalam pukul 1 pagi macam tu, masa tu, aku baru je nak baring dan letakkan kepala atas bantal, jap lagi, tetiba aku dapat mesej dari Mak aku bagitahu yang Nenek aku dah meninggal dalam pukul 4 pagi waktu Malaysia.




Nenek adalah Emak kepada Emak aku. Nenek aku sebenarnya ada angin ahmar. Dah berpuluh tahun menghidap penyakit tu. Lepas lama terlantar hospital, bila bawa balik rumah, dia boleh berjalan sikit-sikit. Cuma mandi ke, atau sebahagian kerja yang lain, memang memerlukan bantuan orang lain.

Arwah Nenek aku tu, Pak Ngah dengan Ucu aku yang sama-sama jaga dekat Johor. Adik-beradik lain pun jaga jugak. Sekali sekala, memang pergi rumah Nenek lah sebab adik-beradik Emak aku kebanyakannya memang duduk Johor jugak. Johor Bahru. Cuma Makcik aku sorang sesat tinggal dekat Kuala Lumpur.

Setiap kali Raya, kiteorang yang memang duduk Johor Bahru ni memang tak rasa suasana balik kampung ke, duduk rumah papan ke, apa ke sebab rumah arwah Nenek tu dah renovate jadi rumah batu. Memang rumah moden. Sebab tu bila kahwin dengan laki aku, aku agak jakun sikit dengan suasana balik kampung bila setiap kali musim Raya! Sebab rumah Mertua aku macam rumah orang kampung lain. Separuh batu, separuh papan.

Balik pada cerita Nenek aku, cucu-cucu kebanyakannya lagi rapat dengan arwah Atuk aku. Arwah Atuk dah lama meninggal. Dalam tahun 2005 kalau aku tak silap. Memang tak sangka arwah Atuk pergi seawal waktu tu sebab ikutkan arwah Atuk aku memang sihat. Takde sakit apa pun.
Puncanya, cuma arwah Atuk jatuh dalam bilik air, demam panas dan meninggal. Aku ingat lagi, masa nak kapankan arwah Atuk tu, baik cucu-cucu ke, anak-anak ke, menantu-menantu Atuk ke, semua nangis tak ingat dunia. Teresak-esak sampai terhenjut-henjut bahu macam Fe Mau tu. Hikhikhik.

Ni Nenek dah meninggal, baik Emak atau Abah aku, dua-dua dah yatim piatu lah. Aku kira ada Nenek dengan Atuk lagi lah sebab belah keluarga laki aku, dua-dua masih ada lagi. Tinggal dekat Trolak. Itupun kiteorang jarang jumpa. Dah kata kalau laki aku cucu dia sendiri pun jarang jumpa, apatah lagi aku ni. Hehehe.

Kalau balik Raya pun bila duduk Jeddah ni, kekadang sempat jumpa, kekadang tu memang tak menyempat nak jumpa. Cuma dapat kirimkan salam je pada dorang. =____='

Apapun, bila aku bangun pagi tadi, Nenek dah selamat dikebumikan. Rasanya lepas waktu Subuh. Makcik aku yang tinggal dekat Kuala Lumpur tu memang tak dan nak jumpa dan tengok jenazah Nenek sebab Ayah dah cakap awal-awal suruh kebumikan je awal. 

Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa Nenek aku. Semoga roh Nenek aku tenang di sana. InshaAllah.

Sekian. Masalamah.

Dari Jeddah :
  • Setiap kali berita kematian yang aku terima buat aku jadi takut sendiri dengan kematian aku pada bila-bila sahaja tanpa kita tahu bila dan di mana. Bersediakah kita untuk mati? Sudah terampunkah dosa kita padaNya? Sudah cukup ke amalan kita? Sudah bersedia sepenuhnya kah kita untuk menghadap Pencipta kita yang Satu itu? Buat kawan-kawan, andai aku ada tersalah kata, aku mohon maaf ya. Buat semua, sama-samalah kita sentiasa mencari keredhaanNya sebelum kita dipanggil DIA.

July 18, 2011

Dalam Konon Takde Duit Tu ...


Assalamualaikum.

Haritu aku dah buat entri perihal Tuan Rumah aku ni. Tentang perangai dia yang memang sangat kurang menyenangkan kiteorang. Sampai tahap rasa, cukup setahun bila dah habis kontrak, memang kiteorang cari rumah sewa lainlah jawabnya. Tahap tekanan yang dia bagi tu memang melampau-lampau! Kalau aku ni fasih Arab, dah lama dah aku maki cukup-cukup.

Ni lah payahnya kalau baik sangat dengan orang. Bila baik, orang pulak boleh pijak-pijak, henyak-henyak kepala kita balik. Menyampah betul.

Orang bolehlah cakap : " Sabar! Sabar! " tapi setiap manusia kan, kesabaran tu ada tahapnya!

Macam baru-baru ni, Tuan Rumah main suka hati je hantar mesej dekat laki aku :

" I want ... thousand. I need money. I have problem. Thank you. "

E'eh, aku yang baca pun dah panas hati. Panas hati sampai tahap, kalau ternampak dia, aku mencebik je! Belum lagi dengar suara dia, rasa macam nak tutup telinga dengan kapas je. T__T


Ingat laki aku Piggy Bank kau ke hah?

Aku tak paham sebenarnya dengan orang yang perangai macam ni. Main suka hati mintak duit kat orang ikut suka hati dia nak minta bila. Mintak duit tu macam laki aku tu bank peribadi dia. Asal takde duit je, hantar mesej : " I want money. I have problem. ". 

I want money, I want money, aku bagi air mani, NAK TAKKKKKKK??? =__='

Tak lama lepas mintak duit advanced sewa rumah tu, tak lama tu jugak, hantar mesej lagi :

" I want money. Two hundred riyal. For water & electricity. "

Last-last, laki aku jawab :

" Mafi fathura, mafi fulus. "

Which mean ...

" Takde resit, kau jangan banyak cekadakkk! ". Hahahahaha.

Terus orang tua tu senyap dan takde nak call-call lagi dah. 

Manalah nak bagi duit bil api dengan air tu sebab time dia mintak tu, tengah bulan dah. Sedangkan, seawal bulan tu, laki aku dah bayar dah kat orang tua tu duit api dengan air. Dah kenapa pulak kan nak mintak lagi duit bil semua kan?

Bila laki aku dah bising-bising macam tu, terus dah sampai ke sudah takde cari lagi dah. Tapiiii yang menariknya tu, dalam pada orang tua tu asyik cakap takde duit tu, boleh pulak dalam minggu lepas, laki aku balik kerja, tup tup nampak sesuatu yang berbau kedai lagi dekat parking dalam villa ni ha ...


Nissan Altima
Nak je aku tanya kat orang tua tu :  

" Eh pakcik, kata takde duit? Kata ada masalah haritukan sampai mintak duit kat orang ribu-ribu. Ni beli kereta dekat ***k, ada pulak duit kau kan?. " =___='

Bila dia beli kereta baru ni, aku syak yang dulu dia minta duit mungkin agaknya nak beli kereta ni kot? Apa kata survey? Setuju tak dengan syak wasangka aku tu?Hihihihi.

Sekarang ni, kiteorang tunggu masa je kontrak habis by Februari tahun depan. Lepas tu, nak berambusssssss! Tak mahu dah sewa rumah dengan orang tua ni. Tekanannnnnnnnn!

Harap-harap, segalanya dipermudahkan. Mungkin juga, ini dugaan dariNya buat kiteorang lakibini. Hehehe.

Sekian. Masalamah.

Berpiknik Di Shuaiba


Assalamualaikum.

Hari yang sama aku balik dari buat Umrah ( dalam entri sebelum ni ), malamnya tu, aku dah sibuk bertukang dekat dapur sebab aku nak sediakan bahan-bahan buat bekal untuk berpiknik pada keesokkan harinya.

Nasib baiklah aku dah tergerak hati nak sediakan malamnya sebab paginya tu, kiteorang terlajak bangun lambat! Sepatutnya seawal pukul 4 pagi aku dah bangun dan masak tapiiiiiiii ... mungkin agaknya keletihan sebab baru balik dari Umrah, terus dua-dua tak sedarkan diri. =___=

Bila dah lambat tu, aku terus bangun solat Subuh dan terus ke dapur kelentung kelentang seorang diri dengan kuali dan senduk. Tak lama tu, baru laki datang tolong sediakan bahan-bahan yang lain.

Untuk piknik kali ni, aku buat Nasi Goreng Cina dengan HotDog Bakar je sebab Kak Sofie pun buat jugak makanan lain like Bihun Goreng, Kuih-muih Malaysia, Air Teh Panas, segala jenis keropok dan juga jajan.

By the way, piknik kali ni, bukan kiteorang berdua je. Kali ni lebih meriah sebab kiteorang pergi dengan Abang Nizam, Kak Sofie, Farah dan Lia. Farah anak Abang Nizam & Kak Sofie. Lia tu pulak, bekas pelajar Kak Sofie masa Kak Sofie jadi lecturer dulu kat Kolej Nurse. ( Nama kolej taktau. Hehehe. ). Lia kerja dan datang dari Riyadh. 

Aku dengan Kak Sofie memang dah set nak jumpa kat mana and pukul berapa. Memang tunduk jepun dululah dekat dorang as a apologize sebab kiteorang lakibini yang sampai lambat. Huhuhu.

Bila dah jumpa dekat tempat yang nak berkumpul tu, terus kiteorang gerak sama-sama. Tempat piknik yang kiteorang nak pergi ni, memang memasing belum pernah sampai lagi. Tahu tempat tu pun sebab ada kawan-kawan yang cerita yang kawasan tu, pantainya cantikkkkkk plus boleh free bukak Abaya dan pakai baju biasa je sebab tak ramai orang. Nama tempat tu, Shuaiba.




Nak dijadikan cerita, jalan nak ke tempat tu memang agak jauhhhhh sikitlah. Lagi jauh dari nak pergi Makkah tu ha. Dekat dua jam kot nak ke sana tapi perjalanan tu takdelah terasa sangat jauhnya sebab jalannya tegakkkkkkk je memanjang. Takde selekoh ke bukit bukau ke, takde. Lurus je jalannya.

Disebabkan baru pertama kali nak pergi, kiteorang sampai sesat jugaklah. Tak jumpa jalan nak ke pantai. Kiteorang sesat sampai ke kawasan PowerPlant yang memang ceruk gila. Last-last, kiteorang patah balik dan refer pada Google Maps carik kawasan pantai.

Rupa-rupanya, patutlah kiteorang sesat sebab jalan nak ke kawasan pantai tu di tutup tapi kiteorang redah jugak. Lagipun dorang tutup pakai kon tu je. Jadinya, kereta boleh selit-selit lagi kat tepi-tepi kon tu. Bukan kereta kiteorang je, orang lain pun ramai je buat macam tu jugak.




Perjalanan yang sesat tu jadi berbaloi bila akhirnya jumpa pantai yang memang cantik dan jernih sangat airnyaaaaaaa sampai boleh nampak sangat coral dekat dalam laut tu. Subhanallah.

Sampai-sampai je, terus cari tempat nak lepak, tempat berteduh. Kat sini, kau janganlah nak harap duduk bawah pokok yang rimbun macam kat Malaysia. Memang takkan jumpalah kan. Jadinya, kiteorang cari kawasan tebing yang ada shadow. So that, kiteorang boleh 'hide & seek' dekat shadow tu.




Kereta kena parking dekat bahagian atas. Tak boleh bawak sampai ke tepi pantai sebab ada tebing yang curam. Jadinya, kereta parking dekat dengan tempat port nak lepak piknik tu. 

Dah parking, semua barang-barang piknik, makanan yang dibawak di punggah dan dibawak keluar dari kereta.




Alhamdulillah dapat berteduh dekat bawah batu besar ni. Memang tak terasa panasnya pun. Bentang tikar, kiteorang duduk-duduk dulu, makan-makan dulu sebelum pergi terjah air laut.

Aku tak expect kat sini boleh mandi sebab kat Saudi ni, bukan sebarangan pantai orang perempuan boleh mandi ok. Tapi kat sini, memang macam private pantai. Jadinya, kiteorang yang perempuan ni boleh je nak mandi pakai t-shirt dengan seluar tapiiiiiiiiii ...

Aku pulak haritu memang pakai Abaya je. Dalam Abaya pun aku sarung seluar je. Baju bahagian dalam, aku tak pakai. Straight ber'bra' sahaja. Jadinya, mimpilah kan nak bukak Abaya bagai. Kak Sofie dengan Lia je bukak Abaya. =___=

Piknik kali ni, waktu bercanda tepi pantai, laki aku tinggalkan aku duk tepi pantai diam-diam sebab dia nak bercanda dengan his 'girlfriend'. Alaaaa ... budak umur 7 tahun pun. Apa nak risau kan? Dah kata dia ni memang suka layan budak-budak plus si Fara ni memang friendly. Laki aku lah dok melayan and berenang dengan dia. Sambil swimming sambil jaga Fara sebab Fara tak pandai sangat berenang.




                            






Dah macam anak dengan bapak pulak aku tengok dari jauhhhhhhh! Hahaha. Ciri-ciri dah ada dah tu tapi nampaknya rezeki masih belum menyebelahi. Takpelah. Perancangan Allah SWT itu jauh lebih baik dari perancangan manusia. Kannnnn??? ( Sedapkan hati sendiri. Hahaha. )

Kiteorang ni pulak, apa lagilah nak buat kan selain dari main tepi pantai je, posing-posing amik gambar, then pergi tempat port balik, mentekadarah makanan yang dibawak.

Makanan yang dibawak macam nak makan untuk 10-15 orang padahal yang berpiknik, 6 orang je. Hehehe.





Aku yang konon ayu dan sopan memakai Abaya. Padahalllllllllll ... kalau aku sarung baju ke apa ke kat dalam tu, aku join dorang sekali bukak Abaya. Bukan selalu beb dapat peluang nak bukak Abaya kat Saudi ni haaaaaa!

Sementara nak tunggu 'pasangan kekasih' habis bercanda berdua mandi laut tu, kiteorang memang makan je lah kat tepi pantai tu. Sambil makan, sambil menghirup udara yang segar ( tarik nafas, hembussssssss!), sambil juga tengok pemandangan laut yang memang cantik tak terkata ciptaanNya.




Gambar ni, laki aku yang amik lepas dorang dah habis mandi laut. Lama jugaklahhhhhhhhhhh dorang mandi laut. Dekat pukul 10.30 pagi kot rasanya baru dorang naik and bilas badan semua.




Dekat pukul 11pagi, baru kiteorang kemas-kemas nak balik. Lagipun, hari yang kiteorang pergi tu Hari Jumaat. Jadinya, harus kejar waktu solat Jumaat.

Sebenarnya, ada je gambar beramai-ramai dengan laki aku sekali. Tapiiiiiiiiiii ...

Gambar tu jadi blurrrrrrrrrr pulak at the end. Taktau kenapa. So, aku taknak letak gambar tu. Hehehe. ( Sori Biebie. )




Bila tengok gambar unta ni balik buat aku senyum sorang-sorang je. Comel tak unta ni? Unta ni kiteorang jumpa tepi jalan nak balik tu je. Bersepah-sepah unta dekat padang pasir masa tu. Comel dan sihat-sihat semuanya. Bulu mata unta-unta ni dahlah lentikkkk! Gerammmm! Auwwwwwww~ =_='

Boleh je nak pegang tapiiiii aku takut sebenarnya sebab dorang besarrrrrrrr! Aku kan kecikkkkk! Kahkahkah. Ni amik gambar pun, mulut aku dah bising-bising tak bagi laki aku bawak kereta dekat-dekat dengan dorang. Hehehe.

InshaAllah, lepas ni nak piknik dekat Durratul Arus pulak, ke apa entah nama tempat tu. Pun cantik jugak macam Shuaiba ni. 

Opssss, sebelum tu I would like to say to Kak Sofie that your kuih bakar sangat superlah sedapppppppppp sampai balik rumah kiteorang lakibini berebut makan until to the last piecessss! Seriouslyyyyy okayyy! The taste just perfect. Tak manis dan lemak-lemak gitu. Sukaaaaaa! ;)

Ok. Sekian. Masalamah!

July 17, 2011

Kisah Umrah & Lontong


Assalamualaikum.

Duduk dekat dengan Tanah Haram ni, memang rasa bersyukur sangat-sangat tak terhingga sampai taktau nak cakap macam mana. Sebabnya, bila asal hujung minggu dah nak dekat je, kalau takde benda nak buat dekat rumah, mesti kiteorang laju je nak pergi buat Umrah.

Dari duk merayau tak tentu hala, lebih baiklah ke Makkah kan buat Umrah? Kan?

Jadinya, ada satu hujung minggu tu, seawal 3 pagi kiteorang dah bangun siap-siap nak pergi buat Umrah. Ingatkan dapatlah nak kejar solat berjemaah Subuh dekat MasjidilHaram tapiiiiii nampaknya, takde rezeki. Terpaksa berhenti dekat hentian rehat tepi highway untuk solat berjemaah dekat Masjid situ.

Sampai kat MasjidilHaram pun betul-betul dalam pukul 6 pagi macam tu. Itupun, suasana macam dah pukul 10 pagi. Sampai-sampai je, seperti biasa, terus pergi siap-siap amik wudu' dulu sebelum masuk MasjidilHaram ikut pintu Babusalam.

Kali ni pergi, tempat Tawaf memang agak ramai jugaklah orang memandangkan, waktu sekarang ni, boleh kata memang dah musim orang ramai datang menunaikan Umrah. Lagi-lagi bila dah nak dekat bulan Ramadhan ni. Ada sesiapa yang nak datang buat Umrah bulan Ramadhan nanti? ( Angkat-angkat kening. )




Kalau buat Tawaf ni, orang ramai macam mana pun, kalau niat korang betul, inshaAllah takkan terasa lama. Nanti, tau-tau je, ehhhhhh? Dah nak habis Tawaf keliling Kaabah tu. Lagi satu, bila dah ramai semacam ni, kiteorang takde lah nak berebut jugak untuk berdoa betul-betul depan Multazam juga solat sunat dekat Hijr Ismail.

Cukup sekadar berdoa dari jauh dan solat sunat dari jauh je. 




Bila dah siap Tawaf, dah siap solat sunat Tawaf dan juga solat sunat berdekatan Hijr Ismail, aktiviti amik gambar menara jam ini adalah wajib sebab aku memang selalu check, jam tu dah siap ke belum. Kalau korang perasan, jam tu dah siap sepenuhnya cuma pucuk bulan sabit tu je, tinggal lagi sikit je nak disiapkan.

Nanti hujung minggu akan datang ni, aku amik gambar lagi. Tengok pucuk bulan sabit tu dah siap sepenuhnya ke belum. Sebab hujung minggu ni, inshaAllah kiteorang buat Umrah lagi. Hehehe. Alhamdulillah.


Suami terbaik di dunia dan di Akhirat. InshaAllah. Amin Ya Rabb.
Sementara bini selesaikan segala jenis solat sunat, laki tekun membaca surah Yassin, surah As-Sajadah dan juga surah Al-Mulk.

Masa ni, dah selesai urusan Umrah. Dekat tempat nak buat Sae'i tu, Ya Allah, memang ramaiiiiiiii sangat! Nak main lari-lari bila dekat lampu hijau tu pun, tak berani. Hehehe. Nak mengadap Kaabah dekat bukit Safa pun, menguji jugak bila orang main himpit-himpit and tolak-tolak je.

Aku bukan risau diri aku tapi risau laki aku. Dia kan tak berapa stabil sangat. Nasib baik urusan Sae'i pun dipermudahkan olehNya. Alhamdulillah. 

Walaupun habis je urusan Umrah, telekung aku dah bertukar dari bau Downey jadi bau masam hasil gesekan peluh orang ramai, takpelahhhhhhhhh! Janji urusan yang wajib selesai. 

Bila urusan dekat MasjidilHaram dah selesai, aktiviti wajib yang seterusnya adalah makan dekat Felda D'Saji. Kali ni, rasa puas hati sangat sebab datang-datang je, dah ternampak lontongggggg!

Baru hatiku cakap kat laki aku yang aku teringin nak makan lontong. Bukan taknak buat sendiri tapi laki aku tak berapa sangat dengan lontong. Lainlah aku ni. Dah kata orang Johor kan. Orang Johor dan Lontong kan, mana boleh dipisahkan seperti Rosmah dan cincin 24 jutanya! Ehhhh??? ( Tiba-tiba )




Aku  jadi tamak bila dapat makan kat Felda D'Saji ni. Mana taknya, dah order Lontong pun, aku boleh pergi order Roti Telur lagi. Lepas tu, siap ngecek-ngecek lagi Nasi Lemak yang laki aku makan. 

Bukan faktor lapar tapi faktor ketamakan yang tidak dapat dibendung nafsu dalam diri. =_='

Aku kalau dah jumpa makanan sedap-sedap dan susah nak dapat macam ni, memang aku terus lupa misi keamanan aku nak kurus bila balik musim Raya nanti! Hahaha.

Habis makan, bila nak balik dan nak jalan pergi cari teksi pun dah tak larat. Terkedek-kedek jalan sambil mulut bising cakap kat laki : " Kenyangnya Biebie, kenyangnya Biebie. Tak larat nak jalan. Dukung I lah!". Hahaha.

Harap-harap, kalau Khamis ni jadi buat Umrah, menu Lontong ni ada dekat Felda D'Saji lagi. InshaAllah. Kalau ada rezeki, takkan ke mana. Kan?

Sekian. Masalamah!

July 4, 2011

Majlis Yang Tak Rupa Majlis Di Konsulat Malaysia, Jeddah


Assalamualaikum.

Walaupun duduk Jeddah dah nak dekat 2 tahun tapi sepanjang itulah kiteorang memang tak pernah lagi menjejakkan kaki kat Konsulat Malaysia di Jeddah. 

Alasan utama sebab kiteorang takde urusan nak buat yang berkaitan dengan Konsulat. Boleh? 0_o

Bila baru-baru ni, ada officemate laki aku bagitahu Konsulat Malaysia ada buat majlis sempena pegawai Konsulat tu nak bersara, jadinya kiteorang pun pergilah.

Kira masa tu agak eksaitedlah jugak sebab kalau ada majlis begini, bolehlah tambah kenalan dengan rakyat Malaysia yang duduk Jeddah ni sebab setakat ni, kiteorang memang tak berapa kenal sangat dengan rakyat Malaysia yang lain yang duduk dekat sini.

Bukan kera sumbang tapiiiii kena paham, office laki aku sendiri, memang tak ramai rakyat Malaysia. Adalah dalam 4 orang je. Nak bandingkan dengan komuniti lain yang memang satu company tu ramaiiiiiiiiiii rakyat Malaysia, itu lain ceritalah kan.

Ok. Balik pada cerita Majlis kat Konsulat Malaysia ni.

Dah kata MAJLIS PERSARAAN kan? Jadinya kiteorang bajet, Majlis tu mesti Majlis Rasmi. Laki aku dah semangat nak pakai Baju Melayu. Siap suruh aku pakai Baju Kurung lagi!

Tapiiiiiiiiiiiiiii agaknya Tuhan tu nak tunjuk ... aku jadi macam malas tau nak pakai Baju Kurung. Bukannya apa. Sejak dah setiap kali keluar sarung Abaya, bila keluar pakai baju lain daripada Abaya, aku dah rasa lain macam. Rasa pelik. Taktaulah kenapa. =_=

So, aku cakaplah kat laki aku : " I taknaklah pakai Baju Kurung. I nak pakai Abaya. ". Entah pesal, laki aku pulak terus tak jadi pakai Baju Melayu jugak. Terus dia mintak tolong aku gosokkan seluar slack dengan kemeja dia.

Tu lagi satu pe'eel laki aku. Dia suka betul kadang-kadang keluar pakai slack dengan kemeja. Dah macam orang tua dah aku nengok. Padahal umur baru 30. Kalau orang lain sibuk nak dress up macam orang muda pakai jeans bagai tapiiiii dia pulak, nak dress up macam orang tua! Sakit jiwa betullllll!

Aku selalunya sound tepek je kat dia : " Eeeeee, you ni, suka sangatlah pakai baju macam orang tua. Entah pape je. Kata nak stylo bagai tapi dress up entah pape. Tu ke stylo? ". Hahahahaha. Hambik kauuuu! Kalau dah kena sound gitu, mesti dia terus pakai jeans dengan tshirt! Hihihihi.

Ok. Disebabkan memang baru first time nak pergi Konsulat Malaysia, kiteorang memang teragak-agak jugaklah nak cari jalan ke sana memandangkan kawasan Konsulat Malaysia adalah dekat kawasan Old Jeddah. Memang ceruk jugaklah. Dekat setengah jam kot nak sampai sana?

Terima kasih pada Google Maps yang ada dalam iPhone aku. Google Maps adalah yang terbaik berbanding GPS Azman! Hikhikhik. ( Tunduk Jepun dekat Azman. Hahahaha. )





Bila dah sampai dekat luar tu, kereta memang bersepah parking tepi kiri kanan jalan. Aku pulak agak macam dah kecut perut jugaklah sebab aku mana ada kenal sesiapa pun kan. Aku ada ajak Sheila dengan laki dia datang sekali tapiiiiii dia pulak terpaksa cancel last minute sebab dorang lakibini kena attend family party dekat Makkah.

Aku memang expect Majlis ni adalah Majlis Formal memandangkan tujuan utama Majlis ni adalah untuk meraikan Pegawai Konsulat yang nak bersara dan balik Malaysia.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ...

Bila masuk je pagar depan tu ... yang ada cumalah pemandangan ini ...

.
.
.
.
.
.
.




Iya. Pemandangan sekumpulan lelaki tengah meriah main sepak takraw. Baik belah pandangan kanan aku ...




Dan juga belah kiri aku ...

Bila masuk dan tengok orang lelaki sibuk main takraw, aku dah berkata dalam hati : " Aik? Ini ke Majlis Persaraan? Begini rupanya? 0_o ".

Oooooo ... baru aku tahu. Majlis Persaraan formal sekarang ada orang main takraw eh? Lepas tu, Majlis Persaraan anda diharuskan membayar segala makanan jika anda mahu makan. Macam tu eh? Dah tu, duit peruntukan yang memang dah dibudgetkan untuk buat macam-macam Majlis tu, macam mana pulak eh? Orang-orang kat Konsulat Malaysia buat apa dengan duit tu? Joli sakan eh? Ehhhhhhhhhhhhh? #TerasaKe




Yang paling ketara dan paling sedih, kalau sekalipun kau buat cincai boncai majlis ni asal syarat kau buat, janganlah dengan sesama rakyat Malaysia pun nak menyombonggggggggggggggg! Apa? Kau pikir, kau ada kena mengena dengan Datuk Matuk Malaysia, kau nak orang tunduk hormat dekat kau ke? Hellooooooooooooooooooooo ... kata 1Malaysia????? Phuiiiiiiii!

Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnyaaaaaaaaaa ...

Kau tengok gambar atas tu. Ada bangunan putih tu kan. Kau bayangkanlah .. sepatutnya dekat Majlis macam ni lah, sesama rakyat Malaysia harus ramah tamah sesama rakyat Malaysia tak kira kau pegang status apa sekali pun.

Tapi ini takkkkkkk ...

Masa Majlis ni, belah kanan bangunan, golongan Mak-Mak Datin denga Sanggul Toncet bagai atas kepala duduk situ manakala, kami yang golongan sederhana ni, duduk berkumpul belah kiri. 

Paling jadi masalah, bila kedudukan gerai-gerai jual makanan pun berpisah. Jadinya, bila kiteorang golongan sederhana ni nak pergi beli Nasi Lemak, terpaksa lintas dekat group Mak-Mak Datin yang tengok orang macam tak pernah tengok orang dan aku seperti rasa nak cucuk je mata-mata yang bajet nak pandang orang atas bawah macam tu! 

Apa? Apa? Kau pikirrrrrrrrrr orang macam kami ni tak mampu ke nak beli bag designer macam kau orang bawak tu? Ehhhh? ( Tiba-tiba )

Nak peramah dengan golongan Mak-Mak Datin ni pun tak jadi kalau muka masing-masing, agaknya berat make up kot sampai susah sangat nak senyum manis dekat orang lain. =_=

Sudahnya, masing-masing buat hal sendiri. Tak meriah langsung sebenarnya Majlis yang Konsulat Malaysia buat ni. Memang ramaiiiiiiiiiiiiiiii sangat KOMPLAIN!

Manalah tak komplain?

Nak makan, makanan kena beli. Kalau dah kata, Majlis Persaraan kan ... bukan ke memang dah kerja Konsulat sediakan makanan? Lepas tu, sebenarnya bukan Majlis Persaraan pun. Sepatutnya Konsulat kena tukar nama Majlis Persaraan tu jadi Majlis Bazaar Jual Makanan Malaysia dan juga Majlis Sukaneka untuk kaum lelaki. T____T

Ahhhhhhhhhhhhhhhhh .. memang boringlahhhhhhhhh! Kalau tahu Majlis boring macam tu, memang aku tak pergilahhhhhhhh!

Tapiii kang kalau tak pergi time tu, takdelah aku kenal dengan Majidah & Kak Sofie! Hehehe. Si Majidah ni kenal aku dari Sheila. Nasib baiklah dia tu ringan mulut tegur aku dulu masa aku tengah tercangak duduk sorang-sorang dekat tembok batu tunggu laki aku habis solat Maghrib. 

Kak Sofie ni pulak, isteri Abang Nizam. Abang Nizam tu officemate laki aku. Bila dah kenal dan jumpa Kak Sofie ni, jeng jeng jeng ... aku suka tahap menggilaaaaaaaaa!

Sebab????

Kak Sofie gila handbag jugak macam aku! Bhahahahahaha. Siap sempat lagi pesan kat aku : " Coach ada SALE! Hujung bulan ni end of sale. Pergilah shoppinggggggggggggg dan borongggggggggggg!!! ". Kahkahkah. Rosak! Rosak! 

Haruslah dua tiga hari lepas tu, aku pergi serbu butik Coach kan? Heeeeeeeeeeeee~.

Kak Sofie ni nasib baiklah peramah. Sangat friendly. Dah ada anak sorang tapi badan kurus slim gila. =_= ( Ilah nak bagi lemak Ilah dekat Kak Sofie lah, nak takkkkkkkk???? )

Kiteorang lepak dekat Konsulat ni agak lama jugaklah. Bukan tengok orang main takraw pun tapi kami borak sesama sendiri. Aku leka borak dengan Kak Sofie. Yang geng lelaki leka berborak dengan Haji Karim ke apa nama entah yang datang dari Makkah. Haji Karim tu dah dekat 50 tahun dah duduk dekat Makkah. Lama gila ok? 

Hahhhh, Haji Karim tu sendiri cakap, dalam banyak-banyak pegawai Konsulat yang berkhidmat, yang nak bersara nilah yang PALING TERUK SEKALI!!!

See? See?

Dia siap cakap, Konsulat yang nak bersara tu paling malas sekali nak buat Majlis! Alasan pegawai Konsulat tu sebab dia cakap, Majlis-Majlis ni mengganggu kehidupan peribadi dia. 

Helloooooooooooooooooo ... cakap je lah kau malas kan? BENGONG! Memang patut kau berambus balik Malaysia sebab majoriti rakyat Malaysia yang duduk sini memang tak suka kau dan memang kau tak menyumbang dan memberi perkhidmatan yang bagus pun sepanjang kau jadi Pegawai Konsulat Malaysia dekat Jeddah ni! Paham?

Tak sabar nak tunggu Pegawai Konsulat Malaysia yang baru sebab ada yang cakap, Pegawai Konsulat baru ni memang jauh lebih bagusssssssss. Yang penting, Pegawai Konsulat baru tu sangat rajin buat macam-macam aktiviti untuk rakyat Malaysia. 

Apapun, aku cuma puas hati bab makan sebab walaupun makan kena beli, tapiii sekurang-kurangnya, dapatlah minum Cendol, makan Laksam, makan kuih Apam dan juga kuih Puteri. Alhamdulillah.

Ok. Kita tunggu dan tengok jelah Pegawai Konsulat Malaysia yang baru nanti. Harap-harap, bukan indah khabar dari rupa. 

Sekian. Masalamah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...