Klik iklan nie yer . ..

Bagaimana Nak Menegur Orang Dengan Berhemah?


Aku bukanyer baik sangat, tapi just nak tau pendapat korang ajer pasal tajuk yang aku post nie. Dalam aper pun ajaran agama, kiter mesti diingatkan untuk sentiasa menegur antara satu sama lain jika ader buat kesilapan supaya tidak berlarutan menjadi satu masalah yg lebih teruk. Walaupun nampak macam remeh.

Memanglah diakui bukan semua orang mudah terima teguran atau kritikan orang lain.

Lebih-lebih lagi kalau orang yang ditegur jauh lebih berumur dan berjawatan lebih tinggi dari kite ataupun mungkin jauh lebih 'haji'nyer dr kiter sendiri.

Kadang-kadang tertanya nak tegur cara mane yg sebaik-baiknya mungkin seperti dibawah:

1.Lembut ker.
2.Berfakta ker.
3.Kasar ker

Tapi jangan ler bagi jawapan mcm ni.

"MACAM LAH DIRI TU BAEK SGT... SUKA SUKI JERK NK TEGO ORG LAEN"

Apa Kata korang plak . ...

Aku Terima Nikahnya . . .


Secara dasar, Aku Terima Nikahnya adalah catatan nasihat dan pengalaman peribadi Ustaz Hasrizal. Saya cukup kagum dengan penyampaian Ustaz yang saya rasa tak sakit hati, sakit otak atau pening kepala untuk dikongsikan.

ATN memberi pesan bagaimana seharusnya konsep perkahwinan itu perlu difahami oleh mereka yang berhajat kepadanya. Ia satu konsep yang teramat penting dalam pembentukan peribadi dan perilaku seorang Muslim - kalau tidak masakan Rasulullah SAW berpesan bahawa perkahwinan itu adalah pelengkap separuh daripada keimanan kita kepada Allah?

Ramai yang melihat perkahwinan sebagai tiket untuk menghalalkan persetubuhan. Namun, perkahwinan membawa maksud yang lebih jauh daripada itu. Kehalalan hubungan intim itu tidak lebih daripada "perks of a marriage". Selebihnya ia menuntut kesefahaman, keterbukaan, saling menyokong antara satu sama lain demi menempa satu maksud yang maha mulia - Mencari dan menuju keredhaan Allah SWT.

Perkahwinan juga adalah satu usaha dalam memberi nilai tambah kepada perhubungan manusia dengan Allah - fitrah manusia untuk berpasangan, serta perhubungan manusia dengan manusia - meluaskan perhubungan persaudaraan melalui perkahiwinan. Ia adalah satu madrasah yang boleh mendidik manusia bagaimana untuk memperelokkan muamalat sesama insan, yang terhias bersama adab-adab yang manis - perhatikan bagaimana dianjurkan proses merisik, bertunang dan berkahwin. Yang lebih penting, madrasah tadi berupaya melahirkan graduan-graduan cemerlang di dunia dan di akhirat.

Perkahwinan bagi mereka yang telah memperolehinya adalah antara nikmat terbesar yang dianugerahkan Allah. Bajailah ia dengan penuh kemurnian dan kesempurnaan Islam itu. Apabila berkahwin, anda telah mendapat separuh daripada iman - yang mana separuh lagi perlu anda cari dengan amal soleh yang lain. Sentiasa bersyukur.

Bagi yang belum bertemu jodoh (nasihat untuk diri saya juga) - ingatlah, bahawa Allah tidak pernah mungkir dengan kata-kataNya bahawa manusia ini diciptakan berpasang-pasangan. Pohonlah janji Allah itu lewat munajat kita. Kalau sampai saat ini belum ketemu, ketahuilah bahawa Allah masih mahu mendidik kita supaya kita lebih bersedia apabila tiba masanya. Jangan bersedih.

Bagi kengkawan yang akan melangsungkan perkahwinan, diucapkan tahniah dan semoga perkahwinan kalian diredhai Allah S.W.T hendaknya.


Sekian, terima kasih.

Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans (Part1)

Sebelum Kemalangan (ketika mengambil polisi takaful)

  1. Kita tidak tahu bila akan berlaku kemalangan, jadi ini adalah panduan ketika mengambil polisi takaful.
  2. Pastikan jumlah perlindungan yang kita ambil mencukupi.
    Sebaik-baiknya, ambillah perlindungan berdasarkan harga pasaran. Sekiranya kita mengambil perlindungan di bawah harga pasaran, kelak akan menimbulkan masalah untuk membuat tuntutan.
  3. Pastikan mengambil polisi perlindungan “comprehensive” atau menyeluruh.
    Jika mengambil “third party claim” atau perlindungan pihak ketiga, janganlah menyesal sekiranya berlaku kemalangan. Beringat sebelum kena.
  4. Perlindungan asas hanya untuk body atau badan kereta sahaja serta enjin.
    Ia tidak termasuk radio dan kaset, cermin hadapan atau windscreeen, additional driver (pemandu tambahan), bencana alam dan sebagainya. Jadi pilihlah yang sewajarnya. Dan semestinya ada premium tambahan untuk perlindungan tambahan.
  5. Sebaiknya polisi tambahan cermin hadapan, kerana ia paling berisiko untuk retak dan pecah.
  6. Satu lagi perlindungan tambahan yang perlu ialah; pemandu kedua atau second driver.
    Selalunya ia diberikan percuma. Ia bagi memudahkan proses tuntutan sekiranya kemalangan berlaku ketika pemandu kedua yang membawa kenderaan. Selalunya pasangan.
  7. Perlindungan tambahan untuk bencana alam elok untuk mereka yang berada di kawasan-kawasan yang berisiko banjir seperti di Pantai Timur Semenanjung.
    Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan-kawasan bandar seperti Kuala Lumpur pun mengalami banjir. :)
  8. Ambil nombor telefon wakil atau ejen atau talian panas hotline syarikat takaful.
    Ia bertujuan untuk memastikan nombor-nombor ini mudah dihubungi apabila berlaku kemalangan. Ia bertujuan untuk memudahkan proses seterusnya kerana berdasarkan pengalaman saya, para pelanggan saya akan panik apabila berlaku kemalangan, walaupun sudah diberikan panduan umum semasa mengambil polisi.