Aku ditugaskan untuk menulis skrip untuk sebuah lakonan. Di bawah ialah antara babak yang akan dilakonkan. Padahal lakonan ini sememangnya telah pun dilakonkan oleh setiap manusia kerana kita ialah pelakon di layar kehidupan dunia. Kan?
Kisah yang aku cuba bawa ialah berkenaan kehidupan pelajar2 yang biasa tetapi luarbiasa kekuatannya. (macam dalam movie terbaru “I Am Number Four” lah).
Marilah kita tengok kat mana luarbiasa dia..
Scene 1
Tempat: Bilik dan masjid
Masa: 4.30-6.20 pagi
Suasana: Suram & di kala Subuh
Alarm handset Muhaimin berbunyi-jam menunjukkan pukul 4.30pg
[Lagu: Mujahid Setia]
Muhaimin bingkas bangun dan tersenyum melihat jam di hensetnya. Sambil bangun dia membaca doa bangun tido. Selepas tu, dalam hatinya berkata: (Alhamdulillah, Allah masih beri peluang aku bangun qiamulail..dah2..bangun2 wahai diri..!)
henset Khusri jugak berbunyi,
[lagu hensetnya-UNIC demi cinta suci (lagu jiwang sket)]
Khusri bangun n melihat jam hensetnya. Dia juga bangun tapi hanya sekadar melihat waktu dan untuk tutup alarm hensetnya. “Awal lagi, masih ada masa utk bangun qiam.10 minit je lagi…kejap2” getak hatinya. Kemudian dia sambung tido.
Nazrin xpasang alarm apa2. Dia tido dgn nyenyaknya tanpa menyedari apa-apa.
Seusai solat tahajud 2 rakaat, Aziz pergi mengejutkan Khusri n Nazrin supaya sama2 dapat bangun qiam.
Khusri n Nazrin liat sket nak bangun. Tapi akhirnya Khusri bangun juga f]dan terus ke bilik air untuk bersiap. Malangnya, Nazrin masih nyenyak tidur sehingga azan Subuh berbunyi.
Azan Subuh berkemandang, kemudian Muhaimin dan Khusri pergi solat Subuh berjemaah di masjid.
Muhaimin mengajak Nazrin ke masjid tetapi Nazrin menolak katanya belum bersiap2 lagipun nnt xsempat.
Di masjid, kelihatan Muhaimin sedang membaca Al-Quran setelah selesai membaca Hizib Bahr.
Kelihatan Khusri menyambung mimpinya di belakang masjid.
Manakala, Nazrin juga menyambung tido selepas solat Subuh berseorangan di bilik.
[Masa yang diperuntukkan untuk scene ni: 7 minit]
Scene 2
Tempat: Kelas
Masa: antar pukul 8.30-1.00tghr
Suasana: seperti hari biasa kuliah.
Liyana datang awal ke kelas. Jam menunjukkan pukul 8.30pagi. Kelas bermula pukul 9.00 pagi. Dia datang paling awal sekali, xde sape kat kelas.
Dia membuka quran yang dibawanya ke mana-mana. Lalu dikuaknya surah Yasin, dan dibacanya. Kemudian, dia buka buku Chemistry, ditelaahnya sebelum kelas bermula.
Setelah jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Lecturer pun datang. Kelas bermula. Lecturer start mengajar setelah Al-Fatihah dibaca bersama2.
Selepas ½ jam, kelihatan Markonah tergesa2 masuk ke kelas. Dia datang lambat setengah jam. Tetapi Markonah tetap bersemangat datang ke kelas. Dia meminta maaf pada lecturernya. Lecturer menegur perbuatannya datang lewat ke kelas sebab slalu sahaja lambat ke kelas. Mungkin tertidur agaknya.
Semasa kelas berjalan.
Kelihatan Liyana tersengguk2 dan mengantuk2. Dia tak lagi fokus dalam kelas. Markonah yang berada di sebelahnya mengurut-urut belakangnya selain memberi gula2 pada Liyana supaya dia x lagi mengantuk.
Kemudian sama2 kmbali fokus dalam kelas.
Rosmah yang dikenali sebagai seorang yang sangat pandai tetapi langsung tidak aktif berpersatuan. Dalam kelas, Rosmah sangat bersemangat dan terus fokus dalam kelas tanpa mempedulikan persekitarannya iaitu golongan yg mengantuk. Dia lebih pentingkan diri dan akademiknya (lebih bersifat ananiyah-aku xpedulisme)
[Masa yang diperuntukkan untuk scene ni: 7 minit]
Scene 3
Tempat: Study Room
Masa: 1.00-3.00 pagi
Suasana: malam yang tenang
Izan bersama Laili n Fazlinda di study room.
Izan study dengan focus skali. bisik hatinya, “ aku xnak buang masa sbb aku tau aku sibuk dan ni je masa utk study. Aku mesti Study Betul2, Bassha!!”
Laili berborak2 dengan Fazlinda bersama-sama rakan yang lain. Mereka study-study jugak tapi banyak main. Kurang focus.
Izan : Assalamualaikum... buat ketupat ke? dah la tu... kan exam is just around the corner... Jom la kita study btoi2...
Disebabkan thiqohnya Izan, maka Laili , Fazlinda dan rakan-rakan lain pun menjawab, “Ok2... insaf trus rasa... Jom study Jom.. exam dah nak dekat ni.. haishh”
Laili: “Thanx Izan sbb ingatkan kami... (sambil tersenyum)
Lalu mereka bergegas ke tempat study masing2..
Setelah setengah jam study,
Izan memanggil Fazlinda ( budak plg pandai Chem2)
Izan: Faz... oo Fazlinda.. tolong ajar ana bleh? ana kurang paham pasal tajuk Buffer (Chem2) ni... (sambil bawa buku dekat dgn Fazlinda)
Fazlinda: mana aku tau..!. esokla aku cite ko... lagipun aku banyak lg nak study ni..(gaya xmengendahkan-pentingkan diri) [study sambil dengar muzik dan angguk2 kepala]
Laili melihat Izan
Laili: Izan.... mai sini aku ajaq hang..aku terer sket kalau tajuk tu.....
kemudian Laili mengajaq Izan sampai Izan paham..
Izan kelihatan mengangguk2 tanda paham...
Izan: terima kasih Laili ye... sambil tersenyum gembira.. (manisnya ukhuwwah bila bersaudara kerana Aqidah)
Laili: relax la... kita kan sedara...? (tersenyum)
Izan: Bittaufiq wannajah utk exam ye!
Laili: ameen..
Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi..
Izan n Laili terus study... manakala Fazlinda tertido atas meja study..
Laili : (melihat jam) dah..jom balik bilik jom Izan...dah lewat ni..
Izan: jom...ana pun dah mengantuk ni... tp sebelum tu kita baca al-mulk sama2 dulu la...
Selesai al-mulk..
mereka bergerak ke bilik masing2..bersiap utk tido..
Scene 4
Sebelum tido, Izan sempat menulis TO-Do-List utk esok..dan menampalnya di meja (tempat yang mudah dilihat..)
Kandungan dalam To-Do-List tu tertulis :
-Hizib dan Bismillah 786x
-Siapkan TuTor!!
-Siapkan Masterplan Baksis
- Quiz Chem 2 !!
-prepare Usrah
-Campus Buddies
-Meeting FSCC
-STUDY!!!
Sambil baring atas katil, Izan mencapai buku Maza Ya’ni kemudian membacanya dalam 2 page...
kemudian menyimpannya di bawah bantal..
Sebelum tido, dia mengunci alarm handsetnya tepat pukul 4.30 pagi..
Izan membaca doa tido. Dia kelihatan sedang memuhasabah dirinya (sambil tangan diletakkan atas kepala). Setelah beberapa minit berlalu, dia pun terlena..
[masa diperuntukkan: 10minit]
~Cukuplah 4 babak yang aku cuba kongsi di sini… Banyak lagi sebenarnya.. apa yang nak disampaikan kat sini watak ialah Muhaimin, Izan dan Liyana. Merekalah pelajar luarbiasa itu.. Walaupun mereka merupakan pelajar yang sarat dengan tanggungjawab belajar, namun mereka masih mampu mengaplikasikan Sunnah Rasulullah Sallahualihiwasallam… Mereka inilah insan-insan yang patut dicontohi, walaupun sibuk dgn kerja-kerja dakwah namun masih mampu tersenyum. Kerana apa? Kerana mereka sentiasa punya motivasi diri yang kuat, sentiasa optimis dan yakin dengan janji-janji Allah seperti yang dijanjikan dalam surah Ali Imran:160, Annisa:95, at-Taubah:41-42, 105, seluruh surah As-Soff.
Ayuh kita sama-sama ikut jalan yang mereka pilih!
Jalan yang sudah pasti penuh dengan tahi-tahi, duri-duri, kata-kata keji… Namun jalan itulah jalan yang dipilih Rasulullah Sallahualaihiwasallam…jalan itulah yang akan menuju ke kehidupan yang Abadi lagi Hakiki..
Sedikit nukilan dariku,
Begitulah kehidupan seorang Ansarullah di kampus
dalam mentarbiyah diri ke arah lebih baik dan
melatih diri sebelum dilepaskan ke medan realiti yang lebih mencabar..
Dirinya bak sebutir berlian yang sangat bernilai dan
perlu digilap sentiasa dengan cahaya ibadah dan akhlak...
dan diberi tekanan perjuangan utk menambahkan nilainya..
kelak, berlian itulah yang diburu semua..
Tribute buat adik-adikku,
Sesungguhnya apa yang kami lalui..
adik-adik juga akan melalui ranjau ini..
tetapkanlah kaki kalian
dan tsabatkanlah hati-hati kalian di jalan ini..
pasti tiada sia-sia..
Bagi yang diberi kelapangan masa,
bantulah mereka yang kekurangan tenaga
bagi yang terasa lelah dan lemah,
kuatkan mereka dengan ayat2 cinta drNya
Kita semua sama..
yang di atas jgn terus memandang atas,
dan yang di bawah jgn terus menunggu..
ayuh sama2 kita sederap melangkah
kerana kita
ANSARULLAH