Changdeokgung Palace. Pegi sini konon nak tengok taman dia. Tapi bila sampai kaunter tiket, tour pukul 11 pagi yang bahasa inggeris dah sold out. Jadi kena tunggu pukul 1.30 PM punya tour. So al malas la aku nak tunggu, lagi pun kitorg bukan follow rancangan kaw-kaw pun, kalau beli tiket kang, sekali waktu tu aku sibuk berjimba kat tempat lain, tak ke haru nak kejar ke sini balik?
Jadi tukang amik gambar pulak dia.
Jadi kami pun duduk la depan palace ni sekejap, ambil gambar, tengok-tengok orang. Dan jumpa dua budak comel Korea ni yang asyik tengok map hehehe.
So untuk tidak membuang masa, kami terus nak sambung rancangan hari tu untuk ke Buckhon Hanok Village, yang hanya beberapa sepelaung je dari palace tadi. Berjalan kaki ke sini dari palace tadi lebih kurang 10-15 minit, tertakluk pada kelajuan masing-masing berjalan.
Aqilah dalam versi Gangnam style dia, masa ni on the way nak ke Buchkon Hanok Village. Tujuan kitorg jalan kaki je sebab malas nak naik train sebab nanti nak kena angkut stroller turun naik tangga hehehe. Jadi terpaksa layan kerenah budak ni nak menari tengah jalan :D
Ha amik ko.lagi..dan lagi..
Siap melompat-lompat..tskkk
Dan akhirnya, sampai jugak kami ke sini.. hmm
Buckhon Hanok Village. Takde la susah pun nak ke sini, ikut je crowd dan signboard je. Kawasan ni tempat perumahan yang masih didiami penduduk tempatan, so adab kena jaga la, tak boleh buat bising, menganggu ketenteraman awam katanya.
Tempat ni kiranya macam kampung tradisional Korea la yang dah wujud sejak 600 tahun dahulu.
Dalam banyak-banyak rumah kat sini, ada yang dah jadi galeri art, musium pun ada, so if korang ada kelapangan dan suka benda-benda macam tu, sila la datang jengok.
Kreatif
Travelholic in the making :)
Masa kat Seoul ni tetiba sarung bantal plak diusung Aqilah, ish heran aku..rindu katil kat rumah ke pun?
Kesian, gigi patah terbelah dua sebab jatuh kat nursery :(
Kawasan ni agak berbukit sikit, jadi adalah sangat bagus untuk membakar kalori di badan. Untuk yang ada anak kecik-kecik tu, semoga bertabahlah untuk menolak stroller menyusuri jalan-jalan berbukit ni, semoga korang kuat semangat :)
Pintu hanok tradisional dan juga tempat dan object paling mainstream untuk posing bila di Bukchon Hanok Village ni. Betul tak? muahahahaha
Aku tak dapat nafikan bumbung yang kelihatan bertingket-tingket ni, agak menarik, cumanya yang kurang menarik bila ada tourist yang tak reti bahasa buat bising bila bercakap kuat-kuat. Paham-paham sendiri la tourist negara mana yang selalu over tu #drama sangat.
Lepas habis tawaf Buckhon Village kitorg balik ke guesthouse semula, nak isi tank perut dan charge tenaga ahahahaha. Siap sempat tidur 2 jam memasing. Tak tau la kenapa, tapi rasa tak berapa semangat je pegi Korea ni hew hew hew. Lepas asar kami gerak ke Namsan Tower.
Namsan Tower. Katanya lagi kat sini boleh dapatkan view cantik untuk tengok kota metropolitan Seoul. So dari station Myeongdong, kami berjalan kaki ke sini. Tak susah pun, ikut je website Visit Korea - Namsan Tower, siap ada gambar dan landmark penting, untuk guide kita sampai ke tower ni. Mula-mula kitorg ingat nak naik bas, tapi dah terlepas pulak, so tanya orang dekat situ, katanya baik jalan kaki je dari nak tunggu bas, tak jauh sangat katanya.
So kitorg pun jalan la kaki, tapi sekali lagi, jalannya berbukit-bukit, so agak azab la jugak aku nak menolak stroller dengan muatan 15kg berat Aqilah lagi. Di sini banyak kejadian sumpah seranah. Sebabnya cable car dia slow nak mampus, macam tak setanding dengan kehebatan teknology lain yang ada di Korea nih! Mohon upgrade dan tambah cable car yang ada!
Entrance fee seingat aku 7000 won dewasa, dan free untuk budak 4 tahun ke bawah. Tiket beli kat situ juga.
View standard kalau di Namsan tower. Mainstream? Yes!
Nak kejar sunset, tapi sunset pun tak berapa nak sunset. Orang ramai atas ni, jenuh la nak menyelit-yelit celah-celah couple yang sedang memadu asmara duk peluk cium macam esok kiamat dah. So akhirnya lebih banyak gambar gegar walaupun ada tripod, sebab kiri kanan orang duk tolak-tolak, dan tempat pijak pun jenis kayu yang ada gegaran tu.
So bila dah bosan dengan view yang ala kadar tu, disertakan lagi dengan makluk yang ramai tu, so kitorg buat kerja bengong sikit, Cawan paksa semua orang amik gambar, lepas tu letak shutter paling slow, sebab dia kata nak test sapa yang boleh stay still tak gerak-gerak selama beberapa saat tu! Bleh? Dan orang yang paling kalah teruk adalah AQILAH hahahah..sebab memang tak reti duk diam..Orang yang lalu lalang depan kitorg pun pelik tengok apahal diorg satu family ni kaku je kat situ tersengih-sengih amik gambar dalam gelap muahahaha.
Tak tau la apa yang special sangat padlock macam ni, sebab aku pegi Paris pun ada menatang nih..
Selepas kebosanan di Namsan tower, kami sambung agenda malam tu ke Cheonggyecheon stream yang terletak di Dongdaemun. Buat apa kat sini? Takde apa, saja-saja lepak nak menghabiskan sisa malam sambil makan nenas 1000 won hehehe.
Dongdaemon ni kawasan shopping sebenarnya, tapi sebab aku malas nak menjejak kaki kat setiap kedai yang ada, lagi pun tak tau nak beli apa, so aku pun ala kadar je la tengok-tengok shopping complex besar-besar kat situ. So sapa yang memang hantu shopping, elok la abiskan masa kat sini, katanya tempat ni semua bukak sampai ke awal pagi.
Hmm lepas abis makan nenas yang kitorg beli dua kali (sebab manis sangat, tak terasa kat lidah rasa payau2 tu) sambil keja usha orang, kitorg pun balik semula ke guesthouse. Tidur memang indah malam tu, maklum la penat katanya.