Wednesday, February 20, 2013

France: Siang Yang Panjang di Paris

Ini entry backdated untuk tahun lepas, sila baca. (hahaha paksa suh baca tuh!), dan sila maafkan tajuk entry yang tah apa-apa, sebab aku takde idea nak taruk tajuk apa.

Berat hati rasanya nak meninggalkan tempat yang bernama Amsterdam ni. Tapi apakan daya, tiket untuk ke Paris sudah pun dibeli awal-awal, jadi, nak tak nak kena pegi Paris jugak. Kitorg naik keretapi berkelajuan tinggi (high speed train) Thalys yang ditempah melalui online. Oh Paris kami datang! Ok tentu ada yang nak bertanya macam mana rasa naik menatang ni kan? Rasanya selesa, seat besar, tempat letak luggage pun banyak, walaupun duduk dekat 2nd class, tapi aku dah rasa macam 1st class. Ruang kaki pun agak luas. Pendek cerita dengan harga EU 49 seorang, memang berbaloi-baloi. Yang penting cepat sampai Paris, lebih kurang 3 jam perjalanan saja. Cara lain kalau nak jimat wang dari Amsterdam ke Paris adalah menaiki bas, tapi amik masa berjam-jam. 

3 jam kemudian.... Tadaaaaaaaaaaaaa.. dah sampai Gare Du Nord Paris. Salah satu stesen keretapi utama di Paris. Sangat Bourne Identity okeh, sebab Bourne pernah ada scene dalam stesen ni.. huhuhuhu

OMG sangat rupa train ni! Sungguh tak sangka aku naik train buruk nih hahahaa.. Nanti dulu, sila lihat gambar berikutnya..

Ha buruk jugak kan? Ini TGV, high speed jugak, tapi adeh la.. amat memalukan okeh! Beza gila standard di Europe dan Japan (wah tetibe nak compare ngn Japan, of course la kan, tak kan nk compare train kt India plak! diorg mana hi-speed train..ewah). Kat Japan, aku tak penah lagi nampak train seburuk dan secomot ni, tapi kt europe bersepah-sepah kot, kecuali di Swiss. Di Japan, shinkansen dia berkilat-kilat, siap leh cermin muka uols! Bukan berkilat saja, malah pekerja-pekerja train pun mesra alam sangat. 

Jadual train dengan lens 50 mm, memang tak muat..belasah la..ada aku kisah! Cawan entah hilang ke mana dengan Aqilah time nih hehehe

Bila tengok jam, macam awal lagi nak check in dekat apartment tu, dah bagitau kat Yacine (owner apartment) yang kami akan tiba dalam pukul 5 petang (kononnya nak melencong ke Brussels, tapi tak jadi, dah tersampai awal), tapi sekarang baru 2 petang..hmmm

Dah puas berfikir, last-last kitorg pegi jugak apartment tu untuk check in, dah la lapar gile. Aku call Yacine, bagitau dia yang kami dah sampai. Mamat tu kaget dan terus kelam kabut datang, lepas tu asyik la mintak maaf, sebab apartment tu dia tak sempat nak kemas, sebab penghuni apartment tu baru je check out pagi tadi, dia pulak ada kelas, memang busy la katanya. So kami pun masuk la dalam apartment tu, sambil tunggu dia cuci toilet, kemas katil, tukar bedsheet bagai, kemas dapur, vacuum itu ini. Sambil-sambil kemas tu, sempat lagi dia kata sorry berkali-kali..hehehehe.. 

40 minit kemudian siap apartment tu untuk kami, memang best la duk apartment ni, kat ground floor, jadi tak perlu bersusah payah nak naik tangga atau tunggu lif huhuhu. Harga apartment ni cuma EU 94 semalam, dan share 4 orang, lagi murah duk kat hotel mahupun hostel, dan yang bestnya, aku leh buat sesuka hati mak pak aku je dalam tu kekekeke. Dan yang paling penting sekali, dekat dengan Metro station! (gambar apartment tak sempat amik, sebab semua kepenatan nak amik gambar, sila cari di Housetrip untuk pelbagai citarasa apartment mengikut ketebalan poket korang). 

Selepas berbual bicara dan bersoal jawab dengan Yacine, dia suggest aku untuk pergi berjalan-jalan di kawasan sekitar apartment ni, katanya Opera House dan Montmartre cuma 2-3 kilometer dari apartment ni. Disebabkan masing-masing kepenatan, so kami rehat dan makan dulu, lebih kurang 7 petang baru aku keluar jalan-jalan, cari Opera House tu. Montmartre kita pegi lain hari.

Jom tengok apa yang kami jumpa dan lihat semasa aktiviti mendekati kota Paris pada hari pertama yang dah nak hampir senja ni..

Agak kagum juga lihat bangunan di sini, lain dari Amsterdam mahupun Swiss. Feel pun sedikit lain. Macam tak percaya aku di Paris! Cliche? Ye memang pun, tapi aku tak sampai lagi, so istilah cliche tidak wujud di sini...

Newsstand di kota Paris. Suka tengok warna, dan tulisan di situ, memang old school sangat, faded kena matahari. Tak yah susah-susah aku nak buat cross processing.

Inilah Paris Opera House tu. Aku pun tak pasti ni belah depan atau belakang, tapi aku tengok cantik je. Teringin nak masuk, sebab dalamnya cantik, terutamanya staircase dalam ni, memang grand habis la, tapi tidak berkesempatan pada masa tu, jadi kita duduk luar je lah. Kalau tak silap, tour nak masuk dalam ni EU 12, tapi, kalau ada Paris Pass, free je.

Paris Opera House dari sisi lain.

L'Harmonie nama statue ni


Gigih pompuan ni, duduk kat tepi jalan sambil berdiri dengar lagu, tengok muka dia, berkerut-kerut pilih lagu dalam player dia tu hahaha

Tak pasti depan tu The Lourve atau bangunan lain, ingatnya nak berjalan ke sana, tapi macam malas pulak hehehe.. Sementara aku usha map, hati ni dah terkinja-kinja nak tengok Eiffel Tower. Tengok map macam dekat je, semua lah nampak dekat, rasa macam boleh jalan kaki je, tapi kali ni aku tidak akan tertipu lagi macam di Japan hari tu.

Dah nak malam, suhu pun dah makin menurun, tapi kami masih gigih berlegar-legar di sekitar Opera House saja duduk-duduk tengok orang. Jalan pun semakin lenggang, mungkin masing-masing dah balik ke rumah, cuma kami je tak reti-reti nak pulang.

Kami mengambil jalan lain untuk pulang ke apartment tadi, saja nak cuci mata. Bangunan dalam gambar diatas ni, adalah shopping store, tapi hari tu (Ahad) dia memang tutup, senang citer kebanyakkan shopping mall dan kedai memang tutup hari Ahad di Paris ni, so lupakan je hasrat kalau nak bershopping hari Ahad di Paris okeh. Katanya Au Printemps ni merupakan salah satu shopping store yang mempunyai koleksi perfume terbesar di seluruh dunia.

Dah semua benda tutup, kita jalan je la tengok apa yang ada, di kiri kanan jalan, kat tepi-tepi kedai tu, dah mula kelihatan homeless tengah menyiapkan tempat tidur masing-masing. Ada yang mabuk, ada yang tak mabuk. Kesian jugak tengok diorg nih, dah la sejuk-sejuk macam ni, tidur plak kat tepi jalan.. Ingat nak amik gambar, tapi cam takut kena marah pulak, so terus teramik gambar advertisement ni je hahaha

Metro station. Besar sangat sign M nih, senang nak tengok dari jauh mana station Metro. Aku pandang Cawan, dan ajak dia pergi ke Eiffel Tower, maklum la dah alang-alang dekat dengan metro nih, lagi pun cuma kena tukar 1 line je. Ok lah kan? Cuaca pun masih cerah lagi.. Tapi Cawan geleng kepala tanda tak setuju. Aku pujuk dia lagi, tapi dia tetap dengan keputusan dia tak nak pergi. Aku frust.

Cawan tengok aku sekali lagi, lepas tu dia tengok sebatang tiang yang tinggi, sambil kasi isyarat suruh aku tengok.

Oh dah nak pukul 9.55 malam uols, patut la Cawan tak mo pegi, dan patut la jugak aku rasa penat! Cawan tanya aku "ha nak pegi Eiffel tower ke? Kang Metro tutup pukul 11 malam, u nak balik jalan kaki? I memang malas dah ni, penat nak tidur, dah seharian dah" 

Aku terus tutup map, dan tolak stroller Aqilah terkebil-kebil tengok jam di tangan, kot-kot la jam kat tiang tu salah. Bukannya apa, sebab langit masih cerah lagi. Tertipu aku dek langit biru tu hahahaha..



p/s: Terima kasih pada yang telah vote untuk Chawanna di Malaysia International Tourism Photography / Art Blog, sapa-sapa yang belum vote tu, meh la vote kat sini. Terima kasih daun keladi :)




Wednesday, February 13, 2013

MITBCA 2013

Eh, entah macam mana tahun ni tercalon lagi, tahun lepas dah kalah dah.. tahun ni ada harapan ke? Seperti jugak tahun lepas, Chawanna telah dicalonkan di kategori Malaysia International Tourism Photography / Art Blog



Ok takpe lah, dah orang nominate,  kita layan je la.. jadi ANDA, ANDA dan ANDA diluar sana, kalau ada masa, dan rasa nak tolong undi saya, silalah vote saya di sini Vote Chawanna dan geng-geng saya di bawah??! Tak susah nak vote, cuma perlu login guna ID Facebook korang, dan tekan je button VOTE sampai jadi merah.. dan selesai sudah. 

Award ni baru lagi sebenarnya, mula diperkenalkan pada tahun 2012, tujuannya tidak lain tidak bukan, untuk mempromotekan lagi industri tourism yang sememangnya hangat pada waktu ini, dan menghargai dan mengiktiraf travel-travel blogger yang sedia ada di social media. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang MITBCA, sila layari laman web Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards.


Tarikh tutup untuk undian ialah 22 Feb ini, so apa lagi tunggu? jom vote!



Sunday, February 10, 2013

Taman Burung Kuala Lumpur

Emm entry kali ni memang backdated habis, ni cerita bulan Jun tahun lepas okeh! Tapi tak pe la, sebab blog aku pun dah bersawang, dan aku pulak tidak travel ke mana-mana selepas Singapore hari tu, jadi kita layan je la gambar yang ditembak berberapa purnama dulu.. ya ampunnnn sangat.

Lokasi Taman Burung ni tak susah nak cari, kalau yang dari jauh-jauh datang tu, cari je Taman Tasik Perdana atau Masjid Negara, lepas tu pepandai la ikut signboard untuk ke sini. Bayaran masuk agak mahal sebenarnya, tapi aku beli tiket promo dekat Groupon, cuma RM15 je. Konon-kononnya nak bawak Aqilah jalan-jalan tengok koleksi burung dalam ni. 

Ok, jom la masuk tengok..orang kata best dalam ni, tapi aku kata.. errrrr.. takpe lah, kita tengok burung apa yang ada.. 

Spesis ni lawa, warna terang benderang, tapi sayang, aku tak ingat nama, maklum la dah berbulan-bulan lepas aku pegi, hari ni baru nak update blog, haruslah aku lupa kan? Lawa kan yang ni? 

Yang ni aku ingat sangat, burung Merak, sebab dia yang paling angkuh sekali katanya antara semua burung-burung hehehe.. Tapi time ni dia tak tayang pulak bulu dia, mesti takde bulu la tu kot nak ditayang-tayang..

 Yang ni pulak, mesti baru lepas mandi, bulu pun tak bersikat lagi hahaha

Burung ni banyak sangat dalam ni, tak paham la aku, pusing celah mana pun ada dia, semak je aku tengok bebanyak tu!

Ada bird show, tapi kena tunggu sikit la, sebab dia ada waktu-waktu tertentu je, pukul 12.30 tengahari dan 3.30 petang. If rajin nak tunggu, korang tunggu la, kalau macam aku yang panas hati je duduk dalam bird park ni, memang malas la nak tunggu, sabit ada Aqilah je la aku gigih gak tunggu..


Garang neh.. Ni pun pelakon utama untuk bird show tadi. Bird show tadi berlangsung lebih kurang 30 minit, boleh la untuk first timer nak pegi tengok show tu, dan mungkin teruja, tapi untuk aku, memang aku rasa macam biasa je la hihihi

 Diorg pun nak cium mulut heheheh..eh share makanan tu..sharing is caring katanya.

Sangat colorful, meriah sangat, dari jauh orang boleh nampak!

Aku tak tau napa, tapi aku memang takut tengok burung hantu ni, sebab masa kecik-kecik dulu ada orang cakap kat aku, kalau ada burung ni, maknanya ada hantu dekat dia.. ye ke?? khurafat sangat kan!

Sessi kasi burung makan.. ni antara spesis burung yang jinak, tapi bising yakmat.. aku pulak time ni tengah berhati-hati dengan burung ni, sebab takut kena berak, sebab kat atas lantai, penuh dengan taik burung..haih sakit dado den..



Secara jujur dan jujur-jujurnya (ha tengok berapa banyak jujur aku cakap, so aku memang jujur!), tempat ni pada aku macam biasa je la, dengan harga RM48 untuk dewasa, aku rasa tak berbaloi kot, tapi untuk Malaysian yang ada myKad, harganya RM25 (dewasa), pun aku rasa masih tak berapa berbaloi lah, sebab aku rasa macam tak banyak sangat spesis burungnya, walaupun dalam website diorg katanya ada 200 spesis, tapi masa aku pegi tu macam tak sampai 200 spesis pun hahaha. 

Tapi untuk yang berhajat nak sangat pergi tengok, sila lah pergi, jangan takut-takut dan segan okeh! Ini cuma pendapat aku je. So untuk mengetahui segala maklumat terperinci, sila layari website KL Bird Park. Selamat Mencuba!