Sunyi betul bila si Kenit tu dah masuk tidur tengah-tengah malam ni. TV pula tiada rancangan yang memberangsangkan. Urggh... Encik Cawan pula shift malam. Huwaaa lagi la bosan, tiada teman nak bawa gaduh dan manja. Mata pulak tetiba je rasa hilang mengantuk...Sebab???? ...
....
..........
Esok rasa nak work from home je :)) Minggu lepas, satu minggu aku bekerja dari rumah, best betul rasanya, sebab tak payah pikir nak pakai baju apa, nak mekap, nak tergesa-gesa breakfast. "Masuk Office" pun pakai baju tidur je, mandi pun tak yah awal-awal huhuhuhu... ohh syurga...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bulan May bakal menjelma, bermakna, masa untuk menonton wayang sudah tiba! Sebab banyak sangat movie-movie menarik sepanjang May-June-July tahun ni akan keluar, antaranya cerita abg Pirate (Pirates of The Caribbean 4) kesayangan aku..fewitttt..harapnya tidaklah mengecewakan. Fast & Furious 5 pun tak sabar nak tengok ni, harapnya best la macam Fast & Furious 4 hari tu, jangan mengarut cam yang F&F 2 dan 3 sudah la. Transformers pun nak keluar gak, tapi aku skeptikal sikit, mesti meraban macam yang no 2 hari tu..yucks!!!.
Movie melayu pulak, yang aku rasa nak tengok ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah, eh dah bapa kali tengok daaaa Karak, sebab dengarnya macam best, tapi tak tau la berani ke tak hehehe. Hari tu tengok Hikayat MerongWangsa, boleh tahan jugak!! Lagi satu filem Hanyut, arahan Uwei, katanya filem termahal di Malaysia, citer adaptasi novel pertama John Conrad, iaitu Almayer's Folly, tapi dah diadaptasi ke melayu, namanya jadi Hanyut. Katanya filem ni akan ditayangkan di Cannes Film Festival nanti. (Uwei kannnn, bukan Ahmad Idham huhuhu). Nak tengok juga apakah hasil adaptasi novel ni, tenaga kerja banyak yang diimport dari luar negara.. Dan the best part is ada..........................
DIA...
Dan rambutnya.....
Credit Gambar dari Facebook: Hanyut the Movie