why dont we share the same love? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar/2745886687180552943?origin\x3dhttp://blue-turtlism.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
AZ || nsyauqi



طالب العلم


tagboard



exits


[1] [2] [3]
[4]

[Bayern Munich]
[Chelsea]
[Soccernet]


aku tak tahu
20140531

dari pengamatan saya yg masih hijau dan baru setahun dua menapak di bumi magic ini, nikmat menjadi mahasiswa al-azhar sebenarnya comes with a responsibility (dan saya pasti bukanlah mahasiswa al-azhar sahaja, bahkan pelajar jurusan agama secara amnya dan mereka yg menuntut di luar negara khususnya)

tak kiralah pulang bercuti atau pulang alaa tuul, pasti akan ada yg bertanya soalan soalan yg berkait dgn agama

aaakan tetapi, bukanlah semuaaa yg mampu kita jawab/tahu jawapan (ya, mmg ada beza antara keduanya)

dan diantara beberapa masyayeikh yg sempat saya berguru dengan, saya paling selesa bertanya itu dan ini pada Syeikh Ashraf Hamid Hasanain h.a

maka, beberapa hari lepas saya bertanya pada Syeikh;

'Syeikh, selalunya antum mengijazahkn sesuatu dengan bersyarat, bukan?'

'benar, (antaranya,) klw ditanya sesuatu yg kau tak tahu, jawablah 'aku tak tahu' '

'saya faham, Syeikh.. namun.. (segelintir dari) masyarakat melayu ni, klw kita jawab 'tak tahu', dikata nanti 'apa yg kau belajar?'/'belajar sampai azhar pun tktau?' '

Syeikh tersenyum. ahaii

'pernah sekali, imam malik ditanya 40 soalan, namun beliau hanya menjawab 4 sahaja. 4 dari 40. selebihnya, beliau katakan 'aku tak tahu'. sedangkan pemuda yg bertanya datang jaauh dari baghdad. walhal beliau adalah imam malik, imam besar pada zamannya

'aku(Syeikh Ashraf) imam dan khatib masjid, tapi pernah seorang lelaki datang pada aku dan tanya tentang masalah talak, aku katakan pada dia 'kau pergilah ke dar alifta', lalu lelaki itu kata, 'tapi engkau kan seorang syeikh?

'benar, aku seorang syeikh. tapi aku bermazhab maliki, klw aku berikan jawapan mengikut mazhab aku, ada 3 yg lain lagi. andai aku beri jawapan yg salah, aku tak rela menanggung dosa. kau tak usah segan (utk katakan 'aku tak tahu')

'sesungguhnya, aku lebih rela org katakan aku; Ashraf, ini jahil (andai aku tak tahu sesuatu) dari aku dihumban ke neraka kelak

'kau ada dua pilihan, samaada kau jawab 'aku tak tahu' atau kau tanggung dosa. bukankah semua kata kata nanti akan dihisab? kau tak usah segan (utk katakan 'aku tak tahu') '

**

seingat saya, ada lebih kurang 3 kali syeikh ulang 'kau tak usah segan'

sejujurnya, memang tak segan pun utk jawab 'aku tak tahu'. but oh well, fitrah manusia utk judge, kan? ت

okk. tau ni benda stakat. namunn. sekadar ingin berkongsi ت

semoga kami direzekikan kefahaman dan keupayaan utk memahamkan yg kurang faham

semoga segala yg telah kita cedok dan garap dari masyayeikh kita diberkati, dapat dimanfaatkan dan disebarkan dalam apa jua cara sekalipun

mohon doa dari semua ت

الله أعلم
22:50

himmah
20140430

'one word. just one word of motivation,' pinta Aku.

Aku mengangkat muka dari buku kuliah. memandang Dia yg tenang saja. Aku letih. lenguh. ngant..

'tidur,' jawapan Dia mengundang renungan dari Aku. 'well, tidur dapat susun and retain all the information you stuffed inside your brain,' Aku hanya melepaskan keluhan.

dua jam telah berlalu. dua jam telah Dia bersama Aku. kononnya utk belajar bersama. namun hanya Dia yg khusyuk menelaah. Aku? entah berapa kali sudah menguap.

'ah cuba tengok diri sendiri tu pt cermin. you definitely need some sleep,' sambung Dia lagi sambil tersengih.

benar, Aku amat memerlukan rehat skrg ini. namun..

'sebab banyak sangat tidur lah jadi ngantuk,' kenyataannya begitu. penat Aku bukanlah penat mengulangkaji. tapi penat berehat. sedangkan hakikat rehat itu di syurga.

Dia tersenyum. Aku tak mengerti.

'mcmane tu nak kasi himmah stay pt atas je? mcmane nak tak ngantuk time blaja?' Dia terdiam.

lama Dia berfikir sambil mengemas alat alat tulisnya. seketika kemudian Dia tersenyum memandang Aku.

'bila hati da ikhlas kerana Allah~' ringkas Dia menjawab lalu bingkas pergi meminta diri.

meninggalkan Aku termangu sendiri di kamar sepi.


الله أعلم
00:23