Pages

Friday, April 3, 2015

KISAH PAK AMIR DAN GST


Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api.
Pabila lalu kat kawasan tasik,
Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye
terjatuh dalam tasik tu.
Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir.
Pari-pari: "Kenapa dengan kau?"
Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama
kapak perak.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama
kapak emas.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama
kapak buruk.
Pari-pari: "Inikah kapak dkamu?"
Pak Amir: "Ya, itulah kapak buruk aku."
Pari-pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur
itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu
kepadanya.dpada hari lain pulak.
Pak Amir
berjalan di sekitar tasik yang sama bersama
isterinya.
Kali ni isterinye plak yang jatuh ke
dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka
datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir..
Pari-pari: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama
Emma Maembong.
Pari-pari: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Amir menjawab... 
"Ya,itulah isteriku.."
Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka,
kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi
tamak?"
Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab,
 "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Emma
Maembong, kau akan bawakan pula Luna
Maya,kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku.bila aku kata 'ya', kau
akan berikan mereka bertiga padaku.
Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua, lagipun hr nie dah mula kna GST pulak tu"

Thursday, April 2, 2015

PESAN ABAH


"Biar orang buat jahat kat kita,jangan kita buat jahat kat orang"
Bila saya mengadu ada orang ejek saya sebab saya anak penjual roti canai,abah cakap "takpelah","biarlah dia".
Mula-mula saya geram jugak.
.
Asyik-asyik takpelah,biarlah.
.
Nanti naik lemak r diorang ni.
.
Tapi saya sabar jelah. Saya biar je diorang ejek.
.
Buat tak tahu.
.
Ucap alhamdulillah,biar Allah yang balas.
.
Tu mantra saya.
.
Bila dah besar baru saya faham. Orang yang mengejek saya tu tak kemana pun.
.
Tapi alhamdulillah saya diberi kekuatan jadi kuat seperti saya yang hari ini.
.
Saya belajar terima takdir. Saya anggap itu ujian untuk saya jadi lebih baik.
Kita tak boleh ubah apa yang jadi pada kita,tapi kita boleh ubah cara kita tangani hal tersebut.
Nak terus mengalah atau berjuang?
Pilihlah. The choice is yours.

Semoga Allah lihat kita .
Semoga Allah sayang kita dan
semoga Allah redha dengan apa yang kita buat. Aamiin.
P/s : mohon sedekahkan Alfatihah untuk arwah ayah saya Ja'apar Bin Ngah. Jazakallah khairan khatira.