Pages

Saturday, November 27, 2010

down, down + wishlist

bila orang tegur dan aku terasa aku down,

rasa marah

rasa bengang

tapi aku diamkan aje

malas nak serabutkan akal fikiran

tapi memang aku serabut pun..huaaaa

cakap xmo serabut, tapi serabut gak..adeh..
  

nak buat tak tahu, nanti orang cakap kita pentingkan diri, tapi sekarang aku dah tak kisah dah

manusia, hari ni ada esok tak semestinya kita akan jumpa dia lagi, betol tak..

sekarang cuma bersabar demi orang yang terchenta sahaja and myself, of course..

fokuskan pada apa yang penting sahaja!


wish list :

1. nak tengok natrah, tapi ntah sempat ntah tak sebab natrah last sampai 5hb dec, tapi tiket bas pun 5 dec jugak.perlu balik awal kah?
2. lesen kereta..haha..dah dekat 3 tahun tertangguh, adakah tahun ini bakal terlaksana, atau lebih tepat lagi, bulan december?..
3. aiskrim BR, memandangkan kat kampung ni , darjah kepanasannya amat tinggi, jadi boleh dikatakan setiap hari aku mengidam ada aiskrim BR dalam mulut nih..sedap ye...heaven!!
4.nak set sk2..ishk..kulit aku wat hal pulak..adeh, jerawat tumbuh melampau-lampau agaknya sebab panas kot..huhu..berharap sk2 dapat membantu..
5.handphone baru..berangan jer..ahakss

Friday, November 26, 2010

apa yang si gadis suka

  1. lelaki yang gagah walaupun kamu jarang ke gymnasium
  2. lelaki yang pandai bersukan tidak kira walaupun hanya tahu SATU sukan sahaja
  3. lelaki yang bijak dan pandai.
  4. mempunyai kereta! Tidak kira baru atau terpakai, tetapi mestilah milik merek sendiri.
  5. lelaki pandai bermain alat muzik . sedap halwa telinga si gadis mendengarnya apabila kebosanan datang melanda.
  6. lelaki suka berjenaka da buat lawak. Tidak kering gusi apabila bersamanya. Lelaki yang penuh dengan sense of humor .
  7. lelaki yang tahu jalan dan cekap tengok tempat. Bolehlah diharap apabila pergi melancong ke mana-mana.
  8. tahu serba sedikit tentang komputer. Jika si gadis ada masalah dengan komputer peribadi atau komputer ribanya, kamu dulu yang dicarinya.
  9. lelaki yang tahu hukum-hakam agama. Walaupun sifat luaran fizikal agak selamba atau sempoi , setiap lelaki dambakan lelaki yang mampu pimpin mereka apabila solat berjemaah kelak!
  10. lelaki yang berambut pendek dan kemas . walaupun ada yang suka lelaki bermabut panjang , wahai lelaki , percayalah lambat launsi dia pasti menyuruh kamu potong rambut bagi nampak kemas.
  11. lelaki yang mempunyai sedikit janggut! Macho katanya..
  12. lelaki yang wangi  dan andai memilih wangian yang sesuai dengan diri mereka.
  13. lelaki yang prihatin! Maknanya , lelaki yang tahu dan hafal tarikh-tarikh penting si gadis.
  14. apabila ingat tarikh-tarikh penting, tak reti-reti ke nak bagi hadiah ataupun kejutan? Si gadis amat menyukainya.
  15. lelaki yang pandai mengambil hati kedua orang tuanya.
  16. penyabar! Tetapi dalam keadaan apa? Tentulah dalam keadaan apabila kamu dapat menemani si gadis ergi membeli-belah. Kamu tak beli pun taka pa asalkan sudi menjadi peneman itupun sudah memadai.
  17. apabila bercakap di telefon, biarkan si gadis yang bercakap. Jangan menyampuk kata-katanya.


sumber : REMAJA'10

boleh tak nak bangga jap?




nampak tak nama MJ kat situ..hehe..

happy bangat nih..

tak sangka nama MJ akan terpahat kat blog BEN ASHAARI yang amat popular tu..hehe..

thank you abg ben..


>_<

apa yang si gadis tak suka

  1. lelaki yang lemah, terlalu kurus, dan selalu sakit. Macam mana nak jaga anak orang kalau diri sendiri tak terjaga, kan?
  2. lelaki yang tidak gemar bersukan. Aktiviti petangnya, duduk rumah dan tidur sahaja.
  3. lelaki yang tidak berpelajaran.
  4. lelaki yang malas dan tidak ada tujuan hidup. Hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa sahaja..opss
  5. lelaki yang tidak mempunyai kereta atau motosikal. Untuk kemana-mana , asyik tumpang orang saja. Paling teruk ? suruh kekasih ambil.
  6. lelaki yang tidak meminati muzik.hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja...bosannya!
  7. lelaki yang terlalu serius dalam hidup. Nak bergurau pun tak boleh.
  8. lelaki yang tidak suka berjalan. Hanya terperuk di dalam rumah. Buat apa pun tak tahulah.
  9. lelaki yang buta komputer. Jangankan nak baiki , microsoft powerpoint pun tak tahu nak guna.
  10. lelaki yang hanya tahu berseronok siang malam. Tak ingat dosa pahala.
  11. lelaki buta gaya. Rambut serabai, pakaian tidak terurus..kesian
  12. lelaki yang terlalu kuat merokok! Kalau sekali-sekala dimaafkan . kalau tak merokok langsung lagi bagus.
  13. lelaki yang ada bau badan. Ouch .. rajinkan mandi dan segera atasi masalah bau badan itu.
  14. lelaki yang ucap hari jadi kamu seminggu lewat? Oh si gadis paling pantangnya..
  15. lelaki yang tahu berpasangan , tetapi bila diajak berjumpa dengan kedua ibu bapa si gadis , bermacam-macam alasan!
  16. lelaki yang tidak romantik . tidak pernah langsung memberi bunga, hadiah atau sebarang kejutan. Bosannya hidup.
  17. apabila ditanya pendapat lelaki, si dia akan cakap ‘ tak kisah lah, apa-apa je, ikut awak lah’ hmm , baik tak payah tanya kan?
  18. lelaki yang kuat membebel mengalahkan mak si gadis! Aduh , sakit telingalah apabila lelaki membebel.


sumber : REMAJA'10

10 ciri serasi bersama



  1. dari awal perkenalan , kamu dan si dia tidak pernah sekalipun punya perasaan yang tidak puas hati antara satu sama lain.
  2. kamu dan si dia punya minat dan hobi yang sama
  3. di saat kamu sedang bersedih, si dia tahu cara untuk menggembirakan kamu. Begitu juga kamu sentiasa tahu bagaimana untuk menceriakan hidupnya walaupun si dia sedang bersedih.
  4. cara kamu berbual dan bergurau sama dengan cara kamu berbual dan bergurau dengan teman-teman. Ini menunjukkan kamu berdua tidak pernah hiokrit di hadapan antara satu sama lain.
  5. andai kamu atau si dia sedang marah kamu berdua saling mengelak untuk bertemu, kerana tidak mahu orang yang disayangi menjadi mangsa
  6. saling menerima seadanya walaupun mungkin kamu dan si dia tidak sesempurna orang lain misalnya punya fizikal yang gemuk , pendek, masalah muka berjerawat dan lain-lain.
  7. sekiranya kamu atau si dia melakukan kesalahan, masing-masing akan cepat-cepat memohon maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan. Bukannnya saling menuduh antara satu sama lain.
  8. kamu dan si dia saling menghormati antara satu sama lain dan tidak pernah memaksa melakukan sesuatu yang kamu atau si dia tidak suka lakukan.
  9. kamu berdua sanggup bersusah payah untuk cuba mengadakan atau menunaikan apa yang kamu inginkan.
  10. biar sibuk bagaimana sekalipun kamu dan si dia sentiasa bersedia untuk menemani antara satu sama lain saat diperlukan

sumber : REMAJA'10

Saturday, November 20, 2010

:: tips kurus versi MJ ::

Once upon a time, Mj used to have big size of the body..wawa..bukan sebab kuat makan, tapi sebab tak rajin bersenam. Masa tu, darjah enam, seluar jeans pun pakai saiz 31, baju kebanyakannya saiz L atau XL.

Tapi alhamdulillah, masa itu Mj jumpa majalah RAPI, melalui majalah itu, Mj belajar yoga. Masa tu tak kecoh lagi yoga ni haram.( kalau ada sesiapa yang ada artikel pasal ni, harap boleh bg link) sekarang , MJ tak praktik sangat yoga, only some teknik of it, tu pun sebab Mj training taekwando pun gune teknik tuh..

Mj buat sit up, 15 kali setiap hari. Setiap petang exactly, sebab MJ ada baca yang peratus kalori yang dibakar lebih tinggi semasa exercise pada waktu petang berbanding waktu pagi.

Selain tu, Mj minum air perahan limau nipis setiap pagi. Caranya, Mj perah jus limau nipis dan letakkan dalam acuan kiub ais, jadi setiap pagi, MJ cume letak 1-2 kiub ais pati limau ni dalam air suam. Sebenarnya , minum air limau nipis boleh hilangkan toksin dalam badan dan juga meningkatkan metabolisme dalam badan.

Satu lagi, tambahkan pedas dalam makanan, ni tips dari kakak ipar Mj(ibu fikah ), sebab dia orang kemboja dan dia suka sangat letak cili padi dalam masakan dia, n trust me, dia memang sangat cantik , kurus dan tinggi..tak percaya? Percayalah..hehe..cili ni pun meningkatkan metabolisme dalam badan.

Jangan lupa, ambil sarapan pagi.dan amalkan makan dalam jumlah yang kecil tapi kerap.guna pinggan yang kecil , lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Dulu setiap kali lepas makan,Mj suka makan epal hijau. Tapi bagi yang ada gastric , sila kurangkannya sebab takut pedih perut..huhu..

Baru-baru ni, MJ baca sebenarnya buah-buahan elok dimakan sebelum makan makanan berat, terpulanglah nak ikut mana 1 pun..hehe..janji makan, k.

Apa kaitan metabolisme dengan kuruskan badan?

Kalau nak tahu , semakin tinggi metabolisme , semakin tinggi jumlah kalori dalam tubuh yang akan dibakar.


Selain tu,kalau boleh elakkan makan nasi, bagi orang macam mJ yg tak leh tak jumpa nasi, sila ambil nasi dalam dos yang kecil ye..hehe..dan jangan tambah nasi pulak.hehe..

Last but not least, Mj ada baca yang jus pegaga pun boleh hilangkan kalori, tapi tak pernah try lagi buat masa nih..kepada sesiapa yang dah cube, MJ nak sangat tahu apa rasa jus pegaga ni,..pahit tak?

  1. makan dalam jumlah yang kecil tapi kerap.(guna pinggan yang kecil)
  2. makan buah-buahan seperti epal hijau
  3. amalkan makan yogurt 2-3 kali seminggu
  4. elakkan makan selepas jam 7 malam, kalau lapar , makan biskut atau roti( makan rendah kalori, tinggi serat)
  5. minum banyak air
  6. elakkan makan nasi dalam jumlah yang banyak.
  7. lebihkan makan ulam


sampai sini je ye, next time Mj share lagi..kepada blogger yang lain kalau ada tips, komen-komen lah jugak..hihi..sharing is caring.

Semua tips kat atas, memang MJ dah cube kecuali yang jus pegaga tuh..berat Mj sekarang BMI=21. maintain lah, tak kurus sangat dan bagi Mj tak delah gemuk sangat berbanding dulu kan..

Friday, November 12, 2010

:: SUAI KENAL BLOGGER..ANDA BERMINAT?::

saya berminat!!

yeah, memang dah lama nak wat entry nih, baru hari ni berkesempatan..huhu

kepada kawan-kawan blogger sekalian , selamat datang ke blog MJ yang tak seberapa nih..

jenguk-jenguk, komen-komen, sekali jejak, harap terus lekat..

salam perkenalan buat semua..

^_^

nah untuk anda semua..

gambar ambil kat sini


p/s : thanks to BEN ASHAARI sebab buka peluang kepada blogger2 baru untuk berkenalan sesama mereka( aku lah tuh)...hihi




::bila isteri dah tak cantik ::


tadi masa tengah 'jalan-jalan' kat fb terjumpa artikel nih..jom bace sama-sama.. =)


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.



MJ say : kalau tak nak wife kuku pendek, rambut berbau, perut tebal, tak menarik sila daftarkan mereka ke slim world ye..tolong masakkan untuk seisi rumah, tolong syampu kan rambut dia dan teman dia jogging, tu lebih baik daripada cari pompuan lain..demand tinggi , ntah2 pewot die pun boroi gak..huahaha..

Thursday, November 11, 2010

:: home sweet home ::

salam semua,

Mj dah sampai rompin, my homeland..yeahh..

lepas 2 hari baru update blog, maaf ye sebab tak dapat berblogwalking, broadband dah jadi berukband lah..mentang-mentang masuk kampung kan, terus berubah..haha..

ni pun alhamdulillah, Along ada streamyx, bolehlah lepas gian berblogging.

hidup kat kampung memang best, lagi best sebab sekarang musim hujan, syok betul tidur,harap-haraplah tak banjir..

keputusan UPSR dah keluar , alhamdulillah adik bongsu MJ lulus, walaupun tak dapat 5A, tapi , MJ bersyukur sangat dia lulus,3A2B..jadilah kan..

MJ dah janji nak bawak dia pergi KL kalau dia dapat 5A , nampaknya lain kali pulak lah dia dapat jalan-jalan KL..ape pun, tahniah MOHD ZIKRI!!

-adik bongsu saya-
love u so much

p/s : baru duduk kampung sehari dah ada orang tanya bila nak balik KL, samishii katanya..hihi..


Monday, November 8, 2010

:: NAK EXCHANGE LINK? ::

salam, apa khabar korang ? aku harap korang semua sehat-sehat, buat peminat chelsea, sila bersabar ye..hihi..
kepada peminat liverpool, mari meraikan kejayaan torres..yeahaaaa..
2-0 weh..

i loike..^_^

padan muka mr inginius..haha..

/wahaha

ok back to the story, hari ini Mj nak wat promotion, kepada sesiapa yang nak exchange link boleh lah letak kat comment entry ni ye..
nanti tulis sekali short name korang ek..
same-samelah kita memajukan blog kita..huahaha..

dan satu lagi, to all my followers, TQVM sebab sudi jadi follower blog MJ ni, harap-harap u ols semua follows dengan ikhlas lah ek, jangan follow je pastu , tak jenguk2 pun blog MJ ni..

prinsip MJ senang je, kat sini tak de i follow u, u follow me.

bila MJ nak follow, MJ akan follow.masa mula-mula tuh memang lah duk kejar cari follower, tp apa makna  dapat follower banyak-banyak sedangkan diorang tak jenguk2 pun blog korang.. dan 1 lagi, MJ tahu blog MJ bukan berinformasi sangat, all the story here memang ada kaitan gan hidup MJ sendiri..tak bagus pun blog nih..haha

jadi MJ tak salahkan anda semua. 

kalau nak jadi follower, silakan ..Mj amat mengalu-alukan..
tapi, kalau nak suruh Mj follow balik memang susah sket..sebab MJ bukan jenis yang menurut perintah, kadang orang suh follow,MJ follow je sebab kesian..mesti korang tak nak kan..

ape-ape pun yang kita buat bio ikhlas, kalau MJ tak follow, mesti ada yang akan follow..so dont worry k..jangan menci-menci kat i taw..huhu..

tapi once MJ dah follow, thats mean , blog tuh memang best dan Mj akan update baca entry diorang selalu..


penat dah pot pet nih..haha..

sorry kalau ada antara korang yang terasa, i know my blog  tak ramai follower pun..macam berlagak je kan , tapi nak wat camane, kepuasan hati MJ lagi penting..hihi..


so sesiapa nak exchange link, jangan lupe letak link blog kat bahagian komen ni ek...

^_^

selamat berkenalan rakan-rakan bloggers sekalian..

Saturday, November 6, 2010

:: seharian di UNIQLO ::

seperti yang korang tahu  4 november 2010 , UNIQLO gedung pakaian dari jepun telah dibuka secara besar-besaran dekat FAHRENHEIT 88.
uniqlo ni pun aku baru first time dengar nama dia, hoho..jadi jangan tanya aku apa yang best gan uniqlo ni ek..
pukul 10 aku dah gerak dari rumah, dari pandan indah ke hang tuah, then naik pulak monorel pergi ke raja chulan, dari raja chulan berjalan kaki pula ke pavillion, huh, penattttt...
tepat jam 11 sampai kat depan uniqlo, walaupun aku tak tahu kat mana exactly tempat tu, aku just ikut je kemana kaki ini melangkah, oo yeahh, hati ini memang pandai, jangan salahkan hatiku kalau dia pun kaki shopping macam aku jugak..hoho

eh jap hati ade kaki ke??

@_@


see ramai kan umat manusia, time nih ada sowang dj tengah dok ber pot pet, sebab ada sidang media wat liputan, macam best je kalau jadi wartawan ke apa, senang je nak masuk tempat cmni, takyah nak beratur, tukar kos r cmni..

esei pun lintang pukang ade hati nak jd wartawan..lupakan aje..

mula-mula aku ingat ada peluang lah aku nak jadi 100 orang masuk kedai tu kan, sekali haaammmik kau, kena beratur u, ko taw tak berapa lama aden beratur semata-mata nak masuk kedai tuhhh...
dari jam 11 pagi
ingatkan pendek je line die,sekali amik kau, 1 ground floor fahrenheit tu jd q line

tengok nih, ade jaga lagi weyh


cepat- cepat...


3 PETANG!!!!!!!!!!!!!!


taat betul aku semata-mata nak shopping 
the last line sebelum boleh masuk kedai..huh



bila dah masuk dalam kedai tuh, memang kau orang takkan tahu korang nak pegi mana, jadi macam aku r, seme tempat nak p, kalau nak tahu, kedai ni ada 3 floor, 1st floor barang-barang promotion, semua pun murah, 
t-shirt anime macam one piece , dragon ball ntah apa lagi la..tapi aku tak minat sangat, kalau guy maybe r diorang suka, opss
mr insiyur sy tak minat t-shirt jadi boleh abaikan yang itu..hehe

2nd floor jual ladies punyer barang

3rd floor jual guy punyer barang

macam-macam ada..hoho

sweater dia sangar lembut wooo..dan cantik jugak, murah lak tuh kebanyakan harga rm50 kebawah, seyes comei, masalahnye kan, sweater mana sesuai nak pakai kat malaysia kan, lainlah kalau korang selalu p genting ke, cameron ke, gunung kinabalu ke, memang pasti kena beli sweater ni..
kalau ikutkan hati yang bergelora ni, nak je aku capai 1 bawak balik umah, namun tak kesampaian, paham-paham jelah kan,student..hoho..

berangan sebentar, bagusnya kalau dah keje dan ada kad kredit, swap jerrr...haha

huish, tak bersyukur betol..
berangan jelah..


tapi bila fikir lagi sekali, bagus tak keje, bagus tak ada kad kredit, kalau tidak memang gaji aku habis untuk shopping je kot dan hutang kad kredit mesti melambung...

tak mahu ar...hoho..




kalau korang nak tahu, nak g fitting room pun kena beratur taw, lepas tuh cume boleh try 4 item je, tapi disebabkan ramai sangat umat manusia kan, jadi diorang bagi kelonggaran untuk try 10 jenis item tapi barang-barang inner tu ,xleh r..jeans, tshirt ok je..

dah tak larat nak berdiri dah..huhu
tengah queue tuh, leh pulak aku berkenalan gan shopaholics dari UM ni hah, mereka ni 4th year dah pun, athirah( bukan athirah taha penulis novel tuh ye, hihi)  dan zety (aku tak ingat r, rasa macam betul je nama zety tuh)..sape cakap shopaholic kena gaduh-gaduh berebut baju macam cite ' the shopaholic' kitaorang oke jee..hihi..siap amik gambar lagi..

peace yoo...

muka gembira .
hikhik

dah siap try, kena beratur lagi, hidup aku hari tuh cume beratur je ..adusss..
abg tu bajet macam aku nak amik gmbar die je..haha

time nak bayar memang sangat bersyukur lah wei, kalau nak tahu, malam sebelum aku nak pergi uniqlo aku ada join satu contest kat sini  (tapi contest tu dah tamat dah..huhu)

aku dapat 2 baucer, potongan 20 hinggit untuk setiap transaksi, jadi 2 X 20 dapat jimat rm 40, berbaloi tak???

mesti kau orang bengang kan, tulah aku dah ajak, kau orang tak nak pergi kan dah menyesal..hish2..

lain kali kita g sama-sama ye..hihi

kalau nak tahu lebih lanjut sila layari laman web UNIQLO 

dah macam promoter..

haha

rindu lak time keje kat sogo dulu, kalau u ols nak tahu..MJ dulu keje part time jadi promoter kat sogo..
tuh yang dah terikut-ikut tuh..hihi..

apa yang menarik gan opening store nih, ada sorang aunty ni cakap dah ada orang beratur depan pintu kedai sejak malam semalam lg, i mean malam 3 hb tuh, gilakk..seyes ada orang lagi shopaholic dari aku rupenye.huhu..


p/s : esok my best friend convocation kat PICC putrajaya, tak sabar nak tengok dia graduate.. MJ ? erm, lambat lagi laa..huhu

p/ss : hari ini sangat best, im happy..hoho..

Wednesday, November 3, 2010

:: cinta ::



.
.
.
.



.

daisuki da yo

^_^



:: lelaki boleh pakai cincin ::


dari ustaz mohamad faizal bin ahmat
Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)


sumber : SINI

quote of the day

 They don't see the good in you,most seen by them is the bad side.They simply jump into conclusion because they thought they are perfect enough.And I don't prefer them to be my friend.


sumber : status facebook kak nina ilani..

:: oh EMED::



tadi menjenguk blog saifulislam

terkejut sangat bila tengok gambar dr.ummu saif bersama my senior.
yes my seniorS.

1st batch of my course

bangga sebentar, rupanya dr.ummu saif ambil master in emergency medicine..

what is emergency medicine?

mungkin ramai yang tak sedar kewujudan course ni
sebab course ni baru setahun jagung dan ada 3 batch je
and im the second batch..
pasni course ni pun akan dilupuskan atas sebab-sebab tertentu
huhu..

ok kalau korang nak tahu dalam course ni kitaorang belajar macam-macam dari examine patient, diagnosis penyakit, treatment dan management.
ada jugak beberapa prosedur surgery yang kitaorang belajar
O&G pun ada taw (tapi next sem lah)

ambulance pun dah naik beberapa kali..
kalau dulu dengar siren ambulans tak kisah sangat, mesti dalam hati cakap ni mesti ada kes orang nak lahirkan baby, tapi sekarang 
dengar je mesti dah terfikir kes-kes yang biasa diambil contohnya accident , fainted , asthma , and so on.

kira dah terbukalah sket minda ni kan..hehe

alhamdulillah..

yang best lagi tentang course ni, kitaorang ada kursus luar jugak , macam aquatic resque, Basic Life Support, First Aid Life Support, Intermediate Cardiac Life Support, dan lain-lain..

siap ada kursus selama 2 minggu dekat Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu (KKB)
padam memadam

berat ni woo..20kg beb..

i love this..nak buat lagi dan lagi dan lagi
dalam 2 minggu tu macam-macam kitaorang buat taw, abseiling, fire drill (search and rescue), dan macam-macam lagi..(dah tak ingat apa lagi aktiviti yang dibuat, t MJ cari balik entry KKB tu ek, hari tu dah buat tapi tak lengkap..huhu)


overall i love this course so much..
walaupun sebelum nih cita-cita MJ nak jadi akautan berjaya
( course i love numbers )..

why i take this course?

exactly Mj dapat tawaran buat degree in Biomedical (BIOMAD)

akan tetapi di waktu itu, bilangan pelajar yang ambil course tu sangatlah ramai , lebih 70 orang kot, dan pada masa yang sama , penyelaras course emergency medicine or EMED ni sedang mencari pelajar-pelajar yang berminat untuk join course EMED ( masa tu cume ade sorang je student..huhu)

selepas berfikir panjang , Mj ambil keputusan untuk hantar surat mohon tukar course. 

so sekarang  i am a student of degree of emergency medicine science 
(lagi 2 tahun nak habis)

bagi Mj waktu tu, MJ cume nak ambil course yang ada peluang tinggi untuk mendapat perkerjaan, so disebabkan course itu masih baru, jadi sudah pasti peluang pekerjaan akan tinggi (kan?)

akan tetapi itu semua hanya Tuhan yang tahu..kan3..apa pun kita cume berusaha dan bertawakal jelah semoga MJ dapat peluang bekerja tak kiralah hospital mana-mana pun..

wish me luck k..
sekarang kena ubah niat belajar EMED

bukan belajar untuk mendapat pekerjaan yang bagus, sekaligus membantu ibu bapa tetapi 

belajar untuk merawat pesakit secara ikhlas, supaya rezeki yang diperolehi diberkati, supaya diri ini dapat berbakti kepada masyarakat..insyaALLAH

sekarang baru sedar, diri berasa beruntung masuk course ni, its my chance to help others..
bila terbayangkan ayah yang ada penyakit jantung, mak yang blood pressure low, anak sedara yang selalu demam, kita akan layan patient macam keluarga sendiri..

sekarang baru sedar betapa beruntungnya dan bangganya menjadi 

 ahli keluarga

 EMERGENCY MEDICINE!




p/s : to my seniors good luck with your final exam..^_^
SEMOGA BERJAYA!

p/ss : alhamdulillah, diberi kesedaran untuk berubah..amin

:: bila dibenci ::

aku orang yang selalu dibenci

kekadang tertanya sendiri apa salah diri kepada orang yang membenci

ada ku ganggu hidupnya ?

ada ku sebok kehidupan dalam luar kainnya ?

sungguh sepanjang pengetahuanku 

aku rasa aku sudah cukup senyap

menzipkan mulut dari bertanya soalan yang tak patut , yang bagiku peribadi

tapi mengapa masih ada yang membenci?

sebal

terkilan sungguh rasa hati

tapi tiada siapa mengerti (uwek , muntah jap baca ayat sendiri)


tapi 

bila difikirkan 
ku bahagia jadi diri sendiri
aku bahagia 

aku mungkin tidak banyak kawan yang real friend ada depan mata saatku susah

tapi aku punya ramai teman maya

yang menemani saat aku kebosanan

melayan kesengalanku 

kamu boleh cakap apa sahaja aku fake, mata duitan , pisau cukur, anything...

but i know myself better than u and u dont even have the right to judge me

i also dont have the right to judge other people

as i said before people is human

human makes mistakes

so anything u say to me maybe someday, sometimes will happen to u back

its karma

what u do, u will get it back

bezanya cuma cepat atau lambat je

bukan aku mendoakan 

cume peringatan

cukup-cukuplah mengata orang

dah banyak sangat ke pahala korang sampai nak kutuk-kutuk orang macam2..

tepuk dada tanya iman


p/s : in case aku tersasar, tersasul menyumpah seranah makluk bernama manusia sila ingatkan aku yang aku juga tidak sempurna..
please...if u r really my friend..

p/ss : i keep myself away from people, but still there are people hates me..why?

Monday, November 1, 2010

:: saya mahu kahwin ::


MJ nak kahwin

tapi boleh ke?

ntah r , susah nak cakap

1st sekali mesti mak ayah, sebab jujur aku kata my family count on me so much dan kalau boleh diorang nak tengok aku habis belajar , dapat kerja elok-elok.
dan of course boleh bantu my family and my liltle sis and brothers. 
tanggungjawab itu amatlah berat buat seorang budak nakal, manja dan tak tahu nak guna wang dengan jimatnya...huhu..

ntah r, kalau bab shopping memang aku tak leh tahan, bukan shopping baju je, kadang buku pun aku shopping sakan tapi yang pasti bukan buku belajar..hehe..*novel2*
tapi sekarang aku layan novel hlovate je,g pun hlovate tak ada novel baru lagi jadi sekarang aku shopping baju jelah..^_^

maybe sebab itu mak ayah aku tak kasi aku kawen lagi kot,, bukan tak pernah aku cakap kat mak ayah aku.tapi diorang lagi suka aku habis belajar then baru pikir bab kahwin ni semua..
ishkk..sedih2

so sekarang apa yang mampu dilakukan adalah belajar, belajar dan belajar..

p/s : dear my future husband , if u want me, plez call @ meet my dad directly..gambatee..jangan takut-takut mak ayah saya tak makan orang , mereka makan nasi..

jangan risau juga, sy tak perlukan hantaran tinggi-tinggi, 

saya pun tak mahu bersanding..

jimat tak??

^_^