31 Disember 2008

1430/ 2009 SIAP SEDIA KE SEKOLAH

minggu depan semua warga pendidik akan akan kembali ke sekolah. Lembaran baru pasti bermula cerita baru juga akan muncul tiba.Ada yang tak sabar untuk bertemu anak didik, dan ada yang telah siap segala ABM untuk ke kelas. Disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Bahagian Pendidikan Islam kerana telah menyediakan buku panduan rancangan mengajar program jQAF begitu awal. sebelum masuk sekolah dah dapat, jadi bila masuk sekolah bleh jalan terus PnP.Apa pun untuk awai ni kita kena mengasuh dulu la budak-budak tahun satu nie. Saya yakin semua guru jqaf dah kembali ke sekolah mengemas bilik jqaf yg di tinggal sebulan lebih.

01 Disember 2008

pelajar polimas nak tau program jQAF

pada 26 november saya mendapat panggilan daripada pelajar POLIMAS yang mana mereka ini ingin mendapat maklumat mengenai program jQAF ni. terkejut juga saya dibuatnya untuk apa mereka nak tahu,rupanya mereka kena buat assigment mengenai program jqaf nie, hebat juga ustaz mereka ni (us faisal). Dalam keletihan di siang harinya dengan memeriksa kertas soalan pelajar2 yang akan ke SMKA maka saya meminta mereka datang ke rumah untuk mendapatkan maklumat mengenai jQAF. Saya secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz faisal kerana memberi tajuk yang menarik kepada pelajarnya. Sekurang2nya mereka tahu apa itu jQAF. kepada ashraf dan kawannya (saya terlupa namanya) buat lah yang terbaik walaupun hanya assaigment, itu adalah ilmu kepada kamu semua.

30 November 2008

PENGALAMAN MENGAWAS SPM

SPM 2008 hampir selesai, buat pertama kali mengawas peperiksaan SPM pada tahun ini maka tercerna pengalaman baru dalam kehidupan saya yang bergelar sebagai guru. Apa yang menariknya saya diamanahkan untuk mengawas sekolah yang di kategorikan gred A di negeri kedah ini, letih juga dibuatnya almaklumlah pelajar-pelajar yang cerdik sentiasa meminta helaian tambahan, keluar dari bilik peperiksaan on time . Apabila melihat mereka diluar dan didalam bilik peperiksaan teringat pula zaman saya mengambil SPM pada tahun 1996 di SMURaudzatul ulum (namanya sudah terkubur).
Sepanjang saya mengawas SPM ini hanya subjek Pendidikan Islam yang menjadi tumpuan saya almaklumlah ustaz katakan. Lagipun kita ni nak memperkasakan pendidikan Islam. Saya rasa pelik dan hairan kerana semua pelajarnya menjawab didalam tulisan rumi. Pada hemat saya sekolah hebat mesti jawab dalam tulisan jawi sepertimana mereka mampu menjawab subjek math sains biology dan sebagainya dalam bahasa inggeris. Tak tahu lah kalu sememangnya calon-calon dikehendaki menjawab didalam tulisan rumi, sekiranya itu yang dikehendaki maka pandangan saya tidak tepat saya mohon maaf, tapi seingat saya masa saya menduduki SPM dulu kami jawab dalam tulisan jawi, mungkin masa sudah berubah dunia sudah maju. Yang peliknya lagi tulisan selawat keatas nabi pun tak betul. Tak pa la kita sangka baik mungkin mata saya yang tersalah pandang atau mungkin calon tersebut menggunakan khat yang menarik sebab saya tak pandai dalam bab khat ni atau calon tersebut terlepas pandang.
Oleh itu saya merasakan amat wajar YAB Perdana Menteri merencakan program jQAF yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Mengembalikan kefahaman Islam dengan lebih sistematik dan mengembalikan budaya melayu yang hakiki. Tulisan jawi suatu ketika dahulu menjadi tulisan rasmi tapi sekarang entah kemana hatta guru bahasa melayu pun tidak tahu membaca dan menulis jawi padahal suatu ketika dahulu mereka yang mengajar subjek tersebut yang kita sebut sebagai BMJ (bahasa melayu jawi). Dalam pemerhatian saya, hanya sekolah rendah Islam darulaman SRIDA yang menjana BMJ ini. Kini ita diperkenalkan dengan Program jQAF dan dipertanggungjawabkan kepada ustaz dan ustazah. Perancangan yang mantap dan perlaksanaan yang mengancam dapat melahirkan modal insan yang berbudaya melayu yang mengangkat martabat Islam. Menyedari haikat ini saya menyeru seluruh orang kampung j-QAF supaya dapat mengorak langkah dengan lebih pantas untuk menjayakan program ini.

j-QAF OH j-QAF


Wahai sekalian orang kampung jqaf tahun depan merupakan tahun yang kelima kita semua menerokai program jqaf ini. Apakah perasaan kita didalam menerjah dan mecampakan diri didalam alam program jqaf ini ,. Apa pun saya yakin dan percaya bahawa semua guru jqaf ikhlas didalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Saya amat sedih dan pedihnya hati ini sekiranya terdengar kalimat guru-guru jqaf ini tidak ikhlas

Apakah kita boleh mengukur keikhlasan seseorang? Biarlah Allah S.W.T sahaja yang mengukur keikhlasan tersebut. Sesungguhnya ikhlas ini dibangsakan dengan bangsa faham bukan di bangsakan dengan bangsa Nampak atau di sebut dengan amrun iktibari.(kalu salah tolong perbetulkan). Tidakah kita terfikir bagaimana penat jerih guru-guru jqaf sehingga ada yang keluar gelap balik pun gelap. Terbungking buat kerja siapa pun tidak tahu. Sahabat-sahabat yang berada nun juah di pendalaman sabah dan Sarawak berjuang habis habisan mendidik anak-anak jQAF. Saya merasakan tidak terlintas bagi mereka untuk memikirkan Honda city Toyota vios Nissan dan sebagainya. Bagi saya guru jqaf lah orang yang paling setia sebagai penjawat awam sanggup menerima apa sahaja tugasan yang diberikan, saya pernah menyuarakan didalam mesyuarat agong KKGUMB cawangan kedah guru jqaf ini hanya diibaratkan sebagai mangsa guru ganti sahaja, apakah disebabkan guru jqaf ini di luar norma tiada limit masa dengan mengajar tanpa henti, boleh di tunggang dengan pelbagi tugas sebagai guru data,guru sukan, guru kaunseling,guru media, penyelaras makmal computer dan sebagainya semua ini memang bagus untuk guru jqaf tetapi saya bimbang sekiranya mereka ini tersasar dari program jqaf. Pergunakanlah kemahiran guru jqaf ini dengan setaranya bukan dengan sewajarnya.

Justeru saya memohon semua orang kampung jqaf dapat membuka minda merenung perkataan jQAF TANPA GAGAL . tahun untuk menilai semakin hampir, saya sendiri merasa takut dan gerun dengan jumlah murid yang boleh membaca Al Quran apatah lagi khatam Al Quran. Walaubagaimapun terubat hati apabila pihak kementerian minta menggunakan kaedah Baca Ikut Guru insyaAllah akan tercapai. Saya juga berharap agar semua orang kampung jqaf dapat mencambahkan idea kerana orang yang bergelar pakar sentiasa memberi idea baru atau menambah baik idea yang sedia ada.

31 Oktober 2008

DEMAM E-PELAPORAN

Apabila masuk 6 bulan kedua ini semua GPI jQAF sibuk dengan data pelaporan. Saat sibuk dengan data ada pula kursus khas GPI jQAF 2005/2006. Ini lah yang dikatakan dengan kerja tak perlu merungut yang penting semua kerja siap dengan baik, kadang -kadang menyeronokan kadang kadang meletihkan. jangan pulun samapai tak masuk kelas dah la kalu tak tidur tak pa laaa...
kita guru jQAF, ini lah rutin tahunan kita disamping kerja-kerja yang lain...... semoga kita dapat jalankan tugas dengan baik dan jangan menyusahkan orang lain

23 Oktober 2008

kursus pemantapan jQAF di Langkawi

pertama-tamanya saya ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada seluruh warga jQAF langkawi kerana melayan kami sebagai tetamu yang diundang. Setibanya kami barisan fasilitator bersama dengan beberapa orang pegawai telah di sambut oleh Ustaz Abd malik dan rakan-rakannya, bagi saya kursus kali ini memang menarik. hari pertama kursus semua barisan fasilitator dibawa ke pulau tuba SK Lubuk Cempedak untuk makan tengahari, menunya amat menarik ikan bakar ketam dan udang. tetapi ada seorang pegawai sppi tak makan sea food ni mungkin dia dah lama kat langkawi dulu saya rasa dia dah jemu dengan menu sea food ni. Sedap betul menu yang dihidangkan terima kasih tukang masak kantin SK Lubuk Cempedak macam nak pi makan lagi lepas nie pi makan ja la buka pi dok sana..... pada malamnya kami ditemani oleh us Malik pergi memancing tapi sayangnya us johari tidak dapat bersama dengan kami pergi memancing, apa pun terima kasih us johari kerana menguruskan bot untuk kami memancing. pertama kali memancing kat laut ni memang best yang bestnya saya seorang saja yang dapat ikan walaupun ikan gerud musang janji tarikanya menarik . paling menarik dapat banyak sotong sedap betoi makan sotong fresh ni....... sekali lagi saya ucapkan terimakasih kepada warga jQAF langkawi .........us malik memang sesuai jadi LO la lps niee terimakasih us bahari lps ni panggil kami lagi ok.....

30 September 2008

PKSR

PKSR macam-macam dengar ceritanya ramai yang kata susah, apa bolehbuat soalan yang sampai kita buat saja laa.... soalan tue saya tak sempat nak tengok lagi bila dapat arahan daripada GB suruh ambil soalan kat PPD terus pi ambil dan serah kepada guru bahasa arab kemudian dok sibuk dengan ujian bulan september plak tak dan nak bertanya khabar ngn guru bahasa arab saya cuti plak seminggu isteri bersalin sambung plak cuti raya..... bila buka blog kekawan ramai yang memperkatakan ttg PKSR ni..... untuk rakan semua apa yang kita boleh buat bertindak mengikut arahan ..........................

29 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pelayar blog. Semoga berbahagia di hari yang di nanti-nantikan ini. kesedihan tetap ada pada diri sesorang yang sentiasa bertaqarrub kepada Allah yang maha kuasa kerana ramdhan yang penuh keberktan akan meninggalkan kita dikala kita asyik beribadah kepada Allah S.W.T . Pada kesempatan ini elok lah kita bermaafan sesama kita ziarah-menziarahi dan mengeratkan silaturrahim menguatkan perpaduan ..............

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

22 September 2008

Persiapan MKQ

Tarikh 22 september adalah hari pemurnian bahan MKQ peringkat negeri malangnya saya tak dapat untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat sekalian bagi tujuan tersebut. Hati ini sememangnya ingin bersama dengan sahabat semua tapi takdir menentukan segalanya.. oleh yang demikian saya memohon maaf kepada sahabat semua,us Musa dan juga us rushdan kerana tidak dapat hadir...... apa pun saya percaya antum semua hebat dan dapat menghasilkan natijah yang mannntoooop....... selamat maju jayaa

09 September 2008

UPSR BERMULA

9 september 2008 bermulanya peperiksaan UPSR di seluruh negeri. Pagi-pagi lagi guru-guru tahun 6 agak sibuk menguruskan murid tahun enam. berdebar murid berdebar lagi guru-guru. Pada pagi ni saya di tugaskan untuk membaca doa memohon keberkatan untuk saat-saat terakhir.
Guru besar pula memberi kata-kata semangat dan memberi nasihat supaya murid-murid dapat menjawab dengan baik. apa yang diharapkan semoga semua murid yang menduduki peperiksaan mendapat kejayaan yang cemerlang.......

08 September 2008

SAAT-SAAT AKHIR MENGHADAPI UPSR

Tahun ini merupakan tahun yang penuh barakah kerana peperiksaan UPSR dijalankan di bulan yang penuh keberkatan. Apa pun diharapkan murid-murid bersemangat untuk berjuang sepertimana di medan badar. Prinsip ini yang harus diterapkan oleh guru kepada semua murid. Ketua pengawas dan pengawas kali ini nasib badan laa sebab tak disediakan makan.....tapi nampak mereka semua bersemangat bermesyuarat untuk peperiksaan esok hari. Diharapkan mereka dapat claim lebih sikit laa sebab tak leh makan....... Hari ini terlupa plak nak bawa kamera untuk nak ambil gambar peristiwa yang berlaku hari ni.....Sosek-Sosek guru tahun enam, depa kata "spot soalan tahun tak sama plak "........ macam-macam soalan ada....... tahun lepas spot sama belaka..... ishh ini spot ka bocorrrrrrrrrrr....... spot laa kot.....saya rasa semua guru tahun enam susah hati ni takut budak depa tak bleh jawab........ustazzzz pulakkk kena jampi lebih sket..... supaya bleh jawab.
semoga semua murid upsr dapat jawab dengan mudah.....

02 September 2008

RAMADHAN AL MUBARAK DATANG LAGI

Alhamdulillah sempat lagi kita bertemu dengan bulan penuh keberkatan pada tahun ini. Kita berdoa agar Allah pertemukan kita dengan ramadhan pada tahun yang akan datang. Di bulan yang penuh barakah ini hendaklah kita melipat gandakan usaha utuk memastikan anak didik kita dapat membaca Al Quran dengan sebaik mungkin. usah lah kita jadikan tidur sebagi ibadah utama sehingga kita lupa kepada tanggungjawab yang hakiki. Ramadhan kali ini sudah pasti akan lebih baik daripada tahun yang lalu ibadah kita lipat gandakan demi mencapai reda Allah semata-mata. Maka janganlah terlalu kedekut dan bakhil untuk menabur bakti mencurahkan ilmu kepada masyarakat. kerah tenaga yang diberikan oleh Allah untuk mengepalai segala ibadah, sesungguhnya masyarakat umum sangat memerlukan orang yang berlatarbelakang pendidikan agama Islam yang bergelar ustaz dan ustazah. justeru itu marilah sama-sama kita mengimarahkan ramadhan karim ini penuh semangat juang demi mempertahan agama Allah diatas muka bumi ini.

24 Ogos 2008

kursus LDP


23 ogos kursus LDP telah diadakan di bilik mesyuarat SK Siputeh yang bertajuk pengurusan stress di sampaikan oleh kaunselor JPN Tn Haji Che Man b Abd Hamid. banyak input yang diberikan kepada seluruh warga SK Siputeh. Moga seluruh warga pendidik SK Siputeh dapat menambah baik dalam perkhidmatan dengan lebih cemerlang. sayang nya gambar yang dipaparkan ini kelabu skett sebab bateri kong kot. Apa pun memang menarik coletehnya menusuk qalbu penuh sindiran dan pengajaran...

mesyuarat panitia pendidikan Islam


14 ogos yang lalu Panitia pendidikan Islam SK Siputeh telah bermesuayarat untuk kali ke 3 panjangnya mesyuarat kali ni sebabnya ada 2 orang ustazah buat in house membentangkan dapatan yang mereka perolehi semasa kursus baru-baru ni tahniah ustazah Sharina dan ustazah Aziah diatas pembentangan tersebut

20 Ogos 2008

berkorban apa saja




bengkel penyediaan bahan kuiz daerah kubang pasu 2008

macamnie la geng j-QAF kubang pasu cuti-cuti pun ada kerja lagiii yang pasti j-QAF tanpa gagal


tempat : PKG Ayer Hitam
turut serta us Abd Somad Abdullah , Us Md Isa Mat Arob , Us Zawawi Ishak Us Akmal Ahmad

10 Ogos 2008

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum......


salam perkenalan untuk semua pelayar internet semoga dapat sama-sama kita berkongsi idea didalam memperkasakan pendidikan Islam ....