Maap la lupa nak update entry sebab tengah layan K Drama May Queen ni. Seriousss bestt gilak drama ni walaupun ada 38 episod.
Hero 2 orang, Jae Hee yang pernah berlakon Sassy Girl & Yoo Hee the Witch. Sorang lagi Hero pernah berlakon drama Wonderfull Life tahun 2005 sudah
Masuk kepada tajuk asal. Lepas kitorang check in hostel, solat jamak dan makan (pesen bawak nasi himpit cincah ngan sambal bilis tahan la 2 3 hari) teruskan misi ke Stanley Market. Nak jugak pergi kan even tahu agak jauh Stanley Market tuh baca review blog-blog cakap ada barang lagi murah dari Ladies Market.
Pergi Stanley Market dari hostel kitorg
MTR Mongkok - MTR Admirality ,Exit D -Queensway bus station amik bus number 6, 6A,6X,66 or 260.
Semua bas ni last station kat Stanley Market. Agak jauh la nak ke sana naik bas dalam 45 - 1 jam sempat gak terlelapp. Hihihi
Mula-mula melilau jugak tak jumpa bus stop n this signboard rupanya benda alah ada duk depan sekali.
Weekdays kan, tak ramai sangat orang. Yang ada rata-rata tourist la.
Pastu jenguk lah market dia, apsal sangat nampak tak best pon market dia. Sendu sangat. Tak banyak barang souvernier pon. Sempat kat sini rembat postcard harga HKD 2 and 2 3 ketul fridge magnet.
Tak lama pun kat sini macam tade pape moh la kita bergerak ke next destination The Peak. Alamak terlupa, kami dah beli siap tiket masuk The Peak, Disneyland, Ngong Ping dll kat hostel. Lagi murah rate nya. Dapat la menjimat HKD 120 (RM48) ditambah pulak tak perlu bergasak hebat ngan dorg dari China esp nak pegi The Peak.
Naik bas kat sini asyik nak duk bahagian atas je. Bole tengok pemandangan katanya. Tapi daku masih sama terlelap jugekk otw balik. Naik bas sama masa pergi tadi. Jalan area Stanley seriauu je tengok lereng-lereng bukit.
Ni kawan I snap kan. Ada jugak kubur orang Islam kat sini.
Elok la sangatt, kitorang tersilap turun terlebih awal dari bas dari tempat sepatutnya. Mula episod jalan sambil sesat saja laaa.
Takda sesat terok sangat. Nampak jejambat ni kita cross dulu sebab nak pergi The Peak by bas.
Dah petang nih dalam pukul 5.
Nampak bangunan ni betul lah bus stop dia belah kiri.
Tunggu bas nak ke The Peak ,no bus 12A. First stop bus tu tempat naik tram ke The Peak. Masalahnye kitorang tak perasan layan perasaan terlepas 1st pit stop. Meraban sesat kali ke 2. Hikss
Agak jauh berjalan sebab tempat sepatutnya dah terlepas. Malu bertanya sesat jalan. Nasib baik la ajusshi kat petrol pam tolong bagi direction. 15 minit gak la berjalan melilau tengok mana orang ramai.
Taraa tangg. Sampai! Terkejut okehhh mula-mula sampai gila panjang umat beratur nak beli tiket. Petang katakan, berjemaah nak tengok sunset yang entah sempat ke tidak.
2 ways tram + Sky terrace+ Madam Thussoud = HKD 230
Next strategy, takan la kita nak beratur macam dorang sebab dah ada tiket nak naik tram menjunam 90 darjah tuh. Apa lagi, strategi mencelah potong barisan la. Hewhew. Sukses. Tapi kan, dorang ni ada macam satu bau. Tak tahu nak describe camne tapi tu lah baunya.
Masa kat kauter, ada customer macam dari Mainland marah lagi jerit pasai apa tak tahu la siap ketuk meja. Agagaga. Dasat betol dorang.
Pakat tunggu train belaka la.
Nak nice view duk belah kanan nanti nampak la view bandar HK. Sebabkan I tak dapat seat, duk sebelah pintu belah kanan takdan nak snap wehh. Menegok je lah. Mana nak pegang tiang dari berguling jatuh tram menjunam tuh.
Kamera cokia2 dapat la snap gambar ceni
Postcard lover, senang ada mesin beli setem kat sebelah Madame Tussouds nih. Seronok pulak sebab 1st time beli setem pakai mesin. Postcard beli kat Stanley ada ditambah postcard pihak The Peak 2 keping bagi beli souviner lebih HKD berapa yek. Lupa la. Beli lah korang souviner dekat The Peak sebab memang takan jumpa kat Ladies Market apetah lagi kat Stanley Market. Keychain dia cantik-cantik. Fridge pun sama.
Malas up gambar dalam Madame Tussouds.Alah setakat patung2 bosangg aih.
Yang ni sebijibun macam orang betol.
Ni dah berselubung jaket sejuk kemain kat Sky Terrace.
Then,lapar kitorang makan MCD yang fishfillet. Fuh duk sejuk minum hot chocolate. Nikmatt.
Pukul 9 lebih dah gerak balik. Masing2 dah nampak katil dah. Pergi pun rama orang beratur, balik pun sama beratur naik tram.
Kitorg decide tak nak la naik bas tadi 12A, jauh nak menapak, maka amik la bas ape tah taram saja depan Madam Tussoud nih sebab tengok ramai je depa beratur. Yang penting sampai MTR.
Gambar malam kan, memang jadi camni la. Naik bus 15C , 1st pit stop betol-betol depan MRT Central Station. Tourist kan duk eat takde bumbung, amik kawww angin menderu gigil sejuk. Padan muka.
2nd day sambung minggu depan lah! Bye! (Maaplah tak gtau harga train and bus sebab main tap je Octopus Card tuh)