|| link exchange ||

29 December 2011

Ulangkaji

Fyp gua yang seperti batu yang aku junjung atas kepala selama satu semester ini sudah aku tinggalkan entah dimana. Tipu. Haha. Fyp gua sudah selesai untuk semester ini sebenarnya. Rasa seperti di syurga tahu. Kahkah.

Lepas hantar fyp Jumaat lepas, terus gua cabut balik kampung tinggalkan bumi Melaka. Kat rumah menghabiskan masa bersama keluarga tercinta juga sidia. Ahaha. Lagi seperti di syurga. Lani tinggal nak ngadap final exam minggu depan. Satu nota ape pun tak bukak lagi. Haih. Memang 'rajin' sungguh gua. Huh.

ini jadual periksa aku.
Jadual sudah ada baru boleh ulangkaji (alasan). Okey. Lepas ni aku tekad mahu ulangkaji. Haha.
Jom ulangkaji.

20 December 2011

mesin masa

Pukul berapa da ni haih. Gua pulak masih menghadap benda dunia semua ni -_-''. Bangun tidur nanti gua harap ada sebijik mesin masa sebelah gua. Boleh gua skip terus hari sampai hari Sabtu. Senang. Tak payah gua nak hadap hari Selasa, Rabu, Khamis juga Jumaat ni.
Kalau harapan gua tu tak termakbul maknanya  gua kena menghadap empat (4) hari akan datang ni dengan FYP gua. Nasib baiklah satu (1) FYP je gua kena hadap dalam hidup gua. Dan benda alah tersebut perlu dihantar hari Jumaat ni kat fakulti gua. Maksud gua, fakulti tempat gua belajar la. Bukan fakulti yang dimiliki oleh gua.
Takpe. Gua kena tingkatkan tahap kesabaran gua sampai tahap langit ketujuh. Harap gua tabah menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Gua kan kuat. Tahu.
Gambar 1: Bukan sebuah mesin masa.
:tajuk fyp gua ialah the effect of carbon black on properties of graphite-epoxy composite. power kan. macam gua la. kahkah.

19 December 2011

Sungguh aku ingin kamu.

Aku ingin engkau tahu
Sungguh aku ingin kamu
Engkau dihatiku ratu
Tiada sekelumit ragu

Akan aku suntingmu
Jadi teman hidupku
Bersama dijatuh bangunku
Disetiap detik juga waktu

Moga ikatan direstu Ilahi
Bersama menyulam cinta suci
Berdua bawah payung Rabbi
Didunia keakhirat nanti

30.11.2011 adalah tarikh sebenar. :p



:bait ini terlintas tika dalam kelas. kulit buku jadi contengan ketika itu. cuma pindahkan dalam blog yang sudah terbiar lama. sekurangnya ada contengan dalam blog ini pula untuk tatapan.

22 November 2011

Malaysia juara Sukan Sea 26


Syukur atas kemenangan skuad Harimau Muda bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 26 di Stadium Gelora Bung Karno. Pasukan kita menang keatas pasukan Indonesia dengan penentuan sepakan penalti. Sebelum itu perlawanan terpaksa diheret dalam masa tambahan, namun kedua-dua pasukan terus terikat dengan jaringan 1-1.

Akhirnya skuad  Harimau Muda dapat mengekalkan pingat emas yang dimenangi 2 tahun sudah. Cerita kemenangan ini sekaligus menutup mulut-mulut jahat pihak lawan yang cuba melakukan provokasi keatas pasukan kita. Skuad Harimau Muda ini sememangnya layak untuk merangkul kemenangan ini. Jika dilihat sepanjang kejohanan Sukan Sea yang berlangsung kali ini pelbagai cerita kurang enak dapat didengar. Skuad ini terpaksa melalui laluan yang agak berliku sebelum akhirnya merangkul kemenangan ini. Sejurus kemenangan di Indonesia, skuad Harimau Muda terpaksa bergegas pulang ke tanah air untuk perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan melayan kunjungan pasukan Syria.

Mereka sememangnya layak. Semoga pasukan Malaysia terus sukses di perlawan-perlawanan mendatang. Kami rakyat Malaysia akan terus menyokong. Tanah tumpahnya darahku. Selamanya.

20 November 2011

seteru bertemu kembali



Dengan kemenangan Malaysia keatas Myanmar dalam perlawanan separuh akhir Sukan Sea 26 tadi dengan gol 1-0 oleh Fakri melayakkan Malaysia ke perlawanan akhir Sukan Sea 26. Malaysia akan bertemu tuan rumah Indonesia yang telah menundukkan Vietnam 2-0 dalam perlawanan separuh akhir satu lagi.

Ini bermakna seteru yang telah bertemu dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan bertemu kembali di peringkat akhir nanti. Perlawanan akhir dijadualkan pada esok hari (21/11) jam 8malam waktu Malaysia pastinya. Dalam peringkat kumpulan dilihat Malaysia dapat menundukkan Indonesia. Adalah menjadi harapan kita semua agar pasukan Malaysia dapat mengekalkan pingat emas Sukan Sea yang dirangkul 2 tahun lalu di Laos. Mungkin juga skuad Harimau Muda akan menjadikan bola sepak sebagai acara terakhir yang menyumbang emas dalam Sukan Sea kali ini. Jika kemenangan menjadi  milik kita, sudah pasti kita akan menutup setiap mulut-mulut jahat dipihak lawan sana yang kelihatan angkuh dan tidak beretika sebahagiannya. Semua persoalan hanya akan terjawab dalam 90 minit masa perlawanan nanti.

Kita hanya berdoa dan menyokong dari kejauhan. Sama-sama kita menyokong. Tanah tumpahnya darahku.

17 November 2011

harimau bertemu garuda

Malam ni pasukan kesayangan seluruh rakyat Malaysia akan bertemu dengan pasukan Indonesia dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan di Sukan Sea ke-26 di Indonesia.
Semua berdoa agar pasukan kita dapat menundukkan pasukan lawan. Dilihat Indonesia adalah seteru ketat pasukan Malaysia di rantau ini.
Peminat kedua-dua pasukan yang fanatik dilihat telah memulakan perang papan kekunci [sebut: keyboard warrior] di laman-laman sosial seperti facebook. Memang saling menghanjing la. Kehkeh. Biasa la, pasukan sebenar lawan di atas padang, peminat berlawan di medan facebook la. Haha.
Aku doakan harimau dapat membaham garuda. Amin.
Tanah tumpahnya darahku.

26 October 2011

terima kasih tuhan

tuhan maha esa.
aku syukur dengan apa aku ada.
terima kasih ya tuhan apa kau kurnia.
aku terima segala.
moga rasa ini terus-terusan.
andai lagi baik, lagi aku syukur.
jangan kau biar rasa ini pergi.
kau lindungilah insan-insan kusayangi.
merekalah tulang belakang aku.
penguat semangat kala rebah.
aku masih perlukan mereka.
aku sayang mereka.
suburkanlah rasa ini dijiwaku.
juga disetiap mereka.
terima kasih tuhan.

27 September 2011

emas

Harga emas tengah jatuh sejak seminggu lalu. Jadi orang pun sibuk cerita pasal emas ni. Banyak kelebihan emas ni sebenarnya. Ilmu aku pasal emas ni bukan banyak sangat pun. Tapi boleh la tahu sikit-sikit. Ngehngeh. Kutip ilmu dari tokey2 emas sana sikit, sini sikit, baca blog sana, blog sini. Kumpul ilmu sikit-sikit. Nak buat camne kan, kat universiti tempat aku belajar takde pulak diajar pasal emas kan. Sigh~

Bagi aku kalau aku beli emas ni, aku niat memang untuk jangka panjang le. 2, 3 tahun lagi kalau aku nak pakai duit untuk kawen boleh aku gunakan emas aku tu. Ngehngeh. Tak pun nak time nak beli rumah ke nanti. Fuh. Cita-cita, bapak tinggi. Haha. Takpe, orang tua kata slow2 la.  Aku bukan anak orang kaya yang setiap bulan duit akan masuk ke dalam akaun bank beriba-riban. So kenalah usaha sikit-sikit, berdikit-dikit. Hee.

Kalau kita tengok orang tua sekarang kita mesti pelik kenapa diorang ni banyak emas. Yela, emas yang diorang pakai. Kat leher, gelang bagai. Haaa. Sebab diorang ni bijak. Zaman dulu emas ni murah sebenarnya. Tak percaya kau boleh tanya emak korang atau nenek korang. Diorang nampak sebenarnya kelebihan emas even dulu takde kedai emas merata, takde kedai pajak merata, takde tv atau internet yang tunjuk pasal turun naik harga emas. Tapi diorang tahu kelebihan emas ni. Kalau tengok makcik2 yang pergi keduri tu, nah amik kau gelang sampai kesiku. Rantai leher tu sampai berat nak membawaknya. Kahkah.

Aku harap murah rezeki aku nak beli emas nanti. Senang nak masuk meminang nanti, bagi je emas yang aku beli tu. Ngeee. Sebab aku tahu, tindakan aku pada hari ini pasti memberi kesan dimasa mendatang.

20 September 2011

mudahkan hidup

Mak aku pesan, hidup ni jangan susahkan orang lain. Biar orang susahkan kita. Jangan kita susahkan orang lain. Kadang-kadang perlu jugak kita susahkan orang lain, tapi itu lebih kepada minta tolong. Yela, hidup ni kena la tolong menolong. Tapi kalau da memang sengaja menyusahkan orang lain, baik tak payah jadi orang. Yedak.

Kat rumah, lepas makan tu apela salahnya basuh pinggan sendiri. Kalaupun malas nak basuh periuk kuali tu, basuh pinggan yang kau makan pun da cukup baik. Bukan ke menyenangkan hati mak tu adalah perbuatan mulia. Kalau nak pahala lagi banyak, kau basuh sekali pinggan lauk, kuali, periuk tu sekali. Tak ke sejuk je hati mak kau tengok. See, kau dah gembirakan hati mak kau. Kau buat benda paling simple je.

Kat kedai tu, lepas makan apela salahnya kau kemas pinggan atas meja. Tompok-tompok pinggan yang kosong tu pun ok ape. Sambil-sambil lepas makan tu, sambil dok nyembang, sambil hisap rokok. Tak perlulah kau nak basuh pinggan tu. Benda tu kau buat kalau kau tak bawak duit je. Haha. Tapi sebelum nak makan, mesti kena tunggu makanan sampai dulu. Ye dak. Bila waiter da hantar makanan atas meja tu, apela salahnye cakap terima kasih. Kau tahu tak, cukup dengan dua perkataan tu, da boleh buat waiter tu tersenyum. Aku tahu sebab aku pernah duduk kat tempat waiter tu.

Benda mudah je sebenarnya, tapi dengan buat mudah tu kau da buat orang lain senang dengan kau. Jadi, dalam hidup ni, janganlah dok susahkan orang lain. Memang kita tak dapat balasan setimpal masa tu jugak, tapi InsyaAllah orang lain akan memudahkan kerja kita masa lain nanti. Sape tahu. Ye dak. Kadang kita tak perasan pun sebab sudah dipermudahkan dalam buat sesuatu kerja.

10 September 2011

Sepeninggalan

Argh. Berbulan blog terbiar. Kesian blog ni. Minta maaf ye blog. Hari baik bulan baik ni, maafkan tuanmu ini. Huuu. Betapa lama tak terjage rase kalau ibu mengandung da memboyot perut. Memboyot sikit la, takde memboyot yang macam 9bulan tu. Ahaha.

Seperti mana selama untuk perut ibu itu memboyot, banyak yang terjadi sebenarnya dalam hidup aku. Serius banyak.

Sepeninggalannya blog ni bersendirian, aku kena buat intern selama 3bulan. Pergh. Kilang tu habuk dia tak payah cakap la, bunyi bising lagi. Dah nama pun kilang kan. Huh. Masuk kilang je nak kena pakai mask juga ear plug. Kalau tak, kau berpeluang untuk dapat penyakit paru-paru berhabuk juga telinga pekak. Tak tahu pulak pekak sementara atau pekak kekal kan. Ia bersandar pada tahap ukuran decible dalam kilang tu. Setakat aku buat intern kat situ Alhamdulillah masih sempurna deria paru-paru juga telinga aku. Syukur.

Seterusnya, sepeninggalan blog ni terbiar tanpa aku jenguk lagi, hubungan orang sini dengan orang sana sudah menjadi baik. Syukur sangat2. Yang berlalu biarkan berlalu. Yang lebih penting, kita belajar dari apa yang berlaku. Benda2 macam ni tak dapat nak kutip dengan duduk dalam kelas. Takdenya ditawarkan dalam subjek pilihan universiti. Kahkah. Kita sendiri kena hadapi dan rasa sendiri. Mana yang buruk kita buat sempadan, mana yang baik kita amik. Lepas ni sama2 kita jaga hubungan ni. Ada rezeki, ada jodoh, InsyaAllah hubungan ni boleh pergi lebih jauh lagi. Tiada siapa tahu bukan. Kita berusaha menjaganya. Yang penting niat kita. Hari tu kan kita ada sembang pasal niat kan. InsyaAllah dengan niat yang baik, Dia akan bantu kita. InsyaAllah.

Tapi semalam aku alpa dan lupa, yang mana sudah membuatkan orang sana terkilan dengan apa yang aku buat. Serius aku menyesal. Kesalahan kedua sebenarnya dan orang sini janji takkan ada kesalahan ketiga yang serupa. Yang tak best tu sampai bawak dalam mimpi kot, aku kena marah dengan orang sana tu. Pergh. Tak senang hati aku. Salah aku gak, padan muka aku. Huu. Yang bestnya pulak, orang sana tu da maafkan orang sini. Yey. Terima kasih orang sana.

Kau pernah kerja time puasa tak. Aku puasa kali ni dapat kerja sambil puasa. Part time je kot. Kahkah. Tempat biasa la, tempat aku mencari rezeki sesuap nasi untuk anak bini. Nandos dihatiku. Ahaha. Time siang memang rileks gile la. Masuk time berbuke tu tak payah cerita la. Lagi2 time dekat seminggu nak raya. Nak terbalik kedai tu. Huu.

Sepeninggalan blog ni bersendirian lagi, aku sambut raya. Tapi raya tahun ni dah takde rase kick dia. Mungkin sebab aku da besar kot. So, da lain. Mungkin tahap kebestan raya adalah berkadar langsung dengan umur kot. Mungkin. Lagi raye tahun ni aku kerja. Macam orang berkerjaya la plak. Haha. Orang raye dok sibuk cuti, aku dok sibuk keje plak. Peduli hape haku. Haha. Pengalaman kot, berlatih nanti bila da kerja betul tibe2 bos tak approve cuti raye kau baru kau tahu. Aku takpe, da ada pengalaman. Kahkah.

Tengok, banyak tak banyak la benda yang terjadi sepanjang sepeninggalan blog ni bersendirian. Sorry la eh blog. Yang lebih penting aku belajar sesuatu dari setiap apa yang berlaku. Walau kadang aku sendiri tak faham apa yang aku dapat. Kahkah.

28 April 2011

angin juga hujan

tadi
angin berhembus
harapan aku
hembus sekali gusar sedih setiap hati
agar hati kembali tenang
kini
sungguh-sungguh hujan curah
basuh bumi yang kian kotor
hati kotor?
diri kotor?
bagaimana?

20 April 2011

cemburu aku

akhir-akhir ini makin suka pada seni
seni itu pelbagai
sudah nama pun seni
cuma aku cemburu
cemburu sama seni
kerana seni itu indah
cemburu sama pemilik jiwa seni
cemburu pada pemetik gitar
buat bunyi-bunyi indah
hati gusar bisa menari
cemburu pada pengambil gambar
rakam momen terindah
jadi teman si perindu
cemburu pada sang pelukis
kertas putih bisa indah
bermain sama warna cuma
cemburu pada pemuisi
bait kata indah
lontar rasa lalu bahasa
orang kata itu bakat
orang kata lagi, bakat boleh asah
tidak apa
aku belajar, aku cuba
aku percaya
setiap jiwa punya seni
cuma kadang sembunyi
maka disitu aku belajar
seni itu indah

11 April 2011

sendiri

sendiri.
dalam dingin pagi.
berlatar malam sunyi.
masih mencari.

10 April 2011

rindu

tidurku bertemankan insan-insan yang dirindui. rindu.
dalam sibuk diri, rindu bertandang.
rindu sama kalian. amat.
mahu lari dari sibuk diri. tidak bisa.
moga kalian mandapat lindung. amin.

04 April 2011

rasa macam ini

boleh tak rasa macam ini untuk hari-hari seterusnya.
tak mahu rasa yang lain.

ketemu kak fynn

lepas maghrib, cepat-cepat keluar rumah. niat mahu ketemu kak fynn. kalau ada rezeki. sampai-sampai suara dia didengar. terlewat sedikit. celaka. kecewakah aku. dia kata penganjur mahu beri laluan artis lain. dia bilang selepas ini dia ada lagi. fuh. lega. ada rezeki ni.
aku berdiri atas tembok di kanan pentas. di kiri pentas dia bersila atas lantai di samping kekasih hati. sepanjang tadi boleh nampak dia di hujung sana. rezeki. lagu puisi dari ramli sarep gema. lagenda. suka benar kak fynn sama ramli sarep. ramli sarip pesan walau sudah berjaya tinggi mana pun. jangan dilupa ibu bapa. restu dan berkat mereka itu utama. penat lelah mereka besarkan kita. dilupa jangan. semat pesan. manis kak fynn bersama kekasih hati. suka. samseng-samseng kak fynn pun tetap manis. sila jangan muntah. ini betul. aku yang pandang. aku yang nampak.
giliran kak fynn bersama kekasih hati atas pentas. tahu mesti tidak suka dipuji. sebelum ini lihat lalu video. tadi lihat dia secara langsung. sumpah suka. dia bila menggila habis note dia jerit. hingga wayar mic tercabut. dia sungguh orgasmik. pada satu lagu, dia menangis. dia bilang dia perempuan gagah. sambil mengangkat kedua tangan menunjuk trisep yang memang tiada. dia kata, kahwinlah dengan orang yang bila kita sudah ketemu dia betul untuk kita. walau masa muda. kalau sudah kahwin pegang-pegang dapat pahala. sambil mengerling kekasih dia. manis bukan.
mahu ranap. seluk dompet. tinggal beberapa helai seringgit. celaka. mana mahu dapat duit. pergi mesin duit seberang jalan. balik ke pentas. hujung pentas lihat ramai keremuni dia. aduh. bila tidak ramai baru pergi rapat.
tegur dia. akak nak beli buku. ranap. bingit lagu bataskan telinga. yey. dapat ranap. suka. menari. itu tipu. kukata, juga join projek kesian akak. laa.. yeke. saya faiz, faiz saparudin. laa.. yeke. kecik aje orangnye. sambil hulur ranap untuk dia conteng. dia kata maaf. projek kesian lewat. tidak mengapa. saya faham. saya percaya akak. mesti tunggu walau lama. puji dia tadi. sudah agak. tidak suka dipuji. suka itu. resmi padi, makin berisi makin menunduk. dia tanya, ada girlfriend. aku jawab tiada. tiada yang mahu. terus dia tangkap. sungguh intuisi di situ. dia ada pesan. semat. ingat. terus beramah. sudah pusing melaka. tak sempat. baru sempat makan cendol. selepas ini terus balikkah. tidak. kekasih mahu beri kejutan. manis sungguh mereka. kubilang sampaikan salam sama kekasih dia. datang perempuan mahu bergambar. aku minta berundur. biar dia layan yang lain.
rezeki ketemu kak fynn hari ini. rezeki nampak kak fynn sepanjang tadi. kita memang tidak pernah ketemu. cuma sekali ketemu tadi. pesan sudah macam adik beradik. terima kasih pesan. terima kasih ranap. terima kasih kak fynn.

29 March 2011

baik atau jahat

aku kalau sudah baik sama orang.
memang pasti baik sangat.
aku tidak tahu mengapa.
mungkin sudah dididik sebegitu.
mungkin memang diriku sebegitu.
mungkin cara fikirku lain.
padaku, tidaklah baik mana aku ini.
timbangan orang.
mana mungkin pernah sama.

terkadang rasa penat menjadi baik.
terdetik dihati jahat.
tiada apa yang diterima dengan baikmu.
hati baik berbisik.
persetankan orang yang lain.
ya. ikut bisik baik itu.
aku harus jadi diriku.
apa yang ku laku.
segala yang ku laku.
kerna aku adalah aku.
kerna itu yang kumahu.
tidak ku ikut hasut lain.

orang lain punya zaman ranap.
seingatku.
diriku tidak pernah punya.
atau mungkin akan datang.
dipinta jangan.
kalau aku lalui zaman ranapku.
aku mohon jangan aku dipalingkan dariNya.
harap. jangan.
dipinta. tidak.

27 March 2011

belajar melepaskan

sampai satu tahap,
aku rasa penat malah lelah,
ditika itu,
aku belajar untuk melepaskan.

andai ku tak bisa

andai ku tak bisa jadi pohon merendang
yang jadi tempat teduhan
cukuplah ku jadi rumput melandai
yang jadi tempat perbaringan

24 March 2011

makin jelik, makin jijik

jangan dikotor kancah sedia kotor,
makin dipandang makin jelik, makin jijik,
jangan ditabur omongan kosong, janji yang kabur,
kelak kita ditengah jua tersepit; konflik.

*diam, nilai*

senyum menghapus resah

hapuskan resah dihatimu,
aku cuma mahu lihat senyummu,
andai tiada orang girang dengan senyummu,
cukuplah denganku gembira kerna senyummu.

22 March 2011

buat dindaku

buat dindaku
kini kau ada di satu terminal
walau apa yang diterima esok
itu cuma satu tiket
tiket untuk ke stesyen seterusnya
bukan destinasi yang dituju
destinasi masih jauh sebetulnya

di terminal, diri harus memikir
stesyen mana harus dilalu selepasnya
setiap stesyen punya onak sendiri
setiap stesyen punya manis tersembunyi
kau takkan pernah tahu
cuma satu yang boleh dilaku
buatlah sehabis baikmu disetiap stesyen yang dilalu
pasti yang terbaik akan kembali padamu

kelak pasti destinasi kau tuju
adalah destinasi terindah dalam hidupmu

sekarang
tiket sudah kau punya
diri yang mencorak stesyen seterusnya
untaian doa kanda mengiringi perjalanan dinda

12 March 2011

pemilik tubuh tegap

atuk pemilik tubuh tegap, walau dimamah usia kita tetap boleh nampak.
kudratnya masih kuat walau tidak sekuat dahulu.

petang itu.
hantar lauk mama masak ke rumah atuk.
bersama atuk duduk atas kerusi depan pintu di belakang rumah.
bertanya tentang lembu yang diamanah pada orang yang tak amanah.
bukan siapa-siapa, kawan atuk juga.
setelah sekian lama, helah terbongkar. menipu atuk.
rahsia terbongkar, masih mahu mengelak.
janji bertemu dirumah atuk. atuk menunggu.
bayang tidak juga temu. huh.
atuk yang mangsa yang kena jumpa dia. runding.
si kawan berjanji melunas janji yang dinoda.
harapnya janji ditepati.

yalah, atuk bukan ada sumber rezeki.
asalnya lembu itulah punca rezeki, bila dijual nanti.
tapi amanah dinodai.
lembu hilang pergi, duit tidak diberi.

masa itu atuk kurang sihat.
duit diperlu untuk beli ubat.

aku tanya atuk. banyak tanah atuk.
atuk jawab. tiada banyak juga.
apa yang dikebun alas, itu cuma.
aku tanya atuk. macam mana atuk dapat tanah.
atuk jawab. zaman dulu, tanah bukan milik siapa-siapa.
kalau mahu tanah, pergi sahaja teroka hutan.
atuk teroka bersama saudara kandung dia.
hasil bahagi sama rata.
tapi bukan mudah.
zaman dulu pokok berpemeluk-pemeluk, tinggi melangit.
alat diguna gergaji cuma.
bila tertubuh kerajaan, geran tanah dimohon.
dapat geran, sah tanah jadi milik.
itulah cara mendapat tanah zaman dulu.
kebun alas ini juga ada sawit, bunga kantan, sedikit rambutan.

*momen waktu kecilku*
di kebun alas ini aku membontoti atuk.
bersama motor buruknya. duduk dalam raga rotan belakang motor.
di kebun alas ada satu parit kecil.
sampai sana terus bermain parit. mandi. 'jiblon'.
jernih air. terkadang ada ikan. sepat mungkin.
membontoti atuk, mengambil bunga kantan sudah masak.
atuk pesan, terkadang ada babi di kebun alas. terus kecut.
rapat-rapat membontoti atuk.
mencabut ubi kayu, cendawan meliar jika ada.
sambil-sambil menebas rumput meninggi.
melihat-lihat buah sawit yang masak.
matahari tegak, bergerak pulang.
momen sungguh. simpan kemas-kemas.
tak tahu, sampai warisku boleh tidak mereka punya momen sama.
dunia berubah.

masa kudrat masih kuat dulu.
atuk ada juga menumpang
menumpang kebun di belakang rumah.
buat cucuk tanam.
nanas, kacang, ubi, cili, kacang.
mahu memotong, pokok sudah tua. getah sedikit cuma.
seawal pagi atuk berjalan ke kebun belakang.
hampir tengahari baru pulang. bawa hasiil.
ada diguna, ada dijual.

atuk
itulah pemilik tubuh tegap.
moga dia sihat juga dilindungi selalu.
cucumu, Konteng sayang atuk Suboh.

11 March 2011

kalau saya tegur

saya nampak kamu
saya tengok aje dari sini
berharap kamu baik2 saja

nak tegur
tapi
ntah
terima kasih atas semua
rasa yang sebegini
seperti sekarang
yang saya rasa
terima kasih tau

kalau saya tegur kamu
saya mesti membebel
kamu bukan suka pun
saya akan ingatkan
jaga diri+kesihatan+makan

yela
saya tahu
sekarang masa sibuk kamu
duduk buat kerja
makan pun lupa
kamu kan ada gastrik
kalau da kena
mesti sakit guling2
tak mahu kamu sakit
kan kita pernah kena
gatrik sama2
penangan fast food
keluar masuk klinik
kenangan semua itu
kan

kalau saya tegur kamu
mesti kamu ngadu
kerja tengah banyak
nanti saya kata
buat sikit2, perlahan2
nanti kamu ngadu
tension banyak kerja
nanti saya kata
jangan tension2 sangat
cuba rileks dulu
bila hilang tension
sambung buat kerja
yela
kamu rajin sangat
sungguh2 buat kerja
hasil pun terbaik

lihat
macam mak nenek bukan
membebel membebel membebel
yela
saya memang begini
tapi
dengan awak jer
orang saya sayang
sebab
saya sayang kamu
ya
saya sayang kamu
saya peduli kamu

itu
kalau saya tegur
tapi
sekarang saya tulis
kalau awak baca
anggap ini tegur
macam
ait, buat ape tu
kemudian
membebel seperti atas
kemudian
biarkan kamu
bersama kerja kamu
sebab saya tahu
kamu memang begitu

dan
saya memang begini
sebaba saya tahu
saya sayang kamu

|2308|110311|faizs|

p/s : jaga diri+kesihatan+makan

08 March 2011

Wanita Itu Indah

Hari ini 08/03/2011 adalah Hari Wanita Sedunia yang ke-100. Wah, sungguh istimewa insan bergelar wanita sebenarnya. Kepada wanita2 seantero dunia jaga diri kamu ok. Aku memang pencinta wanita. Lalala. Ahaks.

Baru tadi aku godek2 folder dalam mailbox aku. Owh, ada satu folder yang bernama 'ans'. Kalau orang sana baca entry ni, mungkin dia tahu kot yang itu nama folder yang belong to her. Bace balik semua emel yang kita pernah balas2. Masa tu aku berada dimatriks. Ingat lagi balas emel dia kat makmal komputer dalam library. Haha. Lihat, dalam emel aku pun ada satu folder khas untuk orang sana. Huu. Sungguh kamu ada dimana2 sebenarnya dalam hidupku.

Through emel gak orang ada bagi satu puisi pasal wanita. Kat bawah nanti orang tulis balik erk puisi tu. Yela, hari ini kan Hari Wanita Sedunia. So, haruslah kena dengan tema kita pada hari ini. Haha. Ada gak satu emel yang orang anta bahan untuk one of your assignment. Tak tau plak yang bahan tu membantu orang sana. Huu. Ada gak satu emel yang orang dedikasi lagu 'Mengintai Langit' untuk orang sana. Orang attach skali lirik dia. Hee. Orang ada buat satu slideshow pasal orang sana gunakan lagu tu. Orang letak gambar2 orang sana yang orang curik tau. Haha. Tapi mane tah fail tu, da ilang rasenya. Huu. Emel2 tu semua pada tahun 2007 dengan 2008. Masa tu orang kat matriks, orang sana plak kat Segamat. Itu 4 tahun dulu. Itu baru ruangan unuk orang sana dalam mailbox. Dalam hati plak xtau bape besar space untuk orang sana. Tapi nak buat lagu mana kan. Huu. Takpelah. Biar ruangan tu semua hanya untuk orang sana. Seorang. Takkan ada yang sama juga serupa. Kerana orang sana memang istimewa dihati ini.

Oklah. Kat bawah ni puisi untuk semua wanita seantero dunia. Wanita Itu Indah.

Sebagai wanita, kita serba boleh
Kenapa ibu menangis?
Anak bertanya ibunya.
Ibu seorang wanita; kata ibunya.
Apa maksud ibu?, kata anakanda.
Sang ibu memeluk anaknya:
…Sebagai anak lelaki, kau tidakkan faham

Sang anak kemudian bertanya kepada ayahnya,
Kenapa ibuku menangis?
Semua wanita menangis.....
…Itu sahaja jawapan ayahanda.

Anak teruna membesar menjadi anak muda.
Masih tidak memahami kenapa wanita menangis
Akhirnya, kepada Tuhan anak muda bertanya:
Oh Tuhanku,... Kenapa begitu mudah wanita menangis?
Tuhannya menjawab...
…Apabila wanita dijadikan, kejadiannya amat sempurna.
Bahunya sanggup memikul tanggungan di dunia, dirinya untuk berkorban demi kehidupan
Kekuatan dalaman untuk menanggung sakitnya kelahiran dan kesanggupan menghadapi dugaan, walaupun daripada anaknya sendiri!
Telah Ku berikan ketahanan untuk meneruskan perjuangan serta kesabaran menjaga keluarga dan sahabat, walaupun tiada lagi yang mampu, melalui kesakitan dan keperitan, tanpa keluhan!
Jiwanya Ku jadikan sensitif agar menyayangi anak-anak dalam apa keadaan, walaupun sang anak menyentuh kalbu!
Ibu mempunyai keistimewaan membuat anak kecil tersenyum dan anak muda hilang kegusaran.
Ku berikan kekuatan menjaga suami, walau pengorbanan besar yang menggamit, dan Ku bentuknya dari rusuk sang suami!
Telah Ku tiupkan kebijaksanaan untuk mengetahui mana yang baik untuk suaminya dan faham tanpa sebarang keraguan untuk berdiri di samping suaminya dalam apa keadaan sekalipun!
Anakku, di atas segala pengorbanannya…
Telah Ku berikan setitis airmata. Untuk digunakan dan itulah satu-satunya kelemahan wanita!
Apabila kau melihat dirinya menangis, khabarkan sayangmu padanya. Walau airmata tetapkan jatuh, hatinya membuahkan kebahagiaan.
Wanita, dirimu sungguh istimewa..

01 March 2011

kita sama

jangan dipandang cela yang satu cuma andai indah terbentang nyata
aku tak sempurna
kau juga serupa
aku kau kita semua sama

24 February 2011

dari hati ini

Malam ini, pada ketika ini
Disaat terpandang akan dia
Aku tidak mengerti
Perasaan apakah yang menyelinap disegenap hatiku
Sungguh aku tak mengerti
Juga tidak memahami
Apakah ini gerangan sayang
Atau rindu mungkin

Aku cuba menongkah semua ini
Semakin dicuba semakin ia datang
Nyata apa yang dihati takkan bisa dibuang malah dilupa

Biarlah aku dengan perasaanku
Sekurang-kurangnya kelak andai rasa sayang sudah tiada lagi
Aku bersyukur kerana mempunyai insan yang sungguh aku sayang pada suatu ketika
Malah pada ketika ini juga aku masih sayang akan dia

Andai ini membuatkan bahagia, maka aku tega juga redha
Andai sudah tertulis jodoh antara kita, maka aku bahagia
Andai tiada juga, maka tidak mengapa
Kita takkan pernah tahu
Ketentuan Ilahi jua yang terbaik

Aku mahu kau tahu, aku sayang kamu
Sungguh orang sini sayang orang sana
Jaga diri

22 February 2011

teleku sebelum beradu

menyingkap tabir malam
berhembus angin dingin
teleku sebelum beradu
semalam telah berlalu
pengalaman secebis cuma
esok yang mananti
hadapi realiti pasti
moga mimpi terindah

20 February 2011

Athena

Arghh. Sumpah setiap kali weekend pun mesti boring tahap gaban. Takde buat ape yang interesting pun. Huh.
Setiap kali weekend aktiviti yang dilakukan pun sama je. Bangun, mengadap lappy, online, layan movie, drama, tidur, kemas sikit2. Sumpah boring bukan. Haha.
Ahha. Sekarang aku tengah layan drama bersiri korea bertajuk "Athena". Kawan aku yang cadangkan untuk tengok cerita ni. Episod pertama aku tengok da terus fall in love kat cerita tu. Haha. Sumpah best. Biasanya kalau drama bersiri Korea mesti jiwang2, tangkap leleh semua kan. Drama bersiri 'Athena' ni memang totally different la. Ada gak la sket2 jiwang dia. Standard la kan, drama Korea. Tapi takdela banyak sangat jiwang dia. Huu. Drama ni masuk kategori action-thriller-romantik. Tu yang aku suka tu. Ada ganas2 sket, ade jiwang2 sket. Haha.



Kat sini aku kongsikan sket details cerita ni yang aku dapat dari sini.

Brief Synopsis

A terrorist group known as "Athena" and led by evil mastermind Son Hyuk threatens South Korea and the world. It is now up to special agent Lee Jung Woo of the National Security Agency to foil their terrifying conspiracy. Jo Soo Young, the daughter of the South Korean president, is kidnapped and hidden away in Italy. Jung Woo and his team are given the assignment to find her and bring her back.

"ATHENA" ("Athena : Goddess of War") is a spin-off series of "IRIS" A drama of the battle between good and evil over the peace of Han-ban Island. "ATHENA" is a spin-off of "IRIS". Athena is the Greek goddess of war and the name of a terror organization that puts the whole world in danger in the drama.

Notes
-Filming locations include Japan, Switzerland, Singapore, Italy, and New Zealand.
-This drama is a spin-off of the 2009 KBS2 drama "IRIS" with new characters and will be aired on SBS.
-Production company Taewon Entertainment, responsible for the original "IRIS", will produce this drama and the upcoming "IRIS 2" (KBS2 will air the sequel to IRIS sometime in 2011).

08 February 2011

kasih tulus abah

Aku menangis. Entah, kadangkala kita pasti tersentuh andai orang yang kita sayang melakukan sesuatu untuk kita. Walau kadang perkara yang dilakukan itu hanyalah seuntai kata-kata. Abang nak cakap terima kasih sangat-sangat kat abah. Abang sayang abah.

Aku tahu aku masih ada keluarga yang memang menyayangiku.
Aku tahu kasih mereka memang tiada bandingnya.
Aku bersyukur padaNya dikurnia semua ini.

Memang dimata lain yang memandang nampak hidup diri ini sudah cukup sempurna.
Aku bersyukur atas semua ini.
Tapi hidup ini pasti lebih sempurna andai dapat bersama dengan orang sana.
Ya, pasti lebih sempurna.
Aku memang tidak pernah sempurna, kita memang tidak sempurna.
Oleh itu, menjadi tugas kita yang memang takkan pernah sempurna ini yang akan jadi tukang sempurna kepada orang lain.
Memang begitu bukan kehidupan.
Saling melengkapi.
Saling memerlukan.
Saling bersandaran.
Ia pasti menjadikan hidup lebih sempurna, lebih bahagia.
Oh, hidup pasti indah.

Bila terlintaskan insan-insan yang tersayang, yang tidak berada disisi tapi selalu ada dalam hati, tak banyak yang boleh lakukan.
Cuma doa dari kejauhan yang selalu berbisik semoga insan-insan yang aku sayangi selalu dalam lindunganNya.

Abang sayang Abah, Mama, Kakak, Ika, Adik. Orang sana juga.
Kalian selalu dekat hati Abang.

07 February 2011

Pancaindera Adalah Unsur Cinta

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Sungguh aku ingin kamu.

(dikongsikan dari note facebook kepunyaan 'in a relationship with')

dear diary.

Macam mana nak mulakan erk. Da macam diari la pulak. Haha.

Sebenarnya dalam 3-4 hari yang berlalu ni banyak yang terjadi kat aku. Sakit. Memang sakit yang dirasa. Tapi takpe, andai ini mengajar sesuatu kepada diri ini, aku terima. Orang sane jangan risau sangat. Mungkin ada khilaf dari pihak masing-masing, takpelah macam orang kata, kita belajar sesuatu dari apa yang terjadi. Orang ok je. Hee. Semoga hari-hari yang berlalu menjadikan kita lebih baik.

Apa yang orang buat selama ini, semua itu ikhlas. Orang sana jangan la terlalu rasa terhutang budi ok. Ok la, kalau orang sana taknak rase terhutang budi sangat, boleh bayar balik semua yang orang buat kat orang sana. Cash tau. =b. Hehe. Takdelah, main-main aje. Bukan balasan yang orang harapkan. Orang buat semua itu sebab memang orang nak buat.

Kita kongsi banyak benda sebelum ini. Betul la tu. Banyak yang kita kongsi. Macam-macam kan. Salah satunya kita suka baca novel. Ape ingat orang lelaki takde yang minat baca novel ke. Haha. Orang la tu orangnya. =b. Kalau orang sana nak tau, bukan setakat novel je orang suka baca, malah signboard tepi-tepi jalan, surat khabar lama, flyers malah surat khabar pembungkus nasi lemak pun orang bace tau. Haha.

Haritu kita sama-sama kata nak buat novel kan. Novel cerita tentang kita, kisah kita. Orang ada cerita gak pada kawan kalau kisah kita dijadikan novel ok tak. Dia kata dia nak jadi orang pertama yang baca novel tu. Hehe. Tapi orang kata kalau cerita kita ni nak dijadikan novel, ending dia takde lagi. Huu. Kawan tu kata dia mengharapkan happy ending untuk novel tu. Haha. Orang kat sini pun sebenarnya mengharapkan happy ending untuk kisah kita ini. Tapi kita tak tahu lagi kan. Takpelah, nanti orang doa banyak-banyak okey. Hee. Takpelah, nanti bila-bila idea datang, orang jadi rajin, orang akan cuba untuk tulis kat blog orang ni ke. Tapi janjilah, jangan gelak pulak bila orang da tulis. Haha. Macam orang sana cakaplah, mungkin dengan menulis cara orang untuk luahkan segalanya. Orang sana pulak luahkan sesuatu dengan bercakap kan. Yela, orang sana kan banyak cakap. Haha. =b.

Alamak. pukul 7.50 pagi da. Kelas pukul 8pagi. Orang tak mandi lagi pun. Huu. Ok la. Orang doakan yang terbaik untuk orang sana. Jaga diri tu elok-elok. Jaga makan gak, jage kesihatan semua. Orang kat sini akan tunggu orang sana. Orang kat sini memang nak orang sana.

21 January 2011

Energi Terima Kasih


Terkadang kita tak tahu bagaimana cara untuk membalas jasa baik yang telah dihulurkan oleh orang lain kepada kita. Lantas TERIMA KASIH adalah perkataan yang ditutur. Sebenarnya dua perkataan ini sahaja pasti memberi kesan kepada orang yang mendengarnya.

Realitinya aku pernah bekerja di restoran. Aku ditugaskan di bahagian servis. Pasrah, mengadap bermacam ragam manusia. Rambut sama hitam, yang pasti hati lain-lain. Jika ada pelanggan yang mengucapkan TERIMA KASIH, sudah membuat hati tersenyum dan bekerja semakin bersemangat. Berasa kerja yang dilakukan, orang lain menghargainya. Cukup dengan dua perkataan itu. TERIMA KASIH. Andai tidak pun, secebis senyuman sudah bermakna. Pasti hati berbunga melakukan kerja. Lihat, betapa energi TERIMA KASIH memberi kesan.

Apabila aku telah tahu betapa memberi kesan ucapan TERIMA KASIH itu kepada orang lain, maka aku belajar untuk berTERIMA KASIH kepada setiap orang. BerTERIMA KASIH bukan sahaja kepada orang-orang yang menyumbang jasa dan bakti kepada diri ini. TERIMA KASIH juga seharusnya dilemparkan kepada musuh-musuh yang ada. Banyak sebenarnya kita belajar dari musuh. Tanpa musuh, kita tidak tahu kekurangan kita. Tanpa musuh, kita tidak menjadi lebih baik. Oleh itu, TERIMA KASIH juga dilemparkan kepada musuh.

Oleh itu berTERIMA KASIHlah pada orang-orang di sekeliling anda. TERIMA KASIH semua.

03 January 2011

aku dulu, aku sekarang

Dulu, bila malam menjelma Mama yang bising tanya kerja sekolah sudah diselesaikan atau belum. Sekarang, sendiri mau ingat ada atau tak kerja rumah yang harus dibuat.

Dulu, kalau tak tahu buat kira-kira boleh tanya Mama dengan Abah. Kadangkala juga mereka yang tolong buatkan. Sekarang, kawan-kawan, buku-buku yang memang tebal, nota kuliah malah internet akan dirujuk andai tidak tahu menjawab soalan.

Dulu, uniform sudah siap bergantung dan kemas diseterika Mama. Sekarang, buka almari sarung saja baju yang entah berkedut sana sini.

Dulu, Mama yang kejut pagi-pagi suruh pergi ke sekolah. Sekarang, jam loceng yang menjadi tukang kejut untuk bangun pergi ke kelas.

Dulu, ada sarapan disediakan atas meja buat mengisi perut dipagi hari. Sekarang, masuk ke kelas tanpa menjamah sarapan, terkadang juga perut berbunyi.

Dulu, Abah yang menghantar sampai depan pintu pagar sekolah. Sekarang, motor ditunggang sendirian pergi ke kelas.

Dulu, bila waktu pulang pasti ada orang yang menjemput.
Sekarang, tunggang motor sendirian pulang ke rumah.

Dulu atau sekarang banyak yang berubah.
Satu yang pasti tidak berubah. BELAJAR.

Terima Kasih Mama Abah. Sayang ribu-tibu lemon. Muaahh.

-anakanda faiz-