Maya dah 3 bulan. Ya Allah tak tahu nak habaq lagu mana betapa aku makin lega bila she's growing up. Might be because of Kembo dah beso dah 3 tahun, dah tahu semua sendiri. Jadi bila Maya ni ada, aku macam clueless.. Aku dan A boleh tanya each other "how were Kembo back then huh?".
Semua benda aku dan A kena google balik. Sampaikan warna taik pun aku cam clueless, warna kuning mustard ni okay ke tak hah? Hah gitu. Tapi Alhamdulillah. Aku dah makin dapat momentum maya. And she and me are happier now. She's easy to handle now. I almost know what she needs, what she wants.
Dan alhamdulillah, aku still lagi praktikkan apa yang aku buat kat Kembo dulu, which is routine. Ye doh. Terkacau sikit rutin dia, HABIS!!! We're damned! HHAHAHAHAHAHAHQ..
Tapi kadang ada lah jugak masa aku burn out. Aku cam ape ko nak ni???. But yeap. still learning. I am.. Every single day I'm learning new things.
Cuma maya ni aku ralat sikit sebab aku pinjam buai member aku, Eida. Kembo dulu manede buai bagai weh... Kembo dulu elok je letak atas riba dodoi tido. Tido lena plak tu.. Maya jangan harap. Atas riba dia lena lah. Letak je bawah ada lah 10 minit, terus uwakkkk balik..
Tapi aku fahamlah. Sebab dia ada abang dia yang memekak terpekik terlolong. kembo dulu manede sape. dorang jelah.. kalau tido ya jadi sunyilah rumah dah takkan aku dengan A plak nak berkaraoke, anak tido, kan?? Aku dan A pun barai time tu. Sebab first timer as parents.
Mula² tu aku nk deniedlah jugak yang maya ni high need baby. Sebab dia nak aku je. Dengan A kadang okay kadang tak. Tapi memandangkan dia memang high need baby end up aku suren. Aku tanya kat wasap sape ada buai.. Alhamdulillah ramai sangat yang bagi kata semangat, ada yang offer buai. Siap nak bagi terus lagi. Siap suggest beli kat sini here and there. Alhamdulillah sangat².
Aku nak buai ni sebab:
#1 abang dia nak main nak makan nak bercakap nak bergaduh takkan aku nak halang? Kembo ni dah cukup lah bila Maya tido, deme tahu. Kadang deme yang bila aku kelentung kelentang kat dapur: "ibu jangan bising maya tido".
#2 sebab aku nak buat album pengantin. Aku beranak dah tangguh. 3 bulan weh delay album pengantin. Sebab hujung² trimester sebelum Maya aku memang nak berjalan je. A layankan je aku. Dengan aku kesian Kembo tak ke mana².
#3 aku dah makin stress. Sebab aku takleh buat kerja lain. Nak kepit dia je.. lainlah aku ada 4 tangan. Bolehlah 2 tangan dukung, 2 tangan lagi buat kerja. Ni mana mahunya.. Aku jadi stress. Aku rimas. Semua benda aku takleh buat. Aku pahamlah baby ni memang depends on her mother tapi come on, takkan aku nak berak pun kena teran cepat² sebab dia dah melalak? Ko paham tak? Aku makan tak kunyah ya, aku telan je terus.
Jadinya aku ketepikan ego aku, aku ambik buai. Dan alhamdulillah it went well. Aku ada masa untuk diri aku (mandi, makan berak etc). Dan paling utama: AKU ADA MASA UNTUK ANAK SULUNG AKU; ADIL & ADIB.
Tu part paling aku legalah bila berbuai ni. Kembo makin paham bila ibu pegang Maya, Muhammad (bila aku refer to both of them) takleh kacau. Bila Maya dalam buai, ibu boleh layan main menconteng lukis sama². Dan anak² sulung aku makin happy, makin dengar cakap. Sebab ibu layan deme sama macam masa Maya takde lagi...
Aku tak sabar tunggu Maya pandai duduk merangkak. Aku boleh buat kerja rumah sambil dia mengikut aku ke mana aku pergi.. HahahahhahaHqhahahahhqhwhqh..
Hari ni, 21 Ogos 2023, genap Maya 3 bulan. Dan 3 bulan jugak breastfeed dia. Takde campur langsung. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ tak tau nak cakap macam mana puasnya aku...sebab Kembo dulu kalau tak cukup yang aku pam, topup je susu formula. Sampai 1 tahun aku susukan lepas tu susu aku makin drop. Dan aku dah penat nak tadah breast dekat dorang. Tu pun aku topup, kalau aku fully? Lagi hauk aku rasa.
Kiranya ni salah satu pencapaian terbesar aku, aku nawaitu nak susukan anak aku sepenuhnya. Lagi 3 bulan je lagi, lepas tu Maya dah start makan. Dah tak kesah sangat.
Aku buat jangka pendek punya achivement. Dulu aku expect bigger, when it was not suceed, aku down teruk. Berhari² aku menangis sebab tak dapat susukan Kembo guna badan aku. Yang kali ni, sebab memang nawaitu aku nak susukan Maya sepenuhnya, aku gali ilmu breastfeeding segali² nya. Sampaikan Maya latcthing betul tak betul, aku boleh rasa. Dulu aku main sua je. Tak tahu betul tak betul Kembo hisap.
Ni aku target nak sampai 4 bulan pulak Maya untuk aku susukan sepenuhnya... HAHAHAHAHHAHAHAHAHQHQH OKAY, dahlah.. dah pukul 2 pagi (mak² pahamlah kenapa time² ni still tak tido, sebab time ni je dapat scroll hp). Aku takkan main hp depan Kembo, sebab aku nak hadap Kembo betul². Kejap je dorang dengan aku, tahun depan dah sekolah dah 4 tahun... Dah tinggal aku dengan maya je...
Hmmm..anak soleh ibu, Adil dan Adib dah makin bijak makin membesar . K lah, nak sambung sebak atas bantal plak.
Till then, XOXO..
Maya Azizah (21 Mei 2023)
Hi gais, mashaAllah. Alhamdulillah. I have three children now! Tak tau nak habaq betapa bersyukurnya aku bila dikurniakan tiga orang anak.
Betapa sayangnya Allah padaku bila Dia anugerahkanku anugerah terhebat: anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan: Muhammad Adil dan Muhammad Adib yang kini berusia 3 tahun (2023) dan Maya Azizah yang berusia 3 bulan (2023). MashaAllah
Well.. Life aku still macam ni, menetap di sekitar Selangor, seorang surirumah, mempunyai 3 orang anak, dan dah takde kucing. Hahahah Cause #1, I cant afford for cat's treatment and health, #2 I dont even a time for myself! Cemana nak bela kucing, nohh??
Chaos. Yes it is. But happy!. Penat, rutin yang sama every single day. Every single damn day. Tapi I'm happy, dan PUAS! Sebab aku yang besarkan anak-anak aku. Aku yang jaga didik depa. Aku yang bagi depa mandi, aku yang basuh berak depa. Aku yang suap depa makan. Dan suprisingly, I am not teaching them, tapi aku yang belajar. hari-hari aku belajar benda baru. Aku belajar macam-macam:
- how to control my emotions
- how to stay alert
- how to cook
- how to do laundry
- how to play with my child
- how to have a time for me, (and for my husband as well)
Semua tu aku yakin aku takkan dapat bila aku baru berkahwin dulu. Sebab masa tu my life is just with my husband and my cats. Tapi now, it changed to 360 degrees. But still, aku happy. Happy sangat. Dan paling penting, aku belajar urus kewangan. Anak dah tiga ni, banyak benda nak pakai. banyak benda nak didahulukan dulu. Dan paling kelakar sekarang, bukak shopee tengok mainan anak. Bukak TikTok, tengok baju anak-anak.. Walau sekadar tengok, aku seronok.. Kira cam window shopping lah gitu.....
Alhamdulillah, masa kembar dulu dah banyak pasang baju aku dan A beli untuk Kembo. Jadinya masa Maya ni, dah takyah pikiaq pasai baju dah. Semua lengkap. Dan rezeki anak ni, betullah. Ada je orang bagi dia baju. Baju dah pakai, baju baru. Siap semua cantik-cantik pulak tu. Dapatlah Maya pakai baju warna pink warna-warna perempuan. kalau tak, ko bedal jelah baju abang ko Maya. HAHAHAHAHAHAHA
ni gambaq raya aidilfitri tahun ni, Maya dalam perut masa ni (8 bulan)
Anyways, aku taktau pasaipa aku update walau aku tau orang la ni takdak tengokblog dah. Tapimungkin ni dijadikan memories for whenever I felt I wanna see whats with me back then. So blog ni best jugaklah. Sebab aku kurang suka upload gambar hari-hari kat social media. Tahlah. its me lah. Orang lain ikut hampalah, life hampa. Hahahahahaahahah Just do whatever makes you happy.
Till then gais. Love as always.
Subscribe to:
Posts (Atom)