WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Tuesday, December 10, 2013

Menara Taming Sari, Melaka

Siapa penah naik Menara Taming Sari?
Alaaa..menara yang megah berdiri ditengah tengah bandaraya Melaka tu... ;)
Seronok bila berada di paras hampir 100meter (lebih kurang) melihat panorama keseluruhan Bandaraya Melaka.!! Bagi yang gayat... rasanya tak payah la nk berangan untuk berada di atas sana...sure seram sejuk perut nnti huhu
Yang best nya menara ini berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat sendiri Bandar Melaka dari atas. Menara yang berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia ini dibuka secara rasmi pada 18/4/2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. Khabarnya boleh muat hingga 66 orang dalam satu masa. Masa diambil untuk putaran Menara adalah antara 7 minit.
Lokasi menara ni sebelah Dataran Pahlawan. Senang nak cari. Anak ML ada bagitau, bahwa sebelum menara ini dibina dilokasi sediaada, diberitakan, lokasi asal dirancang dibina di tebing Sungai Melaka yang berdekatan bangunan yang serba merah tu... (Bangunan Stadthuys). Tapi dipindahkan di tapak baru atas sebab tapak asal terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh kerana ianya tapak yang diwartakan sebagai memelihara geofak arkeologi, maka lokasi untuk menara itu tadi diubah kepada tempat yang sedia ada sekarang.
MakLady juga sempat singgah kat kedai kedai menjual hasil buah tangan dari penduduk Melaka. Ada juga cafe yang diberi nama Taming Sari Cafe di sana. Boleh la menjamu selera. 
Kalau korang nak naik menara boleh lah berada di situ seawal 10pagi dan ditutup pada 10 malam. Harga dia pulak.. RM20 untuk dewasa dan RM10 utk kanak-kanak. Yang bestnya harga warga emas pun menarik. RM17 seorang. 
Join Get-A-Gift from My Worth Buying Shoppe : Kemungkinan ANDA blogger bertuah. Jom KLIK SINI untuk share your link :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Hehehe sofia penah naik tapi belah malam...bolehla...tgk melaka secara keseluruhan..hehehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam sofia.. pkbr? Lama x brsua di alam maya ni hehe

      howz life dik? harap smua nya baik2 blaka.. aminn

      oh yela. waktu mlm lg meriah dgn lampu lampu. xlupa kat kwsan parking sblh menara tu, klu belah malam mcm pesta lampu!-dari beca yg dihiasan dgn lampu..mcm mcm corak. meriah sgt :)

      Delete

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]