awak klik saya happy =)

Thursday, March 31, 2011

anakku anakmu

assalamualaikum
my dearest friends, readers and followers
selamat malam peeps..
malam ni nak update laju-laju ok
teehee ^_^

 gambar-gambar dibawah ini adalah hasil daripada bertumblr walking just now..tetiba rajin pulak kan nak bertumblr segala bagai.

masih tidak sedar diri bahawa exam final semakin menghampiri.yer countdown lagi 14 hari..
cuak, nebes segala bagai..

tapi ada gak masa nak jengah-jengah itu ini kan.sila nasihatkan saya yang nakal.

ok puas da membebel. tuk mereka-mereka yang da beranak pinak sila jangan tiru aksi ini dirumah.

bagi yang masih bujang boleh la boleh lakukan aksi ini dirumah.erk..lakukan dirumah bersama anak patung anda.

kasi ayam sepeha lagi..


waaa ape die buat tu?korek2...!!


aipp ingat baby kucing ke nak kurung2...


owh yang ni kes buang bayi ni..

hiking beg ada baby !!


lemas-lemas..


ish3..


erkk yang ni memang  la...
jangan paksa die senyum la...




tak masal anakku jadi ikan duyung...

p/s: jadilah ibu bapa yang penyayang ..anak itu adalah amanah daripada allah..

sampai ketemuan lagi =)

Tuesday, March 29, 2011

examination nervosa !!

assalamualaikum
my dearest friends, readers and followers
how are you peeps?
hopefully everything will be fine okei...

examination nervosa adalah kenervesan bila da dekat time nak exam.
pasni jangan rindu-rinduan yer bila lama tak hupdet blog.
haha
azam sem nie adalah maw study smart , buat yang terbaik , berusaha bersungguh-sungguh dan mahu rajin- rajin jumpa lecturer kalau ada benda yang tak paham. harap-harap Allah memberi kemudahan kepada saya dan rakan-rakan yang lain dalam menempuhi dugaan ini. juga dikuatkan hati untuk sentiasa istiqamah dalam mengerjakan amal makruf nahi munkar.amin.
insyaAllah kalau niat kita baik ,Allah pasti akan tolong.ye dak?

yang penting restu ibu bapa .kalau agak- agak jiwa kacau hati tak tenang, serabut-serabut slalu,balik la rumah sekejap.mungkin mak ayah kita rindu kan kita. sebab tu kita rasa tak tenang. jangan terlampau risau balik rumah nanti tak study.bila mak ayah kita gembira dengan kita, ilmu senang masuk. keredhaan Allah tu terletak pada keredhaan ibu bapanya kan. so gembirakan hati mereka dulu sebelum exam nie.mudah-mudahan pintu rahmat terbuka untuk kita dan memudahkan segala urusan kita.

ok tak maw tension2 yer. exam nanti jangan jawab soklan macam kat bawah ni pulak yer..
teehee ^_^










haha serius lawak tengok gambar ni sume..
ok jumpa lagi next time !!


p/s : doakan yang terbaik okei....

Friday, March 25, 2011

wanita dan air mata



Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.
Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?  Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan,  ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.
Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim
Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.
Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas.  Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.
Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya.  Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.
‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. ((Al-Hadith)
Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.
kredit :paradigma mukmin


p/s : jiwa wanita memang mudah tersentuh....

Wednesday, March 23, 2011

sapa yang xmaw chantek?

assalamualaikum
my dearest friends, readers and followers..

cikgu nak tanya , sapa yang tak pernah tengok video? =_='
ape punya soklan la cikgu nie...haha
ok  yang belum lagi tengok video matlutfi, sila angkat tangan !
ouchhhh 1, 2, 3 mak aiiii ramai lagi nie..kih3..
so, hari ni cikgu nak ajar topik mengenai kecantikan yer.
so sape yang nak cantek sila beri perhatian semasa saya mengajar.
teehee ^_^

pa lagi jom terjah video ni !


murid-muridku sekalian,hangpa tunggu apa lagi !
mari cantek versi matlutfi..
walaupon badanmu cekeding, matamu sepet
tetapi videomu tetap menjadi pojaan hatiku.
tetttttt.tamat da..
ok class dismissed !!

Monday, March 21, 2011

life is not a 'cheritera'

Wah bahasa apa yang aku guna ni? So life is what actually? Life is about how to gain happiness and joyness..isn’t enough? Tepuk dada tanya hati,tanya iman. Apa yang sebenarnya yang kita inginkan dalam kehidupan kita. Kalau aku, macam-macam yang aku inginkan. Salah satunya adalah nilai persahabatan yang kuat dan kukuh. Bagai isi dengan kuku. Bagai gigi dengan lidah. (erk ade ke macam salah je)

Memori terindah adalah masa zaman matrikulasi .tak dinafikan hubungan persahabatan yang terbina itu adalah sangat kukuh sehingga mampu untuk bersusah dan bersenang bersama.miss that so damn much. It’s totally different dengan kehidupan aku disini. Bukan nak membanding-bandingkan situasi cuma mahu berkongsi perasan yang sama.

Teringat dulu-dulu study bertiga adalah benda yang sangat gembira bagi kami.berkongsi masalah yang sama.berkongsi solusi yang sama demi satu matlamat.belajar. menikmati aiskrim free ditepi tangga library adalah satu kenangan terindah.

Berkongsi kegembiraan bersama menyusuri padang stdium merentasi embun pagi.saat semua orang lena diulit mimpi.kami bergelak ketawa beriadah bersama. Menikmati  soto panas + teh tarik adalah rutin harian kami.rindu.

Saat kepala pusing, mata berat, ada yang sudi mententeramkan duka dihati. Menikmati keindahan senja nan indah. Bayu petang mengajak kami  untuk bercanda di kolam ikan. Bergelak ketawa memberi serpihan roti kepada sang kura-kura dan sang ikan. Indah sungguh saat itu.

Sahabat, teman sejatiku. Mungkin kita hanya ditakdirkan untuk bersama  dalam tempoh yang seketika Cuma.tapi coretan ingatan ini akan aku simpan sehingga kehujung nyawaku.

Special dedication for my beloved : azam,faezah,amani,khai, pieyah,zianty and all those peeps yang mengenali memori ini..










 even though u're not in my mind but i  always keep u inside in my heart.indeedly. =)

p/s: incik azam semakin sombong dengan saye...jage lah kamuuuu !!!

Sunday, March 20, 2011

entry without title..teehee ^_^

assalamualaikum
my dearest readers,friends and followers..
how are you peeps?
have you been well?
harap-harap semua sihat-sihat yer ^_^

tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry ni.pikir punya pikir taknak juga keluar.
last-last biarkan je tanpa ada title.boleh?
haha..

ok let's cekedaot apa aktiviti mengarut aku malam sabtu lepas..
taraa!!!


nampak tak nampak tak kat atas tu?kalau tak nampak maknenye nak kawin da...haha (gurau je)
tu adalah menu khas tuk dinner kolej aku yang bertemakan sparkling nature..nature la sangat.tengok takde pon orang yang pakai daun pisang laplip2...
kalau ada pon pengsan satu dewan..
ok sila serius semasa menulis yer ^_^
sila abaikan cincin bunga gedabak di atas.


ingatkan malas nak describe tapi memandangkan aku sangat la rajin hari ni,aku pon tulis sepatah dua kata.
(hakikatnye sebab malas nak study)
hasil daripada tak keprofesionalan kami,ini lah gambar  candid yang terhasil ^_^


my dearest gojes prens.
tema kami adalah sopan , cumil dan anggun.
(tema rekaan sendiri)



time ni masing-masing nak tunjuk kasut pinjam..
bukan kedekut tapi berjimat.
nak hujung sem ni duit sesak manjang.sob3..



yeahhh!!
akhirnya habis da photoshoot untuk kali ini..
peace ! muahhhzzz ! booo00 !
 sampai ketemuan lagi dinner tahun depan...^_^


p/s: dinner tahun 3 nanti kena jadi princess of the night..
kopak lagi ^_^

Saturday, March 19, 2011

today was a fairy tales

Assalamualaikum
mt dearest readers, friends and followers..
teehee ^_^

entry nie agak lambat seminggu sebenarnya..rasa macam da basi plak an..tapi tak pe tak jadi masalah punya sebab entry adalah entry dan bukannya makanan..teehee ^_^

last week was my big day actually..
pictures can discribe every single things righto?
let cekedaot !!


engagement ceremony
*sila abaikan kualiti gambar dari hp cap ayam ni ye..


from groom wannabe...


hand made by bride wannabe..
sila abaikan gadis cun diatas yer ^_^


tadaaa!!!
ni la bride wannabe nye...

my cousin @ geng gadis cun punya engagement ceremony..^_^
as usual kalau ada majlis macam ni je mesti sepupu yang terdekat kena tempias skali..
tapi aku tepis gak..agak hebat gak disitu..dush dush
makcik,pakcik,nenek,moyang semua da bilang-bilang lepas ni turn awak pulak yer..
tak lama lagi umah sebelah pulak wat majlis..
aduii umah aku la tu..
masalahnye sekarang majlis pe?
(saje je wat muke blur)
anyway selamat bertunang yer cik awa..
hopefully pasni geng tetep geng..
pembubaran atau sebarang pembatalan kontrak tidak akan dilayan..
teehee ^_^

sampai ketemuan lagi ~

p/s: awat bahasa aku bercampur-campur?da macam rojak jawa + makaroni + sambal belacan ^_^

Tuesday, March 15, 2011

dont mess with me today !! i'm not in a gud mud...

Assalamualaikum.
my dearest readers, friends and followers..

rasa homesick tetap tak hilang walaupon baru balik dari rumah..
semua benda yang nak dibuat tak menjadi.
assignment tak buat lagi.
padahal esok due date da..
nak pergi kelas pon macam nak taknak je.
padahal satu klas je pon..
and last2 klas batal.
so conclusion instinct aku betol. haha
nak makan rasa tak selera.
asyik la teringat-ingat makanan yang mak masak kat rumah..
gembeng betul anak pakcik jamil sowang ni.
bukan gembeng luaran tapi gembeng dalaman.
luaran sentiasa nampak cool and stedy je..
tapi dalaman ni rasa macam da banjir je hati..
macam ni ke nak p belajar kat ober-c sane???
belajar kat ober-state je pon da homesick memanjang..
huarg !!!!


mud aku sentiasa bertransfomasi...

p/s: someone pless give me some motivation!!!  

Tuesday, March 8, 2011

nikmati hidup ini

Assalamualaikum
my dearest friends, readers and followers

happy holiday semua!!! eh eh pe ke hal nye nak happy2 sangat ni an..bukan cuti sem pon.aku memang suka sangat berangan-angan an..ok fine tutup buku.sekarang nak cerita tentang perjalanan holiday aku baru2 ni.perahsantan sangat bukan holiday yer.tapi lebih kurang macam fieldwork.

ok tempat yang kiterg decide adalah Deerland Park Lanchang Pahang dan Noor Arfa Batik.
seawal 7.30 lagi da excited p tunggu kat pusan walaupon gerak pukul 8.memang terbaek datang awal sebab takot kena tinggal.takdenye tuan pengarah nak tinggal anak buah an..excited punya pasal.haha

sampai Deerland tu lebih kurang pukul 11.xdala jauh sangat dari KL. sampai je terus dengar taklimat sikit daripada owner. dia bagi briefing sikit tentang Deerland dan juga sejarah2 nya. habis je taklimat kami dibawa melawat ke kawasan rusa. orang luar tak boleh masuk tapi kiterg special boleh la masuk sambil bagi makan kat rusa2 comel tu..agak mencabar la masa nak bagi rusa tu semua makan sebab dari jauh rusa tu da leh bau makanan die then berpusu2 datang kat kiterg.haha cuak tahap tak hengat mase tu.lari keliling kandang.tu belum lagi dikejar burung unta..siap main cak ba cak ba lagi dalam kandang. aku ingat kan girl jela yang cuak tahap tak hengat rupanya cik abang2 pon cuak tak hengat..hahaha


hah tu dia!!! da mai da...






ok sambung cerita.
da habis tengok rusa,pose chantek2 sume, kami dibawa pergi melawat haiwan2 lain pulak.yang paling scary masa pertunjukan ular.ouchhh!!! aku memang tak gemar benda geli-geli ni..so tak maw lilit2 ular kat leher.bila tengok kawan2 yang wat macam tu rasa kagum lak.takot2 pon boleh gak pegang ular tu lilit kat leher.aku hanya mampu pegang ekor jela.first time tu pegang.

yang paling tak boleh lupa masa diberi peluang bergambar dengan beruang.wahhhh sangat tomeyy sangat cute.rasa nak tarik2 je pipi munggil2 die..haha..beruang kat sini tak ganas,ianya jinak dan mesra alam.lagi satu kat zoo lain tak ada beruang matahari ni.hanya kat Deerlang Park ni je.tengok die nyonyot susu macam best pulak an...

tomey an incik/miss bear..
owh lupa nak tanya jantina dia..


okei tu saje nak cerita.
cerita chenta di Arfa Batek aku simpan jadi pekasam dulu...

p/s : owner cakap,belajar hidup daripada haiwan...

" NIKMATI HIDUP DENGAN PENUH KESYUKURAN "

Wednesday, March 2, 2011

segmen jom masak !!!

Assalamualaikum
my dearest readers, friends and followers

malam ni sangat la rajin nak share makanan yang sangat2 sedap
yummmy !! (perot menyanyi2)
ok aku assume semua orang pernah makan@ melantak mushroom soup
yang ada kat pizza or restoren western yang lain an..
sangat sedap sehingga menjilat pinggan mangkuk betol tak..
so skunk ni aku dengan murah hatinya nak share resepi tu dengan korang pulak..
bahan2 senang je
boleh dapat kat mana2 super market..
bajet pon bawah rm10 dan boleh makan satu familt sampai 
kembung perot..
haha..
pe lagi malas nak cakap kencang2 an..
jom terjah 
bawah
.
.
.
ramuan-ramuannya adalah :

1500ml air rebusan ayam
dada ayam dipotong dadu
500ml susu segar
1 tin cendawan butang dipotong dadu
1/2 kiub pati ayam
1 cawan tepung gandum

cara-cara memasak :

didihkan kesemua bahan kecuali tepung gandum.kacau ramuan perlahan-lahan. 
apabila sudah mendidih perlahankan api dan campur air bancuhan tepung gandum serta biarkan sampai 
likat. ok kalo nak sedap tambah perisa dan juga garam secukupnya..
siap !!!
dan hasilnya adalah
jeng jeng jeng!!!!



p/s: lagi sedap makan dengan roti bawang putih.aku makan dengan roti kosong je ^_^

selamat mencuba..


fall in l.o.v.e again

Assalamualaikum
my dearest readers, friends and followers..

selamat hari rabu!!!
ouccchhh
nampaknye saye jatuh cinta lagi...
peace !!!
jatuh cinta dengan tumblr..
oyeahhhh!!!
 saye suka gambar2 natural yang boleh melambangkan perasaan
saya waktu ini...

memandangkan hari ni ada midsem modelling stat pagi tadi,
so mud pon agak berkecamuk sikit..
but now i'm ok!!
da boleh senyum tikit2 da...
ok have a nice day ya peeps!!




yang terpenting skali adalah
.
.
.
.
.



setiap yang berlaku ada hikmahnya
dan setiap yang terjadi adalah ujian bagi kita
Tuhan tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang mereka tidak terdaya
ye saya kembali bersemangat !!
neway tak sabar and sangat excited nak p trip sabtu ni..
hopefully semua berjalan lancar an...

p/s: berstress2 dahulu berholiday2 kemudian...
tu adalah pepatah saya untuk hari rabu...
ouchhhhh...

adiosss...

Tuesday, March 1, 2011

tips kuruskan badan

Assalamualaikum
my dearest readers, friends and followers

mintak maaf banyak2 sebab biarkan blog ni berhabuk terabai tanpa khabar berita..
fuhhhh!!!!
ok memang banyak kerja sampai kurang free nak update entry2 panas..
so sekarang ni saya nak update laju2 dan cepat2 yer..

kalau da nama perempuan tu mesti la nak sentiasa nampak chantek ye tak?
angguk2 kepala sendiri.
so bukan je chantek luaran tapi dalaman pon maw chantek gak taw..
bagi polish sampai berkilat + bersinar2 = cun melecun
yang ni la kita nak..
barulah sejuk sikit mata yang memandang.

ok tak maw membebel panjang lebar..
skunk ni nak i nak share tips kurus untuk korang semua..
hopefully lepas ni berat badan ideal yang korang impikan tu akan tercapai la hendaknya..
amin..
aku doakan untuk diri aku sendiri gak..^_^

Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  • Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  • Jangan skip hidangan.Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  • Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  • Roti canai ... hmm berapa kalori tu?Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. 
  • Elakkan kalori daripada minuman.Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Hanya perlu kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip mudah ini.
  • Minum air mineral.Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  • Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan.Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  • Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Juga perlu diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  • Kawal nafsu makan!Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

Supplement


  • Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  • Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  • Ingin kurangkan 1kg?Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  • Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  • Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  • Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.

yang penting kesihatan kena jaga taw...
ape guna chantek tapi tak sihat..^_^

p/s: kalau makan VCO pon ok gak..saya makan yang tu..memang best banyak khasiat.lain kali share yang tu plak ok ^_^



sumber dari iluvislam.com
memang terbaek la kan...
haha..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...