Jumaat, 11 November 2016

7 Jalan Raya Ini Paling Bahaya Di Dunia

jalan-bahaya
Berikut adalah 7 jalan raya paling berbahaya di dunia yang mesti anda tengok dan tahu:
1. Zoji La, India
jalan-bahaya
Ladakh dan Kashmir berhubung dengan jalan raya yang panjang iaitu 9 kilometer. Jalan ini adalah sempit dan haiwan ternakan sentiasa melalui jalan ini.

2. Yungas Road, Bolivia
jalan-bahaya-1
Lebuh raya ini adalah salah satu jalan yang paling berbahaya di dunia dan telah mengambil 200 – 300 nyawa setahun. Gunung yang curam dan tebing memang menakutkan!

3. Atlantic Ocean Road, Norway
jalan-bahaya-2
Jalan Lautan Atlantik menghubungkan perkampungan kecil di sekitar pantai. Ramai pelancong yang sukakan jalan ini. Tetapi anda lihat sendiri bagaimana jalan raya ini yang perlu melintasi Jalan Lautan Atlantik.

4. Guoliang Tunnel, China
jalan-bahaya-3
Guoliang Tunnel di bina oleh penduduk tempatan. Ini adalah satu-satunya jalan keluar yang mudah dari gunung. Selain dari itu penduduk kampung boleh berkomunikasi dengan dunia luar.

5. Le Passage duGois, France
jalan-bahaya-4
Jalan ini hanya terbuka untuk beberapa jam setiap hari. Jalan-jalan yang tersembunyi di bawah air untuk sepanjang hari. Sebelum memasuki lebuh raya, anda perlu membaca jadual air pasang surut. Jika tidak, kereta anda akan tenggelam.

6. Caucasus’ Road, Rusia
jalan-bahaya-5
Jalan sempit  ini menghubungkan Sochi dan Ritsa melalui gunung. Ia adalah menakutkan tetapi pada masa yang sama menarik juga.

7. Jambatan Eshima Ohashi, Jepun
jalan-bahaya-6
Jambatan ini menghubungkan Sakaiminato dan Matsue. Kira-kira 1.7 km panjang dan 11.3 meter lebar. Dari jauh, jambatan itu seolah-olah mustahil untuk mendaki. Ketinggian ini membolehkan kapal-kapal besar melalui di bawahnya.

Khamis, 10 November 2016

13 Perbezaan Ketara Tingkah Laku Individu Yang Berjaya & Individu Gagal


sdrg
Berikut merupakan perbezaan antara orang yang berjaya dan tidak berjaya yang boleh anda tiru dalam kehidupan seharian :

#1 – Orang Berjaya Inginkan Perubahan, Orang Gagal Sentiasa Takut Untuk Ke Hadapan

orang-berjaya-1
Melakukan perubahan adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana, setiap perubahan yang dilakukan haruslah mempunyai matlamat dan semangat yang kuat untuk tidak mudah mengalah.
Dengan wujudnya teknologi yang tinggi, dunia semakin bergerak dengan lebih pantas. Segalanya-galanya sudah di hujung jari dan kita tidak boleh terlalu selesa dan tidak lakukan sebarang perubahan.
Adalah penting untuk kita menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan menyembunyikan perasaan takut yang menguasai diri.

#2 – Orang Berjaya Sentiasa Keluarkan Idea, Orang Gagal Hanya Bercakap Mengenai Orang

Orang yang berjaya sentiasa memberikan idea yang kreatif dan membincangkan idea tersebut. Malah, berbeza pula dengan orang yang tidak berjaya mereka memilih untuk berfikiran negatif dan bercakap mengenai keburukan orang lain. Individu seperti ini hanya mengharapkan bantuan orang lain tanpa mengeluarkan sebarang idea dan tidak berfikiran dengan lebih jauh.
Namun, sedar atau tidak dengan berkongsi idea, ianya akan menjadikan kerja kita akan lebih bertambah baik. Apabila berkongsi idea setiap individu diberikan peluang untuk bersuara dan dari situ, kita boleh lihat kelemahan dan kekurangan yang kita boleh baiki.

#3 – Orang Berjaya Terima Kegagalan, Orang Gagal Hanya Salahkan Orang Lain

orang-berjaya-2

Bagi seorang ahli perniagaan, turun dan naik dalam sesuatu perniagaan adalah perkara yang normal berlaku. Namun, di setiap kegagalan yang mereka hadapi sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk terus berjaya. Malah, mereka mengambil kegagalan itu sebagai tanggungjawab yang perlu mereka perbaiki untuk terus maju ke hadapan.
Bagi individu yang sering menyalahkan orang lain tentang kesalahan sendiri, individu seperti ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat malah, sentiasa memandang rendah kepada orang sekeliling.

#4 – Orang Berjaya Beri Peluang Kepada Orang Lain, Orang Gagal Sentiasa Lepaskan Peluang

Sebagai seorang pemimpin yang bijak, mereka sentiasa inginkan yang terbaik buat pekerja-pekerja mereka. Beliau sentiasa memantau prestasi pekerja dan memberi peluang kepada mereka untuk berkerja dengan lebih keras dan memberi peluang untuk memberikan idea masing-masing.
Dari sini, setiap pekerja tidak merasa diabaikan serta, sentiasa mengambil peluang yang ada untuk terus mencuba seperti orang lain.

#5 – Orang Berjaya Sentiasa Curahkan Ilmu, Orang Gagal Suka Lihat Kegagalan Orang Lain

orang-berjaya-3

Apabila anda berada dalam sebuah organisasi, perlu untuk anda sentiasa letakkan impian untuk mencapai sesuatu kejayaan baru secara berperingkat. Orang yang berjaya sentiasa ingin melihat rakan-rakannya juga berjaya seperti mereka.
Berbeza bagi orang yang tidak berjaya sentiasa kedekut untuk mencurahkan ilmu dan tidak ingin melihat orang lain turut berjaya.

#6 – Orang Berjaya Ingin Terus Belajar, Orang Gagal Hanya Belajar Separuh Jalan

Untuk menjadi seorang yang lebih professional dan sebagai pemimpin yang bijak, anda harus sentiasa meningkatkan ilmu dan belajar sesuatu yang baru. Individu seperti ini tidak akan pernah berhenti belajar walaupun sudah berada di tahap yang lebih tinggi.
Jika anda sentiasa ke hadapan, tidak mustahil suatu hari nanti anda boleh melangkah lebih jauh berbanding dengan pesaing anda. Namun, jika anda memilih untuk berputus asa, peluang untuk anda berjaya mungkin akan jadi penghalang dan anda akan ketinggalan di belakang.

#7 – Orang Berjaya Sentiasa Hulurkan Bantuan, Orang Gagal Hanya Pentingkan Diri Sendiri

orang-berjaya-4

Seorang individu yang berjaya tidak akan bertanya “bagaimana anda boleh membantu saya?”. Namun, sebaliknya mereka akan bertanya “bagaimana saya boleh membantu orang ramai untuk terus berjaya?”.
Individu seperti ini sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila diminta untuk melakukan sesuatu. Perbuatan ini juga dapat membuatkan orang lain merasa selesa dengan kita.

#8 – Orang Berjaya Tidak Malu Untuk Bertanya, Orang Gagal Malu Untuk Bertanya

Penolakan dan kegagalan adalah dua perkara yang sering menghantui setiap individu untuk bergerak ke hadapan. Risiko untuk gagal akan menjadi kurang apabila anda selalu bertanya orang yang lebih berpengalaman. Dengan harapan, anda diberikan ‘shortcut’ dan dapat mengelakkan risiko yang boleh membuatkan anda terbakar tangan.

#9 – Orang Berjaya Sentiasa Fahami Diri Mereka, Orang Gagal Tidak Fikirkan Tentang Diri Sendiri

orang-berjaya-5

Langkah pertama untuk anda mempengaruhi orang lain dan berjaya dalam kehidupan adalah, dengan memahami diri anda dahulu. Khususnya, anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan berinteraksi dengan orang lain. Dari sini anda dapat mengenali siapa diri anda yang sebenar. Berinteraksi dengan orang lain dapat meningkatkan kemahiran untuk anda bercakap dan berfikir dengan lebih baik.

#10 – Orang Berjaya Sentiasa Mendengar, Orang Gagal Sentiasa Tidak Berhenti Berkata-Kata

Kemahiran yang paling penting dalam perniagaan adalah, dengan menjadi seorang pendengar yang baik. Sentiasa mendengar dan menerima pendapat daripada orang lain.
Tidak dinafikan, perkara ini agak sugar dilakukan. Ini kerana, apabila kita terlalu banyak idea seringkali kita merasa terlalu teruja untuk berkata-kata. Namun, sedar atau tidak kita sebenarnya telah menyekat idea orang lain untuk bersuara. Sentiasa menjadi seorang pendengar yang baik, dan menerima pendapat daripada orang lain adalah lebih baik.
Kunci dalam perniagaan adalah, dengan memberikan peluang kepada orang lain untuk mereka menyuarakan pendapat. Cara ini dapat menarik perhatian dan memenangi hati mereka.

#11 – Orang Berjaya Sentiasa Bersikap Jujur, Orang Gagal Sering Berahsia

orang-berjaya6

Dalam buku yang ditulis oleh Kerpen sendiri, beliau menulis sejak dari kecil kita sudah mula menangis dan menunjukkan emosi, dan itu menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang kita ada.
Perlu untuk anda sentiasa berlaku jujur dengan semua orang untuk meningkatkan kekuatan dalam diri. Disebabkan ini juga kita dapat menyelesaikan segala masalah dengan mudah tanpa ada sebarang masalah yang akan datang.
Sentiasa terapkan dalam diri, untuk ikhlas bekerja dan kawal emosi dengan bijak. Dengan ini, orang ramai akan lebih mudah untuk bekerjasama dengan anda dan membuang segala kelemahan dalam diri.

#12 – Orang Berjaya Sentiasa Berfikiran Positif, Orang Gagal Sentiasa Berfikiran Negatif

Sebagai seorang pemimpin yang bijak, mereka sering meletakkan sikap positif dalam diri. Sikap ini dapat memberi kesan yang positif kepada orang di sekeliling anda.
Jika anda sering terapkan dalam diri dengan nilai-nilai yang positif, secara tidak langsung akan membuatkan orang ramai mudah untuk mendekati anda. Mereka juga mudah untuk berinteraksi dan sentiasa mendapat aura yang positif.

#13 – Orang Berjaya Sentiasa Bersyukur, Orang Gagal Sering Mengeluh

Antara rahsia orang yang berjaya adalah, sentiasa melayan orang lain dengan baik dan bersyukur dengan segala yang mereka telah perolehi. Berbeza bagi orang yang tidak berjaya pula mereka sering mengeluh tetapi tidak ada sedikit pun usaha yang mereka telah lakukan.
Sebagai contoh, jika anda menjadi seorang ketua dalam sebuah organisasi, tidak salah untuk anda memberikan sedikit penghargaan buat pekerja yang cemerlang. Ini juga dapat meningkat semangat mereka untuk bekerja dengan lebih keras dan berjaya seperti ketua mereka.

Rabu, 9 November 2016

5 Tanda-tanda Awal Isteri Bakal Curang Pada Suami

wanita curang
Curang adalah perbuatan zalim dan menganiaya perasaan orang sekeliling.Bukan sahaja kepada suami,anak-anak malah kepada orang tua kita.Perbuatan curang yang ringan-ringan ialah menempatkan orang lain selain suami ke dalam hati isteri.

Sebaliknya curang tahap maksima ketika mana isteri sudah bersedudukan dengan lelaki lain.Dosa z!n@ memang dosa besar.Namun dosa isteri kepada suami ialah menzalimi kepercayaan, amanah dan cinta seorang suami.Ingat menzalimi orang lain menyebab doa orang teraniaya terbuka hijab.

Maksudnya doa mudah dimakhbul di dunia ini juga.Biasanya doa orang yang teraniaya jarang-jarang bernada positif. Selebihnya menjurus kepada sumpah seranah dan ingin bala ke atas orang yang menzalimi mereka. Naubizillah min zalik.

Kita tinggalkan perkara ini dulu.Mari kita lihat petanda isteri telah curang dengan suami:

1.Layanan semakin kurang
Para isteri yang mencintai suami akan memberi kasih sayang 100 peratus.Mereka taat dan akur dengan kehendaknya suami baik dari perkara kecil hingga ke perkara besar.Isteri setia akan memberi layanan kelas pertama untuk suami yang mereka cintai.

Sebaliknya isteri yang telah curang sudah tentu meletakkan kepentingan suami dibawah sekali.Mereka akan mencipta alasan munasabah untuk tidak melayan suami.Misalnya anak kecil diutamakan manakala suami dikemudiankan.

Bak kata orang Asajaya (Sarawak), ‘ado malam’ telah ditiadakan dalam kamus suami isteri.Nak tahu maksud ‘ado malam’ kita buka gelanggang komen nanti..he..he..

Jika para suami diluar sana sudah terlihat petanda yang pertama ini maka sediakan duit untuk mengupah penyiasat persendirian la ye.

2.Obses dengan media sosial
Zaman dulu cabaran tak sehebat sekarang.Cinta orang dulu tetap kekal kepada orang yang berada diseliling mereka.Malah isteri yang sering ditinggalkan berbulan-bulan pun masih utuh cinta mereka kepada suami.Pada masa itu media sosial belum wujud.

Apa yang berlaku sekarang sudah berubah.Sebelum tidur pun boleh tengok Whatsapp atau Facebook.Begitu juga selepas bangun tidur.Muka suami yang handsome tak dihiraukan lagi.Lebih seronok tengok muka avatar kawan-kawan atau kekasih hati dalam media sosial.

Wahai para suami diluar sana jangan biarkan fenomena negatif ini terus menghantui hidup kalian.Para isteri yang baik mesti mengutamakan suami dan bukannya media sosial.

Apa yang lebih parahnya ada para isteri yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari suami perkara yang mereka kongsikan dalam media sosial.Kalau benda yang baik mengapa takut untuk diketahui oleh suami mereka.

3.Tabiat berubah 100 peratus
Sebagai seorang suami tentunya sedikit sebanyak memahami tabiat isteri.Jika dulunya suka merajuk dan kini tabiatnya lebih ‘cool’ maka ada sesuatu yang telah mengubah perasaan dan jiwanya.Mereka telah berada dalam dimensi lain yang lebih bagus dari sebelum ini.

Bukan itu sahaja.Ada juga para isteri yang dulunya suka memerap dekat rumah tetapi kini aktif dengan aktiviti luar rumah seperti bersukan,shopping atau jalan-jalan.Bagi mereka rumah tempat yang tak seronok dan mengongkong hidup mereka.

II berharap jika ada suami masih naif tentang perkara ini tolong sedar dari mimpi 60-an.Para isteri yang baik sentiasa mahu berada di samping suami mereka.Tidak akan timbul perasaan bosan kerana sudah lumrah suami isteri mesti bersama sama ada duka atau suka.

4.Tak solat wajib 5 waktu
Ukuran mudah nak menilai bagus atau tidak seseorang muslim ialah dengan solat.Adakah sesorang itu cukup bagus jika solat yang wajib sengnaja ditinggalkan.Orang yang berani engkar dengan perintah Allah SWT lagi mudah untuk engkar dengan suami.Mereka tak takut berbuat dosa kerana m@ks!at lebih nikmat berbanding beribadah kepada Allah.

Ciri-ciri ini sangat kukuh.Jika dulunya isteri kalian boleh solat 5 waktu tetapi kini memandang sepi kepentingan solat.Maksudnya hati mereka lebih cenderung berbuat m@ks!at.Pengaruh jahat lebih kuat.Jadi berhati-hati dengan situasi ini.

Kebiasaannya suami yang tak solat sesuai untuk isteri yang tak solat juga.Jika situasi ini berlaku maka kedua-dua boleh didakwa curang.Opss.gurau sahaja.

5.Membesarkan kelemahan suami
Jika awal perkahwinan semuanya berjalan lancar.Namun setelah sekian lama berkahwin ada sahaja yang tak kena pada isteri.Mereka cuba membesarkan kelemahan suami agar perasaan cinta suami boleh berubah.Tujuannya supaya isteri boleh bebas melakukan apa yang mereka ingini dengan teman baru.

Sekiranya suami mempunyai pendapatan rendah maka inilah masa paling sesuai untuk mengatakan suami kurang bertanggungjawab,tidak mampu dan serba serbi tak negatif buat isteri.
Lebih tragis juga kalau si suami didakwa boleh abaikan isteri.Lupakan perkahwinan yang sedia ada supaya ada kehidupan yang lebih baik selepas itu.Dakwaan begini boleh memberi petanda bahawa isteri sudah curang.Pendek kata sudah ada orang lain sebagai pengganti.

Saranan solusi kepada para suami dalam menghadapi isteri curang dapat II ringkas dalam point-point penting dibawah ini:
1.Bawa bertenang
Masalah akan lebih mudah selesai jika fikiran tenang.Pada masa itu pemikiran mudah untuk diurus dan mencari jalan penyelesaian.

2.Bincang secara baik
Tak guna gaduh-gaduh.Perkara sudah pun berlaku.Bagi nasihat dan pandangan yang positif kepada isteri.Jika pilihan mereka memihak kepada kecurangan maka redha dan maafkan demi kebahagiaan semua pihak

3.Jumpa kaunselor perkahwinan
Langkah terbaik ialah meminta nasihat dari orang pakar.Kaunselor perkahwnian ada pengalaman dan kepakaran dalam merumus penyelesaian dalam kemelut yang dihadapi.Jangan malu kerana malu tak bertempat mengundang padah kepada masa depan perkahwinan itu sendiri.

4.Solat taubat dan hajat
Sebagai orang Islam ini adalah kaedah paling ampuh.Minta tolong kepada Allah SWT kerana Dia sahaja yang Maha Bijaksana untuk membantu kita.Buatlah solat taubat atau hajat setiap malam.Doa banyak-banyak dan menangis serta merintih atas sejadah.Suara suami yang teraniaya amat dirindui oleh Allah SWT.

-Saintis Gilo, Babab.net

Selasa, 8 November 2016

18 Undang-Undang Aneh Tempatan Perlu Anda Tahu Sebelum Melancong

undang2-aneh--758x469
Lain negara lain undang-undangnya. Jadi sekiranya anda melancong anda harus sensitif dengan undang-undang tempatan yang aneh. Di bawah ialah koleksi
undang2-aneh-1
undang2-aneh-2
undang2-aneh-3

Isnin, 7 November 2016

Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Baca Penerangan Ini

iews
dsdf
Sudah pasti ramai antara kita selalu melihat objek berbentuk cacing atau ulat “tranparent” seperti ini yang terapung-apung di mata kita terutama apabila melihat kearah langit, adakala ia hilang dan adakala muncul bermain-main di mata kita, apakah sebenarnya objek ini?

Untuk pengetahuan anda, ia adalah  ‘muscae volitantes’ atau ‘flying flies’ dan ianya bukanlah kerana terdapat ulat atau objek pelik di dalam mata kita atau semata-mata khayalan.

Sebenarnya ia terhasil dari cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah dalam mata kita yang bergerak.
Maka terhasillah paparan-paparan seperti ‘ulat terbang’ yang kita lihat hasil bayang-bayang cebisan-cebisan tisu,rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah yang bergerak itu.
1
Jika anda ini melihat dengan lebih jelas ‘ulat terbang’ ini, tutup mata anda dengan kedua-dua belah tangan, lalu buka mata ditempat terang seperti lihat ke langit.

Semakin terang cahaya yang masuk ke mata semakin kecil pupil dan semakin dekat banyak “ulat-ulat” itu terhasil di retina.
2

Ahad, 6 November 2016

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur’an


Quran_and_hadith
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendikiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali
MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali

FAEDAH – 50 kali
KERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75 kali
BERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41 kali
JIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60 kali
FITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32 kali
BERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali

LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali

LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali

BULAN – 12 kali
HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali

DARATAN – 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles In Quran,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Sabtu, 5 November 2016

Buah Pelik Dari Vietnam Menyerupai Bentuk Buah Dada Wanita




Tuhan menjadikan sesuatu benda itu penuh dengan keistimewaan, bentuk, rupa dan hikmahnya tersendiri. Seperti sejenis buah unik bernama loofah ini, mempunyai bentuk yang sangat mirip sekali dengan payudara wanita.

 Buah unik yang  berwarna merah muda ini mempunyai ukuran yang panjang dengan bahagian bawahnya yang agak besar. Yang unik dari buah loofah ini adalah memiliki puting seperti puting wanita, jika diperhatikan, bentuk buah ini sangat mirip sekali dengan bentuk payudara wanita. Buah ini dapat ditemui di negara Vietnam.
Nama botani : Loofah silinder
Keluarga : Cucurbitaceae
Nama umum : Lufa
Habitat : Loofah tanaman di kawasan yang beriklim tropika, Dipercayai berasal daripada kawasan selatan Asia.

Jumaat, 4 November 2016

10 Sebab ‘C Student’ Lebih Berjaya Lepas Graduate


slide4

‘C Student’ Lebih Berjaya Cipta Kejayaan Luar Biasa?

Kenapa agaknya mereka yang belajar ‘biasa-biasa’ saja di universiti, tapi lepas graduate ‘gempak’ sangat?
Memandu kereta mewah, tinggal di rumah banglo dan dah bina empayar satu Malaysia.
Bukan di Malaysia saja, malah begitu juga trend nya di luar negara. Contohnya, kita sedia maklum 3 genius IT dan jutawan ini – Bill Gates, Steve Jobs, dan Mark Zuckerberg, bukanlah lepasan ijazah yang cemerlang. Malah, ada yang tidak menghabiskan pengajian di universiti.

10 Petua Kejayaan ‘C Student’ Yang Ramai Tak Tahu

1. Lebih Fleksibel

rahsia-kejayaan-1
Tahukah anda, petua kejayaan ‘C student’ paling ketara adalah cara mereka membawa diri. Dalam hal ini, mereka sangat flexsibel.

Mereka faham sistem akademik yang menentukan kejayaan di universiti, tetapi mereka tidak dapat berfungsi dalam keadaan sedemikian.

Mungkin ada yang menganggap mereka lembab, tetapi sebenarnya mereka cuba mencari logik di sebalik sistem pendidikan tersebut.

2. Berani Melawan Arus Semasa

keenobot-pendidikan-2016-1
Oleh kerana ‘C student’ jarang menjadi rujukan kawan-kawan, mereka selalunya terpaksa membuat keputusan sendiri. Jadi, mereka sudah biasa mempunyai agenda yang berbeza berbanding orang lain.
Hasilnya, mereka selalu dianggap ‘pelik’ di mata orang lain.

3. Tidak Mengharapkan Pujian Cikgu / Pensyarah

umur-hantar-anak-ke-tadika-1
Walaupun menghormati guru atau pensyarah, mereka tidak termakan dengan pujian. (Mana tidaknya, dah asyik dapat C, siapa nak puji?)

Inilah salah satu petua kejayaan ‘C student’ yang menjadikan prinsip hidup mereka lebih tinggi.
Lebih awal lagi mereka sudah memahami bahawa setiap apa yang mereka lakukan akan dinilai berdasarkan perbuatan, bukannya percakapan.

4. Tidak Obses Dengan Markah Ujian

kenali-personaliti-anak
Ironiknya, ada yang mendakwa kalau kita terlalu obses dengan markah, kita tidak punya masa untuk memikirkan masa depan kita.

Sebab itulah ‘C student’ lebih strategik dalam meluangkan masa mereka.Mereka pandai menghargai detik-detik indah yang sebenarnya memacu mereka dalam menggapai matlamat hidup sebenar. Bukannya menunggu lepas ‘graduate’, baru fikir nak buat apa.

5. Nampak Kejayaan Dari Sudut Yang Berbeza

trend-pendidikan-feature-1024x683
Kebanyakan pelajar A dan B akan mudah berasa lega jika berjaya mendapat markah yang selamat.Tetapi, ‘C student’ pula lebih berasa ‘perlu’ untuk memikirkan sesuatu sebagai alternatif penyelamat hidup mereka.

Pemikiran inilah yang menjadikan mereka lebih bermotivasi , berwawasan dan berusaha mengenal minat serta kebolehan sebenar yang mereka miliki. Perlahan-lahan, mereka sebenarnya sedang mengukir perjalanan hidup yang unik, jauh daripada ‘jalan biasa’ yang ditempuhi orang ramai.

6. Pandai Memanfaatkan Peluang

kemahiran-anak-2
Kalau anda perasan, pelajar berjaya biasanya pandai mengendalikan semuanya sendiri. Mereka bergerak sendiri untuk memajukan diri mereka.

Mereka tidak malu mengakui kelemahan diri, dan tidak pula berasa ‘bodoh’ apabila terpaksa bertanya orang lain.Sebaliknya, mereka cuba bertanya dan cuba mendampingi mereka yang lebih bijak daripada mereka. Menariknya, ini adalah satu strategi sebagai seorang pemimpin untuk mengoptimakan sesebuah pasukan.

7. Cuba Mencari Sesuatu Yang Disukai Dalam Pelajaran


University student looking tired while studying
Dalam mempelajari sesuatu, mereka tidak cuba untuk menghafal.Kebanyakan ‘C student’ lebih suka belajar secara meneroka dan memahami. Perlahan-lahan, minda mereka akan terlatih untuk mengekstrak perkara yang penting dan diminati sahaja dalam sesebuah topik. Ini menjadikan mereka lebih selektif dan efisyen.

8. Kebanyakannya Bukan ‘Perfectionist’

kanak-kanak-disleksia-1-1024x576
Bagi mereka, ‘siap’ kerja lebih baik daripada menunggu ia ‘sempurna’. Mereka fokus terhadap proses berbanding keputusan. Sikap ini yang menjadikan mereka mahir kerana mereka belajar melalui kesilapan.

Tidak kekok dinilai, atau diberi komen negatif. Ramai tokoh-tokoh yang berjaya mengamalkan petua kejayaan seperti ini.

9. Hidup Seimbang, Bijak Bersosial

rahsia-kejayaan-2-1024x686
Dalam sebuah teori The 4-Hour Body, Tim Ferriss ada menyebutkan, ‘Minimum Efecctive Dos’ (MED) – dos paling kecil yang diperlukan untuk keputusan tertentu. Dos yang melebihi tidak akan menampakkan kesan ketara. Kebanyakan ‘C student’ mengaplikasikan cara ini tanpa mereka sedari.
Mereka percaya tidak banyak bezanya antara gred A dan A- berbanding ilmu itu sendiri. Mereka pandai mencari keseimbangan dan memfokuskan terhadap benda yang penting sahaja.

Jadi, tak hairanlah mereka banyak bersosial dan aktif dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan akademik semata-mata.

10. Angan-Angan Yang Tinggi

intro-4-1024x682
Oh, mereka ini banyak berangan berbanding pelajar yang mempunyai matlamat‘cliche’.
Selain berangan-angan, mereka juga tidak rasa kelakar untuk mengimpikan sebuah kejayaan yang besar.

Mereka lebih praktikal dan cuba memikirkan cara terbaik untuk memanfaatkan hidup mereka dengan tidak berantung kepada formula dan silibus matapelajaran.

Jangan Salah Anggap

Melalui perkongsian ini, bukanlah kami berniat untuk membanggakan ‘C student’. Jauh sekali untuk mengatakan bahawa gred lemah dalam pelajaran adalah laluan terbaik untuk mencapai kejayaan.
Namun, ia adalah petua kejayaan yang berbaloi untuk kita fikirkan dalam meneliti semula pelan tindakan yang harus kita lakukan dalam kehidupan.

Khamis, 3 November 2016

Tips Atasi Air Bercampur dengan Minyak dalam Enjin


1970_AMX_BBG-2part3
Lelaki dengan kereta tidak dapat dipisahkan. Jadi, apalah gunanya minat dengan kereta jika tidak mengetahui cara untuk mengendalikannya apabila rosak.


Topik dengan tajuk di atas adalah sebenarnya ingin merungkai persoalan yang selalu bermain diminda pengguna kereta terutamanya tentang bagaimana air boleh bercampur dengan minyak dalam enjin.

Untuk mengetahuinya amat mudah iaitu dengan membuka penutup minyak hitam atas silinder dan perhatikan didalamnya ,jika terdapat tompokan-tompokan keputihan bermakna enjin tersebut  telah dimasuki air.
Fungsi air sebenarnya untuk menyejukan enjin tetapi apabila terdapat komponen-komponen tertentu telah rosak maka kejadian ini akan terus berlaku.

Pada keseluruhan enjin yang normal air sebenarnya tidak mudah untuk bercampur dengan minyak dalam enjin melainkan terdapat faktor-faktor tertentu yang membolehkan kejadian ini berlaku.
Bagaimanakah pula kita dapat mempastikan bahawa enjin kita terhindar dari keadaan ini?

Apakah yang perlu kita periksa?

Pada hakikatnya untuk menghindarkan enjin dari mengalami keadaan ini ialah agak sukar melainkan pengguna dapat memastikan enjin sentiasa di tukar minyak hitam ,oil filter,air filter dan plug pada waktu dan kilometer sepatutnya.
 Selain dari itu radiator juga perlu diflush atau diganti air dan gunakan coolant setiap 2 kali servis kereta.

Jika ini dapat diamalkan air yang berada dalam enjin tidak menghasilkan karat dan semua gasket terjaga dengan baik terutamanya manifold gasket.


Jadi, punca yang menyebabkan kenderaan kita mengalami kerosakan sedemikian.
Terdapat beberapa  faktor utama yang menyebabkan air bercampur dengan minyak dalam enjin diantaranya:-

1.Gasket Cylinder Head yang pecah akibat enjin panas
2.Gasket Intake manifold yang pecah dan terbakar juga akibat enjin panas
3.Cylinder Head yang tidak dikunci ketat selepas head dibuka
4.Cylinder head yang retak
5.Air yang berlebihan masuk dari ekzos dalam keadaan banjir dan sebagainya.

Cara penyelesaian terbaik bagi masalah ini adalah dengan melalui proses Top Overhaul atau Overhaul untuk menggantikan satu set gasket Top Overhaul yang terdiri dari Cylinder Head Gasket,Valve Seal,Manifold Gasket,Head Cover Gasket dan Oil Seal serta Oil Sump Gasket,Engine Bearing,Engine Oil dan Piston Ring bagi proses Overhaul.

Akan tetapi, cara ini hanya boleh digunakanpakai jika air telah benar-benar bercampur dengan minyak hitam dan memenuhi Oil Sump atau tangki minyak hitam.

Kedua cara di atas  adalah satu-satunya  cara yang terbaik yang mampu dilakukan untuk mengembalikan semula enjin ke prestasi asal.

Rabu, 2 November 2016

12 Jenis Penipuan Yang Sering Berlaku Di Malaysia

38750_01_european_space_agency_software_used_to_help_detect_bank_fraud_full-1-758x379
Di Malaysia, kes-kes penipuan yang melibatkan wang ringgit sering berlaku. Antara penipuan yang sering berlaku adalah kes seperti jual beli tanah, pakej jual beli kereta dan sebagainya.

Rakyat di Malaysia khususnya terdedah kepada bahaya penipuan yang sering terjadi kepada golongan berada. Penipuan ini adakalanya terjadi kepada golongan kurang berkemampuan.

Sebagai contoh penipuan yang melibatkan tawaran pakej haji dan umrah yang murah. Siapa tidak mahu jika ditawarkan dengan harga yang murah bukan?
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bijak mengenal pasti apakah penipuan yang sering dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Di bawah disenaraikan 12 jenis taktik paling popular yang digunakan oleh golongan ‘durjana’ malah JSJK Bukit Aman sudah megklasifikasikannya kian membimbangkan, manakala taktik penipuan pula semakin licik dan canggih.

1. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

2. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

3. Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000. Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12) Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

Selasa, 1 November 2016

‘Sunat’ Perempuan Tiada Dalam Islam, Kata Pakar



#EndFGM campaign - video
Amalan mengkhatan kanak-kanak perempuan di kalangan umat Islam negara ini tidak ada kaitan dengan ajaran Islam, kata beberapa doktor perubatan dan aktivis Islam yang ditemui FMT.

“Tiada satu pun ayat Al-Quran atau hadis yang mewajibkan khatan kepada perempuan,” kata pakar kardiotorasik dan pensyarah kanan jurusan perubatan di Universiti Monash, Dr Farouk Musa.

Beliau yang juga pengarah Islamic Renaissance Front menjelaskan, hadis yang menyatakan amalan berkhatan, atau apa yang dikenali sebagai “female genital mutilation” (pemotongan genitalia wanita, FGM) sebagai “memuliakan perempuan”, bukan merupakan hadis sahih.
Pandangan ini berbeza daripada amalan di Malaysia, di mana orang Melayu Islam yang rata-rata bermazhab Shafie, mengamalkannya secara berleluasa. Malah, ia dianggap tuntutan agama.

FGM melibatkan pemotongan sebahagian daripada alat kemaluan wanita, dan menimbulkan kontroversi yang berkait rapat dengan perdebatan mengenai kesaksamaan gender.

Pada 2009, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan hukum khatan bagi perempuan adalah wajib, namun boleh dielakkan jika membawa kemudaratan.

Ia bercanggah dengan pendirian ulama tersohor yang menjadi rujukan penting fekah aliran Sunnah zaman ini, Dr Yusuf al-Qaradawi. Menurut fatwa Qaradawi, FGM bukan tuntutan agama, malah berbahaya dan perlu dihentikan.

Satu alasan yang kerap diutarakan oleh mereka yang mengamalkan FGM ialah ia boleh membataskan nafsu seksual wanita apabila dewasa kelak, yang menurut mereka sesuatu yang baik.

Bagaimanapun, Dr Harlina Siraj, pakar sakit puan yang mengetuai Jabatan Pendidikan Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, menyifatkan pandangan tersebut sebagai “penghinaan” terhadap wanita.

“Ini sangat menghina. Padahal tiada dalam sirah (sejarah kehidupan Nabi Muhammad) yang menyatakan nabi mengkhatankan anaknya.

“Sebagai pengamal perubatan, kami hanya lakukan sesuatu yang mempunyai asas dan ada data saintifik. Berbeza bagi lelaki, tiada kajian menunjukkan khatan perempuan memberikan manfaat, malah ada risiko berlakunya kesilapan ketika dilakukan,” kata Dr Harlina kepada FMT.

Dr Farouk memetik ilmuwan Islam terkenal dari Mesir, Dr Mohammad Salim Al-Awa, yang berkata amalan FGM hanyalah budaya sebahagian masyarakat Arab.

“Seperti yang dikatakannya, Nabi Muhammad tidak pernah mengkhatankan walau seorang bayi perempuan. Tindakan itu untuk menunjukkan ia bukan ajaran Islam,” katanya.

Dr Farouk menyalahkan penafsiran agama dan budaya yang bersifat patriarki (pro lelaki) dalam masyarakat. Beberapa negara Islam termasuk Mesir dan Indonesia baru-baru ini melancarkan kempen membanteras amalan khatan perempuan.

Pada 2006, tindakan kerajaan Indonesia melarang amalan itu dibantah beberapa agamawan termasuk Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Jakarta kini melancarkan kempen mengakhiri amalan itu, termasuk bekerjasama dengan badan-badan agama dan pertubuhan wanita bagi meningkatkan kesedaran masyarakat.

Bulan lalu, Mesir meluluskan undang-undang mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang mengamalkan FGM. Amalan itu diharamkan di Mesir walaupun 9 daripada 10 wanita dan kanak-kanak berumur antara 15 dan 49 pernah menjalani FGM.

Amalan itu juga berleluasa di kalangan penduduk Kristian, dan dianggap normal di Eritrea, Ethiopia dan Somalia.Dr Farouk bagaimanapun mengakui prosedur FGM di Malaysia tidak membuang terlalu banyak lebihan kulit pada kemaluan perempuan, seperti amalan budaya dan tempat lain.

“Tetapi sebaik-baiknya, ia tidak perlu dibuat,” katanya. “Apa hak kita? Tiada kebaikan melainkan kemudaratan, kerana risiko fizikal seperti jangkitan serta psikologi kepada perempuan. “Saya gesa mufti agar menilai semula fatwa dengan merujuk pandangan Qaradawi dan Al-Awa yang melarangnya,” tambahnya.

Isnin, 31 Oktober 2016

Senjata Pemusnah Hebat Era Nazi

2015-07-06-1436211038-5240227-hitler_and_speer_germania-0
Siapa tak kenal dengan Adolf Hitler? Baik anda buka buku balik dan baca siapa beliau ni. Dikenali dengan seorang yang diktator dan bijak, impiannya untuk membina empayar agung dunia di bawah pemerintahannya amatlah dikagumi.

Namun sebelum langkah perluasan kuasa dilakukan, persiapan terperinci perlu dilakukan sebaiknya bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Tak ketinggalan juga teknologi ketenteraan yang penting sekali dalam misi penaklukan.

Di zaman Nazi memang banyak makmal-makmal militari yang ditubuhkan bagi menjalankan proses R&D bagi menaik taraf teknologi ketenteraan. Kadangkala ekperimen yang dilakukan memang tak masuk akal.
n3
Banyak juga sebenarnya sebenarnya kemajuan teknologi pada zaman ini yang membantu dalam misi perluasan kuasa. Namun saya cuma ambil satu untuk saya buat artikel (kalau ada likers minta yang lain baru saya akan buat).

Saya sebenarnya tertarik dengan salah satu teknologi era Nazi iaitu meriam landasan Dora dan Gustav. Meriam ini bukanlah sembarangan, ianya boleh dikatakan meriam moden terbesar di dunia pada waktu itu hingga sekarang.

Tentera Jerman pernah memiliki meriam Gustav atau Schwerer Gustav pada tahun 1941, tepatnya setelah negara Perancis jatuh dikalahkan Jerman. Panjang meriam ini sahaja 50 meter dengan berat keseluruhan 1350 tan.

Laras meriam yang digunakan sebesar 31.5 inci kaliber. Namun hanya 2 laras sahaja bejaya dibuat. Kadar tembakan “firing rate” meriam ini adalah 1 tembakan per 30-45 minit. Meriam ini walaupun bersaiz besar namun tidak tahu di mana keberadaanya.
n4
Kali terakhir ditemukan pada bulan April 1945. Meriam ini banyak digunakan dalam pertempuran melawan Soviet Union seperti dalm pertempuran di bandar Sevastopol.

Jarak yang boleh dicapai meriam ini adalah sejauh 15km hingga sejauh 40km dan mampu menghancurkan apa sahaja yang menjadi target.

Dikatakan terdapat perancangan untuk meletakkan pelancar roket pada peluru meriam tersebut yang mampu mencapai jarak hingga 145km jauhnya.

Dengan berat peluru meriam seberat 300kg hingga 4,800 kg , hentaman dari meriam ini mampu memberikan impak yang besar kepada musuh. Namun untuk mengoperasiakan meriam Gustav dan Dora ini bukanlah tugas yang mudah.

Untuk mengoperasikannya memerlukan sekurang-kurangnya 4000 orang tentera bagi mempersiapkan meriam ini. Itu belum lagi tambahan masa yang diperlukan untuk membawa meriam ini ke tempat operasi.

Para tentera harus menyiapkan landasan khas bagi membawa dan mengalihkan meriam ini dari tempatnya. Oleh sebab itulah ramai yang berfikir bahawa meriam ini mudah menjadi sasaran pesawat pengebom paksi bersekutu.

Di akhir era Nazi meriam ini dimusnahkan atau diceraikan bahagiannya sendiri oleh tentera Nazi. Hal ini bagi mengelakkannya daripada jatuh ke tangan musuh.

Apa yang penting meriam ini pernah diiktiraf sebagai senjata yang menakutkan pada zaman perang dunia kedua.

Sekian.
~ST~
Banyak lagi teknologi Nazi ni yang cukup “advance”
Sumber : FB Pena Kalam

Ahad, 30 Oktober 2016

Sikap isteri punca suami lemah seks

Masalah seks suami selalu dikaitkan dengan masalah mati pucuk, ejakulasi pra matang dan sebagainya. Akibatnya , masalah ini , nafsu merudum dan tak kunjung datang hingga mengecewakan isteri.
Namun mungkin tak ramai yang tahu bahawa selain daripada masalah sakit tuan, nafsu seks lelaki sebenarnya boleh juga terjejas gara-gara sikap isteri sendiri.Ada suami yang hilang ghairah di pertengahan hubungan seks gara-gara sikap isteri yang kurang menyenangkan. Apa yang lebih penting adalah sikap atau perangai si isteri di dalam kehidupan seharian. Cuba bertanya kepada mereka yang lebih makan garam dan yang sudah berusia melalui pengalaman mereka, apakah penyebab lelaki atau suami hilang nafsu seks bersama isteri sedangkan zakar mereka adalah normal. Jika mereka diberi “kesempatan” untuk diuji bersama perempuan lain sudah pasti merekalah lelaki dan suami yang perkasa sebenarnya.
Ini adalah kerana kehidupan seharian mereka bersama isteri tidak tenang. Suami memerlukan keadaan yang agak aman dan damai untuk merangsang nafsu seks mereka bukan keadaan hiruk pikuk dengan suara anak-anak dan juga “kebisingan” suara isteri membebel tak tentu hala. Isteri perlu berfikiran terbuka dan sentiasa beringat bahawa tubuh badan mereka telah pun dijelajahi oleh suami. Suami telah pun tahu akan selok belok keadaan tubuh badan isteri. Berlainan dengan keadaan tubuh badan perempuan yang baru dikenalinya dimana perasaan untuk mengeksplorasi itu adalah lebih berbanding dengan tubuh badan isteri yang sering diterokai.
Disini terdapat kekurangan yang perlu diambilkira oleh pihak isteri. Yang memainkan peranan yang penting bagi menjamin hubungan seksual suami isteri adalah sifat dan sikap isteri itu sendiri dan bukan lagi keadaan tubuh badan. Sifat lemah lembut dan penyayang kepada suami berserta dengan teknik merangsang suami dengan betul merupakan kunci kejayaan isteri untuk menaikkan nafsu seks suami yang hilang.
Antara peringatan orang lama ialah isteri yang suka membebel dan suka mengeluh adalah punca utama nafsu seksual suami hilang.
Berikut adalah merupakan antara kajian pakar-pakar seksologi dan psikologi berkaitan dengan soalan Kenapa Nafsu Seks Suami Hilang…..
1) Membuat Tuntutan Kepada Suami

Menjadi kebanggan suami apabila dirinya dapat memuaskan isteri dalam hubungan kelamin. suami akan berasa bangga dan hebat setelah memberi kepuasan batin buat isterinya.
Namun perasaan bangga atau hebat seorang suami dalam hubungan seks tidak akan tercapai apabila isteri membuat tuntutan tertentu ketika aktiviti seks berlangsung.
“Abang boleh tak jangan pegang situ” atau “Abang boleh tak lama sikit”. Kata-kata sebegini akan mengganggu tumpuan suami dan membuatnya bimbang tidak mampu melakukan seperti yang dituntut oleh isteri.
Kebimbangan yang tidak berasas ini akan membuatkan suami beralah sebelum bertempur.
2) Memperlihatkan Kebosanan

Keinginan seorang isteri untuk melakukan hubungan seks dengan suami kadang kala terhalang oleh perasaan bosan akibat keletihan beekrja seharian di pejabat.
Bagaimanapun sebosan mana sekalipun anda rasa, sebaiknya ia tidak dipamerkan di hadapan suami. Kebosanan anda mungkin akan membunuh ghairahnya untuk bermesra dnegan anda.
Cubalah menegtepikan perasaan tiada mood atau keletihan dengan emngatakan paa diri anda bahawa malam ini, kasih sayang perlu dipupuk kembali untuk kebahagiaan rumahtangga anda. jangan biarkan rasa bosan menguasai jiwa anda.
3) Berbicara Masalah Wang Di Kamar

Perkara ini perlu diberi perhatian oleh setiap isteri. jangan sesekali emmbawa masalah kewangan seperti hutang yang belum dibayar, perbelanjaan dapur yang tidak mencukupi dan masalah kewangan lain ke kamar tidur.
Ia akan memberi tekanan kepada suami. seterusnya akan membuatkan dirinya hilang rasa ghairah untuk melakukan hubungan seksual. Ia bukan sekadar menghilangkan ghairah suami tapi juga menimbulkan perasaan malu dan marah dalam diri suami.
4) Melemparkan Kritikan

Kata-kata berunsur kritikan akan memeberi kesan pada perasaan suami walaupun anda menganggapnay sebagai suatu gurauan. Contohnya, mencela suami, kaki suami kotor, perutnya buncit dan nafasnya berbau rkok, ia boleh melunturkan smenagatnya untuk meneruskan hubungan kelamin.
5) Berlakon atau Bersandiwara

Sebagai isteri, tidak perlu berlakon ketika bersama suami di ranjang. Percakapan secara jujur dan berterus terang dengan suami. Jika mahukan layanan yang boleh memberikanb kepuasan kepada anda, katakan saja pada suami. apa yang nak dimalukan, suami isteri berkongsi segala-galanya,bukan.
6) Bersikap Terburu-buru

Melakukan hubungan intim bersama suami dalam keadaan terburu-buru adalah sangat tidak baik. usahakan untuk melakukan aktivit yang meneynangkan ini dalam suasana yang tenang dan relaks.
7) Terlalu Banyak Peraturan

Aktiviti seks adalah masa paling peribadi dan paling intim buat pasangan suami isteri. Ia juga waktu yang paling banyak beharga buat suami isteri. Terlalu banyak peraturan dan petua akan merosakkan suasana intim, gelak tawa, gurau senda dan kehangatan anda berdua. jadilah diri anda sendiri, biarkan segalanya berlalu dengan selesa.
8 ) Ragu-ragu

Jangan cuba bertanya dengan suami perkara-perkara seperti kualiti cinta suami ketika sedang melakukan hubungan kelamin. Pertanyaan, “Adakah abang sayang saya?”.”Adakah abang puas?” dan sebagainya akan mendatangkan keraguan di hati suami dan boleh menimbulkan rasa kurang senang. Ia juga boleh mengeruhkan suasana hubungan suami isteri.
Mana-mana suami yang bermasalah bukan disebabkan oleh sikap isteri anda bolehlah dapatkan nasihat dari pakar. Ini mungkin disebabkan gangguan hormon ataupun penyakit-penyakit lain yang melibatkan kelancaran pengaliran darah dan juga buah pinggang serta penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan organ seksual seperti masalah pembengkakan kelenjar prostat ataupun batu karang.
Pengambilan herba juga dapat membantu menyeimbangkan dan meningkatkan hormon lelaki yang merupakan faktor utama di dalam meningkatkan libido atau nafsu lelaki untuk melakukan hubungan intim.Untuk suami yang mengalami masalah mati pucuk bolehlah menggunakan alatan bantuan seperti pam vakum bagi memudahkan ereksi.
Bagi suami yang malu untuk berasmara kerana sering tewas di ranjang ataupun dengan kata lain mengalami masalah cepat pancut bolehlah menggunakan gel herba bebas bahan kimia bagi melambatkan pancutan.
Diharapkan maklumat di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda di dalam mengharungi bahtera rumahtangga. Yang paling penting ialah sikap keterbukaan suami isteri di dalam proses untuk membaikpulih hubungan intim anda.




sumber..http://produkpower.com/index.php?action=berita&id=486

Sabtu, 29 Oktober 2016

60 Petua Mendapat Pasangan oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsa

antaranya adalah...

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau ke****han lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


Jumaat, 28 Oktober 2016

Antara Amalan-Amalan Terbaik Di Hari Jumaat

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.


Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :


  • Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).
  • Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
  • Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.
  • Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.
  • Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.
  • Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat?


Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.


Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.:


“Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”


Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.


Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.


Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.


Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.



Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan


Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan:


“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”


Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.


Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.


Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.


Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).


Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.


Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.


Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.


Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.


MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...