Wednesday, February 25, 2009

Temuduga SPA: Satu Pengalaman

Alhamdulillah 'ala kulli haal..akhirnya aku berjaya mengharungi temuduga SPA! Semua pelajar tahun akhir jurusan farmasi di UIAM Kuantan ditemuduga secara berkelompok, dibahagikan kepada 3 kumpulan dan berlangsung sepanjang 3 hari (24, 25, 26 Feb 09). Susun atur dalam kumpulan adalah mengikut tarikh lahir. Yang paling tua akan mula dulu. Aku ditempatkan dalam kumpulan kedua dan merupakan orang yang kedua ditemuduga pada hari kedua. Huh, ada apa dengan nombor 2? Tak ada apa-apa.
Aku menanti giliranku dengan penuh debar di hadapan Seminar Room bersebelahan dengan bilik kuliah kami sambil membelek-belek BNF. Semua sijil telah disusun dalam satu display folder. Satu resume mengenaiku telah pun aku keluarkan daripada folder dan dikepilkan bersama satu salinan fotokopi kad pengenalan, surat beranak, sijil SPM, surat pengesahan dan juga senarai semak dokumen. Pakaian yang dipakai adalah pakaian formal: baju kurung & tudung kosong senada, kasut berwarna gelap yang bertutup, dan kad matrik. Urmm..agaknya, apakah soalan-soalan yang akan dikemukakan nanti?

20 minit berlalu setelah Jiman melangkah masuk ke dalam bilik temuduga sebagai orang pertama dan akhirnya dia keluar juga. Kring! Loceng berbunyi. Aku bangun dari tempat duduk dan..Bismillahirrahmanirrahim..masuk menghadap. Sebaik sahaja aku menghampiri meja, aku menyerahkan folder dan resume kepada penemuduga. Penemuduga ada dua orang kesemuanya. Seorang dari SPA dan seorang lagi ialah pegawai farmasi HTAA yang mewakili KKM. Kedua-duanya berbangsa Cina.

Aku mengucapkan terima kasih setelah dipelawa duduk dan sesi temuduga dimulakan oleh Pengerusi dan diikuti oleh pegawai farmasi. Yang banyak menguasai temuduga adalah Pengerusi. Lojikla kan, sebab dia pengerusi..apa daaa..

Sambil meneliti resume dan melihat sijil-sijil yang ada, pengerusi bertanyakan beberapa soalan seperti: Nama & asal, latar belakang pendidikan, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan peranan farmasis dalam sektor kerajaan. Ok, jawab, jangan tak jawab! Jika soalan diajukan dalam ibunda, maka jawablah dengan bahasa yang sama. Sekiranya soalan dikemukakan dalam Bahasa Inggeris, maka jawablah dengan Bahasa Inggeris juga. Berikut adalah sebahagian daripada dialog yang berlaku. Semoga kalian, terutamanya yang bakal menempuhi mana-mana sesi temuduga, beroleh manfaat darinya. Aku paparkan di sini tidak sekali-kali bertujuan untuk berbangga diri (na'uzubillah).

Awak memang belajar di sekolah agama sejak dari sekolah rendah hingga ke universiti?

Ya, saya mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di sekolah agama, kemudian melanjutkan pelajaran ke Darul Quran, seterusnya ke Pusat Matrikulasi UIAM PJ dan sekarang di UIAM Kuantan.

Quite religious! Semua sekolah agama separate gender kan?

Tak semua, tapi sekolah saya ya.

So, how do you find mixing with other gender in university and later in career? Adaptation? Boleh masuk dengan semua orang ke?

So far, I can mix with people, there's no problem with adapting to new situations. And I like interacting with people.

No problem? Really?

Yes (with a confident look)

I asked that because more often than not, religious people used to become withdrawn. They don't like mixing, itu tak boleh, ini tak boleh. But I really like those religious people who can adapt and mix well with others, terutamanya sewaktu kerja nanti.

Ya, we should be professional. I'll try my best!

Ya, tak semua orang sama dengan kita, macam-macam ada. Ada yang putih, ada yang hitam, ada yang kuning..tapi semuanya diciptakan oleh satu Tuhan (sambil mengangkat jari telunjuknya). There are three things that we should practice: tolerance, understanding and respect. Tak kiralah bangsa apa, agama apa sekali pun.

Yes, I agree..we have to respect the diversity of human being.

Ya, ingat 3 perkara yang saya sebutkan tadi. It's our right to be religious but don't make it as a barrier. Religious people should be more open-minded. Well, we should not discuss about religion too much in this interview. So, it's quite good of you then. Bagaimana pula dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris?

Saya boleh kata..baik.

Ya, untuk SPM, English dapat A1. Awak punya akademik bagus, agama pun bagus. Bagaimana cikgu di sekolah agama menekankan Bahasa Inggeris? Siapa yang mengajar?

Di sekolah saya, Bahasa Inggeris memang ditekankan sebelum pelajar menduduki PMR lagi..bla bla bla.. Cikgu saya..bla bla bla..

Oleh kerana Bahasa Inggeris awak ok, could you please explain in English what are the roles of government pharmacists?

As government pharmacists, our role should be parallel with the vision and mission of MOH..bla bla bla.. In hospital setting, we play roles as.bla bla bla.. In community setting..bla bla bla.. While in enforcement, we should...bla bla bla..

Ok, I can see your ideas but they are all jumble-up, you were jumping here and there. You should organize your thoughts systematically. Anyway, I can see that you understand well what your functions are..but again, arrange your ideas. You are good in English.

(Uhuks! Smile..) Thank you for the advice. I will try to improve it.

One thing about enforcement division: the integrity. Please put this at the highest place, no compromy, avoid corruption.

Yes, that should be the main concern. Is that like check and balance?

No, no balance, check only. If there is balance, then there is compromy. We don't want any compromy in following the standards that have been set up. But there are people out there who are compromising these standards. That's not right at all. It's too risky for all people. (The pharmacist beside him were nodding his head repeatedly)

Yes, I understand about that. Integrity is number one!

OK, ke mana awak mahu pergi selepas habis belajar?

Saya berminat untuk masuk hospital setting

Where do you want to..ermm..(pause)

To be placed?

Ya, where do you want to be placed?

The first choice is my hometown.

Kota Bharu, Kelantan? Nak balik kampung la ni? (Synical smile)

Yes, actually that's because I'm the eldest of 10 siblings, my dad had passed away more than 5 years ago and my mother is the only breadwinner in the family currently. I would like to be placed closer to my family so I can help them more.

Hmm, but you won't really be able to do that once you start working (Synical smile again). Well, I know that you now understand what are the situations that you will be going through. Knowledge and skills are very important.

Uhmm.. where we can get the knowledge, get it. Then, apply it in our daily life and share it with others. Isn't it right?

Right! OK, that's all from me.

Kemudian, penemuduga dari KKM mengambil alih sesi temuduga.

You've said about clinical pharmacy just now. What is clinical pharmacy?

Clinical pharmacy involves..bla bla bla..

Among hypertension, diabetes and asthma, which part are you good in?

Hypertension.. uhmm, no, no.. diabetes. Yes, DM (sebab belajar sem ni & baru je jawab dlm midsem exam)

In Type 2 Diabetes Mellitus, what are the mainstay of the treatment?

For DM type 2, the mainstay of the treatment are monitoring the diet, take less food with high sugar content, performing physical activities..bla bla bla. If after several weeks, the blood glucose level still does not reach the target value, then a drug is indicated. Drug also should be started immediately if patients are symptomatic. The first-line is metformin especially for the overweight and obese patient, unless it is contraindicated.

What are the contraindications for metformin?

For example, severe liver imparment or chronic kidney disease.

Ok, then what are the alternatives?

We can give other type of oral antidiabetic agent such as thiazolidinedione, acarbose, sulphonylureas etc. Insulin is the last choice.

Why insulin is the last choice?

Because it is in injection form and it is invasive. The general principle is, initiate oral drug first, single therapy. If it does not work, increase the dose and if it still doesn't work, combine with other oral antidiabetic agent. When these steps fail, only then, the patient should be given insulin plus the mainstay of the treatment...bla bla bla..

Alright, your knowledge is quite good. Like what have been said just now, knowledge and skills are very important especially in clinical setting. I hope you can keep on searching for knowledge and apply it. Thank you. That's all from us.

OK then. Thank you, Mr... Thank you, Mr... (smile)

Sambil tersenyum, aku bangkit dari kerusi dan mara sedikit ke hadapan mereka untuk mengambil folderku, dan terus menapak untuk keluar dari bilik temuduga. Alhamdulillah, selesai sudah satu step. Kelegaan! Harap-harap, dapat kerja di negeri sendiri. Ameen!

Kesimpulannya,

  • Buktikan bahawa orang yang belajar agama BOLEH!
  • Tolerate, understand and respect others!
  • Arrange your ideas systematically!
  • Equip yourself with knowledge & skills, no matter where you go!
  • Usaha + doa + tawakkal!

Sunday, February 22, 2009

Dunia Tanpa Buku

“Ya Allah, banyaknya buku! Kena sewa kontena agaknya di akhir sem ni.. Huhu, jenuhnya nak mengangkut!,” aku terkesima tatkala mataku tertumpu ke rak-rak buku di bilikku di Mahallah Maimunah yang sarat dengan pelbagai jenis bahan bacaan.

Pada hari Isnin lepas, seorang juniorku merangkap bekas anak usrahku, Zurin mengajak aku ke East Coast Mall (ECM), Kuantan. Lebih spesifiknya, ke Methodist Bookstore (MBS) untuk mencari sebuah buku penulis kegemarannya, Faisal Tehrani. Sedang Zurin memburu targetnya, mataku meliar memerhatikan setiap judul buku yang ada di MBS terutamanya di rak-rak yang menempatkan novel-novel Inggeris dan buku-buku motivasi serta kepimpinan. Sebelum datang, langsung tak terniat di hati untuk membeli walau sebuah buku cuma. Sekadar menemani Zurin dan meninjau-ninjau apa yang ada, mungkin. Setelah lama melilau di dalam MBS, akhirnya tanganku menggapai dua buah buku: Mind Map yang ditulis oleh Tony Buzan dan Amazing Grace karya Danielle Steel.
“K.AC, dah nak grad dah, buat apa beli lagi buku Mind Map ni?”, kata Zurin sambil mengerling ke arah buku-buku yang berada di tanganku.

“Haha, tak apalah.. Dah lama dah akak nak beli buku ni sebenarnya. Mungkin berguna suatu hari nanti. Tak pun, boleh ajar anak-anak nanti..hehe,” aku memberikan alasan walaupun ada benarnya kata-kata Zurin tu.

“Dapat tak buku yang awak cari?”, aku pula yang bertanyakan Zurin.

“Huhu..dah habis! Terpaksalah saya tunggu stok baru. Saya beli juga buku-buku Faisal Tehrani yang lain”, mencuka wajah Zurin mengenangkan buku yang diidamkan masih belum dapat dimiliki.

Usai membayar harga buku-buku yang dibeli, kami bergegas pulang ke Kampus UIAM di Indera Mahkota memandangkan waktu Maghrib sudah hampir benar. Fuhh, bertambah lagi koleksi buku aku! Novel Danielle Steel aku khatamkan dalam masa tak sampai dua hari. Kalau tak ada kuliah, mungkin dalam masa satu hari sahaja dah boleh khatam. Buku Tony Buzan pula sangat seronok untuk diteroka! Mungkin agak susah untuk aku mengaplikasikan teknik-teknik yang diajarnya memandangkan aku sekarang sudah berada di semester akhir. Dah liat. Buat junior-juniorku, kalian disyorkan untuk mempelajari teknik mind mapping ini. Berguna sekali!

Itu cerita pada tiga, empat hari yang lepas. Semalam, aku membeli lagi sebuah buku baru: Telaga Budi yang memuatkan tulisan-tulisan Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mengandungi 29 bab yang disusun oleh Annual Bakri Haron, buku ini bagaikan sebuah telaga yang amat kaya dengan segala macam peringatan khas buat kita insan yang selalu alpa. Aku baru sahaja menghadamkan bab pertama: Ingatlah, Allah Melihat Kita. Seperti biasa, tulisan Tuan Guru diselang-selikan dengan dalil naqli dan ‘aqli bagi mengukuhkan setiap isi. Ya, kita mesti hidup berdalil! Kesimpulan yang aku dapat daripada bab pertama ini adalah dunia akan aman jika kita sedar dan yakin bahawa Allah itu Maha Mengawasi setiap tingkah-laku kita.
Melihat buku-bukuku yang memenuhi rak, aku yakin pertambahan bilangan buku akan terus berlaku selagi aku masih hidup. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada ummi dan arwah abah kerana kalianlah yang memperkenalkan buku ke dalam hidupku. Walau umur masih belum menginjak dua tahun, kalian mengajarku membaca, membelikanku buku itu dan buku ini supaya aku cepat mengenal dunia. Ya, mengenal dunia melalui jendela buku itu lebih mematangkan fikiran!

Buku-bukuku di alam kanak-kanak masih elok tersimpan di perpustakaan mini rumah kami. Masih elok untuk dibaca oleh adik-adikku dan sesiapa sahaja walaupun banyak juga mengandungi ‘lakaran-lakaran abstrak’ hasil tanganku yang sampai sekarang tak kuketahui maknanya. Melihatnya sudah cukup untuk aku mengimbau zaman kanak-kanak yang penuh memori indah, manis untuk dikenang.

Minat terhadap buku ini mungkin diwarisi dari abah dan ummi juga. Masakan tidak, rak-rak perpustakaan mini di rumah kami kebanyakannya dipenuhi dengan buku-buku dan kitab-kitab milik abah dan ummi sejak dari mereka berada di bangku sekolah hinggalah sekarang. Bahkan, aku pertama kali mengenali harakah Islamiyyah daripada bahan-bahan bacaan kepunyaan abah. Tatkala hayat abah masih ada, abah juga tak jemu membawa kami ke pesta-pesta buku. Sekarang, tradisi ini diteruskan oleh ummi pula.

‘Beli buku boleh, beli makanan boleh tapi beli mainan tak boleh sebab mainan dah banyak dah kat rumah’. Itulah antara dialog-dialog mereka yang cukup aku kenali.

Betapa membaca sangat dititikberatkan di dalam keluargaku walaupun tak semua adik-beradikku tegar dengan tabiat yang agak membosankan bagi sesetengah orang ini. It’s ok, we have to respect the diversity of human beings! Dalam banyak-banyak buku milik arwah abah yang ada, kitab-kitab tafsir dan hadith yang ditulis dalam bahasa Arab oleh beberapa orang ulamak muktabar adalah antara yang masih belum dibelek. Tafsir al-Qurtubi, Tafsir at-Tobari, Tafsir al-Muneer, Tafsir Fi Zilalil Quran, Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Sunan Abi Daud etc. Kulit kitab-kitab ini masih keras, sisi kertasnya masih tajam. Insya Allah, suatu hari nanti, akan ada juga yang mencedok manfaat darinya.

Dalam diam, aku mengkagumi para penulis buku. Kebanyakan ulamak Islam dahulu dan komtemporari juga mengabadikan pandangan mereka dan segala ilmu yang dianugerahkan oleh Allah ke dalam buku. Mereka membaca, mereka juga menulis. Mudah-mudahan, ilmu Allah yang maha luas itu boleh disampaikan kepada generasi seterusnya tanpa putus. Moga-moga, Allah mengganjarkan pahala yang berterusan kepada mereka selagi mana karya mereka ini memberi manfaat kepada umat manusia.

Tak rugi kalau kita laburkan duit untuk membeli buku. Ia umpama kita melabur untuk satu khazanah yang sangat berharga, bahkan pelaburan ini boleh diwarisi oleh sesiapa sahaja!

Cuba
bayangkan, bagaimanakah agaknya keadaan dunia ini tanpa adanya penulisan, dunia tanpa buku?

"Read! In the name of your Lord Who has created (all that exists)"
[Surah al-'Alaq: 1]

Saturday, February 14, 2009

An Anesthetic called L.O.V.E.

If I were given a chance to give a name to a newly-invented anesthetic agent, I would like to name it as LOVE, can I, Mr. FDA? Ahhaa..now I’m writing about love. Wink!

Betulkan, cinta tu adalah satu ubat bius? Kalau tak, masakan lagu Dibius Cinta nyanyian Melly Goeslaw feat. Yusri itu dijadikan soundtrack untuk filem Cicak Man 2. Mungkin juga sebab dah itu Yusri punya filem, jadi dia masukkanlah lagu dia. Ehee, sikit-sikit tu kenalah tahu apa yang sedang berlaku dalam arena hiburan masa kini, tak gitu?

Basically, there are general anesthetics (GA) as well as local anesthetics (LA). If one is administered with a GA, he would not know or realize what is happening onto him or around him while the GA is exerting its effects on him. In other word, he is totally unconscious. If the agent applied is LA, he will still aware about the situation he is in but he does not feel the pain at the site of LA administration. Usually, this LA is used by doctors in minor surgery.

Ubat bius atau ubat pelali ada manfaat dan mudaratnya. Sangat bermanfaat tatkala kesakitan tak bisa ditanggung lagi. Namun, sangat mudarat jika disalahguna, selalunya, oleh mereka yang mahu menculik, merogol atau membunuh. Itulah kuasa ubat bius!

Berbalik kepada sejenis ‘ubat bius’ yang kunamakan sebagai CINTA, sungguh, kesannya begitu luar biasa!

Lihat sajalah pada kisah cinta Muhammad s.a.w. dan Khadijah r.a., merekalah pencinta agung sepanjang zaman! Bagaimana mungkin Khadijah mampu mewakafkan diri dan seluruh hartanya untuk perjuangan suaminya kalau cinta beliau kepada Muhammad s.a.w. itu tidak didasari aqidah Islamiyyah yang mengakar dalam jiwa? Betapa luar biasanya cinta Khadijah kepada Muhammad s.a.w., dihiburkan Muhammad s.a.w. tatkala baginda mengalami ketakutan di malam turunnya wahyu pertama, dibelai jantung hatinya itu sewaktu baginda dipulaukan masyarakat, dihulurkan segenap isi karung hartanya kepada Muhammad tatkala perjuangan itu menuntut kepada harta dunia, bahkan dari rahim beliau jugalah lahirnya keturunan Muhammad s.a.w yang menambahkan lagi cahaya kepada kehidupan mereka berdua.

Dan Muhammad s.a.w, ternyata, cintanya kepada Khadijah tidak mati dengan perginya Khadijah dijemput Tuhannya. Bahkan, penangan cinta Khadijah terus bersemi dalam urat nadi Muhammad. Barangkali, cinta itulah yang meneguhkan setiap hayunan langkahnya demi menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Barangkali, cinta Khadijah jualah yang membius Muhammad supaya sentiasa tegar, tabah dan cekal dalam menempuh ranjau di sepanjang lorong perjuangan yang penuh berliku. Menitinya nama Khadijah di bibir Muhammad saban waktu, sudah cukup menimbulkan cemburu di hati isteri baginda yang lain.

Ah, aku ingin sekali menjadi pencinta sehebat Khadijah! Mencintai Allah & RasulNya melebihi segala-galanya..

Bukan seperti kebanyakan orang sekarang, menyambut Valentine’s Day yang sudah jelas hukumnya haram

Yang dicanangkan oleh kuffarlah yang diagung-agungkan, walhal, tiada jaminan ikatan cinta rapuh itu akan berkekalan

Yang dulunya mengalahkan pak lebai, sekarang dah tak makan saman dek kerana bius cinta seorang teman

Diseretnya anak orang ke sana ke mari, padahal belum tentu jadi bini

Buruk rupanya jika gerbang perkahwinan suci dicemari dosa sendiri

Kata-kata "sayang, I love you", meluncur laju macam peluru

Dosa pahala, syurga neraka ditolak ke tepi, katanya “tahulah aku jaga diri”

“Kau peduli apa aku begini, kubur nanti sendiri-sendiri”

Sebab di kubur nanti sendiri-sendirilah aku nak tolong kau sekarang ini

Semua orang ada nafsu tapi semua orang juga dibekalkan akal, walau tak semua dilengkapi iman

Nafsu itu perlu dididik, bukan dibelai, bukan dimusnahkan

Sedarlah, wahai kawan…kerana pada Hari itu nanti, kau takkan dapat melawan api Tuhan!

Maka, cintailah seseorang kerana Allah, nescaya kau akan menjadi orang yang paling bahagia, kerana hanya Dialah yang mengutuskan bahagia itu ke hati hambaNya.

Semoga kita tergolong dalam orang yang bahagia di dunia dan di akhirat..ameen!

Sunday, February 08, 2009

Yang ke-101

Alhamdulillah, sedar tak sedar, jumlah entry di dalam blog ini sudah mencecah ke angka 100 dan ini yang ke-101. Jom, mari menyorot sejarah penubuhan bintangtimur-ac.blogspot.com! Aku berblog bukan kerana dipaksa sesiapa, bukan jua bertujuan untuk menandingi sesiapa. Mungkin kerana tangan ini gatal untuk mencoret, maka blog menjadi sasaran. Aku bukannya jenis yang suka menulis di dalam diary. Pernah mencuba, tapi tak menjadi. Ditambah dengan hobi melayari internet dan kemudahan internet yang senang diakses, aku nekad untuk terjun ke dunia baru ini.

Kenapa blogspot, bukan provider yang lain? Actually, dulu aku pernah try blogdrive tapi macam tak best. Masa tu, aku belum mengenali wordpress atau provider yang lain. Yang aku sering terjumpa adalah blogspot. Lalu, blogspot menjadi pilihanku sehingga sekarang.

Bintangtimur @ Eastar. Akhirnya nama itu yang diabadikan di ruangan maya ini setelah berusaha memerah otak memikirkannya. Huh, itu belum tahap memikirkan nama anak lagi tu.. Banyak faktor yang menjurus ke arah pemilihan nama ini. Sedari kecil, aku suka memerhatikan bintang. Semasa di MMP dulu pun, aku menganggotai Persatuan Falak Syarie MMP yang antara aktivitinya adalah mencerap bintang-bintang dan planet. Seronok! Jodohku dengan bintang dikuatkan lagi apabila naqibahku sewaktu aku di DQ menggelarkan kami anak-anak usrahnya ini sebagai 'bintang-bintang'. Terima kasih, K.Normi a.k.a. 'mak bintang'!

Perihal bintang juga diceritakan beberapa kali dalam Al-Quran, menggambarkan kebesaran Sang Pemilik Alam. Itu tentang bintang, makhluk Tuhan yang mampu mendamaikan hati yang rawan serta memberi pedoman kepada musafir di perjalanan. Aku berharap agar aku jua seperti itu. Seandainya tak mampu menjadi sebegitu, sekurang-kurangnya aku tidak menjadi kebencian Tuhan.

Tapi, kenapa bintang timur, bukan bintang barat/utara/selatan? Eh, takkanlah nak letak nama North Star. Itukan jenama kasut. Nanti, tak pasal-pasal pulak company tu saman aku sebab tiru nama dia. Ehee..sebenarnya, aku bangga menjadi orang timur dan bukankah sinar Islam itu sendiri bermula di Timur! Aku mengandaikan diriku ini sebagai Muslim yang bertanggungjawab untuk menjulang panji Islam itu, biarpun sekadar di ruangan blog yang picisan ini.

Walaupun sudah menjangkau 100 entry, aku masih belum berhajat untuk mengubah template blog ini. Aku senang dengan apa yang ada sekarang. Biarpun tanpa widget, glittering graphic ataupun music penghibur jiwa, aku masih mahu mengekalkan rekabentuk yang sama sehinggalah ke suatu masa yang belum pasti. Lagi pun, accessory tambahan hanya akan melambatkan!

Aku juga masih belum mahu meletakkan mana-mana entryku di bawah mana-mana label. Biarlah pengunjung sendiri yang melabelkan semua entry yang ada. Lagi pun, aku hanya menulis apa yang terlintas di benakku dan cukup malas untuk mengklasifikasikan entry yang bakal aku post sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Kadang-kadang ianya berupa pengalaman peribadi, kekeluargaan, dan persahabatan. Tidak kurang juga tentang politik dan hal ehwal semasa. Akademik dan karier juga. Yang masih belum ada, tentang cinta!

Sebelum aku menamatkan entry ini dan kembali ke meja studi, aku ingin melafazkan sesuatu.

"Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini! Semoga kalian mendapat manfaat walaupun sedikit cuma. Komentar kalian sekurang-kurangnya dapat membuka mindaku tentang sesuatu perkara, terus, menjadikan aku lebih bersemangat untuk menjadi blogger".

P/S:

1- Selamat menempuhi Mid-sem exam kepada sahabat-sahabat di UIAM. May success be ours..ameen!

2- Sudah terang lagi bersuluh: Siapa pemimpin berjiwa rakyat, siapa pula mereka yang khianat! Bukalah mata, hati dan minda dalam menilai sesuatu. Yakinlah, kebaikan itu hanya boleh didapati jika kita menerima Islam secara keseluruhannya, bukan separuh-separuh, bukan ikut suka.


Monday, February 02, 2009

Erdogan..ubat buat umat Islam di saat ini

Aku mengimpikan seorang perdana menteri seperti Erdogan, teguh berprinsip mempertahankan Islam! Lantaklah Israel mahupun Amerika nak kata apa pun, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Itu yang berlaku di pentas dunia antarabangsa sekarang. Umum dapat melihat siapa yang kecil beraninya, siapa pula yang bijak lagi perkasa.

Aku di sini pula diuji dengan bermacam symptoms sejak semalam. Sakit kepala, kekadang pening melanda, sengal-sengal di seluruh badan, sekejap rasa panas, sekejap rasa sejuk atau orang meingistilahkan situasi ini sebagai seram sejuk. Batuk-batuk kecil pula semakin kerap menyerang dan kesan tonsillitis mula terasa tatkala menelan air liur pun sudah terasa perit sekali dan selera makan hilang sedikit demi sedikit. Ah, ini tanda-tanda demam! Homeostasis badanku sedang diancam!



Setakat ini, tablet paracetamol @ panadol 500 mg menjadi sasaranku. Harapnya, dengan izin Allah, segalanya akan kembali normal dalam masa yang terdekat kerana…kerana aku tak habis buat revision lagi, maa. Huhu, Isnin depan peperiksaan pertengahan semester akan bermula. This would be my last mid-semester exam as an under-graduate student. Pun begitu, aku berdoa agar sakit ini bisa menggugurkan dosa-dosaku dan menjadikan aku lebih dekat kepadaNya. Ameen!


Mengisi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah, mengisi Borang Maklumat Diri (BMD) untuk dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun sudah. Baki lagi, menghadiri temuduga SPA pada 24-26 Februari ini dan menempuhi peperiksaan akhir pada bulan April yang bakal menjelang. Ke tanah manakah bakal tercampaknya aku pada bulan Jun nanti? Ke ‘Tanah serendah sekebun bunga’kah? Atau ke tanah tinggi di bumi nan asing? Nantikan…dan jangan lupa doakan yang terbaik!


P/S: Belum terlewat rasanya utk aku mengucapkan “Alfun mabruuk! Jutaan tahniah buat sahabat-sahabat yang telah terpilih sebagai anggota perwakilan mahasiswa di UIAM Kuantan & UIAM Gombak khasnya, dan seluruh IPT di Malaysia amnya. Semoga kalian dapat menerajui kepimpinan Islam di kampus masing-masing!.” Masa depan yang cerah hanya untuk Islam. Subhaanallah wal hamdulillaahi wallaahu akbar
!