Ibu meraung! mata bapa berair,
Ke alam bahaya aku lahir,
Lemah, bogel & nyaring akut,
Seperti musuh di dalam selimut.
Bergelut kala bapa dukung,
Berusaha melawan bedung,
Terikat dan penat, elok rasaku
Untuk hisap air susu ibuku.
oleh William Blake
terjemahan Ridhwan Saidi
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Isnin, November 09, 2015
Sabtu, September 26, 2015
Subjek Malam Ini Cinta
Subjek malam ini Cinta
Dan begitu juga malam esok,
Malah hakikatnya
Aku tiada topik merdu lain
Untuk kita diskas
Hingga semua kita
Luput!
Hafiz
terjemahan Ridhwan Saidi
Sabtu, Oktober 23, 2010
Retrospektif Bin Filem
Setiap yang berakhir pasti bermula; kami dalam proses mempersediakan diri bagi membentuk sebuah kolektif 10 orang yang lebih padu – Rangkaian Bersepadu Ummah (RBU) – dalam menghasilkan filem-filem panjang.
sinema atuk dan nenek
sinema uncle dan auntie
sinema abang dan kakak
sehingga kita bertemu nanti

Ah Long (2008)
Duration: 2.24 minute
Aspect Ratio: 4:3
Camera: Panasonic Lumix DMC FZ-20
Cast: Ridhwan Saidi
Trivia: Pernah ditayangkan di Youtube, EngageMedia, Filmmaker Anonymous 8.
"...point ini secara pelik melepasi tindakan sosial, tetapi lebih bersifat eksistensialis." - Fadli Al-Akiti

Cekik (2008)
Duration: 3.21 minute
Aspect Ratio: 4:3
Camera: Panasonic Lumix DMC FZ-20
Cast: Nurul Aizam dan Ridhwan Saidi
Trivia: Pernah ditayangkan di Youtube, Maskara Shorties 1.
"Yasmin Ahmad selalu menyebut tentang kenikmatan filem tidak terletak pada pemahamannya, tapi kerasaannya. Terus terang cakap, aku tidak pernah memahami kata-kata itu sehinggalah filem ini muncul..." - Nazim Masnawi

Kaki Lima (2009)
Duration: 13 minute
Aspect Ratio: 16:9
Camera: Sony HDR-AX2000E
Cast: Muhammad Hariry, Zahiril Adzim, Amerul Affendi, dan Fared Ayam
Trivia: Pernah ditayangkan di Vimeo, Fringe Film Fest, Malaysian Shorts, Pancha Delima, atas kapal di Jepun.
"Saya rasa filem awak lagi menarik tanpa manusia." - Amir Muhammad
"Tenang aja aku tengok. I like it." - Mislina Mustafa

Anak Bumi (2009)
Duration: 4.14 minute
Aspect Ratio: 3:2
Camera: Sony CCD-TRV128
Cast: Nadrah Mustafa dan Anna Danielle D'Costa
Trivia: Pernah ditayangkan di Facebook.
"macam fando n lis." - Amirul Ariff

Mautopia (2009)
Duration: 11 minute
Aspect Ratio: 16:9
Camera: Sony DSR-PD170 / Sony CCD-TRV128
Cast: Nadrah Mustafa dan Fazleena Hishamuddin
Trivia: Pernah ditayangkan di Pancha Delima.
"...aku rasa wujudnya unsur domestik yang bijak sekaligus menidakkan ruang lain berikutan tidak wujud rasa yang sama di ruang yang berbeza." - Fasyali Fadzly

Perempuan, Hantu dan Skandal (2010)
Duration: 18 minute
Aspect Ratio: 2.39:1
Camera: Sony DSR-PD170 / Sony CCD-TRV128
Cast: Suraya Jermadi, Amerul Affendi, Harith Hamshah, Fared Ayam, Fazleena Hishamuddin dan Fasyali Fadzly
Trivia: Pernah ditayangkan di Youtube, Pancha Delima, Mimpilem.
"Kalau Tuhan boleh jadi hantu & God boleh jadi dog, apa lagi yang tak boleh jadi di Malaysia?" - Hassan Muthalib

Bila Cinta Sudah Melekat, Tahi Kucing Rasa Cokelat (2010)
Duration: 9 minute
Aspect Ratio: 16:9
Camera: Sony HVR-Z1P
Cast: Suraya Jermadi, Fazleena Hishamuddin dan Mama Afzan
Trivia: Pernah ditayangkan di Vimeo. Diharamkan UiTM.
"The symbolism is sublime." - Fez WS
Ridhwan Saidi
Isnin, September 27, 2010
Pendengar Yang Universal
Di kantin sekolah Seafield, Subang Jaya sekitar tahun 1998.
RS: You suka muzik apa?
SW: I pendengar yang universal, semua boleh.
Aku sentuh tangannya di atas meja.
Di bawah, kakinya mengusap betisku.
Ridhwan Saidi
RS: You suka muzik apa?
SW: I pendengar yang universal, semua boleh.
Aku sentuh tangannya di atas meja.
Di bawah, kakinya mengusap betisku.
Ridhwan Saidi
Rabu, September 01, 2010
Dialog Atas Katil
"Without sex, love would be an error," kata lelaki.
"Without love, sex would be an error," kata wanita.
Ridhwan Saidi
"Without love, sex would be an error," kata wanita.
Ridhwan Saidi
Jumaat, Jun 04, 2010
Namaku Ali Parodi
Namaku Ali Parodi. Aku terkenal di kalangan pencinta seni tempatan. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk aku dikenali ramai, hanya selama beberapa bulan saja. Ini kerana muka-muka yang serupa juga yang akan menghadiri sesuatu pesta keramaian seni itu, namakan saja – teater, lukisan, puisi, muzik, buku, filem, semua aku sokong. ‘Support your local art scene.’ Apa yang perlu aku lakukan hanyalah menempel dan menampakkan muka aku. Aku hanya perlu bersembang mengenai seni secara kritikal dan intelektual bersama mereka, kawan-kawanku. Oh ya, aku berambut panjang. Aku tak berkawan dengan mereka yang berambut pendek. Bagi aku mereka yang berambut pendek ini skema, tipikal, konvensional, klise, pejabatisme dan paling penting ‘tak seni.’ Apa barang rambut pendek!
Namaku Ali Parodi. Suatu malam di sebuah pesta keramaian seni tertutup, aku terlihat seseorang yang tak pernah aku nampak sebelum ini. Aku panggil Joe, “Siapa dia tu? Budak baru ke? Apa dia buat kat sini,” tanya aku.
Joe balas, “Entah, budak baru nak masuk dengan art scene kita ni kot.”
“Kau tengoklah gaya dia,” sindir aku.
Aku dan Joe yang memakai kemeja-t, jeans koyak dan selipar gelak. Tetapi jauh di dalam sudut hatiku, aku cemburu melihat keterampilannya yang dodgy itu. Dia mengenakan baju kebaya putih dengan mini-skirt yang menampakkan paha dan betisnya yang bersih dan langsing. Kaca mata hitam wayfarer di tengah malam buta ini menambahkan lagi kemisterian gadis tersebut. Gadis itu sedang membelek-belek buku-buku perjuangan kiri nusantara dilatari bacaan puisi, diiringi gesekan rebab. Sepanjang malam aku memerhatikan gadis itu, dia berseorangan. Aku menggunakan kamera d-slr dengan telephoto lens aku ini untuk mengambil wajah gadis tersebut. Aku berpura-pura seperti ingin ambil gambar suasana pada malam itu. Ah bukan orang tau pun aku zoom apa.
Namaku Ali Parodi. Aku berada di kedai mamak pasca-pesta keramaian seni untuk sesi puji-memuji di antara kami. Selalunya begitu, tetapi tidak bagi aku malam itu. Aku hanya senyap, sugul. Aku memandang ke bawah sambil menatap wajah gadis itu yang berada di dalam skrin kamera d-slr. Kulitnya putih, dalam foto ini bentuk wajahnya ada iras-iras Audrey Tautou, alah pelakon Amelie tu. Tetapi dari sudut sini pula dia ada iras-iras Juliana Evans, macam patung. Oh dari sini pula seperi Lisa Surihani—garang-garang comel. Walaupun muka Jawa aku ganas, tapi aku rebah bila berhadapan dengan gadis-gadis menarik sebegini. Mencilah…
Namaku Ali Parodi. Aku sedang duduk di atas katilku mengadap MacBook mahu cepat-cepat transfer gambar tadi agar boleh ditatap dengan skrin yang lebih besar. Kemudian, tidak semena-mena serta-merta aku mendapat ilham untuk menulis sebuah puisi. Akan aku tujukan puisi ini buat gadis itu. Ya, aku optimis aku akan bertemu dengan gadis itu sekali lagi nanti.
Bila dan
malaikat syaitan
teguk catat
arak dosa,
Ketika itulah, aku,
akan berhenti mencintaimu.
Namaku Ali Parodi. Ini adalah karya puisi pasca-modenku yang ke-356, walaupun aku baru menulis puisi 2 hari lepas. Tapi tolong, jangan tuduh aku penulis puisi seni. Walaupun groupies aku di kalangan arty-farty dan culture-vulture, aku tidak seni. Aku hanyalah insan biasa yang mahu meluahkan warna-warni perit jerih kehidupanku ke atas kanvas putih yang dipanggil puisi. Aku tak suka plagiat orang, aku gemar cipta karya aku sendiri, tanpa dibiarkan berhawa orang lain. *Senyum.
Namaku Ali Parodi. Puisiku terlipat rapi di dalam sampul surat berwarna pink. Aku berada di sebuah pesta tayangan filem pendek. Aku berharap agar terlihat gadis itu, aku cukup cam gadis itu jadi mustahil aku akan terlepas pandang. Tetapi si dia tidak muncul-muncul, mungkin ada hal bisikku. Aku lalu ke depan untuk bertanyakan soalan semasa sesi soal jawab. Aku perlu bersuara untuk sustain kepopularan aku. Aku kata, “Bagi aku sinematografinya, mise-en-scene-nya, ianya poetic, aku suka! Berikan tepukan kawan-kawan.” Aku tepuk tangan, Joe, Man dan Boy turut serta tepuk tangan. Filem pendek Boy ditayangkan pada malam itu.
Namaku Ali Parodi. Seminggu selepas itu aku menghadiri gig di sebuah kelab malam di ibukota. Tidak seperti tayangan filem yang agak pasif, gig ini lebih aktif dan ramai dirayakan oleh anak-anak muda. Aku yakin gadis itu akan muncul pada malam ini. Sampul surat pink berisi puisiku tersisip rapi di dalam kocek jeans Levi’s big E kepala kain aku. Aku pakai money-shirt Ian Brown dengan kasut takraw Warrior putih yang pernah dipakai oleh M.Nasir, Nasir Jani, Mansur Puteh, Pyan Habib, Ahmad Dhani, Ramli Sarip, dan Iwan Fals. Ini menampakkan unsur-unsur grunge nusantara di dalam keterampilan diriku, tidak seperti budak-budak zaman sekarang yang post-rock belaka.
Namaku Ali Parodi. Semasa sebuah kugiran pop-punk sedang mendendangkan lagu mereka, aku terlihat seorang gadis yang menyerupai susuk gadis itu memakai big nerdy glasses, dengan floral mini-skirt, black leather jacket dan ada imej serigala pada kemeja-t-nya. Rambutnya pendek dan wajahnya bersifat androgynous. Aku beranikan diri untuk mendekati gadis itu. Tiba-tiba seorang lagi gadis dengan penampilan yang serupa lalu di depan aku. Bila aku berpaling, semakin ramai gadis-gadis di dalam kelab malam itu yang memakai big nerdy glasses, floral mini skirt, black leather jacket, t-shirt serigala, berambut pendek dan berwajah androgynous. Aku tertanya di dalam hati, “Mana diorang dapat pakaian ni semua agaknya?”
Kesemua mereka tiba-tiba memandang ke arah aku dan berkata, “F.O.C!”
Namaku Ali Parodi. Telah 30 tahun berlalu pergi. Aku telah menghasilkan 19 buah lagu, 356 puisi, 12 filem pendek, 73 naskah teater, 54 daripadanya dipentaskan, 103 painting (semua abstract expressionist), 7 pameran solo, 9 koleksi fesyen avant garde, 26 video tarian, ex-vocalist kepada band experimental ‘Adik Guard’ dan macam-macam performance art lain. Aku masih kekal dengan scene seni bersama kawan-kawan aku. Bagi aku, kawan aku Joe, Man dan Boy adalah kawan sehidup semati aku. Aku takkan lupakan jasa dan kenangan pahit manis bersama mereka. Kalau korang baca ni, I love you guys so much!!! XOXO *Speechless… Sepanjang 30 tahun itu juga aku tidak lagi bertemu dengan gadis tersebut. Sehinggalah pada suatu petang, ketika pameran solo fotografi aku di Balai Seni Lukis Negara. Aku mempamerkan foto-foto lamaku termasuk foto gadis misteri tersebut.
Namaku Ali Parodi. Aku telah berkahwin, tetapi perkahwinan kami tidak kekal. Mungkin jiwa seni aku terlalu rebellious untuk dineutralkan oleh bekas isteriku yang merupakan seorang pramugari. Atau mungkin aku sebenarnya masih gila angau kepada gadis misteri tersebut. Apapun semasa di pameran foto itu, kelihatan seorang pakcik tua berambut putih beruban panjang mencecah lantai, dibaluti kain kapan putih mengalirkan air mata menatap foto tersebut. Matanya merah. Aku hairan, aku datang dekat, aku tanya, “Pakcik kenal ke perempuan dalam gambar ni?”
“Ini anak perempuan pakcik,” jawab pakcik itu.
“Oh, anak pakcik, kenapa pakcik sedih? Pakcik tahu dia di mana sekarang?” tanya aku curiga.
Pakcik yang menyeramkan ini mengeluarkan sekeping kad merah lalu diberikan kepadaku. Aku tatap kad itu, tertera alamat tanpa nama dan nombor telefon. “Ini rumah…” sedar-sedar pakcik itu sudah ghaib. Aku tergamam.
Namaku Ali Parodi. Ini bukan lagi parodi, ini serius. Apa yang berlaku kepada gadis tersebut 30 tahun dulu? Kenapa pakcik tua itu menakutkan? Ke manakah alamat yang tertera pada kad merah ini? Aku buntu tanpa sebarang jawapan. Satu-satunya kunci yang aku ada adalah kad merah tersebut. Ini semua takkan terjadi kalau aku di-reject terus oleh gadis itu pada malam tersebut. Aku seharusnya lebih berani menegur gadis yang aku suka. Seperti Man, dia acapkali dikecewakan oleh ribuan gadis. Perkara paling teruk boleh berlaku hanyalah kemurungan sementara, emo, kemudian dengar lagu Radiohead atau My Chemical Romance, habis cerita. Tetapi dalam kes aku ini, gadis yang aku jatuh cinta pada pandangan pertama terus ghaib begitu saja. Ini menyesakkan sekaligus menghancurkan ego aku selaku lelaki. Aku jadi gila bayang, ini memalukan.
Namaku Ali Parodi. “Inilah tempatnya,” aku periksa kembali alamat yang tertera pada kad merah itu. Di Jalan Telawi, Bangsar, ianya sebuah Irish pub and restaurant. Semasa aku masuk ianya kosong seperti belum dibuka, aku duduk di ruangan bar. Seorang waitress warga Filipina berpakaian tradisional Ireland dengan buah dada hampir terjojol keluar menghampiri diriku ini lalu meletakkan segelas susu di depanku. Aku hairan, “Aku tak mahu minum susu, aku mahu minum beer,” bisik hatiku. Waitress itu kemudian meletakkan sehelai sampul surat berwarna merah di depanku, dia lalu berlalu pergi. Aku curiga—aku ambil dan buka sampul surat itu. Di dalamnya ada sepucuk nota, tertulis:
Jika Encik Ali Parodi ingin mengetahui apa yang terjadi kepada anak saya 30 tahun lepas, minum susu kambing segar tanpa gula ini.
Namaku Ali Parodi. Aku terasa seolah-olah seperti aku kena prank dengan kawan-kawan aku Joe, Man dan Boy. Tetapi aku tetap kekal cool. Aku tahu ini kerana aku ternampak seperti ada kerdipan lampu merah rekod di belakang sana. Nak kenakan aku konon, huh. Aku syak di dalam segelas susu ini ada seekor lipas plastik untuk mengejutkan aku. Ataupun mungkin mereka mahu aku bertengkar dengan waitress pasal susu ini. Mentang-mentang diorang tahu aku tak minum susu. Aku pandang gelas pint berisi susu kambing segar tanpa gula itu. Aku pegang—aku teguk kesemua susu itu. Sekarang apa? Tiba-tiba aku rasa mengantuk yang teramat sangat. Semuanya gelap.
Namaku Ali Parodi. Sedar-sedar aku sedang berada di salah sebuah pesta keramaian seni. Aku nampak Joe, Man dan Boy di satu sudut. Aku ingin panggil mereka tetapi ada seorang pakcik tua berambut putih beruban panjang mencecah lantai, dibaluti kain kapan putih betul-betul di hadapan aku. Pakcik itu datang semakin hampir dan kemudian merenung ke dalam kedua biji mataku. Lama merenung ke dalam mataku, dia kemudian beransur pergi ke kiri. Aku masih lagi memerhatikan pakcik itu. Dia sedang membelek-belek sebuah painting yang tergantung di dinding. Berpaling kembali ke depan, ada sepasang couple sedang berpegangan tangan. Mereka sedang memandang ke arah kemaluanku. Yang seorang itu memakai big nerdy glasses, floral mini skirt, black leather jacket, t-shirt serigala, berambut pendek dan berwajah androgynous manakala lagi seorang memakai baju kebaya putih, dengan mini-skirt serta kacamata hitam wayfarer. Mereka tersenyum. Aku marah. Tapi aku seolah tidak boleh bergerak, seperti lumpuh. Aku cuba menjerit, tetapi tiada suara yang kedengaran. Aku kalut dan mulai takut. Apa yang berlaku kepada diriku ini? Kenapa mereka perhatikan aku sebegitu rupa? Salah seorang pasangan itu kemudian bersuara, “Apa tajuk painting ni sayang?”
“Sekejap ye, I check,” balas yang seorang lagi.
Tajuk: Ali Parodi
Ridhwan Saidi
Ridhwan Saidi
Sabtu, Februari 20, 2010
Sabtu, Februari 21, 2009
Pseudo-polymath
AKU adalah seorang penulis, pemuisi, pemuzik, jurugambar, blogger, sutradara, produser, seniman, pelakon, feminis, aktivis hak asasi manusia, pencinta flora dan fauna, pereka grafik sambilan, pensyarah sambilan dan model sambilan yang bermastautin di Kuala Lumpur.
Ridhwan Saidi
Isnin, Disember 15, 2008
Dunkelheit (II)
for Kristian Virkenes
I knew, that I will never know youReally-really close
Though I may call you
An honorable blasphemer, Varg
For your sordid act of killing your so-called ‘friend’
Just before you got struck by him
Who was a real coward as you stated
And not long before, before I forgot
The ‘classic’ and bravery act of the 12th Century
Church burning, as you been accused of
Where a wooden classic architectural heritage
Became your burial place
Tore to the unholy ground by the gasoline
A consequence for your raw tormented soul and anger
Who hunger for actions not just babbles
Before it, O the poor church,
Devoured to blackened ashes
Which was a pure symbolic act
Of the sliding if not collapsing
Religious structure under the freezing moon
That shocked the whole country, if not Europe
Dating back sometimes in ’92.
Unlike Euronymous who associated himself as a Viking
While he was actually not, not even an Aryan
Or an American Benton’s with his blah, blah, blah
Attacking the Judeo-Christian believe
While he’s STILL a Jew with nonsense invented cross
Elegantly on his burning-printed forehead
Which do I respond with the long pooooorah!
You were truly walked the talked
As a true rejection of modern society firmly
Which you claimed it as a revolutionary movement
Since ‘modernism’ itself was a creation
Of ‘modern mythology’
Created by the Roman Catholic Church
Of Christianity.
A ‘dangerous’ National-Socialist LEADER, as they called you,
The brainless media bullshit that never has any clue
Plus the childish authority that linking you
With some kind of terrible terrorist group
Like the Neo-Nazi assholes
Or even a Satanist
Which is pure stupid accuse
Since you never like Crowly, as far as I know
And his moronic Church of Satan,
Cause it’s just a coin with two different faces
If compared to the Catholic Church;
In fear of you cursing chaos among your ‘peers’
Pacifist folks in your own country,
And you too, always say never to;
Neither Capitalist nor Communist
Cause you’re actually, for me, like...
A born-again Romantic Pagan Naturalist.
Like a bird flying free
You‘re trying to catch
Your wild imaginations of romantic feeling, freely
In a tiny four walls made from bricks
By living in 18th Century or before
When there was no industrial culture to fit in
That can curse you having a nightmare, maybe
Working in the armpits of night time shift
While here, I stand alone
In my hot humid ‘colorful’ country
Romanticizing the true nature of the tropical climate
Which no longer fresh as breeze, but haze.
Other than that which I respect
Your personal attack on ultra-feminist
A sensuous ‘tribe’ I personally may call them
(As an objection to the foolish patriarchal
male domination maniacs of this rotten world)
Who feels humiliated if they’ve no ‘career’
A proper career, I mean, the ultra-feminist,
Where the prosperity is guarantee,
Just because being the housewife
Caring for their very own children
(If they have any)
Will curse them carrying ‘too much burden’
For the sake of goodness
Of the family;
I personally agreed.
After all, I might not agree with you, Varg
In certain matters, sorry
Because some of your statements were purely racist
Some of it I might say ‘yes, it’s OK’
Cause it worth consider for the second thought
While some others, of course, NOT,
Without just straight believe it all blindly
Like some (or many?) clueless Moslems
Believe in lustful Lebais
Like me, baby.
And before, again and again
I might be damned in the seven pits of hell
By celebrating your sensation as Naturalist pricks
I probably will repent by simply saying,
O Thy Lord, forgive me please!
Mohd Ikhwan Abu Bakar
Sabtu, November 22, 2008
Seorang Prof. menangguhkan filemnya disebabkan kos pembiayaan agak mahal.
Dikatakan antara sebab filem itu mahal adalah kos penyewaan helikopter.
Untuk filem yang hasilnya kebarangkalian sama mutu dengan filem2nya sebelum ini, saya merasakan seolah2 situasi itu sama dengan:
Seorang manusia yang tidak boleh makan mee segeranya kerana tidak mempunyai sudu & garfu emas.
Hazimin Hussein
-July 24, 2008
Jangan Pandang Belakang?
Saya memalingkan muka dari skrin selepas 20 minit.
Hazimin Hussein
-July 24, 2008
Hazimin Hussein
-July 24, 2008
Jika masyarakat kini adalah gedung pasaraya,
kamu boleh membeli rasa hormat dan membayarnya dengan kepuraan.
Hazimin Hussein
-July 8, 2008
p/s: (tanpa diskaun)
Hazimin Hussein
-July 8, 2008
p/s: (tanpa diskaun)
Jiwa Raga
Raga hanyalah bekas yang mengisi Jiwa.
Tiada makna Raga itu jika ia tak mengisi apa,
ataupun ia mengisi Jiwa yang tidak seadanya.
Bagai bakul cantik yang mengisi buah yang tidak baik.
Bagai beg sekolah yang mengisi buku lucah.
Hazimin Hussein
-May 17, 2008
Tiada makna Raga itu jika ia tak mengisi apa,
ataupun ia mengisi Jiwa yang tidak seadanya.
Bagai bakul cantik yang mengisi buah yang tidak baik.
Bagai beg sekolah yang mengisi buku lucah.
Hazimin Hussein
-May 17, 2008
Sabtu, September 27, 2008
Talqin Buat Teman
Telah kau tancapkan layar semangat
Untuk kau harungi di samudera raya
Yang tak mengenal ehsan
Derita sebuah sengsara.
Kalau bulan bisa ngomong!
Kutahu di sudut hatimu
Tersisip seribu rahsia
Yang tak mungkin dimengerti
Oleh seribu jiwa yang lainnya
Dibalik senyuman ragamu
Tersimpan duka nestapa
Yang tak dikesan sesiapa
Menahan peritnya jiwa
Menanggung derita
Seribu rahsia...
Kalau bulan bisa ngomong!
Pernah kau tamsilkan kepadaku
Berjuta impian mulukmu
Harapan setinggi Babel
Untuk menakluk seisi alam
Melalui cereka kehidupan
Yang ingin kau sudahi
Dalam serelung layar.
Kalau bulan bisa ngomong!
Kau keluhi dunia sekelilingmu
Kepadaku yang taat mendengar
Igauanmu soal ketidakadilan
Penuh semangat
Semarak buasnya api
Membakar segudang bunga api
Dan kutahu jiwamu kental
Sekental sumpah Semerah Padi.
Kalau bulan bisa ngomong!
Tapi tak sempat suku abad
Kau berkelana
Kau akhirnya dipanggil
Mengadap Raja sekalian raja
Meninggalkan aku
Dan seisi alam buana.
Kuratap hiba
Pemergianmu
Dengan restu
Dari dunia ini
Ke dunia sana
Kerana hanya itu
Yang kumampu.
Namun aku pasti
Ada rajawali
Yang menantimu di sana.
Kalau bulan bisa ngomong!
Mohd Ikhwan Abu Bakar
p/s: genap lima purnama berlalu, namun masih lagi terasa…
Untuk kau harungi di samudera raya
Yang tak mengenal ehsan
Derita sebuah sengsara.
Kalau bulan bisa ngomong!
Kutahu di sudut hatimu
Tersisip seribu rahsia
Yang tak mungkin dimengerti
Oleh seribu jiwa yang lainnya
Dibalik senyuman ragamu
Tersimpan duka nestapa
Yang tak dikesan sesiapa
Menahan peritnya jiwa
Menanggung derita
Seribu rahsia...
Kalau bulan bisa ngomong!
Pernah kau tamsilkan kepadaku
Berjuta impian mulukmu
Harapan setinggi Babel
Untuk menakluk seisi alam
Melalui cereka kehidupan
Yang ingin kau sudahi
Dalam serelung layar.
Kalau bulan bisa ngomong!
Kau keluhi dunia sekelilingmu
Kepadaku yang taat mendengar
Igauanmu soal ketidakadilan
Penuh semangat
Semarak buasnya api
Membakar segudang bunga api
Dan kutahu jiwamu kental
Sekental sumpah Semerah Padi.
Kalau bulan bisa ngomong!
Tapi tak sempat suku abad
Kau berkelana
Kau akhirnya dipanggil
Mengadap Raja sekalian raja
Meninggalkan aku
Dan seisi alam buana.
Kuratap hiba
Pemergianmu
Dengan restu
Dari dunia ini
Ke dunia sana
Kerana hanya itu
Yang kumampu.
Namun aku pasti
Ada rajawali
Yang menantimu di sana.
Kalau bulan bisa ngomong!
Mohd Ikhwan Abu Bakar
p/s: genap lima purnama berlalu, namun masih lagi terasa…
Jumaat, September 12, 2008
Monolog Seorang Monotheist
Perginya Pak Samad dan keberadaan di katil hospital membawa duka berganda.
Izinkan saya bermonolog.
"Aku ingin tiup angin,
hembus-hembus tak putus.
Biar ia bawa duka,
Jauh-jauh dari jiwa."
Hazimin Hussein
p/s: ditulis di katil hospital dengan paru-paru ditebuk lubang (tapi hatinya girang!)
Izinkan saya bermonolog.
"Aku ingin tiup angin,
hembus-hembus tak putus.
Biar ia bawa duka,
Jauh-jauh dari jiwa."
Hazimin Hussein
p/s: ditulis di katil hospital dengan paru-paru ditebuk lubang (tapi hatinya girang!)
Langgan:
Catatan (Atom)