Memaparkan catatan dengan label Harapan Ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harapan Ramadan. Papar semua catatan

19 Julai 2011

Lambaian Ramadan al-Mubarak

Salam sayang kepada semua blogger.
Dah lama rasanya tak mengemas kini blog kesayangan aku ni. (Memang dah lama sesangat!) Bukan apa sibuk dengan keje-keje yang tak pernah habis. Mengedit, mencetak.. begitulah keje aku seharian.. yang melambatkan dan yang paling melemahkan otak ialah keje-keje pengiraan. Biarpun menggunakan komputer.. tapi masih melambatkan keje-keje aku dalam menyiapkan Laporan Tahunan.. Lalalala! (cuma menenangkan jiwa yang semakin serabut dek kerana date line/ death line semakin hampir).

Menyediakan design kad raya dan tahun ni disedondonkan dengan sampul duit raya cukup menguji jiwa dan raga. Macam-macam maklum balas diterima tatkala sudah sampai proses untuk mengeluarkan PO. Nape la tak cakap awal-awal kan memudahkan keje aku.. (Dah settled semuanya.. alhamdulillah..) Mengenangkan hari ni dah pun 17 Syaaban 24 Syaaban 1432 Hijrah, maka terasa lambaian Ramadan makin menghampiri.. Puasa ganti masih berbaki, namun harap-harap dapat melunaskannya pada minggu ni. Sekejap aje masa berlalu, moga Ramadan tahun ini memberikan seribu keinsafan dan keberkatan dalam hidup. Semoga Ramadan tahun dapat memberi sinar baru untuk semua insan di muka bumi ini.. Amin..

Harapan Ramadan yang tidak pernah pudar...

Moga segala amalan diterima Allah

Harapan Ramadhan
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...

Ku tempuh jua

(Sumber gambar dan lirik: Google)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy