31 Mac 2011

Kejayaan Andrew Abishigam

Salam sayang untuk semua rakan blogger.
Sebenarnya aku nak menulis entri ni dah lama, tapi tak berkesempatan. Seperti biasa ayat klise yang sudah muak untuk didengar "Sibuk le, takde masa, banyak keje, bla.. bla.." Kali ni aku nak bercerita tentang sebuah rancangan tv yang mempunyai nilai prestij tersendiri (ni pendapat aku). Bagi orang lain aku tak tahu. Aku sebenarnya tidaklah mengikuti setiap episod, tapi selalu mengikuti episod ulangan. Rancangan ASTANA di Astro Ria. Ala rancangan yang membawa kak Anita Sarawak sebagai pengacaranya tu. Memang teruja abis tengok rumah-rumah mewah dengan dekorasi mewah. Ermm.. bila agaknya dapat memiliki rumah yang seba mewah tu? Dah mula nak berangan-angan ni..

Sebenarnya, aku paling teruja pada episod di rumah baru Andrew Abishigam. Pada awal rancangan aku tertanya-tanya siapakah dia yang mampu memiliki kediaman mewah 4 tingkat ni? Masa rancangan ni dibuat, rumah ni masih dalam pembinaan. Bahagian yang paling aku terujua sekali ialah ruang parkir kereta. Kalau jenamanya orang kaya, macam-macam boleh buat. Oleh sebab ruang parkirnya yang terhad, dia menggunakan teknolgi terkini dalam pembinaan ruang parkir, menggunakan sistem ala-ala James Bond lagaknya. Hahaha.. entah nak guna istilah ape untuk sistem parkir mcm tu. Kiranya parkir ni memberi kemudahan kepada pengguna, tak perlu undur kereta bersusah payah (reverse) sebab parkir tu boleh berputar (istilah sendiri ni) ala-ala roda impian gitu!

Inspirasi untuk Kejayaan
 Bila pengacara dibawa melawat ruang untuk tetamu ala-ala guest house yang terpisah nun di pinggir bukit. Cantiknya pemandangan. Kiranya mcm resort. Bila masuk ke bilik yang menyimpan koleksi baju-baju, kasut dan beg tangan lagi le nak tercabut mata melihat. Kalau orang macam aku ni boleh tengok aje la, nak membeli mungkin boleh tapi yang bukan ori le mcm di Petaling Street atau di pasar malam aja la. Koleksi baju yang ditempah mengikut design Chris Abishigam (isteri). Bila tengok koleksi baju tu baru aku teringat, famili ni pernah masuk dalam rancangan Nona @ TV3, birthday's party anak perempuan dia di Palace of Golden Horses. Kalau nak baca lebih lanjut mengenai party ni ade kat sini http://findarticles.com/



Setelah dicari-cari serba sedikit tentang Andrew Abishigam ni. Kalau anda nak tahu dia merupakan Lembaga Pengarah Kelab Pemilik Ferrari Malaysia (KPFM). Aduh! bukan calang-calang orangnya. Selain itu beliau merupakan Pengarah Syarikat X2 International Imagix Experts. Kalau nak cari di facebook ada di sini www.facebook.com/X2-International-Imagix-Experts/  . Syarikat ni memang syarikat gergasi kot.. Daripada pencarian di google aku kongsikan serba sedkit berkenaan syarikat ni.

History:
X2 specializes in the organization and management of International Corporate Launches and Special Events on a turnkey basis. Formed in 8-8-88, we have the most comprehensive and up-to date database of creative concepts, ideas and production expertise in the industry. The Director are the founders of the industry in Malaysia and are looked upon as leaders in this field. Malaysia's No 1 Launch Experts


Product and Services:
Our operations range from offering conceptual planning to execution stages of an entire event. Our services include: International Corporate Launches / Event Management/ Branding Special Events / International Conferences Stage Design & Construction / Electronic Motorized Backdrops 3D Full Color Animated Graphic Laser Systems Multi-Image Audio-Visual Systems Special Effects / Sound & Lighting Systems Professional Photography / Corporate Video Presentations Press & Media Relations / Electronic Media Coverage Entertainment Consultants / International Performing Artistes We have worked extensively with several International Agencies in Malaysia including Bozell Worldwide, Bates Malaysia, Leo-Burnett, O & M to name a few. We have also organized, managed and executed several International events successfully in Asia i.e.; Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapore & Hong Kong.

Melihat kepada kemewahan yang dimiliki menjadikan kita bersemangat untuk terus berusaha mencapai cita-cita. Rancangan ini memberi inspirasi untuk kita semua.
"Kalau tak dipecahkan ruyung, mana dapat sagunya"


30 Mac 2011

"Kecoh" Dalam Jual-Beli Durian

Salam kepada semua blogger.
Dah lama benar rasanya tak menerbitkan entri baru. Kesibukan yang terlampau mematahkan niat aku untuk mencoretkan serba sedikit cerita untuk teman-teman blogger. Lagipun minggu lepas, aku terbang ke Negeri Bawah Bayu. Bukan bercuti ye, tapi bekerja, hari Jumaat sampai Ahad aku kat sana. Aku sampai kat rumah pun dah petang pun. Bila dah sampai rumah, rutin biasa pada masa kini mestilah bersiap-siap untuk menghantar timun-timun yang dah dipetik. Aku nampak Encik Suami dah packing 8kg per plastic. Ada dalam 70++kg nampaknya. Pukul 5.30 petang keluar rumah, dlm pukul 6.40 dah abis le keje-keje menjual timun tu di kedai-kedai terpilih.

Habis cerita bab timun tu pada hari Ahad. Pada hari Isnin pulak, aku mengambil cuti ganti. Bila dah cuti, konon-konon dapat merehatkan badan le, tapi mesti jadi di sebaliknya pulak. Anak-anak pun mengambil kesempatan bila tahu mamanya bercuti. Pagi-pagi bersiap untuk menghantar Kakak dan Angah ke sekolah. Hantar aje, balik mcm biasa naik van ye anak-anak. Sekali lagi petang tu meneruskan rutin menjual timun. Tapi tak banyak sgt le. Balik dari menjual timun, Encik Suami sibuk nak membeli durian. Banyak pulak durian sekarang ni.. Musim agaknya. Aku pun turut sibuk semasa Encik Suami nak membeli durian. Sorry to say la aku memang susah nak percaya kepada penjual durian di mana-mana jua. Pengalaman lama membuatkan aku memang cerewet bila membeli durian.


Jangan tertipu dengan kecantikan luaran

Kali ni Encik Suami membeli. Dia kalau bab-bab membeli ni dia tak cerewet. Aku paling tak suka kalau si penjual durian tu yang pilih. AKu pelanggan, aku yang nak beli so biarlah aku pilih sendiri. Kali ni Encik Suami "terkena". Awal-awal lagi aku dah nampak si penjual durian tu mengambil buah yang tak elok. Memang taktik le, sengaja dipusing bahagian buruk ke bawah. Pastu kalau kita nak suruh bukak dia akan bukak kat tempat yang dia dah tahu isi yang konon-konon elok. Ha, ni aku memang marah. TOLONG JANGAN KECOH. Kecoh dalam bahasa Utaranya KECOH=TIPU. Kalau nak berniaga, janganlah menipu. Memang hari ni hari kita (pelanggan), tapi esok-esok kita tak tahu. Memang sekarang ni musim durian tengah banyak boleh la nak menipu, tapi esok-esok takut perniagaan kita tak mendapat berkat langsung gulung tikar siapa tahu.

Memang aku marah sgt dengan penjual durian tu. Pandai guna taktik. Balik rumah daripada 6 biji durian yang dibeli, 2 biji aje yang boleh dikategorikan sebagai elok. Ape ke *#** nya berniaga mcm tu? Dulu memang aku takut kalau nak argue ngan penjual durian, tapi sekarang aku tahu aku ada hak dalam memilih yang terbaik bagi nilai RM yang dikeluarkan. Hahaha.. (cuba menenangkan hati yang marah sgt kat penjual durian tu!). Dek kerana makan durian yang entah apa-apa tu, semalam Encik Suami sekali lagi membeli durian. Kali ni memang sedap dan elok-elok buah durian tu.. Tapi sayang Encik Suami tak sempat makan pun.. Semalam Encik Suami dah terbang ke Kota Bharu dan akan bekerja seperti biasa, dua minggu lagi baru balik. (Episod sedih makan durian bersama anak-anak dan bibik).

Moral of the story, kalau nak berniaga janganlah menipu. Memang kalau "kecoh" boleh untung besar.. Tapi tak ke mana-mana pun untung tu kalau berniaga tak berkat. Luahan rasa terhadap Peniaga Durian sekitar kawasan umah aku senang cerita la di kawasan Sungai Buloh. Tolong ambik perhatian ye.. Mana yang baik dijadikan teladan, yang buruk tu kita jadikan sempadan. Sokong JUJUR, tolak KECOH!

Kita berhak menentukan yang terbaik!

22 Mac 2011

Berbudi pada Tanah Memang Berhasil!

Salam untuk semua blogger di Malaysia mahupun di luar negara.
Aduh! masa terlalu cepat berlalu. Nak update dgn entri baru tak sempat-sempat. Semua orang ada 24 jam, tapi kenapa la aku ni tak cukup2 masa? Tak cukup masa atau tak manage masa dengan baik? Ahaks! Tepuk dada tanyalah minda. Sebenarnya minggu lepas sibuk dengan urusan balik kampung. Ermm..mak dan abah nak balik ke kampung. Sunyinya tak dengar suara mak dan abah (Dengarlah luahan hati anak tunggal ni. Hehehe tetiba emosi!) Takpe mak dah abah dah janji nak datang lagi lepas raya nanti (Lambat lagi la..). Mak mentua aku ikut balik ke Penang jugak. Dia nak gie rumah ipar duainya di Keladi, Kulim.

Hari Ahad dah bertolak balik ke KL. Encik Suami dok teringat kat kebun timunnya yang ditinggalkan sejak hari Khamis. Konon-konon awal le dari Sg. Bakap pukul 9.30 pagi. Gie ambik mak mertua kat Kulim lagi. Sembang punya sembang sampai pukul 11.00 jugak le nak keluar dari Kulim. Belum dikira sesat sikit mencari highway nak balik KL. Hehehe..Aku memang surender ngan jalan kat area Kulim, yang aku tau jalan sampai Junjong aje. Dah berputar satu round di Pekan Kulim baru jumpa highway. Tengok2 jumpa jalan ke Mengkuang Damn. Hish2 dah ada highway rupanya kat sini. Nampak pulak exit Kubang Semang. Mcm familiar aje nama tempat ni..

Adoi, di highway kereta berderet-deret. Nasib baik tak jammed. Singgah di R&R Tapah. Ramainya orang, ermm kami makan dan solat kat sini. Sampai Sg. Buloh dah 3.30 petang. Hujan turun lebat, jadi kami bersidai-sidai kat umah mak mentua dulu. Lepas setengah jam kami pun balik ke rumah. Apa lagi memulakan operasi memetik timun. Ermm.. banyaknya hasil hari ni.. 64kg. Aku dan Encik Suami menjualnya di sekitar Kuang dan Tasik Biru. Misi menjual habis sekitar pukul 7.00 petang. Alhamdulillah..

Sibuk mengutip hasil timun

Berganding bahu dengan Encik Suami

Inilah hasil untuk hari ini 64kg

Segar-segar dari kebun



Pemandangan kebun pada hari ni. Hijau yang menyegarkan!


16 Mac 2011

Hasil Pertama Timun

Salam kepada semua blogger.
Pada waktu entri ni dipos, Encik Suami dan anak-anak keluar menjual timun. (dah sejam lebih pun).. Encik Suami petang tadi baru sampai ke rumah setelah dua minggu bekerja. Menurut bibik aku, petang tadi mak mertua aku singgah ke rumah selepas balik kelas mengaji. Dia bagitau ade orang nak beli timun, kawannya yang menjual nasi lemak. Prospek bagus ni kata hati aku. Berbunga-bunga hati aku ni. Menurut bibik lagi banyak dah timun yang boleh dipetik di belakang rumah. Eh, ye ke? Baru hari Jumaat lepas (11 Mac) ade sebiji timun aje yang tersesat (sebiji timun dah besar pun), yang lain masik kecik-kecik lagi (sebesar jari hantu).

Aku ape lagi, dengar2 ade orang nak beli timun, cepat aje mencari Encik Suami yang tengah bersembahyang Asar. Niat aku ditangguhkan sekejap sejurus ternampak Encik Suami sedang berdoa. Selesai aje Encik Suami mengerjakan sembahyang, cepat-cepat aku menyuruh dia menelefon balik maknya konon2 nak confirm betul2 berapa kilo timun yang dipesan oleh kawannya. Encik Suami dengan gaya slow and steady baru nak ke belakang. "Mama, boleh bersabar tak?" Padan dgn muka aku.. Dah tahu Encik Suami tu rimas agaknya dengan sikap kelam kabut aku. Tak bercakap banyak dah, aku kembali menyambung keje2 memasak di dapur. Kalau Encik Suami ade, aku kena masak le. Kalau dia takde dua minggu, tiap-tiap hari aku beli kat kedai aje (Mithali la konon bia Encik Suami ade). Alamak dah pukul 6.50 petang. Tak dapat le aku tengok Kejora dan Bintang (saluran Astro Ria) hari ni.

Kelibat Encik Suami dan anak-anak dah tak nampak. Ke belakang agaknya mengutip hasil pertama tanaman timunnya. Mesti dia happy sebab usahanya berjaya. Ingat ke 2 minggu lagi baru boleh tuai hasil, rupa-rupanya dah boleh tuai hari ni. Aku selesai masak ngam2 7.30 petang. Kejora dan Bintang abis pun. Aku menyibukkan diri ke belakang rumah. Nak tengok le jugak hasil pertama timun tu! Memang berbangga sungguh melihat hasilnya. Timun yang segar-segar dah dipetik. Dapat dua baldi. Tahniah! Encik Suami. Aku harap Encik Suami semakin bersemangat dengan kegiatan pertanian yang diusahakannya (monolog dalam hati: Harap-harap jgn pulak kejayaan ni menjadi alasan kukuh utk Encik Suami berhenti kerja, belum masanya). Kejayaan ni menjadi penyuntik semangat untuk aku meyakini bahawa Pertanian adalah Perniagaan.


Ini timun. Tengok tu pekerja Encik Suami sempat memberi senyuman

Buah pertama pada hari Jumaat lepas

Gambar ni aku ambik pada hari Ahad (13/3) petang, masa hujan lebat

Kakak berpeluh-peluh dengan baldi pertama hasil timun

Adik dengan baldi kedua (mood sedih sbb kena marah)

Gambar-gambar eksklusif pada hari ni






Informasi terkini (10:00 malam) Encik Suami dah balik. Selamat menjual timun-timun tadi. 18kg semua tu. Banyak jugak ye..

Dah Sediakan Payung ke?

Salam untuk semua blogger especially yang sudi singgah di blog BicaraQaseh.
Hari ni pagi-pagi masa on the way ke opis sudah menempuh hujan yang lebat. Semalam balik pun sebahagian perjalanan tu hujan lebat. Memang sejak dua minggu ni hujan aja. Bukan mengeluh tetapi bersyukur sebab kalau terlampau panas pun tak selesa jugakkan? Hujan ni memberi rahmat kepada semua penduduk muka bumi terutama yang menjalankan kegiatan pertanian. Musim kemarau menyebabkan tanaman kering kontang dan para petani gelisah dengan hasil tanaman yang tidak menjadi.
Aku bukan apa, sekadar nak berkongsi cerita mengenai aktiviti pertanian yang diusahakan oleh Encik Suami di belakang rumah kami (tahniah ye sebab berjaya mengusahakan tanaman timun). Sebulan yang lalu suami aku telah meneroka dunia pertanian (dunia baru baginya). Daripada membiarkan tanah di belakang rumah kosong ditumbuhi lalang dan hutan rimba ada baiknya memanfaatkan sumber. Alhamdulillah daripada pembacaan, perkongsian pengalaman, pertukaran idea dan sebagainya, projek yang diusahakan oleh Encik Suami nampaknya berhasil. Cuma sebulan yang lepas, tanaman timun tu nampak macam tak menjadi dek kerana cuaca panas ditambah pula dengan faktor tanah mcm tak sesuai iaitu berpasir. Aku sendiri pun sedikit kecewa bila melihat pokok-pokok timun tu mati dan terpaksa disemai semula. Alhamdulillah, memanjatkan kesykuran kepada Allah dengan mengurniakan hujan, dapatlah pokok-pokok tu tumbuh menghijau dan srgar bugar. Mungkin seminggu lebih lagi dapat dituai hasil pertama timun tu. Hari ni Encik Suami balik dari pelantar minyak, mesti dia tersenyum bangga melihat pokok-pokok timunnya tumbuh meninggi dan telah mengeluarkan hasil sepeninggalannya selama dua minggu di laut.
Berbalik kepada cerita hujan ni, suka la aku nak mengingatkan kepada semua termasuk diri aku sendiri.. Kalau masa kecik-kecik dulu masih aku ingat musim hujan atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh memang ada masa-masanya. Selalunya musim tengkujuh melanda pada hujung tahun. Selalu kita dengar negeri-negeri di sebelah Pantai Timur khususnya akan dilanda banjir yang teruk pada musim tengkujuh. Kini keadaan dah berubah. Hujan turun tak menentu. Dengar-dengar Kota Raya Kuala Lumpur dah dilanda banjir. Terlopong semua penduduk bandar melihat kereta rosak dek kerana banjir kilat. Kalau di kampung-kampung banjir ni merosakkan harta benda dan rumah. Kini istilah musim tengkujuh tidak dapat diduga. Oleh itu, kita perlulah berwaspada selalu. Dulu kalau musim tengkujuh akan datang, sama seperti musim perayaan la. Semua mesti disediakan awal-awal. Semua orang sibuk membeli keperluan harian, buat penyimpanan stok kat rumah. Daripada cerita munsim tengkujuh ni aku suka nak highlight perkara penting yang perlu kita lakukan:
  • Sediakan payung sebelum hujan (ni untuk semua tidak kira pemandu kereta, berjalan kaki dan sebagainya)
  • Pakai baju hujan (rain coat bagi budak-budak yang ke sekolah, penunggang motosikal, dan yang seangkatan dengannya)
  • Jangan biarkan anak-anak bermain hujan (anak-anak zaman sekarang tak mcm anak-anak zaman dulu, budak sekarang kalau bermain hujan mudah kena demam dan yang lebih teruk mesti dihanyutkan arus banjir yang deras tu!)
  • Memandu kenderaan dengan jarak selamat dan sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik
  • Sentiasa menyediakan lampu suluh atau lilin di rumah (hujan akan disertai kilat dan guruh yang mengakibatkan blackout)
Semoga kita beringat-ingat dan berpesan-pesan dengan perkara kebaikan.

Hujan lebat menjejaskan penglihatan pemandu di jalan raya
Sediakan payung di mana jua anda berada!
Baju hujan mengingatkan kenangan zaman persekolahan dulu!



15 Mac 2011

Botol Susu Memberi Ancaman Nyawa!

Salam kepada semua blogger terutama kaum ibu yang singgah di laman blog kesayangan aku ini.
Pagi-pagi dah dengar berita yang tak berapa enak untuk didengar. Mesti semua para ibu terpanggil untuk memasang telinga dan mata betul-betul dengan berita pengharaman botol polikarbonat pada Mac tahun depan (2012). Kenapa tahun depan ye? Aku pun tak terkecuali cuak dengan lead article di Berita Harian pada pagi ni. Mana tidaknya, puteri bongsu masih menyusu menggunakan botol. Tapi kalau dilihat gambar yang disertakan ni tentu anda dapat membezakakan yang mana satu botol polikarbonat. Pada pandangan mata kasar aku botol polikarbonat lebih lutsinar, kalau jatuh nyaring sikit bunyi daripada botol bukan polikarbonat. Rasanya harga botol jenis polikarbonat lebih murah di pasaran. Di sini aku petik beberapa perenggan daripada Berita Harian berkenaan bahaya botol polikarbonat untuk bayi dan kanak-kanak.


Botol polikarbonat sebelah kanan
INFO
Bisphenol A (BPA)
Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian      03-88833652/ 3653/ 3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my
Ibu bapa berhak menentukan pilihan terbaik untuk anak-anak.

14 Mac 2011

Tsunami di Jepun, Kenaikan Harga Barang di Malaysia

Salam kepada semua blogger.
Hari ni pagi-pagi tadi terdengar di corong radio kegemaranku mengenai larangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada peniaga agar tidak menaikkan harga barang ekoran kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun. Aduh! Apa kisahnya ni? Kenapa pulak nak naikkan harga barang sedangkan Jepun bukanlah pengeksport terbesar barangan harian ke negara kita? Asal ada bencana, nak naikkan harga barang. Asal ada perayaan, nak naikkan harga barang.
Sebelum aku membebel ke episod seterusnya, aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan takziah kepada penduduk Jepun yang dilanda tsunami pada hari Jumaat (11 Mac 2011) lepas di samping sanak-saudara dan kaum keluarga di Malaysia yang kehilangan orang tersayang kerana berada di negara matahari terbit itu. Tiga wilayah iaitu Miyagi, Iwate dan Aomori, teruk dilanda gempa bumi di Tokyo. Berikutan itu amaran tsunami telah dikeluarkan di beberapa buah Negara termasuk Filipina, Indonesia, Papua New Guinea dan Fiji.
Menurut Datuk Seri Ismail lagi dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, , ia berbeza dengan kenaikan harga barangan seperti bawang merah, bawang putih dan kentang baru-baru ini yang disebabkan negara pengeluarnya iaitu China dan beberapa negara Eropah dilanda banjir dan bencana alam. Sekarang dah sah-sah Jepun bukan penyumbang terbesar dalam mengeksport barangan harian. Jangan pulak lepas ni ada peniaga yang SENGAJA naikkan harga barang dengan alasan tsunami di Jepun. Kita sebagai pengguna jangan terpengaruh khabar-khabar angin serta cakap-cakap kosong dan termakan bulat-bulat kata-kata peniaga yang sememangnya mahu UNTUNG.
Fenomena yang melanda dunia pada masa kini jangan dilihat sebagai pembalasan Tuhan kepada umat-Nya sebaliknya kita perlu menginsafi diri dan melafazkan kesyukuran kerana negara kita aman damai, berdoa agar kita dapat menghirup udara yang segar tanpa perlu berasa gusar dengan kejadian yang tidak diingini. Amin ya rabbal 'alamin.

Secebis kenangan pahit, peristiwa tsunami di Jepun pada 11/03/2011
Tsunami bukan alasan menaikkan harga barang-barang keperluan harian

Pengguna berhak menentukan pilihan sendiri!

(Sumber gambar: Google Images)



Customer Always Right!

Salam kepada semua rakan blogger.
Memulakan hari Isnin dengan semangat yang tinggi. (tinggi ke?) Cuti sekolah dah pun bermula, jalan hari ni pun lengang sikit. Senang sikit Kancil merah aku nak lalu sikit. Hari ni kongsikan sedikit cerita pada minggu lepas. Konon-konon nak update cerita le ni. Minggu lepas minggu yang boleh dikategorikan sebagai minggu yang terlalu sibuk. Hari Isnin dan Jumaat aje yang lapang sikit. Hari Selasa sibuk dengan Majlis Penyerahan ISO 9001:2008 di Institut Integriti Malaysia (IIM). Hari Rabu dan Khamis sekali lagi ke IIM untuk menghadiri Kursus Aduan dan Maklum Balas Pelanggan.

Kursus ni dikendalikan oleh trainer dari SIRIM. Memang best jugak la. "Customer Always Right" dan "Customers is King" tak le valid sangat pada masa kini. Walau bagaimanapun organisasi perlu melihat aduan dan maklum balas pelanggan sebagai elemen penting untuk memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan kecekapan pelaksanaan sistem dalam konteks MESRA PELANGGAN. Dalam kursus ni juga, peserta telah didedahkan cara-cara menangani aduan dengan efektif. Rupa-rupanya tanggungjawab yang ada kini di Unit Komunikasi Korporat tidak boleh dipandang remeh.

Dalam banyak-banyak perbincangan yang dibuat dalam kursus ini, kakitangan yang khusus dalam menerima dan menangani aduan pelanggan memang perlu diwujudkan. Kalau aku memang "out" le, tapi tugas tu aku ambik jugak, takkan nak dibiarkan telefon terus berdering. Takkan nak biarkan pelanggan datang mengadu kat opis. Balik-balik aku mesti jawab kat pelanggan yang datang, NAPE DATANG? TELEFON KAN SENANG.. Boleh ke jawapan mcm tu? Hehehe.. nak jadikan standard soalan le ni. Key word penting yang aku dapat dalam kursus ni ialah Menangani Aduan Pelanggan dengan Sabar. Menjadi Pendengar yang Setia. Maklum Balas yang Positif. Menangani Aduan yang Valid sahaja.

Saya Anne Hussin melaporkan dari IIM untuk anda.
Terima kasih Encik Nazim Harun, Pusat Pengurusan Kualiti
dan Perusahaan SIRIM Berhad
Aduan dan maklum balas pelanggan tanggungjawab kami
Kami akan memastikan setiap aduan dan maklum balas pelanggan
ditangani dengan cekap dan mesra pelanggan

11 Mac 2011

Inderapura di Pekan

Salam kepada semua blogger.
Minggu yang memenatkan hampir berakhir esok, esok bagi minggu ni aje. Minggu depan cerita lain pulak. Sibuk dengan keje yang tak pernah abis-abis. Mingu ni memang tak sempat nak memaparkan entri baru, cuma Selasa lepas sempat menerbitkan satu entri sempena Hari Wanita. Hari ni nak bercerita dan berkongsi pengalaman dengan rakan blogger tentang kesibukan keje pada minggu lepas. Sibuk? Sibuk sangatkah? (sendiri fikir sendiri tahu).
Minggu lepas sibuk ngan keje2 urgent. Nak confirm design utk beg, buku nota dan pen bagi Majlis Pelancaran Transformasi Usahawan AIM 1Malaysia. 2 minggu lepas jugak ramai yang kena menghadiri kursus kompetensi di Taiping. Aku biasa le sentiasa panik bila nak benda urgent tapi PO (Purchase Order) tak dapat dikeluarkan dek kerana masih tak pasti di pihak aku, orang lain dan seangkatannya.. Cuba berlagak mcm semuanya dapat dibereskan dalam masa yang terdekat. Menggunakan kepercayaan pembekal untuk membuat design dulu sebelum PO dikeluarkan. Dalam hati tu Tuhan saja yang tahu, kalau PO tak dapat dikeluarkan, sape nak tolong aku bayar semua barang tu dengan harga berbelas ribu tu. Alhamdulillah, semua berjalan agak lancar. Terima kasih kepada pihak pembekal yang sentiasa mempercayai organisasi kami. Jasa kalian tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Terima kasih jugak kepada rakan sekerja yang sudi menolong aku biar dalam apa keadaan sekali pun.
Majlis tu berlangsung di Pekan, Pahang pada 5 Mac 2011 (Sabtu). Aku and the geng dah bertolak ke sana pada hari Khamis..Barang-barang yang banyak tu terpaksa dimasukkan ke dalam lori 1 tan yang disewa last minutejugak tu. Kami (aku dan 3 rakan sekerja yang tak sama jantina) menaiki van. Malam jugak la sampainya sebab dah petang bertolak dari KL. Nak dijadikan cerita, kami sedikit blur pada masa tu mencari tempat penginapan yang telah ditempah tu tak jumpa. Menggunakan logik akal, kalau ada Taman Inderapura, resort tu mesti kat kawasan sekitarnya anggapan kami le. Rupanya meleset jangkaan kami tu.. Kat Taman Inderapura ada Indera Sempurna Resort! Ermm. berputaq-putaq kami mencari, rupa-rupanya kami terlepas papan tanda yang kami dah lalu 2x tu! Hampeh betul. Kengkawan yang baik hati pulak suka la menyakat dengan HANTU KAK LIMAH, sebab hari dah malam dan aku sorang pulak tu! Nasib baik takde Kak Limah, Ayu atau Cik Nin yang melawat aku masa kat sana.
Kami stay kat Inderapura Lake Resort. Majlis tu berlangsung kat di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah. Lebih kurang 10 atau 11km dari resort nak ke dewan tu. Majlis berlagsung dengan jayanya berkat sokongan semua warga kerja. Seronok tengok Sahabat-sahabat AIM mendapat Anugerah Sahabat Usahawan AIM. Aset yang dimiliki hasil daripada perniagaan dijalankan mencecah jutaan ringgit. Bila agaknya aku nak dapat pendapatan mcm tu? (Berangan aje la). Majlis ni turut menampilkan usahawan tanah air yang tersohor. Antaranya Dato' Zainuri Zain, Pengarah Eksekutif Nuriz Group, Dato' Che Ismail, Pengarah Urusan Restoran Rebung dan Hajah Noraini Ahmad, Pengarah Urusan Noraini's Cookies (nama sama mcm aku. hehehe!). Memng seronok la dengar pengalaman mereka dari susah sampai berjaya mcm sekarang. Ni yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar nak menjadi usahawan. Tapi nak jual apa? Kena cari business yang belum orang buat.. NAK MENIAGA APA NI?

Sibuk la kononnya tu si baju pink tu..
Mata tu dok tengok kuih ke bihun agaknya
Kalau nak kenduri-kendara buleh tempah beg dari saya ye..
Bersama Dato' Zainuri (Nuriz Cosmetic)
Hajah Noraini Ahmad - Noraini's Cookies
Bersama Dato' Chef Ismail, Pengarah Urusan Restoran Rebung

8 Mac 2011

Hari Wanita ke-100

Salam kepada semua blogger teristimewa kepada pengunjung setia Blog BicaraQaseh.
Sejak kebelakangan ni memang tak menang tangan melaksanakan tugasan yang sentiasa ada, sentiasa banyak dan tak pernah habis-habis. Dek kerana tugasan menyebabkan aku tinggalkan blog kesayangan aku ni buat sementara waktu. Aku harap blog ni terus mendapat tempat di hati blogger. Banyak kisah nak dikongsi, banyak cerita nak dikhabarkan tapi masa, masa oh masa. Memang tak sempat. Aktiviti menarik pada minggu lepas aku tangguhkan dulu. Nantikan entri baru aku tu dalam sehari dua lagi ye..

Hari ni aku nak ambik kesempatan sempena HARI WANITA ke-100 (hari ini 8 Mac 2011) nak ucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua terutama wanita yang paling dekat dan hampir dengan aku dan sentiasa di hati aku. Mestilah mak dan mak mertua aku. Selamat Hari Wanita mak (untuk mak aku yang telah melahirkan aku ke dunia, telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang, dan sentiasa mendakan kebahagiaan untuk aku sehingga kini) dan untuk mak mertua (sentiasa menjadi mak yang outstanding, sporting, dan sentiasa memberi ilmu-ilmu berguna untuk aku).

Tahniah kepada semua wanita yang telah menjadi srikandi buat keluarga, agama, bangsa dan negara. Tikdak kira status atau darjat, Wanita tetap Srikandi sepanjang zaman. Hari ni peranan wanita semakin berat dan mencabar. Bergelar ibu, bergelar isteri dan memegang jawatan sebagai wanita bekerjaya. Tahniah kepada semua wanita, memang betul kata pepatah "Tangan yang menggoncang buaian boleh mengegar dunia". Aku nak bawakan pelbagai kemudahan yang telah disediakan kepada wanita. Pada tahun lepas telah dilancarkan gerabak khas (koc) untuk penumpang wanita KTM Komuter pada 28 April 2010. Pada tahun lepas juga iaitu pada 2 Disember 2010, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) telah memperkenalkan bas wanita. Alhamdulillah segala kemudahan ini memberi keselesaan kepada wanita yang menggunakan perkhidmatan awam. Terima kasih kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil atas keprihatinan beliau kepada wanita-wanita.

Konklusinya, kita sebagai wanita perlu berasa bangga. Bangga menjadi isteri, bangga menjadi ibu, bangga bergelar wanita bekerjaya, bangga mendidik anak-anak, bangga membuka mata dunia untuk melihat kepentingan wanita dalam instutisi kekeluargaan, masyarakat mahupun negara. Selamat Hari Wanita!

Koc Wanita KTM Komuter

Selesa dan Selamat


Bas Wanita
Terima kasih atas perjalanan yang selesa dan perkhidmatan yang istimewa ini

(Sumber gambar: Google Images)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy