Friday, December 10, 2010
Sekian Lama Menyepi..
Sampai satu masa, aku dah kering idea nak menulis dalam blog ni..Dengan Facebook pun jarang nak bukak..By the way, thanks to those who keep telling me to update=).. I'll do my best, wish me luck ;-)
Tuesday, July 27, 2010
Tiada rehat buat aku
Nampaknya, 24 jam aku ni dah terlalu padat..sampaikan blog aku ni dah ditinggal berpuaka..puaka pun tak singgah kot..sori la bro mazhad..xdan nak komen..hari ni baru baca, tp tk komen lagi=)
nway, sekarang ni aku tgh praktikum kat SK Bukit Gelugor..bertambah lagi tanggungjawab aku..skrg ni fokus aku pada sekolah dan kerja..x dapat nak buat benda-benda lain.. ni aku selitkan beberapa gamba budak2 kelas aku..
Tengah wat mathematics kat pokok...
Kat court pun boleh wat jugak..
Ni bukan dendaan, tapi ni aktiviti..Math in the Garden .. aku just apply teori yg aku blaja dalam kuliah dulu..Seornok gak tgk dorang lari nak jawab soalan maths..Sapa kata Maths tk best??
myMetro | Berunding selesai masalah
Sekian lama menyepi, kini kembali dengan satu isu...klik dan baca..
Monday, June 7, 2010
Ceritera baru..
Memperkenalkan..
Si Persona Gedabak plak duk berkhidmat untuk aku..ni dia...
Ni sebelum pasang tinted..baru 6 hari..
Dah 7 hari, tengah pasang tinted..
Sorry, xde niat nak menunjuk..just nak berkongsi cerita saja..yang terasa, harap maaf..so, sekarang ni aku kena kerja lagi keras ar nk bg nafkah kt bini baru aku ni..dan yang penting, doakan aku selamat di jalan raya..
Saturday, June 5, 2010
Cuti..Cuti.Cuti..
Yessss...
Cuti mula lagi..dan plan aku cuti ni nak LEPAK dengan parent aku..and adik-adik aku..
tapi, kerjaku tetap seperti biasa..=(
takpa laa..demi anak murid..
Dannn...
Selamat bercuti semua..gunakan masa lapang sebaik mungkin..ingatlah orang yang tersayang..
Ceritera Sang Cenonet..
Dah 3 tahun DIA berjasa..
dan DIA yang PERTAMA...
* Bawa aku ke mana saja tanpa banyak meragam...
* Kuala Lumpur, Padang Besar, seluruh Penang..
* Dan hari-hari ke tempat aku bekerja..
'TERIMA KASIH '
Viva Cenonetku
Monday, May 24, 2010
Isu Pendidikan
Berita yang aku baca hari ni...
Empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru

- Memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah
- Mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan
- Mempergiatkan sumbangan bekas pelajar
- Mewujudkan persatuan pesara guru
Konsep ‘masyarakatkan pendidikan’ tak perlu kos tambahan
KUALA LUMPUR: Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan.
Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta mewujudkan persatuan pesara guru.
Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap pelaksanaan konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.
“Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran.
“Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guru selama ini,” katanya kepada Berita Harian.
Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah.
Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial.
Dalam konteks ini, katanya, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman.
“Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni.
“Satu lagi langkah berkesan ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua’ atau bekas pelajar di sesebuah sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama,” katanya.
Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

Sumber ; Berita Harian
Komen aku :
Apa pun, diharapkan dapat memberi sumbangan buat semua, terutamanya guru dan murid tu sendiri..Dah macam-macam perubahan yang kerajaan buat..Paling mengejutkan aku, pasal Lesen Perguruan.. Nasib tak dilaksanakan..
Subscribe to:
Posts (Atom)