Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Januari 19, 2014
RINTIHAN ANAK?
Tak selesa bersama keluarga angkat
Kuala Lumpur: “We are sad.. we need mummy and daddy. We miss them so much.. Please come back to us, we can’t live without them. (Kami sedih... kami perlukan mummy dan daddy. Kami terlalu rindukan mereka. Tolonglah kembali kepada kami, kami tidak boleh hidup tanpa mereka).
Itu kata-kata yang diluahkan dalam Facebook Aisyah, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal yang ditahan polis Sweden sejak Disember lalu.
Aisyah, 14, memuatnaik gambarnya dan tiga lagi adiknya, Ammar, Adam dan Ariff yang kelihatan murung ketika dalam kenderaan awam.
Mereka yang berusia antara tujuh hingga 14 tahun diuruskan Jabatan Kebajikan Sweden, kini ditempatkan di sebuah rumah keluarga angkat sejak ibu bapa mereka ditahan pihak berkuasa Sweden pada 14 Disember lalu.
Ketika berita mengenai nasib Azizul Raheem dan Shalwati yang ditahan kerana didakwa memukul seorang anak mereka yang tidak bersolat disiarkan BH pada 15 Januari lalu, nasib empat anak pasangan itu tidak diketahui, susulan pihak kedutaan Malaysia tidak dibenarkan bertemu mereka.
Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Sweden akhirnya buat pertama kali memberi kebenaran kepada pegawai kedutaan Malaysia untuk bertemu empat anak pasangan suami isteri itu semalam.
Sejak pasangan terbabit ditahan 14 Disember lalu, tiada wakil dari kedutaan Malaysia di sana dibenarkan bertemu dengan keempat-empat beradik itu dan pihak kedutaan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk kebenaran mengadakan pertemuan.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan, empat anak pasangan warga Malaysia itu, menyatakan tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat berlainan agama di Sweden.
Anak sulung pasangan itu, Aisyah, berkata beliau dan tiga adik lelakinya berusia 7, 11 dan 12 tahun, ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu.
Aisyah berkata, mereka tidak gembira dengan keadaan dalam rumah berkenaan.
“Kami tidak gembira kerana keluarga angkat bela anjing.
Keluarga angkat juga makan makanan tidak halal, walaupun kami tidak diberi makanan itu, tetapi kami berkongsi pinggan mangkuk yang sama,” katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi semalam.
Aisyah berkata, mereka juga berulang kali menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia secepat mungkin, namun tidak dibenarkan pekerja khidmat sosial.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Januari 17, 2014
Sandiwara gugurkan Azmin: Siapa betul? PKNS atau Khalid bercanggah!
Siapa berbohong? Itulah persoalan yang timbul apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengesahkan penamatan jawatan Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 November lalu yang disahkan pada 4 Disember.
Kenyataan PKNS itu ternyata bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mendakwa keputusan pengguguran Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan dibuat kerajaan negeri, sebaliknya oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.
Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd. Sidek berkata, kuasa melantik Ahli Lembaga Pengarah adalah di tangan MMKN yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid dan bukan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.
"Merujuk kepada isu jawatan Azmin sebagai ahli perbadanan PKNS yang dilaporkan di media, PKNS ingin mengesahkan bahawa kami telah mengutus surat bertarikh 8 Januari 2014 kepada Azmin bagi memaklumkan tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan MMKN pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.
"PKNS juga memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli perbadanan adalah di tangan MMKN dan bukan di tangan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Abdul Khalid menafikan pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS mempunyai kaitan dengan pemilihan parti yang dijadual berlangsung Mei ini.
Beliau berkata, pengguguran Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa daripada jawatan tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan politik selain mendakwa kerajaan negeri pada peringkat awal tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
Ini kerana katanya, keputusan tersebut bukan dibuat oleh kerajaan negeri sebaliknya dibuat oleh Othman dan kerajaan negeri menerima keputusan pengguguran Azmin selepas itu.
Sebelum ini, Azmin dilaporkan mengakui tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS menerusi satu surat yang diterima pada 10 Januari lalu.
Walau bagaimanapun, pengguguran Azmin itu dilihat mencetuskan rasa tidak puas hati pemimpin PKR Selangor apabila Setiausahanya, Amirudin Shari menerusi laporan sebuah portal berita menuntut penjelasan daripada Abdul Khalid mengenai perkara itu.
Menurut Amirudin, pengguguran Azmin dibuat tanpa memaklumkan kepada mereka walaupun kongres tahunan parti pada Oktober lalu memutuskan semua pelantikan politik termasuk penggantian dan pengguguran perlu mendapat sokongan parti.
Suara Politik
Belantan
Tindakan kerajaan negeri Selangor tidak masuk akal?
Pengasas penubuhan GiatMara Selayang, Profesor Datuk Dr. Badaruddin Nordin (kanan) berkata sesuatu kepada Sohaimi Shahadan (dua dari kiri) mengenai status GiatMara berkenaan di Selayang, dekat Kuala Lumpur, semalam.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan tindakan kerajaan negeri Selangor mengarahkan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru ditutup sebagai tidak masuk akal.
Beliau berkata, arahan penutupan GiatMara tersebut merupakan satu penindasan terhadap orang Melayu, sekali gus menutup peluang rakyat negeri itu untuk mendapatkan hak pendidikan.
Katanya, tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyerahkan tapak GiatMara itu kepada sebuah syarikat penyelenggaraan kapal terbang hanya bermotifkan keuntungan perniagaan semata-mata.
Difahamkan tujuan tanah seluas satu ekar (0.4 hektar) itu diambil bagi membuka sebuah pusat membaik pulih pesawat, namun alasan itu tidak masuk akal langsung kerana tanah di situ hanya berkeluasan setengah ekar (0.2 hektar).
Tanah itu juga jelas tidak sesuai untuk aktiviti itu kerana berdekatan dengan kawasan perumahan dan tempat riadah. Persoalannya, sudah tidak ada tanah lain ke di negeri Selangor ini?," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas arahan kerajaan negeri Selangor berhubung penutupan GiatMara Taman Selayang Baru yang dibuat melalui satu surat Pejabat Tanah dan Daerah Gombak kepada pengurus pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) bertarikh 2 Disember lalu.
Difahamkan, pengurusan GiatMara itu diminta berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember lalu hingga 10 Disember depan atas alasan tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, Sohaimi berkata, tindakan penutupan institusi pendidikan di negeri pembangkang bukan pertama kali berlaku dan rakyat seharusnya membuka mata terhadap sikap kerajaan itu yang kononnya mengutamakan kebajikan rakyat namun bertindak sebaliknya.
Jelas beliau, agenda kerajaan pembangkang amat jelas untuk memenangi hati golongan bukan bumiputera dan kapitalis dengan menghalang usaha membantu melahirkan lebih ramai golongan Bumiputera yang berkemahiran.
Dalam hal ini, saya sangat kesal kerana wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Templer gagal membela nasib orang Melayu yang tertindas di situ dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya bertanggungjawab dalam perkara ini," tegasnya. - UMO
Suara Politik
Belantan
Ungku Aziz nafi tulis puisi 'kangkung' ?
Tokoh akademik, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid (gambar) semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.
Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ungku Aziz berkata, beliau tiada masa untuk melakukan perkara tidak berfaedah itu.
“Itu satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu... saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.
“Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam itu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan Perdana Menteri dan saya boleh katakan ia adalah zalim,” katanya.
Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik berkenaan, susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, Ahad lalu.
Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: “Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit, tak sedar akar terendam air parit”.
Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata, dakwaan bahawa petikan itu hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana selepas sekian lama terbabit dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.
Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata, beliau tidak berhasrat berbuat demikian.
“Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku. Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini,” katanya. - BERNAMA
Suara Politik
Belantan
Khamis, Januari 16, 2014
Kerajaan terlalu lama berlembut?
Kerajaan digesa mula bertindak sekarang bagi menangani penggunaan isu kalimah ALLAH dalam kitab Bible yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Pendakwah bebas, Mohd Kazim Elias Al Hafiz berkata, kerajaan sudah terlalu lama berlembut dan berdiplomasi berhubung perkara tersebut sehingga golongan bukan Islam, khususnya Kristian, mula mendesak agar kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible mereka.
Mohd Kazim berkata, desakan golongan itu jelas melanggar perlembagaan negara kerana ia melibatkan kesucian umat Islam dan kesucian ALLAH itu sendiri.
“Kalimah ALLAH ini sebenarnya tidak ada dalam kitab Bible mereka. Yang ada hanyalah perkataan ‘god’ atau ‘yahweh’. Jadi gunalah perkataan ‘god’ atau ‘yahweh’ itu sahaja berbanding kalimah ALLAH yang hanya khusus kepada umat Islam.
“Kita juga kena ingat, selama ini mereka jarang menggunakan bahasa Melayu dalam upacara-upacara di gereja. Jadi, kenapa yang sibuk-sibuk nak guna kalimah ALLAH sedangkan selama ini kekok untuk bahasa Melayu?
“Justeru, dalam isu-isu sebegini, khususnya yang melibatkan soal keselamatan, agama, dan ketenteraman awam, kerajaan tidak boleh berlengah atau memberi ruang masa yang terlalu lama untuk bertindak. Ini akan beri kesan yang tidak elok kepada negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah Peringkat Risda Negeri Perak, di sini, semalam.
Katanya, Mohd Kazim berkata, wujud pendapat yang mengatakan sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, golongan kafir telah menggunakan kalimah itu.
Katanya, penggunaan kalimah ALLAH oleh golongan kafir pada ketika itu salah dan jauh bertentangan dengan ajaran Islam.
“Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk bawa pengajaran sebenar kepada mereka. Tanggapan bahawa ALLAH ada anak dan Nabi Isa itu jelmaan ALLAH tidak betul.
“Oleh sebab itulah Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk perbetulkan keadaan dan membawa pengajaran yang sebenarnya, ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Januari 15, 2014
Nampaknya ada 'tangan ghaib' cuba lenyapkan GiatMara Selayang?
Apa nak jadi ni! ingatkan sudah dah reda. Tapi masih berlarutan. Tak habis-habis soal pendidikan mahu dipolitikkan di Selangor.
Terbaharu, kerajaan negeri dikatakan telah mengarahkan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru ditutup akhir tahun ini.
Arahan penutupan itu tindakan kedua dilakukan oleh kerajaan negeri membabitkan pusat GiatMara di Selangor selepas penutupan GiatMara di Merbau Berdarah, Sabak Bernam yang dilaporkan pada pertengahan 2012.
Selain arahan penutupan pusat latihan kemahiran itu di Sabak Bernam, kerajaan negeri dikatakan meminta pula Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjelaskan tunggakan sewa bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membabitkan hampir RM100,000.
Walhal, penulis difahamkan ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor sebelum 2008, tiada sebarang sewa dikenakan ke atas agensi itu. Ini atas prinsip kerjasama membangunkan pendidikan dan modal insan di negeri ini.
Realitinya, banyak janji dalam bidang pendidikan di Selangor tidak pernah tertunai. Malah, ia 'terhumban' lagi. Orang Melayu di Selangor pasti terkedu melihat tindakan terbaharu kerajaan negeri Selangor ini.
Sejak kerajaan pakatan pembangkang memenangi Selangor Mac 2008, bukan saja banyak masalah yang timbul, malah semua agensi ingin dipolitikan. Ini termasuk institusi pengajian tinggi.
Rakyat Selangor pasti tidak akan lupa bagaimana peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) kini Universiti Selangor, kerana campur tangan politik.
Pernah Unisel menghadapi kerugian berjuta-juta ringgit ekoran kemerosotan jumlah pendaftaran baru pelajar ke universiti itu. Akibatnya, ibu bapa berasa tidak selesa untuk menghantar anak-anak mereka ke universiti itu berikutan pengaruh fahaman politik yang menguasai kampus dan pentadbirannya.
Demikian juga kita tak lupa nasib anak-anak Selangor sekitar 2012 yang mendapat tajaan Yayasan Selangor yang ditempatkan di Asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr. Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Ia susulan tindakan pihak pengurusan Yayasan Selangor mahu merobohkan kedua-dua asrama itu dan membangunkan tapak asrama itu bagi projek komersil.
Itu belum termasuk lagi dari aspek pengagihan bantuan kewangan kepada sekolah di Selangor.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mendapat peruntukkan sebanyak RM6 juta, Sekolaj Rendah Agama juga RM6 juta dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hanya diperuntukan sebanyak RM4 juta.
Atas alasan apa agihan ini diberi tidak sama rata jika benar pakatan pembangkang mengutamakan keadilan, sedangkan Sekolah Tamil di Selangor mempunyai 97 buah berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 109 buah dan Sekolah Rendah Agama 500 buah.
Dahulu, ketika Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hendak bina kampus UiTM di Serendah, ditolaknya oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pelbagai alasan. YBK 'dilanyak kiri dan kanan' hanya kerana tidak mahu menuruti permintaan Abdul Khalid supaya melantik beliau sebagai bos.
Akhirnya rakyat Selangor rugi besar apabila kampus UiTM itu berpindah ke Melaka.
Dengan penutupan GiatMara di Taman Selayang Baru ini, adakah disebabkan 'permainan tangan-tangan ghaib' untuk melanyak pendidikan anak Melayu? Kenapa Pas senyap?
Dahlah membisu seribu bahasa dalam isu kalimah Allah di Selangor, soal GiatMara pun masih lagi sedemikian rupa.
Mana perginya pejuang-pejuang 'pakatan rakyat' yang prihatin? Mana pergi ADUN-ADUN Pas yang heboh dengan 'Negeri Berkebajikan' yang dilaung-laungkan itu?
Suara Politik
Belantan
Takut disaman, Tian tarik semula fitnah terhadap UMNO?
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini menarik balik kenyataan fitnahnya yang mengaitkan UMNO dengan kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lalu.
Beliau turut melahirkan rasa kesal atas dakwaan yang dilemparkan terhadap parti politik itu seperti yang disiar dalam artikel bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO' dalam portal berita PKR, KeadilanDaily.com bertarikh 1 Mac tahun lalu.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menarik balik kenyataan fitnah itu sebagai penyelesaian kes saman yang dikemukakan oleh UMNO terhadapnya dan Editor KeadilanDaily.com, Fazallah Pit serta penulis artikel, Aisha Geoffrey.
Saman fitnah itu yang sepatutnya dibicarakan hari ini dan Rabu, difailkan pada 15 Mac 2013 menerusi Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh.
Penyelesaian kes saman itu dibuat menerusi penghakiman persetujuan yang direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini.
Terma lain yang terkandung dalam penghakiman tersebut ialah Fazallah dan Aisha bersetuju menarik balik artikel tersebut serta-merta daripada portal berkenaan.
Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun hadir mewakili UMNO dan peguam William Leong mewakili Tian Chua, Fazallah dan Aisha yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Tiada sebarang arahan dibuat oleh mahkamah berhubung kos.
Sementara itu di luar mahkamah, Tian Chua sekali lagi mengulangi rasa kesalnya berhubung dakwaan itu.
"Artikel ini memberi implikasi terhadap UMNO namun bukan niat saya hendak mengaitkan UMNO dan bersetuju demi mengelakkan kekeliruan, KeadilanDaily.com akan menarik balik artikel ini,'' kata beliau.
Dalam pernyataan tuntutannya, UMNO selaku plaintif mendakwa Tian Chua membuat kenyataan tersebut selepas ditemu ramah oleh wartawan portal itu.
Plaintif menyatakan, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud, UMNO merancang insiden pencerobohan di Lahad Datu, UMNO pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan UMNO sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden tersebut.
Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, plaintif mendakwa, reputasi UMNO terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif dan mengakibatkan pertumpahan darah serta tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang diisytiharkan milik Malaysia sejak sekian lama.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Januari 14, 2014
Zuraida Mak Lampir Naik Meroyan Azmin DiSingkirkan Dari PKNS?
Susulan pengguguran Timbalan Presiden PKR sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan satu memorandum untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu akan diserahkan kepada presiden parti, esok.
Menurutnya, melalui satu mesyuarat yang telah diadakan semalam bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor, memutuskan tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggugurkan Mohamed Azmin dalam PKNS.
Beliau berkata, mereka sependapat menyatakan prestasi Mohamed Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS adalah baik dan tidak wajar digugurkan.
"Kita telah adakan mesyuarat semalam bersama pentadbiran negeri, memang kita tak bersetuju Azmin digugurkan, kita mahukan penjelasan proses pengguguran itu dilakukan daripada menteri besar.
"Azmin mempunyai prestasi yang baik dalam PKNS... kita juga putuskan akan menghantar satu memo kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membantu mendapatkan penjelasan daripada menteri besar pada esok, dalam mesyuarat biro Pusat," katanya disini hari ini.
Tambahnya, keputusan pengguran Mohamed Azmin itu juga dakwanya, tidak dibincangkan bersama pimpinan negeri itu.
"Kita tak setuju... keputusan Abdul Khalid itu (ada berbincang), kena tanya beliau, kita tak setuju," katanya.
Mohamed Azmin dimaklumkan mengenai perkara ini pada Khamis melalui panggilan telefon, menurut sumber dalaman parti. Mereka berkata bahawa Azmin tidak diberi masa untuk berbincang mengenai kemungkinan lanjutan tempoh perkhidmatan beliau.
"Dia menerima panggilan pada hari Khamis dan mendapat surat yang memberitahunya bahawa dia tidak lagi diperlukan dalam PKNS pada hari berikutnya," kata sumber berkenaan.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas adakah pengguguran Mohamed Azmin itu membuktikan pemimpin itu tidak sependapat dengan menteri besar dan cara untuk singkirkan pemimpin nombor dua parti itu, Zuraida berkata perkara itu perlu merujuk Abdul Khalid.
"Perkara itu kena merujuk menteri besarlah," katanya dalam keadaan tertawa.
Selain itu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata isu pengguguran Mohamed Azmin daripada PKNS itu tidak akan menjejaskannya dalam pemilihan parti itu yang akan diadakan pada Mei depan.
"Tak akan mempengaruhi Azmin, dia ada kekuatan tersendiri, tak akan menjejaskan," tegasnya.
Suara Politik
Belantan
Sudah Tiba Masanya PM Perlu Penasihat Baharu?
Adakah ini salah seorang penasihat Perdana Menteri?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disarankan agar mengambil penasihat baru bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan beliau.
Jelas pada masa ini kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga perlu diketepikan sama sekali.
PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat.
Kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.
Kini, setiap kata-kata kerajaan BN menjadi satu bahan gurauan dan momokan rakyat sehingga dilihat sukar untuk kembali meraih semula sokongan daripada rakyat!
Rakyat sebenarnya sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, namun oleh kerana mereka (rakyat) berada dalam keadaan marah sudah pasti mahu mencari mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka.
Oleh itu, kegagalan BN mengoptimumkan penggunaan jentera parti memberikan penerangan kepada rakyat akan memberi padah besar kepada BN sendiri!
Renong dan fikirkanlah...!!!
Suara Politik
Belantan
Isnin, Januari 13, 2014
MJMM buat laporan polis, kecam MB Khalid Ibrahim?
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) mengecam tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat lebih mengutamakan kepentingan politik daripada melindungi kesucian agama Islam.
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, perkara itu jelas dilihat apabila Abdul Khalid mengeluarkan dua arahan baharu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dua arahan tersebut ialah memulangkan Bible yang dirampas di Petaling Jaya baru-baru ini dan mewajibkan agensi itu memaklumkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco- exco kerajaan negeri sebelum membuat apa-apa serbuan.
"Tindakan Abdul Khalid itu juga bertentangan dengan aku janjinya untuk memelihara dan melindungi kesucian Islam ketika mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini," katanya.
Beliau ditemui selepas membuat laporan polis berhubung tindakan Abdul Khalid mengeluarkan dua arahan baharu kepada JAIS dan kedegilan Pengarang The Herald, Lawrence Andrew berhubung isu penggunaan kalimah Allah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, dekat sini hari ini.
Abdul Rani dalam pada itu turut mengutuk sekeras-kerasnya sikap melampaui batas Andrew yang dilihat tidak menghormati perasaan dan sensitiviti orang Islam.
"Andrew harus segera menarik balik kenyataannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan gereja Katolik di Selangor dan memohon maaf kepada umat Islam supaya isu ini tidak menimbulkan pertelingkahan kaum," katanya.
Sementara itu, Khalid wajib letak jawatan MB!
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai orang Islam wajib meletakkan jawatan berikutan kegagalannya melaksanakan aku janji untuk memelihara dan melindungi kesucian Islam ketika mengangkat sumpah di hadapan sultan sebelum ini.
Bekas Setiausaha Pembangunan Integrasi Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohammad Fairus Khairuddin berkata, Abdul Khalid dilihat tidak lagi layak menjadi pemimpin di negeri ini kerana gagal menggunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya untuk memelihara kesucian Islam.
Menurutnya, jika tanggungjawab sebesar itupun tidak mampu dipikulnya maka rakyat khususnya orang Islam berhak menolaknya sebagai pemimpin nombor satu di Selangor.
"Bukan setakat soal akujanji di depan Sultan Selangor tetapi yang jauh lebih besar adalah tanggungjawabnya dengan Allah," katanya di sini hari ini.
"Kalau sebesar itupun gagal dipertahankan dan tidak mampu menggunakan kudrat untuk memelihara Islam maka sudah sampai masa serta wajib untuk dia meletakkan jawatan," katanya di sini hari ini.
Semalam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan Abdul Khalid yang mengeluarkan dua arahan baharu kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIS) jelas bertentangan dengan aku janji beliau iaitu mahu memelihara kesucian dan keagungan Islam sebagai agama rasmi negeri dan kepercayaan umatnya daripada diganggu gugat mana-mana pihak.
Dalam hubungan itu kata Noh, Abdul Khalid sepatutnya membela JAIS yang merupakan sebuah agensi menjaga kesucian agama Islam di negeri ini dan bukan melakukan sebaliknya.
Mohammad Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang memberitahu, apa juga alasan yang diberikan oleh Abdul Khalid berhubung arahan terbaharu kepada JAIS itu apabila membabitkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dianggap tidak lagi relevan.
Jelasnya, tindakan penguatkuasaan JAIS terhadap Persatuan Bible Malaysia berikutan kenyataan Pengarang The Herald, Lawrence Andrew supaya semua gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan adalah tepat untuk memelihara kesucian dan syariat Islam.
"Tidak perlu lagi JAIS diberikan arahan-arahan baharu yang kelihatan bodoh kerana mereka menjaga kesucian dan maruah Islam terutama dalam aspek akidah.
"Arahan baharu yang dikeluarkan Abdul Khalid nyata memperlihatkan sikap tidak matangnya dalam memelihara syariah," tegasnya.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Januari 12, 2014
Kerajaan PKR gagal pertahan Islam di Selangor...!!! Kedegilan BSM mahu guna kalimah Allah cabar kesabaran umat Islam?
Walaupun memahami kemarahan umat Islam berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan sudah termaktub dalam undang-undang negeri Selangor bahawa Bible versi Bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah tidak boleh diedarkan di negeri itu, Persatuan Bible Malaysia (BSM) tetap berdegil.
Kelmarin, Presiden BSM, Lee Min Choon yang seolah-olah tidak mempedulikan perasaan umat Islam menyatakan persatuan itu tetap akan mengedarkan kitab tersebut yang mempunyai kalimah Allah di Selangor walaupun ia bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 di negeri tersebut.
Lebih dikesalkan, Min Choon juga dengan sewenang-wenangnya menegaskan, Bible telah menggunakan kalimah Allah sejak 200 tahun lalu iaitu sebelum enakmen itu diwujudkan lagi dan menyifatkan enakmen berkenaan sebenarnya hanya mewujudkan keadaan yang kompleks.
Sememangnya buat kali kedua, perasaan umat Islam dipancing dan hati mereka bagaikan disiat-siat kerana 48 jam sebelum itu, Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew turut berdegil dengan mempertahankan pendiriannya meminta gereja-gereja di Selangor menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.
Hebat sekali, dua individu ini, mereka dilihat seolah-olah mahu mencabar kesabaran umat Islam dalam berhadapan isu kalimah Allah. Mereka sama sekali tidak mempedulikan kemarahan umat Islam, tidak mengendahkan titah Sultan Selangor dan menolak ke tepi peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Kita akui memang dalam perkara 10 yang dipersetujui oleh Kerajaan Pusat yang membenarkan import, penggunaan dan pencetakan Bible versi bahasa Melayu di negara ini, tetapi ia ada batasnya. Ini memandangkan 10 perkara itu bukan undang-undang apatah lagi Perlembagaan. Mahu tidak mahu 10 perkara itu tetap terikat dengan undang-undang sesebuah negeri.
Begitu jugalah di Selangor, oleh itu kenapakah BSM masih berdegil mahu mengedarkan Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah di negeri tersebut? Kenapakah BSM tidak mahu mematuhi undang-undang sedia ada? Kenapakah mahu berdegil sehingga ia boleh membangkitkan kemarahan umat Islam?
Mungkin BSM akan marah jika ada pihak mempersoalkan apakah mereka mempunyai niat tertentu sehingga sanggup mengambil tindakan yang dilihat meminggirkan titah Sultan Selangor dan mengenepikan enakmen sedia ada.
Kalau mereka tidak mempunyai apa-apa niat kenapakah masih mahu mempertahankan satu tindakan yang mereka sendiri ketahui ia akan memancing emosi umat Islam?
Sebenarnya, pendirian BSM dan ditambah pula dengan kedegilan Andrew hanya akan mengeruhkan keadaan. Isu penggunaan kalimah Allah ini boleh diselesaikan secara harmoni jika BSM dan Andrew tidak menunjukkan sikap keras kepala mereka.
Apa yang menjadi persoalan, kenapakah BSM berkeras dan Andrew berdegil? Apakah motif mereka? Jika kedua-dua pihak itu merasakan tindakan mereka akan disokong oleh pihak tertentu khususnya daripada parti politik tertentu maka umat Islam juga berhak bangkit untuk menentang kedegilan mereka.
Malah mereka juga tidak boleh marah dengan ketegasan JAIS. Atas sebab itulah, jabatan itu tidak harus tunduk dengan apa juga tekanan terutamanya berhadapan dengan BSM. Jabatan itu harus terus tegas melaksanakan usaha bagi menjaga kesucian Islam dan akidah umat Islam.
Biarlah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan dan mengeluarkan arahan berdasarkan perhitungan politik tetapi JAIS mempunyai tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam.
Namun BSM harus diperingatkan bahawa umat Islam tidak pernah melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti bukan Islam termasuklah penganut Kristian. Oleh itu belajarlah untuk memahami sensitiviti orang Islam sebelum keadaan menjadi bertambah parah.
Kedegilan BSM tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, sebaliknya ia hanya akan mengakibatkan keharmonian kaum dan agama di negara ini terjejas, apatah lagi di Selangor yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Kepada umat Islam pula, bersatulah dalam menghadapi isu kalimah Allah ini. Janganlah sampai kita menjadi seperti mana sabda Rasulullah SAW, biar pun umat Islam itu ramai namun ia umpama buih-buih di lautan sahaja.
Suara Politik
Belantan
Giliran Sin Chew Daily pula bidas Guan Eng?
Kini giliran akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily pula membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian kereta jenama mewah jenis Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasmi.
Menerusi tulisan Tay Tian Yan seperti dipetik dalam akhbar versi online berbahasa Inggeris di http://www.mysinchew.com, tindakan itu dilihat bertentangan dengan langkah berjimat cermat yang 'dilaungkan' Guan Eng sebelum ini.
Tegas penulis, perkara itu termasuk 'ikrar' pemimpin berkenaan yang akan menggunakan penerbangan kelas ekonomi, selain kritikannya terhadap kerajaan negeri Terengganu mengenai pembelian beberapa kereta mewah.
"Sudah tentu beliau (Guan Eng) tidak pernah berhenti menghentam pihak lain dengan dakwaan membazir, boros, angkuh dan menipu dalam banyak ucapan umum.
"Kerja keras ahli politik tidak seharusnya dianugerahkan dengan S-Class (kereta mewah). Anugerah yang sepatutnya daripada rakyat adalah sokongan dan undi mereka dan ini perlu diperoleh melalui usaha pragmatik, bukannya kata-kata manis yang kosong," jelas penulis.
Dalam perkembangan sama, penulis menggesa Guan Eng supaya berhenti membuat perbandingan berhubung tindakannya itu dengan pihak lain.
"Kamu (Guan Eng) diundi kerana rakyat memikirkan kamu cukup berbeza daripada Barisan Nasional (BN) dan jangkaan rakyat terhadap kamu cukup tinggi," katanya sebagai peringatan.
Penulis kemudian menyelitkan 'cerita' langkah penjimatan oleh Datuk Bandar London, Boris Johnson yang sehingga kini masih menggunakan basikal untuk ke pejabatnya.
Begitu juga dengan langkah bekas Datuk Bandar London, Ken Livingstone menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan di bandar.
Suara Politik
Belantan
Tun M Cadang Wujud Semula ISA Tangani Puak Pelampau...?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.
Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.
"Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 'Hello On Two', yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di sini, Khamis.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketegangan antara kaum berikutan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lalu.
Beliau berkata sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)2012 (Sosma) tidak digunakan, adalah lebih baik negara tidak mempunyai undang-undang sedemikian.
Sehubungan itu, Dr Mahathir menasihati segelintir rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti agama atau menyakitkan hati orang lain.
"Sekiranya rakyat terus bertelagah, mereka akan menjadi seperti rakyat di negara lain, yang akhirnya akan saling membunuh sesama sendiri. Ini tidak adil untuk mereka yang tidak terlibat dalam kontroversi ini," katanya.
Dalam rancangan itu, Dr Mahathir berkongsi pendapat dan rahsia termasuk rutin harian, falsafah perniagaan, dan rahsia kesihatan yang membuatkan beliau sentiasa sihat dan bertenaga pada usia 89 tahun.
Beliau turut menamakan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber inspirasi beliau, kerana kagum dengan kesabaran dan kehebatan Baginda semasa berhadapan dengan golongan yang membencinya, selain berjaya membangunkan masyarakat Islam yang bertamadun.
Rancangan itu diadakan sempena ulang tahun ke-11 Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ke empat sejak 1981 dan berundur daripada jawatan itu pada 2003, setelah menerajui pemerintahan negara selama 22 tahun.
Semasa rancangan sejam itu berlangsung, pelukis Abdul Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda melukis sebuah potret Dr Mahathir.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Januari 11, 2014
Dr. M persoal niat Paderi Andrew?
Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan niat sebenar Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang terus menyakitkan hati umat Islam apabila berdegil mahu gereja-gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah.
Sambil membidas sebarang perbuatan tidak menghormati keputusan mahkamah, Dr. Mahathir menegaskan, paderi tersebut perlu mengutamakan sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama bagi mengelakkan berlaku huru-hara termasuk pembunuhan seperti di negara luar.
"Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, telah lama (digunakan) tak apalah, tapi di sini (Semenanjung) apa sebab tiba-tiba nak digunakan?
"Kita suruh belajar Bahasa Kebangsaan pun tak belajar, nak bercakap Bahasa Kebangsaan pun tak, tiba-tiba dalam perkara ini nak guna sangat Bahasa Kebangsaan, pasal apa, ada niat apa?" katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam Seminar Pengarah Korporat Keenam sempena Ulang Tahun Ke-50 Tabung Haji di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.
Dr. Mahathir mengulas kenyataan Andrew yang tetap tidak berganjak daripada pendirian supaya gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakan bahasa Melayu.
Dr. Mahathir berkata, isu pengunaan Kalimah Allah dirujuk ke mahkamah oleh pihak gereja namun apabila keputusan dibuat, mereka tidak mempedulikan.
"Kita jangan menyakitkan hati orang. Tapi dia (Andrew) sengaja, dah mahkamah kata jangan pun, (dia) tak peduli. Ini tak menghormati mahkamah," katanya.
Tegasnya, paderi tersebut perlu sedar selama ini terdapat banyak kesalahan yang dilakukan orang bukan Islam tidak ditegur oleh umat Islam kerana menghormati sensitiviti serta atas dasar kebebasan beragama.
Malah, Dr, Mahathir turut mengakui, sewaktu bergelar Perdana Menteri, beliau tidak menegur kesalahan orang bukan Islam yang membina empat rumah ibadat dalam satu kawasan kecil disebabkan mahu menjaga sensitiviti.
"Di Malaysia kita tengok, orang bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka sebaliknya di sesetengah negara bukan Islam, masjid tidak boleh didirikan," katanya.
Justeru katanya, Andrew digesa menghormati keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu.
"Sama ada boleh digunakan atau tidak perkataan Allah dalam agama adalah perkara lain, yang harus kita utamakan adalah sensitiviti masyarakat," jelasnya.
Mengenai cadangan membuka premis hiburan Hard Rock Cafe di Putrajaya yang ditentang pelbagai pihak, Dr. Mahathir berpendapat, tiada masalah untuk dibuka premis hiburan tetapi perlu menghormati undang-undang termasuk larangan menjual arak.-UMO
Suara Politik
Belantan
Khamis, Januari 09, 2014
Khalid Ibrahim gagal pertahan Islam di Selangor, JAIS terima tamparan hebat?
Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengeluarkan dua arahan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung tindakan jabatan itu menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia, Petaling Jaya Khamis lalu menimbulkan persoalan.
Arahan pertama yang diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini ialah JAIS perlu memulangkan 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas, jika kitab penganut Kristian itu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Arahan kedua pula ialah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu, di mana JAIS wajib mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco-exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan JAIS yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan.
Berhubung arahan pertama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah memulangkan Bible itu perlu dilakukan jika kesemua kitab yang dirampas mendapat pengesahan KDN selain mematuhi resolusi penyelesaian 10 perkara berkaitan penganut Kristian yang diputuskan oleh kerajaan pusat sebelum ini.
Antara perkara yang terkandung dalam resolusi itu menurut Abdul Khalid ialah membenarkan mengimport, mengguna dan mencetak Bible bahasa Melayu.
"Sekiranya KDN berpuas hati penerbitan kitab-kitab itu memenuhi resolusi berkenaan, kita akan mengarahkan JAIS untuk memulangkannya semula kepada Persatuan Bible Malaysia,"katanya kepada pemberita di sini hari ini.
JAIS melakukan serbuan berasaskan peruntukan di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negeri ini.
Mengulas lanjut arahan tersebut, Abdul Khalid berkata, JAIS bagaimanapun boleh meneruskan siasatan mengenai perkara itu selain menyiasat bagaimana Bible berkenaan boleh berada di premis persatuan terbabit termasuk mendapatkan maklumat jelas sama ada ia diedarkan di negeri ini atau ke negeri lain.
Namun, beliau menyatakan sekiranya kesemua Bible itu hanya disimpan di premis persatuan berkenaan dan tidak digunakan, pihaknya tidak ada masalah mengenai perkara itu.
Berhubung arahan kedua pula, Abdul Khalid berkata, berdasarkan SOP baharu itu JAIS tidak lagi dibenarkan mengambil keputusan sendiri dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada khususnya perkara-perkara melibatkan sensitiviti penganut agama lain di negeri ini.
"Ada kalanya (tindakan penguatkuasaan JAIS) tidak memberikan kefahaman kepada masyarakat. Tujuan penguatkuasaan JAIS bukan sahaja untuk mempertahankan Islam tetapi juga perlu menangani kesangsian penganut agama lain.
"Maka, untuk masa depan, sebarang tindakan JAIS (yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain) wajib diadakan perbincangan terlebih dahulu di antara jabatan itu dengan MAIS (Majlis Agama Islam) dan Exco-exco kerajaan negeri," ujarnya.
Dalam pada itu, Majlis pecah tanah oleh Menteri Besar Selangor?
Projek pembinaan gereja Tanjung Karang Selangor di kawasan yang majoritinya orang melayu Islam. Tiada bangsa yang mengadaikan agama dan bangsanya. Apa motif buat gereja di kawasan yang majoritinya orang Melayu? Kalau bina Masjid kan lebih baik dan sesuai dengan suasana persekitaran di sana.
Terima kasih Pengundi Selangor!
Suara Politik
Belantan
Ayuh bersatulah berdiri teguh di belakang JAIS, ia sedang dihina...!!!
Parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan antara yang mengadakan bantahan terhadap tindakan Paderi Lawrence Andrew yang mahu menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja Selangor, baru-baru.
Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan setelah terdesak. Terdesak kerana Pas, parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tidak mahu mempercayai wujudkan gejala penyebaran al-Kitab Bible kepada anak-anak muda kita.
Sebenarnya, setelah berkecimpung selama 25 tahun dengan dunia kewartawanan ini, saya cukup masak dengan kerenah Pas ini. Ia cakap tak serupa bikin.
Riuh sekampung, hasilnya tiada. Yang ada ialah untuk menyemai kebencian kepada orang ramai, terutamanya umat Melayu Islam. Tujuannya ialah supaya orang Melayu menyokong mereka. Untuk apa, untuk politik totok mereka semata-mata.
Apabila tibanya isu seperti JAIS ini mereka sanggup memutar-belit perkataan demi memelihara hati rakan-rakan cauvinis DAP dan PKR.
Wahai pembaca sekelian. Sudah banyak kali Pas berkelakuan sedemikian. Sejak puluhan tahun lalu.
Isu hudud diadu-dombakan setiap kali pilihan raya sahaja untuk membuka mata rakyat Melayu supaya membenci pemerintah. Mereka menuduh Pusat tidak mahu melaksanakan undang-undang itu.
Namun, amat dikesalkan di Kelantan sendiri, negeri yang mereka perintah sejak pilihan raya umum 1990 -- tidak pula dilaksanakan, walaupun secebis kecil daripada undang-undang itu.
Memang benar orang politik ini banyak cakap "tapi tak serupa bikin".
Bayangkan para juak-juaknya berkata serbuan JAIS adalah bagi mengalih perhatian rakyat kepada isu barang naik! Astagfirullah, macam itu sekali.
Sebagai orang Islam, saya melihat telah berlaku cubaan demi cubaan pihak gereja yang cuba mencabar umat Islam, terutamanya di Selangor, sejak kerajaan pakatan pembangkang ini memerintah. Gerejanya semakin berani dan paderi mereka juga sudah ke hadapan.
Dulu perkara-perkara mengarut ini tidak pernah kedengaran. Walaupun ada, namun bukan secara terbuka seperti ini.
Kini gerakan pendakwahan Kristian ini sudah berani. Mengapa mereka terlalu berani?
Pengedaran Bible versi bahasa Melayu dilakukan secara terbuka di Shah Alam dan tempat-tempat lain di Selangor. Adakah Selangor memberi perlindungan kepada mereka? Apakah ada orang-orang tertentu dalam politik mereka juga menjadi penggerak kepada pendakwahan ini?
Saya rasa Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Exco Selangor ada jawapannya. Beliau telah menolak prinsipnya demi agama Islam yang suci. Tetapi bagi orang Pas ini, apabila Dr. Hasan bercakap benar, dia dicap sebagai fitnah, zalim dan pembohong!
Itulah Pas, yang mula saya kenali daripada lubuknya sendiri di Kelantan, semasa dihantar bertugas di sana 23 tahun lalu. Nik Aziz Nik Mat baru masuk ke pejabat Menteri Besar dan Husam Musa masih berhingus lagi.
Sepanjang berada di situ selama kurang 2 tahun, negeri itu penuh dengan politiking. Siang malam cakap politik. Orang itu kafir, orang itu taghut, orang itu zalim, orang itu masuk neraka. Semua yang jahat ialah kerajaan Pusat dan orang UMNO. Hanya mereka yang masuk syurga.
Selama satu generasi itulah rakyat Kelantan diindoktrinasikan otak dan fikiran mereka. Yang putih jadi hitam, yang hitam jadi putih. Saya bercakap berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan terbabit secara langsung dengan mereka.
Itu pasal apabila JAIS mengambil tindakan itu, ia terus disalahkan. JAIS tidak demokratik walaupun ia mengikut peraturan undang-undang dan Perlembagaan.
JAIS dulu semasa di bawah kerajaan yang dijatuhkan, tidak pernah diperlakukan sebegini. Agama Islam terus semarak, dan institusi surau dan masjid berkembang pesat. Mengapa kini ia berlaku semasa di bawah Pas?
Apakah Pas malu apabila berita rampasan Bible itu telah menjadi berita dunia? Apakah DAP dan PKR sangat marah?
Apa yang takut sangat, kitab suci al-Quran pun pernah dibakar, dipijak-pijak, dihina oleh Paderi Terry Jones dari Gereja Dove World Outreach Center, Florida di Amerika Syarikat.
Penghinaan itu lebih dahsyat lagi daripada hanya merampas kitab Bible yang dilakukan mengikut undang-undang.
Jangan butakan mata-hati kita semua. Pihak musuh hanya mahu memecah belah umat Melayu Islam. Itu adalah grand design atau agenda besar mereka. Itu semua ialah cubaan neokolonisasi, penjajahan baru mereka bagi menukar sepenuhnya rejim Melayu Islam di negara ini.
Pas masih tidak sedarkah dan terus berfungsi atas dasar politik semata-mata. Mereka sudah tiada perasaan.
Wahai rakyat yang waras, marilah kita menyokong JAIS.
Jangan biarkan ia keseorangan -- dihentam, dibalun, dipersendakan. Bersatu teguh, bercerai roboh!
Oleh : Zaini Hassan
Suara Politik
Belantan
Rabu, Januari 08, 2014
Adakah Sallehen Mukhyi bakal senasib dengan Hasan Ali, dipecat dari Pas dan PR?
Sallehen Mukhyi bersama Paderi 'Benak' Lawrence Andrew
Exco Agama pertahan rampasan JAIS ikut SOP
Adakah kita masih ingat bagaimana Datuk Hasan Ali di pecat dari Pas dan Pakatan Rakyat? Atas alasan yang sama, adakah Sallehen Mukhyi juga bakal dipecat selepas ini? Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas 351 naskhah bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah pada Khamis lalu disahkan dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi yang mempertahankan serbuan itu berkata, JAIS selaku badan yang menguatkuasakan perundangan Islam di negeri ini berhak bertindak berdasarkan enakmen sedia ada.
"JAIS sebagai badan berkuasa bagi pihak kerajaan negeri bertindak berdasarkan enakmen yang ada kepada kerajaan negeri.
"Sehubungan itu, tindakan JAIS itu betul serta mengikut SOP yang ada sekarang ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew di pejabatnya di sini hari ini.
Tindakan JAIS itu dikritik pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam yang sebelum ini dilaporkan menyifatkan serbuan tersebut menyalahi undang-undang.
Mengulas lanjut, Sallehen memberitahu, serbuan berkenaan dibuat selepas JAIS menerima aduan daripada orang ramai. Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa JAIS tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri sebelum membuat serbuan ke atas premis Persatuan Bible Malaysia.
Sehubungan itu jelasnya, kerajaan negeri akan mengkaji semula SOP membabitkan JAIS. Ditanya mengenai pertemuannya dengan Andrew, beliau berkata, mereka hanya berbincang mengenai usaha mewujudkan keharmonian di antara agama.
"Kita (kerajaan negeri) tidak buat apa-apa keputusan kecuali menegaskan titah Sultan Selangor sebelum ini (semua kaum tidak mengira agama supaya patuh serta akur dengan larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam)," ujarnya.
Berhubung cadangan tiga wakil rakyat DAP supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda, Sallehen menganggapnya sebagai pandangan peribadi mereka.
Suara Politik
Belantan
Saki-baki keturunan Jus Soli yang tak sedar diri...!!! Andrew masih enggan mohon maaf?
Dasar keturunan 'Jus Soli' yang tak sedar diri! Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew enggan tunduk terhadap desakan pihak yang mahukan beliau menarik balik serta memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini supaya gereja Katolik terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan di Selangor.
Sebaliknya, beliau mempertahankan kenyataan itu dan meminta semua pihak tidak salah faham terhadap apa yang dinyatakannya sebelum ini.
Beliau memberikan alasan kenyataan itu dibuat berasaskan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap orang berhak menganuti serta mengamalkan agama masing-masing selain berhak menguruskan urusan agama sendiri seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 11(3) perlembagaan yang sama.
"Kenyataan saya sebelum ini adalah berkaitan dengan Perkara 11 tersebut. Begitu juga dengan hak kumpulan mana-mana agama untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, ini yang saya sebut.
"Kita tidak boleh pergi kepada agama lain dan mengarahkan apa nak dibuat seperti jangan guna bau-bauan, jangan guna air. Perlembagaan jelas menyebut setiap kumpulan agama berhak menguruskan agama masing-masing.
"Saya tak boleh beritahu orang Islam, Hindu, Buddha, Sikh apa yang perlu dibuat. Saya tidak boleh cakap apa-apa tentang agama lain... jangan salah faham," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Xavier Jayakumar.
Selain laporan polis dan desakan supaya Andrew memohon maaf, pelbagai NGO turut menganggap kenyataan paderi itu sebagai biadab serta mencabar sensitiviti umat Islam termasuk memperlekehkan titah Sultan Selangor yang sebelum ini menitahkan supaya semua rakyat negeri ini tanpa mengira kaum serta latar belakang agama supaya akur dan patuh terhadap larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Dalam pada itu, Andrew ketika diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan Sallehen berkata, pihaknya bersedia mengadakan dialog dengan mana-mana pihak bagi mencari penyelesaian membabitkan isu yang membabitkan isu agama di negara ini.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Januari 07, 2014
Pemimpin Pas anggap sikap Khalid Ismath seperti orang Arab zaman jahiliah?
Pas menyifatkan kenyataan aktivis pembangkang, Khalid Mohd. Ismath seperti sikap seorang jahiliah yang cuba menyesatkan umat Islam apabila mendakwa majlis ceramah yang diadakan Pas sebagai aktiviti yang 'membunuh penjanaan pemikiran' generasi muda.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, kenyataan tersebut umpama cakap-cakap orang Arab zaman jahiliah yang sering menyesatkan ajaran Islam yang disampaikan Nabi Muhammad SAW.
"Dia (Khalid) pasti tidak pernah pergi mendengar ceramah agama anjuran Pas sebab ramai golongan muda berminat datang mendengar ceramah-ceramah Pas.
"Jadi jika dia tidak faham mengenai sesuatu perkara, jangan mengganggu kerja orang lain," katanya ketika dihubungi disini hari ini.
Khalid menerusi laman sosial Facebook dilaporkan membuat kenyataan mengenai majlis ceramah agama anjuran Pas di masjid sebagai aktiviti yang 'membunuh penjanaan pemikiran' generasi muda dalam parti itu. Sila baca di sini.
Dia juga antara lain menyebut penyertaan ahli Pas dalam perhimpunan haram di Dataran Merdeka kelmarin sebagai langkah awal kepada kejayaan mengubah corak pemikiran pemimpin Pas yang selama ini disempitkan oleh anasir pemikiran jumud kepada anasir pemikiran liberal.
Sementara itu Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, apa yang disebut oleh oleh Khalid itu layak digelar kenyataan 'budak-budak.'
Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, pengalaman dan pengetahuan Khalid bukan sahaja terlalu cetek, malah boleh memudaratkan dirinya jika pemuda itu gemar bertindak mengikut perasaan.
"Ilmu ada di mana-mana, bukan di dalam bilik kuliah sahaja. Saya nasihatkan dia belajar lagi dan jangan jemu untuk menuntut ilmu dalam pelbagai aspek," katanya.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Januari 06, 2014
Politik murahan pembangkang masih tidak berubah?
Langkah pakatan pembangkang menyokong demonstrasi haram yang diadakan di Dataran Merdeka, malam menyambut tahun baru memberikan isyarat yang jelas bahawa 'kegilaan' politik pembangkang dalam usaha mereka meraih kuasa akan berterusan dalam tahun 2014.
Berdasarkan kenyataan dan tindak-tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum tirai 2013 dilabuhkan, ia jelas membuktikan belum ada keinsafan dalam kalangan mereka untuk memastikan arena politik negara selepas ini akan berjalan melalui pendekatan politik berhemah.
Sebaliknya, kita bakal menyaksikan pembangkang terus dengan pendekatan mempolitikkan apa sahaja isu dengan harapan tindakan itu akan memudahkan laluan mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
Walaupun mengetahui banyak tindakan politik mereka sepanjang 2013 telah mewujudkan perasaan tidak selesa kepada rakyat dan ada pula yang menjejaskan imej negara di mata dunia namun pembangkang tidak menghiraukannya.
Berikut penulis paparkan jangkaan politik melibatkan parti-parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas.
DAP
Parti ini akan terus menjadi parti paling berkuasa dalam pakatan pembangkang. Selain menguasai Pulau Pinang, perolehan kerusi Parlimen yang lebih banyak berbanding PKR dan Pas memungkinkan DAP akan menjadi parti dominan.
Kekuatan DAP amat ditagihkan oleh PKR dalam meraih sokongan kaum Cina, manakala Pas pula dilihat tidak mendapat apa-apa keuntungan memandangkan DAP sememangnya tidak pernah bersetuju dengan perjuangan politik Pas.
Bagaimanapun DAP tetap akan menjaga hubungan dengan Pas dalam usaha memastikan Pas terus memainkan peranannya bagi meraih undi orang Melayu untuk DAP dan PKR.
Selain itu, DAP yang sebelum ini begitu hebat mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya umum akan terus bergelut dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan Jawatankuasa Kerja Parti (CEC).
PKR
Dengan sokongan DAP dan Pas, PKR akan terus memainkan isu yang bertujuan memainkan sentimen rakyat bagi membenci kerajaan BN. Melalui lidah rasminya Suara Keadilan, PKR akan terus menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin BN.
Walaupun tidak mempunyai kekuatan yang hebat di peringkat akar umbi, namun PKR akan terus berjaya menumpang populariti DAP untuk meraih sokongan kaum Cina dan kesanggupan membantu bagi memperolehi sokongan orang Melayu. Tetapi dalam masa yang sama PKR akan terus kekal bersama-sama DAP menolak perjuangan Islam Pas.
Pas
Parti ini membuka tirai 2014 dengan semakin 'galak' menguar-uarkan slogan 'Rahmat Untuk Semua'. Slogan ini adalah tema ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar parti itu baru-baru ini.
Di mana-mana sahaja kini slogan itu menjadi sandaran Pas untuk meraih sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Selepas mendapati slogan 'Pas untuk semua' gagal mencapai sasarannya maka Pas mengubah pula kepada slogan baru.
Tidak kiralah apa pun slogan yang hendak digunakan oleh Pas apa yang pasti parti itu tetap dijangka terus menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.
Dalam masa yang sama, Pas juga dijangka mengekalkan pendekatan politik menjadikan slogan Islam hanya untuk kepentingan politik semata-mata. Ia memandangkan Pas sudah pasti ingin terus menjadi 'pak turut' setia dalam pakatan.
Keadaan itu berlaku kerana Pas ingin menjaga hubungan dengan DAP dan PKR. Berikutan pegangan tersebut juga, golongan ulama dalam parti itu akan terus tenggelam dan hanya akan menjadi 'penghias' organisasi semata-mata.
Demikian serba sedikit jangkaan berhubung situasi dalam pakatan pembangkang bagi tahun 2014.
Namun begitu apa yang pasti pendekatan mempolitikkan apa juga perkara akan terus menjadi sandaran pakatan pembangkang kerana itu sahaja modal yang mereka miliki bagi mencapai cita-cita politik.
Selain itu, pembangkang akan kekal dengan sikap double standard dalam menghadapi isu yang melibatkan kerajaan. Pas tidak akan berani menegur kepincangan dalam pembangkang tetapi akan bersedia mempolitikkan apa juga langkah kerajaan.
Pembangkang juga sudah pasti sama sekali tidak akan memuji atau menyokong sebarang tindakan kerajaan biar pun demi kebaikan rakyat. Ini kerana pada pandangan mereka kalau tindakan itu dilakukan maka tergugatlah harapan mereka untuk menumbangkan kerajaan BN.
Berdasarkan keadaan itu, maka bersedialah semua pihak untuk terus menyaksikan adegan politik memualkan pakatan pembangkang seperti mana pernah kita saksikan sejak 2008.
Kelebihan menguasai beberapa negeri dan menambah kerusi Parlimen tidak pernah dijadikan sandaran pembangkang menjadi satu barisan pembangkang yang bertanggungjawab. Sebaliknya mereka, bersedia melakukan apa sahaja selagi cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya tidak tercapai.
Atas sebab itulah, adalah penting sempena tahun 2014 ini, rakyat tanpa mengira apa juga latar belakang mereka memahami dan mengkaji taktik politik pembangkang ini. Janganlah terpengaruh dengan dakyah pembangkang, seolah-olah merekalah paling layak memerintah Malaysia sedangkan di negeri yang mereka kuasai pun penuh kekalutan dan masalah.
Kita mengakui kerajaan BN juga tidak sempurna, malah di mana-mana juga negara tidak akan ada kerajaan yang seratus peratus sempurna. Tetapi kerajaan sentiasa sahaja berusaha memperbaiki kelemahan khususnya dalam usaha melaksanakan langkah-langkah bagi meningkat taraf hidup rakyat dan mengurangkan beban mereka.
Sebab itulah, adalah penting kerajaan perlu bersedia menghadapi 'kegilaan' politik pembangkang dalam tahun 2014 ini. Ia termasuklah membuat persiapan untuk memberi maklum balas segera kepada sebarang tuduhan dan tohmahan pembangkang.
Sememangnya bukanlah mudah untuk berhadapan dakyah pembangkang kerana mereka bercakap berdasarkan fakta yang diputar belitkan tetapi kebenaran tetap kebenaran.
Apa yang penting ialah kebijaksanaan rakyat untuk membuat penilaian kerana merekalah penentu masa depan negara dan di tangan juga terdapat pilihan sama ada, ingin terus hidup dalam aman dan damai atau ketidakstabilan akibat terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)