Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Januari 31, 2013
Bilakah akan berakhirnya huru-hara akibat kekalutan berpolitik?
Lihatlah sepanduk di atas ini. Ayatnya bukan berbunyi KERANAMU MALAYSIA tetapi KERANA MU GUAN ENG HABIS ORANG ISLAM HURU HARA. Huru-hara membawa pelbagai makna. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mencari maksudnya. Sejauh manakah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan penyebab orang Islam huru-hara?
Rakyat yang melihat, mendengar dan membaca boleh membuat tafsiran. Sehingga kini Guan Eng terus menutup mulut manakala demonstrasi bantahan berterusan. Apakah kesudahannya? Kata-kata yang terdapat pada sepanduk itu dipersembahkan oleh sekumpulan 50 penduduk termasuk penyokong Pas di Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan pada Khamis lalu.
Mereka membantah tindakan DAP mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Mungkin setakat itulah yang termampu diluahkan oleh kumpulan peserta demonstrasi berkenaan yang rimas dengan suasana yang berlaku.
Guan Eng ibarat melontar batu ke dalam sungai yang tenang. Lontaran itu membuatkan air berkocak dan mengejutkan buaya. Ada buaya yang boleh terima lontaran batu itu dan ada pula yang berang kerana diganggu. Ada juga buaya yang tidak peduli itu semua. Ada juga yang terpedaya umpama kisah tipu muslihat sang kancil. Buaya yang ganas tiba-tiba menjadi bodoh sehingga sanggup membiarkan badan dan kepalanya dipijak bagi memenuhi hasrat kancil untuk menyeberangi sungai. Itu hikayat sang kancil yang kecil memperdayakan buaya yang ganas.
Kembali menyelak isu kalimah Allah ini, tidak dinafikan perutusan Guan Eng sempena sambutan Krismas yang lalu mencetuskan pelbagai polemik. Dalam kalangan orang Islam, ada yang secara terbuka menyokong hasrat Guan Eng itu dan ada pula yang membantah secara terbuka atau senyap-senyap. Ada pula yang seperti berada di atas pagar. Cakap salah, tak cakap pun salah, macam dialog ketika Abang Ali (M.Zain) mahu mengusir Kassim Selamat (P.Ramlee) daripada bawah kolong (rumah sewa) di Pulau Pinang dalam filem Ibu Mertuaku.
Lebih parah apabila dalam kalangan Pas pun kecoh dengan kenyataan yang pelbagai, macam pasembor (rojak) atau ais kacang (air batu campur) dekat Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Ada yang setuju, ada yang tidak. Ada pula yang sanggup membuat pusingan u. Begitulah hanya sekadar kalimah Allah, orang Islam diuji sejauh mana keupayaan mereka untuk berfikir dan menunjukkan kepada khalayak tahap kecerdikan mereka atau sebaliknya.
Sekadar selingan, anggota DAP juga dalam keadaan huru-hara kerana keputusan misteri dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berikutan kesilapan dalam proses pengiraan undi. Ramai yang mendesak supaya diadakan pemilihan semula. Jumlah undi yang dikira hanya sekitar 1,823 undi dan melibatkan 63 calon.
Jumlah itu lebih kecil berbanding 46,192 undi yang dikira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Bagan pada PRU lalu. Di seluruh negara SPR mengira lebih 500,000 kertas undi.Jumlah calon pula, di Pulau Pinang 82 di kawasan DUN dan 27 bagi Parlimen.
Bayangkan jika kesilapan itu dilakukan oleh SPR. Bukan setakat DAP yang akan melompat malahan banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan bangun membelasah SPR, mencabar kredibiliti SPR, mencabar kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan badan itu. Mungkin ada desakan supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja.
Kembali kepada topik huru-hara, sejak Guan Eng berada di Komtar (pusat pentadbiran kerajaan negeri), pelbagai peristiwa dapat disaksikan. Situasi ini juga boleh dianggap huru-hara. Di situlah, sebuah parti yang mendakwa sebagai demokratik menghalang beberapa media termasuk Utusan Malaysia daripada membuat liputan. Inilah erti kebebasan media ala DAP. Dulu ketika Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Koh Tsu Koon menjadi ketua menteri, tidak kedengaran sebarang usaha untuk menyekat kebebasan media.
Begitu juga hari ini jangan sesiapa di Pulau Pinang atau di luar negeri itu pandai-pandai menggunakan nama Pulau Pinang (Penang) dalam apa juga penganjuran acara. Kena minta izin kerajaan negeri umpama memohon permit daripada polis atau pihak berkuasa tempatan untuk menganjurkan perhimpunan atau menampal poster. Hebatnya Penang.
Jika diselak lagi dalam tempoh empat tahun lalu, Pulau Pinang mungkin menjadi negeri yang paling banyak mengadakan demonstrasi jalanan atau perarakan bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri khususnya Guan Eng. Suasana seumpama ini hampir tidak dapat dilihat semasa era Chong Eu dan Tsu Koon. Jika ada pun hanya perarakan sempena menyambut kemerdekaan, Maulidur Rasul, Cingay, kereta berhias, Hari Wesak dan Thaipusam.
Menarik juga semasa era Guan Eng ini, banyak hadiah pelik yang cuba memasuki Komtar untuk dihadiahkan kepada Guan Eng. Paling banyak tentulah kek. Pelbagai jenis diterima. Ada kek bersalut krim putih di luar manakala di dalamnya berwarna hitam (simbolik pentadbiran kerajaan DAP indah khabar dari rupa); kek replika najis manusia yang diperbuat daripada polisterin dan disalut krim coklat (simbolik pentadbiran yang disifatkan kotor dan hanya cantik di luar, nampak lazat tetapi tidak boleh dimakan).
Guan Eng juga dihadiahkan seluar dalam wanita dan coli bercorak harimau (simbolik seorang peniaga yang mendakwa kerajaan negeri tidak adil, tidak telus kepada rakyat kerana tidak memulangkan semula tapak niaga di Komtar). Begitu juga dengan replika bengkel, tandas, jentolak dan kunci.
Sempena tiga tahun pentadbiran kerajaan DAP pula, ada pihak yang menghadiahkan keranda kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik. Komtar juga digemparkan dengan penemuan beg galas berwarna merah, biru dan hitam. Beg itu ditemui di tingkat 3 Komtar. Beg berwarna biru yang dilabel LGE mengandungi seekor biawak, beg hitam dilabel NWA ditemui seekor anak babi dan merah yang dilabel MK ditemui seekor itik hitam.
Penutup kepada tahun 2012, dua batu nisan dibawa naik ke Komtar, juga tanda protes terhadap kerajaan negeri pimpinan Guan Eng. Begitulah hadiah-hadiah istimewa yang menggambarkan huru-hara yang berlaku. Entah apa pula hadiah yang akan menyusul selepas ini.-UMO
Suara Politik
Belantan
Khalid umum bubar DUN Selangor lebih awal kerana takut dengan 'kebangkitan rakyat'?
Akhir-akhir ini 'kebangkitan rakyat' menentang cara pemerintahan MB Khalid yang suka berjanji tetapi tidak ditepati membuatkan beliau tidak senang duduk sekarang! Malah saban hari Khalid digegarkan dengan pelbagai tuntutan manifesto pilihanraya. Kegagalan mereka menepati janji seperti air percuma, bantuan ibu tunggal, pelaksanaan tawas yang mengelirukan dan banyak lagi yang mana janji hanya tinggal janji kosong sahaja.
Ini belum diambil kira kegagalan pentadbiran dari isu sampah, banjir kilat, penyelenggaraan prasarana sehinggalah kegagalan UNISEL, TALAMGATE dan sebagainya. Janji untuk melaksanakan pengurangan 20 peratus cukai pintu rumah kediaman dan harta komersil sebanyak 10 peratus pun gagal ditunaikan!
Begitu juga dengan serangan BN yang bertali arus menyebabkan regim Pakatan Rakyat Selangor yang kononnya kuat, goyah juga dan memaksa Khalid mengumumkan pembubaran DUN Selangor lebih awal dari apa yang dijangkakan. Khalid dilihat semakin terdesak dan tergugat setelah melihat kebangkitan suara rakyat di negeri itu yang menggambarkan 'realiti politik' yang sebenar menjelang pilihan raya umum.
Bagi menutup kegagalan mereka, Khalid kini cuba menggunakan strategi politik bersifat 'syok sendiri' terhadap BN di negeri itu setelah ketandusan isu untuk meneruskan serangan dan agenda politik mereka. Khalid Ibrahim dengan rasa tidak malu mendakwa hasil kajian menunjukkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Selangor semakin meningkat. Mungkin disebabkan hasil kajian ini membuatkan Khalid begitu yakin untuk mengumumkan pembubaran DUN selepas Tahun Baru Cina nanti!
Kebangkitan suara rakyat di Selangor lah yang sebenarnya menyebabkan Khalid kepanasan sehingga terpaksa menggunakan pendekatan psikologi politik yang terbaharu untuk menyedapkan hati mereka. Beliau kini sudah mula takut dengan bayang-bayangnya sendiri!
Kerajaan Selangor bubar DUN selepas Chap Goh Mei
SHAH ALAM 30 Jan. - Kerajaan negeri Selangor akan mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei iaitu 15 hari selepas perayaan Tahun Baharu Cina pada 10 Februari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembubaran DUN Selangor tersebut akan tetap dibuat meskipun ketika itu Kerajaan Pusat tidak membuat sebarang pengumuman berhubung pembubaran Parlimen.
Walau bagaimanapun kerajaan negeri akan turut membubarkan DUN serentak sekiranya Kerajaan Pusat mengambil keputusan mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh sambutan Chap Goh Mei," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Tarikh akhir mandat DUN Selangor adalah pada 22 April ini dan pembubaran akan berlaku secara automatik sekiranya masih tiada pengumuman Pilihan Raya Umum Ke-13 dibuat sehingga tarikh tersebut.
Tahun lalu, pentadbiran Abdul Khalid mengambil pendirian mengumumkan pembubaran DUN secara berasingan sekiranya Parlimen dibubarkan lebih awal.
Apa sudah jadi dengan kenyataan angkuh Khalid Ibrahim sebelum ini yang mahu sidang DUN terbubar dengan sendirinya?
Jumaat November 30, 2012 MB S'gor: DUN Akan Dibubarkan Mac Tahun Depan
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Inilah buat pertama kalinya sebuah negeri di Semenanjung Malaysia mengumumkan tarikh pilihan raya negeri secara bersendirian dan lebih awal dari Kerajaan Persekutuan.
Selangor juga akan menjadi negeri yang pertama di Semenanjung mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan dengan persekutuan.
Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.
"Kami (di Selangor) mendapat mandat untuk berkhidmat selama lima tahun...ini adalah kehendak rakyat," katanya kepada para pemberita selepas selesai persidangan dewan.
Kenapa Khalid begitu tidak sabar untuk menunggu selama sebulan lagi? Tak sampai setahun Khalid Ibrahim mengumumkan perkara itu, namun beliau sendiri yang mengubah kenyataannya. Tepuk dada, tanya selera.
Wallahuallam.
SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN!
Suara Politik
Belantan
Solat Jumaat 'berimamkan' radio?
Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat berimamkan siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.
Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.
Katanya, sebagai pengikut parti yang ilmu agama cetek, tindakan memulaukan imam atau orang UMNO dan mengkafirkan mereka dianggap halal serta jihad dalam memperjuangkan Islam bersama Pas. Setiap kali Jumaat, sebuah radio pasti berada di hadapan saya yang siap sedia untuk menunaikan solat dua rakaat. Saya akan mendengar khutbah dan berimamkan suara yang berkumandang.
Sampai begitu sekali keterlanjuran saya kerana terlalu taksub kepada perjuangan Pas tanpa berfikir amalan sedemikian adalah bidaah dan tidak sepatutnya dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Guchil dekat sini kelmarin. Dia mengulas pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N Al-Afghani bahawa puluhan ribu penyokong Pas masih berpegang dengan Amanat Haji Hadi.
Paling taksub, dakwa Aziz, pada masa itu ada penyokong tegar Pas yang menunaikan solat dengan meletakkan gambar atau poster pemimpin parti di bawah sejadah.
Aziz mendakwa, sepanjang menyokong Pas lebih 15 tahun lalu, arahan supaya mengkafirkan orang UMNO masih kuat dalam ingatannya hingga sekarang dengan menyaksikan akad nikah semula rakan-rakannya yang mempercayai pernikahan mereka yang dilakukan oleh imam UMNO tidak sah.
Bagi mengelak perzinaan berterusan, mereka diakad nikah semula oleh pak lebai Pas yang tidak bertauliah. Kami juga diajar supaya terus mengkafirkan orang UMNO secara lantang. Kalau tidak berani, cukup sekadar mengkafirkan orang UMNO dengan hati bagi mendapat ganjaran pahala," katanya.
Aziz mendakwa, sehingga sekarang masih ramai penyokong tegar Pas yang lantang mengatakan orang UMNO adalah ahli neraka. Dia juga mengakui salah seorang ahli Pas yang tidak makan daging sembelihan orang UMNO, memulaukan kenduri-kendara, tahlil dan apa sahaja berkaitan dengan orang yang dilabelkan kafir oleh pemimpin Pas serta dipandang jijik olehnya.
Dakwa Aziz lagi, daging sembelihan orang UMNO dianggap sebagai bangkai dan haram dimakan menjadi pesanan serta pegangan ahli keluarganya ketika itu. Bagaimanapun, jelasnya, selepas menyedari kesilapan pegangan itu, dia memaklumkan kepada keluarganya untuk tidak bersama perjuangan Pas memandangkan pada masa sama, arwah ibunya juga penyokong tegar Pas dan pernah menghalaunya dari rumah.
Ibu saya sendiri menganggap saya sudah kafir (setelah tidak lagi menyokong perjuangan Pas). Itulah penangan Amanat Haji Hadi yang jelas memecah-belahkan perpaduan umat Melayu yang wajib diperbetulkan semula oleh Presiden Pas itu tanpa perlu berdolak-dalik," katanya.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Januari 30, 2013
Bubar DUN Negeri Selangor : Regim Pakatan di Selangor terdesak?
Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas di Selangor semakin terdesak dan tergugat setelah melihat kebangkitan suara rakyat di negeri itu yang menggambarkan 'realiti politik' yang sebenar menjelang pilihan raya umum.
Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, pakatan itu kini cuba menggunakan strategi politik bersifat 'syok sendiri' terhadap BN di negeri itu setelah ketandusan isu untuk meneruskan serangan dan agenda politik mereka.
''Pakatan di Selangor semakin tidak tenteram. Mereka tahu situasi kebangkitan semula BN di Selangor,'' katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendakwa hasil kajian menunjukkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Selangor semakin meningkat.
Menurut Mohd. Zin, segala tindakan dan gerak kerja politik BN di Selangor menjelang pilihan raya umum akan datang sebenarnya merisaukan kerajaan pakatan di negeri itu.
''Kebangkitan suara rakyat di Selangor turut menyebabkan pembangkang menggunakan psikologi politik yang terbaharu hasil kajian untuk menyedapkan hati mereka.
"Kami juga melakukan beberapa siri kajian tersendiri yang begitu spesifik yang menunjukkan sokongan terhadap BN semakin meningkat dan mampu merampas kembali negeri itu,'' katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor berkata, kajian BN Selangor juga berdasarkan pandangan pengundi dari seluruh negeri itu termasuk generasi muda.
Menurut Mohd. Zin, segala hasil kajian tersebut merupakan susulan daripada beberapa pendekatan BN untuk menangani permasalahan rakyat di Selangor secara tersusun dan sistematik.
''Malah kami juga telah bersemuka dengan rakyat Selangor dan mengakui kesilapan yang lepas dan telah berjanji serta bertekad untuk bangkit dengan semangat baru", katanya.
Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada Pusat Khidmat BN Selangor (Pakar) serta pasukan pemantau BN, jelas sekali menunjukkan isu air, sampah serta kelemahan sistem penyampaian di negeri Selangor semakin merisaukan.
Malangnya, kerajaan negeri sering menggunakan alasan remeh-temeh di media massa untuk meneruskan agenda politik mereka tanpa mendahulukan kepentingan, kehendak dan keinginan rakyat.
Suara Politik
Belantan
Rakaman Video Anwar Tidak Hormat Rukun Negara?
Satu rakaman video yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghormati rukun negara telah dimuat turunkan oleh sahabat Blogger Saluran Lensa Kini sebaik sahaja acara sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Dataran Shah Alam pada 30 Ogos tahun lalu.
Ini berbeza dengan apa yang dilakukan Anwar ketika menghadiri acara memberi penghormatan terakhir kepada mayat Teoh Beng Hock di Melaka pada tahun 2009, di mana dalam acara itu, Anwar melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng iaitu menunduk-nunduk kepala dan badan sebanyak 6 kali untuk menghormati mendiang itu.
Suara Politik
Belantan
Tindakan Pok Nik satu sindiran kepada Dewan Ulama Pas?
Kehadiran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik dalam sambutan hari jadinya yang ke-82 di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat sebagai satu sindiran tajam kepada Dewan Ulama Pas berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam.
Tindakan Pok Nik itu sememangnya memberi tamparan hebat kepada Dewan Ulama Pas kerana sebelum ini Karpal merupakan individu yang lantang meminta dikaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.
Sikap Pok Nik ini seolah-olah menolak pendirian ulama namun itu tidak mengejutkan kerana beliau sebelum ini merupakan individu terawal yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah namun kemudiannya tewas hujah dan terpaksa akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
Tindakan Pok Nik berjumpa dengan individu yang menentang keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu wajar dipersoalkan, sehubungan itu Pas didesak menilai semula kedudukan Menteri Besar Kelantan itu sebagai Mursyidul Am parti berkenaan.
Semalam, laporan portal berita pro-pembangkang Malaysiakini memberitahu, Nik Abdul Aziz tiba di kediaman Karpal di Jalan Scotland, Pulau Pinang kira-kira pukul 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit beramah-mesra bersama Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu.
Malaysiakini juga melaporkan Mursyidul Am Pas itu memotong kek sempena ulang tahun kelahirannya ke-82 sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tindakan Pok Nik itu juga seperti jawapan awal terhadap desakan daripada ahli Pas sebelum ini yang mahukan Parti itu menilai semula hubungan dengan DAP. Pok Nik jelas tidak ambil kisah dengan desakan dan pandangan ahli Pas terutama berkaitan dengan tahaluf Pas dengan DAP!
Dengan kehadiran Pok Nik di kediaman Karpal, seolah-olah menunjukkan beliau masih mengiktiraf dan menerima pendirian DAP berkenaan isu kalimah Allah. Mungkin Pok Nik sebelum ini terpaksa bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas namun secara realitinya beliau dilihat masih menerima pendirian DAP!
Atau adakah Karpal Singh 'merayakan' PEMECATAN Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama PAS dengan menghadiahkan Pok Nik sebiji kek sempena harijadi Pok Nik? Wallahuallam.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Januari 29, 2013
Kerajaan PKR Selangor dituntut tunai janji?
Ching Eu Boon (duduk, kanan) dalam sidang media bersama sebahagian daripada 1,000 penduduk yang mengadakan demonstrasi aman di Pandamaran, Klang, Selangor, semalam.
Hampir 1,000 penduduk Pandamaran di sini, berhimpun secara aman menuntut kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melunaskan janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu. Antara janji-janji itu ialah menurunkan cukai pintu premis kediaman dan komersial pada kadar 10 peratus dan 20 peratus.
Ketua Pemuda MCA Bahagian Klang, Dr. Ching Eu Boon yang mengetuai perhimpunan aman itu berkata, majoriti rakyat di kawasan tersebut tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri yang sehingga kini masih enggan melaksanakan penurunan cukai tersebut.
Tegasnya, kerajaan negeri menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab apabila menafikan hak rakyat mendapatkan potongan cukai tersebut. Tambah beliau, pihaknya telah mengedarkan borang tuntutan penurunan cukai pintu bagi kediaman dan premis komersial kepada setiap penduduk kawasan itu dan setakat ini telah menerima hampir 1,000 borang.
"Kita juga telah menggerakkan pasukan khas terdiri daripada ahli MCA dan para sukarelawan mendaftarkan nama-nama para penduduk yang tidak menerima penurunan cukai tersebut seperti yang dijanjikan kerajaan negeri.
"Kita jangkakan lebih 5,000 borang diterima daripada para penduduk Pandamaran dalam tempoh terdekat," katanya di sini hari ini.
Eu Boon berkata, pihaknya bercadang membawa tuntutan para penduduk itu ke mahkamah dalam masa terdekat. Beliau berkata, seluruh rakyat Selangor sepatutnya memilih parti yang tepat mentadbir Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang hari ini terbukti memperdayakan rakyat demi meraih undi.
"Barisan Nasional (BN) tidak sewenang-wenangnya membuat janji yang tidak boleh ditunaikan sebaliknya apabila BN membuat janji, kita pasti laksanakan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Cai menyifatkan kerajaan negeri sebagai pemerintah yang tidak berperikemanusiaan kerana hanya tahu menabur janji.
"Sewaktu pilihan raya umum lalu, macam-macam mereka janji, tetapi apa yang terlaksana, satu pun tiada. Saya berharap kerajaan BN berjaya membantu kita dan kembali memerintah Selangor. Apa yang penting kita mesti tolak pembangkang," katanya.
Suara Politik
Belantan
ADUN DAP dibidas, gagal laksana amanah rakyat?
Bekas ahli DAP, Tan Tuan Huat (tengah) diapit Yap Kon MIn (kiri) dan Tan Chee Cheong mengadakan sidang akhbar berkenaan Exco DAP Selangor Ronnie Liew di Taman Petaling, Petaling Jaya, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Datok, Philip Tan daripada DAP hari ini dibidas kerana gagal menjalankan tugas serta tanggungjawabnya menjaga kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.
Bekas pemimpin DAP, Yap Kon Min mendakwa, kegagalan dilihat menerusi tindakan Philip yang dikatakan tidak mengagihkan bantuan buku latihan sekolah kepada pelajar yang layak di kawasan DUN berkenaan meskipun telah mendapat bantuan tersebut daripada kerajaan negeri sebelum ini.
Tegasnya, sebagai ADUN, beliau sepatutnya mengedarkan bantuan yang dikhususkan untuk membantu pelajar sekolah rendah dan menengah yang kurang berkemampuan.
"Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat (Philip), pernahkah beliau mengagihkan bantuan buku latihan itu kepada pelajar yang layak di DUN Telok Datok. Saya dimaklumkan, buku-buku latihan tersebut disimpan oleh wakil rakyat itu dan sehingga kini tidak diagihkan.
"Apakah beliau mengambil kesempatan menuntut sumbangan kerajaan negeri. Sebagai ADUN yang dipilih rakyat sebelum ini, beliau sepatutnya mengagihkan bantuan itu kepada rakyat yang memerlukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada masa sama, Kon Min yang juga bekas Juruaudit DAP Cawangan Serdang Baru itu turut mempertikaikan sikap tidak adil Philip yang dikatakan hanya memberi tumpuan pembangunan di kawasan pekan dan bukannya di kampung-kampung dalam DUN itu.
Sambil memberikan contoh dalam soal pembaikan jalan raya di kawasan DUN terbabit, Kon Min menyatakan telah menerima laporan bahawa jalan raya di kawasan kampung masih lagi dalam keadaan rosak dan ada antaranya memerlukan kerja pembaikan segera.
Selain itu, beliau turut menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok supaya menyiasat serta mengambil tindakan yang sewajarnya jika dakwaan tersebut didapati benar.
"Jika benar keadaan ini berlaku, adakah wakil rakyat ini layak untuk dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang?" ujarnya.
Pada PRU-12, Philip memenangi kerusi DUN Telok Datok mengalahkan Ei Kim Hock daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 698 undi.
Sementara itu, Philip ketika dihubungi menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai satu cubaan untuk memburuk-buruknya imej beliau sebagai ADUN.
"Sejak menjadi wakil rakyat, saya telah melaksanakan kerja pembaikan jalan raya di setiap kawasan dalam DUN saya. Tapi biasalah, jalan-jalan di kawasan ini memang selalu rosak terutamanya ketika musim hujan dan akibat dilalui oleh kenderaan berat.
"Mengenai isu pengagihan buku latihan, sepatutnya saya terima bantuan sebelum sesi persekolahan bermula, namun bantuan itu lewat sampai. Maka, saya rancang untuk mengagihkan bantuan buku latihan tersebut pada hujung tahun ini.
Suara Politik
Belantan
Ahli demonstrasi di pejabat DAP?
David Dass (tengah) bersama beberapa ahli DAP mengadakan bantahan secara aman berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat di hadapan pejabat DAP Negeri Sembilan di Kemayan Square, Seremban, semalam.
Kemuncak kemarahan ahli akar umbi DAP berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu terserlah hari ini apabila mereka mengadakan bantahan secara aman di pejabat DAP negeri di Kemayan Square di sini.
Bantahan terhadap penipuan keputusan CEC itu dihadiri oleh beberapa pemimpin DAP cawangan yang sebelum ini telah pun membuat laporan berhubung isu itu kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini baru-baru ini.
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass memberitahu, pihaknya tidak akan berganjak daripada terus mendesak parti membersihkan imej yang tercalar selepas terdapat penipuan dalam pemilihan CEC.
"Malah kami sedia dikenakan tindakan oleh pihak jawatankuasa disiplin parti dan biarlah kami terkorban demi memastikan ketelusan dalam DAP dapat dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan tersebut.
Jelasnya, tindakan itu bukan disebabkan kerana ada agenda tersembunyi seperti dinyatakan oleh pihak pimpinan parti untuk menghancurkan parti sebaliknya bertujuan memastikan pemilihan yang diadakan lebih telus.
"Kita ingin tegaskan bahawa tindakan yang kami lakukan ini tidak ada agenda tersembunyi. Malah ramai ahli seumur hidup dalam DAP yang berterus terang ikhlas dalam perjuangan parti dan mereka menuntut keadilan dalam pemilihan parti.
"Ada sesetengah pihak dalam pimpinan pusat juga menyokong tindakan kami dan ada juga yang menentang perbuatan kami. Kami sebenarnya sudah bersedia dari segenap aspek termasuklah dikenakan tindakan disiplin parti," katanya
David juga menjelaskan, pemilihan CEC yang dilaksanakan baru-baru ini jelas memperlihatkan parti itu mengenepikan kepentingan masyarakat India dalam kepemimpinan yang kebanyakannya dilantik dan bukannya dipilih oleh ahli parti
"Kita perlu tahu mana singa bertaring dan tidak bergigi. Kalau setakat dilantik, pimpinan parti boleh melantik siapa sahaja yang mereka suka berbanding ahli yang dipilih dalam CEC," katanya.
Ditanya kemungkinan ada ahli DAP yang akan keluar parti kerana membantah keputusan pemilihan CEC, David berkata, perkara itu tidak mungkin terjadi kerana ramai ahli yang sayangkan parti itu.
Jelasnya, perbuatan keluar parti itu bukanlah satu tindakan wajar bagi menyelesaikan krisis memandangkan terdapat saluran betul untuk membersihkan DAP dalam mencari keadilan demi kepentingan ahli parti.
"Sebab itulah kami meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempercepatkan siasatan. Tetapi berdasarkan maklumat, kepemimpinan DAP pusat belum menyerahkan laporan dan penyata parti kepada ROS untuk siasatan lanjut," katanya.
Suara Politik
Belantan
Nasihat kepada MB Khalid : Jangan salahkan Kerajaan Pusat?
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor ditempelak kerana cuba menyalahkan Kerajaan Pusat setelah gagal mengambil alih empat syarikat konsesi perkhidmatan bekalan air di negeri ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Pusat tidak pernah menyekat usaha pengambilalihan tersebut sebaliknya kerajaan negeri yang perlu berunding terlebih dahulu dengan syarikat konsesi tersebut.
''Kita tidak sekat tetapi mereka tidak boleh ambil alih secara percuma, kena berunding dengan semua konsesi kerana ada ikatan perjanjian.
''Apabila ada ikatan tidak boleh secara sewenang-wenang, ada undang-undang, akta dan perjanjian, jadi hendak ambil alih kena rundinglah," ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 5,000 orang penduduk yang hadir dalam program kunjungan mesra Timbalan Perdana Menteri ke Sabak Bernam di Sekolah Kebangsaan Dr. Abdul Latiff di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon.
Muhyiddin berkata, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu merundingkan tentang harga yang perlu dipersetujui dengan syarikat-syarikat konsesi tersebut sama ada boleh diambil alih atau tidak.
''Apabila tidak boleh, kerajaan Selangor marah Kerajaan Pusat. Ini tanggungjawab kerajaan negeri.
''Kemudian dia mengambil tindakan menganiaya kita baru-baru ini apabila bekalan air tidak ada," katanya.
Beliau berkata, sikap itu berbeza dengan Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab apabila tetap mahu melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi memastikan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan mempunyai bekalan air yang mencukupi.
''Tetapi kerajaan negeri tidak luluskan Langat 2 yang dibina bagi menyalurkan air dari Pahang. Saya sudah tengok terowong itu, 10 tahun lalu kita sudah kaji semua empangan dan tahap air.
''Orang Selangor bertambah, industri bertambah, rumah bertambah tetapi air tidak bertambah kerana kerajaan negeri tidak mahu lulus," katanya.
Muhyiddin menempelak ''Ini salah siapa, Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri?'' sambil disambut oleh orang ramai bahawa keadaan tersebut adalah disebabkan oleh kerajaan negeri.
Kata beliau, Kerajaan Pusat hendak membelanjakan beratus juta ringgit bagi membina loji rawatan air tersebut dan diserahkan kepada kerajaan negeri tetapi rancangan itu ditolak.
''Jangan salahkan Kerajaan Pusat, jangan apabila tidak ada air tahun depan atau loji air meletup kerana kerja siang dan malam, lama-lama dia akan pecah maka bekalan air terjejas.
''Jangan esok tidak ada air marahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dia ada masalah kerana tidak dapat perbelanjaan modal (Capex), benda mudah jadi rumit sebab kerajaan negeri tidak tahu apa yang harus diutamakan," katanya.
Sebaliknya, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu Air berkata, Kerajaan Pusat mengutama dan mendahulukan rakyat serta mahu menyelesaikan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh Kerajaan PKR Selangor.
''Saya selalu datang Selangor, isu air seperti ini tidak selesai. Menteri Besar kata saya tidak tahu, tetapi saya dapat laporan, saya tahu cerita sebenar," katanya.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Januari 28, 2013
Atas Nama Islam, Anwar Dicabar Nyatakan Pendirian Tentang Hudud?
Pertentangan pendapat dalam pakatan pembangkang khususnya melibatkan kepimpinan DAP, Karpal Singh dan Pas berkaitan pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara baru namun demikian, Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pendiriannya.
Sehubungan itu, aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul telah mencabar Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh untuk menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan hukum hudud yang mendapat tentangan dari DAP.
“Sebagai seorang yang beragama Islam dan pernah menjadi pemimpin dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) suatu masa dulu, saya mencabar Anwar untuk menyatakan ketegasannya berhubung perkara tersebut,” katanya pemberita di sini.
Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut malah DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.
“Saya anggap Anwar berdiam diri atas nama taktik politik kerana sedar sekiranya dia menyatakan menyokong pelaksanaan hudud dan penubuhan negara Islam maka tentunya PKR terpaksa berdepan dan berpatah arang dengan DAP juga namun sekiranya menyokong apa yang dimahukan oleh DAP tentulah lebih buruk padahnya.
“Sebagai seorang Islam sewajarnya Anwar menyokong undang-undang Islam malahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib juga mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi Anwar takut untuk berbuat demikian.”
Jelasnya, pendirian DAP berkaitan agama Islam bukanlah perkara yang baru diketahui kerana sememangnya mereka menentang pelaksanaan dan pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam apatah lagi idealogi mereka adalah ke arah Malaysian Malaysia.
“Namun demikian, Pas dilihat terumbang-ambing dalam menentukan hala tuju sendiri khususnya untuk menegakkan negara Islam pun terpaksa diubah namun demikian sejak kebelakangan ini mereka dilihat terdesak lantaran sokongan ke atas parti tersebut semakin kendur.
“Pas terpaksa bergantung kepada isu hudud dan pelaksanaan negara Islam bagi mengembalikan sokongan yang terdiri dari orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini sedangkan Anwar pula terus bermain sandiwara,” katanya lagi.-UO
Suara Politik
Belantan
Kenyataan Dr.Hasan Ali mengenai pemecatan Ustaz Nasharuddin?
KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS
Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.
Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.
Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbukan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.
Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarakjauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.
Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.
Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.
Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin. Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka. Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.
Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS. Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini. Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin. Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.
Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun. Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.
Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
Suara Politik
Belantan
Akhirnya Majlis Syura Ulama pecat Nasharudin?
Nasharudin kini ahli biasa di dalam Pas.
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.
Majlis Syura Ulama dalam alasan pemecatan memberitahu, Nasharudin terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Bagaimanapun menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai mesra kerajaan Pusat. Terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.
Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat. Bagaimanapun keahlian Nasharudin dalam Pas masih kekal tetapi cuma sekadar ahli biasa.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan surat pemecatan berkenaan sudah dihantar kepada Nasharudin tetapi tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah menerimanya atau belum.
Saya bukan ahli Majlis Syura Ulama tetapi Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh telah mengesahkan kepada saya bahawa Nasharudin memang telah dipecat. Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura Ulama ketika mesyuarat pada 13 Januari lalu.
Nasharudin dipecat kerana antaranya beliau kerap tidak hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama dan selalu membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian serta ketetapan majlis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nasharudin selama ini dilihat sebagai duri dalam daging kepada kumpulan pro-Anwarinas yang kini menguasai Pas kerana sentiasa konsisten mempertahan soal hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah serta lantang mengkritik kebiadaban pemimpin DAP.
Malah, sebelum ini beliau pernah dihadap ke lembaga disiplin Pas kerana mendakwa Karpal Singh yang menentang keras hukum hudud dan penubuhan negara Islam sebagai anti-Islam sehingga Pengerusi DAP itu mengugut mahu mendakwanya di mahkamah.
Dalam pada itu, ditanya mengapa keputusan pemecatan Nasharudin hanya dibuat hari ini dan tidak diumum terus pada 13 Januari lalu, Mustafa berkata, beliau tidak dapat mengulas tentang perkara berkenaan kerana mendakwa beliau bukan ahli majlis syura.
Suara Politik
Belantan
Anwar tertekan - Lebih 10,000 Rakyat Berbilang Kaum Sambut Kepulangan Najib!
Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum termasuk 2 menteri Kabinet dan orang kenamaan hari ini membanjiri Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bagi menyambut kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kehadiran mereka bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri yang mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza Selasa lalu sebelum menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland.
Ketibaan Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada kira-kira 11.05 pagi, disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.
Kenamaan lain termasuk Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur turut membawa sepanduk dan kain rentang, antaranya bertulis “Selamat Pulang Pejuang Umat”, “PM Wira Negara”, “We Are Proud To Have A Brave PM” dan “We Love PM”.
Dalam ucapannya, Najib berkata beliau terharu atas sambutan yang tidak disangka itu dan merestui perhimpunan tersebut kerana ia sebenarnya menunjukkan komitmen rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Katanya beliau mengambil keputusan untuk melakukan lawatan ke Gaza bagi menyampaikan pendirian rakyat serta melihat sendiri keadaan di kawasan tersebut. “Kita dah hulur derma, NGO (badan bukan kerajaan) kita sudah pergi ke bumi Palestin, tetapi kita atas nama kerajaan Malaysia, atas nama rakyat Malaysia, atas nama Barisan Nasional, belum lagi sampai ke bumi Palestin,” katanya.
Najib berkata walaupun dalam tempoh lawatan yang singkat, beliau sempat dibawa melihat sekitar Gaza yang penduduknya padat dan daif, serta melihat kemusnahan akibat serangan Israel terhadap bangunan kerajaan, masjid dan stadium yang semuanya tidak mempunyai ‘kepentingan ketenteraan’.
Beliau berkata serangan seperti itu bertujuan untuk meningkatkan penindasan dan cengkaman terhadap rakyat Palestin,serta meruntuhkan semangat mereka, justeru itu amat penting untuk pergi ke sana dan menyampaikan mesej bahawa mereka tidak berseorangan dalam perjuangan itu.
“Ada orang kata kita patut melakukan apa saja untuk menentukan keselamatan Israel, tetapi bagi kita, bagi rakyat Malaysia, bagi Barisan Nasional, bagi kerajaan, yang kita pentingkan adalah rakyat Palestin mesti mendapatkan hak asasi dan kedaulatan serta keselamatan yang terjamin,” katanya.
Najib berkata penubuhan kerajaan perpaduan di antara Hamas dan Fatah adalah penting bagi memastikan perjuangan mereka di bumi Palestin mencapai kejayaan.
“Ingatlah bahawa tunjang kepada segala-galanya adalah perpaduan, perpaduan itu amat penting. Pengajaran kepada kita di bumi Malaysia ini juga, perpaduanadalah tonggak kepada segala-galanya.
“Kita boleh beri sokongan moral, kewangan dan politik tetapi kesudahannya rakyat Palestin mesti ambil langkah ke arah perpaduan. Inilah mesej yang telah saya sampaikan kepada mereka bahawa rakyat Malaysia merupakan pejuang yang akan sentiasa berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dalam perjuangan mereka,” katanya.
Gaza merupakan satu daripada penempatan di Palestin yang mempunyai penduduk seramai 1.7 juta orang walaupun hanya seluas separuh negeri Perlis. Najib yang merupakan perdana menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke negara itu turut dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Aqsa atas sokongan yang diberi terhadap perjuangan Palestin.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Januari 27, 2013
MB Khalid : Hasil kajian syok sendiri Pakatan Rakyat mengatakan unit khas polis dan tentera telah bocorkan maklumat?
Menteri Besar yang 'syok sendiri', Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa sebanyak 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang beliau terajui sejak Mac 2008.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kajian dijalankan Kerajaan Negeri sejak Ogos lalu mendapati tahap kepercayaan rakyat terhadap beberapa kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu merosot kepada 20 peratus.
“Tiga bulan kita (Kerajaan Negeri) buat kira-kira sama ada boleh menang dan tawan Putrajaya atau tidak.
“... gegee..graf penerimaan rakyat terhadap PR lebih tinggi daripada BN.
“Berapa ramai orang percaya kepada (Setiausaha Umno Selangor), Datuk Seri Ir Mohd Zin? Kurang 20 peratus. Berapa orang percaya pada (Timbalan Pengerusi Umno Selangr) Datuk Seri Noh Omar? Pun begitu, lebih kurang 20 peratus. Berapa orang percaya Menteri Besar Selangor sekarang? Lebih 60 peratus,” katanya ketika berucap meraikan lebih 400 sukarelawan dan jentera pilihan raya bahagian Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok di kediaman rasminya di sini, semalam.
Bagaimanapun dakwa Abdul Khalid, kajian terbabit mempunyai asasnya apabila kajian yang sama dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), yang diumumkan Rabu lalu, mendapati sokongan rakyat terhadap PR semakin tinggi.
Tambah beliau, hal ini dikuatkan lagi apabila keputusan yang sama diperolehi hasil kaji selidik oleh pihak polis dan tentera baru-baru ini.
“Mereka (unit khas polis dan tentera) telah bocorkan maklumat ini sendiri, membuktikan rakyat semakin menolak Umno-BN “... hasil survei ini, rakyat dah setuju untuk tukar kerajaan,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid mengingatkan rakyat Selangor supaya tidak menggadaikan mandat mereka hanya semata-mata gelap mata dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diagihkan BN menjelang pembubaran Parlimen bulan depan.
Bagaimanapun Abdul Khalid tidak melarang rakyat untuk menerima sambil menyifatkan bantuan kewangan itu bukannya milik ahli politik atau parti, sebaliknya ia merupakan hak rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan melaksanakannya sejak 50 tahun lalu.
“Duit (BR1M) boleh ambil, undi jangan, tanggungjawab saudara jangan jual, jangan jual keluarga.
“... bukan duit bapak dia, itu duit rakyat,” tegas Abdul Khalid.
Sejak bila pula Khalid percayakan kepada polis dan tentera! Teringat kata-kata Khalid 'G' ini iaitu manifesto bukanlah janji pilihanraya? Sila baca di sini.
Suara Politik
Belantan
Punca lawatan Najib ke Gaza diperlekehkan?
Seperti diduga ada pihak khususnya penyokong-penyokong Pas bagaikan cacing kepanasan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri yang pertama dari Malaysia menjejak kaki ke Palestin tetapi juga pemimpin Islam pertama dari bukan dalam kalangan negara Arab berbuat demikian.
Walaupun lawatan itu dibuat atas niat yang ikhlas bagi menunjukkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis, namun bagi puak-puak berkenaan mereka lebih suka melihatnya dari sudut politik yang sempit dan dangkal.
Justeru serangan dilakukan melalui facebook, blog dan tidak terkecuali khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memperlekehkan keberanian Najib memasuki zon perang seperti mana dipuji oleh media-media Arab. Pelbagai andaian mereka lakukan kononnya pihak Palestin tidak menerima kehadiran Najib, biar pun sepanjang lawatan itu Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh berada di dalam satu kereta meninjau situasi di Gaza bersama Perdana Menteri.
Mungkin akibat kekurangan ilmu dan maklumat serta dibaluti pula perasaan politik kebencian yang mendalam maka bantahan oleh pergerakan Fatah dijadikan modal untuk memperlekehkan lawatan Najib.
Inilah sikap puak-puak yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi di hati mereka terpalit perasaan dengki dan iri hati apabila melihat lawatan kemanusiaan Najib itu mendapat pujian majoriti rakyat Malaysia.
Perdana Menteri melakukan lawatan berkenaan bukan atas tujuan politik apatah lagi mempunyai udang di sebalik batu, Najib tidak melakukan lawatan itu semata-mata untuk mencari populariti, mencari populariti politik dengan memasuki zon perang bukanlah tindakan politik yang bijak.
Sebaliknya apa yang dilakukan oleh Najib ialah untuk menunjukkan sokongan padu Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin yang sebelum ini didahului dengan pelbagai bantuan melalui kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara kita.
Kehadiran Najib dianggap kemuncak kepada sokongan berkenaan dan memberikan mesej yang jelas kepada Palestin serta dunia bahawa Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Tetapi puak-puak yang hati mereka sudah dikotori dengan politik kepartian dan kebencian peduli apa, mereka berusaha memperlekehkan lawatan Najib kerana lawatan berkenaan adalah satu tamparan kepada mereka. Selama ini tidak ada pemimpin utama mereka yang menjejak kaki ke bumi Palestin. Mereka berdegar-degar bercakap soal Islam, menjerit-jerit menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan meletakkan Israel sebagai rejim laknatullah. Tetapi tiada seorang pemimpin mereka pun berani memasuki zon perang tersebut.
Sepatutnya, mereka berbangga sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia, Najib bersedia mempertaruhkan nyawa bersama rombongan beliau memasuki Gaza yang boleh dimusnahkan dalam sekelip mata oleh rejim Zionis. Najib melakukan lawatan itu bukan atas nama Presiden UMNO atau Pengerusi Barisan Nasional (BN) tetapi atas nama Perdana Menteri Malaysia, ertinya kalau mereka rakyat Malaysia, mereka pasti akan tumpang berbangga dengan kejayaan lawatan Najib itu.
Namun oleh kerana fikiran sudah ditutup dengan ketaksuban politik dan di hati diselubungi dengan perasaan iri hati hanya kerana berbeza ideologi politik maka tindakan Najib yang boleh dianggap satu jihad bagi membantu sesama Islam dipolitikkan.
Justeru tidak hairanlah apabila mereka juga mengatur 'serangan' bertubi-tubi ibarat serangan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin kepada Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan berkenaan. Pelbagai SMS diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas itu termasuklah menuduh beliau tali barut UMNO, munafik, ada udang di sebalik batu dan macam-macam lagi kata nista hanya kerana Nasharudin yang juga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia menyertai lawatan yang amat mulia di sisi Islam tersebut.
Apa yang memalukan, ketika puak di dalam Pas menghamburkan pelbagai kata nista kepada Nasharudin dan Perdana Menteri dengan tujuan memperlekehkan lawatan ke Gaza, Nasharudin turut menerima SMS daripada rakyat Malaysia bukan Islam yang bangga dengan lawatan bersejarah itu. Persoalannya kenapakah puak-puak ini begitu iri hati dengan lawatan Perdana Menteri? Kenapakah perlu mengutip dosa-dosa kering dengan melakukan tohmahan, fitnah dan tuduhan kepada peserta-peserta rombongan khususnya Nasharudin?
Kalau pun sudah tidak ada modal politik berikutan pelbagai kemelut dan masalah yang berlaku kepada pakatan pembangkang, janganlah soal memperjuangkan nasib rakyat Palestin pun mahu dipolitikkan!
Sememangnya penulis akui ada bantahan daripada Fatah kerana berlaku salah tafsir terhadap tujuan lawatan Najib, mereka melihat dari sudut politik kononnya lawatan Najib itu akan memberi kelebihan kepada politik Hamas. Tetapi hakikatnya, ia adalah lawatan kemanusiaan dan bukannya lawatan bagi mencampuri urusan dalaman Palestin termasuk penubuhan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas.
Tetapi kerajaan Malaysia bukan seperti kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang yang menjadi pak turut kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, tetapi Malaysia adalah negara berdaulat dan berhak membuat keputusansendiri. Apatah lagi menjejak kaki ke bumi Palestin sudah lama menjadi idaman Najib sejak beliau menjadi menteri lagi dan sekarang apabila berada dalam kedudukan yang boleh dijadikan platform bagi menunjukkan manifestasi kemuncak sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin maka Najib melangkah ke Gaza, apakah itu satu dosa?
Daripada puak-puak tersebut terus menghabiskan masa memperlekehkan usaha Najib dan kerajaan Malaysia dalam isu Palestin adalah lebih baik mereka memberi sedikit ruang untuk berdoa agar perjuangan rakyat Palestin mencapai kejayaan. Langkah itu lebih baik daripada terus mengutip 'dosa-dosa' kering akibat sudah semakin pekak, buta dan tuli untuk membezakan yang mana tindakan bertujuan politik dan yang mana satu mencari keredaan Allah SWT serta menyahut seruan Rasulullah SAW agar umat Islam sentiasa prihatin terhadap nasib umat Islam yang lain.
Justeru tidak perlulah kita melayan dan berasa gundah dengan sebarang usaha memperlekehkan lawatan kemanusiaan Najib ke Gaza kerana menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, apa pun yang dilakukan oleh beliau dan pemimpin kerajaan khusus UMNO pasti akan dipolitikkan oleh golongan yang semakin muflis modal politik akibat dibaluti politik kebencian mendalam!-UMO
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Januari 26, 2013
'Pas tidak ikut Anwar'?
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib percaya pemimpin Pas tidak akan 'terikut-ikut' dengan pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Tegas Harun, beliau sendiri tidak akan berganjak daripada pendirian menyokong keputusan Majlis Syura Ulama yang dibuat pada 13 Januari lalu bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.
Menurut beliau, terpulang kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sama ada menerima atau menentang keputusan Majlis Syura Ulama berhubung perkara itu.
"Ikut suka dialah (Anwar). Kalau dia tak setuju atau sokong keputusan Majlis Syura Ulama, itu dia punya pasal. Tapi saya tetap dengan pendirian bersama-sama Majlis Syura Ulama yang memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.
"Saya tidak akan mengambil sebarang tanggungjawab mengenai pendiriannya itu (Anwar)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam bahawa pakatan pembangkang kekal dengan pendirian membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Pendirian itu jelas bercanggah dengan Pas yang sebelum ini menerusi Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu memutuskan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mengingatkan orang Islam bahawa tindakan meredakan kalimah Allah digunakan untuk agama-agama lain boleh jatuh syirik kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai kufur.
Beliau berkata, kalimah suci tersebut tidak sesekali boleh dibenarkan untuk digunakan oleh agama lain kerana akan mencemarkan kesucian Islam dan satu undang-undang perlu diwujudkan bagi melindungi kalimah Allah.
Tegas beliau, umat Islam wajib mempertahankan kalimah Allah meskipun terpaksa membayar dengan harga yang mahal.
Ditanya adakah kenyataan Anwar itu akan memberi impak kepada pakatan pembangkang khususnya kepada Pas, Harun menjelaskan, beliau yakin Pas tidak akan berhadapan masalah.
"Tidak ada masalah, malah dia (Anwar) orang PKR, dia bukan orang Pas. Kalau dia tak sokong kalimah Allah hanya untuk orang Islam, suka hati dialah," ujarnya.
Beliau turut mengulangi kenyataannya, kerjasama Pas bersama PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang adalah untuk kepentingan politik semata-mata, lebih-lebih lagi bagi menghadapi pilihan raya umum nanti.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tidak akan berganjak dengan pendirian Majlis Syura Ulama melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Sehubungan itu, tambah beliau, isu penggunaan kalimah Allah tersebut bagi Pas telah selesai sebaik Majlis Syura Ulama membuat keputusan berkenaannya pada 13 Januari lalu.
"Pas tetap berpendirian Bible versi bahasa Melayu tidak boleh sama sekali menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan God atau Lord. God atau Lord merujuk kepada Tuhan dan bukannya Allah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.-UMO
Suara Politik
Belantan
Isu Kalimah Allah - Mohon disebarkan Video Klip ini...Allahu Akbar!!!
Berlawanan dengan apa yang diucapkan oleh Presiden PAS dan ketua-ketua didalam Pakatan Rakyat!
Agama Islam disalahgunakan demi kepentingan politik! Kerana sikap mereka-mereka ini yang gilakan kuasa membuatkan umat Islam di negara ini keliru!
Selanjutnya sila baca di sini.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Januari 25, 2013
Rani Mukherjee tak peduli jalan gelap di Meru undang bahaya?
Meru, Klang - Jalan utama yang menghubungkan Taman Meru Empat dan pekan Kapar di sini berubah menjadi antara zon berbahaya apabila sering berlaku kemalangan terutamanya pada waktu malam.
Semuanya akibat lampu jalan yang tidak berfungsi di kawasan tersebut sejak empat bulan lalu tanpa sebarang usaha penyelenggaraan dilakukan oleh pihak berwajib.
Tinjauan wartawan mendapati terdapat lebih 20 lampu jalan di kawasan berkenaan namun kesemuanya terpacak sekadar hiasan. Keadaan lebih diburukkan lagi apabila keadaan jalan di kawasan itu tidak rata dan mendedahkan pengguna kepada risiko bahaya.
Selain itu, ketiadaan pembahagi jalan di kiri dan kanan laluan tersebut mengakibatkan ramai penunggang motosikal terbabas ke dalam longkang sedalam satu meter yang berada di situ.
Rata-rata pengguna jalan tersebut melahirkan rasa kesal terhadap pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang gagal melaksanakan kerja-kerja memperbaiki lampu-lampu jalan dan menurap semula jalan di kawasan itu.
Ketiadaan penghadang jalan di kiri dan kanan di Jalan Utama yang menghubungkan Taman Meru Empat dan pekan Kapar Klang, Selangor menambah kengerian pengguna jalan tersebut.
Seorang pekerja swasta, Mohamad Hafiz Mat Diah, 28, mengakui pernah melihat sendiri kejadian seorang penunggang motosikal jatuh kerana hilang kawalan ketika melalui laluan yang tidak rata itu.
"Nasib baik penunggang motosikal berkenaan tidak tercampak ke tengah jalan kerana dalam keadaan yang gelap, ada kemungkinan penunggang itu dirempuh oleh kenderaan lain yang datang dari belakang.
"Sudah tiba masanya MPK memandang serius masalah lampu jalan yang telah lama rosak di sini demi keselesaan dan keselamatan pengguna.
"Kerja-kerja baik pulih perlu dilakukan segera bagi mengelakkan lebih ramai pengguna menjadi mangsa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Seorang lagi pengguna, Mohd. Fathan Farid Fauzi, 18 yang sering menggunakan jalan tersebut untuk ke tempat kerja berkata, lampu jalan di kawasan itu amat diperlukan kerana laluan berkenaan merupakan penghubung utama pekan Meru dan Kapar.
"Apa yang lebih membimbangkan adalah jumlah pengguna di jalan berkenaan semakin banyak terutamanya kenderaan berat.
"Jalan ini memang sentiasa sibuk tidak kira siang atau malam," katanya.
Tambahnya, dia sentiasa bimbang melalui jalan tersebut pada waktu malam kerana terdapat banyak kenderaan berat seperti bas dan lori turut menggunakan laluan yang sama.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Norherman Baharon, 38 berkata, pihak yang bertanggungjawab diharap tidak memandang ringan terhadap keperluan pengguna untuk mendapat kemudahan lampu jalan di situ,
Katanya, ini bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.
"Kerajaan negeri yang kononnya terkenal sebagai kerajaan berkebajikan sepatutnya lebih prihatin terhadap masalah ini.
"Saya khuatir keadaan jalan yang gelap akan mengundang kejadian tidak diingini," katanya.
Suara Politik
Belantan
Ahli Pas bantah Karpal?
Sekumpulan ahli Pas hari ini mengadakan demonstrasi membantah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta parti itu mengkaji semula penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Kumpulan yang diketuai bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin itu berarak kira-kira 100 meter bermula di hadapan Dewan Sri Pinang menuju ke firma guaman Karpal di Jalan Green Hall dekat sini.
Mohamed Hafiz berkata, kenyataan Karpal yang mahukan Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian itu merupakan tindakan biadab serta cuba mencampuri urusan agama Islam.
"Tujuan kami berkumpul di hadapan pejabat beliau kerana ingin memberitahu kami menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah.
"Dalam masa sama, kami ingin memberi amaran kepada Karpal supaya jangan berterusan bersikap biadab dan cuba mencampuri urusan Pas kerana partinya sendiri tidak bersih," katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di sini.
Kumpulan yang turut disertai beberapa ahli Pas kawasan Tanjong itu juga membawa pelbagai sepanduk yang tertera perkataan seperti 'Pas wajib keluar pakatan', 'Kami pertahankan Majlis Syura Pas' dan 'Meminta orang Melayu jangan undi Karpal di Bukit Gelugor' serta mengibarkan bendera Pas dan melaungkan slogan anti-Karpal.
Kemuncak demonstrasi menyaksikan bendera DAP dipijak sebagai simbolik kemarahan mereka terhadap parti berkenaan. Bagaimanapun tiada sebarang kejadian buruk berlaku kerana kakitangan pejabat guaman Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu tidak keluar.
Karpal sebelum ini meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.
Karpal dilaporkan berkata, langkah itu bertujuan memastikan pendirian Pas selaras dengan keputusan awal yang dicapai pemimpin pembangkang pada 8 Januari lalu.
Selain Karpal, turut menjadi sasaran kemarahan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man yang mana menurut Mohamed Hafiz, terlalu 'takut' menyuarakan pandangan tegas Pas negeri berhubung isu terbabit.
"Salleh boleh angkat kaki daripada terus memimpin Pas negeri jika beliau tidak mampu berbuat demikian.
"Apa yang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Karpal Singh beri kepadanya sehingga takut bersuara mempertahan Majlis Syura Ulama yang dipandang mulia ahli Pas?" tegasnya.
Turut menjadi sasaran kecaman ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Sementara itu di Kelantan, Lagi demonstrasi penduduk bantah tindakan DAP!
Lebih 50 penduduk Islam termasuk penyokong Pas di negeri ini hari ini membantah tindakan DAP yang masih berkeras mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu meskipun keputusan telah dibuat bahawa kalimah itu adalah eksklusif untuk penganut agama Islam.
Bantahan yang disuarakan dalam satu demonstrasi aman turut berikrar akan mempertahankan agama Islam daripada terus dihina dan dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Demonstrasi itu turut dijadikan platform mendesak Pas supaya keluar daripada pakatan pembangkang ekoran keengganan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini berhubung penggunaan kalimah itu.
Suara Politik
Belantan
Nyalaan obor wasatiyyah di Palestin?
Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk Gaza ketika melawat ke Bandar Gaza baru-baru ini.
Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza menunjukkan keazaman bersungguh-sungguh Malaysia untuk melahirkan penyatuan antara dua kumpulan yang berbeza dan saling berkonflik dalam menentukan arah haluan membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel.
Konflik Hamas dan Fatah dikatakan bermula pada 2005 setelah kematian pengasas Pertubuhan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat November 2004. Ia bertambah buruk apabila Hamas memenangi pilihan raya Palestin yang pertama penghujung 2006, dan berkuasa di Gaza manakala Fatah menguasai Tebing Barat.
Keputusan pilihan raya itu tidak diiktiraf oleh Israel kerana Hamas bukan sebuah pertubuhan yang menyokong perjanjian untuk mengiktiraf kedudukan negara Yahudi sebagai sebuah negara. Bagi Israel, hanya Pertubuhan al-Fatah sahaja berhak memerintah Palestin atas alasan dalam pilihan raya tersebut, Hamas kalah dalam pemilihan jawatan presiden.
Kumpulan Hamas atau Harakat al-Muqawwamatul Islamiyyah atau Pergerakan Pertahanan Islam ditubuhkan 1987 di Gaza manakala al-Fatah atau Harakat at-Tahrir al-Wathani al-Filasthini atau Pertubuhan Pembebasan Palestin ditubuhkan 1958. Al-Fatah adalah salah satu kumpulan yang bergabung dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin atau dikenali sebagai PLO yang ditubuhkan oleh Yasser Arafat dan menjadi pemimpin tertinggi selama lebih tiga dekad (1969-2004).
Setelah kematian Yasser Arafat, Hamas mula merasakan kedudukannya semakin kuat dan dominan. Apabila al-Fatah melantik Mahmoud Abas sebagai pemimpin utama menggantikan Yasser Arafat, Ismail Haniyeh yang pernah dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin mengambil sikap membantah dan kembali mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dengan mengambil pendirian memisahkan Gaza sebagai sebahagian daripada negara Palestin.
Hamas memilih kaedah perjuangan dengan kekerasan manakala Pihak Berkuasa Palestin di bawah pimpinan Mahmud Abas memilih pendekatan perundingan selari dengan prinsip Islam.
Pemisahan psiko-politik kesan konflik Hamas-Fatah menyebabkan Israel begitu mudah untuk mengkhianati sebarang persetujuan damai yang pernah ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Bahkan ketika marahkan kemenangan Hamas, Israel melakukan serangan kejam dengan mengebom, membedil dan menggunakan senjata kimia bagi menyiksa penduduk Gaza. Seluruh pintu masuk ke Gaza dikepung menyebabkan kehidupan rakyat Palestin menjadi semakin getir dan sukar.
Kepungan itu membangkitkan semangat sukarelawan seluruh dunia melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza, dan Israel semakin marah. Pada 2003, askar Israel menggunakan jentolak menghalang Rachel Corrie, ketika itu berusia 23 tahun dari Amerika Syarikat (AS) bersama-sama kumpulan International Solidarity Movement (ISM) daripada menyekat kerja-kerja meruntuhkan sebuah rumah penduduk di Rafah.
Ketika Corrie terbunuh, ia tidak memberikan impak besar kerana Israel berjaya menipu masyarakat dunia bahawa kematian itu disebabkan kemalangan dan bukannya digelek jentolak secara sengaja oleh pihak tentera. Hanya setahun kemudian Kolonel Lawrence Wilkerson (Ketua Staff Kementerian Luar dan ketika itu, Menteri Luar AS, Collin Powell) memberitahu ibu bapa Corrie, hasil siasatan Israel mengenai kematiannya adalah tidak benar.
Pada 2005, ibu bapa Corrie mengambil tindakan undang-udang ke atas tentera Israel dan pengeluar jentolak jenama Caterpillar bagi mendapat keadilan. Bagaimanapun, saman ke atas pengeluar jentolak yang berpengkalan di Illionis, AS digugurkan (2007) kerana ia bukanlah ada kaitan dengan dasar luar Washington.
Pengguguran ke atas saman tersebut telah membangkitkan semangat kemanusiaan yang lebih besar kepada masyarakat antarabangsa sehingga mencetuskan lebih banyak dan besar misi kemanusiaan ke Gaza. Bagaimanapun, misi kemanusiaan gagal mencapai matlamatnya akibat sekatan Israel dan kerjasama tentera Mesir yang menghalang penggunaan jalan darat terutama melintasi sempadannya, di Rafah.
Pada 2010, sukarelawan daripada pelbagai negara termasuk dari Malaysia menyusun strategi menyampaikan bantuan kemanusiaan menerusi jalan laut, bergerak dari Ankara, Turki pada minggu terakhir Mei. Misi kemanusiaan itu dikenali sebagai Flotila Pembebasan Palestin, disertai oleh tujuh buah kapal yang diketuai oleh Kapal Mavi Marmara dan sebuah pertubuhan kemanusiaan dari Turki, Insani Yardim Vakfi (IHH).
Tengah malam 30 Mei, kapal Marvi Marmara dikepung oleh komando tentera laut Israel ketika masih berada di perairan antarabangsa dan kemudiannya mengarahkan kapal itu menuju ke pelabuhan Ashdod, iaitu sebuah pelabuhan Israel. Kepungan itu tidak diendahkan oleh sukarelawan dan menjelang awal pagi 31 Mei, komando tentera laut menyerang kapal tersebut sehingga membunuh lapan sukarelawan, termasuk tujuh adalah rakyat Turki.
Akhir tahun lalu, Israel sekali lagi melakukan serangan kejam ke atas Gaza menyebabkan ratusan kanak-kanak dan wanita terbunuh sebagai reaksi balas anggota Hamas yang melancarkan roket ke arah beberapa buah kampung di kawasan sempadan. Roket dan peluru berpandu Hamas itu dikatakan hasil keluaran atau bantuan Iran, yang sedang ditekan oleh Israel dan AS atas keengganan Presiden Ahmadinejad menghentikan proses pembangunan dan pengayaan teknologi nuklear.
Kehadiran Perdana Menteri ke Gaza dua hari lalu membawa mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia yang mempelopori gerakan kesederhanaan benar-benar membuktikan keazaman untuk menamatkan konflik di Asia Barat dengan memulakan langkah membantu menyelesaikan perpecahan dan permusuhan antara Hamas dan Fatah.
Hamas dan Fatah melaksanakan beberapa rundingan untuk menamatkan konflik bersaudara sejak kedua pemimpinnya muncul dalam sebuah rancangan televisyen, Debat Doha pada Mac 2010.
Pada 27 April 2011, Fatah dan Hamas mencapai persetujuan menamatkan konflik di Kaherah. Kedua pihak bersetuju, satu bentuk kerajaan perpaduan perlu diwujudkan dan mengadakan pilihan raya di kedua-dua wilayah dalam tempoh setahun pembentukan kerajaan perpaduan. Pada 4 Mei 2011, Fatah yang diwakili oleh Mahmoud Abas dan Hamas oleh Khaled Meshal membentuk rangka kerajaan "peralihan" bagi merancang persediaan mengadakan pilihan raya perundangan dan presiden dengan membenarkan kemasukan Hamas dalam PLO serta memegang jawatan dalam Majlis Kebangsaan Palestin.Hamas akan terus menjaga keselamatan di Gaza manakala Fatah di Tebing Barat.
Dengan kepintaran helah Isreal, AS turut membantah perjanjian itu dan menjadi azam Malaysia untuk membantu merealisasikannya sebagaimana kejayaan yang dirintis menyelesaikan sengketa antara Bangsamoro dengan Manila tahun lalu.
Seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri, Malaysia mengambil berat mengenai permasalahan rakyat dan keprihatinan itu perlu diperluaskan di peringkat antarabangsa menerusi pendekatan kesederhanaan.
Pendekatan sedemikian sudah diterima baik oleh AS dan beberapa negara Barat, maka usaha yang baharu sahaja bermula di Gaza itu akan memberikan petunjuk betapa ikhlasnya penyertaan Malaysia untuk mempelopori keamanan sejagat.
Tindakan tersebut dilihat sebagai tamparan hebat kepada parti-parti pembangkang di Malaysia kerana tidak membuktikan apa yang mereka sering perkatakan kepada rakyat. Misalnya, mengenai seruan kepada perpaduan dan penyatuan kepentingan, parti-parti pembangkang tidak benar-benar melaksanakannya, bahkan dalam masa sama, ketiga-tiganya seringkali bercanggah termasuk pendirian mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam.
Cara bersemuka yang dipelopori oleh Perdana Menteri dalam membantu menyelesaikan sebarang masalah menampakkan impak diplomatik bagi membina dan mengukuhkan hubungan antara dua negara. Ketika berhadapan dengan pelbagai kesukaran, Najib menjadi lebih kreatif dan mampu membentuk kaedah penyelesaian terbaik berbanding pemimpin pembangkang, ketika berhadapan dengan masalah secara tuntasnya cuba membebaskan diri dengan membuat dakwaan, permainan pihak media, keadaan tertekan dan mengugut, "perlu minta maaf, kalau enggan bakal disaman."
Transformasi Najib mula membuahkan hasil, dan kejayaan itulah memberikan keyakinan masyarakat antarabangsa bahawa memangnya Malaysia mampu melibatkan diri secara berkesan membantu menyemai pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan bukan sahaja dalam negara bahkan masyarakat antarabangsa.-UMO
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)