Pages

Monday, March 30, 2015

Garden Update: March 2015

Sekejap saja dah sampai penghujung Mac. Bermaksud sudah suku tahun pertama 2015 berlalu. 

Looking at my garden development, I'm glad that I've made a journal when I started gardening and can see the progress of everything grown. Ada yg x survive, ada yg sgt slow growing dan ada yg berkembang pesat.

But it doesn't really matter..yang penting when I do gardening, I am happy :)

So for March update, here we go:

My friend kak liza, during her short visit to my house, dia siap buatkan sokongan utk pokok kacang botor saya. Remember, last time saya cantas abis pokok kacang botor ni sbb dia dah x bermaya akibat dicantas secara tak betul. Terima kasih kak liza, mudah2an pokok kacang botor ni subur balik

Musim panas ni cepat betul pokok2 jadi layu. Tu yg sedaya upaya cuba siram at least sekali sehari. 

Ni semua hasil tangan kak Liza yang membersihkan laman saya. Kemas je nampak...tuan rumah mmg happy..hehehe


Saya dah kemas area rak besi ini dan jadikan dia tapak semaian. 2 dari kiri semaian terung bulat dan 3rd one is pokok terung bulat. Lagi 2 masih belum semai apa2.

Close-up semaian pokok terung bulat

Akhirnya berjaya jugak membuat proses mengekang penjajahan pegaga ke kawasan2 lain. Cukup la kawasan pegaga sebesar tu aje. Ada banyak2 pon x terlarat nak makan. Masa buat clearance tu pon dah agih2 ke jiran2 kawasan perumahan. The empty space ingat nak tanam pak choy or sawi semula.


Last but not least, my pokok delima dah start berbunga. Mula ditanam September 2013. Actually dah berbuah dah sebiji. Sempat la membesar saiz buah limau kasturi gitu sebelum cabangnya di cantas secara tak sengaja oleh seseorg itu...huhuhu. Sedih dibuatnya sbb tak sempat nak snap gambar buah yg tgh membesar tu. Takpe la, redha saja...mungkin lepas ni nak berbuah lagi lebat kot.

Thursday, March 26, 2015

Tetamu Jauh

Weekend lepas kami ada tetamu istimewa yg datang dari jauh....

Pada yang selalu baca blog saya zaman saya duduk kat Jerman dulu, mesti dah kenal tetamu jauh saya ni...

Diorg adalah Kak Liza and Cik Dee!


Sejak saya balik dari Jerman tahun 2011, at least setiap tahun kami berjumpa, samada kami ke Teluk Senangin, kampung kak Liza atau diorg berkunjung ke Melaka. Cuma tahun 2014 aje kami x berjumpa. 

Kak Liza & cik Dee dtg petang Jumaat, ditemani oleh anak2 sedara cik Dee...tapi anak2 sedara cik Dee stay satu malam aje. Pagi sabtu lepas sarapan diorg balik ke KL.

Yang kak Liza pulak, pagi2 dah bangun bersihkan laman rumah saya...segan x segan tuan rumah..hehehe


Abis longkang, rumput rumpai dibersihkan


Yang tuan rumah pulak jadi mandur...hehehe

Jenuh tuan rumah pujuk tetamu supaya berhenti mengemas dan makan sarapan lepas tu pegi jalan2. Berjaya jugak tuan rumah paksa tetamu pi jalan2 kat Mini Malaysia. Nasib tetamu mmg suka lawatan ke rumah2 tradisi Malaysia ni...hehehe

Tuan rumah x rajin amik gambar, ni dah kat rumah Sabah baru amik gambar.

Duduk lama kat rumah Sabah sbb best melepak...sejuk je rasa duduk kat dalam rumah tradisi ni...tak payah kipas elektrik or air-cond pon takpe. Dah makin pupus dah rumah2 tradisi ni...anak2 kena dtg tempat camni baru dapat tgk rumah2 tradisi Malaysia.

Kat Mini Malaysia ni ada game archery. Cik HB sempat la jugak mencuba.

Sikembar pon seronok dapat memanah.

Balik dari Mini Malaysia, kami semua terdampar kepenatan. Lepas Maghrib kami keluar ke Bandar Hilir. Kak Liza nak jalan2 kat Jonker Walk. Bandar Hilir and Jonker Walk seperti biasa di hujung minggu mmg sesak bangat. Kami larat berjalan separuh aje pasar malam Jonker Walk tu...panjang sangat. Penat nak dukung Insyirah all the way...hehehe. Malangnya tak sempat nak amik gambar2 kat Jonker Walk.

Ahad: Kami pi groceries shopping kat Tesco and Mydin bawa kak Liza & cik Dee...apa daa..bawak tetamu gi hypermarket. Tapi sbb kak Liza yg nak masak utk BBQ yg kami plan nak buat malam tu, so tukang masak kena la ikut. Untung saya kan? Tetamu jadi tukang kebun, tetamu jugak nak jadi tukang masak...hehehe. But that's Kak Liza....dari zaman saya di Jerman dulu sampai la dah bertahun2 dah balik Malaysia, she is what she is...mesti nak buat macam2...tak reti duduk diam2...hehehe

Setting utk BBQ dah bermula dari petang. Kami jumpa Ain & Fatah anak beranak.

Menu simple aje...ada garden salad and steamed broccoli topped with roasted almond slices and oyster sauce, yogurt dressing and garlic butter. 
Utk BBQ, ada lamb slices dan ayam. Buat kentang bakar jugak

Tengok la...tetamu yg beria2 masak...tuan rumah? Tuan rumah jadi tukang amik gambar...hehehe

Ni siapa yg tuan rumah ni???? Hehehe

Flaming hot!!!!

Si Nabilah happy dapat makan grilled lamb. Dulu pon masa kat Jerman kak liza rajin buat grilled lambs sbb Nabilah la yg suka makan.

Fatah & Ain: juga sahabat dari zaman duduk Jerman lagi. Kami mula kenal diorg pon kat sana. Tak sangka boleh duduk se pekan Durian Tunggal.

Pagi Isnin lepas kembar dah ke sekolah dan kami pon nak gerak ke tempat keje, masa tu la kak Liza and cik Dee bergerak menuju KL, lepas tu baru balik Teluk Senangin. They'll be back to Frankfurt tomorrow. Seronok dapat jumpa diorg walaupun sekejap. Terasa balik kenangan zaman2 duduk Jerman dulu.

Flash back memories dulu2:

Masa wedding kak Liza & Cik Dee...our first year in Germany
Ni masa birthday kembar ke 4
Kami pi jalan2 kat some sort of fun-fair kat kampung sebelah Raunheim...Hochheim ke apa tah nama kampung tu
Ni kak liza buat surprise farewell party memerangkap kenduri doa selamat sebelum kami pulang ke Malaysia for good.

Sometimes I wonder would we be able to merasa balik kehidupan di Jerman? Kadang2 mmg terasa rindu life kat sana...sbb kehidupan tak sibuk dan simple. But kena terima hakikat itu hanya kehidupan sementara. Sama la jugak utk kehidupan didunia ini tak kira di bumi mana. Sementara cuma. Akhirat tu jugak yg kekal abadi.

Tuesday, March 17, 2015

Cuti Sekolah & Transit

One week off of school.

I should be relieved sbb tak terkejar pagi2 nak siapkan the twins to school. 

But no..I'm facing another issue.

Twins takmo dok kat transit dah. Diorg kata bosan. Kawan sebaya yg dok transit dgn diorg dr Darjah 1 dah tak pi transit tahun ni. Maknya decide that they can be latchkey kids starting this year (diorg 2 beradik, sorang darjah 4 sorang darjah 3).

So twins pon rasa they can be latchkey kids too...but saya dan cik HB belum bersedia untuk ini. Pagi tadi jenuh memujuk diorg duduk kat transit, and diorg lak memujuk saya benarkan diorg stay kat rumah! Ok, kami ada la bagi trial period on 2  Mondays before to stay at home after school. Sebab Isnin, Selasa diorg takde sekolah agama. Tapi Selasa diorg stay kat sekolah kebangsaan sampai petang sbb ada ko-kurikulum. They said they were ok. But I am still not feeling good leaving them unsupervised at home. 

Kesian jugak kat diorg cuti sekolah ni takde aktiviti. Cik HB ada kursus kat Thistle PD dan sepatutnya boleh bawa keluarga tapi saya la pulak yang tak boleh cuti...huhuhu

Time2 macam ni memang rasa tak nak keje dah!

Monday, March 16, 2015

Test Your Name

Semalam, nampak ada org share kat FB personality test based on your name, so saya pon cuba utk suka2. And this what came out:



 

Hahahaha....iye ke? (tingat Insyirah suka ckp camni kalau kita cakap apa2...hehehe)

Most of the time I think I agreed  what what described above. Saya memang jenis pasrah aje selalunya. Nak kata incredibly happy tu tak la betul sangat. Ada masa rasa nak meroyan jugak sbb hidup tak la selalu indah. Tapi kalau meroyan pon hanya kawan2 terdekat aje yang tau. Tak sanggup lak nak buat ngadu kat media socials kan...satgi jadi bahan gossip pulak (ooo...gossip orang xpe pulak?????)

Bab relaxed, chill tu rasa dulu2 mcm tak je sbb kalau ada masalah saya kalut juga. Tapi bila belajar dgn org keliling, tengok orang yang tenang, relaxed bila berdepan dgn situasi tak best lebih menyelesaikan masalah dengan baik, dibandingkan dengan org yang menggelupur, mcm dia sorang je yang ada masalah, slowly saya pon belajar utk jadi relaxed and chill. Most of the times it works, but don't be surprise ada masa saya pon boleh mengamuk mcm King Kong!

Dont get easily worked up: hmmmm....saya jarang mempamerkan keadaan emosi kepada umum (eceh, mcm la ko public figure eh?). Tapi tak la semestinya saya tak beremosi. Again, mcm saya ckp kat atas nun, bila saya beremosi dan rasa nak meluahkan perasaan, saya akan pilih medium yg sesuai...kawan2 rapat saya yg sudi mendengar dan amat saya percayai. Syukur Alhamdulilah ada kawan2 sebegini. I dont have many closed friends but yg sikit tu la yg amat bermakna. Mengadu pada FB atau blog ini sekali pon seboleh2nya saya tak nak buat sbb ianya akan buat keadaan jadi lebih buruk lagi dan orang2 boleh buat mcm2 spekulasi pasal diri kita dan keluarga. Especially kalau masalah tu melibatkan suami-isteri dan kaum keluarga.

Well adjusted tu mungkin iye jugak, campak la saya kemana aje, Insyaallah pandai la saya bawak diri. I'm not that friendly material, tapi takde la langsung tak bersosial dgn orang. Contohnya masa mula2 masuk famili cik HB, saya sepatah haram x pandai kecek kelate, nak kata paham pon ala2 saja. Kawan Kelantan pompuan pon kenal2 gitu saja. Pendek kata mmg saya x tau sgt pon budaya, cara hidup orang Kelantan. Tapi demi cinta ku redah saja...ecewahhhh. Kelakar la jugak masa mula2 tu saya tak berapa paham Mek ckp, kadang2 kakak ipar tolong translate. Siap Mek tanya soklan, saya ingat dia bagi statement...kita pon angguk2 je la...hahahaha. 

But I didn't make it as an excuse not to mingle around. Tak pandai sembang dgn Mek, I choose to help her in the kitchen. Bila berkumpul ramai2, saya cuba belajar mendengar dgn baik. Tak pandai nak sampuk pon, senyum pon ok la :).

Alhamdulilah it's been 11 years since then, I think I am well adjusted into the family...walaupun masih x mampu nak kecek kelate sepenuhnya :)

Friday, March 13, 2015

Route to Fitness: Sesi Gym utk Jumaat yg Kedua

I think when I managed to achieve good thing, I should write it here as a celebration.

Yes, I went to gym again during today's Friday lunch time.

Even I didn't have a companion to go with...adik trainee has her own business to do.

So what I did:

30 minutes on treadmill - 100 cal burnt.
15 minutes on stationary bike - forgot to take note the calorie burnt
5 minutes on elliptical - pon tak take note the calorie burnt.
And 10 push-ups

It's a baby steps towards fitness. Maybe next week I'll try to add one more session to gym and start back on doing pilates at home.

Wednesday, March 11, 2015

Insyirah Turns 3!!!

How time flies....

Our little girl celebrated her 3rd birthday yesterday.

Syukur Alhamdullilah, she is such a lovely young girl, blessed with good health and brightness, she brings joys to our family.

As a mother, I wish dia akan membesar dengan sihat sejahtera, jadi anak yg solehah dan cemerlang kehidupan dunia akhirat. For her to achieve that, saya selaku mak dan ayah dia sangat bertanggungjawab mencorak kehidupannya di masa yg mendatang. Kena ingat itu selalu.


For her birthday, I bought a Play-Doh set. Ini set Play-Doh yg pertama utk dia disebabkan kesian dia dok tgk video Play-Doh demo kat Youtube. Kami jarang belikan permainan utk dia, dan dia pon banyak main toys warisan kakak2 dia. Kakak2 dulu ada jugak Play-Doh tp sekejap aje dah hancur. That's why kami tak keen nak beli Play-Doh tapi untuk Insyirah kami belikan la satu bagi merasa. Tapi nampak gaya kakak2 yg lebih main...hehehe.

Dinner smlm, kami pi Secret's Recipe utk celebrate birthday dia. Pilih Secret's Recipe sbb byk choice dan boleh makan kek sekali. Tapi terkejut sbb harga makanan dah naik banyak jugak la. Tu belum apply GST lagi, dah naik camtu sekali. Kalau dengan GST?

Dia suka sangat Choc Lave SR ni..Ummi kena belajar la buat choc lava yg sedap mcm ni

Ini apa yg kami order smlm...dgn kenaikan harga makanan yg significant ditambah pulak dengan GST nanti, nampak gayanya lepas ni kena kurangkan makan luar. Mari la kita belajar2 masak  sendiri menu2 SR ni ye!

Cakap pasal harga barangan yg semakin naik ni, smlm baca kat IG Chef Wan dia pon merungut tentang keadaan ekonomi yang semakin teruk. 


Dia yg celebrity chef yg kita kira pastinya banyak duit pon dah plan nak kurangkan budget mkn luar and other expenses, kita ni tak berapa berduit ni lagi la pulak kan?

Ngeri la nak lalui situasi bila GST dah berkuatkuasa nanti!

Friday, March 6, 2015

Route to Fitness: Gym Session

Friday long lunch hour - it's normally would be the time I would run errands, or window shopping or makan2.

But today's Friday is different - I spent my lunch hour at a gym!!!

There is this gym very near to my office. Just in the next block of my office building. I checked from the internet, the gym offers walk-in at RM5 charge. So no need to worry whether I need to sign up to be a member in order to exercise at the gym.

Mula2 nak pergi rasa segan. Luckily, there is also this young girl doing her practical training in my office so I asked her whether she wanted to go with me. She was not just willing, she was even excited about it!

So off we went and the gym was almost non-occupied except for the reception guy. Paid RM10 for both of us and then we checked out the gym. There are so many machines, I was blank sbb tak pernah pegi gym before tapi nasib baik adik trainee pernah pegi gym so dia cadangkan kami mulakan dengan the stationary bike first. 

Adik trainee yg comel :)


We did the stationary bike for 10 minutes, then moved to elliptical. Elliptical is more challenging sbb u have to move both your legs and arms, so nak cukupkan 10 minit pon dah cukup memenatkan. Mulanya cadang nak buat 30 min of elliptical tp mcm dah x larat, so stop at 10 minit.

Then baru naik treadmill. Sbb dah penat, set the speed at minimum first then baru slowly increased. Lepas tu mcm dah best then terus buat sampai 30 min.


30 minit berjalan atas treadmill with 2.5 speed (x tau unitnya apa - km/hr? mile/hour? ) cuma bakar 85 calorie saja. My fried ckp satu gelas teh tarik pon x lepas tu...huhuhu

After treadmill the gym guy suggested we do the push up things. Ok, yg tu bosan sbb takde counter dan mmg bosan...hahahaha. Dia kata effectively kena buat 100 times, tapi me at 10 dah stop....hehehe

Lepas 1 jam, we decided it's time to leave the gym. Anyway, I think I like this gym and will be going again. Kalau dah betul2 consistent maybe boleh sign up utk membership sbb monthly fee baru RM30 but kena bayar registration fee RM150. RM30/month dikira murah dah la tapi sbb risau x dpt bagi commitment, i will just do the walk-in first la.  Actually kalau nak target turunkan berat badan, boleh hire personal trainer, then baru belajar cara betul exercise yg effective utk turunkan berat. They have personal trainer tapi agak costly jugak for me. RM300 for 10 session.

Ala, baru first time pegi kan...kita slow2 dulu ye!

Why Al-Kahfi?

Terjumpa artikel menarik yang dishare di FB so nak letak sini supaya mudah rujuk nanti.

Baru saya faham sepenuhnya bagaimana Surah Al Kahfi boleh jadi pelindung kita semua.
Tadabbur dan fahami mesej di sebalik 4 kisah di dalam surah ini adalah caraterbaik bagi mengingati diri.
Pn. Lina dalam perkongsiannya baru-baru ini ada berkongsi bagaimana anakandanya Darwisya sangat terlindung dari gejala 'bahasa kotor' rakan sekolahnya dahulu.
Mari kita mula amalkan, dan ajak anak kita dan kita skali menghafaznya.
Kemudian bila anak dah besar, fahami dan jadikan ia sbg survival kit dalam mengharungi dunia kini dan hadapan yang amat amat mencabar.
.............................
'Kenapa kene bace kahfi hari jumaat ye?'
'Katanya ada kaitan ngan dajjal. Dah guane gitu?'
Kalau kita perhati bebetul. Surah kahfi ni ada 4 perceritaan besar dari Allah kepada manusia iaitu:
🕐Kisah Ashabul Kahfi
🕑Kisah 2 Empunya Kebun
🕒Kisah Nabi Musa, Nabi Khidir
🕓Kisah Dzulkarnain
Kaitannya dengan dajjal ni, dajjal akan try sesatkan kita dengan godaan ni lah.
DUGAANNYA
🕐Dugaan Akidah
🕑Dugaan Kekayaan dan Pengikut
🕒Dugaan Ilmu Pengetahuan
🕓Dugaan Dzulkarnain
Kisah Kahfi vs Dugaan Dajjal
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
🕐Kisah Ashabul Kahfi dan Dugaan AKIDAH
Dugaan AKIDAH - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan memaksa manusia supaya mengaku dia tuhan.
Survival Kit dari kisah ashabul kahfi :
Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia.
Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.
Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu.
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
🕑Kisah 2 Empunya Kebun dan Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI
Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.
Survival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun :
Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting.
Syukur kepada Allah atas kurniaanNya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 45)
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
🕒Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir dan Dugaan ILMU PENGETAHUAN
Dugaan ILMU PENGETAHUAN - Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.
💊Survival Kit dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir :
💉Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan.
💉Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
💉Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 69)
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
🕓Kisah Dzulkarnain dan Dugaan KUASA
Dugaan KUASA - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan kuasa yang dimiliki di dunia ini.
💊Survival Kit dari kisah Dzulkarnain :
💉Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa.
💉Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
💉Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.
💉Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.
💉Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.
💉Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
👳Kesimpulan :
Bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang dah disenaraikan.
👳Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia. Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.
👳Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu. Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting syukur kepada Allah atas kurniaanNya.
👳Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan. Perlu bersabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
👳Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.
👳Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa. Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.
👳Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.
👳Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.
Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.

Thursday, March 5, 2015

Secebis Kisah dari segmen "Islam Agamaku"

Semalam while driving home, I was listening to "Islam Agamaku" on IKIM.FM.

Suka sangat segmen ini sbb ianya adalah kisah2 mereka yang baru memeluk Islam. Nak kata baru tak lah baru, ada yang dah berpuluh tahun dah pon bergelar muslim. Mungkin lebih sesuai dikatakan mereka yang tak dilahirkan sebagai muslim dan kemudiannya memeluk Islam.

Kisah semalam, dikongsi oleh saudara baru perempuan berbangsa Cina bergelar Prof. Madya. Saya tak pasti tahun bila dia memeluk Islam sbb saya start dengar pon dah lambat 10 minit. Tapi yang pasti sebelum tahun 2005 sbb dia ada ckp tahun 2005 dia ke UK dia dah beragama Islam. Dah lama la tu, dah lebih 10 tahun!

Yang saya kagum dengan saudara2 baru yg berkongsi kisah di segmen ini, rata2 sangat memahami kenapa mereka mengucap syahadah dan kenapa mereka nak jadi org Islam. Macam Prof ni, berusaha sedaya upaya mendalami Islam, belajar mengaji Quran bersungguh-sungguh dan menjalankan suruhan agama sesempurna yg mungkin.

Prof ni siap quote ayat Al-Quran dalam bahasa Arab dan terjemahannya sekali. Katanya yang paling bermakna dalam hidupnya ialah sbb dia dapat melibatkan diri dalam kerja2 dakwah. Dia juga mengajak semua pendengar samada muslim atau non-muslim, tanya la diri - Why am I a Muslim? or Buddhist? or apa2 agama sekali pon....adakah sbb ia agama ibu-bapa kita, nenek-moyang kita, maka kita harus meneruskannya?

Apa kefahaman kita terhadap agama? Dan kalau kita orang mmg Islam apa yang kita dah lakukan utk kehidupan akhirat nanti?

Sebenarnya banyak lagi perkongsian Prof ini yang menarik tp I can't remember very well. Harap2 ada yg akan upload kat Youtube coz  I wish I can hear again. 

Kalau ada nanti saya upload ok!