Sebelum Februari berakhir, saya nak selitkan jugak sedikit update dr kebun kecik saya tu.
Memang tak banyak yg boleh dibanggakan, tapi blog dah merupakan tempat saya mencatatkan aktiviti kebun saya, jadi kena jugak la rekodkan.
Setiap bulan saya berangan that the following month saya akan ke nursery, borong pasu, tanah dan pokok baru banyak dan tambah koleksi tanaman.
Tapi berangan saja la...yg sedia ada pon selalu terabai...huhuhu
Dah nak masuk bulan ke 3 musim panas dan kering. Utk pokok2 yg jenis berbunga, masa ni la pokok tgh galak berbunga especially kalau rajin dibaja dan disiram selalu. Saya tak banyak pokok bunga hiasan, hanya ada satu dua aje. Kalau ada banyak mesti meriah taman.
Salah satu pokok saya yg rajin berbunga di musim panas ni
Weeeheee...pokok cili dah berbuah...the main reason why I wanna make this entry. Tak sure ianya cili merah ke hijau..Mak yang bawak benihnya masa datang Disember tahun lepas
Pokok kari dah semakin pulih dari serangan kulat.
My one and only pokok kailan...bayangkan ini adalah saki-baki dari pokok pertama yang disemai pada Oktober 2013. Not much left tapi takat buat rencah nasi atau mee goreng boleh la
Oh, saya terpaksa cantas abis pokok kacang botor saya. Kisahnya ada org tu konon2 nak tolong saya kemaskan pokok kacang botor yg menjalar ke sana sini. Tak tau la dia buat cemana, abis sebahagian pokok kacang botor layu kekeringan walaupun disiram hari2. Kecewa punya pasal, saya cantas abis sampai ke tanah. Sedih la jugak sbb lama saya tunggu pokok kacang botor tu berbuah. Bila dah berbuah lebat, jadi macam ni pulak. Takpe la, batangnya masih ada, mungkin nanti boleh subur kembali.
So itu saja utk bulan Februari 2015...daaaaaaa