* 5/10/10: ini adalah attempt kali keberapa tah utk completekan entry ni...huhuhu
Kami memulakan perjalanan pd hari Selasa, 21/9/10. Plan asal nak gerak on Sunday, tapi disebabkan beberapa hal, maka hari selasa baru kami memulakan perjalanan. Agak terkejut masa Fattah dan Ain sampai, yg sepatutnya tiba ngan kereta sewa 6-seater Zafira seperti dirancang, tapi sebaliknya muncul ngan Transit 9-seater Ford! Fattah kata itu je kereta seantara dgn zafira yg boleh disediakan oleh syarikat sewa kereta dan rezeki kami apabila ia disewakan dgn harga yg sama dgn zafira yg kami dah booked. Sama mcm kes waktu trip kami di bulan Mac utk trip Luxemborg-Paris-Holland. Best la jugak kami dpt 9-seater van ni sbb byk space ada, tambah pulak kami mmg angkut byk benda. Kalau ngan Zafira, mmg agak sesak la nafas...hehehe
ini dia Transit itu...
peace moment bila sikembar ni tido...
kalau x soklan yg selalu ditanya "bila nak sampai?"
dan jutaan soalan yg lain juga!
yeay!!! dah nak sampai...
Perjalanan dr Raunheim ke Strasbourg memakan masa lebih kurang 2 jam setgh. Tapi bila dah sampai ke tempat parking yg kami dah check online, agak huru-hara, sbb masa nak masuk parking entrance, rasa mcm x lepas aje sbb van kami besar dan tinggi. Again, sama kes cam kat Paris dulu! So kami cuba cari parking lain yg sesuai utk aprk Transit ni. Tapi pusing punya pusing still x jumpa parking yg sesuai membuatkan kami patah balik ke tempat parking yg asal. Setelah diperiksa oleh Fattah, nampak gayanya boleh la nak park kat situ, sbb ada je van besar2 yg parking. Tapi nak masuk parking punya la kena berhati2 dan really time consuming. France ni, rasanya mmg begini...mana2 pon design bangunannya meant utk benda2 kecil ke? utk aprking aje kami dah buang masa dekat 1 jam. Cik HB kata mujur dia dah ada pengalaman parking kereta kat Paris dulu, so kurang sikit la stressnya...hehehe
Setelah berjaya parked van, kami pon mula venture dgn berjalan kaki Strasbourg city ni. Masa tu dah pukul 2 lebih kot. Byk sebenarnya attractions kat Strasbourg tapi disebabkan masa yg singkat, kami cuma sempat melawat beberapa tempat aje. Yg kami sampai Strasbourg Cathedral dan Le Petite France.
Depan butik Longchamp...nope, satu Longchamp pon sy takde lagi
sesi memujuk nabilah...dia baru je jatuh tersembam diketika ini
Nabilah lagi...
La Petite France
beberapa saat selepas gambar ni berjaya dirakam
kalau suka...boleh naik bot menyusuri sungai di strasbourg ni...
Sepatutnya nak juga pergi ke bangunan Parlimen European Union (EU) sbb Strasbourg terkenal sbg bandar pentadbiran EU tapi mmg x sempat la sbb kalau ikut plan asal kami nak singgah ke Colmar, satu lagi bandar peranginan terkenal France....ala, yg Colmar Tropicale, Bukit Tinggi kat Malaysia tu tiru design bandar Colmar ni la. Tapi since dah kul 5 ptg, jgn kata nak pegi Colmar, paling risau kami x sempat sampai Interlaken di Swiss on the scheduled time sbb perjalanan ke Interlaken memakan masa lebih kurang 4 jam perjalanan dr Strasbourg dan kami akan bermalam disana. So tak mau la sampai Interlaken lewat sgt.
di pertengahan jalan, berhenti isi perut
dgn bekal nasi lemak, yg dibawa dr rumah
Perjalanan menuju Interlaken adalah sgt smooth dan yg melegakan, bila kami masuk sempadan France-Swiss, dan bila diperiksa dgn pegawai sempadan, kami x perlu pon beli road tax Swiss sbb kereta sewa kami mmg dah ada pelekat valid Swiss road tax. Alhamdulilah, jimat juga 30€. Lebih kurang pukul 9.30 am, kami sampai Interlaken, tapi since dah mlm agak terkial2 juga mencari hostel yg kami dah booked walaupun Garmin dah indicated kami dah sampai ke tempat yg dituju. Sebabnya di situ ada byk hotel & hostel, so bila dah gelap susah juga nak cam.
Bila dah selamat check-in dan dpt bilik semua, kami anak-beranak semua terus kepengsanan!
Bersambung...next episode : Interlaken....