Disebutlah sebuah al-kisah dalam Hikayat Sebuah Pakatan yang kononnya berjuang untuk rakyat. Oleh kerana mereka ini tidak pernah menjadi pemimpin (walaupun persatuan kecil seumpama persatuan penduduk) dan memang tidak pernah berkhidmat untuk rakyat (malah jiran sebelah rumah pun tidak pernah ditegur) maka diceritakanlah kehebatan mereka ini dalam membela rakyat sehingga cerita mereka menyapu jalan di depan rumah sendiri pun diperbesarkan yang kononnya turun padang membela golongan marhaen.
Diizinkan Tuhan, maka dalam sebuah pilihanraya yang lepas maka telah menanglah Pakatan Riot ini setelah pelbagai fitnah, tipu-helah dan cerita-cerita kebaikan mereka di perbesarkan dalam media alaf baru iaitu internet. Lawan mereka telah dilabelkan sebagai sebuah parti yang buruk lagi bernajis. Nanah dan dosa itulah dia lawan mereka. Pakatan Riot ini dianggap parti suci lagi keramat malah dilabelkan sebagai penyambung jalan ke syurga. Begitulah hebatnya cogankata dan manifesto pejuangan mereka menipu rakyat.
Sang pemimpin utama diangkat agung setinggi langit kononnya telah dianiayai. Musuh yang pernah menikam dulu kini dianggap teman seperjuangan bagi mengalahkan lawan mereka. Kini kata Pakatan Riot, mereka telah senada dan seirama dalam perjuangan..begitulah indahnya alunan melodi menipu rakyat!
Selepas hampir dua tahun memerintah kerajaan maka jawatan penting diberikan pada kroni dan anak-beranak. Jawatan pencukur bulu jubur dan pembuang najis diberikan pada penyokong setia yang dipanggil Bloggers dalam bahasa baru bagi mengaburi mata. Seronoklah si Bloggers yang menggelarkan diri mereka ini sebagai Bloggers Pakatan Riot menerima kawatan pencuci tahi kerana ada ruang untuk meminta sumbangan dan dana khas daripada marhaen. Maka berdendang sakanlah si pemimpin-pemimpin utama kerana semuanya telah terpedaya dengan tipu helahnya.
Katak-katak tua yang kecewa dipanggil masuk ke dalam parti kerana katanya bagi menguatkan kedudukan walhal bagi menyeronokkan pengikut. Maka bertepuk tanganlah si penyokong setia kononnya parti mereka diterima ramai. Mereka tidak sedar kemasukan katak-katak tua ini hanya akan memudaratkan parti maklumlah beraknya bersepah dan merata maka memerlukan tukang cuci. Katak-katak tua ini tinggi "maintenance"nya. Si Marhaen tidak nampak hal ini malahan makin seronok kerana katak-katak ini pula pandai berlagu memanggil hujan walhal lagu mereka sebenarnya semakin menyampah didengari malahan hujan tidak akan turun pun dengan suara-suara katak sumbang itu.
Kini, semuanya kian terbongkar. Penipuan dan muslihat semakin terbongkar. Maka diceritakanlah lagi oleh si pemimpin-pemimpin utama dengan pelbagai alasan sehingga rakyat marhaen mula tersedar akan tipu dayanya. Mereka tertipu lagi lalu mula memberontak. Kini, si pemimpin utama dan konco-konconya semakin tersepit. Mulut berkata indah tapi jubur penuh berlumuran tahi..Pemimpin utama semakin buntu hanya menunggu masa melarikan diri ke kayangan. Baginya, diri dia adalah lebih penting. Si pengikut biarlah mereka semua mampus kerana pada dia kubur lain-lain. Dia sudah mempunyai banyak harta...pengikut tidak lagi penting menunggu masa kelemasan dalam mangkuk najis yang diberak oleh pemimpin-pemimpin utama. Baginya, huru-hara adalah jalan terbaik bagi meraih sokongan marhaen dan nampaknya marhaen tertipu lagi! Jalak berkokok, jubur penuh tahi tapi si marhaen tetap tertipu walau jelas tahi berlumuran.....bukalah minda marhaen!