aku yakin dan pasti ramai yang tidak ambil endah pasal pepijat. aku pun sama. sehingga usia aku da masuk 24 tahun, inilah kali pertama aku lihat pepijat. wajar aku gelarkan pepijat ni sebagai syaitan kecil. rupanya sangat menakutkan, dan boleh mendatangkan trauma.
pepijat dalam english disebut sebagai bed bug, sbb menatang ni suka duk celah2 tilam dan bantal. umah aku stat ada pepijat bila jiran aku yang da lama ada pepijat menyembur racun dan pepijat2 tu lari masuk umah aku. omputih ckp 'once they are here, forever they will stay'.
pijat ni pandai, dan badan dia nipis je. bila dia isap darah, kita x rasa gatal smpai la die da blah. dia cepat melompat. tp syukur Tuhan x bg dia sayap. dia just bole merangkak dan xda la laju sgt. pepijat yang kenyang bole isap darah sama mcm 4 ekor nyamuk kenyang. horror kan?
gatal sbb kene gigit ngn pepijat x sama mcm nyamuk. kesan gigit pijat sgt gatal, dan kalau garu benjol tu bole ikut skali ngn bekas garu tu. kalau da kene gigit then korang wat huruf W, so bengkak tu bole jadi bentuk W. aku da try. korang try la...magnificent cyber!
korang bayangkan la kalau pijat yang kecik mcm semut mayat tu pun da gatal, apatah lagi pijat dewasa yang kecik sikit je dari anak lipas. gatalnya masyaAllah...nightmare!
CARA ATASI
aku da try pelbagai cara utk atasi pepijat ni. aku da sembur bygon ngn ridsect, tp pijat ni kuat. bukan mcm lipas yg da kene bau gybon pun da jd arwah. pijat ni kene sembur betul2..kene bg tepat2..baru mati. tp ssh la kan. mcm mana ngn telur2 dia? telur pijat warna putih..da menetas jadi itam.
aku pernah try sembur ngn clorox, pun x mati. sebagai instant action, aku tuang air panas di celah2 kayu tingkap utk hapuskan telur2 dan anak2 pijat yang x kelihatan. tikar buluh aku da buang 2 bijik..sbb tu da jadi sarang dia.
then aku beli racun pijat kat kedai hardware. RM6 sebotol, besar botol ubat batuk. menjadi, tp bau dia kuat sgt. osmate aku suma jadi loya dan pening. bahaya. so aku tukar option.
last skali aku pakai thinner aka peluntur cat. since osmate aku keje kat kampeni yang pasal lntai kat kondo2..so die bwk balik stok thinner 2 tin besar. thinner ni sgt berkesan. sekali sembur je pijat da x sempat buat apa. kalau sembur ridsect pijat tu masih sempat angkat tgn dan tunjuk isyarat lucah kat aku, tp dengan thinner mmg instant! terus k.o dan kalau sembur di celah2 tingkap, segala mak nenek 7 keturunan dia kluar jadi mayat.
kalau dlu bila baring kat lantai je bole nmpk 7 8 ekor menuju ke arah aku, sekarang nk nmpk seko pun ssh. ada tu mmg ada tp da kurang sgt. alhamdulillah. maybe da ckup bajet nnt kami akan pindah. syukur jgk sbb kat tingkap bilik aku celah2 tu ada labah2 kecik bersarang kat situ. dorang bukan buat sarang mcm spider web tu, just lepak2 celah2 rekahan dinding. maybe sbb tu kot pijat kat bilik aku x byk. seko dua je stakat ni. tengs labah2..nnt aku belanja kau minum thinner.
memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.