apa yang nak dicari
Showing posts with label merapu. Show all posts

Monday, April 18, 2011
this is how it should be done
musical comedy, musical theater or musical drama..
but definitely not in friendship...
Sunday, April 17, 2011
Garisan perak...
Bagai di dalam kegelapan malam
Melindung segala yang terpendam
Setiap rahsia dan kisah hitam
Menjadi igauan dari masa silam...
Waiting for a silver lining
Just a slim line, not a lightning
Liltle light, not to show everything
Just to know where I'm going...
Setiap detik, masa dan ketika
Mencari erti sebenar sebuah cerita
Kisah kehidupan bersepuh duka
Dan juga tangisan penghilang lara
God, show me the silver lining
Let me now where I'm going
This darkness make me suffocating
Is there any air so I'm not dying...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 14, 2011
moral dan cinta tidak seiring....
tiada morality dalam percintaan
seperti pembunuhan pertama dalam sejarah manusia
qabil membunuh habil kerana cinta Iklimiaya’

Wednesday, April 13, 2011
DalAm K0tAk......
hidup ini terlalu besar dan luas jika mahu dimuatkan didalam satu kotak.
tapi, terlalu ramai yang menyempitkan hidup mereka
didalam satu kotak yang kecil seperti iklan milo fuzz di kaca televisyen,
terlalu sempit sehingga hampir memecahkan kotak tersebut.
kerana itu lah, terciptanya ungkapan, "live outside the box",
bermaksud hidup diluar kotak dan bukan hanya tertumpu didalam kotak,
seperti katak yang menyangka dunia hanya di bawah tempurung
sehinggalah kaki-kaki nakal menyepak tempurung tersebut
barulah ia sedar yang dunia ini lebih luas,
itupun kalau kaki-kaki nakal itu membiarkan ia melompat bebas.
tapi, masih terdapat kotak dalam kenyataan tersebut,
kotak yang membataskan setiap perlakuan dan perkataan,
adakah perlu kita menghancurkan kotak tersebut
lalu bebas bergerak seperti burung-burung yang terbang tanpa pemangsa
atau tangan-tangan nakal yang sedia melastik bila berkesempatan
atau kita perlu membiarkan kotak itu wujud
kotak yang menyimpan sedikit sebanyak maklumat diri kita yang asal
agar kita dapat kembali bila hidup kita sudah terlalu bebas
agar kita dapat mengenal kembali siapa kita yang sebenar....
adios.......

Wednesday, April 6, 2011
Polo??
Terlihat iklan polo lalu teringat satu ungkapan.. "Folksbagen"... Dengan B tu dijelaskan.. "Folksbagen".. Huhu.. Hanya mampu tersenyum..:
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, March 17, 2011
gembira??
tak tahu kenapa
aku asyik tersenyum kebelakangan ini
entah apa yang menggembirakan aku
adakah aku sudah hilang kewarasan akal fikiran?
mungkin juga, tapi pertimbangan ku yang lain masih baik,
cuma senyum ku sahaja yang tidak dapat dikawal,
adakah ini yang dipanggil "unvolunteer muscle movement"?
tapi, aku tiada masalah kesihatan kenapa ada stroke pula?
arghh Dr house, please help me,
adakah masalah aku fascinating enough untuk Dr. Gregory House
aku rasa tidak, arghhhh persetankan semua itu,
aku tidak pasti dan aku tidak mahu tahu
yang penting aku gembira
Alhamdulillah, Syukur padaMu...

Wednesday, March 16, 2011
dimana kan ku cari.....
hai cik blog... seperti yang ko tahu, aku ni perokok tegar. jumlah rokok aku sedut sepanjang hari bergantung pada keadaan emosi aku sebenarnya, boleh jadi antara 1/2 - 2 pack sehari.. byk gak tu.. aku tahu, yang rokok ni bahaya, mak aku xsuka aku merokok, busuk, tapi aku xtahu caner nak benti.. kali ni aku tekad nak benti mrokok dengan cara mengurangkan merokok sampai la aku dapat benti.
target aku ialah, untuk minggu ni, aku akan kurangkan merokok kepada setengah kotak sehari atau pun sekotak untuk 2hari, minggu seterusnya aku akan kurangkan lagi kepada sekotak 3 hari (xpnah dapat buat sebelum ni) pastu keep on sampai la aku dapat bersihkan diri dari benda alah tu.. cara lain pula ialah bila keluar aku jangan bawak rokok.. tapi masalahnya pulak, emosi skang ni salu xstabil, bila emosi xstabil mesti aku cari rokok gak.. aduhh....
nampaknya aku perlukan inspirasi dan motivasi untuk berhenti merokok, aku pnah gak berjanji pada diri, "nanti kalau dah kahwin atau tunang aku nak benti merokok" tapi macam lambat lagi jer aku nak kawen ni.. huhu... arghh.... mana aku nak cari motivasi ni?? helpless betul la aku ni.. huh.. xperlah, aku nekad untuk mencuba, Ya Allah, bantulah aku... Aminn..

layak kah aku??
Assalam cik blog, apa khabar? aku kureng sihat sket hari ni, gara-gara selalu terkena Hujan.. (Kalau geng serbanistas baca ni dah kena dah aku ni, "bukan hujan yang buat ko tak sihat, tapi Allah" macam tu la kata-kata mereka) hahaha.. aku tahu, aku sedar semua kejadian adalah datang dari Allah, tapi Allah kurniakan akan kepada manusia untuk manusia berfikir. Setiap kejadian yang berlaku datang dari Allah, Kalau Allah cakap jadilah, maka jadilah. tetapi Allah sediakan penyebab dia (pengecualian untuk Kelahiran Isa). sebab Allah mahu hamba dia ni berfikir.. "tidak ditumbuhkan sepohon pokok, melainkan untuk kamu berfikir". aku pun xtahu kata-kata ni hadis atau bukan. tapi benda ni la yang aku pegang dari kali pertama aku dengar ayat ni.. kita ambik contoh la, yang terbaru ni, pasal tsunami kat jepun, kenapa berlaku tsunami? kerana Allah, penyebab dia, gempa kat dasar laut. Kenapa berlaku gempa? Kerana Allah, penyebab dia adalah pergerakan plat-plat bumi, dan seterusnya.. ok la, kalau orang yang nak paham, dia akan paham dan bagi yang xnak paham dan keras kepala, biarlah korang ngn kepahaman korang tu.. (kalau orang dari zaman dulu ni macam korang, xder la ibnu sina tu semua).. huhuhu
tapi bukan itu yang aku mahu bercerita sekarang ni, biasala kalau dah start melalut tu.. haha.. tapi pasal keinginan aku.. setiap lelaki mesti mengimpikan bidadari di syurga, aku pun tidak terlepas dari mempunyai keinginan tersebut. tetapi layakkah aku mendapat bidadari seperti ainul mardhiyah di sana nanti..
ainul mardhiyah,
kau seharum kntuman di taman syurga
menantikan hadirnya seorang lelaki
untuk menjadi bukti cinta sejati
itu lah bait-bait lagu ainul mardhiyah, bidadari untuk para syuhadah. Alangkah indahnya ganjaran kepada mereka yang syahid. SubhanAllah..
Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih
sambungan lagu tadi, Kekasih seorang wanita adalah suaminya dan kekasih seorang lelaki adalah isterinya. itu barulah dinamakan kekasih, gerek atau gewe. bagi aku, ramai wanita yang seumpama ini di Dunia ni, dan Syukur Alhamdulillah, aku kenal mereka-mereka ini, yang seorang nya hampir berkahwin dah pun, beruntung nya bakal suaminya tu.... (tiada perasaan jeles disini ye, sebab dia tu kawan aku). tapi in the end, bidadari dunia bagi setiap lelaki adalah isterinya sendiri.. betul tak kata aku encik-encik lelaki semua..
aku juga berharap mendapat isteri yang begitu, tapi sungguh aku tidak layak, mendapat kasih wanita biasa pun aku tidak layak apatah lagi untuk mendapat kasih dari wanita yang bagi aku hampir sempurna.. begitu banyak kekurangan aku untuk mendapat anugerah yang sebegitu indah dari Allah. Aku berusaha, tetapi Hanya Tuhan yang bisa jadikan aku seorang yang layak untuk mendapat bidadari dunia ini, namun aku redha atas apa jua ketentuan Nya..

Tuesday, March 15, 2011
bila professor berkata-kata
haa... cik blog.. cuba ko tengok kat gambar tu pastu ko pikirlah sendiri kat mana ko tergolong. jangan masuk golongan ke7 sudah la, memang aku mintak pakcik hamka langgar ko ngn kereta mayat dia tu.. hahaha..
Tuesday, March 8, 2011
owh,,,
hari ni 8 haribulan rupanya.... Ya Allah kuatkan hatiku.. Tabahkan aku...
Monday, March 7, 2011
Mimpi??
cik blog.. haa ko jangan nak gelakkan aku, aku bukan nak cakap pasal bola kat sini ni.. huhuhu.. aku nak bgtahu ko semalam aku bermimpi? macam petunjuk untuk aku, tapi, haruskah aku percaya dengan mimpi itu. aku macam xnak percaya, tapihati aku tergerak untuk percaya. haha.. untuk sedapkan hati kan. tapi aku masih percaya ngn ketentuan Tuhan, dan aku yakin dengan ketentuan itu.. (tapi tu semua teori aku je la)
Sunday, March 6, 2011
untitled
Asslamualaikum cik blog.. Satu hari kita xberjumpa kan. Rindu plak ngn ko ni. Aku xda benda sebenarnya nak diceritakan kat ngko ni, tp disebabkan rindu punya pasal, aku cerita jugak kat ngko walaupun xda topik.
Hari ni aku masak ikan kembong sweet sour. Xberapa nak menjadi sebab xcukup kelengkapan, tapi hasil nya ok la. Pastu makan ngn nasi, ada ulam cicah budu lagi tu.. Pergh.. Berselara aku hari ni, makin sihat la aku gamaknya. Huhuhu
Cik, kalau aku cakap aku nak kawin apa pendapat cik? Cik jeles tak? Haha.. Cik jangan risau, kalau aku kawin nanti, cik tetap aku jaga, xkan terabai punya. Bini aku pun boleh tolong aku jaga cik nanti. Silap2 cik boleh berkenalan ngn blog dia nanti kan? Haaa suka la tu. Gatal betul..
Aku rasa hati aku macam kena bius la cik. Xder perasaan dah skarang. Kalau kepala kena bius ok gak, xda la aku sakit2 kepala lagi. Aku xtergerak pun nak cari orang lain cik, ntah la, mungkin blom masanya kot, atau mungkin aku tunggu dia dtg sendiri,, hahaha.. Perasan best lak aku ni cik..
Tadi petang aku pegi pantai, dekat marina tapi xbest, so pindah pegi ke pusat sukan laut. Ok la sket. Ada orang main kenderaan pelik. Terhenjut2 atas air untuk bagi benda alah tu bergerak. Rupa macam beskal pun ada. Nanti la cik tengok. Skang aku xder gmbar benda alah tu.
Esok dah ahad cik. Tp aku tak tahu nak buat apa esok. Bajet nak pg memancing. Tp cuaca panas skang ni, rasa malas lak. Memang kehidupan sangat bosan kat sini cik. Tapi apa boleh buat. Aku yang pilih utk dtg sini. Menyesal pun xder guna cik. Lain la kalau hari ni aku nyesal, esok aku bgn dah kat jb best gak.
Apa? Pindah balik?? Cik igt senang ke cik? Cik igt aku dtg melancong, senang2 nak balik. Susah la cik. Tu la, lain kali cik jadi manusia yang bekerjaya cam aku baru cik tahu. Cik ni komputer senang la ckp, kat mana2 pun boleh login. Kan senang kalau hidup ni macam hidup cik kan.
Kerja sini best la jugak cik. Lagi best dari kat sana. Tapi labuan ni cik yang jadi masalah nya. Tu je la, tak tahu caner nak tune balik otak aku ni. Kadang2 aku rasa nak balik kmpung je cik, tanam jagung je, senang, tapi caner aku nak byr utang belajar ni? Cik nak tolong byr ke? Haaa.. Xpun cik pegi la hack system ptptn tu cik, biar semua utang aku hilang, pastu aku ngn cik2 skali kena humban kat neraka jahannam tu. Cik nak?? Tahu takut..
Ngantok la cik. Nak tgk bola pun xsemangat. Xder gol. Huhu.. Ok la cik. InsyaAllah, esok kita jumpa lagi. Adios...

Friday, March 4, 2011
make-up???
hi cik blog, hari ni aku rasa aku nak cantik kan cik sket. touch-up2 sket.. baru la senang dipandangkan, xlah menyampah sangat aku tengok cik ni.. gurau je la cik, camner aku nak menyampah tengok cik, cik la teman aku yang paling setia. dah 3 tahun dah aku ngn cik kan. walaupun aku je yang xsetia ngn cik, bila aku happy dan sibuk ngn orang lain aku tinggalkan cik tanpa sebarang update. bila dah macam ni, baru igt nak cari cik. hehe.. tapi cik tak kisah kan, sebab cik xder perasaan, kalau cik ada perasaan mesti cik dah benci ngn aku, silap2 xbagi aku login lagi...
tapi aku nak make-up cik pun xberapa nak pandai sebenarnya, kalau nak upah make-up artis macam si shahdan tu, xder duit la plak cik,, cik xkenal shahdan? kalau cik tengok citer kashaf imani atau tipah torpedo, dia la yang jadi make-up artis utk pelakon2 citer tu. cik kena terima je la dengan apa yang aku mampu buat k, sebab aku buat sedaya aku je cik. aku ni kalau bab2 menghias xpandai cik, kalau masak boleh la, tapi cik ni komputer xleh makan, kalau tak hari2 aku belanje cik makan.
ok la cik, kalau aku asyik menulis je, xsiap plak kerja nak make-up cik ni, see u after i finish k.. tapi cik kena pejam mata, baru la jadi surprise nanti.. hahaha.. adios

Thursday, March 3, 2011
sucked by............
tadi aku gelar en. blog kan, silap2 macam gay plak bunyi dia, so aku pggl ko cik blog la, baru best.. hehe..
cik blog, nape badan aku ni lemah semacam je 2-3 hari ni ek.. rasa macam xder tenaga je.. asyik ngantuk je aku ni cik. pegi klinik dah, doc cakap sebab stress, tp aku xtahu caner nak hilangkan stress tu, lupakan apa yang berlaku?? cik igt senang ke nak lupakan pengkhianatan orang2 yang kita sayang ni.. cik ni komputer senang la cik cakap, "shift" + "del" je terus hilang semua, xpun format terus.. senang la bagi cik. tapi saya ni manusia cik blog oi.. mana boleh delete terus camtu.. nasib baik la aku ni sayang kat ngko cik, kalau tak aku delete terus ko ni.. hehehe.. ala.. jangan la merajuk plak, bergurau je pun.. (komputer pun pandai merajuk ke).. xpaham tol aku ngn ko ni cik.
cik blog, saper la yang sedut tenaga aku ni cik.. betul2 lemah gila ni.. kalau zamer ni dia dah cakap 5huruf dah.. cik tak tahu apa tu 5huruf? nak tahu tak? mana boleh gtau.. xbest la kalau sumer aku cita kat cik.. kerja pun xsiap lagi ni cik, caner ni? cik tolong buatkan boleh tak cik? ala, pemalas betul la cik ni. kata terer.. huhuhu.. bagusnya kalau aku ni jadi cik, senang lupakan semua benda, siap boleh re-program lagi tu.. best2.. tapi nak buat canr kan cik, dah ditakdirkan aku kena tipu oleh dorang ber2, so apa la aku boleh buat.. huhuhu.. balas dendam?? cik nak aku jadi cam dulu, cukup lah cik, apa aku dapat kalau aku balas dendam. kalau dapat pahala macam pergi haji okay gak. matlamat xmenghalalkan cara la cik, bagus aku biarkan mereka dengan hidup mereka dan aku dengan hidup aku.. just masa je la yang aku perlukan untuk heal dari benda2 ni..
ok la cik blog, asyik ngadap muka ko je, fedap gak aku, lain la kalau muka .... ish, ko ni cik blog, nak kena lempang ngn aku ke? tengok aku dah igt balik, mana boleh igt muka awek orang lama2, bukan mahram lagitu.. dah la, malas la nak layan ko.. bye...

merapu merapai
xsangka byk betul aku menulis tahun ni, untk 3bulan yang pertama je pun dah lagi byk dari 3tahun pertama. haha.. memang betul la orang cakap, emosi mempengaruhi segala-galanya. kira aku ni bukan owner yang baik la untuk blog ni, bila tengok2 statistik post dengan keadaan aku masa tu, aku sedar yang aku byk menulis bila aku tension dan ......... dan aku akan tinggalkan benda ni time aku happy.. kesian kan encik blog ni.. kalau aku jenguk2 pun just sekadar taknak bg bnda ni berabuk.. huhu.. tp encik blog jangan risau, aku akan cuba untuk jadi owner yang baik. akan cuba untuk memerah idea, kalau xde copy paste pun jadi la kan. hehe. aku juga akan cuba bersama2 en. blog xkira la macam mana emosi aku masa tu, time gembira pun aku akan bersama en.blog ni.. haha.. ok la en. blog, aku ada kerja ni, nak kena siapkan schedule baru yang client nak tengok. petang sket kita jumpa lagi.. adioss
Tuesday, March 1, 2011
Kain Buruk
Dia mempunyai sehelai baju yang digunakan nya selama 2 tahun. Dia sudah tidak suka dengan baju itu dan tergila2 kan sehelai baju baru yang lagi cantik dari baju lamanya itu. Dia terpaksa memakai juga baju lama itu dengan penuh kebencian kerana dia belum mampu memiliki baju baru yang cantik itu, dan apabila dia berjaya memiliki baju baru itu, dia terus membuang baju lama nya besama sampah2 yang lain.. Huhu riwayat sehelai baju..
Sunday, February 27, 2011
Pelik!!!
Sepanjang aku memancing dari kecik sampai besar, dari memancing kat tali air sampai mancing kat laut, dari menaut dan guna pancing buluh sampai la guna abu garcia, byk gak benda2 pelik yang sangkut kat mata kail aku ni, antaranya, ketam, katak, burung (menaut) dll.. Tapi hari ni aku memang xpercaya ngn apa yang sangkut kat mata kail aku tu. Korang tahu apa? ANAK PENYU.. Seriusly aku pun terkejut.. Anak penyu boleh sangkut. Aku igt hewan ni dah nak pupus. Tapi senang2 je bole sangkut.. Pelik2.. Haha..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, February 21, 2011
Ku tlah jatuh cinta
Korang percaya ngn cinta pandang pertama x? Aku sebelum ni xberapa percaya, tapi hari ni aku dah merasakan nya. Bila pertama kali lihat dia, dada rasa berdebar2.. Mata ni xleh lepas dari menatap nya. Dengan rupa yang cantik dan susuk badan yang sangat menawan. Hampir meleleh air liur aku melihat nya.
Lalu aku mencari gambar2 nya, pergh.. Xkira warna apa yang dia gayakan, semua cantik. Boleh dikatakan perfect pada pandangan aku. Gambar bila dah di make-up pun ada, lagi la. Bagai nak tercabut hati aku tengok. Memang betul2 cantik. Serius beb.. Memang aku jatuh cinta terus. Start dari tadi aku terus berangan-angan nak masuk meminang. Tapi orang cakap, bulan 6 ni baru dia available. Ok jugak tu, sempat la aku kumpul duit hantaran, xmahal. Lbh kurang 7K je hantaran dia.
Aku rasa memang aku dah tekad nak meminang dia. Xkira la orang nak cakap apa. Yang penting aku hepi. Xsabar nak bawak dia jalan2 keliling labuan, ataupun bawak pg KK.. Tapi kena tgu dia jadi milik aku dulu la..
Memang best la kalau impian aku ni jadi kenyataan. Harap2 Allah perkenankan impian aku. Kalau korang tengok pun mesti korang nak jugak. Percayalah ckp aku. Xcaya korang google. HONDA CR-Z.. Kalau xmeleleh air liur tgk kete ni, xtahu la aku nak cakap apa.. Haha.. Adios..

Sunday, January 23, 2011
Pengecut kah begitu?
Pengecut atau bacul bermaksud penakut, takut untuk menanggung risiko atau melakukan sesuatu. Ada yang takutkan makhluk halus, ada juga pengecut yang takut untuk melawan. Tapi jika kita mengelak dari sesuatu yang menyakitkan kita, yang kita pasti akan membuatkan kita merana dan terseksa, adakah kita juga layak dipanggil pengecut atau penakut?? Semua orang berhak utk gembira, jika kita tidak boleh gembira sekalipun, elak kan diri dari menderita dan bersedih, xkisah lah jika dipanggil pengecut sekalipun.. Adios..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Suratan atau kebetulan..
"Esok pinjam kete ngko jap, aku nak pg hantar barang kat umah akak aku" kata aku pada si fifi. Dia balas, ok je, tapi bagus pg ptg ni terus je, sebab aku nak pg skudai gak, nak pg factory outlet". Pastu perjalanan tengah hari aku berjalan seperti biasa.. Petang tu plak aku pun bersiap la, tiba2 teringat lak ada pasar malam, "kita pg pasar malam dulu la, nanti pastu kita gi skudai" cakap ku. Tapi fifi suruh pg skudai dulu, pergi kejap je, pastu g pasar malam balik terus tgk bola. Ok gak idea fifi tu, pastu bersiap2 lka kitorang utk pg ke skudai. Perjalanan macam biasa xder benda yang menarik. Sampai2 je rumah kak long aku, lepas letak2 barang, kak long aku cakap dia nak pg klinik, si zaim demam, (tapi time tu aku tgk dia ok lagi), so kitorang pun terus la pergi al ihsan tu, tengah sedap2 tgk2 baju (tgk je yang mampu bt masa ni), tiba2 kaklong call, dia mintak tolong hantar pg hospital, doktor cakap zaim kena p hospital. Aku pg la ke klinik tu. Klinik penawar nama dia, mintak tolong fifi follow pg spital sama sebab senang nak balik nanti, pastu aku drive la, mula2 ok, pastu lepas je kawasan UTM, mata si zaim terbeliak dan dia xsedarkan diri, kaklong aku terus meraung2, aku xboleh nak buat apa sebab tgh drive, aku dah jadi panik tambah2 dengan kak long dok goncang2 bahu aku, aku xmampu nak buat apa, hanya mampu suruh dia istighfar sambil aku memijak pedal minyak selaju2 nya, pastu kaklong suruh patah balik pg klinik tadi, zaim makin teruk, senyap macam xbernyawa, aku makin risau, tangan aku dah menggeletar, tapi nasib aku boleh kontrol diri lagi time tu, aku buka emergency light, pastu hon semua keta kat depan aku mintak2 dorang paham dan memberi laluan. Alhamdulillah kebanyakan mereka ni paham. Bila sampai ke klinik je terus kak long lari bawak zaim masuk, dia belom sedar lagi, aku makin la risau xterkira rokok aku hisap nak bagi relax sket, lepas 30 minit baru la kaklong kuar, dia cakap lepas kena suntik baru zaim sedar, skarang ni tengah tgu ambulan.. Dalam kelegaan tu, aku terfikir, macam mana kalau aku xjadi pg skudai tadi, macam mana kalau kak long yang drive sendiri pg hospital, Syukur pada tuhan yang maha Mengetahui segala sesuatu.. Alhamdulillah, selepas sejam zaim kat kritikal wad, dia dah dipindahkan ke wad biasa.. Syukur alhamdulillah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)