apa yang nak dicari

Wednesday, June 22, 2011

Friendship day...

Kawan...

Seseorang yang pernah mengorban walau sedikit masa, harta, atau tenaga untuk aku..

Seseorang yang pernah meminjamkan telinga untuk aku berbicara, walau seketika cuma.

Seseorang yang membuatkan ku ketawa, ketika aku dilanda murung..

Seseorang yang turut sama menangis ketika aku menangis, dan gembira ketika aku gembira

Seseorang yang pernah membetulkan kesilapan aku, menegur perilaku aku, dan mengajar aku..

Seseorang yang mampu bersabar dengan karenah aku..

Seseorang yang mampu menahan amarah aku, mampu menyejuk kan panas di hati aku..


Ya.. Kamu semua adalah kawan terbaik pernah aku ada, thanks for being my friend.. Happy friendship day.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 19, 2011

Kisah disebalik Nama

Sepanjang 25 tahun aku idup, bermacam2 nama dan gelaran aku dapat. Dari la pangilan di kalangan family, kazen2, kawan2 kampung, kawan2 skolah, dan kawan2 U.. Antaranya..

1. Mat yuh / abe yuh

Nama ni dipanggil oleh family aku, dan juga oleh kazen2 terdekat. Dari kecik lagi aku dipanggil ngn nama ni, sebab aku tersangat kurus time kecik dulu, macam xcukup zat, and nama tu terus melekat smpai sekarang walaupun dah chubby skang ni (xnak mengaku gemuk tu)

2. Mat aje

Ni panggilan budak sekampung, ngn budak2 SRKB n SMKAT n SMKB dan juga beberapa orang budak UNIMAS jaja ngn zain terutamanya. ni simple je, di derive dari nama aku Azam. So jadi aje. Mat kat depan tu memang dah kebiasaan utk budak lelaki kat kelantan

3. Param

Nama ni bertahan 3hari je, aku cukup xsuka ngn nama ni. Ni Azmi yang start panggil aku nama ni. Time kat MCKK. Punca dia aku salah sebut gelaran warden kat situ. Kat situ warden dipanggil Rampa. So bila dorang bising2 "rampa datang2 rampa datang, cepat tidur" aku pun pelik la, so aku tanya, "param tu saper?" Terus la kena panggil ngn nama tu. Siol je..

4. Bachok

Nama ni panggilan time kat MCKK ngn KMPP. Nama ni aku dapat sebab aku asal dari bachok, dan disebab kan dorang xnak ada 2orang guna nama yang sama. Disebabkan dah ada azam yang lain kat situ, n aku xnak guna nama param, terpaksa la terima nama ni..

5. Azam

Nama betul aku ni, kat UNIMAS baru dipakai, belum sempat aku ckp nama panggilan aku Bachok, dorang dah panggil ngn nama ni dah. So biar je la. Kat MMHE ngn LSE pun orang panggil nama ni gak..

6. Ajay

Ni panggilan kawan2 rapat aku kat UNIMAS. Antaranya adam, frank, alex, boy, min, amy, zamer, med, JJ dan sebagainya. Ni pun di derive dari nama aku Azam tu..

7. Ajai

Kat UNIMAS, Ni panggilan dari adam ngn mimit. Xtahu la kenapa dorang panggil nama ni.

8. AJ, J

UNIMAS, Panggilan dari Iwan ngn azkarmin. Mungkin nak pendekkan nama aku kot. Yang AJ tu dipanggil oleh Yun and the gang, termasukla si naura ngn anchu..

9. Aze

Kak long aku yang panggil nama ni, termasuk la beberapa orang sedara mara aku, ni pun di derive dari nama Azam tu..

10. Ben

Nama kat jersi aku, nama ni time main dota.. Hahaha sebelum tukar pada mawar.. Hahaha

11. Micheal

----------------------------

Ok itu nama panggilan skarang ni gelaran lak.

1. Puyuh

Ni time kecik2.. Sbb dorang panggil aku mat yuh kan, so disama kan dengan perkataan puyuh.. Cess...

2. Gebeng

Ni sebab telinga aku besar. Time kat SMKAT la budak2 gelar aku macam ni..
3. Bad boy

Ni si zaneq ngn azmi yang mulakan time kat MCKK, sebab aku salu bergaduh ngn cikgu. Cikgu math ngn cikgu BI.. Smp 2-2 kelas aku kena halau...

4. Muk

--------------------------- di panggil sebab aku gemuk..

5. Ustaz

Ni kat LSE ni, aduhh. Xsanggup aku kena panggil camni, budak2 procurement la yang stat ni. Sebab nya aku salu bagi ceramah keagamaan n aku main bola pakai tracksuit. Xpakai short.. Malu gak aku ngn pamggilan ni.. Huhu...

Punya la byk nama aku ni kan.. Hahaha... Chow...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 18, 2011

Hari Bapa

Selamat hari bapa kepada semua bapa2 kat dunia ni.. Especially pada papa aku. Hj Awang bin Awang Mat. You're the best dad ever.. Dan juga kepada bakal2 bapa, especially kepada Rosmezee awang deris, ngn Syithzain Adam. Tahniah, n aku percaya korang boleh jadi bapak yang terbaikkkk punya... Sempena Hari Bapa ni, aku telah mengazamkan pada diri aku sendiri, utk jadi Bapak yang paling baik dalam dunia, biar anak aku bangga dan dengan bongkak nya cakap kat member dia, " my dad is better than your dad". Hhaha.. Bye adios...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 14, 2011

Bapak punya Mahal...

1) Matsutake Mushroom $2000/kilo

Cendawan matsutake ini sangat mahal kerana ia jarang didapati dan biasanya diperoleh dalam musim luruh di Jepun. Antara sebab lain yang menjadikannya mahal adalah kerana petani masih belum berjaya menemukan cara untuk membiakkan cendawan ini secara komersial. Selain itu, ancaman pokok yang membantu cendawan ini membiak juga terus memastikan cendawan ini sangat-sangat jarang ditemui.




2) Italian White Alba Truffle $160,406/kilo

Italian White Alba adalah jenis truffle yang paling mahal didunia. Truffle adalah tumbuhan fungi yang tumbuh di bawah tanah dan sangat sukar dikesan. Selain itu, truffle jenis ini sangat mahal kerana aroma dan rasanya yang sangat menakjubkan. Truffle yang paling berat didunia seberat 1.51kg ini dikhabarkan dibeli oleh seorang usahawan hartanah Hong Kong dan truffle ini telah direkodkan di dalam Guinness World Book of Record.



3) Kobe Beef $770/kilo

Juga dikenali sebagai "Marble Beef" kerana struktur daging nya, Kobe Beef diambil daripada jenis lembu Wagyu dalam keluarga lembu Tajima-ushi yang berwarna hitam. Lembu ini dibesarkan dalam persekitaran yang sangat ketat dimana hanya rumput terpilih yang diberikan tanpa bahan kima sintetik. Koba beef popular kerana rasanya, kelembutannya disamping rasa manis lemaknya yang mempunyai tekstur halus seperti marmar.



4) The Zillion Dollar Fritatta $1000

Telur ni dihasilkan oleh restoran Le Parker Meridien yang mengandungi campuran telur, lobster dan 10 ounces kaviar jenis sevruga. Antara sebab utama telur ini mahal adalah kerana kos sevruga caviar yang berharga $650 untuk 10 ounces.



5) Grand Opulence Sundae $1000

Grand Opulence Sundae adalah nama yang diberikan untuk ais krim paling mahal di dunia. Ais krim ini dihasilkan bersempena menyambut ulangtahun ke-50 restoran Manhattan Serendipity 3. Ais krim ini mengandungi 5 scoops vanilla bean Tahitian yang terbaik didunia dicampur dengan Madagscar vanilla dan juga golden leaf yang bleh dimakan. Ais krim ini di limpahi dengan coklat paling mahal di dunia, Amedei Porceleana disamping dan di tutupi coklat unik Chuao Chocolate di atasnya.

Ais krim ini dihidangkan dalam cawan goblet emas bersama dengan sudu 18 karat emas dan diatasnya sugar flower yang dihasilkan oleh Ron Ben-Israel.



6) Almas White Caviar $25,000/kilo

Antara beberapa jenis kaviar di dunia, Almas White Caviar adalah yang termahal. Almas yang diambil daripada perkataan Russia yang bermaksud ‘diamond’ yang merupakan satu jenis makanan yang sangat mahal kerana kaviar diperoleh daripada satu jenis ikan lautan yang sangat jarang ditemui. Ikan tersebut adalah ikan yang berusia 100 tahun jenis albino Sturgeon. Sebagai panduan asas, semakin putih telur ikan (caviar) tersebut, semakin tua ikan tersebut dan semakin tinggi kualitinya.



7) Samundari Khazanah $2000

Samundari Khazanah adalah kari yang paling mahal di dunia. Ia dihasilkan oleh Restoran Bombay Brassiere di London bersempena meraikan kejayaan filem ‘Slumdog Millionare’. Kari ini mengandungi bahan-bahan asas termahal dunia termasuklah lobster, Devon Crab, White Caviar, 4 abalons, 4 quill eggs, dan juga golden leaf diatasnya.