Tuesday, May 11, 2010

HAPPY NURSES DAY!!!

12 may 2010...happy nurses day....

Ya ALLAH,
hamba Mu ini memohon kepadaMu, berkatilah perjuanganku dan rakan2ku dalam menuntut ilmu sebagai seorang pelajar jururawat, jadikanlah kami pelajar yang terbaik, jauhkanlah kami dari sebarang kegagalan dan kesilapan ketika belajar serta terutama ketika merawat pesakit-pesakit kami, permudahkanlah kami untuk menjalankan tugas kami sebagai seorang pelajar jururawat, senang dan tenangkanlah hati pensyarah2 dan CI2 kami ketika kami sedang menjalankan sesi praktikal agar mereka tidak gusar dgn kebolehan diri kami, berikanlah ketabahan kpd kami utk menghadapi sgala dugaan yg mendatang kpd kami..

Ya ALLAH,
aku memohon agar diberi keinsafan, kesedaran kepada rakan2ku agar menjadi lebih bertanggungjawab terhadap bidang mereka ini, bahkan kpd pelajaran mereka dan iman mereka..

Ya ALLAH
hamba Mu ini memohon,kelak setelah aku dan rakan2ku menamatkan pengajian kami, kurniakanlah kami pekerjaan berdasarkan bidang kami ini, mudahan kami mendapat tempat yang terbaik dan setimpal dgn kemampuan kami, moga kami akan menjadi seorang jururawat yang terbaik dikalngan yang terbaik seprti mana yg diharapkan oleh tenaga pengajar kami, aku memohon agar kami dapat menjalankan tanggungjawab kami dgn sempurna dan smoga kmi mendapat mentor2 yg dpt memberi tnjuk ajar dan membntu kami bkn mentor2 yg merosakkan kmi dan tdk brtnggungjawab....

YA ALLAH BERKATI KAMI SBG JURURAWAT DI MUKA BUMI MU INI....

KBM SMK Tenku Idris Shah (SMKTiS)

Bicara keindahan ini dimulakan dengan lafaz

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

Barisan Pengendali :-
KMKY: ABG WAN
INTEAM: UMMI IDA
MAM1: UMMI IDA
MAM2: SEMUA FASI DAN PENGENDALI
HIJRAH: ABG WAN
RKSK: UMMI IDA
PERTEMUAN: UMMI IDA
PeLAPTOP: KAK AINA & ML
PemVIDEO: PAK KAY
Airport: SMKTiS
Pesawat: KRJo8o510
Jumlah Penumpang: 134 [77kasih (putera), 57sayang (puteri)]
Pramugara: Baim, Abg Awe (Aiman), Abg Faizal, Abg Hadi, Abg Amir
Pramugari: Kak Aisyah, Kak Ain, Kak Ila, Kak Ayu, Kak Zarina, Kak Aina

8 may 2010, penerbangan pesawat KRJ080510 telah memulakan perjalanan di SMK TENGKU IDRIS SHAH, KAPAR. Penerbangan pesawat ini telah bermula pd jam 9pagi dengan suhu awal 35degree celcius. Pembuka bicara telah disempurnakan oleh Abg Wan serta meneruskan slot yang pertama iaitu Knowing Me Knowing You (KMKY) dan dikendalikan sepenuhnya oleh Abg Wan serta fasilitator sebagai pelincirnya. Kbm kali merupakan sejarah buat semua krn panggln utk adik kasih dan sayang telah ditukar oleh Abg Wan. Kebiasaanya adik putera dipanggil sayang dan adik puteri dipanggil kasih tetapi tidak pada KBM yg istimewa ini kerana panggilan ini telah bertukar menjadi kasih=putera manakala sayang=puteri. Seperti lazimnya "hadiah,hadiah,hadiah" akan terus diberi kpd adik2 dan ketika inilah Abg Wan telah mengajar adik kasih dan sayang utk bersedekah dgn memberikan hadiah mereka kepada sahabat2 mereka. Baguslah Abg Wan ni!! Seterusnya kami mengorak langkah dengan ARMY YELL daripada kumpulan adik kasih dan sayang. Adik kasih dan sayang telah dibahagikan kepada 7 kumpulan sayang(puteri) dan 5 kumpulan kasih(putera). Seperti selalu pelbagai nama dan gerakan yang pelik,kreatif,menarik dan tertarik telah dipersembahkan oleh adik2 kasih dan sayang. Syabas buat adik2 kasih dan sayang atas ARMY YELL yang pelik,kreatif,menarik tertarik serta menghiburkan.

Penerbangan KBM terus melebarkan sayapnya setelah usai makan tengahari dan solat zohor berjemaah. Slot seterusnya adalah slot Inteam yang dipandu terus oleh Ummi Ida. ALHAMDULILLAH!! Pemanduan Ummi Ida sedikit sebanyak telah merungkai dan merobohkan benteng2 masalah dalam persahabatan mereka. Adik2 kasih dan sayang telah memohon kemaafan sesama mereka serta dengan hati terbuka teleh menyambung kembali tali ikatan persahabatan yang suatu ketika dahulu telah terputus. Keadaan mereka ini umpama pesakit yang berada di tahap kritikal yang tiada harapan utk sembuh tetapi mendapat keajaiban daripada ALLAH untuk sihat kembali serta meneruskan kehidupan mereka sebagai khalifahNya. Disamping itu, para pengendali dan fasilitator dapat melihat sendiri kehebatan bond-bond persahabatan adik2 kasih dan sayang yang 'extra, extra, extraordinary'. Memang mnyerlah jauh dari yang biasa. Diharapkan bond-bond yang mantap ini akan terus terikat sehingga ke syurga ALLAH kelak.

ALHAMDULILLAH selesai solat maghrib berjemaah adik2 kasih dan sayang telah diminta utk masuk ke dewan sementara menanti kehadiran waktu isyak. Pada ketika inilah 'pesalah2' KBM telah mendapat 'kejutan' mereka serta adik2 kasih dan sayang sama2 berkongsi kehebatan ALLAH melalui surah ASY-SYAMS. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR... Jom solat!!

Sekitar jam 9.30mlm pengembaraan slot Meniti Angin Malam 1 bermula. Ummi Ida masih lagi menjadi pemandu arah utk pengembaraan yang setrusnya. Pada slot ini, adik2 kasih dan sayang telah dibawa mengembara oleh Ummi utk mengeratkan dan memantapkan lagi hubungan mereka dengan ALLAH. Mereka telah dibawa utk mengenali siapakah diri mereka yang sebenarnya di muka bumi ALLAH yang luas ini. Mereka juga telah dibawa untuk mengenali RASULLAH, mengingati, menghayati dan menghargai pengorbanan RASULLAH dan SAHABAT2 demi ALLAH dan ISLAM. Adik2 kasih dan sayang dibawa lagi utk mereka mengenang dan menghargai kesusahan, kepayahan serta kepenatan IBU dan AYAH menjaga dan membesarkan kita dari kita masih lagi di dalam rahim bonda sehingga ke hari ini dan hari2 seterusnya. MAM1 telah berakhir sekitar jam 12MN.

Setelah usai masa rehat yang diberikan, MAM2 pula menyusul. Adik2 kasih dan sayang telah diberi sedikit penerangan terhadap apa yang akan dilakukan semasa MAM2 ini. Ini kerana adalah untuk mengelakkan sbarang perkara yang tdk diigini berlaku dan juga sebagai pelincir bagi melancarkan pemanduan dan perjalanan kami. ALHAMDULILLAH slot MAM2 telah berjln dengan lancarnya seperti yang dirancang dan berakhir pada jam 2.15am.

Pada pagi Hari Ibu, 9 may 2010 yg damai dan indah, slot Rumah Ku Syurga Ku (RKSK) dan juga Hijrah telah dijalankan secara serentak tetapi di tempat yang berasingan. Slot RKSK iaitu slot utk ibu bapa telah dipandu dgn berhati-hati oleh Ummi Ida di Dewan Mutiara manakala slot Hijrah utk adik2 kasih dan sayang telah dipandu oleh Abg Wan di surau sekolah. Kehadiran ibu bapa yg pd awalnya memberi kebimbangan kpd guru2 tlh beransur perlahan-lahan kpd satu kelegaan krn bilangan ibu bapa yg hampir mencecah 40%-50%. Slot RKSK umpama laporan kpd ibu dan ayah terhadap apa yg anak2 mereka telah lalui semasa berKBM serta dibawa mengembara utk menmantapkan hubungan dgn ALLAH, menghayati perjuangan RASULLAH dan SAHABAT2, mengenang jasa IBU dan AYAH serta menulis kad kpd ANAKANDA TERCINTA mereka. Bg slot Hijrah pula, adik2 kasih dan sayang telah dibantu utk melakukan penghijrahan dalam diri mereka.

Tepat jam 12tgh, adik2 kasih dan sayang telah di PERTEMUKAN kepada ibu dan ayah mereka. Bertempiaran mereka berlari utk mendakap, memohon kemaafan kepada ibu dan ayah serta mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibu yang dicintai seluruh jiwa dan raga. Hati2 kami selaku pengendali dan fasi sgt tersentuh dgn setiap perkongsian dan janji2 adik2 kasih dan sayang. Lebih menyentuh hati2 ini adalah adik2 kasih dan sayang ini telah membuat suatu kejutan buat bonda tercinta bersempena HARI IBU, di mana mereka telah menyuapkan pulut kuning kepada IBU mereka serta kpd AYAH mereka. Bagi adik2 kasih dan sayang yg ibu dan ayah yg tdk hdr, mereka telah menyuap kpd GURU2, pengendali2, serta fasi2 sbg ganti. Di samping itu, mereka menyuap kpd pengendali2 dan fasi2 sbg tnda penghargaan mereka. Dengan upacara simbolik ini maka berakhirlah KBM di SMKTiS.

Selain itu, kami jga telah menerima satu komen yang sangat bermakna:
BAGAIKAN BUAH DELIMA...
"bila tengok kulitnya nampak biasa saja, tetapi bila diselongkar isinya barulah ternyata isinya begitu cantik dan manis"
"begitulah program ini, di luaran ia biasa saja tetapi pengisian penuh bermakna"

JAZAKALLAH!!

ALHAMDULILLAH..WA INSYAALLAH..
KBM..BAGAI GELOMBANG TERUS MENERJANG...
MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!!