Monday, March 25, 2013

Sumber - Sumber Yang Disepakati Dan Tidak Disepakati Sebagai Istidlal Dalam Ilmu Nahu (BAHAGIAN 1)


Assalamualaikum, selamat pagi dan sejahtera diucapkan kepada para pembaca sekalian. Sudah lama saya tidak menaip di blog ini kerana terlalu sibuk, sejak selepas keluar di France hari tu. Banyak saya nak kongsikan kepada antum mengenai ahwal Islam di sana, tapi bukan hari ini. Insya Allah saya akan memberi laporan khuruj di Perancis pada hari lain.

      Sepertimana yang saya telah janjikan pada artikel lepas bahawa saya akan menulis mengenai sumber – sumber yang disepakati dan tidak dalam ilmu nahu dan dalam perkataan lain apakah sumber – sumber untuk dijadikan dalil dalam ilmu nahu. Dan insya Allah , akan dikongsikan pada kali ini tetapi mungkin penulisan pada tajuk ini akan menjadi panjang kerana saya ingin menghuraikan seperincinya mengenai hal ini, kerana ramai dalam kalangan pelajar walhal pelajar bahasa arab sekalipun tidak mengetahuinya. Meskipun begitu [ceh, ayat skema sangat ^^], akan dibahagikan pembincangan ini pada beberapa bahagian secara berkala dikhuatiri panjang sehingga tuan-tuan dan puan-puan jemu membacanya.