Wednesday, September 29, 2010

Pada debar yang sembunyikan rahsia hat

Pada debar yang sembunyikan rahsia hati
hanya kornea bicara
hanya kanta menepis
tempias rindu ini
...kerana bibir bak tebing
menepis liur yang hilang
kemana?entah hilang dalam diam

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
getaran jantung saat itu bagai mati
masih bernafaskah aku?
hanyut aku tanpa dibasahi
lemas aku tanpa sesak
debar aku tanpa degup
gugup aku tanpa mu

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
pandanglah fahamilah
aku tidak mampu
aku hampir kalah
bukan hari ini
tapi aku nanti
menanti
fahamkah aku?
fahamkah mereka?
fahamkah dia...?

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
walau ia kini semalam
walau kini aku masih kelmarin
aku tersenyum kerana semalam
aku menangis kerana hari ini
aku masih sendiri

pada debar yang sembunyikan rahsia hati
terima kasih pada jiwa yang memahami
kerana aku tak mampu meluahkan
kerana kau mewakiliku
terima kasih Tuhan
ada yang memahami ku...

Sunday, September 19, 2010

hAri RaYa

selamat mnyambut ari raya....smoga ari raya thun ini bermakna untuk sme dan keberkatan bulan ramadhan berkekalan hingga ke ramadhan yg akan dtg...insyaAllah. trek ni ak raya dgan pelbagai rinangan dan cobaan Allah..alhamdulillah Allah kurnia kn ak kekuatan untuk mengrungkai ape yg tlah tersimpul sjak bethun2 dlu...

Ya Allah, sungguh hebat cobaan mu pada ak yg ingin dkat pada mu..namun begitu ak redha dgan ketentuan mu kerna ku tahu di situ ada terselit kemanisan yg ak sndiri pun tidak myangka...ko uji ak kerana  kamu syg akan ak..ujian mu mmbuat ak tidak leka dgan habuan dunia yg semakin hari semakin meracuni jiwa ku ..

ak th kdang2 ak leka dngan kenikmatan dunia, ak hidup dlam keadaan selasa lantas ak lupa utk mengingati mu..ble kau uji dgan kesusahan ak tringan pd mu.."adakah ak ini trgolong brsama hamba2 mu yg taat", terpikir seketika ble ku mgenagkn diri ku yg serba kekurangan...minitis sdikit demi sedikit air mata mngenangan sikap ak "hodoh"...

ak menadah tgan momohon keampunan..mengharapkn pengampunan dr mu.." Ya Allah, hamba mu ini kedil lg hina ya Allah...ak mohon keampunan mu ya Allah..berikan la ak petunjuk, tjukkn la ak jlan yg lurus ya Allah iaitu jlan2 org yg kau rahmati..ya Allah jgn sesekali ko pesongkan ati hamba mu ini dr agama mu dan jgn kau biarkn hamba mu ini putus drp rahmat mu..engkau la tuhan tempat ak mengadu dan membisik khabar ati ku bila dlam kekilafan.. ya Allah hamba mu ini telah menzalimi diri hamba mu sndiri...oleh itu kau ampuni la daku..", cucuran air mata ku minitis menbasahi sejadah..ak sujud pada mu mrendahkn diri memohan keampunan..smoga engkau mendegar bisikan ati ku ini..

kini ku kembali ke alam pembelajaran ku setelah beberapa ari beraya..smoga ku x lupa dgan kemanisan yg ko berikn beberapa ari lalu..ko tlah makbulkn doa ku pada malam tersebut...ku sgguh terharu dgan kurniaan mu..smoga ape yg telah brlalu dan berteruskn kebahgian n brkekalan rahmat mu hingga ke hujung nyawa,..insyaAllah.. segala puji bg Allah tuhan sekelian alam..

Saturday, September 18, 2010

konvoi

konvoi blek shah alam...bse berdua jer..kali ni lain skit..beramai2...best gak ramai2 ni...lbih kurang 8 buah moto gak la blek shah alam..yg mne jmper kat stesen minyak n nk bleh shah alam gak ak kte sapu gak la..xde hal pun..yg mne msuk dlam gmbr ni bersyukur la yek..muka ak pun xde..ad moto pun jadi la...cam ni la bdak pantai timur blek KL kut..berterabur atas highway..haha..

moto pun cmpur2..laju skali catak la..bdak kelate..then follow la  ngan beberape lc, wave n ex5..
ex5 pun dok kurang hebak gop..follow rapat lc...cme ble dok org pcut 150..xdok hal la kne kne tggal gop..doh meta 120 jer..hehe..nguapat cket..
ni hah bdak kelate..alang isi minyak jd camera meng ar sebetor..


beloh knan ni 2 butir lc hok ngancam...nembor giler ar laju..abis tggal anak2 wek....gmbar pun dok byk cite pun dok byok..upload jer la mne yg ada..haha...

Sunday, September 5, 2010

perbezaan lelaki dan wanita

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Thursday, September 2, 2010

adakah peniggalan ini membawa kelebihan.....

sedar x sedar dh dlm sepuluh terakhir ramadhan..aper kah puasa pd thun ini memberi makna atas ku..tah la aku pun xth..tp rse sdih jer..xde dh bulan yg terindah selain bulan ramadhan ini..ble mngenangkn nsib yg mendatang mmpukah ak n bersediakh ak untuk lulus ujian ni..apekah dosa ak diampunkn..apekah ak dipertemu kn malam yg semua org kejar..malam aperkah itu..mlam lailatul qadar iaitu malam seribu bulan..malam yg pernuh rahmat dan pengampunan dari Allah.. 

Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).

mak aiii...terharu nyer...baik sugguh mu pada umat-umat mu..engkau memberi masa untuk hamba2 mu beribadat lantas pahala itu diganti kan pada dosa2 yang telah la..tp ak isan lemah yg sentiasa melakukan kesalahan..Ya Allah hamba mu ini lemah,kedil dan bodoh yg x susah membezakn permata atau pun kaca..Ya Allah ampuni lah ak dan rahmati lah keluarga ku..

Wednesday, September 1, 2010

kerana bulu mata ku....

Diceritakan pada Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."

Alahai kedai RM2

suasana kedai mkan rm2 di sek 7 shah alam..murahyer mmg x meragukn la..dh nme kdai  2 ringgit..sdap la student2 duk sek 7 mkan murah..

2 ringgit?? ape yg bleh dapat ngan harga 2 kat kdai mkn..?? cilap2 lauk ayam seketul..haha.. tp kat cni bleh dpat complete set makanan, ada air, lauk, syur dan kuih..

ramai duk sah kre ar..kul 6.30 pm dh penuh.. maybe bulan pose kut..kdai ni bleh tampung dalam 150 org jer..xde la ramai sgt..

sape yang xpernah mkn bleh try..not bad la makanan dia...xleh nk komen2..nme pun dh 2 ringgit. kat cni nk mkan kne beratur pas2 pinggan dan gelas kne ar bsuh sendiri.. stakat basuh pinggan n gelas keje simple jer 2..

setiap yg baik msti ada jgk yg cacat cela kn..hiburan itu bgus tp biar la brtempat..lagu yg dipasang biar la bertema kn..dah la bulan pose psang la org mengajiker aper ke..bkan ker diantara waktu mustajab doa ketika hendak berbuka..

aper2 pun thanx pada toke kdai....hehe

Saat indah bersama teman

tanggal 31 ogos 2010, bersamaan 21 ramadhan..majlis berbuka puasa bersama-sama teman perjuang...terasa indah dia hati bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa.

tapi cukup ker sekadar berbuaka bersama tapi tidak bersama-sama menunaikan tanggungjawab kte sebagai hambanya.. 

majlis diteruskan lg dengan menunaikan solat magrib berjemaah..Alhamdulillah, tempat solat pun not bad...dalam kelas ada air cond lagi.

lepas solat makan lagi..hish2.. mewah betul..nk pecah perut rse nye..ops...keterlaluan ni berbuka..ok la kut sebelum solat magrib mkan kuih muih jer..

majlis diteruskan lg dengan solat isyak dan terawih..solat di imamkan oleh syafiq..masyaAllah bagus...memang x salah pilih ar..

yang berbaju biru akt tgh tu tok imam kte.. sembang un sembang gak..ketua project x diperkenalkn pun..ketua project kecik jer orang nye..tp dia la yang menjayakn program ni degan sokongan rakan2 yang lain..ketua project yg baju merah paling kiri (nor adilah). bersama dia 2 la ajk2 lain..nk cite panjang sgt...hehe

majlis malam 2 diakhiri dengan moreh..moreh pun bleh tahan gak..mkan sate dan dadih 2..cukup la ckit2 cite..kongsi skit2 kegembiraan..

Sekadar Renungan

Wahai saudaraku..!!

Hidup di dunia ini di ibaratkan Seorang lelaki yg sedang dalam perjalanan dengan sebuah kendaraan bersama istri dan anak2 nya.

ditengah perjalanan ia dihentikan oleh seorang yg menghadangnya di perjalanan

lelaki (sang ayah) bertanya:

siapakah kamu..?

dia menjawab: aku adalah wang (harta)..!!

maka lelaki itu bertanya kepada istri dan anak2 nya,

apakah kita ambil harta ini dan membawanya dalam perjalanan kita..?

mereka menjawab: Yaa.. tentu saja, sebab dengan harta kita akan dapat berbuat apa saja dan mendapatkan apa saja yg kita inginkan..!!

maka merekapun mengambil harta itu dan membawanya serta dalam perjalanan mereka,

lantas mereka meneruskan perjalanan, kendaraan mrk pun berjalan hingga mereka bertemu dengan seorang yg menghadang di jalan,

lelaki(sang ayah) pun bertanya,

siapakah kamu..?

dia menjawab, akulah pangkat / kekuasaan, kedudukan dan kemegahan..!!

maka iapun kembali bertanya kepada istri dan anak2nya,

apakah kita ambil kekuasaan ini dan membawanya dalam perjalanan kita..?

dan kembali mereka menjawab:

Yaa.. tentu saja, kerana dengan kekuasaan, kita akan dapat berbuat apa saja dan mendapatkan apa saja yg kita inginkan..!!

Maka dengan penuh semangat dan usaha keras merekapun mengambil (membawanya) serta dalam kendaraan mereka,

dan demikianlah, dalam perjalanan mereka bertemu dengan banyak orang, yg terdiri dari nafsu, kenikmatan, dan berbagai keindahan dunia yg menggiurkan.

hingga merekapun bertemu dengan orang yg lain,

maka lelaki (sang ayah) itupun bertanya,

siapakah kamu..?

orang itu menjawab, Aku adalah agama..!!

maka dengan serentak mereka (lelaki, istri dan anak2) berkata, saat ini belum waktunya, yg kami perlukan adalah dunia dan segala kenkmatannya, dan agama hanya akan menyusahkan kita, mengharamkan kita dari bermacam kesenangan, dan mengharuskan kita sholat, puasa malah menyuruh kita pergi haji, dan sebagainya,

Atau biarlah nanti saja (bila2) kita akan kembali lagi untuk mengambil (membawa) agama bersama kita..

maka merekapun mengabaikan bahkan meninggalkan agama (tidak membawanya serta) dalam perjalanan mereka. Dan merekapun meneruskan perjalanan,

kendaraan mereka pun terus berjalan, hingga tanpa di sangka2 seorang petugas menghadang, memberhantikan kendaraan mereka, dan memaksa sang ayah untuk turun dari kendaraan sambil berkata, berakhir sudah masa (perjalanan)mu, kamu harus turun, dan mari ikut aku..!! seru petugas itu.

sang ayah bertanya, siapakah kamu..?

petugas itu menjawab: Akulah Maut yg engkau sentiasa lari dan menghidariku,

apakah kamu telah membuat persiapan (bekal) untuk bertemu denganku, aku periksa agamamu adakah kamu membawanya serta dalam perjalananmu..??

sang ayah berkata, Tidak, aku telah mengabaikan dan meninggalkannya, maafkan aku. Atau berilah aku kesempatan untuk kembali lagi mengambil agama yg telah aku tinggalkan dalam perjalananku,

Dengan tegas petugas itu berseru. Tiada lagi kesempatan bagimu, kamu tidak lagi boleh memohon maaf atau kembali lagi untuk mengambil agama yg seharusnya kamu bawa sebagai bekal di akhir perjalananmu.

tapi aku telah membawa istri, anak2, harta,pangkat (kedudukan) dan sebagainya yg sentiasa menemaniku, kata sang ayah.

itu semua tiada bermanfaat lagi buatmu. Hanya agamalah yg bermanfaat di hadapan Tuhanmu..

Mari ikut aku.. Seru petugas itu.

Sang ayahpun tak kuasa menolaknya.

sejenak ia menoleh (memandang) kendarannya, istrinya menggantikannya sebagai pengemudi, kendaraan itupun berjalan tanpa seorangpun yg ikut turun untuk menemani lelaki (sang ayah) itu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...