Monday, June 4, 2012

Satu kemuliaan



'Adik,berdoalah kepada Allah sepertimana Nabi SAW berdoa ketika hendak berhijrah dari Mekah ke Madinah' kata suami kepada anak kami sambil membacakan doa tersebut.

'bila musafir,berdoalah kerana orang musafir mustajab doanya,apatah lagi adik pergi belajar' kata saya kepada adik

Begitu kami mengingatkan adik yang akan menjadi 'budak u' semasa menghantarnya untuk mendaftar diri di salah sebuah IPTA

'merantau menuntut ilmu satu kemuliaan' begitu sempat saya menconteng di fb..

'Adik teringin untuk belajar di Turki,tentu indah negera itu mama'kata adik penuh harapan selepas keputusan SPMnya diumumkan.Malah bukan kali itu dia berkata demikian,sejak sekian lama..

Selain kucing kesayangannya,buku buku adalah teman setia adik.Antara buku yang sering di telaahnya adalah buku mengenai Sultan Muhammad Al Fateh,Khilafah Othmaniah Turki dan cerita mamanya mengenai Turki.Kehebatan empayar Turki dan kehebatan kepimpinan Sultan Muhammad Al fateh sudah begitu dimaklumi..

'maaf dik,mama dan abah tak mampu untuk hantar ke sana di atas beberapa sebab tertentu'begitu kami memujuk.

'Adik suka sejarah' dia berkongsi 'kegemaran'nya.

'mamapun sama,kita belajar dari sejarah dan kemudian kita ambil iktibar dari apa yang telah berlaku'tambah saya yg sangat menyokong 'kegemaran'nya.

'Abang tak boleh tahan nak beli buku,lihat ni'kata suami kepada saya selepas makan tengahari seusai pendaftaran adik..buku yang dibeli suami ialah buku cinta dirumah Hasan Al Bana dan Biografi Agung Rasulullah SAW.

'Ini untuk kita dan cucu cucu kita nanti'kata suami di depan anak anaknya...

Moga dengan itu anak anak memahami dan menghayati hidup ini ada tujuan dan matlamat yang agung juga!

Rabba hablana min azwa jina wazzuriatina qurrata a'yun,wajj a'lna lil muntaqina imama..

Sunday, May 13, 2012

Jejak jejak kasih

Mengapa tajuk ini jadi pilihan setelah lama tidak menulis?Entah... tiba tiba hati sayu,rasa keseorangan dan tentunya pemergian sahabat yang dikasihi cukup terkesan di hati.Tapi bukan untuk diratapi tetapi jejak jejak kasih yang berbekas padu dijiwa membuatkan kita merenungi kembali apa yang telah kita buat,apakah persediaan yang kita telah sediakan,apakah umur kita yang berlalu penuh dengan aktiviti yang menyaratkan saham kebaikan di SANA nanti...

Suatu yang pasti yang pergi tetap pergi..tetapi yang tinggal perlu meneruskan kehidupan..tetapi bagaimana?Hiburkan hati dengan Al qur'an.Sibukkan diri dengan solat.tundukkan nafsu dengan puasa,penatkan diri dengan aktiviti bermanafaat..

Ya Tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMU dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami..


Monday, March 19, 2012

Tarikan Cinta -Isabella



Kalau kita meninjau di rak rak kedai buku terutamanya bahagian novel,begitu banyak novel yang bertemakan cinta memenuhi ruang.Tajuk tajuk yang cukup menarik membuatkan ramai yang menjadi peminat setia novel sedemikian..

Pernah bertanya kepada golongan ini,mengapa suka membaca novel cinta?
'huh makcik,novel ini islamik tauu..ada ayat al qur'an lagi tuu' begitu antara respon mereka.

Tidak dinafikan memang ada sedikit kebaikan novel berkenaan tapi banyak juga kesan buruknya.Mereka dihidangkan dengan cinta indah yang begitu ideal seolah olah tidak berpijak di alam real.Mereka dikhayalkan dengan cinta yang mengasyikkan,seolah olah dunia mereka yang punya..Kadang kala pengaruh novel ini membentuk cara berfikir dan bertindak.

Pernah pada suatu ketika dahulu, lagu Isabella selalu berkemundang di corong radio.Masakan tidak ianya didendangkan oleh amy search seorang penyanyi rock pada ketika itu.Lagu ini mengisahkan lambang keagungan cinta.Kalau anda bertanya generasi yang lahir tahun 1990 an pun,ada dikalangan mereka mengetahui lagu ini.Ia menjadi satu fenomena ketika itu

Begitu juga kisah ratu Isabella,salah seorang yang telah menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol.Kalau kita menyelusuri sejarah jatuh bangunnya tamaddun dunia khususnya tamaddun islam maka kita akan terjumpa kisah ratu ini..


Saya baru saja menghabiskan siri siri pembacaan saya yang pelbagai dengan novel Isabella.Sebuah novel yang mengisahkan seorang gadis anak ketua paderi di Cordova yang akhirnya memeluk agama Islam setelah membuat perbandingan agama anutannya dengan Islam.Cinta agung yang dipamerkan oleh Isabella sehingga sanggup meninggalkan kemewahan dan kesenangan hidup demi kebenaran..

Sebelum ini(sudah beberapa lama dulu) saya pernah membaca dalam internet tetapi rupa rupanya tatapan buku memberi satu kepuasan yang berbeza kepada saya.

Isabella-sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan islam dan kristian.Tulisan Maulana Muhammad Saeed Dehlvi terjemahanDato'Abdullah Hussain,Sasterawan Negara(cetakan pertama 2011) .
Bagus kalau dihadiahkan kepada rakan rakan kita samada muslim-agar dia rasa 'izzah dengan islam.Kiranya dihadiahkan kepada rakan non muslim moga di situ ada sinar hidayah yang menerjah ke dalam qalbunya..

Selamat membaca...

Sunday, February 12, 2012

Adik...Syafakallah


Petang yang suram pada hari ini diteman rintik rintik hujan yang mula membasahi bumi .Ianya mengundang saya memikirkan keadaan anak yang baru dilanggar motosikal.Sebelum dia memberi tahu umminya,saya selalu teringatkan dia.

Semasa hari kejadian,sebelum dia melintas jalan bersama kawanya,dia betul betul sudah memerhati dan memastikan bahawa dia selamat melintas tapi entah kenapa tak semena mena motor yang datang mencelah di celah celah kereta mengheretnya secara tiba tiba...

'Ummi,adik ok ni sihat jer,tak apa apa.ummi jangan risau' begitu dia memulakan bicara bila saya menelefonnya.

'Alhamdulillah,ngape dik?ada apa apa yang berlaku?' tanya saya bila mendengar suaranya sayup sayup jer...

'Adik ok,tak sakit badan,boleh jalan,ummi jangan risau ya,adik dilanggar motor semalam'katanya..

fuhh berderau darah saya mendengarnya.Hati seorang ibu!

Dia menceritakan di seret agak jauh tetapi beg yang disandangnya menyelamatkan dirinya dari terhentak secara kuat ke jalanraya.manakala sandalnya masih lekat di kaki sebab sandalnya di ikat rapi.Sandal yang dipakainya dapat menutup kakinya daripada bergeser dengan jalanraya

Kelmarin adik terpaksa keluar bersama kawannya kerana ada beberapa keperluan yang hendak dibeli.

'Adik terpaksa beli seluar kerana nak solat jumaat.seluar yang adik pakai berlubang dan seolah olah terbakar.Kulit lutut adik macam melecur,darah memang banyak'perlahan lahan dia menyusun kata.

'Tapi ummi jangan risau ya,adik boleh cuci luka sendiri.adik boleh solat tapi kena duduk..janji ya jangan risau'katanya lagi

Saya memang tidak mengizinkan anak anak saya menunggang motosikal.Begitu juga dengan membonceng.Tiada lesen untuk mereka.Saya lebih tenang apabila mereka menaiki kenderaan awam.Pada hemat saya ianya lebih selamat...

Tetapi takdir menentukan segala..Kadang kala kita cukup berhati hati tetapi ada insan yang cuai.Ada ketikanya kita cuai menyebabkan insan lain menjadi mangsa.Tidak kurang pula kecuaian ke dua dua belah pihak mengundang malapetaka.Namun sikap berhati hati dan bertawakkal kepada Allah itu yang utama.

Indahnya apabila seorang muslim itu cukup memahami qada' dan qadar Illahi




Tuesday, January 17, 2012

Bila aku diuji


"Fuhhh,semua sms malam ini cukup menguji kesabaran saya" sambil menatap sms yang masuk ke kotak pesanan hp saya,hati saya berkata kata..

Berbalas sms dalam beberapa ketika sambil bertukar tukar pendapat kadang kala menguji kesabaran dan keikhlasan hati.

"Apa saya ni,kalau saya ikhlas,saya tidak mengharapkan terima kasih sesiapa?"ulang saya di dalam hati berkali kali.Tiba tiba mata saya seperti dimasuki habuk...

Begitu kita diuji.Keikhlasan memainkan peranan yang cukup besar dalam setiap kerja buat kita.Keikhlasan itu bukan semasa hendak memulakan kerja/sesuatu saja tetapi permulaan,pertengahan dan akhirnya juga dihitung.Kita tidak mahu amal yang kita lakukan apabila dihitung di akhirat nanti seperti fatamorgana atau seperti debu yang berterbangan na'uzubillah.

Moga kita menjadi orang yang mukhlisin..

Saturday, January 7, 2012

Rencah rencah kehidupan


Sebaik saja suaminya balik dari masjid di pagi itu,si isteri setia lantas bertanya "bang nak makan apa pagi ini?nasi goreng,jemput jemput ikan bilis atau apa?"
"Tak payah susah susah,hari ini abang masak,emms kita sembang sembang ya"wajahnya tenang sambil tersenyum.

"Ngape ni?mimpi indah ke malam tadi?"si isteri mula mengusik...
"Emms sebenarnya sayang telah mencuri...mencuri hati abang sejak lama dulu" si suami berkata dengan nada perlahan sambil menanggalkan pakaian solatnya tetapi jelas kedengaran di telinga sang isteri...

Begitu teman rapat berkongsi cerita.Dia rasa tak sangka sudah puluhan tahun berkahwin,kata kata romantik seperti itu selalu diucap oleh suaminya.Rumahtangga mereka biasa di uji,kadang kala cukup hebat tetapi bila mereka meletakkan asas yang kukuh semasa pembinaan(dengan izin Allah jua),mereka menjadi pasangan bahagia hingga saat ini...Moga bahagia selamanya.

PESANAN:Binalah rumahtangga di atas asas yang kukuh(agama) nescaya kita akan mengecapi kepuasan yang sukar untuk diterjemahkan insyaAllah, tanpa menafikan faktor faktor lain.

Melangkah ke masjid untuk solat asar petang itu memberi suatu kelainan.Terpandang tulisan di pintu masuk tempat solat wanita

"Wanita hendaklah menutup aurat ketika berada di dalam masjid"

"Emms bagus peringatan ini.."terlintas difikiran saya..

Itu antara usaha mereka yang diamanahkan dalam menguruskan masjid bagi memastikan adab adab terjaga bila datang ke masjid.Memang suatu langkah yang sepatutnya dipuji.

Laa ada lintasan lain pulak..

"Bagaimana kalau ada yang memahami bahawa hanya ketika di dalam masjid sahaja aurat perlu ditutup?"Aduhai...

Jom kita rujuk surah Al Ahzab ayat ke 59 yang bermaksud:

"Wahai Nabi,katakan kepada isteri isterimu,anak anak perempuanmu dan isteri isteri orang mukmin 'hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka' yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali,sehingga mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang."

Kalaulah kita boleh solat dengan pakaian kita(bersama tudung yang dipakai) tanpa perlu menggunakan telekong sembahyang, maka itu merupakan pakaian kita telah memenuhi tuntutan menutup aurat kita..

PESANAN:Berhati hati dalam memilih dan mengenakan pakaian yang kadang kala boleh menjerumuskan kita dan orang lain ke lembah dosa!.


Ber 'sms' dengan anak yang sedang mengikuti program pasca SPM sekolahnya cukup mengujakan...Kekadang kesianpun ada sebab programnya agak mencabar dan cukup meletihkan.Tetapi dalam masa yang sama ia merupakan suatu latihan supaya anak anak 'lasak' dengan kehidupan di luar sana..

"Mum,dah sampai ke KKTM petang tadi.After ni ceramah by ustz MI."-8.25malam hari pertama

"Alhamdulillah,makan roti tadi tak?,moga dapat manafaat"-8.26malam

"makan,semua kata sedap"-9.03malam

"Mama mesti dah tidor kan?Nite.sayang mama"-12.28pagi hari ke 2

"nite,sayang adik..rindu.mama baru lepas solat"-12.31pagi

"adik apa khabar hari ini?"-8.06malam

"stress..call sekarang boleh?"-9malam

Berbual,memujuk dan memberi kata kata perangsang kepada anak anak cukup perlu apatah lagi dalam keadaan yang sangat diperlukan si anak.

Sempat berpesan semoga banyakkan membaca Al qur'an,istighfar dan zikir.Mohon kekuatan daripada ALLAh yang Maha Gagah Perkasa...

PESANAN:"Anakku,kalau Islam diHAYATI,apa jua yang kita rasa,apa jua yang kita tempuhi, ianya tetap dan mampu dikawal dengan akhlaq yang mulia,,percayalah"









Monday, December 26, 2011

CATATAN PERJALANAN 2


CATATAN 1

Setelah menziarahi orang tua di kampung, kami meneruskan lagi perjalanan ke negeri berikutnya..Hujan sepanjang perjalanan mewarnai mood kami ketika itu.Suami nampaknya cukup berhati hati memandu memandangkan jarang sangat kami melalui lebuhraya berkenaan.

"Kita target check in pukul 3 petang,nampaknya pukul 6 belum tentu sampai"..saya bersuara memecah kesunyian..

"Ok jer kita releks nak kejar ke mana"...kata suami.

Sampai di R&R Gambang,kami singgah untuk makan tengahari..Kami dapat menjamu selera dengan rendang daging rusa dan masak kari ayam kampung..alhamdulillah sedap!

"Agak agaknya apa rasa nira kelapa?nanti kalau jumpa kita beli ya"..kata saya kepada suami..di Kelantan, nira kelapa dikenali sebagai tuak.Saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz menceritakan bagaimana perasaan beliau bila dihidangkan dengan 'tuak' berkenaan bila berkunjung ke rumah sahabatnya di Kelantan...fuhh!!!

"Adik tengok peta,manalah pulak Felda Residence nih?"suami minta adik search hotel berkenaan..

Ooo hampir sejam mencari, rupa rupanya peta yang dipamerkan memang tidak tepat sebagaimana lokasi sebenar...Walhal KT bukanlah bandar asing bagi kami..Di KT jugalah saya berpusing pusing memandu beberapa jam semata mata mencari kedai makan yang sesuai.Suatu kelainan di KT, antara bangunan bangunan besar terselit warong yang 'comel' menyajikan pelbagai juadah pantai timur...

CATATAN 2

Dua hari terperap di hotel agak menjemukan.Untuk keluar meninjau suasana kehidupan warga KT atau ke Taman Tamaddun Islam misalnya tidak kesampaian.Angin yang bertiup kencang dan hujan yang berterusan menyukarkan sesi tinjau meninjau..Apa lagi...keyboard komputer tua jadi mangsa keadaan!!

"Jom kita check out,abang dah habis nih"...suami talipon sebaik sahaja bengkelnya tamat.

Kami sempat singgah di pasar Payang yang terkenal dengan keluaran batik juga hasil lautnya yang pelbagai.Ianya hanya sekadar pelengkap kunjungan kami.

Kami meneruskan perjalanan menuju negeri berikutnya.

"Kita ikut jalan Tasik Kenyir dan InsyaAllah sampai ke Gua Musang pukul 7.30malam ok tak?"tanya suami meminta pendapat.

"Okeh!InsyaAllah kita boleh melihat panorama yang menarik di Tasik Kenyir...eh eh kelah banyak tak?" spontan saya bersuara.

Alamak! ini akibat lama sangat batang pancing di'pencen'kan...huhu

CATATAN 3

"Cuba call Sri Intan,masih ada kekosongan lagi tak malam ini?"Suami bersuara sambil memandu tanpa henti menuju ke destinasi berikutnya.

"Masih ada satu kekosongan untuk malam ini,tapi puan ianya ditingkat paling atas" suara penyambut tetamu kedengaran sayup di gagang talipon.

"Ok encik InsyaAllah kami sampai ke sana sebelum pukul 10 malam,terima kasih" kata saya kepadanya.

Alhamdulillah sampai ke Gua Musang pukul 7.20malam.Kami kena sampai ke puncak gunung sebelum pukul 10 malam.

"Selepas membaca al mathurat,perbanyakkan zikir" suami mengingatkan kami...

Pendakian kami malam itu ditemani awan mendung dan sekali sekala hujan rintik rintik.Berhampiran dengan Lojing kereta kami yang mula mendaki bukit tiba tiba kehilangan power..Saya masih tidak menyedari apa yang berlaku.

"Mengapa bang,tiba tiba berhenti tepi jalan ni,gelap gulita pulak tu?"saya masih dan masih tidak menyedari keadaan berlaku.

"Kan kereta kita mati enjin tiba tiba ni" Suami bersuara tenang walaupun ada nada kegusaran dihujung kata katanya.

"Ada lampu picit tak" tanyanya..

Alamak! saya buat hal lagi.Terlupa!Kebiasaannya saya akan memastikan kelengkapan musafir kami mencukupi sebelum kami meninggalkan rumah.

Suami cuba hidupkan enjin, masih dan masih tidak hidup..Kami berdoa sungguh sungguh dan serahkan kepada ketentuan Allah di dalam keadaan yang cukup gelap ketika itu..Berbekalkan cahaya daripada talipon bimbit, suami membuka bonet depan kereta dan melihat apa yang tidak kena,tetapi tiada apa yang pelik..

"Mungkin wiring kot"terlintas di hati kecil saya.

Saya cuba search nombor balai polis Lojing . Kami beristighfar dan terus berdoa,akhirnya enjin kereta dapat dihidupkan..Alhamdulillah.

Sebenarnya kereta kami tidak pernah meragam sebelum itu.Akhirnya kami sampai ke puncak gunung lebihkurang pukul 9.30 malam.Suhu menunjukkan 17oC.

Terlintas di kepala saya salah satu ayat al Qur'an yang mengungkapkan kisah mereka yang berada di lautan yang bergelora.Kapal mereka dilanda taufan yang dahsyat.Pada ketika itu mereka mengIKHLASkan pengabdian hanya kepada Allah SWT.Tetapi bila sampai ke daratan mereka kembali ingkar!

"Ya Allah,semoga kami menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur"