Tuesday, May 26, 2009

7 perkara ganjil

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kapan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, “ Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran itu, aku merasa amat insaf atas perbuatanku yang amat keji itu dan ingin sekali bertaubat.

“ Yang pertama aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Tanya pemuda itu.

“ Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t menghinakan mereka denga memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, “ Golongan kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah, “ Wahai anak muda, mereka itulah golonga yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amaln-amalan kita yang lain.”

Pemuda itu menyambung lagi, “ Wahai tuan guru, golongan ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

“ Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda.” Balas ahli ibadah itu lagi.

“ Golongan yang keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, “ Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapa sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”


“ Ku lihat pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isidari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

“ Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silatulrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

“ Wahai tuan guru, golongan yang keenam aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering-kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, aku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya.”

“ Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

“ Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya, wahai tuan guru?” Tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, “ Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu dan mereka mengamalkan pula ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w.t baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Moga kita tergolong dalam golongan yang ke-7..amiin



Tuesday, May 12, 2009

Monolog Seorang Hamba

Tuhan...aku ini hamba-MU..pimpinlah
Tuhan..aku ini hamba-MU..ampunkanlah
Aku selalu membuat kesalahan..
Setiap hari aku membuat dosa..
Ampunkanlah hamba-MU ini..

Tuhan..hamba-MU ini lemah..
Memerlukan kekuatan dari-MU..
Jangan biarkan aku terumbang-ambing..
Dengan kehidupan dunia yang menipu..
Berilah aku petunjuk selalu..



IMAN ITU ADALAH SEGALA-GALANYA..
HIDAYAH..TINGGI NILAINYA..
TAUFIQ..SANGAT BERHARGA..
Anugerahkanlah kepadaku..
Agar aku mulia..di sisi-MU..

Tuhan..kalaulah bukan petunjuk dari-MU..
Sudah tentu aku tersesat jalan..
Kalaulah bukan taufiq dari-MU..
Menempuh jalan-Mu tentu tidak mampu..
Oleh itu..pimpinlah aku menempuh hidup..
Di dunia ini..
Begitulah harapanku pada-MU..
Setiap doa ku panjatkan..
ENGKAU dengarlah doaku ini..Ya Allah..
ENGKAU terimalah permintaanku..

Selamat Hari IBU

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar Ibu dan bakal bergelar Ibu terutama kpd Ma Tersayang dan kakak2 ku :kok,k.na. k.ina dan k.ra.
tak dapat untuk diungkapkan penghargaan tak terhingga buat Ma yang telah banyak berkorban untuk kami adik2. setiap teguran dan nasihat yang diberi pastinya kerana terlalu menyayangi kami. semakin jauh, semakin terasa nilai kasih sayang seorang ibu.

Ya Allah..moga ENGKAU masih memberiku kesempatan untuk merasai belaian kasih seorang IBU...amiin
~Saya Sangat Menyayangi Insan bergelar IBU~