Sunday, September 1, 2013

HAKIKAT MELAYU DI SINI




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Majoriti di Malaysia ialah Melayu Islam yang semua orang bersetuju sejak dulu lagi. Malaysia dikenali sbg negara umat Islam kerana Melayu yang majoriti itu agamanya Islam. Budaya dan adat resam orang Melayu sudah agak sebati dengan ajaran dan amalan budaya Islam walaupun tidak dinafikan masih ada yang wajib diperbetulkan. Namun keseluruhannya Islamlah yang telah menukar corak hidup /budaya penduduk asal tanah bertuah ini.

Pendakwah Kristian sudah cuba mengkristiankan orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi namun gagal. Pelbagai taktik mereka sudah lakukan tetapi belum berhasil. Hal ini kerana kuatnya pegangan orang Melayu dengan Islam berbanding dengan agama orang Melayu sebelum diislamkan (Hindu). Hal ini salah satunya boleh dikaitkan dengan faktor "agama raja ialah agama rakyat".

Musuh Islam itu tetap tidak berpuas hati dan bijak mencari jalan. Mereka mendapat idea iaitu jika Islam gagal dirobohkan drp orang Melayu secara terus, maka mereka bertindak merobohkan jati diri Melayu itu dahulu. Apabila jati diri Melayu sudah terkulai, layu dan beku, maka amat senanglah untuk mereka memporakperandakan agama Islam di tanah nan subur lagi bertuah ini. Hanya dengan meruntuhkan Melayu daripada Islam dan ketuanan Melayu, maka mereka akan/sudah berjaya 3 Dalam 1. 

Akhir-akhir ini seperti menjadi satu kesalahan besar apabila menyebut perkataan "Melayu". Kalau orang bukan Melayu yang menunjukkan kejengkelan mereka dengan nama Melayu itu kita masih boleh terima (walaupun hakikatnya tetap tidak patut). Persoalannya orang Melayu sendiri yang jengkel dengan nama Melayu itu. Asalkan disebut sahaja nama Melayu, mereka terus menyindir "apa ada pada bangsa?", "agama yang lebih utama"  "di akhirat Allah tak tanya bangsa apa" dsb.

Apakah fikiran bijaksana lagi  waras kita ini masih belum dapat memahami permainan musuh Islam itu? Sedarlah wahai saudara-saudari semelayu dan seislamku. Berhentilah daripada mengutuk bangsa kita sendiri. Kutukan kita kepada bangsa kita sendiri itu bermakna kita  sedang menjalankan jarum musuh Islam ke atas ketuanan dan kedaulatan Islam di Malaysia ini khasnya dan Nusantara ini amnya.