Sunday, March 25, 2012

Rombongan Cik Nikdah ke Perth - Bahagian 2

Perjalanan hari pertama di Perth bertarikh 10 Mac 2012 diteruskan lagi selepas singgah di kilang coklat Margaret. Dalam perjalanan ke Kings Park, bas berhenti di tepi jalan yang ada gerai jualan buah-buahan. Maka berduyun-duyunlah ahli rombongan kami bersemangat turun untuk membelinya. Almaklumlah perutpun sebenarnya sudah lapar.

Bermacam jenis buah ada dijual. Terutama yang tidak ada ditanam di Malaysia seperti buah kiwi, plum dan avokado. Selepas memilih buah anggur dan membayarnya sebanyak AUD2.50, Makngah keluar berjalan-jalan di luar gerai kepunyaan seorang pendatang yang berasal daripada Kemboja itu. Pelayan di depan gerai tadi tidak pandai berbahasa Melayu apa bila ditanya walaupun paras wajahnya macam Melayu. Rupa-rupanya ladang mereka di belakang gerai itu sahaja. Apa lagi beraksilah kami di situ. Masalahnya bukan beraksi sahaja, kami turut memetiknya sekali.




Beraksi bersama Yasmin Milson pelakon Atas Nama Cinta

Wah......banyaknya petik anggur













Selesai di situ, kami dibawa ke Kings Park yang terletak di tengah bandaraya Perth. Di situ kami berkelah makan tengah hari yang dibekalkan oleh Datuk Burn sambil menikmati keindahan pemandangan bandaraya terbesar di Australia Barat itu dari tebing sungai.  Apa yang menggeramkan Makngah, Nikon pula habis bateri. Kecewanya bukan main. Terpaksa mengendeng kamera orang lain.
Berkelah





Tree top di sepanjang jalan, kulitnya berwarna putih




Selesai makan dan minum serta bergambar di Kings Park, kami menaiki bas untuk pulang ke tempat penginapan yang berupa sebuah lodge. Tiba di situ dalam jam 3.30 petang. Terpaksa berkongsi bilik air dengan semua penghuni, tetapi boleh dikira masih selesa. Begitupun timbul insiden dengan pekerja lodge kerana lantai bilik tandas basah. Maklumlah kami mencebuk hadas dengan air jadi ada air yang tumpah menyebabkan lantai tandas basah. Ada penghuni lain dari keturunan mereka mengadu kepada pihak lodge. Maka kami dimarahi. "Lantak depa je lah....." kami buat tak tahu.

Selesai mandi dan berihat, malamnya kami keluar melihat kawasan sekeliling. Tujuan asal mencari makanan. Namun walaupun terjumpa restoran Malaysian Foods, pengusahanya bukan Islam dan mengakui tidak halal. Maka kebablah juga yang kami makan.

Makngah dan Kak Mariani memilih laluan perumahan untuk ke lodge. Laluan kami itu bertentangan dengan bulan yang sedang mengambang. Indah kelihatan cahaya bulan mengambang di bumi kanggaru ini. Cahayanya menyimbah bumbung rumah-rumah di situ yang kebanyakannya dibina rendah sahaja. Apa yang mengagumkan, dalam cahaya bulan itu dapat dilihat rumah mereka amat tersusun, bersih dan terjaga rapi dengan pelbagai gaya pokok-pokok hiasan taman.

Suasana malam amat tenang. Kami hanya terserempak dengan hanya dua orang lelaki berjalan kaki sahaja. Penghuninya sedang tenang berihat di dalam rumah bersama keluarga. Makngah teringatkan gaya keluar malam, pasar malam dan hiburan malam orang-orang kita di Malaysia. Sebenarnya budaya manakah yang menepati ajaran Islam? Allah mencipta malam untuk kita berihat. Jadi, sama-samalah kita fikirkan.



Cahaya bulat di bawah itu warna bulan sedang mengambang di Perth


Tunggu bahagian ketiga ya..........











Friday, March 23, 2012

Rombongan Cik Nikdah ke Perth -Bahagian 1


Kali ini rombongan melancong Cik Nikdah agak ramai iaitu lebih kurang 60 orang. 45 orang dari Kelantan berlepas dari LTSIP Pengkalan Chepa pada jam 6.30 petang pada 9 Mac 2011. Bergabung  di LCCT dengan rombongan dari Perak yang selebihnya.

Lima jam lima belas minit lebih kurang dalam penerbangan, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth lebih kurang jam 5.10 pagi. Jam Perth dengan jam Malaysia sama walaupun suasana waktu dan cuaca berbeza. Maksudnya waktu Subuh di Perth pada hari itu lebih kurang jam 4.50 pagi berbanding dengan di Malaysia lebih kurang jam 6 pagi. Jadi Cik Nikdah yang duduk di sebelah Makngah yang sudah berwuduk di dalam tandas flight bersolat di kerusi. Urusan dia banyak bila tiba nanti sebab itu dia mengambil keputusan untuk tidak melengahkan solat. Ahli lain masih sempat bersolat di airport nanti.

Apa yang lucu, ketika Nikdah sedang tunduk untuk gerakan sujud, seorang pramugari datang menyuruh menaikkan meja sorong di depannya sebagai persediaan untuk mendarat. Hal ini menyebabkan Nikdah terpaksa memberhentikan solatnya dan memulakannya semula dengan nasihat daripada Makngah agar tidak sujud di mejapun tak apa.



Datuk Burn selaku pemandu pelancong menyambut ketibaan kami.

Datuk Burn sedang memberi taklimat. Berkaca mata itu pemandu bas.

Selepas selesai urusan di imigresen, kastam dan bersolat, kami keluar di ruangan menunggu dan Cik Nikdah berjumpa dengan Datuk Burn atau Datuk Haji Abu Bakar yang akan mengurus perjalanan kami di sini. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang sudah lama bermastautin di Perth. Banyak latar belakang dirinya diceritakan. Termasuk dia ada berlakun dalam drama "Atas nama cinta" yang sedang disiarkan oleh TV3 dengan seorang lagi wanita bernama Yasmin Milson yang selepas itu juga hadir bersama kami.

Kami dibawa ke Whiteman Park yang merupakan satu taman perlindungan untuk hidupan liar, untuk bersarapan di taman terbuka sebelum ke lain-lain tempat. Seronok rasanya makan dan minum yang dibekalkan oleh Datuk Burn dalam suasana segar dan tenang itu.



Bergambar dengan Datuk Burn dan Yasmin


Bermain dengan kanggaru di Caversham Wildlife Park


Bergambar dengan dua orang sukarelawan di tempat itu






Membeli cenderamata di situ, mahal harganya wooiii. 

 Selesai di situ termasuk melihat pertunjukan di ladang ternakan kambing, kami dibawa ke kilang coklat  Margaret. Ramai yang ragu dengan kehalalannya almaklumlah dibuat oleh orang bukan Islam.
Maka tak adalah yang membelinya. Tambahan lagi dengan harganya yang jika ditukar kepada RM, ia amat tidak berbaloi pada perkiraan kami. Bai bai coklat Margaret, ramai yang segera keluar dan lebih senang bersantai di kebun anggur hijau yang terdapat berdekatan tempat bas parking.

Cerita di bahagian kedua lagi hangat, sabar deh.........


Tuesday, March 6, 2012

Dua Dalam Satu: Cinta Allah Cinta Rasul





 

KELEBIHAN ZIKIR DAN SELAWAT KE ATAS NABI,


Salamun alaik…Sekadar ingin berkongsi…Insya-Allah, sama-samalah kita mendapat manfaat darinya…Wallah hu a’lam.

  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia berusaha mencari keredaan-Nya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi SAW membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru diambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat Jumaat, dosanya akan diampun hingga Jumaat berikutnya-Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, baginda membasahkan janggut baginda-Tirmizi.
  11. Nabi SAW tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, baginda makan dan sebaliknya baginda tinggalkan- Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
  13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhlat. Hadits Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH  catatkan 10 kebaikan baginya- .Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
  17. Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang dan mudahkan penghadaman.
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  21. Nabi SAW sering beristinsyaq air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astaghfirullahalaziim) tiga kali- Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripada-NYA.
  26. Ketika Nabi SAW tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh (mohon perlindungan-NYA) – Bukhari.
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadis: Sahabat melihat Nabi SAW berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari.
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu Dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  35. Nabi SAW seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi  SAW memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – Bukhari
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara ketika bersin. Hadis: Apabila Nabi bersin, baginda meletakkan tangan atau pakaian baginda di mulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas Rahmat-Nya
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari Kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadis: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadis: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadis: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu Dawud
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadis: Bantuan terhadap isterimu itu ialah sedekah-Ad-Dailami
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senitasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

Saturday, March 3, 2012

BERSEDIAKAH KITA MENGHADAPINYA?


Kita yang memilih jalan hidup kita

Gerakan murtad Melayu dikesan
 

Bekas EXCO kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan ada gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menubuhkan unit khas untuk menggerakkan agenda Kristianisasi mereka terhadap orang Melayu.


Katanya, mereka bergerak dengan perancangan dan strategi rapi, mubaligh Kristian berusaha mengkristiankan orang Melayu, menggugurkan kalimah Allah, mendekati orang Melayu dan membawa Kristian ke dalam kehidupan orang Melayu.
“Mereka datang dari United Kingdom, Jerman, Belanda, Australia, Amerika dan Kanada. Setiap mereka yang datang diwajibkan tinggal di negara ini sekurang-kurangnya setahun.
“Mereka mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam antropologi, sosial psikologi, agama dan boleh berbahasa Melayu selepas belajar dalam dua bulan. Mereka juga faham budaya, jiwa orang Melayu, sosial interaksi, unit masyarakat orang Melayu, keluarga Melayu dan masalah orang Melayu,” katanya pada majlis Bicara Akidah dan Kuasa Ketiga - Selamatkan Ummah di Saujana Utama, di sini.

Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) berkata, unit khas berkenaan mempunyai kelebihan yang hebat kerana mereka memiliki dana tanpa had daripada badan kristian antarabangsa.

“Beberapa orang yang sudah dibaptis datang jumpa saya menceritakan apa yang dia dapat apabila masuk Kristian. Sewa rumah RM1,700 sebulan dibayar, kereta dibelikan dan anak empat lima orang disara.

“Segala keperluan anak, sebut apa saja, komputer riba, kamera, i-Pad, jelajah dunia, semua dapat. Mereka (mubaligh Kristian) berkeliaran di hospital terutama di wad pesakit yang dikategori sebagai tidak ada harapan sembuh.
“Duduk di hospital tujuh, lapan bulan atau setahun. Anak, suami, isteri dan saudara tidak pergi ziarah. Siapa yang gantikan mereka? Pengembang Kristian dari dalam dan luar negara,” katanya.

Sementara itu, Hasan menyarankan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya membincangkan semula isu Israel di peringkat Majlis Syura Ulama parti itu supaya ia dapat diperhalusi.

Katanya, kenyataan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzook yang menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Hamas mengiktiraf kewujudan Israel adalah bukti jelas bahawa ia diputar-belitkan pemimpin pembangkang itu.


Makngah: Perkara ini telah Makngah dengar sejak 35 tahun dahulu lagi. Nampaknya gerakan mereka semakin tersusun, menyerlah dan berjaya kerana kesungguhan dan ketekalan mereka dengan apa yang mereka rancang. JADI, KITA MACAM MANA?

Friday, March 2, 2012

Sejarah Mustafa Kamal Ataturk Di Turki

Kisah Manusia Sesat - jangan sampai ada yang keduanya.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya tentang siapa Mustafa Kamal Ataturk dan kisah ngeri kematiannya. Kita sama-sama baca dan ambil iktibar dengan kisah beliau.



Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan? Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.

Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk


Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:


1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.




Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.


4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki


7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.


9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.

Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.

Sumber maklumat untuk artikel ini diambil di Ruzanah Blog

Psst: Nampak sama macam wadah siapa? LGBT? Pluralisme? Kesamarataan?