10/26/2014

dengki rakyat

lu dengkikan nasib dia,
yang lahir sebagai anak raja.
semata kerana hal dunia.
wang,publisiti dan kemudahan nya.

macam lu lupa ketentuanNya,
yang memberi rezeki.
seolah lu kata,
''gua yang lebih layak dari dia'',
kepada dia.
seolah ujian dia lebih 'ringan' dari lu punya.

macam lu tak sayang keluarga.
sanggup lu tinggalkan darah daging lu,
sekadar untuk mudah urusan dunia?

kepala hotak kamu.


OUT

10/18/2014

kau terlalu tinggi

sudahku lukis penuh warna-warni.
sudahku dendangkan penuh melodi.

bila dipersembahkan,
seolah kau kata ianya gelap, sepi, mati dan tak suci.

longlai kaki aku nak berdiri,
terpasak tengkuk aku merenung bumi.

tiada nilai?
tiada erti?

wow. aku tak dihargai


OUT

GST

"yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin."

ekonomi dah digenggam kapitalis.
pemerintahan dah digenggam komunis.

putar alam macamana pun, pusingnya tetap sama.
untuk apa diperbincangkan lagi,kan?


OUT
makin kurang berpeluang nak berpuitis kat sini.
makin kurang masa.
makin kurang cara. laptop rosak. apps sampah,

tulis tetap tulis.


OUT

pengertian adil

diberikan si A rezeki melimpah,
namun si A tak berzuriat.

diberikan si B zuriat ramai dan sihat,
namun si B tak berkelapangan.

diberikan si C kelapangan,
namun si C tak berduit,

begitulah kitaran D,E dan sampai seterusnya.

manusia biasa kental tetap pada caranya,
"mengapa aku tak dapat sebegitu???"

celaka sungguh mulut kita,
melupa dan mengendahkan pemberianNya.

sedangkan Dia dah beri kita layanan sama kasih,
cuma pada cara berbeza.

kerana kita manusia yang unik dari satu dengan yang lain,
bukan macam komputer riba yang sama semuanya.

celaka.


OUT

speed limit

belajar tak berguru,
hanyut tak bersauh,
berilmu tak berkongsi.

segalanya ada takat had maksima.

OUT

sulit seni

memerlukan pengetahuan dan pengertian mengenai latar belakang, situasi dan emosi sipencarik dalam memahami apa yang diekspoitasi,..

ada yang kata itu gila.
ada yang kata itu logik.
ada yang kata itu caranya.

itulah seni.

mampu menyampaikan mesej sepi dengan penuh warna-warni.


OUT

10/03/2014

level macai

merempit ke tempat kerja dan pulang.
tiada apa melainkan hutang keliling pinggang.

tiada pahit jerih yang bernilai,
sebab peluh tersejat dek disalai.

jejak perjalanan tidak akan terjumpa,
kerana masih berdiri di titik yang sama.

syukur dan alhamdulillah.
sekurangnya,
gua masih bernyawa.

gua masih ada masa.
masih ada cara.


OUT

showing or showing off?

mungkin kau rasa kau sekadar berkongsi,
tapi kau tak sedar,
kau sedang menunjuk.

mungkin kau kata kau tidak menilai,
tapi kau tak sedar,
kau telah mengutuk.

mungkin kau ingat kau berperilaku ikhlas.
tapi kau tak sedar,
kau memilih bulu.

sedangkan menderma pun,
merahsiakan pemberian tangan kanan dari tangan kiri.

gittew


OUT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...