1/02/2014

Sabtu ahad ke Jumaat Sabtu

gua dapat laporan dari kawan yang bekerja di Johor. dia kata, untuk julung kalinya, selesai sahaja solat Jumaat, tidak ramai makmum yang bingkas bangun untuk kembali ke kehidupan dunia masing-masing. sekadar budak-budak dan segelintir remaja sahaja yang bangun. barangkali nak sambung bermain atau pergi curi-curi isap rokok.

sejuk hati gua dengar dari jauh. makmum di Johor berpeluang untuk meluangkan masa bersama di satu tempat yang amatlah strategik, rumah ibadat (masjid). sekurangnya, berpeluanglah untuk ahli fikir muslim menggunakan peluang ni dan membuat sesuatu untuk memberi rangsangan kepada anjakan paradigma.

mungkin selepas habis selesai doa, ada pula program ceramah. apa nak dilari-larikan? hari Jumaat kalau macam ni, kau dah takde nak merapu dah nak kemana-mana. jadikan hari Jumaat sebagai hari Islam. memang cantik amat. badan masing-masing tengah segar. lagipun, sekurangnya, dapat mengurangkan masalah remaja melepak. ye dok?

dan hari sabtu dijadikan sebagai hari untuk keluarga. haaa. manis.

masalahnya, cuma pada perniagaan international. pertembungan hari bekerja biasa cuma jadi 4 hari. tapi, buat apa nak agungkan ekonomi lebih-lebih? dari sudut ekonomi lain, tak ada lah pembaziran masa bekerja dari mereka yang tidak ke sembahyang jumaat tu. eleh, bukan semua lelaki pegi sembahyang Jumaat pon. ada je yang menyamar kaum majusi. puihh

ah..indah..lagi best, setiap Jumaat ada pesta Muslimin. pesta?? ya laa.. buat haa ceramah n program ukhwah. melayu ni, makin hari makin pecah belah aku tengok. kalau regang dari pandangan politik, biar je lah pada parat tu. tak payah nak disambung-sambungkan lagi khususnya dalam sektor ekonomi.

semoga kita menuju ke arah kehidupan lebih sempurna.


OUT

menjentik telur

kenapa lah sibuk nak pakai nama tuhan orang lain pulak.
dah bertahun dah kau memang tak pakai.
memang lah luar negara tu ada yang pakai ada yang tak.
itu hal luar negaralah, betul tak?

lama dah saling berterus-terang, memberi ruang, menghormati dan memahami.
kenapa tiba-tiba kau nak perjuang macamana cara globalisasi?
bukan kita ni dah lama berasimilasi dari zaman hitam putih warna tv?
takkan tak faham-faham lagi?

atau kau sekadar sengaja menggoncang si asing?
nak melihat kekuatan kaum sendiri dengan yang lain?
sekadar bertaruh dengan meniti antara undang-undang dan etika?
melihat ahli pihak mana yang mudah berpaling tadah?

pergi pasar malam,
jentik telur orang secara rambang.
agak-agak kau,
orang akan biar kau terus gebang?

lepas ni,
apa lagi kau nak 'perjuangkan'?
apa lagi kau nak 'laungkan'?
apa lagi kau nak 'bakarkan'?

p.s: rakyat Malaysia ni dah ramai rindu nak ada tumpah darah kot.



OUT

1/01/2014

kembali

bro,
tabahkan jiwa dalam menghadapi proses dunia.
bukan dia tiada lagi selamanya,
sekadar dia selangkah kehadapan kitaran manusia.

bro,
memang sudah terhenti seketika komunikasi dua hala.
namun masih mampu kau menyapanya,
kirimkanlah pahala dan ucapkanlah doa untuk dia.

bro,
hidup memang akan gundah gulana.
sudah itu lumrah manusia biasa,
tiada siapa yang mampu lari dari rencanaNya.

bro,
kekalkan semangat waja.
berdiri tegak menghadap dunia.
buatkanlah dia bersyukur diberikan lu olehNya.

bro,
untuk apa erti berkawan.
lu senang, lu punya hal.
lu susah, mari sini cerita.
kita kongsi sama.

bro,
jangan kalah pada dunia.
Dia ada.

p.s: takziah buat tisu sekeluarga. al - fatihah


OUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...