*lagu 'batu belah batu konkrit - monoloque'*
aku sering disalah anggap sebagai manusia pelik kerana berperangai pelik. aku agak terkilan bila mereka yang berkata itu, berkata tanpa timbal balas dan sulaman signifikan logik keadaan. tidak bermaksud mereka memfitnah, sekadar tidak memahami. mungkin tidak cukup aku pekik di telinga masing-masing bahawa aku cuma manusia biasa. aku ada badan yang gemuk. hati yang kecil. dan otak yang daging. sama macam semua. cuma mungkin pemahaman aku sedikit berbeza.
minggu ni merupakan minggu penuh emosi. emosi dalam cerita aku adalah menangis. ya, aku ada menangis minggu ni dalam 2-3 kali. untuk pengetahuan, aku bukan bangsat yang senang menangis. masa bahu aku patah, aku sekadar meraung sambil hisap rokok (of kos dengan senyuman). dan bahu tu digerakkan tulang time mengurut pun, aku boleh maintain cool. demm. hebat sial gua. haha...oi..ngarut..sambung semula pada topik tujuan..
* masuk lagu low mans lyrics *
such a pussy rite? dem. aku agak tak boleh blah sebenarnya dengan situasi ni. manekan tidak. pada mula, aku anggap kerja ni sebagai mainan. sedangkan aku belajar diploma dan degree time konvo mahupun last paper kedua-dua sesi tu, aku memang gembira. memang dalam hati aku penuh dendam dengan dunia buku sekolah tu. ada kenangan manis sekadar sekilo dan kenangan palat dalam 4 tan. mane nak seronok, ye dak? time kerja ni, best. lagi best dari kawan-kawan biasa yang aku kenal di universiti. dan hanya aku kenang mereka gerombolan sahabat (yang boleh dikira dengan sebelah tangan bilangannya). yang lain, ok atau tidak, hell do i know.
namun, tak sia-sia aku bersedia dengan plan jangka masa panjang yang telah aku ukir di hati semenjak 6 tahun lepas. buat masa ni, corak kehidupan adlaah mengikut rencana tu. kecuali kawin. kalo ikut plan, tahun ni aku kawin. tapi, sialla. sekarang pun takde awek, kawen juboq lu la badek oii. takpe. kawen nanti la. anggap MIA je plan tu. hekhek.
dan sekarang sudah masuk ke fasa seterusnya. iaitu menghilang. aku bukan hilang kerana membawa diri. aku sekadar menghilang kerana akan menyibukkan diri dalam cubana menjadi umat, anak dan bakal suami yang optimum. yeah beb. segampang-gampang perangai aku, aku tetap sedar aku cuma manusia biasa yang mempunyai keinginan dan keperluan macam manusia biasa.
* masuk lagu the chemistry *
rencana ni, tak ramai yang tahu. sebab aku memang tak beritahu melainkan kepada mereka yang tahu. ada tetap. kalau mereka ni ingat, ingat lah. tak ingat pun takpe. aku manusia biasa. aku ada hati. hati aku mampu luka. macamana dan bila, tak perlu tahu. aku bukan bangsa berkongsi ni kepada sesiapa. tak perlulah berkongsi pun. lebih baik aku cakap dengan ALAN (anjing belaan aku. sumpah, aku memang ada bela anjing) dari aku berkongsi dengan mereka yang sekadar mampu dengar dan angguk. buang masa, buat malu, tak guna, buat apa, kan?
kepada kawan-kawan yang keep up dengan blog ni, terima kasih. aku tak tahu ade pembaca atau tak. namun, pedulilah. bagi diorang yang baca, bacalah. lagipun, entri blog ni makin hari makin sampah. makin tiada arah. makin busuk nanah.
hidup perlu ada pegangan. lu berubah mengikut masa, berubah lah. tapi, perlu ada pegangan. gua pegang janji gua pada diri gua sebab gua bukan lembu yang perlu dipegang dengan tali. wa manusia yang pegang pada janji diri sendiri. janji dengan orang lain, heh. i am a good liar. maaf kepada mereka yang ditipu. aku terpaksa begitu. nak kata aku hipokrit atau munafik, terserah. aku memang sampah. jadi, aku terpaksa buat sesuatu kepada diri sendiri supaya ada yang bangga kenal diri ini, dan yang bangga itu adalah diri sendiri. aku tipu, aku ada sebab aku. kau nak aku berterus terang, kau ada sebab kau. let me do me as i let you do you.
* masuk lagu 'you know you rights' *
confession is hard, rite? kalau betul susah sangat tahap kau nak membebel simpan dalam hati merajuk marah bagai, kau terus lah simpan. carry the burden, or just let it go. manusia memang ramai kat bumi ni. tapi, takkan ramai yang nak tolong kita.
buang kawan? heh. agak syahdu bunyi nya. tpai, rilek la. smeua orang dah patutnya biasa dengan buang-buang kawan ni kan? gua sendiri dah di buang kawan oleh seorang kawan yang wa anggap lebih dari adik beradik. padahal dulu, bukan main potong tangan sama darah lagi. heh. tapi, wa tak salahkan dia. wa memang palat pon. so to be positive, wa ni kire ok la dapat move on. eceh.. masuk bakul, angkat sendiri. dah la gemuk, jadahnye dapat angkat. heh..
* masuk lagu 'langsung tak faham *
sekarang, wa nampak semuanya hepi-hepi. dalaman, pedulikan. dah nampak hepi, assume hepi sudah. wa? heh. wa hepi or sedih sekarang pun wa tak tahu. tapi, wa akan pergi membawa diri untuk sementara dan menikmati dunia yang gua tak kenal. semak. samun. i need a break. mungkin dah sampai time wa kembali pada sejadah. adeh.. kantol lama tak semayang. aish..semak sial post kali ni. banyak sangat nak dikongsi. takpa. nanti-nantilah. nak tido. esok nak pegi kenduri.
ruang komen akan ditutup sebab memang tak diperlukan. namun, untuk menunjukkan kalau-kalau ada yang hadir, letak lah kat ulasan tu hah. ada rate 6. yang wtf adalah untuk ulasan yang ingin mengatakan wtf. aku jadi begini tanpa sebab. atau mungkin sekarang dah masuk sesi period lelaki. tiada tempat luahan, maka blog jadi mangsa. wa benar-benar berharap ini merupakan period dan bukan satu resolusi. kalau resolusi, anggap je gua sama macam bacul si lelaki kat luar tu. lu pikir je yang buruk2 dan wa akan angguk menyatakan itulah gua. huehue
p.s: ada yang tahu hari 'itu' akan jadi. dan, gua tetap akan jadikan hari 'itu'.
OUT