10/24/2011

terhantuk terngadah

"appreciate everything, even little things"

pernah alami masa kau nak cari barang, tapi barang tu takde?alaa, macam kau rasa semalam kemarin dan hehari sehingga bulan lepas kau nampak pen tu atas meja. tiba harini nak guna, dah takde. hilang entah kemana dan kau sendiri tak ingat kau ada ke tak pindahkan pen tu ke tempat lain atau tak. ayat biasa "alaaaa.tima nak guna camni la kau hilang!". aplikasikan situasi ni pada mansia lain. terutamanya keluarga. sebab manusia, bila ada, tak peduli. sibuk kejar benda takde. bila dah takde, ko nak kejar camne?benda tu dah takde.takdelah juga ceritanya. so, good luck kepada semua. semoga tiada hari nanti yang terkeluar dari mulut ayat berbunyi "kalaulah aku dahulu..."

OUT

pandangan dekat jauh

kata-kata ibarat permainan catur.
langkah pertama tidak menentukan corak permainan seterusnya.

cara tidak menentukan keputusannya.
keputusan tidak dapat menyatakan caranya.

p.s:rasanya, baru harini aku faham apa maksud "sila TERANGKAN maksudnya".haha

OUT

iman

berserban tidak mengukur keimanan.
bertasbih tidak mengukur keimanan.
bersopan tidak mengukur keimanan.
berhadis tidak mengukur keimanan.

sebab iman dan amal, bukan benda sama.

namun,
selalu dengar orang marah-marah:
"tak beriman punya budak!"

hee..bodoh.


OUT

iman

berserban tidak mengukur keimanan.
bertasbih tidak mengukur keimanan.
bersopan tidak mengukur keimanan.
berhadis tidak mengukur keimanan.

sebab iman dan amal, bukan benda sama.

namun,
selalu dengar orang marah-marah:
"tak beriman punya budak!"

hee..bodoh.


OUT

memilih

"tak meminta kesempurnaan,
sekadar mahu bertambah baik sejajar masa"

memang dah lumrah manusia untuk memiliki yang sebaiknya. sedangkan disedari, dunia ini memang dipenuhi dengan cacat cela. hak mata dan hati sendiri yang memilih untuk melihat dan menyedari dan tidak dan sebagainya. bagi aku, hanya mereka/dia/kau/aku yang jahil sahaja yang ingin mengecapi kesempurnaan dunia. sebab terhindar hati dari sedar yang kesempurnaan itu milik Maha Empunya semua. memang Dia ciptakan kita pada tahap tersempurna paling ada. namun, hakikatnya ujian Dia akan terus datang bertimpa-timpa. bukan pintaNya untuk melihat kita sengsara atau bahagia. sekadar mahu kita berubah dari masa ke masa. bukan berubah senang atau gembira. hanya Dia mahu menambah cebisan kasih-sayang-cinta-rindu kita padaNya. makanya, jom bertambah baik dari masa.

p.s:nak aku ceramah agama?ptuih!..aku bukan guru agama maa.

OUT

10/23/2011

secawan milo


"kalau macam ni view dia, penat pun tak pe.
...
kalau macam ni bahagia hidup, mati pun tak pe"

perjalanan dimulakan pada 4 petang. langkah maintain semput dikorak dari kaki gunugn. ada masa langkah lutut cecah dagu, ada masa langkah biasa macam lenggang di shopping kompleks.sampai puncak pukul 5 petang. masak air. rehat sebentar. masak milo barang secawan dua. satu untuk aku, satu untuk john. milo pekat. sambil hirup milo panas, tengok view, borak hal2 ringan bersama john, kotorkan peparu denan Pall Mall dan pusingkan minda tentang masa depan. sudah 5.30. balik...

p.s:setiap minggu penat camni pun takpe!haha
p.p.s:oh..ni cerita ringkas pendakian gatal masak air di puncak gunung lambak.hehe

OUT

gaddafi - a tribute

" yang dah berlalu, biarkan pergi.
yang hidup, mari kita cerita sini"

dia memerintah dulu kejam
(mungkin)
kau dapat tahu dari media
(komfem)
media bersifat satu hala
(semua orang tahu)
satu hala mudah membawa berat sebelah
(memasing buat tak tahu)

sudah la tu.
dia dah mati.
biar Big Boss Yang Maha Esa berurusan dengan dia.
kita, buat kerja kita.

p.s: there will always be truth hidden in plain sight.

p.p.s: gokdem. bape kali nak sentuh pasal ''Lu buat hal lu, Tuhan buat hal Tuhan. jangan sibuk laaa!''??


OUT

10/20/2011

kompetatif

"zaman sekarang ni,
susah nak cari kerja!"

kepala lancau lu. wa sampai tak tahu nak kerja apa sebab offer menimbun-nimbun. pernah juga wa terfikir ni ada kaitan dengan rezeki. namun, sebagai teman, takkan wa tak payung member-member kerja yang wa ade kan?wa bukan jenis manusia yang hidup sorang pikir sendiri. takkan la wa tak offer lu kerja kosong yang wa diberi peluang untuk kerja. ye tak? wa pikir juga orang lain. namun, peluang yang wa ada ni tak sesuai dengan lu sebab wa kawan lu, wa tau taraf lu. lu bukan orang yang majikan gembira menjadikan pekerja. lu melayu tulen yang berdarah MalasMacamSial.

"ilmu dalam kepala,
lu dah ada.
tapi sayang,
lu sayur.."

sedar lah sebab dalam setiap produk, perlu ada added value. benda tak semestinya perlu dimodalkan dengan lahiriah wang ringgit. cukup sekadar esakkan sedikit usaha dan tinggikan iltizam dalam jiwa. lu baik, orang komfem kejar punya maa.

"orang bayar orang lain untuk buang sampah.
tapi, orang bunuh orang untuk dapatkan emas"

p.s: peluang sentiasa lebih besar di luar sana.


OUT

10/13/2011

i am back!


rindu zaman kepala botak?!!

jom botak!!

p.s:xbole botak abis. nanti mak marah. hekhek

OUT

SJ-TK

SELAMAT JALAN

pernah bersama harung masa muda.
pernah dahulu berkongsi semua.
pernah dahulu bantu mengisi mimpi yang kekosongan.
pernah dulu menghulur bantuan/keperluan diri.

manusia akan berjumpa.
manusia akan bersama.
manusia akan berhijrah.
manusia akan berpindah.
manusia, berubah.

aku tahu kita sedang lalu lain jalan cerita.
aku tahu nanti masing-masing akan lebih gembira.
aku tahu nanti kau tetap akan berbahagia.
aku harap, selamanya.

TERIMA KASIH


OUT

sekejap

"kejap!5 minit lagi!"

sering tahap gaban kite mendengar manusia berkata sekejap. melengahkan masa yang sepatutnya. mungkin sekadar mahu procastinate. tapi, kalau sekadar mahu melengah, ok lah. bila sampai tahap terus tak buat sebab lupa, camana?siapa perlu bertanggungjawab? ok kalau hal yang terlibat sekadar bermain dan benda2 lagha lain. kalau dah melibatkan bisnes dan wang ringgit serta fungsi-fungsinya, camana?rugi kan?

adeh. penat pulak nak explain.

p.s:xpayah lengahkan kerja. susun ikut masa. melengahkan akan membawa kepada keterlupaan.


OUT

kepada

kepada anon:

trimas sebab bagi taw ianya adalah p.p.p.p.s dan bukan p.s.s.s.s...lama kot aku dah silap!hahahaha

kepada yang tahu:

bangsat lu!dah taw wa salah, xnak betulkan..chait!


p.s:ilmu itu indah. kan?


OUT

10/11/2011

maju kehadapan

ini bukan nak cerita pasal hidup. ni nak cerita pasal driving.

"babi!kalau ko nak mencelah tetiba pon, buka lah signal!"

p.s:purata masalah macamni aku dapat dengan driver perempuan yang pada tika kelajuan 60km/h, tetiba nak cilok depan aku yang 120km/h

p.s:kalau aku cium bontot ko 'literally', xpe la jugak. boleh gomol2...ni, aku cium bontot kereta kau. buat ape bangsat?buat ape?buat ape?bangsat huh?..what d fak..

p.s.s:sila perbaiki cara pemanduan.trimas.

p.s.s.s:secara biasanya, aku buka tingkap sambil merokok sambil memandu.maka, dengan otomatis, aku tunjukkan jari telunjuk tunggal aku pada mereka yang bangsat..bagus..xpasal2 dapat dosa otomatis..trimakasih sedari.


OUT

sama darah

"kita sama darah maa"

ungkapan ni aku luahkan bukan suka-suka.
kalau kau tak faham,
kalau kau tak tahu gunakan,
tidak mengapa.
itu lain cerita.

p.s:mampu diterjemahkan lebih lanjut melalui "bro's code"

OUT

hak

bila mencuri,
potong tangan.

maka,
datang segerombolan manusia,
"di mana HAK asasi manusia?!!"
hujah sepanduk mereka.
berceritapanjang mengenai 'perikemanusiaan'
...
hak?
lu nak Allah datang tuntut hak?



OUT

minat

yang semua orang boleh buat.
yang tak semua orang boleh buat.
itu aku minat

p.s:me,exquisite.


OUT

berfikir

"berfikir di luar kotak! baru maju!"

ye laa tu.

jangan sampai orang cakap,
"lu takde kepala otak?"

p.s:kreatif biar bertempat dan berpadan. kalo tak...


OUT

10/10/2011

sejenak

"menyerah sebelum kalah,
ianya adalah yang paling mudah.
paling sampah"

jalan dalam hidup itu biar bergerak.
tidak kira berlari atau merangkak.
janji bergerak.
biarkan berhentinya nanti,
kerana sudah mati.
janji, selagi bernyawa,
selagi itu kita berserah diri.


OUT

10/04/2011

nostalgik raya


baju yang dibeli-pakai dari 4 tahun dahulu.
baju yang dipakai time nak ngadap subpaper dahulu.
baju yang dipakai time eksiden patah tulang bahu.
baju yang mempunyai paling cerah-mantul punya warna(oren)
baju yang dipakai pada 2 raya lepas.
baju yang dipakai pada raya tahun ini.
heh.


p.s:aku adalah mahluk yang membosankan. dan sentiasa bosan.

OUT

wow

i-phone
WOW

blackberry
WOW

android
WOW

heh.
nantikan lagi 10 tahun.
aku nak kau malu pada diri silam.
aku nak tengok muka malu tu.
hekhekhek


OUT

dilema ber-bulan

bulan...

pilihan satu,
menampuh jalan beribu batu.
dan jajah permukaan bulan itu.

pilihan dia,
kekal termangu mendongak bulan jelita,
dan terus kekal di bumi macam biasa.

dilema menang atau senang?


OUT

tanah nak jual

lokasi:
tioman

geografi:
ada kaitan dengan tepi pantai

luas:
13.44 ekar/hektar (aku tak ingat)

tujuan:
dirikan pusat peranginan

harga:
RM 14juta (negotiable)


p.s:ade ke patut die suruh aku cari market macam ni?ade patut?ade?ade?


OUT

pilihan

di sini telah disediakan ruang untuk didiami.
tidak pula disediakan semegah istana.
tidak pula ianya sejijik sangka.
sekadar okok sahaja.

namun,
ruang yang ada adalah sebagai alternatif penginapan.
datang dan rehatlah kalau mahu.
datang dan menetaplah kalau mahu.
terserah pada pendatang atau mungkin pada badan tuan baru.

dan,
ruang terbaki itu semakin usang.
ku biar usang rosak.
pilih semahumu.

p.s: kejahanaman kerana usia tua adalah stylo.


OUT

makin hari makin lebih

sanding, bidaah.
memang xsalah sangat kalau berserdahana.
bagus juga sebab gaya orang sini yang perlu ada sifat "bagitaw"

tapi,
makin lama,
dah tak ubah macam majlis persandingan Prince Charles.
takpe.

tunggu mase ade aksi cemolot time sanding.

p.s:cemolot untuk gambar wedding dah ada pon.

p.s.s:sila sisihkan pemikiran 3gp melayu eaa.ini tiada kaitan dengan lubuk tupah dan video pemancar ereksi murah yang lain.


OUT


sampah

blog sekarang bukan lagi digunakan sebagai medium penyebar komunikasi sepertimana yang aku faham apda satu masa dahulu. kalau dahulu, aku sangka yang blog adalah tempat untuk berkongsi satu cerita atau pengalaman dengan dunia. namun sekarang, terlalu banyak bukti yang menjuruskan kepada ayat "majoriti blogger adalah losers". kerana, purata mereka@kami adalah manusia yang gagal hidup secara berosial yang haptodet. disebabkan kelemahan yang ada pada fizikal mahupun pengalaman berinteraksi-sosial, penggunaan alam maya menjadi pilihan dalam meraih teman.

corak penulisan pula sudah mula kepada "mencari tajuk yang diminati manusia@pembaca" yang berubah daripada "mari sini, aku ada cerita". mengupas tajuk-tajuk hot adalah menjadi pilihan. saban dapat dilihat, siapa dapat kasi up tajuk terhot akan merasa juara sedangkan yang dikata pada semua adalah "aku bukan nak cari pablisiti". kelemahan kepada kata-kata yang lebih mudah dikatakan 'hipokrit dunia' jelas tampak telus terbojol.

dan blog berkongsi tentang kehidupan akan menjadi tempat untuk dijadikan port kutuk hanya kerana mereka syok sendiri. adakah mengupas sesuatu yang femes seperti "norman dan memey" adalah tidak syok sendiri?u cant please everyone. realize, admit, live it.

makanya, terjadilah banyak blog sampah.

p.s:ya. blog ini termasuk dalam golongan sampah. dan berkarat.



OUT

antivirus terbhaik!!mari dounload!!!free!!


memang efektif!aku pakai bendalah ni!memang takde masalah datang!cube lu orang plak try.

p.s:KLIK SINI untuk download.

p.s.s:hehe..sila gelak jika anda tekan 'klik sini'

p.s.s.s:lu tak baca bebetul ke?


OUT

10/03/2011

the needs

the needs to conquer
the needs to be remembered
the needs to materialize vision(s)
the needs to compete
the needs to be busy
the needs to living the life
the needs to be missed
the needs to be smiled at
the needs to blend in
the needs to be different
the needs to express
the needs to be understood.
and more.

all of it was actually,
the needs to be HUMAN


OUT

jalan mudah


terus menyalahkan aku,
lebih mudah begitu.

p.s:explanation is a pain in me arsszzz.


OUT

10/02/2011

HANYUT

ditarik arus laut yang lemah gemalai.
dari gigi sudah mula ke tengah.
semakin lama, semakin tengah.
jauh meninggalkan kegemilangan silam.
bergerak ke tempat baru tanpa tujuan terang.
makin lama makin hilang.
...
ingin mengetahui benar tidak perbuatan?
toss a coin.


OUT

kommon sens


makin teruk dunia.
masing-masing dah makin malas fikir.
padahal,
pakai otak je.

bukan ikut suka.


OUT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...