7/30/2011

puasa kala belajar #5

ada satu hari, aku balik rumah sewa, tengok2 ade tabligh tengah borak dengan budak umah. tabligh pakai jubah. budak umah pakai boxer. aku buat muka penat, terus lincah masuk bilik. skali aku lalu, bau rokok kuat. aku konpius. stelah beberapa masa, tabligh pon blah. skali budak umah aku tadi datang citer "aku tengah isap rokok, dengar org bg salam. skali pegi,tabligh nak ceramah. memang bagus!aku ngan pakai spender ni, mulut bau rokok, cakap "iye bang.betol bang""


OUT

7/29/2011

puasa kala belajar #4

turun reramai dgn budak wing, amek makanan sahur.
makan sahur reramai dalam bilik.

esok, semua 'tuang' kelas2.
hahahaha

p.s:tuang adalah ponteng

p.s.s:bende biasa kan?


OUT

puasa kala belajar #3

masa diploma part4. aku entah camane, boleh ceret beret. last2, pukul 1 petang camtu, p kedai. baru sampai kedai, makcik kedai cakap "dik, teruk benor ceret beret ko. p la makan ubat". aku tekejut. aku ingatkan, aku tercempret ke ape. rupenye, muke aku pucat dah(bayangkan orang itam, pucat). dengan rilek aku cakap, "puasa la makcik". makcik tu pon reply "kalo dah menyusahkan, mane wajib pose. ko dah kurang benor air ni. ni ha, pakai ubat ni"..aku pun belilah ubat tu, milo sikit, roti sikit, nasi sikit, kuih sikit, gegula sikit, rokok sikit..alang2 sakit, biar puas hati aku xpose. balik umah, aku call mak aku n kakak aku kt uitm tu(tak penah pon kal famili padahal), kirenye aku mintak izin nak buka sebab ceret beret teruk(ade la dalam 8 kali pegi toilet dalam masa sejam yang aku rekodkan, yang tak rekod, tak yah citer).diorang kata "ok". time ni, aku tak taw nak baca pe. nak baca doa buka puasa, cam tak kene. so, bismillah, ngap. lpas tu, ceret beret mula kurang. aku rasa..sakit perut lah!baru kurang, belum sembuh maa!!haha


OUT

puasa kala belajar #2

member aku minta antar pegi tren stesen. pukul 2-3 pagi gitu. time tu, esok puasa pertama. hajat beliau nak berbuka dengan keluarga. tapi, aku lengahkan sikit masa sebab aku tengah maen game. baisanya, tren sampai lambat. ngam aku abes men gem, aku antar. aku lewat dalam 2-5 minit dr jadual spatutnya...tunggu punya tunggu..rasa lengang..member pon tnye pakcik kaunter "cik, tren sampai bile ek?". pakcik tu reply rilek "dah lepas la adik"...dan kami kembali ke rumah sewa semula. member aku muka paiseh sikit, aku mintak maap dan terus sambung men gem. masa ni la aku rasa, aku buat rekod berperangai paling sial pada kawan. hahaha

OUT

puasa kala belajar #1

segmen ni aku buat untuk kongsi kenangan puasa time bergelar student.so, ape aku ingat, aku kasi up.

pada satu hari, aku puasa. purata kawan2 berdekatan bilik tak puasa. entah macamana, diorang boleh terjadikan bilik aku port(kebetulan). memasing dengan instant dan megi bagai lagi. aku bair je lah. nak marah, dah tegur. lagipun, aku memang takkan terefek dengan bendalah ni. tup2, sorang tu bersuara, "badek, p masak air r wei. lu makan nak, barang tanak bawak" ujarnya sinis. aku pun reply "babi lu. dah la wa pose. lu lepak bilik wa. lu makan dlm bilik wa. lu isap rokok dalam bilik wa. lu suruh wa buat air?lu gile ke?"ujarku gelak sebab tak tertahan. dan mereka2 pon sambil malu2 pukul si pensuara tadi. dan mereka berlansung pegi cari port baru. aku dok dekah2 dalam bilik sebab kenang sipensuara tadi yang muka malu mampus2.hahaha


OUT

:)

OUT

7/28/2011

WAWASAN 2020

MANA?
HILANG?

p.s:propaganda itu lebih penting dari penting.


OUT

mungkin ke?

satu masa dulu,
majoriti rakyat tanah melayu menyokong parti Perikatan.
sekarang,
lain cerita.

sekarang,
majoriti rakyat tanah melayu menyokong harimau malaya.
nanti,
ceciter..

p.s:semoga sukan, politik dan 'kekitaan' akan terus berpisah.


OUT

7/27/2011

mana nak cari menatang ni??


dulu aku pakai model ni buat pergi kelas. tapi, full hitam. time tu, beli murah (kot).
sekarang, nak carik lagi model ni, xde la pulak.
sebab nak pakai adalah sedap mantul2 dan rasa hensem.
so, just in case korang taw pape pasal model ni,
sile roger2 ye


p.s:nama dia adalah Nike Mens Air Presto

OUT

7/26/2011

rawk sampai tua!!!




hensem.
stylo.
steady.
up to date.
dambaan kanan kiri.

...
ideologi yang kau julang,
membuat kau layak kuludah gampang.
dah besar, dah tua.
xpe.asalkan jiwa muda eh?
hak hak haktuih!


OUT

7/24/2011

penkind dengan derian

aritu, makan derian kat seksen 7.
tengah dok belek, datang satu grup pompoan.

dari celah badan abang jual derian,
nampak satu pompoan ni,
cun dia mak aih.
luluh hati tengok.

skali abang tu bgerak tepi sikit,
demm.

pompoan tu penkid la pulak.
...

nape pompoan tak cun yang nak jadi penkid supaya laki sedih macam aku ni dapat awek cun kerana bilangan awek cun yang bertambah??


OUT

menilai cawan sebelah

melihat mereka yang ada cawan cantik,
mula hati rasa jaki.
mahu juga cawan cantik.

walaupun yang dihirup adalah kopi yang sama,
aku tetap mahu sekurangnya,
secantik cawan dia.

macam henset.

guna henset padahal unutk berkomunikasi.
adalah game sikit situ sana.
kau pakai e-series, ada yang pakai i4.
ko pon nak pakai i4.
padahal,
kau patut sedar,
henset sekadar pakai topup,
ape kejadah?

argh.
ahad yang hambar.


OUT

7/22/2011

kuasa tuhan


diambil bulat dari fesbuk...

Mohd Izmeet (kanan) bersama isterinya, Siti Rubiah mesra dengan anak pertama mereka Puteri Sarah di Kuala Lumpur semalam. Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan melayu, Izmeet Iskandar, 30 dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.

Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia adalah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini. Mohd Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia peri dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.

katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan adalah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hingga terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukliek (DNA). "apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah adalah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur", katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selepas kejadian itu, menurut Mohd Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani ujian, sememangnya anak comel itu didapat normal.


Tuhan bila nak kata Dia memang hebat,
Lu nak kata apa?
hukum alam, hukum Dia.
bukan kita.

OUT

kimak spammer

makin hari, makin belambak spam kt shoutbok.

ade sesapa ada cara elak malapetaka dari sicelaka?


OUT

aint i am simple

akak-akak hot luar sana,
i am not interesting,
and
are not interested.

hoho


OUT

7/20/2011

tamparan kertas

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Surah Al-Baqarah, 216.


a good advice for the day.


OUT

7/19/2011

Mr Nasi Ambang

bendalah makanan bertajukkan Mr Nasi Ambang ni wa first try makan(produk Mr Nasi Ambang, bukan jenis masakan) adalah time alip nak pass kat wa beskal Mongoose epi. dia datang naik abang ipar die ke shah alam. Abang Kamal gelaran aku panggil abang ipar die tu. rerupanya, abang ipar die ade bukak bisnes nasi ambeng kat area situ, Mr Nasi Ambang. so, dia pun hulur sebungkus buat rerasa.

contoh produk


walaupun time tu makanan tu dah sejuk dan sedikit penyek sebab aku terhempap, tapi, layan beb. tengok dengan packaging Mr Nasi Ambang tu lagi, memang cantik lah gak. takdelah cam kuno sangat. kemas dan bersih. nasi ambeng keluaran Mr Nasi Ambang tu, memang boleh makan dan boleh datang cari lagi la. wa takdelah geti sangat rasa makanan. tapi, pendapat wa, memang sedap la jugak walaupun wa takde tengah lapar time tu.tak taw la kalau bang kamal dah topup atau santau makanan Mr Nasi Ambang tu bagi sedap. tapi, komfom tak lah kan.hahaha..
enchek boss tengah bekerja (abang kamal)

kalo korang g area2 tu, try la pegi makan kat Mr Nasi Ambang. nak kata kenyang, tak lah kot.tapi, boleh kasi puas nafsu binatang(bagi yang kronik macam aku).haha. dan sekarang, selepas aku tengok twit si Alip, aku terkenang Mr Nasi Ambang...nanti lah..satu hari nanti, wa akan sampai sana.tunggu. wa akan makan jugak kat kedai Mr Nasi Ambang tu.hehehe.ha, ni ade fliers Mr Nasi Ambang tu. try r usha

ni tak taw la.fliers ke ape.haha


p.s: sape like page die dan merupakan orang ke 600, dapat makan free beb. haha.
tekan LIKE DI SINI!!! wa berani jamin, produk keluaran Mr Nasi Ambang takkan menghampakan. kalau menghampakan, ang p geget toke Mr Nasi Ambang tu.haha(jangan cakap aku yang suruh la wei!)

p.s.s: semua gamba wa rembat dari gugel dan fesbuk berkaitan. wa blom pegi sendiri.opkos belum ada gamba sendiri. cet.


OUT

7/17/2011

masa kecil

orang putih.
didedahkan kepada permainan patung@cara pelik.
senang dilihat bermain barbie dan anak patung(toy story)
mempuk semangat berfikir pelik.
atau mudahnya, kreatif.

cina.
didedahkan kepada perniagaan bisnes2.
senang dilihat bermain sempua(betul ke eja?)
memupuk semangat kira-kira.
atau mudahnya, cari duit.

melayu.
didedahkan kepada pasang-pasangan.
senang dilihat pada permainan kahwin-kahwin.
memupuk semangat 'cinta agung'.
atau mudahnya, HAKTUIH.
apa pon tak dapat.

p.s:namun, bagus untuk pengeluaran produk 3gp melayu.

p.s.s:mak bapak, MEMANG TAK SALAH..ptuih..

OUT

7/15/2011

setengahari jumaat

*ini scene biasa..gambar ni takde kaitan.

seduduknya tadi, khutbah baru nak bermula. memasing amek port memasing. aku pilih tempat paling luar. sengaja untuk ambil angin sejuk. memang dari dalam perjalanan pejabat ke masjid, sudah rerintik air. ngam sampai, hujan menjadi sedikit lebih lebat. heh..layan.

termangu termenung tengok suasana ke kiblat. terlalu banyak benda difikirkan dalam minggu ini. terasa ingin sangat cuti sabtu ahad untuk menenangkan fikiran. namun, Dia memang terer. skali pergi semayang jumaat dengan hati penat hiba, dia bagi cuaca pada hambaNya yang cantik belaka. memang kebetulan ngam dengan situasi aku.

mendengar bisikan khutbah dengan alunan gemersik hujan. dipeluk pula aku oleh angin terlebih sepoi2 bahasa. terasa macam ada yang duduk menggantikan dinding di tulang belakang sambil mengurut badan. ibarat sambil mengurut, ada yang berbisik "rilek laa.life memang la susah. kalau senang, ape bestnya. kan?" dan diiringi senyuman manis alam.

heh. aku sekadar mampu tersenyum sambil termenung.


a good day to live mate..a good day to live...


OUT

7/14/2011

pfuh!


bak ditiup angin datang melintang,
semangat waja yang dahulu pun hilang.

memang ada yang masih terus berjuang,
tapi kuantitinya semakin berkurang.

kalau ada yang mahu berjuang,
maaf kata,
tempat kau didalam barisan kepimpinan masih terkebelakang.

dan propaganda hipokrit tikam belakang terus digelanggang,
si lemah buta jalan akan kejam dibunuh karang.

semoga satu hari nanti,
suasana sama semangat bersatu,
kembali datang.

p.s:tetiba rasa nak hargai merdeka.


OUT

walaupun la wei!


ko pakai cun mana.
kau bau wangi macamanapun.
kau hias up kilat gemilau camanapun.
kau dongak camanapun.


babi tetap babi.



OUT

7/13/2011

agak kelakar (bagi aku)

1. open Google Maps (get directions)
2. type China as your starting point
3. type Taiwan as your destination
4. Read step 48.
5. when u r done laughing, type@share this with others.


credit:sepat.

HAHAHAHA

OUT

untuk pejal - TIPS AMATUR DARI AKU

post ini ditujukan khas untuk ko, pejal. semoga ko slamat mendaki gunung jerai naik turun. asal jangan jadi ulat bulu naik daun, udah ler..haha

tips pemakaian mendaki
1. seluar kasi seluar tight. elak melecet.
2. baju asal serap peluh, ok.
3. ada bandana - untuk sebarang ikat mengikat jika kene bisa@luka. dan juga untuk tampil stylo
4. stokin tebal - elak lecet
5. kasut tapak getah, nipis - hutan malaysia tak ekstrem mana. pakai kasut getah penoreh getah paling aku sokong sebab kalis air, lambat koyak, murah, dispostable, takkan hilang.

tips sebelum mendaki:
1. joging 2 km sehari selama 14 hari. - memandangkan dah terlewat, bebuat joging pon ok.jgn tekan sangat. takut cramp dah bawak ke lain.
2. minum air minima 2liter sehari time rehat kat bilik@sebelum tido.recover balik air yang sepatutnya.
3. jangan tengok gamba maria ozawa. jaga lutut la wei.
4. kurang kan merokok untuk stamina jantung dan peparu.

tips tido:
1. bawak sleeping bag.
2. hipotermia bermula dari jejari kaki, jejari tangan, telinga, hidung. so, kene kasi bawak stokin, sarung tangan dan snow cap. kang kene hipotermia, leceh.
3. alas benda lembut pada tulang pinggul. aku dapat tau, sebab elak ada kesan jangka masa panjang.
4. jangan tido sambil merokok.boleh terbakar kemah.

tips perjalanan.
1. baca bismillah.
2. fahamkan dalam hati yang ko datang untuk beriadah dan bukan suka-suka.
3. jaga stepping. jangan langkah kalau tak yakin. cth:lumut, akar kayu rapuh dan batu2. bende stepping, kalu takde experience, xbahaya.tapi jadi bahaya kalau kau berlari turun naik gunung cam aku. so, kalu belari, kene berjaga.
4. kurang kan minur air.air menyemputkan. paling haus, 2 teguk sahaja sekali minum.

tips bantuan:
1. bawak tali rafia untuk mengikat tapak kasut kau@member yang tertanggal. semeter dah memadai
2. bawak ubat cramp dan pain killer.
3. bawak pisau. bangsat2, pisau lipat.
4. bawak chewing gum untuk mengkhayalkan pendakian dan kepenatan.
5. bawak snickers. ni ceklat yang tinggi kalori dan murah. kalo nak budget, cloud 9. kalu ko anak orang kaya, beli power bar. kalo ko memang kaya, beli power gel. lagi puas hati.aku, snickers je la.(bende ni wajib!)
6. bawak asam2 sikit cam apeape pon boleh.janji asam. sebab, asam ni kandung garam tinggi. bagus untuk mengelakkan cramp time trip. jangan kunyah cam makan nasi. nanti kene gout.haha
7. bawak lighter(bagi aku wajib untuk semua)

tips angker:
1. baca bismillah dari mula perjalanan dan baca doa(wajib!)
2. jangan nak menggatal time hiking. sebab, time hiking pompoan akan jadi lemah. kalu ko ade niat nak reringan atau menggatal, insyaallah tuhan tunjuk. tak sikit, banyak.
3. jangan cantas pokok atau belit halangan pokok sesuka. takut rumah bunian bongok buat umah tengah jalan.
4. jangan buat pagar!ko tak tau umah bunian katne.ade kes kat gunung ape ntah, kat selangor, diorang buat pagar. belakang, upenye unah bunian dalam pagar.dah ngamuk bunian sebab dia takbleh kuar.haha.so, jaga solat sudah memadai.
5. jumpe hantu, just be cool. komfem die blah.aku slalu kene, aku taw la.
6. toksah bawak perfume.dedorent pon kalo bole jangan pakai. kalau wangi, nyamuk suka. kalau wangi, bunian suka. tapi, tak bermaksud jangan mandi. WAJIB MANDI. dengan mandi sahaja, manusia dapat mengeluarkan semula bau manusia. sebab bila berpeluh, peluh akna serap bau hutan. maka diperkatakan, harimau dan binatang buas lain akan keliru. so, jaga kebersihan.

tips kalau sesat:
1. berdasarkan google map yang kau usha terlebih dahulu, gerak ke arah urbanisasi terdekat.contoh, jalan raya. camana?kau tengok google map.kau tengok dari mana kau naik, mana puncak.anggarkan itu trek.pastu, tengok mana ada jalan besar yang paling panjang. so, jsut incase ko sesat, ko terus gerak ke arah jalan tu (selatan contohnya).maka, dalam 2-3 hari, komfom selamat.
2. jangan gelabah.bergerak time terang sahaja.time petang, terus set-up camp dan buat unggun sebesar api kau boleh untuk sebagai tanda dari asap(untuk asap, letakkan daun hijau atas api yang kau buat)
3. gunakan pisau dan tali untuk buat pangkin(kalau geti.kalau tak, carik la alas)

dah.aku rasa, untuk gunung yang rerilek, tips aku bagi ni pon dah memadai.so, good luck brah.

p.s:jerai sekadar 1200m je.rilek laa.one day trip ah kalo kental.hahahahahahaha

p.s.s:kalo ikut rasa aku, ko kene bersedia dari medik sesikit.

p.s.s.s:hutan ni aku rasa sangat hutan.sebab tinggi.so,mulut jangan cabul berkaitan ular sawa, gajah, babi, rimau, kala jengking dan bunian. peace



OUT

7/12/2011

will be waiting...

i
will
b
waiting


OUT

Mus May di hotel aku.


bukan ape.saje nak gebang.
kalau dulu,
dok karok manjang lagu dia.
skang,
dia datang ada buat show area sini.
oh hell yeah!
dapat begambar la bro!!!

next artis:metallica


OUT

7/10/2011

juang bersawang

kumpul ramai-ramai,
halang jalan.

kumpul ramai-ramai,
takutkan orang.

kumpul ramai-ramai,
tutup bisnes orang.

kumpul ramai-ramai,
suarakan kemarahan berang.

kumpul ramai-ramai,
kacau hidup orang lain.

orang yang penyebab kau berkumpul,
terus hirup air zapple sambil tengok kau dari kaca tv.
orang yang konon penyebab kau berkumpul,
terus takut, jem, rugi dan diganggu kau secara realiti.

dan kau mahu bergelar pejuang?
...
ptuih.
muingkin bukan hari ini.

p.s:
dulu, bisikan reformasi.
sekarang, dah berarak ramai2.
lepas ni,
tinggal julang parang bawak sana sini.
demm.


OUT

7/08/2011

MARI SAMBIL BERLARI!!!

MARI KASI SUPPORT!!!
HO YEAH!!!

p.s:aku jauh..huhu


OUT

kalau kail sejengkal

kalau kail panjang sejengkal,
laut dalam jangan diduga.

kalau kail panjang sejengkal,
tak usah berangan nak menyalak di parlimen.

kalau kail panjang sejengkal,
tak usah koya nak tarbiah manusia.

kalau kail panjang sejengkal,
tak usah bisik kata itu ini hina.

kalau kail panjang sejengkal,
tak usah taruk dia mereka kafir.

kalau kail panjang sejengkal,
tak usah guna perkataan kafir.

kalau kail panjang sejengkal,
tak usah kau cuba nak jual pada besi buruk.

simpan guna ikut cara.
bukan ikut rasa.
derr..

kita manusia.
pertimbangan sentiasa mampu dipersoalkan.
mungkin sebab itu ada disebut:
"walau setitik zarah dosa tetap dikira"
...
mana datang sekecil dosa?
...
heh.
kail aku panjang sejengkal.
lu pegi tanya orang lain.
:)


OUT

7/07/2011

lepas lega

asal lepas paras untuk hidup,
sudah memadai.
tapi sayang,
sekadar memadai untuk sementara.
...
sialan.
sekadar lepas lega untuk taraf sementara.
...
semoga tidak ulangi lagi.
jom jangan ulangi lagi.
...
bangsat.
...


kalaupun lu dah berak,
selagi tak flush,
bau tungkik tetap ada.
walaupun pada jasadnya,
perut lu dah lega.
sekarang,
hidung lu pulak terseksa.


OUT

demmit

aku masih belum mula bayar ptptn.
demmit.

minggu depan lah gamaknya.


OUT

7/06/2011

pengalaman cikgu...

situasi 1.

cekgu: memurid, kalau keluar rumah, pakai lah tudung dan tutup aurat. waimah pergi sidai baju pun. bukan ape, kalau orang lain ternampak sekalipun, dah tak bagus jadinya.
murid: cikgu!(sambil angkat tangan). kakak saya pegi banda pakai seluar pendek dan singlet je cekgu!
cekgu:aduhai...

situasi 2.

cekgu: memurid. kita sama kita, kalau bukan muhrim, tak boleh sesentuh. tak baik dan tak sedap dipandang.
murid: ala cikgu..dalam henpon bapak saya banyak sesentuh tak pakai baju la.omputih pon ade(sambil peluk tubuh gaya gengster)
cekgu:aduhai...

maksud:
1. tanggungjawab mak bapak hantaram straight pada cikgu untuk mendidik.
2. merosakkan di rumah dan cuba perbaiki di sekolah adalah lagha
3. naik segan melayan mentaliti melayu. dari kecik dah cam haXXX


OUT

7/05/2011

o Fortuna

O Fortune,
like the moon you are changeable,
always waxing or waning.
hateful life first oppresses,
and then soothes as fancy takes it.
poverty and power,
it melts them like ice.

Fate – monstrous and empty.
you whirling wheel stand malevolent,
well-being is vain and always fades to nothing.
shadowed and veiled,
you plague me too.
now through trickery,
I bring my bare back to your villainy.

Fate - in health and in virtue,
is against me.
driven on and weighted down,
always enslaved.
So at this hour without delay,
pluck the vibrating string.
since Fate strikes down the strong man.

everyone weep with me!

p.s: this is how i listen and sees it.


OUT

bersih

satu hari, sang penjual air sedang menjalankan perniagaan hariannya, dengan menjual air di tepi kaki lima. ofkos lah dia jual air. kalau die jual kereta, namanya abang jual kereta. dah aku bagi dia jual air, aku puya suka. sedang enak dia melihat manusia lalu bagai, didatangi satu prospek keletihan berbaju kuning. lalu prospek bersuara "bang, bak datang bandung 2 gelas". sang penjual air pon menuang sambil senyum melihat gaya prospek yang pelanggan sekarang itu berpakaian jaket hitam tengahari buta. "lantak lu lah nak pakai koya england, janji sesama cari rezki halal" koya hatinya. selesai cedokkan air gula dan bandung tertera tadi, duit pun dihulurkan secara senyuman dan si prospek itu tadi terus minggir ke haluan sendiri. disebabkan angin sepoi2, kelihatan baju luar hitamnya terangkat sedikit menampakkan baju kuning didalamnya. "kenapalah ko pegi pakai jaket, gila?" bisik sang penjual air. tiba-tiba, kepala sang penjual air diserkup guni dan lehernya terasa dicucuk satu benda halus. kepala terus mamai dan dia hilang dalam kebingungan. tersedarnya ia apabila disimbah air kemuka. bila tersedar, lagat filem omputih, cahaya mentol kuning ternyala terus kematanya manakala lembaga tegap hitam dibelakangnya berkata "apa urusan kau ada dengan sipolan jaket hitam?kau ahli bersih ke?ape propaganda bersih???!!". sang penjual air yang termangu melihat lembaga hitam itu terlihat sekilas bajun si lembaga berwarna hitam sambil berkata "aku jual air je lah!niaga je bang!" sambil terketaq lutut....

heh. simpulan ringkas cerita pendek orang lain berak merata, orang lain kene sambung duduk atas toilet tu sambil tak dapat flush.


bersih 2.0 adalah blablablablablabla

untuk:
1. pilihan lebih adil.
2. kebangkitan semangat juang
3. ayat patriotik bukan sahaja ayat.
4. ketelusan dalam kepimpinan disemarakkan.

jadi:
1. peniaga tutup kedai
2. budak muda meluat dengan kanan kiri
3. menyukarkan mereka yang hidup dengan mereka.
4. bau politik lebih sengit dari rakyat.
5. satu mata nampak polis buat kerja, satu mata nampak polis buat kacau.

baiknya:
1. tak perlu rakyat Malaysia fikir pasal anak dara kene rogol.
2. kes liwat femes kurang berkumandang
3. maslaah petrol naik tak berkumandang
4. ekonomi terus merudum.

kesimpulannya:
1. pergimampus.


OUT

arteriveins

terlalu banyak kelemahan semakin disuntik ke dalam 'veins'.
...
kurang semangat kehidupan disuntik ke dalam 'arteri'.
...
no wonder badan rasa penat.
...
..
.
semoga semakin kuat.
kau tak perlu ada,
sebab Dia sentiasa ada.


OUT

7/04/2011

from anfield to Stamford bridge

aku nak pergi tengok liverpool.
tapi,
aku di book untuk tiket seat chelsea grandstand.
...
aku tanak.
aku nak liverpool.

arghh.
kerje banyak, takde duit.
nak pergi tengok liverpool,
xde mase,
xde duit.

bangsat.


OUT

law of the con

hide the ball, express the cups.
in the game of ball and cups.

give them a bait they cannot wait and hesitate,
that they wont realize until it was all too late.

materialize their dreams by being their nightmare.
for they will be synonym with scare.

care for a con?
puff!!!
and forever i will be gone.
...
as a con.


OUT

suhakam

kalau dulu hati menggerakkan lidah hatinya berkata jahat,
kerana sudah dipasang niat dari awal.
dengan niat jahat untuk berkata jahat.

sekarang,
secara automatis berzikir cela.

samada aku semakin jahat,
atau,
sekadar dunia semakin hina untuk dibahasa mulia?

peace.

p.s:post ni takde kaitan dengan suhakam.aku tak taw apebende tu suhakam. tapi,nama die cam best. memandangkan aku takde idea nak letak title ape, aku taram suhakam.



OUT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...