9/30/2010

gile trafik

ramai bloggers aku tengok yang gile nak fames.
mungkin tak kesampaian nak fames kat dunia luar,
dia nak fames kat dunia maya.

kalau kat mespace n fesbuk, habis sume manusia dia add.
yang jantan, beria add pompoan berprofile pix cun melecun.
yang betina, add laki badan sasasasasasasa.
padahal purata,
halusinasi optik yang semata.
mangkuk

dan kat blog pulak skang, kemaruk dari dulu.
dari dulu nak tinggikan trafik blog.
nak kecapi tahap blog hot agaknya.
nak dikenang-cerita oleh bloggers2 lain mungkin.

kalau nak berkenalan dan meluaskan pemandangan,
aku suka la jugak.
ni, kalau dah blog ko kesah duit mak bapak,
blog ko cite kau ni ada balak handsome gile bapak,
blog ko nak cite ubat kuat kemaluan laki pompoan,
blog ko cite bende yang lucah semata,
serupa tak payah.
p mati lagi terbaik.

dan kepada member2 wa yang gile trafik tak memasal,
stop it pliz dear motherfucker.

lu tak malu ke orang panggil lu gile glamer?
demm u


OUT

9/29/2010

dasar yang bodoh

ada satu ni, pakcik jantinanya.
dok kutuk gaya orang,
gaya aku berniaga,
sebuah dasar yang bodoh.
dan tohmahan sumpahan dilemparkan,
dengan sewenangnya.

ya,
memang kau pelanggan.
tahu apa yang kau nampak,
dan tidak bertanya tentang apa bentuk penjelasannya.
cakap apa yang kau rasa,
sedangkan ini bukan pejabat kaunseling.
cerita apa yang kau bangga,
bajet ini bini kau punya telinga.
mengomel sampai ke pintu keluar,
macam aku ni anak kau yang baru lepas zina.

sukahati kau lah.

sayangnya,
kau datang bersongkok.
lengkap berbaju melayu.
dan kau kata kepada anak muda sepertiku,
"jaga perlakuanmu wahai anak muda!"

well,
uncle,
dengan aku berbaju kolar dan rambut pacak,
mencerminkan aku yang nberlawanan sifat engkau,
yang bersongkok dan berbaju melayu.
simple saying,
aku layak cakap,
FUCK YOU
~namun, wa bukan macam lu~
~wa elak dari menjadi begitu~

p.s:wa malu nak gelar wa ni anak lu.(nseb baek bukan!)

hahahahaha
bodo punya melayu


OUT

panorama sketsa cinta

apa yang jadi di sana,
terjadi di sini.

sekadar tukar nama,
masa,
lokasi,
dan naik turun cerita.

kesedihan ulung,
kegembiraan menjulang,
perpisahan cekal,
mahupun kecelakaan menimbang.

semuanya sama.

namun,
kita masih berani menggelar diri unik.
lain dari yang lain,
dan hanya satu pada satu masa.

tidak terlintas,
untuk belajar dari masa lalu,
untuk belajar dari cerita dahulu,
untuk bertanya dari mereka yang tahu.


OUT

aku yang lagi satu

muka yang gelak besar apabila aku jatuh,
dan melihat semuanya.

dia menilai,
tapi tak berbuat apa.

sekadar sampah sebenarnya.



OUT

hahaha..lawak...ke?

memang kelakar..haha

tapi, kalo betol?
ape pendapat ko?


OUT

9/28/2010

but atleast...

written english aku cam gampang.
spoken english aku pon cam gamppang.

aku takde duit bekepok untuk beli banglo.
aku takde duit sekeping untuk beli beras sekilo.

muke aku biasa-biasa tahap takde anak dato suka.
muke aku biasa-biasa tahap pencuri pon kate member.

perangai aku tak seronok sedang tak ramai yang boleh sengih melayan.
perangai aku tak seronok sampai aku pon malas nak layan.

aku tak pandai macam einstein.
tak pula jauh bijaknya dari budak kecik seluar biru ke sekolah.

tapi,
aku tak LAME.
tak gebang pasal cerita orang lain.
tak gebang pasal kesah chenta.
tak lekang dari masalah 'normal' dunia.

yahoo!!!


OUT

takde pegangan

dengan nada bapuk bercampur pelat,

"takde pegangan seyh!ihik2!"

dicipta(aku dengar) dari mr karok.
ditujukan kepada mereka yang kat sini cakap lain,
kat sana cakap lain.

aku tak kesah kalo kene tipu,
mahupun melihat korang menipu.
sebab,
dalam kepala aku bukan kemarahan mahupun teguran,
sekadar nampak lihat diri aku yang lagi satu.

aku yang lagi satu itu,
sambil 1 tangan menutup mulut,
1 tangan menuding,
senyum sinis,
mata sepet,
berkata:
"macam takde pegangan seyh!ihik2!"


demmit..i am so cute

haha


OUT

melihat yang lain

kau dan mereka terus mengorak langkah mencari gaya dan cara,
mencuba mempelajari erti kehidupan dunia dan rasa.
namun aku sekadar masih disini sahaja,
kekal membatu dari dahulu sampai entah bila.

kau dan mereka dilimpahi dengan cerita enak mengisi masa,
sambil kerap ditampalkan senyuman biasa-biasa menempuh hari.
namun aku sekadar masih disini sahaja,
kekal dengan masalah dan duka cerita dahulu kala.

kau dan mereka sering ditimpa idea dan peluang emas berbata,
untuk digilap-serap dalam langkah seterusnya.
namun aku sekadar masih disini sahaja,
buta dan pekak dalam mencari idea.

kau dan mereka dikelilingi oleh mereka-mereka yang sama sahaja,
amat mudah menilai dan memilih sebenarnya.
namun aku sekadar disini sahaja,
tangan kekal meraba dan tangis masih terpancut keluar mata.

kau dan mereka terus menulis cerita secara bersama,
amat setia antara lu,dia,dia,mereka,dan kita kecuali saya.
namun aku sekadar disini sahaja,
diguna bila dipinta dan disisih bila suka.

melihat yang lain, sekadar mampu berkata:
betapa hebat Tuhan memberi bahagia kepada semua.


OUT

orang lain tak bole,tapi ko dialu-alukan

orang lain keje lebih wajib,
ko kene keje sikit.

orang lain kene rajin,
ko malas takpe.

orang lain tak bole rehat,
ko kene rehat gegila.

orang lain tak bole ade easy income,
ko je yang layak untuk semua.

orang lain tak boleh buat silap,
kau je yang boleh cakap "eh!xsngaje"

lancau


OUT

9/22/2010

bila sudah cukup...

cukup 4 kerat,
tiada tunggu lama,
aku akan gerak dengan selamat.

harta,
keturunan,
kecantikan,
agama.

aku tak dapat membuang masa dengan lara.
aku tidak berpeluang untuk membuang masa dengan lara.
dan aku tidak akan berpeluang untuk lara.

maka,
sekadar menanti masa.
sambil mendengar suara saudara,
yang sedang memerhatikan si dia.

masa dah nak tiba,
aku pula punya cerita akan bermula baru kisahnya.


OUT

mantera berdarah

datangmu tidak diundang
jika ragu harap pulang

ringkas dan tepat kata salamnya.


dan ramai yang pulang hampa.
ada yang tinggal menjulang senjata.
namun ada juga yang pulang di dalam keranda.


OUT

9/21/2010

lirik dan nombor

tujuh puluh tiga pintu,
tujuh puluh tiga jalan,
yang sampai hanya satu jalan.

beribu-ribu masgasatua,
mencari raja si Muraq,
yang sampai hanya tiga puluh.

tolak pintu dua,tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga.

panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara remeh kita takkan maju

gagap tiga kali bercakap benar saja,
bulan terang ramai yang keluar buat kerja.

ade ape ngan nombor-nombor ni sume?
konpius mak noook


out

habestu, apa pendapat lu?

kalau semua teknologi menjuruskan kepada kemajuan yahudi.
dan bila semua teknologi terkini direka oleh yahudi.
dan bila si muslim tidak mampu menjana Research N Develeopment untuk menyaingi yahudi
dan bila si muslim dapat bajet RnD, pegi joli.
dan RnD pon tak berjaya.
dan yahudi pon berjaya.
dan muslim satu lagi dok bising jangan sokong barang yahudi.

kalau produk yahudi xde kat Malaysia,
ape je barang yang tinggal kat atas rak soping komplek tuh?

zara?levis?lee?ferrari?

fakof


OUT

9/20/2010

aku gatal

aku memang serba gatal. tak kira pompoan laki tua muda, aku tetap akan menggatal dan meracah. memang perangai aku tak hempuk. memang gaya aku macam pelik. dan memang bau aku wangi. tapi,punye luas dunia ni, punya ramai manusia berak hari-hari, knape ko sorang je yang benci aku tak memasal?

yes memang hidup ko seronok lebih dari aku. yes, ko memang orang kaya tak macam aku. yes, ko ade kekasih yang setia bersilat sesama renang laut api blablabla. yes, ko berupa sempurna tahap tinggi dan memang menarik perhatian mata-mata liaran lain. yes, ko punye falsafah yang sempurna tak macam aku. yes, kau serba serbi sempurna untuk dipanggil putera-puteri kayangan impian...semuanya sangat bercanggah dengan aku. memang kau jauh lebih hebat dan jijis pada aku.

ini nafas aku.
ini najis aku.
ini hidup aku.
pegi sana tengok lahadmu.
demm u.

fuck u

p.s:
xditujukan kepada sesiapa. juz terpikir kalo2 ada orang tak suka aku sebab sifat aku yang meracah tak bertempat. dan aku sekadar mahu mencarut pada dunia yang sebenarnya sedang berlalu meninggalkan aku.



OUT

sambung putus pegi mampus tak tahu mana mahu

borang application untuk sambung master dah keluar...


borang tutup pada minggu depan...


tengah semak malas fikir nak sambung studi or tak..


praktikal xde la best namun ok la dari bosan gile..


kalau,


sambung studi spenuh masa, aku memang rasa malas macam celaka nak studi semula...


sambung studi jarak jauh, komfom takde life sabtu ahad punye..


nak terus kerja, aku pon tak rase mase depan cerah mane..


kalau kau, kau buat ape?


kanan kiri rase sempit gile..


bule sesape tolong tepukkan belakang tengkuk saya?


DEMMIT!




OUT

tepukpukpuk

tepuk dada untuk berbangga dengan apa Dia limpahkan.
tepuk dahi untuk mengingatkan diri kepada kesedaran tersentak.
sapu dagu untuk berfikir jangka pendek tak penting mana.
sapu kening untuk berfikir pelan jangka panjang.
dan,
tepuk tengkuk bila kau rasa kau dah mula lupa kau siapa.

elakkan dari lupa diri.


OUT

ape cerita?

dikaliskan hudud dengan tajuk peredaran semasa,
supaya tak nampak pelik@ kejam ceritanya.

disimpangkan topik berita dengan cerita dia sahaja,
supaya nampak gah sentiasa.

diketepikan hak semua dengan bolot sendiri dan taulan,
supaya sendiri cepat kaya.

dijulang cerita mereka tanpa usul periksa,
supaya diperkatakan orang lain 'sophisticated' padanya.

dipilih teliti dan mahu pembezaan antara yang lain,
supaya nampak kelainan cerita dia.

namun,
setiap muka manusia,
sudah memadai untuk beri cerita...
...
cerita tentang dia pada dulu dan terbaru.

p.s:cari la.


OUT

cerita kawen yaya






sesi nikah
1. time kadi tanya setuju or tak, memula yaya angguk..kadi cakap, nak kene dengar nafas..dengan nada seronok malu2, yaya cakap "setuju!"..maka berdekahlah satu bilik pengantin
2. time baca teks anak-bonda-ayah..sesi nenangis yaya n naz..time ni, diam2 aje..
3. time akad, masa raptai akad, naz bule bace dgn lancar 3 x straight. skali time akad betul, tertambah 'nya' pada ayat 'nikah'..kene la kali kedua dan lepas jadiknya.alhamdulillah.
4. aku duduk paling meracah didepan dah macam aku ni kameraman@pengapit..padahal, aku sekadar sibuk2 je.wahaha
5. kemas,kemas,kemas dan p ngeteh bersama naz,wa,tocau n kimbin

sesi kawen 1(rumah aku)
1. ok laa..org ckp ok, aku nk ckp pe pon tak taw.hakhak
2. pengantin pakai serba putih.
3. wa pakai oren(pkai baju malam nikah, malas nak gosok, hahaha)

sesi kawen 2(rumah naz)
1. ok laa..aku pon still tak taw ok or tak.jnji ckup makan.hakhak
2. pengantin serba kunin
3. wa pakai ungu(baju renyuk tp tak nampak renyuk)hahaha

selesai.
...
dan pagi ni aku lambat 4 jam masuk keje.demm!!!


OUT

beralas tidak

lain seri muka apabila beralas dan tidak.
lain cerita mulut apabila beralas dan tidak.
lain kata dia apabila ketahuan beralas tidak.
lain bentuk badan apabila beralas dan tidak.
lain pemahaman apabila beralas dan tidak.

lain hasilnya apabila pembolehubah diberi beralas tidak.


OUT

9/14/2010

nak pilih konon..hakhak

plan A?
samar memanjang. buatlah ape pon, samar memanjang.

plan B?
keliru memanjang. buatlah ape pon, keliru memanjang.

semak..pegi baru lah.
plan C?
pon macam ade tak ade.

ade plan D?
demm.


OUT

posisi dalam hierarki


acapkali manusia terlepas pandang pada kedudukan diri dalam hierarki dan membiarkan birokrasi memeluk badan sedangkan kaki bertapak pada atas profesionalis dan menjadikan badan bergantung di tengah-tengah cerita bernama bodoh sendiri. sepertimana jelas gambar diatas menunjukkan. memang semua orang boleh bergembira. namun, yang menindas akan terus menindas yang ditindas dan yang ditindas terus berusaha gigih tegak bosan dengan hidup harian sehingga mati. dan yang pasti, tidak akan ada ramai yang akan memecahkan 'cycle' ini.

apabila yang di atas turun melapor dan menjenguk kebawah, janganlah kau berprasangka mudah. hindari perbuatan menyamakan martabat kau dengan mereka. memang benar dari mulut mereka berkata "kita semua sama". namun, lancau kepada semua dusta. manusia biasa tidak akan lari dari memartabatkan dan menghadkan pergaulan diri sendiri waimah yang dihadapan mereka adalah darah daging sendiri. jika tidak banyak ,sedikit hati akan berkata bahawa ini tarafku, duduk diam kau ditarafmu. memang tidak banyak, namun tetap akan ada.

apabila layanan yang kau beri kepada semua manusia sama diterima dengan baik-baik sahaja, heh, pergi mandilah. sudah hapak bau badan kau dengan hancing kencing penipuan mereka semua. bersedia setiap hari untuk melayan kerenah semua manusia biasa. hampir durjana puratanya. faham-faham lah sendiri tujuan orang datang untuk bermesra sekadar mesra sementara dengan tujuan orang datang bermesra sekadar mesra ditempat kerja. kenalilah garis perbezaan antara kau dan ekonomi dia, perbezaan antara kau dan cerita dia, dan perbezaan kau dan hidup dia.

sedarlah wei,
posisilu dalam hierarki dunia,dimana?

orang baik dengan kita,
jangan pijak kepala.
nanti mereka yang berkuasa,
akan menghimpit kau yang nampak hebat,
namun realiti kau lemah selemah-lemahnya.

fikir.
sabar.
tenang.
selesai.
bukan susah pon.


OUT

9/13/2010

apa aku nak

aku nak berpeluang untuk ada banyaaaak duit
kalu bercinta, aku nak yang setia mampus2
aku taknak lagi sengsara pening2 kepala
aku nak hasil sume cantek dengan kerja smart
aku nak ada ramai kawan yang best
aku nak berjaya dan kaya dengan jayanya

demm
fuckin fairy tales.



OUT

ko dah kenapa?

kadang-kadang (selalu) ditanya
"mengapa aku suka berlaku/membuat onar?"

ianya funny.
ianya seronok.
ianya mengerti dalam lebih seinci.
ianya membantu menganalisis peribadi.
ianya gaya tersendiri.

heh.

sebenarnya,
sekadar mengisi masa lapang,
dari melayan cerita biasa manusia biasa yang lain.
lagipun,
dari membazir melayanlu,
lagi baik wa bazir ikut cara sukahatiwapunyasuka.
dari buat semua,
yang wa malas layan/benci belaka.
kan?


OUT

9/12/2010

update cepat r wei...

ketandusan bahan bacaan online...
cpat update blog la wahai bluggor sekuliahn.

demm


OUT

sape aku

produk:
gemok
xhensem
busuk
perlahaaaaan
xde taste makan

harga:
xde duet memanjang
xde harge diri
kurang berpendirian

tempat:
jauh dari kawasan berpotensi untuk gegadis
sentiasa duduk dalam ceruk sebab chentakan tido
depan pc untuk game,muve,manga,lagu
gemar berada di toilet untuk berak semahuku

promosi:
xpandai cakap dengan orang(apatah takel)
suke buat hal sendiri
bodo segala segi
malas bersosial(antisosial)

tu sume marketing mix aku.
walopon cam harem,
aku tetap dengan jalan aku.
p mampos dengan kehidupan 'fab-lane' lu.
hoho


OUT

masa itu berlalu..tunggu yang satu lagi

semakin hari, semakin semak telinga mendengar mereka berkata:
"raya tahun ni tak best laa"
"kurang feel. tak taw pesal"
"raya tak raya, sama je aku rasa"
"kenapa raya tahun ni tak meriah ek?"

mereka menunjukkan rasa dan masa yang berlalu.
mereka menunjukkan betapa 'realiti'nya mereka.
mereka menunjukkan rasa bosan mereka.
mereka menyatakan rasa hati mereka.

sedikit nasihat dan peringatan...

raya bukan cerita pasal duit raya,
raya bukan cerita pasal kuih raya,
raya bukan cerita pasal balik kampung,
raya bukan cerita pasal mercun,
raya bukan cerita pasal dah tak payah puasa.
raya bukan cerita untuk jalan-jalan raya.
raya bukan cerita untuk mintak maaf hujung kepala kaki.

hari raya adalah hari untuk sambut kemenangan.
nak dapat menang, lu kene perang.
kalau raya adalah menang,
maka,
puasa itu perang.

dengan konsep asas mudah aku nak bertanya
sejauh mana 'perang' kau pada ramadhan,
itulah ukuran nikmat raya kau.
ukur la wei.

sekali lagi izinkan aku bertanya,
"BAGAIMANA RAYA KAU?"


p/s:aku tersedar lambat maksud raya itu sendiri.harap, tahun depan aku bule kasi rebound. ramadhan depan, aku menanti.

OUT

dah taw dah...

peristiwa terjadi yang kdang-kadang biasa dan kadang-kadang pelik bunyinya. namun, hati dan pertimbangan rasional dalam bentuk 4D ada membuat keputusan yang tidak dapat diterjemah kepada mereka yang berada disekeliling. penipuan itu ibarat diludah ketawa oleh orang lain tepat kemuka tanpa berbuat apa-apa. dan, apabila si penipu terasa penipuan sudah terbongkar atau mengaku ataupun penipuan sudah terbongkar, apa cerita?takpe, boleh sambung tipu yang satu lagi.

namun, penipuan itu sudah disedari dan kebenaran sudahpun di ketahui dan disimpan diam dari dahulu. bagaimana?xde malu?

p.s:kalau manusia boleh tau manusia satu lagi menipu, lagikan....

OUT

9/08/2010

kebahagiaan sejati sementara

dikeluarkan dari sarung kotak merah darahnya.
yang bertulisan lapan bijik huruf semuanya.
ditarik satu kebahagiaan berpurata putih dipangkal coklat,
dan mempunyai 8 urat halus tulisan merah namanya.

batu sebintat digesek besi bulat.
percikan panas membara terpancut keluar.
aliran udara jenis tersendiri keluar berpusu.
dan maralah sikecil kawan besar lawan.

pertemuan antara dua dilakukan,
dengan sedikit bantuan helaan dada,
berdua itu bertemu dan berpisah,
namun menghasilkan yang lain satu.

sedutan bahagia dibuat daku. bara itu maju dari takuk satu ke lagi satu. dalam kesunyian malam, dapat kudengar bunyi ketenangan yang bergerak dari garisan kecil kertas kepada garisan yang lagi satu. cahaya malap merah oren bergerak terus diiringi hembusan lega kepuasan segala. pandangan terasa semakin sedikit meluas selepas dibelengu dengan keinginan untuk menyiksa organ dalaman. belengu ditunaikan dan pemikiran meliar bebas mencari idea. dan bunyi kebakaran itu terus berlalu.

selepas selesai segala ketisan,
selepas bebas semua kekelabuan,
hujung merah oren dimatikan,
didalam bekas khas untuk mematikan.

disusun semula bekas merah darah.
disamakan semula dengan percikan mara.

bukan cerita nafsu,
sekadar penghayatan kebahagiaan.
ianya bersifat sejati namun sekadar sementara.

situasi:menghisap rokok Pall Mall dikala malam sejuk memeluk badan dan kalbu


OUT

to think out of the box

many says that to be able to be the best, u must think out of the box.

but sadly, no everybody have the ability to do so as it requires some level of IQ and critical thinking that is most people do know it is unachievable.

well, when there is a will, there is a way.

when you cant think out of the box, you must be out of the box to have the experience and knowledge of how things are doing out of the box. this method does proves it works. look at some artist who can make an unbelievable lyrics. by taking drugs, they are no longer in the same state of dimensions as us. they are not here. they are out of the box.. and now, look at business people. they travel most of the time and be somewhere else, not here. and that is the stepping stones for them to think as they have already been there.

it does not only apply to works, it also applied to life. to have another different problem or not the same problem, be in the other side of world than you are not. than, with a different variables, different outcomes will be made. rite?

ni bukan wa cedok memane. ni berdasarkan observation wa pada dunia dan perilaku manusia. sebab, depan mata wa, orang yang takdelah hebat mane krikital dan [emikiran kritis, namun mampu berjaya. sebab? dia keluar.

sayangnya..wa masih di dalam takuk lama. tidak akan keluar. cuba keluar. tak dapat keluar...

mungkin disini aku akan mereput dan mati.
dem.


OUT

hari-hari biasa aku

bangun pagi-pagi melihat jam di telifon bimbit dengan penuh marah sebab kene bangun namun sangat gembira sebab irama intro 'die,die,die my darling' mengejutkan. heh, bukan bunyi yang kuat buat bangun, tapi lagu die aku suka sampai terbangun. menarik badan supaya bangun dengan rasa celakalah kau dunia dan babi sial lah semua orang. tidak tahu apa mengapa siapa kenapa dan aku tidak peduli apa. aku malas nak fikir apa-apa sebab kalau dah mamai macma tu, kepala butoh boleh otak fungsi macam biasa. namun terasa nak hentak kepala bengsat-bengsat di trafik light dengan kepala hammer sambil cakap 'bapak kau gila'. diri memang malas nak berkata dan mewujudkan komunikasi dengan manusia sekeliling dan akan mengelakkan untuk kewujudan komunikasi 2 hala yang berintergrasi. kalu boleh, biar sekadar komunikasi bisu yang anggk, geleng, tunjuk, angkat bahu, senyum, muka blur. mudah, selamat, seronok, rilek-rilek aje. menjalani hidup hanya kerana masih hidup dan mengikat diri di satu titik kerana atas perjanjian tanggung jawab manusia biasa dengan manusia dikelilingnya pada tika berada dalam satu dimensi tempat tinggal satu hari nanti. kalau nak komen atau lontaran cadangan, macam biasa, lu siapa? dan dengan hensemnya cadangan itu ditolakbakar dan diri disebat-sebat dengan rotan orang2 sadist n masochist. dan dengan darah di belakang, sambung aku berdiri dan berjalan dalam hidup ini. dan akan ada nasihat, hepi la sikit bro. kepala butoh lu. ikut hati wa, nak je wa hantam lu punye sistem dan bakar benda paling lu sayang.tapi, aku bukan binatang. terpaksa kekal manusia..belum termasuk cerita melihat masa berlalu untuk giliran kau disiksa luar dalam tanpa penglibatan terus kau pada cerita asal. lagi lah sial.

memang hari-hari wa rase macam sial. dan wa tak kesah kalau lu menjauhi dan lagi ok kalau blah terus. tak payah wa pikir nak jage diri dan hubungan wa dengan orang lain sebab wa sendiri semak nak jage diri sendiri dengan cerita wa sendiri. memang wa tak penah rasa dilayan baik yang wa perlu. melihat orang lain mendapat apa yang sepatutnya didapati, dan mereka tidak bersyukur. hati sentiasa berkata "pukimak hanjin. apa yang lu pikir sial dalam hidup lu?".

mengikut cetak dan kata sana sini dan mengiakan walaupun realitinya adalah tidak. rasa macam nak lari dan percubaan telah dibuat namun tarikan satu kuasa dari dimensi kurang aku mengerti, kerap menarik semula diri ke titik permulaan ini. dan dibiarkan segalanya berlalu sambil mata memerhati dengan penuh kuyu dan hati dah penuh dengan populasi kutu. kalau cuba melawan, lagi sakit parah terima berbanding membiarkan kesalahan berlalu. bercanggah dengan apa patut dibuatkan?well, kalau lu kene kat tempat wa, baru lu taw. tapi, nak bagitau lu macam ni pon tak guna. benda kecik lu tak boleh handle-handle, diam r kalau nak layan cerita wa. buakn masalah wa besar, tapi, lagi logik berbanding benda tak logik. demmit. kalau bunuh tu tak salah, dah ramai wa bagi makan pisau rambo konvo wa. demm.

namun, dengan pertimbangan akal dan rasional otak, wa jalani hidup wa gak. wa cuba iringi nafas wa dengan senyum. biar jelas senyum itu kelat, namun, lebih elok dari wa masam. tak kesah wa jadi hipokrit sebab benda bertempat dan untuk kebaikan semua. penat mana kerja, bergaul, makan dan bla2. balik keje kadang2 huha dengan famili, selalu huha ngan kawan2 dan lagi selalu main mesej dengan manusia normal yang sanggup bergaul dengan diri ini. walaupun wa tau wa takde lah hepi mane, wa layankan je. at least, wa ade rase spark of happiness. better sumthin then nothing.dan, klimaks cerit apun bermula apabila wa tetap akan tidur di satu waktu di malam hari, my feveret part coz i will be departed for a while into the world of nothingness where it suits the current me..but sadly, i still know n i do live in reality.

esok pagi, wa akan bangun lagi.


p.s:nukilan bosan esok raya

OUT

when ur face is off

kepada sekalian manusia di luar sana, bukan hadir risalah cerita cela ini untuk mengata, bukan pula niat dalam hati kerana teruja dengan entah apa-apa, sekadar sekeping pertanyaan sedikit sumbang bunyinya.

respon yang kau dapat dalam hidup kau.
memang baik-baik seadanya. jangan kata manusia-manusia berlainan jantina, sedangkan budak-budak kecil pun boleh datang mengerekot dicelah ketiak. kalau kau bermasam muka, ada sahaja yang datang menyapa dan menyediakan bahu bertampal bantal dunlop pillow dan bertanam perfume yang wangi-wangi syurga dunia. dan segala cerita betul tipu dusta bodoh cerca mrba kau menjadi bualan radio hidup mereka.

pergaulan kau dalam hidup kau.
ya.hidup kau seronok. dengan gerak tari kehidupan para-para western ala-ala gebang gitu. penghayatan dalam hidup lebih diserap dari dalam diri berbanding situasi sebenar dan jati diri. halusinasi dan radiasi dari perimeter diri sendiri dengna mereka yang lain amat mudah dipengaruh oleh benda yang tiada rasional namun dijulangkan 'penting' dalam hidup kau. dan kata-kata kau, 'memberi kesan' kepada yang mendengar dan 'memahaminya'.

LANCAU

kalau muka kau sekarang bukan muka kau sekarang.
kalau status keluarga kau sekarang bukan status sekarang.
kalau duit dalam seluar kau sekarang bukan nilai macam sekarang.
dan kalau kau sekadar kau dan tiada apa pada nilai duniawi sekarang,

kau mampu berkata apa kau ada dan dapat sekarang adalah sama sahaja?

heh.fuck u.
sedar diri sikit.


OUT

9/07/2010

tentatif aidilfitri...urght..

raya 1..
smayang raya time pagi..smayang jumat time petang..p tgk wayang sorg2..balik umah, sekadar boxer dipinggang, aku pon melayaaaaaaang...

raya 2...
bangun pagi, pasang badan siap solek dan korset, p umah sdare mare raye kat kampung sebab nak edar kad kawen akak aku...
aku pon penat senseorang..

raya 3...
naik keje dah

raya 4...
masih keje laa

raya 5...
meneruskan pekerjaan...

raya 6...
takde bende laen, keje je...

raya 7...
ade keje tak siap, kasi sambung kejeee...

raya 8...
melihat waktu jam sambil buat keje...

raya 9...
akak aku bernama sara jeehan, kawen..
dan aku akan busy sehari...

raya 10...
dan majlis di rumah pengantin laki pulak...
aku kekal busy

raya 11...
naik keje semula..
mungkin akan mula lecturer datang evaluate praktikal ntah ape bende..


dan kitaran itu dalam skala terus menerus.


raya tahun ni, serupa takde pon takpe..


OUT

selamat sambut XXXXX??

SELAMAT SAMBUT HARI MULA BERGELUMANG DOSA MACAM BIASA!!!


well, tinggal satu hari je lagi nak puasa. tapi, tak bermakna harini dah raya still kene puasa. dan sebelum aku sbeuk dengan masalah dunia dan lara aku, aku nak ucapkan selamat hari raya pada semua yang ada membaca(itu pun kalau ada). mohon ampun dan maaf sebab komfom-komfom yang membaca kerap daapat dosa kering dari pembacaan di blog ni(seperti carutan kemak, babi, sialan, bangsat dan seterusnya). maaf sebab aku tak upload gamba-gamba meriah kad raya sebab aku takde bakat nak edit-edit kad raya. kalau kau nak aku bagi kad i/c aku sebagai kad raya, boleh la. hahahaha

selamat menyambut semula hari yang akan membuat kite bermula bergelumang dengan dosa.

yeaaaaaaaaaa!!!!(bole isap rokok di pagi hari!!)



OUT

9/06/2010

selamat hari jadi


6/9/87, hari aku kuar.
kemarin,
6/9/2010, hari jadi belansung.

time kasih kepada tocau sebab ingatkan aku pasal beday aku. terlupa tarikh. patutlah aku macam rasa ada asignment nak kene buat. rupenye bday aku.haha.

tahniah kepada en tocau sebab menjadi orang pertama yang sms aku.

tahniah kepada bell sebab jadi orang pertama yang kal aku.
muahmuahmuah

tahniah kepada sepat sebab jadik orang pertama wish mulut pada aku.

tahniah kepada gary sebab orang pertama 3g dengan aku
(siap menjadi perasmi 3g henpon baru!).
babi lu!(xmemasal)

semalam dah makan kek mendentah(ade rase blueberry). okok sedap.

dan harini, hidup cam biasa. demm


slamat puasa
slamat harijadi
slamat raya.

p.s:harijadi macam biasa.tak penting mana.

OUT

auto pilot

aku muak dengan tarian kehidupan itu,
aku buntu dengan pilihan diberi,
aku semak dengan timpalan kanan kiri,
aku bosan dengan cerita yang diberi,
aku malas melayan kerenah sana sini.

biarkan sahaja lah semak sendiri,
nanti-nanti pun setel jugak cerita ini.
biarkan sahajalah kemaruk sana-sini,
pusing kanan kiri tetap akan aku begini.

blahlah kau ikut suka hati,
aku dah malas nak peduli semua ini.
jadi apa nak jadi,
apa aku nak jadi takkan berbau lagi.

suis auto pilot telah dipanaskan,
mungkin tiba masa untuk diaktifkan.
masih menanti,
untuk sinar malap yang mungkin akan hadir,
dan menerangi cerita bangsat ini.


OUT

The Malay Mail Care Fund: Give Your Support NOW!!!

Malay Mail Sdn Bhd has recently set up ‘The Malay Mail Care Fund‘ which was launched on 19th August 2010 (Thursday). The objective of this fund is to provide financial assistance to Malaysians who are sick, recovering from life-threatening illness, disabled, handicapped, infirmed or require medical treatment and who are poor and deserving, irrespective of the race, creed or religion. Donations (of any amount) will be much appreciated and can be transferred into ‘The Malay Mail Care Fund’ via its Maybank account 5123 3430 7421 or issue the cheque to ‘The Malay Mail Care Fund’. This trust account, managed by a Board of Trustees will be under the patronage of Datin Nafesah Raja Nong Chik. SkyAd.net together with UiTM students of 2010/2011 is proud to support the Malay Mail Care Fund and a donation drive will be held soon. For more information regarding the donation drive, please email sarimah@SkyAd.net

Click here for more details: http://www.skyad.net/fan/TLzskP


OUT

9/05/2010

a guys reuirement for gurls...5A!

sumthing that i've heard from far-far away..heh,funny but true(i think laa).. these are the current requirement for a guy to be a guy from a girl point of view(from me too!)

1) Apartment.

Frankly, condominiums and bungalows can be really costly and not every guy can afford that. But an apartment is quite affordable.

malaysia apartments

2) Appetite.

A well-known fact – ladies like to eat, and then complain they’re fat even though it’s just 50kg.

malacca melaka nyonya food

Anyway, the point it – it’s an attractive feature when a guy loves to go on eating sessions. Food do bring people together, so feed her well. But if she complains fat later on, both can exercise together. and if she complains even more, dump her.

3) Ambitious.

Wanting a guy to have a successful career, be a billionaire and own a bank is… err… kinda acceptable. But usually those super successful guys are in their 40s and 50s. If you’re a young lady, I’m quite sure you’re looking for younger men right?

Unless you don’t mind lah.

ambition thoughts

Therefore, guys with focused and determined ambitions are one level higher than the rest.

4) Adventurous.

Girls prefer their guy to be outgoing and adventurous. Guys who stays at home ALL the time being a coach potato will never generate interest from the female species.

genting roller coaster corkscrew

Go on road trips, holidays or vacations – and your girl will be contented.

5) Awesome.

When a guy is awesome, he’ll acquire great admiration from the ladies.

taylor lautner in suit

Taylor Lautner is a perfect example but unfortunately you can’t have him obviously. he is waaaaay out of ur league. haha

But being awesome doesn’t necessary mean being cool and macho. A nerd can be awesome as well!

nerdy boy in nerd glasses

Awesome or not? No?

Okay not awesome, but a geek is awesome also what…

fat computer geek

Ladies, presenting Mr. Computer Geek. This dude will solve your every computer problems! How awesome is that?

No? Or this type of geek…

geek calender fabio de bernardi

No also?

You know what, no matter if it’s ABC, XYZ or any other alphabets – it’s not easy to understand what women want after all…demmit.haha

taken from www.kenwooi.com n added by me

OUT

9/04/2010

cerita hari ini..

maaf kepada gawat dan tocau sebab tak dpat nak huha huha ngan korg pada malam ini.
aku ade hal xdapat nak elak.

maaf pada darleen, kak ika, z, n bum2 sbb tak dpt hadir majlis buke pose yg aku nak sgt ada memula dulu.
ade hal xdapat nak elak.

maaf pada bell sebab ada planning nak jumpe lu n mkn2 sahur.
aku ade hal xdapat nak elak.

hampir kesian pada diri sendiri sebab kene keje padahal plan nak p merambu ramba..tapi ,aku tak kesah. sebab, fire armadillo dah mule bergolek bersatu di tepi kedai Ebu.


OUT

malam Lailatul Qadar

bukan dipertekankan pada berhentinya air mengalir.
bukan menceritakan tentang situasi pokok-pokok tunduk kekiblatnya.

maksud Lailatul Qadar itu sendiri...

sebab kwujudan nya itu sendiri selepas dipinta...

corak bentuk hadirnya sisuci dimalam renyai hari tenang...

dan yang pasti,
bukan jodoh aku untuk bertemunya untuk masa ini.

mungkin lain kali...mungkin.

sebab, aku tahu aku...
sangat tidak tenang.

OUT

customer ooo customer ooooi

"customer always right"
heh,
bendalah ni dah kuno lah beb. lu dah tka boleh nak adapt denan benda macam ni lagi. ungkapan ni menonjolkan lagi maksud tersirat yang secara tersuratnya mengatakan "pelanggan bodoh macam ni, layankan je". keikhlasan dalam perniagaan tu kurang jelas sebab benda camni memang mewujudkan win-win situation, tapi dengan customer puashati dengan apa yang die paham plus peniaga dapat ketuk harga kaw-kaw. so, klau anda adalah seorang pengguna yang menekankan customer always right, anda adalah pengguna yang bodoh.

"you are our business partner"
memang bende gini akan mengurangkan kepuas hatian pelanggan dalam emrasa diri mereka tuan kepada satu-satu organisasi tu. tapi, perkara gini dapat melincahkan pemikiran dan dapat menajamkan tumpuan kedua-dua pihak dalam melahirkan ummah yang lebih baik. bila nama pon business partner, so, perbincangan dua hala yang akan menekankan win-win situation dalam keadaan adil akan jadi realiti. takde masalahnye kalau bawak berbincang dengan peniaga. bukan kene bayar pon. lagipon, dapat tambah ilmu yang secetek buku lali kau kata sedalam 69 kaki..so, klau anda pengguna yang bertimbang rasa dan menekankan konsep "business partner" dalam sistem jual-beli, komfom2 anda seorang yang bijak.


nak contoh mudah, meh aku exaggerate:
seorang pembeli nak beli kereta.
bagi dia, absorber kereta kene sedap.
bajet die tak cukup.
die beli r kereta kancil.
...
esok, die marah owner kedai.
marah sebab kancil punye absorber tak sedap.
xsedap macam ferrari.
...
ko bodoh ke ape?

beli ape bende lu nak beli dan bukan bende dipengaruhi.
biar kurang bijak, jangan bodoh.


OUT

9/03/2010

balik kampung.yea

macam ayat rg banda nak balik kampung, tapi takd ela aku smangat sangat pon. maksud kampung, bukan r umah nenenek. tapi, umah mak bapak..skang akt segamat, tadi lepak ngn PM Kamel coz bincang pasal thesis..bagus, dah banyak siap. gile ah badek! n skang, siap2, nak balik kluang..demm..jauh..

tapi takpe, aku ade lagu Metallica.


OUT

9/02/2010

off/def mechanism

when being offensive,
is actually a defensive mechanism

this is shown where all of the scaly-wag out there are mostly hiding something deep in their hearts and memories that acts as unfinish business and by being offense, they feel everything is normal although they are doing the right thing.

when being defensive,
is actually being an offensive mechanism

vice versa from the above.

choose what you want to offense,
and do the defense mechanism.

know what you want to defense,
and also keep up doing the mechanism.

don't be stupid.
be smart.


OUT

menghilang dengan sempurna

selepas tamat tawaran pemberi perkhidmatan,
maka akan bertukar kepada baru.

sesudah tiba masa,
cerita banyak tak guna.

go


OUT

9/01/2010

salam merdeka

aku takde r smangat merdeka mane. tapi, mengucapkan tu tak kene bayar dan dapat gak ingatkan diri yang negara ni pernah bersejarah darah..ok r tu...so, here it goes:

selamat sambut hari merdeka,
selamat sambut sahur esoknya,
selamat sambut buka lepas sahurnya,
selamat raya untuk semua,
dan semoga tak selamat bagi mereka yang ponteng puasa.

amin


OUT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...