2/28/2009

ITALIAN MEATBALLS AND SPAGHETI

seperti hari minggu yang biasa, akan ada projek masakan yang akan dikelolakan oleh ajim(budak umah)...dan, kali ni, dia buat meatballs and spagheti(dengan bantuan karok). hasilnye, amatlah memuaskan..bebola daging yg lmbut dan berasa cukup masam masinnya.hoho.tahniah buat ajim...sblm ni dah buat french pancake, sushi and ice-cream(mangga)...so, ade pape lagik yg pepelik yg ktorg bule buat?
sila bg idea..

aku sedar...alhamdulillah

pada satu ketika, aku mula meraih banyak pangkat..
exco kelab itu, exco kelab ini dan senat kolej
aku gembira
namun..
semuanya hilang kerana kesilapan aku...
kerana kebodohan aku memilih kawan,
peristiwa apa yang berlaku?
biarlah dengan hanya mereka yang tahu,tahu.

lalu, aku berbual dgn kawan baek aku(ko taw ko sape)
aku lauhkan kesedihan,kepedihan,kehinaan
aku sedih sebab nasib ku berubah sebegini
padahal
aku semakin baik(sembahyang)
semakin optimistik

dengan wajah selamba, dia menjawab,
"ko bongkak dek"
aku ingat ayat tu,
aku terkejut yang dia katakan aku sombong dan bongkak.
padahal, aku bukan maen ramah lagi..
tapi, setelah difikirkan, ada logiknya.
aku terleka dengan visi aku sampai aku lupa siapa diriku.
aku memegang terlalu banyak jawatan sampai aku lupa tanggung jawab aku.
mmg aku sembahyang dengan ikhlas.
dan, aku yakin, doa aku di makbulkan.
doaku adalah supaya tuhan mmbantu aku menjadi lebih baik..
tuhan telah mmberi aku jalan
jalan baru menuju yang lebih baik
cuma rasanya ada sedikit pahit

baru aku tahu,
apa itu baik berpada, biar jahat asal selamat.
rupanya aku dikelilingi oleh hipokrit jalanan..
kubantu mereka pada tika mereka susah
dan, bila aku susah, aku ditertawakan...
terima kasih berdarah wahai saudaraku

dari semenjak itu, aku berubah..
pemikiranku semakin tajam untuk berwaspada.
hati semakin cekal dan keras dalam memilih kawan.
jiwa semakin lembut dengan keluarga yg sentiasa menerima.
cinta ku padamkan kerana tidak mahu mensia-siakan masa muda.
aku bertambah pasif dalam aktiviti yg xmmberi manfaat pada aku.

akhirnya..
aku lebih selesa dengan keadaan sekarang yg kurasakan penuh cacat cela,
dari diriku yang dulu, yang sentiasa gembira sentiasa...

ini hakikat dunia..
aku jatuh pada bila aku di kemuncak.
semuanya kerana aku lupa,
aku hanya anak kampung yg masuk ke menara gading...
aku lupa untuk mmbezakan antara hipokrit dan nyata
aku lupa untuk sedar...

sekarang aku sedar...alhamdulillah

special thanks to: gawat, tocau, kaduk, bro(suhaimi) for being there..this post are specially dedicated for u guys

semalam di MITEK

baru pulang dari MITEK yang di adakan dalam uitm..pergi bersama kaduk..
sumpah kebosanan terserlah dalam diriku..macam dah xde kawan dalam dunia
kene pulak, di pelawa melihat baju kapel bersama KADUK!
w.t.f? = (dengan nada hiba)
hahaha...kene pula dengan selingan cuaca yang hujan merintik sayu..bertambah kebosanan diri
aku cuba menjadi hepi..namun kecundang ditengah jalan..sialan
...aku rasa,aku tahu mengapa...
mungkin aku dah cukup besar untuk merasa dan enjoy dalam pesta keramaian seperti itu
mungkin aku dah cukup bosan dengan suasana girang gembira
mungkin hanya kerana, aku dah xpunya ramai teman..tapi, mungkin tidak

mungkin ko xpaham ape aku tulis...aku apa peduli

cerita PUNISHER

grafik = boleh tahan
jalan cerita = ok r
pelakon = xmenjiwai watak(xbes)
plot = ade agak sampah

overall = xtengok pon xpe

2/27/2009

bumiputeralisme

terbangkit isu tentang bumiputeralise ni, adalah anak kepada sistem apartid. anda tahu ape itu sistem apartid?..mari sini, aku bisikkan sedikit..apartid adalah sikap memihak kepada sesebuah kaum itu, ygn membawa kepada keuntungan sesebuah kaum itu..bule kate diskriminasi kaum jugak. hal ini disebut oleh pembangkang(wakil) yang mana katanya itu telah masuk akhbar..aku kurang selesa...mereka marah kerana melayu mempunyai hak yang lebih dari kaum2 yang lain. kemarahan ini terbangkit kerana terasa di diskriminasikan oleh bangsa melayu di dalam bdan2 kerajaan...yang melakukan hanya satu individumengapa harus kau ludah secara menyeluruh?be profesional r wei...

atau...
mungkin mereka lupa tentang kontrak sosial..

mereka datang (USULNYA) dari luar negara dan bumi bertuah ini. hadirnya mereka ada yang dari sudut China, dan ada yang dari India. dulu mereka datang untuk mencari makan di negara bertuah ini. di masa yang sama, merampas kemajuan yang sepatutnya jatuh ketangan anak melayu dan bumiputera yang lain. melayu tidak kisah kerana di anggap rezeki manusia di mana-mana shaja...menjelang kemerdekaan, kontrak sosial telah di tubuhkan dan DIPERSETUJUI...sekarang, mereka mahu menggubal kontrak sosial, katanya untuk keadilan bersama, katanya ini negara sesama kite...

TAPI!
bukan kah kau datang dari luar?
bukankah ingin merampas kelebihan bangsa asli itu merupakan sifat keji PENJAJAH?
adakah mereka telah mula berani MENJAJAH?


bukan tujuanku menulis nukilan ini untuk membuktikan bahawa aku ni racism
tapi, bukankah semua yang ada di dunia ini mempunyai batas?
semakin dibiar, semakin meliar kata2 nistanya


kita hidup bawah satu awan
biarlah yang megalir itu air sungai yang bersih(kot)
elakkan yang mengalir dalam parit dan longkang2 adalah...
air merah darah yang mewakili bukti
bukti peperangan dan dosa sesama manusia

aku nak hidup aman di Malaysia
anda bagaimana?

2/26/2009

i am so sick

sick of financial constraints
sick of watchin others havin simpler problem and cant face it
sick of feeling unsatisfied with life
sick of falling behind
sick of tellin the truth while others screaming the lies
sick of having a slow moment
sick of feeling sad when i am a happy person
sick of being pissed
sick of being alienated
sick of lack in adrenaline of life
sick of seeking attention that i dont need
sick of learning useless stuff
sick of feeling alone when i have friends
sick of having to hide the truth when i am a straight forward person
just got to:
gotta get up n run for my life
gotta forget yesterday n juz need to remember about tomorrow
plan!

2/25/2009

nothing else matters

so close no matter how far
couldn't be much more from the heart
forever trust in who we are
and nothing else matters

trust i seek, and i find in you
everyday for us something new
open eyes for a different view
and nothing else

never care for what they say
never care for 'games' they play
never care for what they do
never care for what they know

pemahaman terhadap lirik ini adalah sangat penting...membakar semangat jiwa dan raga..HOHO
MetallicA

yeha!!

aku menang public speaking (english lenguage) untuk subjek BEL aku..so, seperti yang dijanjikan oleh lecturer pada awal sem, aku akan dapat A+!!!weeee
hadiah, dapat duet..so, turun je pentas amek hadiah, bergambar, dan melincahkan diri pergi cafe..
naseb bg mereka yang aku jumpe n knal.habes sume aku payung(sebab bukan duet aku)

n, by the time korg bace post ni, duet tu mungkin dah habes..
wahahaha

2/23/2009

DESIGNED SHIRTS

HERE ARE SOME DESIGN THAT ARE AVAILABLE:


design are fixed.and there are lots more of design more.u can contact the people through this links




and for other types of shirt, this LINK

2/22/2009

(accesories)Coure L7 Daihatsu for Kelisa


my friend wanted to sell: coure L7 Daihatsu fullset bumper for Perodua Kelisa, plus limited edition Gino spoiler(rare)..

condition: well maintained
price: rm2500
location: shah alam/segamat

ONLY FOR SERIOUS BUYER


if u are interested,contact me at this blog, and then i will give you the owner's number

underground

tergerak hati menulis tajuk ni selepas mendengar seorang budak sekolah menengah menyebut, Support Our Local Scene...budak sekolah yang mentah.yg mungkin hanya baru mendengar beberapa jenis kaset dari beberapa artis..terlalu bangga akan underground.sedih aku..die taw ke underground tu life camne?..jap, underground tu ape?

sebut pasal underground ni, aku mula terbayang ntah band2 mana, yg membuat gig sane sini..penuh dihadiri anak2 melayu yg mengatakan mereka mmpunyai persepsi yg sama tentang kehidupan dan perjuangan.bentuk pakaian semua lebih kurang.macam pesta perkumpulan badut2 sedunia(bukan bercakap tentang gig, tapi tentang attitude)...aku xpernah pergi gig n aku xperlu g kot..bukan sebab aku xske band underground.tp, sebab mase aku penuh dengan aktiviti yang aku lebih minati.yg bagi aku, lebih berfaedah dari mendengar pertunjukkan yg sound setup die sampah, panas, rimas, n xde awek cun yg nak ngorat aku..(hehe)

purata mereka yg hidup di underground scene ni, mengatakan dan menegaskan bahawa mereka membenci kapitalis dan ingin mengabaikan mainstream dan itu dan ini dan blablabla. mereka inginkan hak dan kebebasan yang sama rata dan mendambarkan untuk mengisi keperluan diri dengan berlatar belakangkan tabir 'revolusi'...namun, benarkah wujud scene underground di Malaysia?..bagiku, scene ni dah lama mampus, mati kutu dan bak habuk kayu.terbang di bawa angin lalu dan reput di makan masa yg terus berputar mengikut arah jam.

mengapa?
sebab, setiap gig akan mengadakan jualan dan di kenakakan bayaran yg mahal untuk masuk. katanya untuk support bayaran duet sound sistem, sewa tapak, dan sedikit saguhati untuk artis..artis?bunyik cam mainstream jek..xpe.abaikan yang tu..benci kapitalis?haha.kepala b*t*hmu.ape itu kapitalis?..jangan ko sebut bende yang ko xpaham.meluat telinga ni dengar.dengar org cakap tu, bunyik cambez,lu pon nak sebut..wat a stupidmuthafuka..lepastu, ingin menghindarkan mainstream..kenapa perlu?sedangkan, itu lah bebalik lagu yg akan terukir di bibir memasing di kala membeli mp3 mahupon melihat mtv..haha.kebodohan nampak di situ.dah cakap dah..korg mmg bodoh

baru 2 point, dah nampak sangat yg bg aku, undergroud scene di Malaysia dah lama xwujud..aku taw, mmg ade pejuang underground scene yg mmg true.bg aku, contohnye, mr. tebu..bg wa, die dah ckup true untuk aku pggil budak underground..yg laen?aku xkenal...terlalu ramai org yg terikot-ikot akan peredaran masa yang berlaku di sebabkan xde pendirian..nak kata budak underground ni unite?fuck off..sedangkan yg bernama besar di scene Malaysia pon sendri tidak support budak bawah yg nak follow n nak tolong dia.jangan tumpang kesenangan org laen katanye(berbicara 'capital'ist)..'artis' mana, xperlu tahu.yg penting, dkatakan bahawa die tu artis underground yg bule tahan fames.n, aku yg bodo musik ni opn kenal die.
bg bebudak yg memikirkan,merasakan dan melaungkan yg mereka ni budak underground,cerminkan diri lu balik..lu tanye diri lu minat sesuatu sebab apa.kalau sebab musik dia, lu diam r.simpan r hasrat lu nak cakap lu budak 'musik' yg true.tp, klau pasal falsafah hidup yg di bawa musik tu yg lu mmg bawa n dambarkan, tahniah.kamu adalah pemusik sejati.HOHO..tapi, puratanya dari kalian mmg sux..
kenapa begitu ku katakan?...sebab, time skate naek, lu r skater.time punk naek, lu r punkers.time reggae naek, lu r bob marley.time hip-hop anek, lu r hoppers.time indie naek, lu r indie...haha.mmg xde pendirian.hanya budak banda yang seolah xde jati diri..hahah.ikotkan kawan.ikotkan masa..ikotkan sangat dunia...

so, bg mereka yg mmg berjiwa true ni, kekalkan lah.tapis n kasi sekolah la pada mereka yg hanya meminati sesuatu sebab ikotan kpd keadaan sekeliling.
p/s:kalau bole, ludahkan sket pada muke posser ni..geli wa tgk diorg,.huhu

budak pandai zaman skarang

budak dulu, kalu yang perikaan dapat banyak A, mesti dari golongan yg gempak2 n berpikiran jauh..tapi skarang, budak macam dah lemau, dan manja. semakin hari, semakin ramai yang pandai.. tetapi, kualiti cam xde. xmacam budak dulu. kalu budak dulu, sedangkan yang kurang A pon tetap rajin dan optimistik..tapi budak sekarang, lebih kepada diam, cakap blakang..
silap siapa?..ya, aku taw sifat amlu2 tu penting.itu budaya kita.tapi, dalam mengejar ilmu, xkan nak memalu gak kot?gile serabai perangai gitu..HAHA

so, kpd sesiapa yang ade adik, anak atau sedara mara yang masih kecil di luar sana, didik lah mereka dengan nilai murni.kembalikan zaman kegemilangan kite yang kite alami masa kecik2 dulu. optimistik, berfikiran positif dan menghormati orang tua..

kalau nak harapkan pandai depan buku tapi bongok dalam kehidupan,
serupa mati kene makan ngn landak lagi elok
haha

2/21/2009

MENJAWAB TAG!!!- by peanut

aku di tag oleh peanut..so, as a member, dengan rilek saje aku menjawabnye..weee

Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah...(maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)

1)Anak kunci
kegunaan asal: untuk mengunci dan membuka kunci
kegunaan xasal : untuk mecalarkan kereta mereka yg tidak berwibawa, dan untuk mnjadi penyebab aku nak sangkutkan keychain..haha

2) penutup pen
kegunaan asal: untuk tutup pen arr..adeh
kegunaan xasal: untuk digigit dan menyendal pintu yang mudah terkunci

3)Botol Mineral
kegunaan asal : untuk isi air r
kegunaan xasal : untuk isi petrol di kala minyak abes dan untuk mmbuat baling2,mgkn ke arah kenkawan(sbb aku suka curve die time baling)

4)Paper lama
kegunaan asal : untuk di-recycle
kegunan xasal : untuk buat fire starter dan untuk di baca di kala bosan waktu senja

5) seluar 'D'lama..'DALAM' terpaksa di sensored kan..ops..
kegunaan asal : mane gune lagik!!
kegunaan xasal : wei..dah xguna..paling mungkin pon, di jadikan pemangkin untuk bakar sampah(mgkn sebab baja2)...wekkk!

6)Lesung batu
kegunaan asal : untuk 'hammer' bawang2an
kegunaan xasal : untuk di jadikan batu asah, dan untuk dijadikan penghentak kepala budak umah yg dari tadi kejot xnak bangun(kami student)

7)Langsir
kegunaan asal : untuk melindung dalam dari luar
kegunaan xasal : untuk melap tangan, kaki, badan(xmungkin!)..

8) Komputer opis
kegunaan asal: untuk opis..:)
kegunaan xasal : untuk online sesuka tanpeada hubungn ngn opis kot(blom keje maa)

9)Duit syiling
kegunaan asal : untuk beli belah
kegunaan xasal : untuk beratkan tabung, untuk masukkn ke dalam karoke box..:)

10) Laman Blog
kegunaan asal : untuk memblog
kegunan xasal : aku xtaw ape blog ni di buat.so, aku rase, aku xde menyalahgunakan ape2 yg xpatot di lakukan terhadap blog..hehehhe

2/19/2009

greatest invention!!!

pada kota pemikiran memasing, memasing ada benda dan ciptaan yang amat di sanjung@dikagumi. maksud 'greatest invention' ni, adalah ditujukan kepada pembuatan@hasil perbuatan manusia keatas sesuatu itu..kat sini, aku nak kongsi pendapat aku tentang bende yg paling aku kagumi di dunia yang telah diciptakan oleh manusia...iaitu, DUIT.
kenapa?
duit telah dicipta setelah sekian lama.ianya memiliki kuasa membeli oleh pemegang atau empunya duit itu sendiri untuk mengatasi sistem bata yang telah sampai satu tahap ketidak-adilan pada zaman dahulu.pada mulanya, ianya dibuat dengan menggunakan emas, perak dan gangsa..setelah zaman berlaly, ianya telah dibuat untuk menggunakan jenis logam lain yang lebih mudah didapati dan dicetak...kenapa aku kagum?sebab ianya tidak wujud secara total.
ia hanya mewakili nilai yang di bawa olehnya dan ianya sendiri tidak bernilai sebenarnya.kita sebenarnya tidak memerlukan duit itu sendiri untuk hidup.tetapi, memerlukan kuasa yang ada pada sekeping besi@kertas yang di bawa itu...dalam hutan belantara dan perang, anda tidak mampu menggunakan duit untuk makan mahupun minum
namun, ramai manusia seronok melakukan dosa demi duet..sebab duit adik beradik bertumbuk.sebab duet keluarga berpecah-belah.sebab duit, laki bini bercerai.sebab duet anak buleh makan.sebab duet kite bule pegi haji..dan, yang paling aku suke tentang duit ni, ianya adalah benda maya pertama yang wujud dalam dunia ini, yang dibuat oleh manusia...ianya maya yang ada lama sebelum internet ada, lama sebelum kartun ada, lama sebelum kalkulator yang memakai enjin stim ada(ada ke?)

for me, money is everything.it makes the 'world' goes around..it turns me on..:)





lecturer aku plak(en syed izad).pada pendapat beliau, bende paling kagum yang manusia buat adalah mencipta nombor kosong..sebab, pada masa dahulu, nombor kosong tidak wujud!!!(fakta yang aku terkejut)..sebab, tgk pon dah tahu.org roma(roman), dgn numeric numbers diorg, mane ade no 0..dan, nombor 0 ni di cipta oleh org arab kalu xsilap..hoho.bangge3x...nombor ini berjaya membantu pengiraan aritmetik, pengiraan biasa dan telah membantu untuk menggubal bahasa untuk kompeter....tu kate dia(kalau aku xsilap)


pada pendapat kalian?

Sister in Islam

group ni dibuat oleh anak islam berbangsa melayu.tujuan mereka untuk menegakkan hak2 wanita.ada pelbagai debat tentang mereka.antarenye, kenapa nak kene pakai nama SISTER In Islam?..tu mmg satu penyakit. antare perjuangan mereka adalah menidakkan poligami dan menyokong monogami. mereka adalah wanita yang tidak mahu di madu kasihkan..

tetapi, mereka ini seolah-olah melawan ajaran agama yg teras. sebab, poligami bertujuan untuk membantu bilangan wanita yang semakin ramai di du nia yang tidak mendapat kasih suami. dan, memang menjadi masalah apabile lelaki2 di luar sana menggunakan nama poligami untuk memuaskan nafsu mereka.(lelaki yg jahanam)..sepatutnya, mereka yang terdiri dari apda golongan profesional ni mampu untuk menguraikan lagi masalah yang mereka cuba bendung dan tidak hanya membuta tuli memperjuangkan sesuatu yang tidak perlu,khususnya yang berkait rapat dengan hukum agama...

dengan alasan pergerakan semasa, siste in islam juga ingin mengubal ajaran islam dalam bidang faraid. di katakan hak wanita di dalam itu amatlah terhad dan ini seolah-olah menindas kaum hawa tersebut..bunyi yang hampir serupa dengan kata-kata kafir di amerika yg mengatakan bahawa islam penindas wanita...kalau boleh ubah hukum faraid yg telah DITETAPKAN, ape maksud nya tu?anda mengubah hukum kehidupan yg telah ditetapkan agama?..adakah anda ni tuhan?

dengan menggunakan nama Sister In Islam, mereka masih di tapuk pemikiran barat mereka..walaupun dah terang2 menggunakan nama islam, mereka adalah purata wanita yang memakai rambut(tidak bertudung)...seolah masjid digunakan untuk berpesta.ayah pin org yg sesat dan menyesatkan secara terang...wajib bg kite menghindarinya.Sister2 ni, menyesatkan dalam senyap....ape perlu kite buat?bukan ingin mengata, tetapi, dengan membawa nama yang baik,mereka menekankan perjuangan yang boleh di terima akal,namun..perjuangan mereka seolah-olah memburukkan hukum agama yang telah di buat...

Islam itu lengkap...umatnya sahaja yang kurang 'lengkap'

2/18/2009

procrastination - a riview

it is about people who love delaying their work. and this is the main problem that most Malay people have.

reasons:
1) myopic = people tends to sees things on a short term. they seldom things in terms of long-term.when this occurs, they neglected that the fact the faster they get things done, the easier they will be in the future
2) fun = everyone love to have fun. by this natural senses, they prefer to delay their work by having fun as a priority
3) negatively optimistic = they always beleif that they can delay the work and get it done later. but they forgot that thongs changes overtime. so does plans. you never knew what will happen in the future

impact:
1) less productivity
2) waste of time
3) low quality in outcome

how to overcome:
1) make a schedule : so that u know when you can be free. so that you know when to do which job first.
2) friends: use your friends. make a deal with them so that they will always remind you when you are lazy. use some hard words are some recommendation
3) punishment = punish yourself whenever you are unsatisfied whit your outcome whenever you delay your work. for example, students may fine themselves like rm10 and treat others lunch or dinner


p/s: this is a good first steps towards better life..peace

ROKOK - aku perokok tegar

benda yang amatlah terbiasa dalam dunia,khususnya Malaysia
bohong jika ada orang cakap mereka tidak tahu apa itu rokok
rokok boleh di katakan sebagai musuh kecil negara
rokok boleh di katakan berada di mana sahaja
sebab, hapir di semua kaunter, ada menjual rokok
dimana-mana sahaja ada orang merokok

ada ramai orang hisap rokok
masing-masing mempunyai alasan permulaan merokok
ada yang kesepian yang inginkan teman
ada yang kerana kawan
ada yang kerana suka-suka
dan ada yang kerana semangat ingin mencuba

ada pro dan contra dalam rokok itu sendiri
ianya bule menjadikan teman di kala sunyi
ianya bule dijadikan penenang jiwa dikala resah
ianya mampu merosakkan itu dan ini

kalau dulu, rokok tidak di pandang hina
itu hanyalah tabiat manusia biasa bak meludah ke dalam longkang
namun, setelah masa bergerak lalu, manusia sedar
dan kesihatan amat di ketengahkan
sampaikan media,pembentuk minda manusia tipikal,
telah berjaya membuatkan imej rokok ini hina
hinggakan ramai manusia seolah suka meludah kepada perokok
seolah-olah kami hina
seolah-olah kamu mulia
namun, itu bukan salah kamu semua
masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing2
untukapa melihat keburuan dan mengabaikan kebaikan?kan?
sebagai perokok, kami ada hak kami
sejurus selepas iklan KATAKAN TAK NAK MEROKOK keluar,
statement dari pejabat peguam pon di keluarkan
'perokok mempunyai hak untuk merokok dan perokok boleh menyaman mereka yang menghina atau mencaci perokok itu'
sebab, tiada siapa yang layak menghina apatah lagi untuk di hina

malam kelmarin, di kala sedang mentelaah mata pelajaran product management,
aku menjadi resah
aku xdapat menumpukan sedikitpon tumpuan pada pelajaran
semua bende yang selama ni mudah telah mejadi susah
otak tidak mampu membaham ilmu yang di berikan oleh mata...
kenapa ek??..aku baru sedar
rupanya aku buntu sebab aku belum merokok
aku rupanya, adalah perokok tegar
aku bergantung semangat pada rokok...
lemah jiwa ini menerima kenyataan bodoh seperti itu...
tapi, untuk apa lari dari kenyataan???

namun, perjuangan belum selesai
aku akan cuba...
aku akan cuba berhenti merokok untuk diri
agama, keluarga dan kawan2 di luar sana
merokok bukanlah sesuatu yang perlu di banggakan
bende bole berhenti
tidak sesia berjihad dan cuba berenti

usaha tangga kejayaan
aku bole
ko bole
die bole
sume bole

2/17/2009

powerPUFFboys




mendalah ni, di buat oleh tocau dan diilhamkan oleh gawat...
aku xtaw nape diorg wat gni
aku xtaw nape aku kene wane biru
yg aku taw,
mungkin!
mungkin!
mungkin aku mmg cute...

wtf

2/15/2009

valentine day - beznye

bez oo valentine day
manusia semakin hanyut dan terddorong sendiri mmbuat maksiat
bez oo valentine day
semakin banyak zina yang berlaku
bez oo valentine day
manusia lebih utamakan manusia dariNya
bez oo valentine day
semakin bodo si-Islam mengekori dan mencontohi niat asal si-kafir
bez oo valentine day
semakin banyak anak haram
bez oo valentine day
mereka yg mahukan wang, mudah mendapatkan wang dengan kad cinta

bez oo valentine day
sebagai satu cara untuk kaum kita bersama dengan manusia di hari Kelak

yang benar,
SYAITAN


bez bace?..hope paham...bez valentine?bez pale hatok kamu!
sambut maulidulrasul lagi bagus.

first impression...

dont judge a book by its cover...ramai yang tahu dan mengatakan ayat ini.namun, tidak ramai yang mengamalkannya..bak hipokrit kecil-kecilan..amat mudah manusia menilai antara satu sama lain tanpa rasa segan silu.lebih banyak fitnah dan hinaan yang dilemparkan dari pujian(yang selalu aku dengar dari mulut org laen)

namun, aku pernah dengar kata2 dari penceramah terkemuka(aku xingat nama,kalu taw, kasi roger), dia kata, kita perlulah pandang manusia dengan mata hati...jika busuk hati ini, maka yuang di pandang dan di nilai pada akal, adalah buruk.sebenarnya, hati yang menilai.maka, apabila anda melihat seseorang di tepi jalan yang bermasalah, jika anda sentiasa bersangka buruk, ubahlah.pandang dengan mata hati.pupuk hati untuk menjadi lebih mulia.

mengapa???
mengapa mesti di pandang seseorang itu dari sifat hinanya?mengapa tidak mencemburui sifat mulianya?untuk kite muhasabah diri dan memperbaiki saudara laen di luar sana. bukankah setiap insan tetap ada cahaya belas kasihan ataupun ganjaran pahala yang diterima.mengapa perlu memperlihatkan dosa mereka dan tidak memuji pahala mereka...xubah macam mengumpat...adeh

memang kite perlu berwaspada.tetapi, kalau sentiasa berburuk sangka, itu bukan berwaspada.itu hati longkang..bukankah lebih elok jika kita sentiasa berbaik sangka, namun sentiasa berwaspada...Rasullallah merupakan contoh terbaik kita dalam menjalani kehidupan seharian dan bersosial..

marilah bersama menuju kebaikan..mmg bukan senang nak ubah hati yg busuk(aku). tapi, jika tidak usaha dari sekarang, bila?..ko bernafas untuk sampai esok pagi pon belum tentu..ajal adalah rahsia..so, burmulalah dengan langkah pertama,dan di-ikuti langkah seterusnya..

niat, usaha, tawakal

kontrak sosial - PENTING

mungkin ramai yang mengendahkan kontrak sosial ni dan mungkin ramai yang tidak tahu akan tahap kepentingannya...xpe..meh aku tolong

DEFINISI : KONTRAK SOSIAL ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.


CONTOH : Piagam Madinah iaitu perjanjian yang di antara kaum Muhajirin dan Ansar yang di ilhamkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Maka negara Islam pertama di dunia terbentuk. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal yang dipersetujui.

Di Malaysia, Kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta India yang pada hari ini merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.

TUJUAN :

i) ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing.
ii) memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
iii) memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
iv) memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.


Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia.



i) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara. (Berasaskan prinsip Jus Soli).

ii) Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.

iii) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.

iv) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja - Raja Melayu

v) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu

tujuan aku mengingatkan tentang kontrak sosial ni, bukan untuk bersifat perkauman. ini hanyalah sebagai peringatan sebab, dalam Islam sendiri, adalah haram untuk bersifat 'racist'.
kontrak ini wujud dengan konsep, Malaya pada masa dahulu adalah milik penuh bumiputera dan melayu. namun, setelah di jajah, demi membangunkan ekonomi dengan tenaga yang lebih efektif dan ekonomi, rakyat china dan India telah di serapkan kepada tenaga buruh negara pada masa itu.

namun, setelah percubaan untuk menubuhkan Malayan Union yang sememangnya seolah mencabuli hak 'tuan rumah' secara terang-terangan, maka, proses kemerdekaan mula di pandang serius. dan, antara jaminan dan perjanjian di antara kaum telah di buat di bawah kontrak sosial..

yang aku buat ni, mungkin hanya antara kontrak sosial..namun, dengan demokrasi yang ada dan pergolakan politik negara yang semakin semak di baluti masalah gila kuasa memasing, kontrak sosial ni boleh dibatalkan kerana jika disokong padu oleh ahli2 parlimen dengan kiraan tertentu(aku xingat)

dengan kata nama lain, hak bumiputra akan di lupuskan. maka, akan wujudlah bangsa Malaysia.dan, kemungkinan yang memang besar akan mula berlaku pertumpahan darah antara kaum kerana sudah semestinya akan ada rakyat yang 'suka' akan pembatalan kontrak sosial dengan rakyat yang 'tidak suka' akan pembatalan tersebut.

secara mudahnya, semua ini mudah di capai apabila tiada kesedaran politik dalam kalangan diri rakyat memasing. jadi, tidak kira anda berpihak kepada mana2 politikus, jalankanlah tanggungjawab dan hargailah hak anda..amat mustahil apabila bende ni dah menghilang, ianya akan timbul kembali...

fikir-fikirkan saudaraku sekalian

2/14/2009

kenapa update blog aku laju?

ade mmber aku cakap(alip),die nek pelik tgk aku update bnlog
eleh bro, rlek r..
wa marketing..snang pnye course..so, no wonder aku ada banyak mase nak update blog
assignment pon pelan pelan datang..n, aku xde awek
so, ade banyak mase untuk alam maya ni
haha

walhal dulu,
aku xberminat nak tulis blog
tp, lepas d beritahu oleh gawat n aidil(tocau)
bahawa blog ni aku bule tulis ape je aku suke,
so, aku pon wat r akaun blog ni..
beside, i got too many to share with others...

hoho..
terlalu bnyak persoalan hdup aku nak berkongsi bersama
terlalu bnyak kelemahan diri ini nak d kenangkan
terlalu banyak aku nak tau n beritaw pada sume yg nak taw akan ketahuan tertentu

sampai aku naek semak!!!

so, pengajaran, pikir ape nak kongsi..pepelan kayuh.bukan ade pe pon nak d kijer ngn blog ni..huhu

2/13/2009

dust in the wind

i close my eyes,
only for a moment and the moment is gone.
all my dreams,
pass before my eyes with curiosity...

same old song,
just like a drop of water in an endless sea.
all we do,
crumbles to the ground though we refuse to see...

no don't hang on,
nothing last forever but the earth and skies.
it slips away,
and all your money wont another minute buy...

dust in the wind,
all they are is dust in the wind,
-everything is dust in the wind-

remp-it

satu masa dulu(zaman sekolah), wa di kalangan budak motor
wa dan kawan2 wa berada di kalangan budak motor..itu yg kami fikirkan
sebab, kami sering bermotor untuk kehulu-hilir di kala rakan2 laen sedang semak membayar tambang bas..wahaha

pada masa tu, kami pon suke men lap2..mase sekolah dulu, wa pakai modenas jaguh, scrambler MZ125SM, dan APRILIA 125RS..so, mmg cam sial r org pandang wa...ikot suke wa, wa tukar motor..padahal, jaguh tu motor bapak..yg lagik 2 tu, motor abg wa..tp, dengan berbekalkan seluar hijau, sudah memadai kalau merayau di bandar kluang dgn motor2 itu..

pengalaman aku, yg paling aku suke antara motor2 tu, adalah APRILIA of coz..mane xnye, nak kate cantek, mmg kene ngn nafsu wa..nak kene pickup, mmg kne ngn nafsu wa..nak kene cc, mmg kne ngn nafsu wa..nak kene ngn warne(hitam), mmg warne kegemaran wa!!

tapi, bile dah zaman sekarang ni, aku tgk, ramai budak ngn baju skolah, ngn moto cepai n petak, tetap nak up, ramp sane n ramp sini..macam sial.kalu motor ko laju,xpe r gak..ni paling pegi pon, 150km/j..apsal?aku pnah r gak d minta race ngn moto2 cub ni.time tu kat trafic light.brader tu ngn muke kerek ngn moto cepai n mmber die, 125z...wa ingt, pergh!!rempit ke itu??

blakang, kene tinggal jauh ngn wa..wa baru gear 3,die dah kene tinggal jauh..kesian..hahaha(gelakkan rempit)...

so, kepada mat rempit rempit kat luar sane, tukar r moto..nak modifikasi sane sini, moto cub gak.kasi malu mak abah watpe.tiru kan sangat trend semasa watpe.adeh!!..serupa org bodo juga ada...

nak d tambahkan ngn perempit zaman sekarang, siap ade yg berperaturan sane sini..di ajaknye lagi kejalan kemungkaran..kalu nak jadi rempit, kene ada hasil barang ragutan, kene ada angkut-angkut(bohsia) murahan yg d kongsi bersama, arak menjadi air mineral, sembahyang menjadi angin yg lalu...

apeda lu org...

nak lagi bez?
purata mat rempit adalah MELAYU

so, macam biasa,
mari kite gelakkan melayu
HAHAHA

shuffle

aku xtaw samada aku eja mendalah ni btol or x.n aku xdulik
ape pendapat korg pada shuffle?
aku xtaw nak cakap pe...kecuali:::
shuffle ni dam macam minat memasing.
ade yg minat berjoget, ade yg minat bergaduh
walopon xgeti, tapi, kalu dah minat, apedehal..
macam aku men skate gak
walopon xterer, tp minat tu kekal ade
bukan r hebat men skate
tahu maen skate pon tidak
tapi dah minat, aku men gak

TAPI!!!
kalau time punk lu pakai punk
time hip hop lu pkai hip hop
time shuffle lu pakai shuffle...
lu org ni, ade pendirian ke x?
samada korg yg berlalu mengikut zaman atau korg hanyalah mangsa kebodohan laluan zaman itu sendiri

nilai dan fikir lah sendiri
cukup lah sampai sini
aku dah xlarat nak gelakkan bangsa sendiri

HAHAHA

asal-usul ku...

datangku dari pada kawasan setinggan
aku bergaul dengan kawan2 kampung
berperangai kampung
berilmu kampung

mengambil berat tentang pergerakan politik negara
mengambil berat dengan ilmu alam
mengambil berat akan ilmu akhirat

pergaulanku sentiasa ku bataskan
bergurau ade paras
marah ada paras
bersuka ada paras
menangis tidak perlu

menghormati org tua adalah tanggung jawab bersama
mengasihi yg muda adalah sentiasa
menjalankan tugas dengan sempurna dah macam objektif hidup

terima kasih ayah n mak...aku bersyukur dapat ayah n mak camni..baik buruk aku, aku anak dia..n, sudah tentu, baik buruk die, diorg tetap mak n bapak aku..hoho

n, thanks again
aku xkan lupa asal usulku

-kampung boy-

2/12/2009

us

words that have simple meaning to life
a word that shows what is friendship is..maybe,maybe not..
who am i to judge..
n, who r u to judge...


everyone is nothing
n nothing makes us think of being everything

its complicated..huahuahua

masalah org melayu yg aku xpaham...

ni nak d ceritakan sedikit tentang burok perangai bangsa aku ni..bagi mereka d luar sana, jom lah kite renungi dan memperbaiki diri ini dari masa ke masa biar sampai mencecah ke hari akhirat nanti...

bile sakit sikit,
tanpa merujuk ilmu perubatan, terus manghadap bomoh
terkena itu ini katanye...
jumpe r doktor dulu...adeh

bile berniaga,
terus lincah jumpe bomoh mintak bantuan
nak dmurahkan rezki mintaknye...
ape tuhan xde???adeh

bile besaing,
terus jumpe bomoh, santau sane, santau sini
nak mintak mudah jadikan diri monopoli katanye...
ape ko xpercaya pada reski yg tuhan bagi???adeh

bile bersosial,
ade je masalah anak jiran sebelah yg dkhuatiri
nak jage keselamatan anak sendiri katenye...
ape anak ko tu dah terbaek tahap awan tinggi???adeh

bile becinta,
ade saje ayat pengasih sane sini ngn minyak dagu skali
nak memanis kan cinta supaya kekal abadi katanye...
bukan kah tuhan dah tetapkan jodoh sejak azali???adeh

bile berbual,
ade saje buruk org laen yg d perkatakan
untuk pengetahuan dan info semasa dan terkini katanya...
ape ko xtaw ape tu fitnah ape tu dosa???adeh

bila berpangkat,
ko saje yg betol, ko saje yg baek, ko saje yg tinggi
abes sume org burok, salah sikit d hkum tanpe bicara mata hati,
nak jage agame katenye...
ape hukum agama ko kate terus hukum tanpa siasat?adeh

bila berjawatan...
mulut bukan maen langsi kutuk dan merendahkan org
layak pada org yg bodoh itu katanya...
bukankah tuhan lagik tinggi?bukankah ko rendah lagi?adeh

bile muda
abes sume bende ko nak rase dan ceburi
naek fesyen sane, ko ikot sane.naek fesyen sini, ko ikot sini
dadah,arak,zina,judi jadi macam makan nasi
nak ikot peredaran zaman katanya...
ape ko xde pendirian dan agama dalam diri???adeh

bile rase diri beriman
abes di pandang semua org biasa jijik
banyak dosa dan kotor jiwa katanye...
ade penah Nabi buat gini???adeh

bile memandang org laen yg xdikenali
ade saje syak wasangka yg nak d beri
untuk menjaga keselamatn diri....
kot ye pon, timbangkah jugak utk guna mata iman/hati...adeh

bile berjanji
banyak yg lebih banyak menabur dari mengkotakan janji
ade masalah tua de amsalah ni katanya...
bukan ke dah d bgtaw, kalu xbule, jgn berjanji???adeh

melayu
ade aje ko nak nyusahkan bangsa ko sendiri
org cina bukan maen tolong bansa sendiri
org melayu(islam), perpaduan kononnya..
tp, puratanya, hanya suka tgk kejatuhan bangsa sendiri
puratanya hanya suke mencebik tapi mendiam diri
nak lagi sedapkan cerita
puratanya hanya lebih gembira apabila menjual bangsa sendiri...
adeh

melayu sudah kembali
kembali ke zaman jatuhnya empayar melayu yg dulunya menjadi kebanggaan..
untuk ape bangga pada sejarah lamapu yg ko xde dalam zaman tu..
jom kite berusaha
banggakan zaman ini yg kite ade dalam ceritanya

bangkit

untuk apa erti berkawan : part 3

logix skate team

nama persahabatan aku di uitm..asalnya, diorg ni dalam golongn skaters.tp, secara personally, tahap kerapatan kitorg, aku ade letak satu kawan aku dalam title logix skate team ni..ni r mmber logix yg rapat ngn aku..:
1) mr tocau (skater otai)
2) mr gawat (skater otai gak r)
3) aku (skater sampah)
4) gary (haram bukan skater)

persahabatan bermula antare aku gawat n gary..kitorg satu bilik mase aku part 1.so, mmg banyak cerita, suka duka, n meracah d kongsi bersama..so, no wonder aku blh rapat ngn diorg..tp, ngn tocau/aidil ni, ade complicated skit...kitorg kenal btol mase aku part 4

mase tu, aku baru nak berjinak semula dgn arena skate..time tu, gawat bawak set die, so, i juz wanna give it a try..tp, setelah satu sem, aku terkantol kes ngn pakguard, n secare sertamerta, aku d buang kolej..so what?mmg aku dah wat silap n kantol, xkan nak marah kot.n, dalam peristiwa ni, ade kes rase kawan tikam kawan.wa xcakap kawan mane.tp, yg terasa tu, abaikan je.bende dah lepas,xpayah nak d ungkit...
mase aku dok luar, aku mule rapat ngn tocau.sbb, die skater, n sebaya..so, byk je cerite..padahal, pada awal perkenalan, aku xbrape rapat ngn dia ni.ye r, muke tarik sombong, bontot tonggek, terer men skate...no wonder xnak rapat kawan sama wa maa...
rupenye, budak bermuka jawa ni, hanyalah seorg insan yg xreti nak bergaul.pemalu.adeh.nasib bek aku xtikam dia sombong masa awal2...

lama kelamaan, kami mula rapat sbb wa ske ngteth, dia kaki folo...hoho.ade kawan, suke3x...dia ade pada masa wa perlukan kawan.wa ade mase die perlukan kawan.so, sbb tu kitorg jadi baek punya kawan..haha

gawat..ko hamster wane pink yg padai men skate...ko mmg perangai serupa sundal.hahaha.xde r, xde r..hahahha..dia ni, suke pow rokok aku.kalu aku beli 5 batang, die punya 2 btg..tp, aku xkesah.ntah pehal..mgkn sbb, bile die ade, die pon xkemut nak kongsi ngn aku...kitorg pon byk kongsi masalah bersama.tp, bukan asalah permpuan!ini kelab jiwa luka maa.xde masalah perempuan...hehehehhee(biarlah rahsia)

gary, ni satu puki.mase aku mude2 dulu, kerje die, pow megi aku je.aku dah abes nyorok,, pon die curik gak..mmg bangsat punye perangai..tp, nak berkira pon, xperlu.dia byk tlg aku.n, bebaru ni, dia bg aku loan duet time aku tengah sengkek..thanks G.masuk ptptn, wa sumpah wa bayar.huhu...wa ngn die pon banyak kongsi masalah gk..pillow talk.haha.mulut mangkuk ni, mmg macam sundal.tapi, hati, alhamdulillah..

snang cte, bg wa, rugi lu org xde kawan camni bila masa korg bergelar pelajar universiti
ni antara friends not for benefit
berkwan, tlg, n menolong dgn ikhlas

thanks guys 4 bein a friend that is close to me..

untuk apa erti berkawan : part 2

fire armadillo...(our story)

cerita ni, biar aku ceritakan mengikut peredaran zaman aku dan rerakan ku...
antare sejarah persahabatan kami, kami berkawan dari tadika al-husna
hampir semua ada di dalam kelas yang sama.cume xbrape ingat sebab kecik sangat..dah beso, tgk gamba klas, baru sedar...wahaha

melangkah ke sekolah rendah, aku dah mula kenal insan lahnat bernama alip..aku pon xingat tarikh aku knal die..walopon kami berjumpa hanya d skolah agama, tp, kami rapat..d skolah rendah, ade r 2-3-4-5-6 kawan yg aku rapat..tp, yg aku btol ingat, arip, daus apek ,wan isnan, n yg laen,xbrape ingat...

melangkah ke sekolah menengah, sinopsis penting bermula..aku mula berkenalan dengan epi,ajib,amir(sepat), dan ramai lagik d sini..cuma d hujung skolah menengah baru datangnya aiman dan pejal dalam hidup.

nak d jadikan cerita, persahabatan semakin erat bila memasing dah ade moto nak ke sekolah..pegi kekadang bersama..n balik, komfom bersama..kalu sorg ade kelas tambahan, semua tunggu..semata-mata nak merempit bersama-sama denan kelajuan 60km/j...
pada waktu petang d setiap hari khususnya hari sabtu dan ahad, akan d habeskan masa dengan aktiviti minum d kedai d bandar kluang, yg dkenali sbg ebu simple side walk..

macamne wujudnya fire armadillo punya nama?
begini..ade sekali tu, dah lame pas benti skolah, memasing dah masuk u n menghala tujukan diri ke menara gading dengan minat dan corak memasing..nak d jadikan cerita, ade yg bermulut longkang yang mahu jamming..maka, memasing dengan set up otai, ngn drumstick(aku), ngn pick(epi), ngn buku jamming(pejal!!)..haha..masuk kebilik jamming, dan menghentam lagu bak jampi serapah yg jin pon xpaham..haha..pastu, apek toke kedai tanye, ni band nama ape?mau tulis dalam log band die..memula nak wat gagak itam, tp, dah ade..so, ganti.aku nak buat group tenggiling merapi.xsdap.pejal tukar jadik fire armadilllo...hoho..
name band yg gah..tp, maen serupa sampah

lately, kitorg ade p maen pool..pukol 2pagi,kat banda kluang(kedai pool baru)..epi pon kate, kite ni macam budak jahat, xbalik umah, maen pool, rokok, n blablabla...memula, semua berasa bangga bila manjadi budak jahat..namun, aku terfikir, dan meluahkan perasaan buah fikiran ku..
aku berkata..:
kita budak jahat?mungkin..budak jahat yg:
1) ikot cakap mak bapak
2)tidak merempit
3)mak bapak tau kite p kedai mane kalu lewat
4) mak bpk kenal kawan2 anak, n mk bpk kwn anak skali, n umah skali
5) mak bapak kite sume dah xkesah ngn kwn-kwn anaknya
6) semboyan keluarga sentiasa d hormati
7) merempit ngn kadar 90km/j berjemaah..xpernah laju dr tu
8) blaja men snooker bile aku dah grad diploma!
9) xsuke arak, zina, dan dadah
10) xde nak melayan pemikiran melayu kuno yg xmaju(menaliti rendah)
11) sentiasa patuh ngn ibubapa, agama, dan peraturan jalan raya
12) memasing mmpunyai taraf ilmu duniawi(diploma) dan akhirat(sekolah agama)

so, adakah kitorg budak jahat?...

lepas tu, semua muke berubah merah padam...baru kami sedar, rupenye, FIRE ARMADILLO yg d banggekan sebagai satu kumpulan hitam persahabatan d kluang ini, hanyalah,
sekumpulan BUDAK NERD

masa tu, semua xdapat terima kenyataan..tapi, nak sangkal macamne lagik..mmg kitorg NERD
...adeh

2/11/2009

PEMIKIRAN EVOLUSI ANAK MUDA

malangnya, kawan aku(gawat) dah berceritakan tentang bende aku nak cakap nih..tapi, ni bukan page dia, so, aku buat r gak..tanpe meniru sebarang idea nya, hanya mmpunyai tajuk cerita yang hampir sama...

pada masa sekarang, aku berbangga..semakin ramai anak melayu yang dah mula maju dengan berfikir..sudah ramai yg bercita-cita untuk menjadi pilot berbanding dahulunya, yang hanya mahu mengikut jejak langkah orang tua untuk menjadi petani cerukkampung...xsalah cita-cita..dan tak salah pula berkerja kampung..asalkan rezeki halal..

namun, pada ketika memasing sibuk dengan rencana dan ilmu memasing, ade di kalangan ank melayu yang mmpunyai pemikiran yang bersayap kiri..thinking out of the box katanya..haha.how typical stupid mistakes..terlalu ramai yang ingin memerangi zionis, kapitalis dan racist..itu kata2 d mulut mereka...tetapi, memakai jam gucci, minum air di star bucks, meracik ganja, menodai wanita, meminum air hancing syaitan...mulut ingin memerangi kapitalis sane, scene sane, scene sini...mahukan dunia tanpa sempadan.mahu menterbalikkan sistem kerajaan yang penuh dengan korupsi...

inginkan mentaliti baru katanya...inginkan kemajuan yg baru katanya...tetapi, perangai lansung tidak bercirikan ummah yg sepatutnya berdiri d bumi ini.d mulut mahukan evolusi minda dan perbuatan, tapi d tangan(kuasa), hanya menurut peredaran zaman gelap tanpa teringin diri menyuluh kepada keadaan dan situasi sebenar untuk bangkit berdiri lantas menuju kejayaan...

maka tergelaklah iblis dan syaitan...
maka kayalah si penjajah dan penceroboh negara
maka pulanglah anak melayu ke kampung ceruk tanpa kemajuan
maka terabailah perjuangan datok nenek sebelum ini
maka, semakin terjerumuslah anak melayu ke kancah kebodohan...

bodoh punya melayu
p/s:aku mix melayu, bugis(belah bapak), pakistan,cina(belah mak)..so, aku ade kire melayu sbb ikot darah lelaki dalam keturunan..tp, xpure sgt r melayu..:)

untuk apa erti berkawan : part 1

untuk apa erti berkawan..title ni aku amek sempena nama gig yg aku x pergi, tapi aku beli baju die.sebab, gig ni, akak dia buat..si, kire support mmber gak r..seingat aku, pada ketika ni, aku tingkatan 4...ok, cukup introduction sampai situ...aku mmbuat aprt2 sebab aku ada ramai kawan yg mmpunya golongan2 masing masing..akan aku ceritakan pelan-pelan...

untuk apa erti berkawan
kawan adalah untul d jadikan lawan
lawan untuk maju kedepan...
kawan untun d jadikan teman
teman d kala kesepian dan kebnosanan...
kawan untuk d jadikan bahan...
bahan untuk berjenaka dan bersenda gurauan

tapi, masih ada kawan yg perangai suka makan kawan
masiha da kawan yg berkawan mengikut keadaan
elok kulupakan kawan sebegini
elok kau lupakan kawan sebegini
mereka hanya mahu mengikis kebahagiaan org lain
yg d katakan 'kawan'

aku ade kawan macamni
tapi, aku xpeduli
aku bukan tuhan nak menentukan nasib kawan gini
biar Tuhan menentukan nasib dan dosa mereka

ade ramai kawan yg sentiasa bergelak senda
dan ada yg mahu menangis bersama
aku suka

nasihat untuk kawan,
aku tidakkan memujukmu untuk menjadikanmu lebih mundur
aku tidak akan menolongmu menjalani jalan kemungkaran
aku akan memarahimu bile kamu silap
aku akan pergi dari hidupmu bila aku mati
aku tiada amsa untukmu d kala tawamu itu,
kerana zaman tawaku sendiri aku xtertawakan
aku sentiasa ada masa untuk menemani mu d kala tangis
aku kesian melihat kawan2 ku bersedih
aku tiada masa nak mengajakmu d kala ku menangis
sebab aku akan sibuk/bz menangis
dan
jikalau kau tidak suka dengan perangaiku ini,
pergilah engkau dari hidup ini

untuk apa erti berkawan???
biarlah individu2 sendiri yg menentukan

pihak berkuasa...

antara contoh pihak berkuasa adalah polis, jpj, kastam, n of coz, pak guard!
hahaha
mereke brkerja untuk menyusahkan org laen..
bukan lah bereti mereka ni bekerja nak nyusahkan org sesuka,tapi, mereka ni bekerja untuk menyusahkan org yg menyusahkan org len sebenarnya

aku dulu, dari zaman sekolah hingga ke bangku universiti ni, mmpunyai ramai kwan yg mmbenci pihak berkuasa..katanya mereka ini terlalu menyusahkan..ade sahaja yang nak d cari punca pada org laen(khusus nya pak guard)!!
haha
apada..diorg kan mencari rezeki dengan menjaga keselamatan, keharmonian, n blablabla..
yang ko nak marahkan sangat pada diorg ni kenapa...
mase aku dari sekolah lagi, setiap kali ade mmber yang menyuarakan semangat membenci polis, aku slalu menanyakan contoh ni;"kalau mak ko kene rogol time balik kedai, ape ko nak buat?"..

mungkin perumpamaan ni nampak kasar, tapi, mmg kenyataan maa.mmg r ade sahaje di antare mereke(pihak berkuasa) yg tidak mmainkan peranan secara menyeluruh.ade yang berasuah, curik tulang...tapi, apedehal, ok r..sape sini yg xpernah buat vandelisme???
jangan r asik nak menuding jari kepada org laen yang buat salah..ko buat salah, ade pernah muhasabah diri?
xmau jahat2 eh kalian semua...sabar

aku xpernah mmbenci pihak berkuasa
sbb aku bukan bodoh nak terpengaruh dgn cerita dan budaya luar
aku xpernah marah paada pihak berkuasa
walaupun aku dah d tahan bbrapa kali(sbb, mmg aku salah)
aku suke pihak berkuasa
yang datang meronda dan asik bertanya khususnya d jalan raya


aku xtaw ape aku nak sampaikan, tapi, ni r die...bukak lah mata kalian sedikit.kenapa perlu mmbenci pihak berkuasa?biarlah mereka buat kerja memasing..biar org jahat kene tangkap.biar diorg amek rasuah..itu pahala dan dosa mereka..kite ni manusia, xlari pada kesilapan..ko nak kutuk org bagus, ko dah cukup bagus???
...
lu bukan Tuhan
lu xsempurna

- in pursuit of perfection -

2/10/2009

ADVERTISTMENT - PHOTOGRAPHER SERVICES

~ INTRODUCING ~




~aidildbahri PHOTOGRAPH~
PROVIDES SERVICES FOR PHOTOGRAPHY SESSIONS FOR WEDDINGS,BIRTHDAY PARTY, CONVOCATION, POTRAIT, KENDURI SELAMAT, KENDURI KAWEN, KENDURI TUNANG N ETC.
- PRICE ARE CONSIDERED LOW N CHEAP!!!
-CAN BE CONTACTED ANYTIME BY THIS NUMBER:
017-7252087(AIDIL)










POLITICS - a simple review

sebut je pasal politik, sudah tentu ramai yg faham akan perkataan itu sendiri..memasing mempunyai persepsi berbeza akan bidang yg d namakan politik.aku tergerak nak bercerita pasal politik lepas baca surat khabar kelmarin, tadi..tentang politik negara yang semakin goyah dek mainan bangsa yg dulunya bangga dan gembira d gelar majmuk...

purata persepsi yg ku dengar terhadap politik itu sendiri, adalah sampah. purata anak muda di sekeliling ku hanya memandang politik itu hanyalah mainan korporat yg keparat.mempermainkan nasib bangsa dan memperjudikan masa depan negara. bagi mereka(anak muda), politik hanayalah medium untuk memajukan diri dari bidang ekonomi dan sosial secara individu.
mengapa?
mungkin bagi org muda, ini kerana negara Malaysia ini, telahpun lama merdeka.bebas dari penjajah.selamat dari krisis kewangan..dan, KERANA, purata org muda di zaman ini tidak memahami apa itu politik, untuk apa d perjuangkan.mungkin mereka faham, tetapi, kalau hanay faham di lidah tanpa melihat dan memahami kefahaman itu di mata hati, untuk apa anda berbicara?...mereka mengambil keputusan untuk berdiam diri dan membiarkan korporat yg keparat terus mempermainkan nasib mereka dan mengaut keuntungan yg sepatutnya menjadi hak bersama.hanay duduk diam.sepi.marah dalam hati.bak pengecut d gertak anjing kurap d tepi jalan

itu pandangan yg aku dengar dan aku nilai dari sekeliling ku...
hanya sedikit sahaja yg seperti ku...
ini pandangan aku dan mereka yg sekepala:

politik adalah medium untuk sesuatu bangsa dan fahaman untuk mempertengahkan diri bagi memajukan agama, diri sendiri, dan bangsa, khususnya untuk elakkan entiti2 itu tadi dari d tindas.
YA!!
mmg ramai d kalangan politikus negara yg mengambil kesempatan kepada bangsa sendiri demi keuntungan Haram diri dan keluarga mereka. TAPI, bukan kesemua mereka begitu..di depan mataku, ibubapaku bergiat aktif dalam arena politik peringkat picisan d mata rakyat.tetapi, Alhamdulillah.aku bersyukur mendapat mereka sebagai ibubapaku.mereka bergiat cergas dalam politik kerana agama, bangsa, dan negara.. tidak pernah mereka berjuang demi diri sendiri.bagaimana aku tahu?itu kau xperlu tahu..

aku sedih bila purata rakanku hanya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan mengendahkan politik negara dan bangsa sendiri. mereka sepatutnya bangun dan majukan diri dan bangsa. sepertimana firman Allah yg bermaksud "Allah tidak mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri"..ini ku dapat dari sedutan berita buletin utama..jadi, kalau anda melihat nasib bangsa d permainkan dan masa depan negara d jual dengan sewenang-wenangnya, dan anda marah...tapi, kalau anda tidak membuat apa-apa, lebih elok hanya duduk dalam tandas dan meludah ke arah cermin di dalam tandas itu.. jangan kau suarakan semangat kebencian kau tanpa mempunyai sebarang rencana untuk memajukan bangsa..sepertimana dalam agama..kalau yg salah sudah d katakan benar, yang haram d katakan halal, dan kita hanya melihat tanpa berbicara Amar Makruf Nahi Munkar, d manakah jihad kita???seumpama murtad kelihatannya...
YA, memang ramai mereka yg berpolitik itu hanya bertujuan demi wang saku mereka.mmg kita sebagai anak muda malu dengan pergerakan politik negara.tetapi, kenapa harus d biarkan nila setitik untuk merosakkan susu sebelanga?
bukankah Islam mengajar kita supaya berfikiran positif dan optimistik sepanjang masa?
bagaimana pula dengan kewujudan pembunuh dan perogol d kalangan umat Islam sendiri..malah, ada juga kes imam merogol cucu sendiri..adakah dengan kejadian ini kalian mengandaikan Islam itu hina?...kalau begitu, kalian dalam golongan manusia bodoh yang hanya tahu berbicara..DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER kononya.di mulut mengatakan bahawa jangan menilai sesuatu dari luaran.tetapi, dengan politik, dengan terkeluarnya kisah pengambilan rasuah, habis semua kalian katakan sampah...
Buka mata!bangun!Berdiri!Lari!!!...masa dalam kehidupan tidak menantikan kalian menjalankan kehidupan kalian dengan penuh kelalaian...ia akan terus berlalu..kejarlah ia!

pada zaman melaka, melayu bodoh berpolitik
hanya mementingkan emas dan sutera
maka
melayu d jajah

pada zaman merdeka, melayu belajar berpolitik
demi bangsa
maka
malayu merdeka

pada zaman ini, anak melayu pandang remeh pada politik
kerana perlakuan sumbang yg laen...
sudah tentu
MELAYU AKAN D JAJAH SEMULA

hidupku untuk Agamaku, Bangsaku, dan Negaraku

*harap maaf jika post ini menyentuh dan seperti menghina mana2 pihak.tujuan karangan hanyalah sebagai perkongsian pendapat.tiada niat untuk melukai atau memerangi mana2 pihak.
jika ada tersentuh mana2 badan atau kaki tangan mahupun JKKK-JKKK, harap maaf sekali lagi...sori

2/05/2009

GHAIB...apakah???


aku nak spesifikkan pada hantu jap...
ade yg mengatakan bahawa hantu adalah roh yg tersepit antara alam mati n dunia
x dtrima tanah,x dtrima kubur..ianya sendiri mmpunyai kelas memasing.mengikut kajian yg d jalankan, purata responden mengatakan hantu ni terdiri dari roh, jin..seperti pontianak, toyol, org bunian, hantu galah, hantu t*t*k, hantu tanah, hantu air,saka n ntah pape hantu lagi ntah
(aku pon xpham ape masalah org melayu ni)

namun, pada hakikatnya, tiada hantu d dunia!
bumi ini hanya d huni oleh manusia, haiwan, tumbuhan, jin, syaitan,
n malaikat(mengikut tugas memasing)

kewujudan hantu hanyalah satu ilusi dari syaitan untuk menyesatkan anak Adam. kerana penggunaan tangkal, jampi serapah, ntah ape-ape ntah lagik
(aku xpaham ape masalah org melayu ni)

kewujudan ghaib ini, bukan lah ingin aku sanggah.tapi, mengikut keimanan pada dada
pada hari wujudnya Adam, mahluk2 d arahkan untuk sujud(sbg tanda penghormatan)
namun, ade yg engkar..setan r tuh

bagiku, dgn teori hantu ni, manusia akan sesat dlm arus pemikiran n hkhayalan sendiri..menduakanNya..xpatot
adakalanya, hantu2 d hutan tu, wujud sebab kite percaya bende tu ade..maka, dengan cara yg mudah setan tau ape kite takot..dan bende itu d wujudkan oleh si durjana.untuk menakutkan dan menyesatkan anak Adam
kan Dia ada.mintak pertolongan darinya.bukan menduakanNya
(aku xpaham kenapa melayu berperangai macamni)

knape perlu takot pada hantu?sbb dia mengerikan, betol r tu...kalu x, xkan Dia block mata kite yg sempurna ni dari melihat keseluruhan ciptaanNya..bile dah nampak bende ghaib, pepaham r.ade r tu mesej Dia nak sampaikan.mungkin sebagai peringatan.mungkin sebagai ujian.Dia ada hak.kite ni dia punye..

tapi, kene pulak ade yg tanam susuk tu, susuk ni...ape ke xsempurna ape Dia dah bagi?sedangkan nabi sendiri x berdoa untuk mukanya menjadi kacak..sedangkan Nabi sendiri xberdoa untuk jadi kebal...ko nak jadi kebal pulak
(aku xpaham ape amsalah org melayu ni)

pasal hal bomoh2 nie...
aduh
lama sebelum nabi Muhammad, mmg dah ade sihir ni..
ilmu yg bule d ajar dan d pelajari
hanya ilmu manusia..sunat untuk mempelajari, namun haram untuk d amalkan
kenapa nak santau sana santau sini??
(sifat org melayu yg aku xpaham)
knape mintak bomoh tangkal rezeki?
knape mintak bomoh tangkal kebal?
kenapa mintak bomoh ilmu pengasih?
lu xde pegangan ke????


iman d dada sudah ade..bagi mereka yg lemah imannya, amat mudah untuk si syaitan dhurjana menghasut dan mempengaruhi...dengan iman yg kuat, pon tetap si dhurjana mahu menghasuti.so, lu xkan dapat lari dari dugaan...bile berlari, terjatuh, bangun r sendiri!
xkan nak Dia angkat lu plak.apada...
maksud wa, dlm mencari rezeki, mempertahankan diri, menjalani hidup yg sementara ni, xpayah r lu nak mintak tolong dari pawang atau bomoh atau hantu atau jin atau setan...mmg kite perlu ikhtiar.tp, bukan dengan cara menduakanNya..dengan cara meminta dariNya..alam ni Dia yg punya.Dia maha memiliki.Dia maha kuasa...mohon r dariNya..xkan luak hartaNya walaupun dberikan semua emas di dunia ni pada lu...Dia masih kaya.

ape yg wa melalut ni, hanya nak bagitau:
1) jangan percaya pada hantu..itu hanya mainan syaitan
2) jangan r menduakanNya...sebab, Dia je yang paling kuat/memberi/kaya/pemurah/penyayang
3) xperlu r jadi pengecut dengan cerita2 karut/sewang
4) jangan jadi bodoh wahai Islam sekalian...kitekan ade al-Quran, al-Sunnah, Allah...rujuk, doa..
5) jika dah terpesong dari ajaran Allah, mai r patah balik..xmau p jauh.kang masuk api hitam, baru lu taw....taubat nasuha sudah..

~tidak pernah terlewat untukmu bertaubat~
...
~tapi, hidupkah kamu walhal untuk 5 saat lagi?~
...


CINTA

c.i.n.t.a

perkataan yg amat sinonim pada kehidupan manusia seharian
pencarian yg sentiasa d buat
penantian yg sentiasa d tunggu
dan kenikmatan yg sentiasa d idamkan
semuanya berkaitan dengan cinta

cinta
bende yg subjektif.susah nak d katakan pada kata2. hanya mampu melihat kesan yg terhasil daripada pengalaman yg d lalui.
cinta pada tuhan
cinta pada agama
cinta pada negara
cinta pada bangsa
cinta pada keluarga
cinta pada diri sendiri
cinta pada kawan2
cinta pada kekasih(haha)

kesemua cinta d atas tidak r berapa mudaratkan diri,kecuali kepada kekasih.
harini ini, d kala ini, akan ku ceritakan kpd kalian
ape itu cinta dari mataku
ada d hadapan ku yg mmg aktif bercinta.ada yg hanya sekadar mainan tidur.dan ada yg hanya sekadar berfoya2...lantaklah pada diri memasing yg mahu menempuh hidup memasing

namun, dewasa ini, ramai yg kecundang..banyak anakyg dahulunya tidak tahu ape, sudah bijak malah pakar melakukan dosa melalui nikmat dunia yg d serahkan ini dari zaman nabi Adam lagi.apakah tidak cukup pengalaman yg di tempuhi dan sejarah yg d miliki oleh org laen
anak haram
rogol
zina
pelacuran
durhaka kopd ibubapa
...
dasar manusia
bila dah terhantuk baru nak berjaga
BODOH!
bagi mereka yg masih xterjaga
...
ko lagi bodoh
aku xsalahkan mereka yg bercinta.malah aku suka.sekurang-kurangnya, ko taw ape ko buat.haha
aku?
aku?
aku???

dulu aku pon dah bercinta gak.at least, aku taw r gak ape rase itu perkataan cinte.tp, xkekal.bukan salah si dia.cuma aku yg masih belum matang dan mahukan kehidupan yg bebas dari masalah..tidakku katakan bahawa die bermasalah @ mmbawa masalah..cuma aku yg belum kuat nak tempuh dugaan yg bakal menimpa.

selepas si dia, aku ade wanita dambaan hati..tp, telah kupudarkan rasa itu..kerana dengan cinta, aku akan menjadi lemah.keranacinta sesama kekasih buah khuldi d makan
(kekalahan pertama manusia kepada si dhurjana)

aku masih kekok dalam hidup.masih terlalu awal untuk bercinta agaknya.haha..
lagipn, aku memilih untuk menjadi lebih kuat dan kental.tangisan kerana kekasih bukan tangisan ku.biar kusimpan air mata ini khas
untuk agamaku
khas untuk keluarga ku
khas untuk bangsaku
khas untuk negaraku
khas untuk pejuang2 yg d luar sana

ya!
mmg aku memilih untuk berhati mati.(bukan jiwa luka)
aku ingin menjadi lebih tabah untuk diri aku
aku tidak sekuat kalian yg bercinta d luar sana
yg mampu bar-dating
(aku pemalas)
yg mampu menelefon memanjang
(aku kedekot)
yg tahu menghargai kecantikan jantina berlainan
(aku xperlukan semua itu)

terlalu banyak dusta dalam bercinta.aku menyampah dengan perkataan cinta(kadang2)
ape penting sangat cinta tu dalam hidup ni???cinta kepada kekasih xbantu aku untuk maju
(mungkin)
sedangkan, Dia sendiri hanya mmbantu hambaNya yang inginkan kemajuan dalam diri.Dia xkan mengubah nasib kite kalo kite xubah naseb kita.terang terang d sini, kite mampu mengubah nasib kite sendiri.dan semuanya bermula dengan diri sendiri!(melainkan dengan izin dan kemahuanNya)
so,
ape agungnya cinta tu?
xperlu jawab soklan ni...tq

xmustahil satu hari nanti aku akan bercinta..tapi, itu cerita satu hari nanti.bukan sekarang dan bukan semalam..bagiku, cinta ni akan sampai dan wujud d kala masa ianya sendiri berputik..xperlu d cari.xperlu dkejar.xperlu d fikirkan sangat

kalau nak dfikirkan, arghh!.semak..umur aku dah berapa?22 tahun(bakal)..tapi, masih solo..
budak sekolah zaman sekarang pon dah pandai nak bercinta.jangan katakan budak U.bersepah kot bercinta..
so what?
bercinta xmembantu hidupku
tapi mampu untuk membunuh
(cerita hindustan bunuh diri n melayu bodo yg bunuh diri)
(haha)
bodoh kalu bermatian untuk cinta dgn kekasih.bodoh untuk berenang lautan api
(ntah2, berenang pon xtahu)
hahaha

!!!PERHATIAN!!!
ini hanyalah sekadar perkongsian pendapat aku tentang situasi bercinta..bagi rakan2 n adik beradik d luar sana yg bercinta, terserah masing2.ini pilihan hidup kalian.itun xde kena mengena dengan aku...bagi mereka d luar sana, jangan lah terasa.nukilan ini hanya sekadar luahan hati dan perkongsian ideologi...
MOHON MAAF
JIKA ADA INSAN D LUAR SANA YG TERSINGGUNG.HARAP MAAF
SESANGAT MAAF
AKU HANYALAH MANUSIA YG PENUH DENGAN KESILAPAN
HANYA INGIN MEMBEZAKAN CAHAYA DAN KEGELAPAN
DAN TABAH D KALANGAN DUGAAN

.ini hanya luahan hati aku.
.pegangan aku.
.persepsi aku.

LUAHAN HATI KAMU??
TULIS KAT BLOG SENDRI R!!!


~~~

2/03/2009

musik 4 me = NIRVANA



sekarang, mari aku bagi sdikit Pengalaman n cerita pasal aku terhadap satu alam maya yang bernama musik.
muzik ni, bg aku, satu bende yang amat abstrak n subjektif.aku xtahu macamane nak menklasifikasikan perkataan musik ni.,xtahu macamne nak mendeklamasikan maksud2 yg d bawa..tapi, setiap insan mempunyai pandangan n pegangan memasing.so, ape yg sedap d dengar(ataupon x!), still d gelar muzik..WTF AM I TALKIN ABOUT?!

sejarah musik ku bermula bagiku bile aku ternampak kaset nirvana n metallica abang aku..aku ingat lagi,kaset nirvana-nevermind n unpluged in new york..mase tu, bagiku, aku berbisik pada diri "jangan dengar lagu jahat ni!"...otak budak sekolah rendah.kencing pon bau susu dumex.what do u expect from me..haha..bermulalah, muzik bukan bidangku

pas tidak berapa lama itu, bapak aku beli astro..mase aku kecik..time tu, aku pon xpaham apekebende tu astro sbb time tu, ramai yg xde astro..
dari astro, aku dengar lelagu melayu melalui radio ERA..ok r..aku mmg suke lagu rock kapak melayu.so, era mmg memenuhi jiwa ku.n, ade lagu orang putih yg mmg menambat jiwaku.tp, aku xtaw lagu ape(aku akan tahu)..masih, muzik bukan bidangku

usia yg meningkat...mase tu, aku dah tingkatan 3.lepas PMR.member2 bawak collection muzik memasing.aku, haram xde..diorg bawak kaset..ade kaset nirvana(dalam kepala hotakku ini,apekejadahnye dengar lagu bangsat ni?!!"...mase diorg bukak lagu tu, kebetulan tros track 'smells like teen spirit'...damn!that was d best song ever i have ever heard in ma life!...dan, itulah lagu yg aku gile babi minat mase kecik rupenye..tanpe berlengah, dengan duet simpanan aku dalam tilam(bodo mase tu, xgeti n xpaham ape itu tabung),aku beli satu walkman soni di batu pahat..rm68.haha.sony...aku pon pinjam nevermind dr mmber...smenjak tu,alam musik bermula bagiku...NIRVANA,METALLICA,GREENDAY...itulah lagu yg sentiasa berduyun dalam telinga aku d kala malam tunggu tidur,d bantu maen oleh walkman..haha

sedar tidak sedar, mase berlalu(abes skolah)..bebudak dah ubah kpd linkin park, slipknot, system of a down...
aku mampu n bule mendengar musik laen..tp, NRIVANA tetap d jiwa...aku mampu mendengar satu kaset yang sama dalam perjalanan yg memakan masa 6jam..hanya satu kaset.n aku xbosan..NIRVANA...musikku xberkembang!

dan, mase terus berlalu pergi tanpe menantikan dan mengingatkan aku tentang usia ku..kawan2 dah ade arena memasing(sekarang ni)...ade yg minat indie, rap, blackmetal n ntah pape je lagik..
aku amsih kaku n bahagia dalam hidupku dalam arena NIRVANA...sampai sekarang, musik pilihan hatiku tetap NIRVANA,METALLICA,GREENDAY..ade sikit penambahan..CRADLE OF FILTH, LIMP BIZKIT,LINKIN PARK,THE VINEZ, FOO FIGHTERS N BUTTERFINGERS..aku xpenah bosan dengar lagu yg same dari aku abes skolah sampai abes diploma(lebih 4 tahun kot)

aku mmg sampah dalam muzik..tp, ni r arena aku..yg bebetol aku dambarkan adalah NIRVANA..
lirik die sume aku layan.kaset die sbg personal collection aku, sume aku ade.greeday pon..dah jadi nadi dalam darah aku..dah jadi perkataan pada mulutku..harap tidak jadi pegangan kepada hidupku...

- PEOPLE DIES, MUSIC LIVES ON = GRUNGE NOT DEAD -
kalu bule ko dedikasikan penulisan ini, akan aku dedikasi kan kepada mendiang KURT DONALD COBAIN..u r my hero..sayang sekali ko 'bunuh' diri...u r always a legend in ma heart(AKU BUKAN GAY!)

sudah lebih 7 tahun aku stick pada NIRVANA...so, mmg terbukti, musik bukan kepandaian aku..aku pernah d bagitau oleh lect aku(en syed izzadin), nirvana ni timbul d kala semua orang tgh hepi.nirvana menjadi satu simbolik dendam, kesedihan n memberontak yg telah mengubah arena muzik untuk selamanya...aku bangga bila menjadi kipas susah mati nirvana(die hard fan)

aku blaja gitar sebab lagu nirvana..aku seronok mendengar koleksi nirvana..
aku suke nirvana
aku pnah d tegor sebab otak xberkembang dengar lagu yang same..tp, aku xkesah..sebab, aku bukan hamba alam yg hanya akur n mengikuti arus (posserz).aku ade pegangan.aku ade minat.aku xbacul sbb aku xmalu ngn ape aku minat..lagipon, itu hanya musik.
pedulik ape aku sama musik kamu

ini musikku,
itu musikmu,
lantaklah daku,
pegi mampos sama mu

~nevermind~

NIRVANA FOREVER


2/02/2009

skateboarding

ok, now, i would like to talk about skateboarding...
ni antare hobi aku..aku dari skolah dulu dah minat skate, d sebabkan ade halangan dari bonda, aku xmaen...aku mmg anak mak bapak..bukan anak gampang.so, aku ikot cakap mak..


tp, ble part 3(haram aku xingat bile!), mmber aku(gawat) bawak skate..aku pon, terpikir..ni bendalah yg mmg aku nak maen dari dulu...so, aku angkat r 1 set...startter-pack aku, rm250...tapi, xde hal..dah minat..deck jenama HUYO..setup apebende sume, gawat setelkan..aku berserah nasib je kat die..haha


2sem lepas, deck tu patah..so, aku dapat deck 2nd hand dari mmber bek aku gak(tocau - thanks!)..still, aku men cam sampah..tapi, bak kate tocau, "lu dah minat,lenjan je r.peduli kate orang len.."..aku sokong kekate die ni...deck ni, warne putih..gle clean!!



sem ni, 2009, aku patahkan lagik deck aku.hahaha..and, 3rd time ni, aku dapat lagik deck 2nd dari bezpren aku(tocau lagik!!)...haha..thanks bro.kalini, aku dapat wane hijau..haha..manyak hepi+suke

sejarah aku bermula men skate ni, pkai kasut globe.warne putih..time beli,rm300++..tp, dah puas buat jalan, aku pon buat men skate..puas beb men pkai kasut mahal..hohoh
lepas tu, kasut tu dah super jahanam(layak jadi baja), aku pon beralih kpd kasut emerica(ciplak)...maen macam haram.xsdap.huhu..xlame pastu, skang, aku pakai converse je.sdap pon sdap..nape pakai converse?haha.mudah.sebab aku xde duet nak beli kasut baru n sebab kasut ni pon mmg aku dah xnak pakai sebab kaler dah luntur gle.so, wat men sakte pon ok.perfomance bule tahan

skang, kembali kepada cerita skateboard...sumpah pnye cter, wa haram xgeti men bendalah leloncat ni..tapi, wa dah minat, ape jadi hal..wa tau ade suare2 bapuk d luar sane yg kate wa ni posser...tp, wa xkesah...sbb, wa pedulik ape.wa xkaco hdup org, wa xtkot.lgpon, wa bsukan, bukan kacau pon sesape..kekadang je merosakkan harte bende awam.haha

ni hobi yg fun..mmg makan modal besar.tp, nak wat camne.dah minat...
for all skaters out there, keep on skatin ma fren!
untuk sesape yg nak try men, nasihat wa, maen je!
untuk mereka yg xsuke skaters,...wa xsuke lu.haha

2/01/2009

at last...

haha
setelah sekian lama menanti, akhirnye, aku buat gak blog...pengaruh rakan sebaya...xtaw r blog ni akan tahan berapa lame..hope, the more the merrier..hihi

well, as this is ma first post, hope u guys did not hope anytyhing yet....
akan aku kongsi pengalaman hidup aku yang sekerat ni ngn korang d luar sane
aku pon xde r taw ape tujuan blog ni wujud.yg aku d beri taw, ko tulis r ape ko pikir pasal ape ko pikir..hahaha

well then,
keep on rockin people


sumthing from me:
name : mohamad shafeeq bin rahim
birth : 6/9/87
origin : kluang
gender : male r mangkuk
some discription : ego, nerd, fat
nickname : badek, mok, sapik





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...