12/03/2019

Mereka, sudah. kita, bila?

pada masa kami sedang melapor diri di Basecamp Gunung Sumbing, operator tempatan bertanya kepada saya "dalam kumpulan ini, ada berapa pendaki yang hisap rokok ya mas?". ini merupakan soalan pelik bagi aku kerana pertama kali, soalan ini hadir secara serius. dengan santai dan aku, aku menjawab tanpa mempersoalkan "ada 2 orang mas. saya sama Saddam". usai mendengar jawapan aku, operator tersebut sekadar mengangguk senyum dan masuk kembali ke kaunter pendaftaran.

aku terus menyambung sesi duduk sambil merokok, menghadap Gunung Sindoro yang bakal kami daki 2 hari lagi. mengenangkan nasib melihat puncak di hadapan yang tinggi dan puncak gunung yang di belakang yang juga hampir sama tingginya. sekilas pandang, boleh membawa kepada kebas kaki juga jadinya nanti.

tidak lama selepas itu, operator berkenaan datang berjumpa dengan aku dan Saddam, sambil dihulurkan bekas ini. bila ditanya apa, dia dengan pantas menjawab 'asbak' yang bermaksud (mungkin?) ashtray. atau dalam bahasa Malaysia, bekas abu rokok.

"ah sudah! kena paw la ni" jawab aku dalam hati. tapi, tak mengapalah. benda mungkin tak mahal, dan boleh aku jadikan sebagai cenderahati juga. maka, boleh kan aje lah. dalam tangan mengambil huluran tersebut, aku bertanya kepada operator tempatan berkenaan "berapa harga nya ini mas?". jawapan yang aku terima dari operator tersebut betul-betul membuatkan aku terpana, "percuma aja mas. supaya tidak dibuang rokoknya bersepah".

tindakan ini rupanya merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan di Indonesia. tidak pasti samada ianya daripada kata putus pengurusan Basecamp, Kerajaan/Persatuan tempatan atau usaha Operator Tempatan tersebut. diperkatakan, untuk setiap pendaki gunung yang merokok, akan diberikan bekas ini secara percuma.

tindakan mereka ini selaras dengan pendapat dan pemahaman aku dalam konteks 'memupuk' pemikiran masyarakat. dengan menolak ketepi idea "jom berhenti merokok" dan menolak tepi dahulu tajuk "perokok menjaga tanggung jawab sosial", mereka telah mula menekankan asas disiplin merokok, iaitu "uruskan sisa rokok dengan bertanggung jawab".

maksud nya, ideologi yang positif sudah pun ada di hujung sana, yang akan direalisasikan dalam masa yang agak lama. dan sekarang, langkah telah mula diorak untuk ke sana. bermula dengan memupuk semangat menguruskan puntung rokok dengan sempurna. itu sahaja dahulu. cukup, dan memadai.

hal ini barangkali terjadi kerana bilangan pendaki yang sangat ramai berbanding kita di Malaysia.

untuk dikirakan sekilas pandang, untuk satu hujung minggu sahaja, pendaki yang mendaki di Gunung Sumbing bersama aku boleh dikatakan dalam lingkungan lebih 200 orang. itu tidak termasuk Gunung Sindoro yang bertentangan, yang aku kirakan juga tidak kurang daripada 200 orang. untuk sebuah kawasan yang bersebelahan sahaja, pendaki aktif dalam satu-satu masa (pendakian sabtu-ahad, bukan pendakian pada waktu cuti panjang!) sudah ada lebih 400 orang dalam satu-satu masa.

jika ingin dibandingkan dengan Malaysia, ianya sudah masuk skala pesta gunung apabila terdapat menghampiri 400 orang yang aktif melapor diri di sekitar Lojing-Tanah Rata. sedangkan tempat tumpuan ini membawa pelbagai kemungkinan destinasi dan corak ekspidisi.

daripada angka yang barangkali berlipat 10 ini di Indonesia, bilangan pendaki cemerlang yang mungkin berangka 0.1% telah mewujudkan kumpulan Pendaki Sejati dengan angka yang lebih ramai. jika di Malaysia ada 100 pendaki yang berkemampuan untuk mengepalai Ekspidisi Konservasi, di Indonesia sudah ada 1,000 orang!

melalui pemahaman dan pengalaman sebagai salah seorang pendaki yang bergerak acah-acah aktif dalam pergerakan konservasi untuk jalur pendakian, angka yang 1,000 ini amat-amatlah membantu dan memudahkan pergerakan untuk sebuah perbincangan dan gerak kerja sesebuah program konservasi.

aku mengambil masa 15 minit juga rasanya dalam keadaan diam diri sambil sekadar melihat gerak-geri dan gelagat rakyat tempatan. kerana didalam dada, aku rasakan seolah-olah roh aku tak berhenti memberi tabik hormat kepada corak pemikiran pendaki gunung Indonesia.

di sepanjang perjalanan ke Pos 2, isu ini kerap terdetik kembali dalam kepala. perasaan hormat terhadap usaha yang sedang digerakkan melalui pemberian ashtray. dan setiap kali terfikir, aku akan memberikan tabik hormat dalam jiwa kepada penggerak konservasi gunung Indonesia. sangat-sangat bijak, sangat-sangat serius!

setibanya di Pos 2, aku terasa bosan. melihatkan jam yang sudah melepasi garis tengahari, aku mengambil keputusan untuk makan bungkusan makanan yang telah diberikan. rakan ekspidisi lain memilih untuk berehat sahaja sambil bergambar pada tika itu. tidak menjadi masalah kerana itu pilihan masing-masing. tambahan, sebagai budak gemuk yang komited, aku tidak akan membiarkan perut aku lapar. keh keh

selesai suapan terakhir, aku membasuh tangan dan menyalakan rokok. pada masa ini, sudah beberapa rakan pendaki mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. disebabkan jarak yang sudah mendekat dan masa yang masih banyak, aku mengambil keputusan untuk sekadar santai sahaja dahulu sambil mencuci mata melihat rakan pendaki Indonesia yang ada naik, dan turun.

sebelum separuh rokok dihisap, dari arah Pos 3, aku nampak sekelompok pendaki muda berbaju oren sedang menurun. "wah, lama tak bergaya boria gini. pakai baju sama warna!" senyum aku seraya berkata dalam hati. mereka bercampur jantina lelaki dan perempuan, dan rata-ratanya kurasakan muda. barangkali dalam lingkunan 20an atau paling tua pun, lewat 20an. ini aku anggarkan melalui ketegangan kulit muka, paras badan dan gaya riuh-rendah mereka.

betul-betul di hadapan aku (Pos 2) adalah perjalanan menurun. di situ, seorang pendaki lelaki dari kumpulan berbaju oren ini berhenti dan diikuti berhenti oleh pendaki cantik dibelakangnya. aku terasa juga pelik, dah kenapa berhenti on-trek begitu? barangkali tidak menganggu kerana tiada orang nak naik? mereka aku biarkan. apa yang aku perasan, mereka sedang cuba mencapai sesuati.

tu dia! yang lelaki keluarkan klinometer! yang perempuan keluarkan pita pengukur! yang paling cantik, keluarkan buku dan pen! PERGH! korang sedang ambil reading???!! pada usia semuda ini??!!

sekali lagi, aku ditampar hebat oleh usaha konservasi pendaki Indonesia. ketumbukan berbaju oren, aku kirakan tidak kurang 20 orang. dalam tergamam sambil merokok, aku dapat memerhatikan mereka 'menjalankan kerja' dengan mengambil data. tidak berapa lama, kelibat orang paling belakang tiba. yang ini kelihatan lebih matang dari sudut gaya, percakapan dan raut wajah. barangkali, ketua ekspidisi ini. sedikit aku menyesal kerana tidak berbual dengan mereka dan bertanyakan lanjut akan apa yang mereka sedang lakukan. namun, aku terdiam kerana tergamam. kiranya bukan salah aku seratus peratus la kot?

selepas selesai semua angkatan baju oren turun, aku pun terus sambung senyum dan memanggil rakan lain yang berehat sambil menanti aku, untuk kami teruskan perjalanan ke Pos 3. selepas beberapa masa, kami diarahkan untuk menggunakan jalur pendakian yang sebelah kiri, iaitu jalur baru. diperkhabarkan, adalah kerana bentuk muka bumi di jalur lama yang sudah tidak memberi kemudahan tapak kepada pendakian. jadi, pendaki Indonesia bersama rakyat tempatan telah membuka jalur pendakian baru.

lagi sekali, aku dipana oleh usaha pendaki indonesia. pada permulaan, aku perasan bahawa jalur pendakian ini adalah dibuat secara 'paksa' apabila kelebarannya yang hampir sekata iaitu dalam anggaran 3 kaki lebar. untuk sebuah kawasan yang berasaskan 'tanah debu gunung berapi', mustahil pembentukan 'sekata' sebegini boleh berlaku.

kemudian baru aku sedar, disepanjang jalur baru, sudah jelas pembentukan denai yang mempunyai sistem ukuran lebar, dan kewujudan 'water bar' dengan jarak yang bersesuaian. aduhai! turut aku mula sedar, susunan pokok yang sedikit 'simetri'. seolah-olah pokok ditepian denai itu ditanam oleh tangan manusia. dan tidak beberapa lama selepas itu, aku nampak pula polibag berisi anak pokok ditepian trek. ah! lagi sekali!

walau tidak lah jauh, barangkali dalam 2-3 km sahaja. tetapi, cantik dia! aku tak tahu nak kata! barangkali tidak ramai yang perasan kecantikan yang sepertimana aku nampak. namun, bagi mereka yang alamai dan menyelami dunia konservasi, pasti merasakan benda yang sama.

SETIBANYA AKU DI POS 3...

ada beberapa sahabat bertanyakan review aku berkenaan ekspidisi yang telah dilalui. sudah pasti, aku memberikan review yang baik. tapi, cantiknya ekspidisi ini tidak aku letakkan pada suasana matahari terbit atau terbenam. juga tidak aku letakkan pada bentuk muka bumi yang ada dengan warna-warni tumbuh-tumbuhanNya. sememangnya pemandangan itu cantik dan terlalu amat sangat jarang berpeluang dirasai di Malaysia. namun, yang menggegarkan jiwa ini, bukanlah yang sekilas di mata.

apa yang cantik aku dapat lihat adalah semangat kumpulan pendaki Indonesia dan rakyat tempatannya yang melakukan konservasi. waimah angka mereka barangkali 1,000 berbanding kita yang 100, tetapi parasit disana aku kirakan juga barangkali 90,000 sedangkan parasit di pergunungan Malaysia barangkali baru 9,000 cuma.

mengikutkan skala masa, mereka dikhianat lagi teruk dari hari ke hari. mengikutkan skala manusia, barangkali ideologi majoriti pendaki mereka lebih ramai yang hanyut berbanding kita di Malaysia. jika dipertimbangkan semangat, rakyat tempatan sepatutnya sudah lama menyerah kalah, jika dibandingkan dengan rakyat tempatan kita yang 'baru-baru nak duduk semeja'.

cabaran bagi tulang belakang aktiviti rekreasi di Indonesia jauh lebih luas, berat dan kesat perjalanannya. tapi, mereka tampil tidak menyerah kalah. jika mahu dibandingkan dengan pendakian di Malaysia. dan sudah pasti, mereka kurasakan tampil dengan lebih sejagat dan menyerlah!

sekadar yang menyedihkan aku, aku rasakan di Malaysia, masih belum bermula rancaknya. masih baru pada tahap percubaan persenyawaan. aku kirakan, golongan pendaki gunung Malaysia sudah lama jauh ditinggalkan oleh pemahaman dan usaha dari negara jiran, pendaki gunung Indonesia.

dan yang lebih menyedihkan, apabila segelintir pendaki Malaysia meletakkan gunung dan pendaki Indonesia itu jauh lebih mulia daripada Malaysia, tanpa mengambil kira ukur kematangan industri dan usia keduanya dalam lipatan tersirat yang ada.

sekilas bilangan manusia di pergunungan, jelas menunjukkan bahawa 'jumlah jam pengalaman' arena pendakian di Indonesia sudah jauh meninggalkan Malaysia. melalui bilangan jam yang ada, boleh dianggap sebagai satu garis usia. melalui usia yang ada, sudah pasti melekat sedikit terma perkataan 'kematangan.

sangat tidak adil jika kau bandingkan kebijaksanaan dan hati-budi budak baru habis SPM dengan mereka yang sudah berusia 50an, kan? yang seorang berbahagia dengan dilepaskan azab peperiksaan SPM, yang seorang pula berbahagia dengan rezeki rehat menjelang pencen. berhenti menghakimi menggunakan neraca keadilan yang daif!

TELAH KUCURI BAWA PULANG..

aku akan ambil iktibar daripada pemerhatian monolog aku terhadap industri Indonesia. barangkali ianya tidak seperti sebenarnya, namun disebabkan yang aku lihat, proses dan faham adalah positif, elok aku biarkan sahaja.

semoga #pickitup hanyalah aku di langkah mula.
semoga semangat memulihara terus kekal membara.
semoga bilangan penggerak bertambah setiap masa.
semoga usaha konservasi gunung dibantu dari masa ke masa!

agar,
gunung Malaysia tidak 'dirogol' oleh pencintanya,

dalam tidak sengaja.
terima kasih tanah dan manusia Indonesia!

kerana membuka mata yang lagi satu!
kerana mengajar sesuatu yang baru!
kerana memberi semangat yang baru!
kerana mengingatkan cinta yang satu!

betul katanya.
nak pandai? rujuk orang yang berilmu.
nak pandai? rujuk orang yang berpengalaman.



OUT

5/28/2018

mengapa Mustika? - VOL 1

pada 4 September 2017 yang lepas.

sekitar jam 9 malam, Eeda dengna tenang dan santai kehulu-hilir dalam rumah. dia dah mula packing dan mengasingkan beg yang mana untuk dibawa ke hospital, dan yang mana nak dibawa balik ke Melaka. oh, ini adalah kerana dia sudahpun melepas tarikh sepatutnya. dan sepertimana kata doktor, esok dah boleh keluarkan budak.

pada 5 September 2017 yang lepas...

seawal jam 8 pagi kami keluar rumah menaiki kereta. appointment jam 9 pagi, jadi kami melencong bagi can sarapan roti canai kepada bakal ibu beranak. keh keh. setibanya di hospital, proses check in bagai Eeda uruskan sendiri. aku macam blur juga. atau barangkali aku bertindak malas kerana disitu pun dia kerja. jadi, tak payah nak beria sangat macam suami mithali berkepit. cukup sekadar senantiasa siaga di belakang.

selesai masuk bilik, kami pun didatangi doktor dan menerangkan itu dan ini. ada beberapa terms yang digunapakai yang aku tak ingat nak tulis dah sekarang. masa dia cakap pun, terkial-kial aku nak faham. ini kerana aku takdelah bersedia mana nak menjadi seorang ayah. terlalu sibuk kerja dan dunia aku. aku terlupa, ada seketul nyawa on the way. hehe

menjelang tengahari, dijengah doktor lagi. sudah tiba sesi memasukkan ubat. aku duduk sambung buka laptop syarikat. nasib baik ada wifi di hospital, boleh juga mengisi masa lapang sambil buat kerja. dalam sesi memasukkan ubat (injection rasanya), boleh la terdengar Eeda berdecit kesakitan.

hah. goyang juga kejap jantung. terhenti seketika. tangan menjadi ringan nak bertumbuk.. whattafak. tetiba timbul semangat defensive. nak aje aku pelangkong roh aku sendiri waktu ni. memalukan diri sendiri dihadapan diri sendiri.

tirai kembali dibuka dan doktor beransur pergi. Eeda sambung rehat lepak menanti masa macam tak ada benda berlaku. aku pandang slack ja dia ni. orang bukan main suspen, dia tenang ja kat atas katil. hah! sambung balas email

waktu petang, kali ni doktor datang lagi dan memeriksa bukaan. sudahpun bermula. doktor memberikan respon yang baik terhadap bukaan tersebut sebab ianya berkebarangkalian untuk mengeluarkan bayi pada malam itu juga

menjelang maghrib, doktor datang lagi untuk memeriksa bukaan. bukaan tidak berkembang semaju seawal tadi. namun doktor masih optimistik sebab masih ada masa lagi. dan berdasarkan pertimbangan semasa beliau, berkemungkinan ubat kebas tu membuatkan Eeda tak dapat membuang air kencing kerana tidak terasa. doktor mengambil keputusan untuk memasang kantung air kencing (apa nama ntah) dan akan memeriksa semula

kurang lebih jam 8.20 doktor datang dan memeriksa. dari balik tirai aku jelas dengar doktor mengatakan "this is good.. bla bla bla bla.. ok boleh start|.. what tha fuck.. start???? waktu ni, kaki aku sejuk longlai tak terkata. dan waktu ni baru aku sedar, aku tak tahu nak buat apa pun sebelah isteri tercinta! haha


bersambung...

OUT


Tersadung 14

sudahpun diminta ubah,
mereka kekal tegar dengan pendirian.
biarkan ketua itu memerintah,
kerana mereka selesa sebegitu.

sudahpun dibisikkan pemalingan,
mereka menuduh menghukum pembelot.
negara ini dulu barisan ini yang bina,
sudah pasti akan kekal beratus tahun lamanya.

sudahpun diramalkan,
mereka buta dengan keyakinan.
gertak kali terakhir sudah diberikan.
mereka yakin pasti akan kemenangan.

kalian sendiri yang mendidik anak supaya tidak berpegang kepada sentimen dan lebih mengutamakan yang mana hak dan yang mana batil. nah

rasakan. jadilah engkau gelandangan di arena yang dulu kau rasakan kau tuhan.

p.s: semoga menjadi lebih baik



OUT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...